percubaan geografi 2 stpm - pulau pinang

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 04-Apr-2018

373 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    1/15

    PERCUBAAN GEOGRAFI STPM, P.PINANG 2012

    SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN GEOGRAGI KERTAS 2 [942/2]

    SOALAN 1

    Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk Negara Malaysia pada

    tahun 1980, 2000 dan 2010.

    TAHUN JUMLAH PENDUDUK

    1980 13 ,136,109

    2000 22 ,198,276

    2010 27, 565,276

    a. Berdasarkan maklumat dalam Jadual 1, hitung kadar pertumbuhan tahunanpenduduk Malaysia dari tahun 1980 hingga tahun 2010. [3]

    ISI HURAIAN MARKAH

    Formular= l /n Log e ( Pn / P0) X 100

    pengiraan r dengan menggunakan

    formula dan jawapan

    1/20 log e ( 27 ,565,276 ) x 100 =

    13, 136, 109

    1/20 log e (2.0984 ) x 100 =

    1/20 (0.741 x 100 )= 3.78

    1m

    1m

    1m

    JUMLAH 3m

    a) Jelaskan enam faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk bandar yang

    pesat di Msia.[12]ISI HURAIAN MARKAH

    b1Kadar

    Kelahiran

    Kadar kelahiran tinggi. Kelahiran bayi meningkat dengan adanya

    penjagaan kesihatan yang baik terutamanya dalam kalangan ibu

    mengandung, bayi dan kanak-kanak. Banyak klinik ibu

    mengandung di bandar

    2m

    b2Kadar

    Kematian

    Kadar kematian yang rendah. Penduduk mementingkan kesihatan.

    Kawalan penyakit berjangkit seperti malaria, cacar, taun

    dipertingkatkan

    2m

    b3Migrasi

    dalaman yangpesat

    Migrasi luar bandar ke bandar tinggi. Ramai mencari peluang

    pekerjaan di bandar. Bandar menawarkan pekerjaan dalam sektorperindustrian Johor Bahru,Kuala Lumpur, Ipoh

    2m

    b4Faktor Fizikal

    tanah pamah

    Kebanyakan bandar terletak di kawasan tanah pamah. Mudah

    mendirikan kawasan perumahan dan kemudahan asas. Contoh:

    Kuala Lumpur

    2m

    b5

    Dasar Kerajaan

    Dasar kependudukan kerajaan Malaysia ialah 70 juta orang

    menjelang 2100. Kerajaan menggalakkan pertumbuhan penduduk

    bandar dengan pelbagai insentif seperti cuti bersalin selama 60

    atau 90 hari bagi ibu yang bersalin dan suami pula diberi tujuh hari

    cuti

    2m

    b6Agama dan adat

    Agama Islam mempunyai konsep meramaikan umat dan laranganperancangan keluarga. Jadi pertumbuhan penduduk pesat. Adat

    2m

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    2/15

    orang cina yang inginkan anak lelaki untuk mewarisi keluarga.

    b7Kestabilan

    politik

    Dalam jangka masa yang panjang menggalakan pertumbuhan

    pesat. Tiada peperangan dan tiada rakyat yang terkorban

    2m

    JUMLAH 2X6 =12M

    b) Huraikan kesan pertumbuhan penduduk bandar terhadap ciri demografi dan statussosioekonomi Malaysia.[10]

    ISI HURAIAN MARKAH

    C1Penduduk sebagai

    aset

    Tenaga buruh perlu untuk mengembangkan dan menjayakan

    aktiviti ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada

    tenaga manusia yang ramai. sektor pertanian , perindustrian,

    pelancongan

    2

    C2Memperluaskansaiz pasaran

    Jumlah penduduk yang pesat menjanjikan pasaran domestikyang besar dan menarik pelaburan asing.

    2

    C3Menguatkan

    pertahanan negara

    Penduduk ramai menjanjikan bilangan tentera yang ramai.

    Pemilihan rakyat yang berkualiti untuk diserapkan dalam

    bidang ketenteraan

    2

    C4Tekanan terhadap

    sumber tanah

    Persaingan guna tanah petempatan dengan guna tanah yang

    lain.

    Tanah di bandar semakin tinggi harganya

    2

    C5Kemerosotan dan

    Kepupusan Sumber

    Pertumbuhan penduduk pesat menyebabkan sumber alam

    digunakan sepenuhnya untuk menampung penduduk.

    Kesanya flora dan fauna terancam. Sumber hutan diterokauntuk pembinaan petempatan dan kawasan pertanian

    2

    C6Kemiskinan Masalah pengangguran, kemiskinan dan taraf hidup penduduk

    menjadi rendah. Sumber ekonomi yang ditawarkan adalah

    terhad berbanding dengan bilangan penduduk yang ramai

    Kemiskinan Bandar juga berlaku. Contoh bandaraya Manila

    2

    C7Mengalakkan

    migrasi keluar

    Ramai penduduk berhijrah ke luar Negara untuk mendapatkan

    peluang pekerjaan. Penduduk Bangladesh dan Indonesia

    membanjiri Malaysia.

    2

    JUMLAH 2X6 =12

    2 a) Nyatakan satu contoh sumber alam yang terdapat dalam setiap komponen alam sekitarbiosfera , litosfera , hidrosfera dan atmosfera ? (5m)

    Sumber alam yang terdapat dalam :

    - biosfera ialah tumbuhan, haiwan , manusia (2)- litosfera ialah batu igneus, batu enapan, batu metamorfosis (1)- hidrosfera ialah tasek, kolam, paya, sungai, laut (1)- atmosfera ialah wap air, asap, gas, partikel terampai (1)

    b. Jelaskan bagaimana aktiviti penduduk boleh mempengaruhi perubahan alamsekitar fizikal ?(10m)Isi Huraian

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    3/15

    Pertanian Meneres , meratakan bukit, membajak

    Tanah berubah gondol dan struktur tanah longgar

    2

    Pembinaan Menebusguna , penimbunan, penambakan

    Tanah berubah wajah menjadi rata dan gersang

    2

    Penternakan Perlepasan sisa kumbuhan dari ladang

    Air tercemar, keruh, berubah warna, berbau

    2

    Perikanan Perikanan akuakulturmencemarkan air, Tangkapan ikan di

    sungai atau laut menggunakan tuba, bom mencemarkan air dan

    menjejaskan ekosistem

    2

    Pengangkutan Pembinaan lebuhraya menebuk, meneres, meratakan bukit

    tanah menjadi rata terdedah kepada hakisan

    2

    Perlombongan Tanah ditebuk, di korek- kawasan menjadi kolam besar 2

    Permarkahan= 5 isi X 2m = 10 m

    c) Jelaskan kesan ke atas sumber alam akibat tumpuan penduduk di sesebuah kawasan di

    Malaysia ? (10m)

    Isi Huraian Markah

    Kurang tanah Penawaran tanah terhad, persaingan sengit, tanag naik harga 2

    Penggunaan kawasan

    berisiko

    Kawasan seperti tanah rizab sungai, rizab laut, tanah tinggi 2

    Pengurangan sumber

    alam

    Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui seperti bijik timah,

    emas, bijih besi

    2

    Kepupusan sumber

    alam

    Aktiviti pertanian kawasan tanah tinggi tanah

    diratakan kepupusan hutan , flora , fauna, kemerosotan flora

    & fauna-

    2

    Kerosakan ekosistem Pemotongan lereng bukit meningkatkan gerakan jisim-

    ekosistem hutan akan terganggu tiada cegatan silara terhadap

    titisan hujan

    2

    Pencemaran air Amalan pertanian yang giat Racun serangga DDT mengalir

    masuk kedalam sungai berlaku pencemaran air- hidupan

    akuatik terjejas Permarkahan= 5 isi X 2m = 10 m

    2

    Soalan 3

    (a) Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah kawasan pelancongan tanah

    tinggi,(i) namakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang dikaji [1]

    ISI HURAIAN MARKAH

    Pekan Brinchang,Tanah Tinggi Cameron Pahang Darulmakmur

    JUMLAH 1m

    (ii) nyatakan dua tujuan kajian anda [2]

    ISI HURAIAN MARKAH

    (ii)Mengenal pasti faktor yang menpengaruhi perkembangan aktiviti

    pelancongan tanah tinggi

    1m

    (ii)Mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan tanah tinggi terhadap alam sekitarfizikal setempat

    1m

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    4/15

    JUMLAH 1x2=2m

    (iii) nyatakan dua kaedah kajian anda gunakan untuk mendapatkan data tentang ciri-ciri aktiviti

    pelancongan tanah tinggi tersebut.[2]

    ISI HURAIAN MARKAH

    (iii )

    1 Pemerhatian

    Memerhati kesan aktiviti pelancongan di kawasan kajian 1m

    (iii )2 Rujukan Merujuk internet untuk mendapatkan peta

    bandar brinchang

    1m

    (iii )3 Soal Selidik Menggunakan soal selidik untuk mendapatkan faktor dan

    kesan aktiviti pelancongan di tempat kajian

    1m

    (iii )4 Temu Bual Menemubual penduduk pecan brinchang untuk

    mendapatkan maklumat tentang faktor dan kesan aktiviti

    pelancongan di tempat kajian

    1m

    2 kaedah sahaja

    JUMLAH 1 x 2 =2m

    (iv) jelaskan empat faktor yang menpengaruhi perkembangan aktiviti pelancongan tanah tinggi

    kawasan kajian anda.[8]

    ISI HURAIAN MARKAH

    ( iv )1 Faktor fizikal Kawasan tanah tinggi di banjaran titiwangsa yang sesuai

    untuk kawasan pelancongan. Pemandangan yang cantik

    dengan ketinggian 1500m menjadi satu destinasi

    pelancongan yang popular.

    2m

    (iv)2 Suhu yang sejuk Suhu di sekitar 20

    0

    Celcius nyaman dan segar.Berbanding suhu 27-32

    0Celcius di tanah pamah yang

    beriklim khatulistiwa

    2m

    (iv) 3 Air terjun yang

    cantik

    Terdapat air terjun Robinson yang cantik . Tempat

    berkeelah di kawasan tanah tinggi.

    2m

    (iv) 4 Ladang Teh Boh Ladang teh yang besar, mempunyai kilang memproses

    teh yang boleh dilawati

    2m

    (iv) 5 Kemudahan

    penginapan

    Banyak hotel dan aprtmen yang boleh disewa, bertaraf

    3 hingga 5 bintang

    2m

    Maks 4 faktor

    JUMLAH 2 x 4 = 8

    (v) huraikan tiga kesan aktiviti pelancongan tanah tinggi terhadap alam sekitar fizikal

    setempat.[6]

    ISI HURAIAN MARKAH

    ( v )1 kesan hakisan Banyak berlaku, tanah tinggi digondolkan untuk

    pertanian bunga-bungaan dan sayuran. Hakisan galur

    dan galir yang banyak. Sg Brinchang keruh dan

    Empangan Sultan Abu Bakar menjadi cetek

    2m

    (v)2 Pencemaran air Penyaliran air kumbahan dari hotel dan aprtmen atau

    sisa makanan restoran atau gerai makanan

    2m

    (v) 3 Pemanasan Banyak kawasan hutan diterangkan untuk menjadikan 2m

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    5/15

    mikro/ setempat kawasan penanaman bunga-bungaan dan sayuran.

    (v) 4 Gangguan

    kepada ekosistem

    Penyahhutanan untuk pembinaan hotel dan kawasan

    penanaman bunga-bungaan dan sayuran. Banyak Flora

    dan fauna musnah.

    2m

    (v) Pencemaran

    sampah

    Sampah sarap dan sisa makanan yang banyak.

    Samapah tidak dilupuskan dengan baik. Menyebabkan

    bau yang kurang menyenangkan

    2m

    Maks 3 kesan

    JUMLAH 2 x 3 = 6

    (vi) huraikan tiga langkah perundangan dan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi

    mengatasi kesan tersebut.[6]

    ISI HURAIAN Markah

    ( vi )1 Menguatkuasa

    undang-undang

    Akta alam sekitar 1974, menguatkuasa denda

    kepada pengusaha ladang sayuran dan buah-

    buahan. Mengurangkan penyahhutan.

    2m

    (vi)2 Kempen Kesedaran Mengadakan kempen , kempen cintai sungai kita 2m

    (vi) 3 Pembinaan

    insinirator

    Melupuskan sampah-sarap dengan cara yang baik. 2m

    (vi) 4 Pembinaan teres Lereng bukit ditereskan bukan diratakan untuk

    tujuan pertanian.

    2m

    Maks 3 langkah

    JUMLAH 2 x 3 = 6

    3b i) Berdasarkan sebuah negara yang anda kaji, jelaskan mengapa aktiviti pembalakandijalankan dengan giat di negara berkenaan? (9m)

    Isi Huraian Markah

    1. Dasar Kerajaan Menggalakan pengusaha balak, beri lesen untuk berapa tahun dan

    membuka banyak kawasan untuk tujuan pembalakan

    2

    2.Kawasan hutan

    luas

    Pengeluaran balak berkembang - Malaysia ada kawasan hutan

    hujan tropika yang luas sesuai aktiviti pembalakan

    2

    3.Permintaan

    tinggi

    Pengeluaran balak berkembang kerana permintaan tinggi dalam

    negara dalam sektor industri perabut dan apapan lapis

    2

    4.Kemajuanteknologi

    Teknologi maju & mudah untuk menebang dan memprosesbalak tanpa menggunaka tenaga buruh yang ramai menggalakkan

    perushaan pembalakan

    2

    5.Perggantungan

    tinggi terhadap

    ekspot balak

    Hasik eksport adalah salah satu sumber pendapatan negara yang

    tinggi kayau keras merbau, cengal , jati berkualiti untuk

    memenuhi permintaan Industri primer balak perabut luar negara

    2

    6.Kurang

    pengawasan

    Kurang penguatkuasaan / pengawasan pembalakan dilakukana

    secara berlaluasa , terutama pembalak haram , tiada pemantauan

    tegas dijalankan , karenah birokrasi, rasuah

    2

    ii) Jelaskan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut. (8m)Isi Huraian Markah

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    6/15

    1.Kepupusan

    biodiversisti/

    spesies kayu

    Pembalakan berterusan kerosakan spesies kayu berharga seperti

    cengal, meranti, merbau

    2

    2.Kerosakan

    ekosistem

    Fungsi hutan sebagai habitat ekosistem yang pelbagai untuk flora

    & fauna terganggu memusnahkan rantaian makanan , kitaran

    tenaga , mengganggu keseimbangan ekologi hutan

    2

    3.Tanah runtuh/

    hakisan

    Penyahutanan mendedahkan permukaan bumi kepada proses

    luluhawa/hakisan/air larian permukaan tanah runtuh

    2

    4.Pencemaran

    air/gangguan

    hidupan akuatik

    Kelodak , sisa kayu yang hanyut dalam sungai menyebabkan air

    sungai keruh , menjadi cetek , mengancam hidupan akuatik

    2

    5.Gangguan

    kawasan tadahan

    air

    Penerokaan hutan mengurangkan ai susupan mengalir ke dalam

    tanah . Fungsi hutan sebagai kawasan tadahan terganggu

    menyebabkan bekalan air ke sungai semakin berkurangan

    2

    6.Peningkatan suhu Penyahutanan akan menggau hutan untuk menyerap Carbon

    Dioksida , pengeluaran Oksigen berkurangan, kehilangan wap air

    dan kelembapan berkurangan seterusnya berlaku peningkatan

    suhu Permarkahan= 4 isi X 2m = 8 m

    2

    iii) Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan

    aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar. (8m)

    Isi Huraian Markah

    1.Langkah

    perundangan

    Penguatkuasaan undang-undang , memantau, mendenda,

    pengawasan pencerobohan hutan simpan kekal, pengharaman

    ekspot kayu bulat

    2

    2.

    Langkah bukan

    perundangan

    Mewartakan hutan simpan kekal, Taman Negara, Hutan Rezab

    supaya tiada penebangan berlaku

    2

    3. Pengurusan sistematik melalui program perhutanan semula,

    menebang pokok terpilih saja , kaedah pemuliharaan hutan

    2

    4. Program penyelidikan oleh FRIM untuk meningkatkan hasil balak

    yang bermutu tinggi

    2

    5. Menggalakkan penggunaan sumber gantian sebagai alternative

    seperti plastic, simen dan batu

    2

    6. Kempen pendidikan melalui media masa , ceramah , pendidikan disekolah supaya masyarakat menghargai hutan dan kepentingan

    hutan kepada manusia

    2

    7. Penghutanan semula kawasan yang terlibat menggunakan benih

    bermutu & cepat membesar hasil penyelidikan FRIM

    2

    Permarkahan= 4 isi X 2m = 8 m

    4. (a) Apakah yang dimaksudkan denganpembangunan? [5]

    Pembangunan ialah proses perubahan taraf hidup penduduk disesuatu kawasanyang

    melibatkan peningkatan kualiti hidup melalui perubahan dalam sektor ekonomi,

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    7/15

    peningkatan pendapatan, perubahan dalam aspek penggunaan teknologi dan peningkatan

    dalam pendidikan.

    (b) Jadual 1 di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita (KDNK

    perkapita) negeri-negeri di Malaysia dan Malaysia pada tahun 2006

    Negeri KDNK per kapita(RM)

    2005 2006

    Johor

    Kedah

    Kelantan

    Melaka

    Negeri Sembilan

    Pahang

    Pulau Pinang

    Perak

    Perlis

    Selangor

    Terengganu

    Sabah

    Sarawak

    WP Kuala Lumpur

    WP Labuan

    15 520

    9 600

    5 635

    19 108

    20 820

    16 157

    26 457

    11 859

    12 297

    21 238

    13 773

    10 687

    24 224

    40 289

    25 387

    16 074

    10 386

    6 012

    20 597

    22 849

    17 489

    26 457

    12 769

    14 232

    22 928

    14 558

    10 921

    26 912

    44 341

    26 184

    Malaysia 19 996 21 563

    Berdasarkan Jadual di atas, lukis gambarajah yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan

    KDNK per kapita antara negeri-negeri di Malaysia dengan KDNK per kapita Malysia padatahun 2006. [10] Jawapan Rajah di m.s sebelah

    (c) Jelaskan lima penunjuk pembangunan yang dicapai oleh sesebuah negara. [10]

    Isi Huraian Markah

    i.KDNK perkapita Pendapatan isi rumah yang tinggi melebihi paras kemiskinan

    bagi membolehkan penduduk menikmati tafraf hidup yang

    tiggi dankehidupan yang selesa.

    2

    ii.Peratus tenaga

    kerja dalam sektorekonomi

    Peratus penglibatan penduduk dalam sektor ekonomi moden

    yang tinggi bagi membolehkan mereka menikmati gaji yanglumayan untuk menampung kos hidup yang kian meningkat.

    2

    iii.Ciri demografi Penduduk menanggung lebih ramai daripada penduduk

    ditangggung- kadar kelahiran yang rendah.

    2

    iv.Kemudahan

    asas

    Kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air

    bersih, kemudahan bekalan elektrik, kemudahan sistem

    perhubungan dan jalan pengangkutan yang baik bagi

    meningkatkan darjah ketersampaian yang tinggi ke semua

    kawasan.

    2

    v.Pemilikan

    barangan

    Mampu memiliki aset seperti rumah, tanah dan pengangkutan

    sendiri yang mnecerminkan taraf hidup yang baik.

    2

    5x2=10 markah

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    8/15

    Jawapan soalan 4b.

    Tajuk= 1; Petunjukk= 1; Skala= 1; Plotan = 7 maks= 10 markah

    5 (a) Berikan takrif transformasi desa.

    Transformasi merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui proses pemodenan dan

    pembandaran. Perubahan dari aspek penggunaan tanah, penyediaan kemudahan asas,

    kemajuan sistem pengangkutan dan komunikasi serta pekerjaan penduduk. Transformasi

    desa berlaku melalui pemusatan dan peningkatan fungsi serta peranan desa dan sebagaipenjana pertumbuhan sosioekonomi desa. [5]

    http://4.bp.blogspot.com/-FuMSg9Xj5oM/UHvbn0i01_I/AAAAAAAABzE/s59TsD9aHKU/s1600/Picture1.jpg
  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    9/15

    (b) Huraikan empat proses perubahan desa di Malaysia.

    Isi Huraian Markah

    B1) Saling

    kebergantungan

    desa- bandar

    Interaksi dua hala iaitu kedua-duanya bertindak sebagai pusat

    permintaan dan penawaran.Contoh bandar

    bertindak mengumpul, memproses dan menyimpan barangan

    yang diperlukan oleh penduduk bandar dan desa sekitarnya.

    Penduduk desa datang ke bandar untuk menjual barangan

    mereka dan membeli barangan bandar.

    2

    B2)

    Pembandaran

    kawasan desa

    Membandarkan kawasan desa melalui melengkapkan

    petempatan desa dengan kemudahan dan perkhidmatan bandar

    yang asas.

    Contoh bekalan elektirk, air, jalan raya dan talian komunikasi

    supaya penduduk desa boleh menjalani kehidupan termasuk

    aktiviti ekonomi seperti orang bandar.

    2

    B3)

    Perancangan

    desa sebagai

    pusat

    pertumbuhan

    Petempatan tertentu dirancang supaya menjadi pusat

    pertumbuhan bagi kawasan atau wilayah desa yang lebih luas

    yang juga mempunyai petempatan lain yang lebih kecil.

    Contoh menyediakan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pusat

    pemasaran dan pemprosesan hasil, pusat perkhidmatan dan

    sumber maklumat.

    2

    B4) Pemodenan

    sosioekonomi

    desa

    Kehidupan moden di desa Malaysia dinikmati semenjak kerajaan

    giat menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur baru di

    kawasan luar bandar.

    Contoh jalan raya, talian telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan

    gas, pendidikan menengah dan teknikal, kesihatan danperubahan telah membolehkan penduduk desa menjalani

    kehidupan moden.

    2

    Max

    8m

    (c) Jelaskan kesan transformasi desa terhadap pembangunan

    sosioekonomi penduduk desa di Malaysia.

    Isi Huraian Markah

    C1) Kepadatanpenduduk

    Kawasan desa mengalami migrasi keluar lebih daripada migrasi

    masuk akan mengalami kehilangan penduduk. Penduduk bandarsemakin bertambah dan akan meningkatkan lagi kepadatan

    penduduk bandar.

    2

    C2) Perubahan

    pekerjaan

    Perubahan struktur ekonomi daripada bergantung kepada

    pertanian kepada perkhidmatan dan perindustrian akibat

    pembangunan ekonomi. 2

    C3)

    Peningkaran

    taraf hidup

    Peningkatan taraf hidup dicapai melalui perubahan pekerjaan,

    produktiviti dan pendapatan, taraf pendidikan dan kesihatan,

    kemewahan dan keselesaan hidup kebendaan, kestabilan serta

    keharmonian, kesejahteraan sosial negara.

    2

    C4) PerumahanPerumahan menjadi masalah kepada penduduk miskin yang tidak

    mampu membeli atau menyewa menyebabkan wujudnya

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    10/15

    masalah setinggan. 2

    C5) Kemiskinan

    bandar

    Jumlah penduduk terlalu ramai berbanding dengan peluang

    ekonomi yang ada di bandar. Terdapat ramai penduduk yang

    menganggur dan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan

    perkhidmatan informal seperti menjaja yang pendapatan amat

    rendah.

    2

    C6) Migrasi

    desa-bandar

    Kemunduran dan tekanan ekonomi kawasan desa telah

    mendesak penduduk desa berpindah ke bandar. Ekonomi yang

    berkembang di bandar menarik penduduk desa masuk ke bandar

    mencari pekerjaan. 2

    C7) Kesesakan

    lalu lintas

    Bandar mengalami kesesakan lalu lintas akibat perkembangan

    penduduk dan aktiviti ekonomi. Jalan-jalan raya bandar

    mengalami kesesakan yang serius semasa waktu puncak. 2

    C8) Masalah

    sosial

    Pertambahan penduduk bandar menyebabkan peningkatan

    kejadian jenayah dan keruntuhan moral seperti

    rompakan, kecurian, pecah rumah, rogol, penagihan dadah dan

    lain-lain.

    2

    Max

    12m

    6 (a) Takrifkan maksud proses pembandaran.

    Proses pembandaran merujuk perubahan keadaan penduduk di kawasan luar bandar

    menjadi bandar dan terus berkembang menjadi bandar yang lebih besar. Proses ini

    melibatkan pertambahan penduduk. Proses ini juga melibatkan perubahan

    kegiatanekonomi penduduk daripada tradisional kepada ekonomi moden . Proses ini

    melibatkan perubahan struktur fizikal bangunan dan saiz bandar. [5]

    (b) Huraikan lima peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara. [10]

    Isi Huraian Markah

    B1)

    Pemasaran

    Kegiatan jual beli yang berlaku di bandar yang melibatkan kegiatan

    pemasaran yang besar akan mendatangkan sumber pendapatan

    yang besar kepada negara.

    Contoh Pulang Langkawi bukan sahaja tempat pelancongan tetapi

    sebagai pusat perniagaan bebas cukai.

    2

    B2) Pekerjaan

    Aktiviti perniagan, perdagangan, perkilangan dan sektor

    perkhidmatan yang dibekalkan di bandr akan mewujudkan kesan

    penggandaan yang positif. Banyak peluang pekerjaan dapat

    disediakan bagi memenuhi permintaan yang bertambah. 2

    B3)

    Pemodenan

    Pemodenan biasanya berlaku di bandar dan berkaitan dengan

    kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Negara maju

    sentiasa mengalami pemodenan dalam aspek ICT dan bioteknologi. 2

    B4)

    Kemudahan

    perkhidmatan

    Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kualiti dan

    kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Contoh kemajuan sektor

    perkilangan amat bergantung kepada kemudahan dan kecekapan

    perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan di bandar

    perusahaan.

    2

    B5) Pembauran inovasi mudah berlaku di bandar berbanding kawasan

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    11/15

    Pembauran

    inovasi

    luar bandar kerana bandar merupakan pusat tumpuan penduduk

    dan kegiatan ekonomi.

    2

    B6) Pusat

    pendidikan

    Menyediakan peluang pendidikan pada pelbagai peringkat iaitu

    dari rendah kepada peringkat tinggi.

    2

    B7) Pusat

    tumpuan

    golongan

    menengah

    Tumpuan golongan menengah, berpendapatan tinggi itiu kumpulan

    penduduk yang berpendidikan dan pekerja korperat serta

    profesional.

    2

    Max 10

    (c) Jelaskan lima kesan aktiviti pembandaran terhadap alam sekitar. [10]

    Isi Huraian Markah

    C1) Peningkatan

    suhu setempat

    Kenaikan suhu berpunca daripada kandungan karbon dioksida

    yang tinggi di udara akibat aktiviti perindustrian dan

    pembakaran sampah sarap, kekurangan litupan tumbuhan

    yang tindak menyederhanakan suhu setempat dan pembinaan

    bangunan konkrit dan jalan bertar yang tidak dapat menyerap

    bahang matahari.

    2

    C2) Hakisan, tanah

    runtuh dan tanah

    tandus

    Aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan bukit untuk

    membina petempatan dan jalan raya menyebabkan tanah

    mudah dihakis apabila hujan turun. Ketiadaan litupan

    tumbuhan yang mencengkam tanah menyebabkan

    struktur tanah menjadi longgar dan mengakibatkan tanah

    runtuh.

    2

    C3) Ancaman

    kepupusan kepel-

    bagaian biologi,

    kemusnahan

    habitat dan

    rantaian makanan

    Kawasan-kawasan desa yang dahulunya berhutan belantara

    tetapi hutan sudah dibersihkan untuk pembangunan pertanian

    dan petempatan seperti rancangan pembangunan FELDA.

    Pembersihan hutan secara besar-besaran menghapuskan

    pelbagai baka tumbuhan dan hidupan liar, memusnahkan

    habitat fauna serta rantaian makanan mereka.

    2

    C4) Pencemaran

    udara

    Pertambahan penduduk bandar telah menyebabkan

    peningkatan kadar pelepasan asap kenderaan akibat

    pertambahan bilangan kenderaan dan pelupusan sisa buangan

    domestik serta sisa industri. Tambahan lagi sisa pelepasan

    asap kilang yang semakin banyak berkembang untuk

    menampung pertambahan pengeluaran produk pengguna.

    2

    C4) Pencemaran

    air

    Pembuangan sisa buangan domestik dan industri ke dalam

    sungai, tasik dan sebagainya. Tindakan ini berpunca daripada

    kekurangan tapak pelupusan sampah yang sesuai.

    2

    C5) Pencemaran

    tanah

    Tanah dicemari pembuangan sampah di merata-rata tempat,

    penyemburan racun serangga, aktiviti pembinaan,

    perlombongan dan pembalakan yang banyak meninggalkan

    sisa di atas tanah.

    2

    C6) Pencemaran

    bau/bunyi

    Berpunca daripada guna tanah yang bersaingan dan tidak

    sepadan terutamanya bagi tempat kediaman dan tujuan

    komersial, jalan raya, bandar dan lain-lain. Pencemaran bau

    berpunca daripada pembuangan sampah sarap di kawasan

    2

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    12/15

    terbuka.

    C7) Pencemarn

    sampah sarap dan

    sisa toksid

    Pembuangan dan pelupusan sampah sarap mengalami

    masalah tapak pelupusan dan kaedah serta teknologi

    pelupusan. Kuantiti sampah meningkat akibat pertambahan

    penduduk. Pemilihan kawasan menjadi sukar kerana

    perkembangan guna tanah kediaman dan perbandaran.

    2

    C8) Banjir dan

    banjir kilat

    Pembinaan bangunan yang banyak di bandar akan

    menghalang proses peresapan air hujan ke dalam tanah,

    sebaliknya mempercepatkan larian air permukaan . tambahan

    lagi penduduk bandar yang membuang sisa domestik ke dalam

    sistem perparitan dan saliran sehingga menyebabkan saliran

    tersumbat. Hujan yang lebat menyebabkan air mengalir

    dengan cepat dan mudah melimpah sehingga banjir kilat

    berlaku.

    2

    7 (a) Takrifkan maksudpertumbuhan segitiga. [5]

    Pertumbuhan segitiga ialah kerjasama memajukan sub wilayah yang berjiran di

    dalam ASEAN di antara tiga hingga empat buah negara ASEAN yang menumpukan

    kepadapembangunan disesuatu kawasan yang kecil di dalam negara yang

    menganggotainya. Tiga pertumbuhan segitiga ialah IMT GT, IMSGT, BIMPEAGA

    (b) Jelaskan tiga pakatan pertumbuhan segitiga yang diwjudkan di

    dalam ASEAN. [10]

    Isi Huraian Markah

    1. IMS-GT(Indonesia,

    Malaysia,

    Singapura-

    Growth

    Triangle)

    - Bangkahulu, Jambi dan Sumatera Barat di Indonesia, Batu Pahat, Muar,Mersing dan Melaka di Malaysia serta Singapura.

    - Mengamalkan konsep perkongsian bijak melalui pelaburan silang dan

    pelaburan bersama.

    - Kekurangan modal disesebuah negara ditampung oleh negara lain.

    - Keuntungan: kekurangan buruh dan tanah di Singapura ditampung oleh

    negara lain manakala Malaysia dan Indonesia menerima

    kepakaran,teknologi aliran masuk modal dan peluasan pasaran.

    3

    2. IMT-

    GT(Indonesia,

    Malaysia,Thailand-

    Growth

    Triangle)

    - Negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand dan

    sumatera Utara.

    - Tumpuan: pembangunan infrastruktur fizikal,telekomunikasi sertaperkongsian sumber air.

    - Setiap kerajaan perlu membangunkan wilayah masing-masing tampa

    sempadan bagi memudahkan aliran masuk modal,buruh barangan dan

    perkhidmatan tanpa kerenah birokrasi yang rumit.

    -Keuntungan: pengaliran modal,perkongsian teknologi serta tenaga

    manusia, pembangunan sumber maritim,sumber pelancongan dan

    meningkatkan perdagangan intraASEAN.

    3

    3. BIMP-

    EAGA(Brunei,

    Indonesia,Malaysia,

    -Kawasan terletak di timur ASEAN melibatkan seluruh negara Brunei,

    Kalimantan, Sabah dan Sarawak serta Lembah Mindanao.

    - Tumpuan kerjasama dalam bidang pembangunan sumberalam, infrastruktur fizikal dan pelancongan ekologi.

    3

    Max 9

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    13/15

    Filipina- East

    ASEAN Growth

    Area)

    - Mempunyai sumber alam yang banyak tetapi tidak sepantas

    pertumbuhan segitiga yang lain kerana kekurangan infrastruktur,

    kepadatan penduduk rendah, guna tenaga tidak cekap, kuasa beli rendah

    dan ketidakstabilan politik.

    + 1 =10

    ga ini dalam memajukan wilayah. [10]

    Isi Huraian Markah

    1. Perdagangan - Peluasan saiz pasaran setempat

    - Tidak ada kerenah birokrasi yang cerewet

    - Kewujudan kawasan bebas cukai

    2

    2. Pelaburan - Kekurangan modal pihak swasta tempatan akan ditampung oleh pihak

    swasta negara lain keadaan saling melengkapi.

    - Pelaburan silang

    2

    3. Pengaliran

    buruh

    -Kekurangan tenaga buruh atau tenaga pakar ditampung oleh kepakaran

    negara jiran.-cth: pergerakan tenaga buruh Selatan Thiland ke Kedah atau

    Perlis.

    2

    4. Penggunaan

    sumber

    - Pelbagai sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada

    boleh dibangunkan dan dimajukan dengan cepat tanpa pembaziran.

    2

    5. Pengangkutan

    dan

    perhubungan

    - Mempercepatkan dan memendekkan masa perjalanan untuk

    mengimport dan mengeksport barangan meningkatkan darjah

    ketersampaian. - Contoh:Lebuhraya Trans Borneo (BIMP-EAGA)

    2

    5.Teknologi - Negara yang mundur teknologi akan menikmati pemindahan teknologi

    daripada Negara yang lebih maju seperti Singapura.

    - Teknologi baru seperti IT dapat disebarkan dengan luas kepada

    penduduk di kawasan yang telibat. Mana-mana 5 x 2 = 10

    2

    SOALAN 8

    a. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar. [ 5 ]

    Pengurusan alam sekitar merujuk usaha memelihara dan memulihara alam sekitar(1).

    Pemeliharaan alam sekitar bermaksud menjaga dan melindungi alam sekitar daripada

    kerosakan atau kemusnahan (1) akibat pembangunan yang

    dijalankan.Pemuliharaan alam sekitar pula bermaksud membaik pulih alam sekitar spt

    sumber air dan hutan yang terjejas atau tercemar (1) akibat pembangunanuntuk

    mengelakkan kepupusan.(1) Langkah pengurusan alam sekitar dapat dibahagikan kepada

    empat, iaitu langkah perundangan dan penguatkuasaan, pendidikan alam sekitar,

    kempen kesedaran dan perancangan guna

    tanah.(1) Peraturan pemarkahan : 5 markah

    b. Jelaskan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah

    dilaksanakan di Malaysia. [12 ]

    isi Huraian Markah

    Langkah

    perundangan

    emeliharaan)

    Mengawal aktiviti pembalakan, pelancongan,dan pertanian.

    Langkah Penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Kualiti

    Alam Sekitar 1974 pemantauan,amaran, denda kompaun,

    penjara dll.

    2

    2

    2

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    14/15

    Langkah pencegahan melalui EIA *Maksimum 4 markah

    Langkah

    Pengurusan

    emuliharaan)

    Pengurusan strategik mewujudkan hutan simpan, taman

    negara ,silvikultur.

    Jadual pemungutan teratur oleh PBT, penyediaan tong

    sampah, kitar semula .

    Menjalankan penebangan terpilih- pokok yang matang sahaja

    ditebang.

    Penanaman semula menggantikan pokok yang telah

    ditebang.

    Tanaman berteres, tanaman tutup bumi, sungkupan, benteng,

    insinerator.

    Rawatan air

    . Usaha R& D- beralih kepada sumber pengganti dalam sektorpembinaan. *Maksimum 4 markah

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    Kempen dan

    Pendidikan

    Alam Sekitar

    Kempen kesedaran melalui slogan dan aktiviti kemasyarakatan

    seperti slogan Cintai Alam Kita.

    Peranan media cetak dan media elektronik

    Pendedahan berterusan dan kesedaran tanggungjawab oleh

    stesen TV

    Peranan pihak swasta Dan NGO.

    Pendidikan formal / informal di sekolah /institusi pengajian

    khususnya menerusi kurikulum

    geografi. *Maksimum 4 markah

    2

    2

    2

    2

    2

    Peraturan permarkahan:6 isi x 2 markah 12

    c. Huraikan peranan yang dapat dimainkan oleh masyarakat dalam penjagaan alam

    sekitar. (8)

    isi Huraian Markah

    Mematuhi

    Undang-undang/

    Peraturan

    Mematuhi segala peruntukan di dalam akta, undang-undang

    negeri dan semua peraturan yang berkaitan dengan

    penjagaan alam sekitar seperti tidak melakukan

    pembakaran terbuka dan tidak membuang sampah merata-

    rata.

    2

    Mengetahui cara-

    cara untuk

    menjaga alam

    sekitar

    Mengambil inisiatif untuk mengetahui cara-cara untuk

    menjaga alam sekitar dengan lebih berkesan, misalnya

    dengan menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

    2

    Penyertaan dan

    sokongan

    terhadap dasar

    kerajaan

    Menyertai dan menyokong segala aktiviti dan dasar kerajaan

    yang bertujuan memelihara dan memulihara alam sekitar

    seperti menyertai gotong-royong dan kempen alam sekitar

    serta menderma kepada pertubuhan amal seperti WWF

    2

  • 7/31/2019 Percubaan Geografi 2 Stpm - Pulau Pinang

    15/15

    Melaporkan perbuatan pihak yang bertindak mencemarkanalam sekitar kepada pihak berkuasa.

    2

    Memupuk sikap

    mencintai alam

    sekitar

    Memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan ahli

    keluarga , rakan-rakan di sekolah dan tempat kerja dengan

    menunjukkan teladan yang baik

    2

    Peraturan permarkhan:4 isi x 2 markah 8