buletin - polinilai.edu.my · majlis perhimpunan bulanan diperindah jambangan orkid 18 april 2014...

10
BULETIN JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI EDISI APRIL-JUN 2014 30 Jun 2014— Sedari pertenga- han Mei hingga penghujung Jun, Program Latihan Reka- bentuk dan Implementasi Landskap telah dilaksanakan demi menyertai Pertandingan FLORIA Putrajaya yang ber- langsung pada 14-22 Jun 2014. Secara tidak langsung, pro- gram ini telah memberi pendedahan kepada pelajar Diploma Hortikultur Landskap semester 4 dan 5 dalam bi- dang rekabentuk, pembinaan dan pengurusan projek landskap. Dengan sokongan Pengarah, bimbingan dan pensyarah berpengalaman dari Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri, Jabatan Keju- ruteraan Mekanikal dan pen- syarah jemputan dari Kolej Komuniti Lahad Datu kerja keras tanpa jemu pelajar- pelajar seramai 11 orang serta doa dari seluruh warga Politeknik Nilai, dengan izin- Nya Politeknik Nilai berjaya merangkul pingat Gangsa bagi kategori Starlight Award, University Garden Competition dengan menggunakan kon- sep The Hidden Value. Semo- ga kejayaan di peringkal na- sional ini akan dapat dipert- ingkat lagi pada masa akan datang. KEGEMBIRAAN RAIH GANGSA DI FLORIA, KEJAYAAN BERSAMA!

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO - INDUSTRI

EDISI APRIL-JUN 2014

30 Jun 2014— Sedari pertenga-

han Mei hingga penghujung

Jun, Program Latihan Reka-

bentuk dan Implementasi

Landskap telah dilaksanakan

demi menyertai Pertandingan

FLORIA Putrajaya yang ber-

langsung pada 14-22 Jun 2014.

Secara tidak langsung, pro-

gram ini telah memberi

pendedahan kepada pelajar

Diploma Hortikultur Landskap

semester 4 dan 5 dalam bi-

dang rekabentuk, pembinaan

dan pengurusan projek

landskap. Dengan sokongan

Pengarah, bimbingan dan

pensyarah berpengalaman

dari Jabatan Agroteknologi

dan Bio-industri, Jabatan Keju-

ruteraan Mekanikal dan pen-

syarah jemputan dari Kolej

Komuniti Lahad Datu kerja

keras tanpa jemu pelajar-

pelajar seramai 11 orang serta

doa dari seluruh warga

Politeknik Nilai, dengan izin-

Nya Politeknik Nilai berjaya

merangkul pingat Gangsa

bagi kategori Starlight Award,

University Garden Competition

dengan menggunakan kon-

sep The Hidden Value. Semo-

ga kejayaan di peringkal na-

sional ini akan dapat dipert-

ingkat lagi pada masa akan

datang.

KEGEMBIRAAN RAIH GANGSA DI FLORIA, KEJAYAAN BERSAMA!

Para pelajar dengan sokongan Pengarah PNS dan bimbingan pensyarah bertungkus-lumus membuat

persediaan ke FLORIA

Para pelajar dan pensyarah di tapak FLORIA

Landskap The Hidden Values di tapak FLORIA Putrajaya

IFLA 2014 ASIA PACIFIC INTERNATIONAL STUDENT CHARRETTE

(MY SARAWAK EXPERIENCE)

27 April 2014 – Seramai lima orang pelajar Diploma Hortikultur Landskap

telah menyertai IFLA 2014 yang diadakan di Sarawak Cultural Village,

Sarawak. Program ini menghimpunkan para pelajar landskap dan indus-

tri dari bidang yang sama seperti Institut Landskap Arkitek Malaysia

(ILAM), UPM, UTM, UiTM dan Politeknik Nilai Negeri Sembilan sendiri. Anta-

ra aktiviti yang diadakan adalah Berambih D Sarawak, Penerokaan Hu-

tan Hujan Borneo /Gunung Santubong /Penan Trail dan aktiviti Let’s Do It

serta persembahan kebudayaan. Pelajar Diploma Hortikultur Landskap-

Politeknik Nilai telah berjaya merangkul tempat Johan, Naib Johan dan

Anugerah Pilihan Juri dalam Student Charrette Design Competition .

Para pelajar bersama-sama sijil kemenangan.

Antara aktiviti yang dijalankan.

PELAJAR DIPLOMA BIOTEKNOLOGI TERUJA DI FRIM

25 Jun 2014 – Satu lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan dan

Perhutanan Malaysia (FRIM) telah disertai oleh para pelajar Diploma Bio-

teknologi dan Bio-industri semester 2 dan 3. Para pelajar telah didedahkan

dengan pelbagai kajian saintifik Bioteknologi yang berfokuskan bidang

perhutanan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah lawatan ke Makmal

Genetik. Para pelajar telah diberikan taklimat tentang kajian aplikasi mole-

kular seperti microsatellite isolation, DNA profiling & barcoding dan keju-

ruteraan genetik. Selain itu, para pelajar juga diberikan peluang untuk

melihat sendiri persediaan kultur tisu pohon jati, gaharu dan tongkat ali di

Makmal Kultur Tisu. Pengakhirannya adalah Educational Trip yang dikelolai

oleh Forest Guide. Aktiviti ini mendedahkan pelajar akan alam semulajadi

yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan boleh dimanipulasikan

di dalam kajian saintifik.

Antara aktiviti yang dilaksanakan di FRIM Kepong

LAWATAN PENANDA ARASAN KE NAS AGRO FARM, SEPANG

27 Jun 2014 – Satu lawatan penanda arasan ke Nas Agro Farm, Sepang

telah diadakan. Lawatan ini disertai oleh 7 orang staf dari Jabatan

Agroteknologi dan Bio-industri serta dari Unit Pembangunan dan Penye-

lenggaraan. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri pengendalian

rumah cendawan dan teknik pengkulturan atau pembenihan yang

digunakan oleh Nas Agro Farm. Projek Penanaman Cendawan ini di-

jangka akan dilaksanakan oleh Unit Bioteknologi dengan kerjasama Unit

Hortikultur Landskap serta Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan men-

jelang Julai ini.

Lawatan sekitar Rumah Cendawan, ruang penyediaan media dan makmal.

SELAMAT DATANG WARGA JAB YANG BAHARU!

1 Jun 2014 – Pada bulan April dan Jun, Jabatan Agroteknologi dan Bio-

industri telah menerima ‘ahli keluarga’ baharu seramai 10 orang. Semoga

dengan pertambahan staf di JAB akan dapat meningkatkan lagi produk-

tiviti serta melancarkan proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP).

KETUA JABATAN (JAB)

EN. MD MARZUKEE BIN YUSOF (DH 48)

PENSYARAH KANAN

PN. KALSOM BINTI SAILAN (DH 52)

PENSYARAH KANAN

HJH. MEGAWATI BINTI MOHD YASSIN (DH 52)

PENSYARAH

PN. NURULAZILA BINTI OMOR (DH 44)

PENSYARAH

PN. FAUZIAH SHAHEEN BINTISHEH RAHMAN

(DH 41)

PENSYARAH

PN. FAIROZ BINTI YAAKOB BT (DH 44)

PENSYARAH

PN. AZILAH BT ANUAR (DH 44)

PENSYARAH

EN. MUHD ARIF NUBLI BIN SHAFIE (DH 41)

PENSYARAH

PN. NABILAH ZARIFAH BINTI ZULKEPLI

PENSYARAH

EN. FADHLI TARIQ BIN ISHAK (DH 41)

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DIPERINDAH JAMBANGAN ORKID

18 April 2014 – Pada bulan April yang lalu, Majlis Perhimpunan Bulanan

buat kali pertama bagi tahun 2014 telah dianjurkan oleh Jabatan Agrote-

knologi dan Bio-industri. Majlis yang diperindah dengan jambangan orkid

segar ini turut mengadakan satu slot penghargaan kepada staf yang

akan bertukar. Bak kata pepatah Patah Tumbuh Hilang Berganti, Politeknik

Nilai turut meraikan staf-staf Politeknik Nilai yang baharu melapor diri.

Antara momen-momen indah yang terakam.

JAMUAN POT-LUCK SERLAHKAN BAKAT MEMASAK STAF JAB

18 Jun 2014 – Majlis pot-luck yang menjadi program bulanan di JAB telah

diadakan. Semua staf JAB telah membawa hasil air tangan masing-

masing yang lazat dan pelbagai. Program santai ini menjadi salah satu

program yang dapat mengeratkan ukhuwah antara staf di JAB.

Staf –staf di JAB sedang menjamu selera.