perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · bulanan jabatan kimia malaysia ibu pejabat bagi...

23
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2017 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 4 OKTOBER 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: lamtu

Post on 16-Jul-2019

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2017

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

4 OKTOBER 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia dan Salam 1Kimia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah SWT kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

4

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada

pagi yang indah ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Penyelidikan dan Jaminan Kualiti

(PJK) kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

5

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[MAAL HIJRAH 1439H]

3. Salam Maal Hijrah 1439H buat semua

warga Kimia yang beragama Islam.

Awal Muharam yang menandakan

awal tahun Hijrah mempunyai

pengertian yang amat besar bagi umat

Islam. Hijrah Rasulullah SAW dari

Kota Mekah ke Madinah adalah satu

rancangan strategik dalam menyusun

strategi bagi menjamin keselamatan

dan kemenangan Islam dan

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

6

mempertahankan agama Allah serta

nilai-nilai murni Islam untuk jangka

panjang.

4. Jika dilihat dari sudut era globalisasi,

hijrah itu merangkumi perubahan dan

penghijrahan dari pelbagai aspek iaitu

dari sudut fizikal, minda, sikap, hati,

persekitaran dan sebagainya.

Perubahan ini mampu mengubah

keadaan hidup samada dari segi

ekonomi, sosial, pendidikan dan taraf

hidup. Kini, negara kita telah

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

7

mengalami banyak perubahan dan

pencapaian dari satu peringkat

kepada peringkat yang lain yang lebih

baik dan cemerlang.

5. Bersempena dengan tema sambutan

Maal Hijrah tahun ini iaitu “Kesatuan

Ummah Kesejahteraan Negara”,

maka, marilah kita bersyukur ke

hadrat Ilahi di atas nikmat keamanan

dan keharmonian yang dikecapi pada

hari ini. Semoga sambutan kita pada

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

8

tahun ini lebih bermakna demi

NEGARAKU yang tercinta.

Warga Kimia sekalian,

[SIJIL AKTREDITASI MyPTP MS ISO/IEC

17043:2010]

6. Pada 05-07 September 2017 yang

lepas, pasukan penilai dari Jabatan

Standard Malaysia telah menjalankan

compliance audit kepada sistem kualiti

pembekal ujian kemahiran analisis

(PT) Jabatan Kimia Malaysia. Audit

telah dijalankan di Unit Ujian

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

9

Kemahiran, Bahagian PJK. Ini

merupakan audit terakhir untuk sijil

akreditasi MyPTP di bawah MS

ISO/IEC 17043:2010.

7. Sijil akreditasi sistem kualiti MyPTP

adalah khas untuk pembekal ujian

kemahiran analisis (PT). Jabatan

Kimia Malaysia merupakan agensi

yang pertama di Malaysia yang diaudit

oleh Jabatan Standard Malaysia di

bawah sistem tersebut.

8. Skop penilaian MyPTP ini melibatkan

sebanyak 30 skim Ujian Kemahiran

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

10

Analisis dalam 11 bidang iaitu

Narkotik, DNA, Toksikologi,

Kriminalistik, Pemeriksaan Dokumen,

Alam Sekitar, Air, Makanan, GMO,

Mikrobiologi dan Industri.

9. Sebanyak 3 minor NCR telah

dibangkitkan oleh pasukan penilai.

Semua tindakan pembetulan telah

dilaksanakan dan ditutup. Sijil

akreditasi akan diperolehi dalam masa

terdekat bergantung kepada

keputusan dari Jabatan Standard

Malaysia.

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

11

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[HARI SUKAN NEGARA]

10. Sambutan Hari Sukan Negara telah

diisytiharkan pada setiap hari Sabtu

minggu kedua bulan Oktober setiap

tahun. Sambutan Hari Sukan Negara

ini merupakan suatu inisiatif

Kementerian Belia dan Sukan di mana

ia adalah satu langkah proaktif dalam

proses transformasi ke arah mencapai

hasrat menjadikan Malaysia sebagai

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

12

sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting

Nation).

11. Bertepatan dengan Hari Sukan

Negara, Karnival Sukan Kimia 2017

akan diadakan pada 27 hingga 30

Oktober 2017 di Institut Penilaian

Negara (INSPEN) Bangi, Selangor.

12. Sukan yang akan dipertandingkan

adalah badminton, bola jaring, futsal,

sepak takraw serta bola tampar.

13. Besar harapan saya agar semua

warga Kimia dapat memberikan

sokongan dalam aktiviti ini.

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

13

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[BANGUNAN BARU JKMC

TERENGGANU]

14. Untuk makluman, pada 25 September

yang lepas, telah diadakan majlis

penyerahan bangunan baharu JKMC

Terengganu oleh Jabatan Kerja Raya

(JKR) kepada pihak MOSTI serta

Jabatan Kimia Malaysia.

15. Kita sedia maklum bangunan baru ini

mempunyai ciri-ciri reka bentuk terkini

dan dilengkapi dengan kelengkapan

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

14

pejabat dan makmal yang lebih

selesa. Secara tidak langsung,

dengan kemudahan yang disediakan,

ia diharap dapat memberi suntikan

baru dan dorongan semangat kepada

semua kakitangan Kimia Terengganu

untuk memantapkan lagi penyampaian

perkhidmatan kepada masyarakat

setempat. Saya yakin Jabatan Kimia

Malaysia melalui perkhidmatan

analisis yang ditawarkan akan terus

relevan dalam mendukung visi

kerajaan dalam menjamin

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

15

keselamatan dan kesejahteraan

rakyat.

16. Saya harap semua warga Kimia

Terengganu telah bersedia mental dan

fizikal bagi perpindahan ini. Makmal

juga seharusnya membuat

perancangan awal terutamanya dari

segi pemakluman awal kepada para

pelanggan dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

16

[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM

CAWANGAN SIBU]

17. Saya turut mengadakan lawatan kerja

ke JKMC Sibu pada 2 Oktober 2017

yang lepas.

18. Lawatan ini bertepatan dengan

saranan KSN supaya semua ketua

setiausaha dan ketua jabatan supaya

turun padang untuk melihat sendiri

keadaan kakitangan masing-masing

ke arah memberi perkhidmatan terbaik

kepada rakyat. Langkah ini bertujuan

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

17

menjaga kebajikan penjawat awam

dalam melaksanakan tugas.

19. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat

sendiri keadaan cawangan dan

beramah mesra dengan kakitangan

Kimia Sibu. Lawatan ini juga

membolehkan sistem terbuka

dijalankan, sebagai contoh, ruang

diberi kepada semua warga Kimia

untuk bersua muka dan memberi idea

atau menyatakan sebarang masalah

terus kepada saya.

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

18

20. Terima kasih kepada semua yang

telah memberi kerjasama dalam sesi

lawatan ini terutamanya yang memberi

pandangan semasa sesi dialog

diadakan. Pihak pengurusan akan

cuba untuk mengambil tindakan atas

segala pandangan yang diutarakan.

Warga Kimia yang saya kasihi sekalian, [TRAGEDI PUSAT TAHFIZ]

21. Pada 14 September yang lepas,

negara kita telah dikejutkan dengan

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

19

tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz

Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat,

Selangor. 21 orang pelajar dan 2

orang tenaga pengajar dilaporkan

maut.

22. Seksyen DNA, Kriminalistik dan

Toksikologi telah menerima pelbagai

sampel bagi membantu pihak

berkuasa dalam kes tersebut.

23. Di sini, saya ingin mengambil

kesempatan untuk mengucapkan

tahniah kepada Bahagian Forensik

kerana telah menjalankan

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

20

tanggungjawab yang diamanahkan

dengan begitu komited dan

profesional. Penghargaan khusus jua

buat Seksyen DNA yang diketuai

Puan Nor Aidora yang telah berjaya

menyelesaikan kes dalam tempoh

kurang daripada 24 jam. Walau ada

pihak yang cuba mengambil nama di

atas kegigihan pegawai kita

menyelesaikan analisis, namun bagi

saya, keikhlasan kita untuk membantu

keluarga mangsa bagi

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

21

menyempurnakan urusan jenazah

adalah paling utama.

24. Bertepatan dengan kes tersebut, saya

juga ingin mengingatkan para pegawai

terutamanya pegawai muda atau

pegawai pelapis Jabatan Kimia

Malaysia untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan serta kemahiran masing-

masing dengan pantas dan cekap.

Sebagai generasi X, Y dan Z, anda

semua seharusnya lebih dominan dan

pantas menimba ilmu untuk

meningkatkan nama Jabatan Kimia

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

22

Malaysia ke peringkat yang lebih

cemerlang. Kekal serta tingkatkan

nama Kimia di mata umum.

25. Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya pada kali ini, saya ingin

mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’

serta semoga panjang umur dan

murah rezeki kepada warga Kimia

yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan Oktober ini.

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada pagi yang indah ini. 2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

23

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.