perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk

5
PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUK Muhammad Hanief bin Awang Yahaya Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab- kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain) Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain. Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” (The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94) Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal-usul kejadian Hawa. Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa

Upload: rr-darulkautsar

Post on 24-Jan-2017

153 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk

PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUKMuhammad Hanief bin Awang Yahaya

 

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga

terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat

dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga,

hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada

ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir

al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas

menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam

tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah

manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu

bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para

pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga

menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada

tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan

hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang

sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti

yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” (The

Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana

yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang

menerangkan asal-usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t.

tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita

tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau

bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah

menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dan pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab

sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di

dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-

kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk

Page 2: Perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk

mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa

bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping

menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada

mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)

 

Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri

Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268). Disebabkan ada riwayat

dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau

pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat

walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang

turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;

1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk

2. Perempuan seperti tulang rusuk.

3. Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan

kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas

menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa

secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa

berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w.

itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

Walaupun perkataan ‘min’ itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”,

kata sendi nama ‘min’ juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan

“menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas

dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal.

319)

Page 3: Perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk

Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah

menciptakannya dari jenisnya (Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi). Ini seperti ayat-ayat al-Quran

berikut:

لقوم آليات ذلك في إن ورحمة مودة بينكم وجعل إليها لتسكنوا أزواجا أنفسكم من لكم خلق أن آياته ومنرون يتفك

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia

menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu

bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan

kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-

keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

وهو شيء كمثله ليس فيه يذرؤكم أزواجا األنعام ومن أزواجا أنفسكم من لكم جعل واألرض ماوات الس فاطرالبصير ميع الس

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis

kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-

binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada

sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang

Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

بات الطي من ورزقكم وحفدة بنين أزواجكم من لكم وجعل أزواجا أنفسكم من لكم جعل ه والل

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan

bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezeki kepada

kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita

tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

رحيم رءوف بالمؤمنين عليكم حريص م عنت ما عليه عزيز أنفسكم من رسول جاءكم لقد

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya

kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada

orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

وإن والحكمة الكتاب مهم ويعل يهم ويزك آياته عليهم يتلو أنفسهم من رسوال فيهم بعث إذ المؤمنين على ه الل من لقدمبين ضالل لفي قبل من كانوا

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman

ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang

membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan

Page 4: Perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk

Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran:

164.)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita

adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti

malaikat.

Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah

bengkok.

) : واستوصوا جاره يؤذي فال اآلخر واليوم بالله يؤمن كان من قال وسلم عليه الله صلى النبي عن هريرة أبي عن

يزل لم تركته وأن كسرته، تقيمه ذهبت فإن أعاله، الضلع في شيء أعوج وإن ضلع، من خلقن فإنهن خيرا، بالنساءخيرا بالنساء فاستوصوا . أعوج،

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan

hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan

daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika

kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu

ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.

(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

: : كسرتها أقمتها إن كالضلع، المرأة قال وسلم عليه الله صلى الله رسول أن هريرة أبي .عن

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan

mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan

wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita

bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila

dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

. : : . كسرتها تقيمها ذهبت إذا كالضلع المرأة إن وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال هريرة أبي .عن

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan

mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan

daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara

perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara

kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

) : كالضلع: المرأة إنما وسلم عليه الله صلى النبي وقول النساء، مع المداراة . باب

Page 5: Perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk

Bab berlembut dengan wanita dan sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang

rusuk.