perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia jun 2016 ucapan kp... · perhimpunan bulanan jabatan...

29
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 7 JUN 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: vuongdung

Post on 16-Jul-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

7 JUN 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

4

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat

bagi bulan Jun 2016 pada pagi di

bulan Ramadhan yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Forensik kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan

begitu baik sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

5

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]

3. Saya ingin mengucapkan syabas dan

tahniah kepada 4 orang pegawai

Jabatan Kimia Malaysia atas

penerimaan pingat kebesaran

sempena Hari Keputeraan DYMM

SPB Yang Di Pertuan Agong pada 4

Jun 2016 yang lepas. Untuk

makluman, sebenarnya majlis

pengurniaan pingat ini belum lagi

berlangsung, namun saya nyatakan

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

6

lebih awal untuk makluman warga

Kimia sahaja. Bakal penerima pingat

kebesaran tersebut adalah:

Puan Zaiton binti Ariffin,

Pengarah Bahagian PJK yang

dikurniakan pingat Johan Setia

Mahkota (JSM)

Dr. Cornelia Charito Siricord,

Pengarah Bahagian Forensik

yang dikurniakan Kesatria

Mangku Negara (KMN)

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

7

Puan Nor Aidora binti Saedon,

Pegawai Sains di Seksyen DNA

yang dikurniakan Ahli Mangku

Negara (AMN)

Puan Noor Hasimah binti Mohd.

Zabidi, Penolong Pegawai Sains,

C27 yang telah bersara

dikurniakan Pingat Pangkuan

Negara (PPN).

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

8

[PERSEPSI]

4. Bercakap berkenaan dengan

penerimaan pingat ini, suka saya

sentuh sedikit berkenaan dengan

persepsi yang akan muncul apabila

melibatkan 3 perkara iaitu;

Kenaikan pangkat

Anugerah perkhidmatan

cemerlang

Kurniaan pingat kebesaran

5. Apabila terdapat berita berkenaan 3

situasi di atas, saya sedari bermacam-

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

9

macam persepsi akan mula tersebar.

Contoh sekiranya ada pegawai yang

dinaikkan pangkat atau menerima

anugerah perkhidmatan cemerlang,

mulanya kedengaran suara tidak

berpuas hati dan mempersoalkan

kenapa pegawai tersebut layak dan

bukannya pegawai lain.

6. Ingin saya tekankan di sini bahawa

setiap keputusan yang dibuat oleh

pihak pengurusan ada sebabnya.

Saya harap agar tuan-tuan dan puan-

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

10

puan menyemak terlebih dahulu

keadaan sebenar serta keperluan

semasa Jabatan sebelum membuat

persepsi mengenainya. Sekiranya

tidak berpuas hati atau ragu-ragu

berkenaan dengan sesuatu

keputusan, tuan/puan dijemput untuk

bersemuka atau menghubungi saya

terus untuk bertanya keadaan

sebenar. Saya mengamalkan sistem

terbuka. Saya sedia mendengar apa

jua isu daripada kakitangan saya.

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

11

Hadirin sekalian,

[SPK Bil 1/2016 – Tambahan Waktu

Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu

Bekerja Berperingkat (WBB) Khas Pada

Bulan Ramadhan]

7. Sempena menyambut bulan

Ramadhan ini, Kerajaan telah

bersetuju untuk mengurangkan waktu

rehat penjawat awam selama

setengah jam. Langkah ini diambil

bagi memberikan kemudahan kepada

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

12

mereka untuk memanfaatkan bulan

Ramadhan yang mulia ini.

8. Bagi melaksanakan perkara tersebut,

Kerajaan bersetuju untuk menambah

Waktu Peringkat (WP) dalam jadual

Waktu Bekerja Berperingkat (WBB)

yang sedia ada di semua agensi

Kerajaan Persekutuan.

WBB Sediada

WBB Khas

Catatan

WB1 WB4 Waktu bekerja : 7.30 am hingga 4.00 pm Waktu rehat tengahari : 1.00 pm hingga 1.30pm Waktu rehat t/hari Jumaat: 12.30 pm hingga 2.30 pm Tiada waktu rehat pagi (antara jam 10 – 11 pagi)

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

13

WB2 WB5 Waktu bekerja : 8.00 am hingga 4.30 pm Waktu rehat tengahari : 1.00 pm hingga 1.30pm Waktu rehat t/hari Jumaat: 12.30 pm hingga 2.30 pm Tiada waktu rehat pagi (antara jam 10 – 11 pagi)

WB3 WB6 Waktu bekerja : 8.30 am hingga 5.00 pm Waktu rehat tengahari : 1.00 pm hingga 1.30pm Waktu rehat t/hari Jumaat: 12.30 pm hingga 2.30 pm Tiada waktu rehat pagi (antara jam 10 – 11 pagi)

9. Bagi yang bukan muslim adalah

digalakkan untuk mengekalkan waktu

bekerja sedia ada dengan tujuan

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

14

untuk memanjangkan tempoh waktu

demi kepentingan pelanggan.

10. Sekiranya pegawai-pegawai bukan

muslim yang mahu bekerja dalam zon

waktu khas, WB 4, WB 5 dan WB6,

anda hendaklah mematuhi syarat-

syarat seperti dinyatakan dalam SPK

1/206 di mana tiada waktu untuk tea-

time dan waktu rehat tengahari

hanyalah setengah jam pada hari

biasa dan 2 jam pada hari Jumaat.

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

15

[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM

CAWANGAN JOHOR]

11. Pada 30 Mei 2016 yang lepas, saya

telah mengadakan lawatan kerja ke

JKMC Johor. Dalam lawatan ini, saya

dapat melihat sendiri keadaan

cawangan Johor dan beramah mesra

dengan kakitangan di sana. Lawatan

sebegini membolehkan saya bersua

muka dengan semua warga Kimia

Johor dan dapat mendengar terus

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

16

idea atau sebarang masalah daripada

mereka.

12. Terima kasih kepada semua yang

telah memberi kerjasama dalam sesi

lawatan ini terutamanya yang memberi

pandangan semasa sesi dialog

diadakan. Pihak pengurusan akan

cuba untuk mengambil tindakan atas

segala pandangan yang diutarakan.

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

17

[PAMERAN]

13. Sepanjang bulan Mei lepas, Jabatan

Kimia Malaysia seluruh negara telah

terlibat dengan pelbagai pameran.

Saya ambil maklum bahawa

penglibatan Jabatan Kimia Malaysia

bagi kesedaran STI ini adalah pada

tahap yang amat membanggakan. Kita

sering dijemput untuk mengadakan

pameran di semua lapisan masyarakat

di mana jua.

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

18

14. Antara pameran yang disertai oleh

Kimia pada Mei lepas adalah:

JKMC Pahang : Pameran

Minggu Sains dan Matematik di

Sekolah Menengah Agama Al-

Maarif, Bukit Goh, Pahang pada

4 Mei 2016.

JKMC Kedah : Pameran

“Program Inovasi Sosial MOSTI:

Karnival Sains Bagi Program

Duta Sains Jerlun” di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jerlun,

Kedah pada 10 Mei 2016.

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

19

Bahagian IKTD : Pameran

Karnival Islam sempena Islamic

Festival of Science and

Technology 2016 (i-FeST’16) di

Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM) pada 19-20 Mei 2016.

JKMC Perak : Pameran

sempena Program 'Let’s

Discover Science' Peringkat

Kebangsaan di Sekolah

Kebangsaan Bandar Behrang

2020 Tanjung Malim Perak Darul

Ridzuan pada 23 Mei 2016.

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

20

Forensik Ibu Pejabat :

Pertandingan CSI Explorace

sempena Hari UNESCO

Malaysia di Taman Wetland,

Putrajaya pada 28 Mei 2016.

15. Seperti diketahui YB Menteri MOSTI

amat menggalakkan semua jabatan

agar terlibat secara aktif dalam

program sebegini. Setinggi

penghargaan diucapkan kepada

semua yang terlibat atas kesungguhan

dalam menjayakan semua program

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

21

yang saya nyatakan sebentar tadi.

Kerjasama dan usaha gigih anda

semua dalam menjayakan program ini

adalah amat dihargai. Syabas!

Hadirin sekalian,

[KELAB : RAJA DAM DAN CATUR]

16. Pada bulan Mei yang lepas jua, Biro

Kebudayaan KSKJKM telah

menganjurkan 2 program iaitu:

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

22

Pencarian Raja Dam Aji yang

telah disertai oleh 16 orang

peserta.

Pencarian Raja Catur yang

disertai oleh 16 orang peserta.

17. Tahniah kepada para pemenang.

Mereka adalah:

Raja Dam Aji :

- Johan: Shuhimi Md Isa (Forensik)

- Naib Johan: Tarmizi Isa (BKP)

- Tempat ke 3: Muhammad Afifi Abdul Hamid (BKP)

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

23

Raja Catur:

- Johan: Muhammad Rashid Shaari (IKTD)

- Naib Johan: Muhammad Syafiq Rozman (IKTD)

- Tempat ke 3: Tarmizi Isa (BKP)

18. Tahniah kepada para pemenang!

Saya amat berharap agar semua

warga kerja Kimia Malaysia dapat

melibatkan diri dalam aktiviti yang

dianjurkan oleh Kelab Sukan dan

Kebajikan Jabatan Kimia Malaysia

sebagai satu wadah gaya hidup sihat

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

24

dan aktif di samping mengeratkan

hubungan sesama teman sekerja.

Hadirin yang dihormati sekalian,

[SAMBUTAN PESTA KAAMATAN & HARI

GAWAI]

19. Dikesempatan ini, saya ingin

mengucapkan Selamat Hari Kaamatan

(30 & 31 Mei) pada mereka yang

berbangsa Kadazan Dusun di Sabah,

serta Selamat Hari Gawai (1 Jun) buat

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

25

warga Kimia berbangsa Dayak di

Sarawak.

20. Kotobian Tadau Tagazo Do

Kaamatan.

Selamat Ari Gawai kepada Bansa

Dayak Sarawak. Ngajih ka kita Gayu

Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang

Nguan Menua : (Mudah-mudahan kita

beroleh kesejahteraan, nasib yang

baik dan hidup bahagia aman

makmur).

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

26

Hadirin sekalian,

[PENUTUP: BULAN RAMADHAN]

21. Sebelum mengakhiri ucapan saya

pada pagi yang berbahagia ini, saya

ingin mengambil kesempatan

mengucapkan selamat menyambut

bulan Ramadhan dan menjalani

ibadah puasa kepada semua warga

kerja Jabatan Kimia Malaysia yang

beragama Islam.

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

27

22. Bersempena bulan Ramadhan yang

mulia ini PEMURNI Jabatan Kimia

Malaysia akan menganjurkan

beberapa aktiviti seperti majlis

berbuka puasa, tadarus, pemberian

kurma, program ceramah dan lain-lain

lagi.

23. Di sini saya ingin menyarankan semua

warga kimia memberikan sumbangan

bagi menjayakan program yang telah

dirangka tersebut. Sumbangan ikhlas

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

28

tersebut boleh disalurkan ke PA

Bahagian / Seksyen masing-masing.

24. Untuk makluman jua, suatu program

‘Singgah Sahur’ di Rumah Kebajikan

Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati

Khadijah Gombak akan dianjurkan

secara bersama oleh PEMURNI,

Kelab Sukan & Kebajikan Kimia serta

Puspanita Kimia. Marilah sama-sama

melibatkan diri dalam program

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia ... ismail bin talib ketua pengarah jabatan kimia malaysia 7 jun 2016 dataran

29

tersebut dan bersahur dengan anak-

anak yatim di sana kelak.

25. Semoga amalan baik kita pada bulan

yang suci ini diterima oleh Allah SWT.

Aamiinnn…

Mencuci tangan di pinggir telaga.. Pohon serumpun indah di tepiannya.. Bulan suci Ramadhan telah tiba.. Mohon ampun maaf dari saya, KP Kimia. Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.