perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2018 · 4 dalam majlis perhimpunan bulanan jabatan...

25
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 7 MEI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: duongkiet

Post on 10-Jun-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

7 MEI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah

binti Awang.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia .

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia.

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

3

Pengarah-Pengarah Kanan

Pengarah-Pengarah Bahagian

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

4

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang

berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah serta warga kerja Bahagian

Khidmat Pengurusan (BKP) kerana

telah mengatur dan menganjurkan

Majlis Perhimpunan Bulanan kita pada

pagi ini dengan begitu baik sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

5

Warga Kimia yang dikasihi sekalian,

[SAMBUTAN HARI PEKERJA]

3. Pada 1 Mei yang lepas, kita telah

menyambut Hari Pekerja yang

bertemakan “Pekerja Berkemahiran,

Peneraju Kecemerlangan Negara”.

Selamat Hari Pekerja saya ucapkan

kepada seluruh warga Kimia.

4. Hari Pekerja sebenarnya

mengingatkan kita betapa besarnya

sumbangan para pekerja ke atas

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

6

pembangunan negara. Pekerja adalah

tonggak kemajuan, kemakmuran dan

keharmonian sesebuah negara. Tanpa

pekerja, terutamanya pekerja yang

dedikasi dan produktif, tidak mungkin

kita akan mencapai kemajuan dan

kemakmuran seperti yang dinikmati

sekarang ini. Justeru, kita harus

melihat sambutan Hari Pekerja ini

sebagai wadah bagi menghargai

sumbangan seluruh warga pekerja

dalam memacu pembangunan negara

ke arah kamajuan dan kemakmuran.

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

7

Hadirin sekalian,

[PERSARAAN]

5. Untuk makluman semua, warga Kimia

berikut telah/akan bersara pada bulan

Mei 2018 ini:

1 Mei : Encik Herman Lanying anak

Tingang (Pembantu Operasi / N11,

JKMC Bintulu)

18 Mei : Puan Aisah binti Haji Abd.

Sani (Pembantu Makmal / C26,

JKMN Sabah)

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

8

25 Mei : Encik Ramlee bin Mat

Amin (Pembantu Makmal / C26,

JKMN Terengganu)

6. Setinggi penghargaan dan ucapan

ribuan terima kasih diucapkan pada

yang bersara pada bulan ini. Jasa

anda semua pada Jabatan Kimia

Malaysia tidak akan dilupakan.

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

9

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[SENARAI PEGAWAI MEMANGKU / NAIK

PANGKAT SEPANJANG APRIL/MEI 2018]

7. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada pegawai-pegawai seperti

senarai di bawah atas pemangkuan ke

Pegawai Sains Gred Utama C,

Pembantu Operasi Gred N14,

Pembantu Awam Gred H14 serta

Pemandu Kenderaan Gred H11 iaitu:

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

10

GRED UTAMA C (Berkuatkuasa 13 April)

Bil Nama Penempatan

1. Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan

Pengarah Kanan Pusat Analisis

Industri dan Tarif Kastam

2. Puan Halimah binti Abdul Rahim

Pengarah Kanan Pusat

Pengurusan Kualiti dan

Penyelidikan

3. Tuan Haji Wan Kamaruzaman bin Wan Ahmad

Pengarah JKM Negeri Sabah

(19 April)

4. Encik Ahmad Nazri bin Husain

Pengarah JKM Negeri Perak

(KUP)

5. YBrs. Dr. Seah Lay Hong

Pengarah JKM Negeri Sarawak

(KUP)

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

11

PO GRED N14 (Berkuatkuasa 1 April)

Bil Nama Penempatan

1 Encik Jayaraman a/l Marathamuthu

Pusat Analisis Sains Forensik

2 Encik Karthigesu a/l Anamalai

Bahagian Khidmat

Pengurusan

3 Encik Tajuddin bin Taharin

JKM Negeri Perak

4 Encik Dorasingam a/l Kurusamy

Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar

5 Encik Ramli bin Katan

Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar

6 Encik Othman bin Bujang

JKM Negeri Sarawak

7 Encik Mohamed Azmi bin Abdullah

JKM Negeri Perak

8 Encik Kuveeran @ Kuvindren a/l Suppiah

Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

12

9 Encik Mohamad Ramli bin Abdul Manaf

Bahagian Khidmat

Pengurusan

10 Encik Nor Azman bin Ariffin

Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar

11 Encik Shuhimi bin Md. Isa

Pusat Analisis Sains Forensik

12 Encik Vincent Jooling ak Ba’et

JKM Negeri Sarawak

13 Encik Mohd Zin bin Yusof

JKM Negeri Terengganu

14 Encik Amli bin Ismail

JKM Negeri Terengganu

15 Encik Annuar bin Eli

JKM Negeri Sarawak

16 Encik Ahmad Jamri bin Abdul Rahman

JKM Negeri Pahang

17 Encik Abdul Hamid bin Husien

JKM Negeri Johor

18 Encik Kanasan a/l Verappan

JKM Negeri Johor

19 Encik Ahmad JKM Negeri

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

13

Sokri bin Abd. Wahab

Pulau Pinang

20 Encik Norashid bin Mat Noor

JKM Negeri Pulau Pinang

21 Encik Shaharani bin Yahaya

JKM Negeri Pahang

22 Encik Mohamad Sabri bin Abd. Rahman

JKM Negeri Pahang

23 Encik Isahak bin Aris

JKM Negeri Johor

24 Encik Zaharudin bin Haji Alla Pitchay

JKM Negeri Pulau Pinang

25 Encik Abu Bakar bin Haji Pan

JKM Cawangan Bintulu, Sarawak

26 Encik Herman Lanying ak Tingang

JKM Cawangan Bintulu, Sarawak

27 Encik Ahmad bin Hassan

JKM Cawangan Bintulu, Sarawak

28 Tuan Haji Sahidan bin Jairot

JKM Negeri Pulau Pinang

29 Encik Amran bin Samsudin

Pusat Analisis Industri dan Tarif

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

14

Kastam

30 Puan Hajah Zuhaidah binti Yusof

PLKM (Melaka)

31 Puan Suzila binti Saidin

JKM Negeri Perak

32 Encik Harmizi bin Abdul Hamid

JKM Negeri Kedah

33 Puan Rusfaiza binti Ismail

JKM Negeri Kelantan

PA GRED H14 (Berkuatkuasa 1 April 2018)

Bil Nama Penempatan

1. Encik Entigal ak Jinging

JKM Cawangan Bintulu, Sarawak

2. Encik Mohd Azhar bin Mohamad Aris

JKM Negeri Perak

PEMANDU KENDERAAN H14 (1 April)

Bil Nama Penempatan

1 Encik Mohd Hanafiah bin Md. Ghaus

Bahagian Khidmat

Pengurusan

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

15

8. Diharap dengan gred yang lebih tinggi

ini akan juga membawa

tanggungjawab dan komitmen yang

lebih kepada tuan/puan untuk

meningkatkan produktiviti dan

keberhasilan Jabatan. Teruskan

kecemerlangan semua.

Hadirin sekalian,

[PENJENAMAAN SEMULA KIMIA]

9. Seperti semua sedia maklum, Jabatan

Kimia Malaysia telah mengadakan

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

16

penjenamaan semula nama bagi

Pusat dan Bahagian nya. Sehubungan

itu, bagi mempermudahkan panggilan

atau sebutan ramai, pihak pengurusan

telah bersetuju supaya singkatan

nama bagi Pusat dan Bahagian di Ibu

Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia

adalah seperti berikut:

Bil Nama Singkatan

1. Pusat Analisis Sains Forensik

FORENSIK

2. Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar

SEKITARAN

3. Pusat Pengurusan

KUALITI

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

17

Kualiti dan Penyelidikan

4. Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam

INDUSTRI

5. Pusat Latihan Kimia Malaysia

PLKM

6. Bahagian Pembangunan dan Teknologi Maklumat

PTM

7. Bahagian Khidmat Pengurusan

BKP

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[CSR KIMIA SIBU]

10. Pada 21 April yang lepas, JKMC Sibu

telah mengadakan Program Promosi

& Pameran Sains serta Program CSR:

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

18

Penanaman Pokok Gaharu dengan

kerjasama Jabatan Hutan Negeri

Sarawak di Rumah Panjang Manggat,

Batang Ai, Sri Aman, Sarawak.

11. Objektif program ini adalah bagi

mempromosi sains dan terlibat dalam

aktiviti pemeliharaan dan pemulihan

alam sekitar. Di samping itu, program

ini memberi peluang kepada warga

Kimia untuk mengenali, mendekati

dan berinteraksi bersama komuniti

setempat rumah panjang. Sebanyak

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

19

509 anak pokok gaharu berjaya

ditanam pada program tersebut.

[CSR KIMIA SABAH]

12. Pada 3 Mei pula, JKMN Sabah telah

mengadakan Program CSR STI

Outreach “Keselamatan di dalam

Makmal” yang bertempat di SMK

Tenghilan, Tuaran Sabah.

13. Objektif penganjuran program ini

adalah untuk mendekatkan lagi

Jabatan Kimia Malaysia kepada

masyarakat melalui pameran mini

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

20

interaktif dan taklimat yang diadakan

sepanjang program tersebut. Selain

itu, program ini juga meruapakan

salah satu program STI Outreach

(program merakyatkan inovasi)

sempena inisiatif Negaraku

Berinovasi.

14. Begitu banyaknya aktiviti yang dianjur

oleh KIMIA Malaysia. Tahniah kepada

semua Pengarah serta warga KIMIA

yang terlibat atas kerjasama dan

usaha gigih semua dalam menjayakan

program-program ini.

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

21

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PEMATUHAN PERATURAN]

15. Bulan Ramadan bakal menjelang

bermula 17 Mei akan datang.

Sehubungan dengan itu, semua warga

Kimia diberi peluang untuk membuat

Pemilihan Waktu Bekerja Berperingkat

(WBB) bagi bulan Ramadan 2018.

Saya berharap tuan/ puan dapat

mematuhi peraturan waktu bekerja di

bulan Ramadan iaitu pematuhan bagi

mereka yang memilih WB4 (pukul

7.30 pagi – 4.00 petang), WB5

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

22

(pukul 8.00 pagi – 4.30 petang) dan

WB6 (pukul 8.30 pagi – 5.00

petang). Rehat bagi bulan Ramadan

adalah setengah jam sahaja iaitu jam

1.00 hingga 1.30 petang. Manakala

hari Jumaat bermula jam 12.30 tengah

hari hingga 2.30 petang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

[PENUTUP]

16. Sebelum mengakhiri ucapan saya

pada pagi yang berbahagia ini, saya

ingin mengambil kesempatan untuk

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

23

mengucapkan selamat menunaikan

ibadah di bulan Ramadan pada

warga Kimia yang beragama Islam.

Saya juga ingin menyeru agar semua

warga Kimia Malaysia untuk

menunaikan tanggungjawab sebagai

warganegara Malaysia dengan

membuang undi di kawasan undi

masing-masing pada hari lusa, Rabu

nanti. Fikir dengan bijak sebelum

pangkah. Jangan lupa tunaikan

tanggungjawab anda!

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

24

17. ‘Selamat Hari Lahir’ jua buat semua

warga Kimia yang menyambut ulang

tahun kelahiran pada bulan Mei ini.

Didoakan semoga panjang umur

serta murah rezeki.

Setitik tinta jadi noda,

Setitik salah jadi dosa,

Bulan penuh keberkatan menjelang tiba,

Mari tekun beribadah di bulan puasa.

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2018 · 4 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2018 pada pagi yang berbahagia ini. 2

25

Akhir kata, dengan semangat 1Malaysia dan

1KIMIA dan Negaraku Malaysia saya akhiri

ucapan saya pada pagi ini dengan lafaz

Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.