unit 9 geografi ting 1:pergerakan bumi..iklim & cuaca

Click here to load reader

Post on 16-Apr-2017

2.059 views

Category:

Education

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

UNIT 9 : PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA SERTA PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

UNIT 9 : PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA SERTA PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIMGeografi Tingkatan 1by mrremmremgeo.blogspot.com

Objektif :Dalam unit ini anda akan dapat :- Memahami putaran dan peredaran bumi- Memahami kesan pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim- Memahami serta faktor-faktor yang mempengaruhinyamremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Putaran Bumi serta KesannyaBumi senantiasa berputar. Bumi berputar seperti gasing pada paksinya. Paksi bumi ini menganjur dari Kutub Utara ke Kutub Selatan secara condong pada sudut 66 dengan rataan londar matahari. Bumi berputar dari barat ke timur. Setiap satu putaran bumi mengambil masa selama 24 jam atau sehari. Putaran bumi ini menyebabkan kejadian siang dan malam di muka bumi.

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Pada waktu siang, kita melihat matahari seolah-olah bergerak dari timur dan terbenam di barat. Sebenarnya, yang bergerak ialah bumi, bukan matahari. Semasa berpusat, sebahagian permukaan bumi akan menghadap matahari dan sebahagian lagi akan terlindung. Bahagian yang menghadap yang terlindung akan mengalami waktu malam. Kejadian ini silih berganti kerana bumi sentiasa berputar.

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Peredaran Bumi serta KesannyaDalam sistem suria terdapat matahari dan Sembilan planet. Bumi adalah satu daripada planet itu. Setiap planet akan beredar mengelilingi matahari mengikut laluannya yang tertentu. Laluan itu disebut sebagai orbit.

Bumi bukan saja berputar pada paksi tetapi dalam masa yang sama beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Peredaran bumi adalah secara lawan pusingan jam. Bumi mengambil masa selama 365 hari, 6 jam dan 9 minit atau setahun untuk melengkapkan satu edaran.

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Jumlah hari dalam setiap tahun biasanya dinyatakan sebagai 365 hari saja. Oleh itu, bagi setiap empat tahun, jumlah hari dalam setahun akan bertambah sehari. Tahun ini disebut sebagai tahun lompat. Tahukah anda mengapa jumlah hari itu bertambah? Cuba bincangkan sebabnya dengan rakan-rakan anda.

mremgeo.blogspot.com

Peredaran bumi dan keadaan bumi yang condong (kecondongan paksi bumi 66) menyebabkan sebahagian kawasan di permukaan bumi mengalami iklim empat musim. Musim itu ialah musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Kejadian ini berlaku ada kaitannya dengan kedudukan bumi semasa beredar mengelilingi matahari.

mremgeo.blogspot.com

Peredaran Bumi dan Kejadian Empat MusimSebelum memahami kejadian empat musim, eloklah kita memahami bahagian-bahagian bumi. Garisan Khatulistiwa adalah garisan membahagikan bumi kedapa dua. Bahagian ke utara Garisan Khatulistiwa disebut sebagai hemisfera utara dan bahagian ke selatannya disebut sebagai hemisfera selatan. Terdapat juga garis lintang atau latitude utama yang lainnya. Perhatikan Rajah

Kedudukan garis lintang utamamremgeo.blogspot.com

Semasa berputar dan beredar mengelilingi matahari, bumi adalah dalam keadaan condong. Pancaran matahari tegak ke bumi berubah-ubah mengikut masa

mremgeo.blogspot.com

Solstis Musim PanasPada 21 Jun, anda dapat melihat Kutub Utara Bumi condong ke arah matahari. Seluruh bahagian Kutub Utara menerima pancaran matahari. Oleh itu waktu siangnya adalah sepanjang hari, iaitu 24 jam. Pada masa ini juga, matahari kelihatan berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di Garisan Sartan. Lihat Rajah

mremgeo.blogspot.com

Selain itu, pada kedudukan ini hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malamnya kerana lebih banyak kawasannya yang menghadap matahari. Oleh itu, hemisfera utara mengalami musim panas. Keadaan ini disebut sebagai solstis musim panas. Sebaliknya hemisfera selatan mengalami musim sejuk. Waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siangnya.

mremgeo.blogspot.com

Di Kutub Selatan dan kawasan yang hampir dengannya pula akan mengalami waktu malam yang lebih panjang. Oleh sebab terlindung daripada matahari, bahagian Kutub Selatan mengalami waktu malam sepanjang hari, iaitu selama 24 jam. Hanya kawasan-kawasan yang hampir dengan Khatulistiwa yang akan mengalami waktu siang dan waktu malam yang sama panjang.mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Ekuinoks Musim LuruhPada 23 September, matahari akan kelihatan berada tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa pada waktu tengah hari. Pada masa ini, semua kawasan di bumi mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam. Pada masa yang sama, hemisfera utara mengalami musim luruh. Keadaan ini disebut sebagai ekuinoks musim luruh. Kawasan-kawasan di hemisfera selatan pada ketika ini pula akan mengalami musim bunga.

Ekuinoks musim luruh (23 Sept.) dan ekuinoks musim bunga (21 mac)mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Solstis Musim SejukPada 22 Disember, Kutub Selatan bumi berkeadaan condong ke arah matahari. Bahagian ini menerima pancaran matahari sepenuhnya (24 jam), manakala Kutub Utara terlindung sepenuhnya (24 jam) daripada matahari. Bahagian di Garisan Jadi berada tepat menghadap matahari dan matahari kelihatan tegak di atas kepala pada waktu tengah hari. Oleh itu, hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malamnya dan menyebabkan kawasan ini mengalami waktu panas.

Hemisfera utara pula mengalami musim sejuk. Waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siangnya. Keadaan ini disebut sebagai solstis musim sejuk.

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Ekuinoks Musim BungaPada 21 Mac, bahagian di Garisan Khatulistiwa berada tepat menghadap matahari dan matahari kelihatan berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari. Pada masa ini, semua kawasan di bumi mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam. Pada masa yang sama, hemisfera utara mengalami musim bunga. Keadaan ini disebut sebagai ekuinoks musim bunga. Kawasan-kawasan di hemisfera selatan pada ketika ini pula mengalami musim luruh.

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Sumber slide share

mremgeo.blogspot.com

Sumber slide share

Cuaca dan Iklim di MalaysiaMalaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Jenis iklim ini dialami di kawasan-kawasan yang terletak di antara 0o hingga 10o utara dan selatan Garisan Khatulistiwa.

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

Ciri Iklim di MalaysiaSuhu

Min suhu tahunan Malaysia ialah 27oC. Suhu di negara ini sentiasa tinggi dan sekata sepanjang tahun. Julat suhu tahunan iaitu perbezaan di antara shu bulan yang tinggi dengan suhu bulan yang terendah adalah kecil, di antara 1oC hingga 3oC. Jadual 9.1 ini menunjukkan min suhu bulanan untuk setiap bulan di Kuala Lumpur. Min suhu tahunan bagi dua belas bulan kemudian dibahagikan dengan 12 ialah 26.4oC.

mremgeo.blogspot.com

mremgeo.blogspot.com

AnginSistem angin utama yang membawa hujan ke Malaysia ialah Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Sistem angin yang lain ialah Angin Sumatera, bayu laut, dan bayu darat.mremgeo.blogspot.com

Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) berasal dari benua Australia. Pada masa ini, benua Australia mengalami musim sejuk, manakala benua Asia mengalami musim panas. Udara benua Australia akan menjadi sejuk dan menjadi kawasan tekanan udara tinggi. Udara benua Asia akan dipanaskan dan suatu kawasan tekanan udara rendah akan terbentuk. Udara dari kawasan tekanan tinggi akan bergerak ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, udara bergerak dari Australia merentas Lautan Hindi dan melalui Malaysia ke benua Asia. Angin bertiup dari arah tenggara di Australia dan terbias ke arah barat daya apabila merentasi Garisan Khatilistiwa. Angin ini terbias akibat putaran bumi. Oleh itu, angin monsun yang sampai ke Malaysia dikenal sebagai Angin Monsun Barat Daya

mremgeo.blogspot.com

Angin Monsun Barat Daya bertiup merentasi Pulau Sumatera dan Kalimantan sebelum sampai ke Malaysia. Angin ini kurang membawa hujan lebat kerana terhalang oleh tanah tinggi di Sumatera dan Kalimantan. Antara kawasan yang menerima hujan (melebihi 1 500 mm) di kawasan pergunungan di pendalaman Sarawak, pantai barat Sabah, Bukit Larut, Gunung Jerai, kawasan Gunung Batu Pulih di Banjaran Titiwangsa dan tanah tinggi di Terengganu. Daerah Kuala Pilah yang terletak di kawasan lindungan hujan menerima hujan yang sedikit saja (kurang daripada 500 mm

mremgeo.blogspot.com

Angin Monsun Timur Laut berasal dari benua Asia dan bertiup antara bulan November hingga Mac. Pada masa ini, benua Asia mengalami musim sejuk, manakala benua Australia mengalami musim panas. Udara di benua Asia disejukkan dan suatu kawasan tekanan tinggi terbentuk. Pada masa yang sama, udara di benua Australia dipanaskan dan suatu kawasan tekanan rendah terbentuk. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, angina bertiup dari benua Asia ke benua Australia. Angin bertiup dari arah timur laut dan terbias kea rah barat laut apabila merentas Garisan Khatulistiwa. Oleh itu, angin monsun yang sampai ke Malaysia pada waktu itu dikenal sebagai Angin Monsun Timur Laut.

mremgeo.blogspot.com

Angin MonsunTimur Laut bertiup merentasi Laut China Selatan sebelum sampai ke Malaysia. Angin yang lembap ini banyak membawa hujan. Kawasan-kawasan yang menerima hujan lebat melebihi 1 500 mm ialah pantai timur semenanjung Malaysia, bahagian selatan Banjaran Titiwa