modul pengajaran dan pembelajaran: geografi stpm

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 30-May-2018

826 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    1/223

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    2/223

    AHLI PANEL

    GEOGRAFI KERTAS 1 STPM(Alam Sekitar Fizikal)

    PANEL SEKOLAHPUAN ROSNAH BINTISALLEH (K)

    SMK ALOR AKAR, KUANTAN

    ENCIK CHEK ZAINON BINSHAFIE

    SMK KUALA LANAR, KUALALIPIS

    ENCIK SHUKRI BINSULAIMAN

    SMK JENGKA 2, BANDARJENGKA

    PUAN SHAHRIZAN BINTIKAWI

    SMK (A) TAHAP, JERANTUT

    GEOGRAFI KERTAS 2 STPM(Alam Sekitar Manusia)

    PANEL SEKOLAHENCIK RUSLY BIN MUSA(K)

    SMK JENGKA 21, BANDARJENGKA

    ENCIK SUKI BIN HASSAN SMK TEMIN, JERANTUTENCIK HAMRI BIN SALLEH SMK MUADZAM SHAH, ROMPINPUAN SARIMAH BT DARUS SMK SULAIMAN, BENTONG

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    3/223

    ISI KANDUNGAN

    PERKARAMUKASURAT

    Selayang Pandang iFormat Kertas Peperiksaan Geografi STPM mulai 2007 iiObjektif Pengajaran dan Pembelajaran Geografi STPM iiiCadangan Strategi Pengajaran Pembelajaran Geografi STPM iv

    Skala Perbincangan dan Sumber Pengajaran Pembelajaran v

    GEOGRAFI KERTAS 1 (Alam Sekitar Fizikal)

    TEMA/TAJUK DAN SUB TAJUK MUKASURAT

    TEMA 1: SISTEM BUMI

    1.1 Kedudukan bumi dalam sistem suria.1.2 Tenaga : Konsep, jenis dan punca tenaga.

    TEMA 2: SISTEM GEOMORFOLOGI

    2.1 Teori Hanyutan Benua2.2 Jenis, proses dan faktor yang mempengaruhi luluhawa2.3 Jenis, cara dan faktor yang mempengaruhi hakisan sungai2.4 Cara, faktor dan bentuk bumi pemendapan di zon pinggir pantai.2.5 Kemahiran amali sistem geomorfologi : Profil rentas muka bumi.

    TEMA 3: SISTEM ATMOSFERA

    3.1 Taburan suhu secara menegak dan mendatar serta faktor yangmempengaruhinya.

    3.2 Perubahan iklim: Pemanasan global, faktor yang mempengaruhidan kesan-kesanya.

    3.3 Mikro iklim bandar: Fenomena jerebu, fakor yang

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    4/223

    mempengaruhi dan kesan-kesannya.3.4 Kemahiran amali sistem atmosfera: Rajah tiupan angin.3.5 Kemahiran amali sistem atmosfera: Mengira julat suhu, melukis

    graf garisan dan mentafsirkanya.

    TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

    4.1 Proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi.4.2 Proses edaran air tanih4.3 Imbangan air positif dan negatif serta faktor yang

    mempengaruhinya4.4 Kepentingan air dan kesan gangguan imbangan air kepada

    manusia.4.5 Kemahiran amali sistem hidrologi: Melukis dan mentafsir grafimbangan air.

    TEMA 5: SISTEM EKOLOGI

    5.1 Ekosistem: Konsep, komponen, dan jenis ekosistem.5.2 Rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem hutan paya bakau5.3 Kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan

    manusia.

    TEMA 6: SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

    6.1 Saling bergantung sesama sistem fizikal.6.2 Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal.

    TEMA 7: KAJIAN LUAR GEOGRAFI 1 (Alam SekitarFizikal)

    7.1 Prosedur menjalankan kajian luar Geografi Kertas 1.7.2 Skop dan tajuk kajian luar Geografi Kertas 17.3 Contoh-contoh kajian luar yang dijalankan.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    5/223

    GEOGRAFI KERTAS 2 (Alam Sekitar Manusia)

    TEMA/TAJUK DAN SUB TAJUK MUKASURAT

    TEMA 1: PENDUDUK

    1.1 Taburan penduduk: Faktor yang mempengaruhiketidakseimbangan taburan penduduk dan kesan-kesannya.1.2 Pertumbuhan penduduk: Trend, proses dan faktor yang

    mempengaruhinya1.3 Kesan pertumbuhan dan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar.1.4 Migrasi: Konsep, pola dan faktor yang mempengaruhi migrasi

    dalaman.1.5 Kemahiran amali penduduk: Membina dan mentafsir graf garis

    pertumbuhan penduduk.

    TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAKALAM SEKITAR

    2.1 Sektor pertanian: Jenis, faktor, kepentingan dan kesan aktivitipertanian terhadap alam sekitar.

    2.2 Sektor perindustrian: Jenis, faktor, kepentingan dan kesan aktivitiperindustrian terhadap alam sekitar.

    2.3 Sektor tertier: Sektor pelancongan faktor, kepentingan danlangkah memajukan sektor pelancongan.

    2.4 Kemahiran amali : Membina dan mentafsir graf bar kompaun/komponen.

    2.5 Kemahiran amali: Membina dan mentafsir carta pai/rajah bulatanberbahagi.

    TEMA 3: TRANSFORMASI DESA DANPEMBANDARAN

    3.1 Konsep transformasi desa, dasar dan strategi pembangunan desa di

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    6/223

    Malaysia.3.2 Bandar dan pembandaran: Konsep, faktor dan perkembangan

    pembandaran.3.3 Kesan transformasi desa terhadap penduduk dan alam sekitar.3.4 Kemahiran amali: Membina dan mentafsir peta koroplet.

    TEMA 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMASERANTAU

    4.1 Globalisasi ekonomi : Saling bergantung antara kawasan.

    4.2 Kerjasama serantau: Pertumbuhan segitiga ASEAN.4.3 Kemahiran Amali: Membina dan mentafsir graf bar cermin.

    TEMA 5: IMPAK ALAM SEKITAR DANPENGURUSANNYA.

    5.1 Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar punca dankesannya.

    5.2 Pengurusan alam sekitar: Prinsip-prinsip pembangunan lestari.

    TEMA 6: KAJIAN LUAR GEOGRAFI 2 (Alam SekitarManusia)

    7.4 Prosedur menjalankan kajian luar Geografi Kertas 2.7.5 Skop dan tajuk kajian luar Geografi Kertas 27.6 Contoh-contoh kajian luar yang dijalankan.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    7/223

    SELAYANG PANDANG

    Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menghasilkanmodul ini yang bertajuk Modul Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang GeografiSTPM yang berasaskan kepada sukatan baru yang akan diguna pakai mulai tahun 2006.Modul ini ditulis khusus untuk panduan guru dan pelajar tingkatan enam yang mengambilmatapelajaran Geografi di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

    Sebagai panel, kami menyedari bahawa ketiadaan panduan yang khusus untuk guru mengajardan murid belajar pasti akan menyukarkan mereka untuk menguasai matapelajaran ini. Justeruitu kami terpanggil untuk menyambut inisiatif yang digerakan oleh Unit PenyeliaanSekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pahangyang telah mengabungjalinkan tenaga pakar geografi di peringkat negeri bagi menghasilkanmodul tersebut.

    Modul ini dibahagikan mengikut kertas 1 dan 2 yang kandungannya meliputi semua tema didalam sukatan baru Geografi STPM yang akan dilaksanakan pada tahun 2006. Geografi kertas 1dibahagikan kepada 7 tema iaitu; tema 1 ialah berkaitan dengan sistem bumi, tema 2 sistemgeomorfologi, tema 3 sistem atmosfera, tema 4 sistem hidrologi, tema 5 sistem ekologi dan tema6 ialah saling kebergantungan sistem. Kami meletakkan tema 7 iaitu berkaitan dengan kajianluar atau kajian lapangan Geografi Kertas 1 sebagai penutupnya.

    Geografi kertas 2 pula terdiri daripada 6 tema seperti berikut; Tema 1 ialah Penduduk, tema 2Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar , tema 3 Transformasi Desa dan Pembandaran,tema 4 Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau, tema 5 Impak Alam Sekitar danPengurusannya. Tema terakhir ialah tema 6 iaitu berkaitan dengan kajian luar atau kajianlapangan Geografi Kertas 2. Tema kajian luar ini meliputi dua tajuk penting iaitu pembangunanekonomi dan impak alam sekitar serta transformasi desa dan pembandaran.

    Penulisan bagi setiap tema berasaskan kepada perkara-perkara berikut; Tajuk dan sub tajuk, hasil pembelajaran atau objektif pembelajaran, sisipan konsep, isi atau kandungan pembelajaran,aktiviti pengajaran pembelajaran, contoh soalan yang relevan berkaitan dengan tajuk berkenaanserta skema jawapannya. Seterusnya dimasukkan bahagian refleksi sebagai pengukuran

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    8/223

    pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran, rujukan khusus serta tugasan pelajar sebagaiaktiviti pengukuhan dan pengayaan. Bukan semua tajuk atau sub tajuk bagi setiap tema yangkami sediakan, ia merupakan pilihan bagi tajuk-tajuk tertentu sebagai contoh atau modelpengajaran-pembelajaran. Bagi tajuk-tajuk yang tidak disentuh perlulah dikembangluaskan olehguru-guru disekolah menggunakan format yang telah disediakan. Seboleh mungkin bagi setiaptema difokuskan kepada aspek pengajaran soalan langsung dan soalan kemahiran amali.

    Akhir sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pahangkhususnya kepada sektor pengurusan sekolah yang julung kalinya mengambil inisiatif menggerakdan menjayakan pembinan modul ini untuk seluruh anak-anak Geografi Pahang.

    Sekian, terima kasih.

    PANEL GEOGRAFI STPMPAHANG

    Format Kertas Peperiksaan Geografi STPM MULAI

    2007

    Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Geografi Kertas 1 (AlamSekitar Fizikal) dan Geografi Kertas 2 (Alam Sekitar Manusia). Soalan yang dikemukakanmerangkumi semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Soalan akan menguji kefahaman calontentang tajuk yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran, dan juga konsep dan kemahiran yang perlu dalam kajian geografi. Soalan boleh juga menguji pengalaman kajian luar, kajian dantafsiran peta topografi, pelbagai data geografi, gambar rajah, dan peta yang berkaitan dengantajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Geografi

    Mulai tahun 2007 dan seterusnya format kertas peperiksaan adalah seperti

    berikut:

    Geografi Kertas 1 (942/1)

    Alam Sekitar Fizikal.

    Geografi Kertas 2 (942/2)

    Alam Sekitar Manusia

    Masa : 3 jam Masa : 3 jam

    Jenis : Soalan Esei Jenis : Soalan Esei

    Bilangan : 8 soalan Bilangan : 8 soalan

    Bil soalan wajib dijawab: 4 soalan Bil soalan wajib dijawab: 4 soalan

    Markah : 100 Markah : 100

    Wajaran : 50% Wajaran : 50%

    Nota:

    1. Aras soalan yang ditanya akan berdasarkan kepada Taksonomi Bloom iaituaras Mudah, Sederhana dan Sukar. Aras mudah (Pengetahuan), aras sederhana(Pemahaman dan Aplikasi), aras sukar (Analisis, Sintesis dan Penilaian).

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    9/223

    2. Soalan no 3 terdiri daripada soalan pilihan SAMADA dan ATAU. Ini bermaknasoalan no 3 sebenarnya mempunyai dua soalan. Oleh itu ia akan menguntungkancalon daripada segi pilihannya untuk menjawab 9 soalan bukannya 8 soalansepertimana tahun-tahun sebelumnya. Bagi Geografi kertas 1, soalan nombor 3datangnya dari tema sistem geomorfologi manakala Geografi kertas 2, soalan no 3datangnya dari tema pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

    3. Soalan boleh ditanya dalam bentuk kemahiran amali dan kajian luar. Soalankemahiran amali melibatkan pengiraan, persembahan kartografi seperti graf, rajah,carta dan peta serta menganalisis data, graf, rajah, carta dan peta.

    4. Soalan kajian luar Geografi kertas 1 boleh ditanya dari salah satu sistemberikut; Sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan sistem ekologi.Soalan ini mempunyai banyak pecahan dan tidak terhad kepada tiga pecahansepertimana tahun-tahun sebelumnya. Manakala soalan kajian luar Geografi kertas 2boleh ditanya dari salah satu tema berikut; Pembangunan ekonomi dan impak alamsekitar atau Transformasi desa dan pembandaran. Soalan ini mempunyai banyakpecahan dan tidak terhad kepada tiga pecahan sepertimana tahun-tahunsebelumnya.

    5. Setiap tahun adunan soalan langsung, soalan kemahiran amali dan soalankajian luar akan dikemukakan untuk dijawab oleh calon. Pelbagai rangsangan soalanakan diberikan seperti data, rajah, carta, peta lakar dan peta topografi.

    OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANGEOGRAFI STPM

    Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar

    (a) meningkatkan pengetahuan tentang konsep, prinsip, dan proses dalam Geografi

    Fizikal dan Geografi Manusia secara bersepadu dan pada pelbagai skala,(b) meningkatkan kefahaman tentang saling bergantung antara elemen-elemen dan

    proses-proses Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia sebagai satu sistemdan bukannya berasaskan pembahagian aspek-aspek secara berasingan,

    (c) menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem-sistem dalamalam sekitar selain fenomena semula jadi, serta meningkatkan kesedaran yangmendalam tentang kedinamikan hubungan sesama manusia dan manusia dengan alamsekitar,

    (d) meningkatkan kemahiran mempersembah, mentafsir, dan menganalisis data geografidalam bentuk jadual, gambar rajah (graf, carta, dan peta), dan foto,

    (e) mencerap dan mengkaji fenomena geografi yang menjadi isu semasa,

    (f) membuat sintesis dan penilaian dengan bantuan kaedah-kaedah kemahiran geografiyang tepat di dalam dan di luar bilik darjah,

    (g) berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu penghujahansecara tersusun, padat, dan jitu dengan menggunakan laras geografi,

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    10/223

    (h) memahami kepentingan hubung kait negara Malaysia dengan negara-negara lain didunia,

    (i) menyedari, menghayati, dan melibatkan diri secara langsung dalam prosespemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara berterusan,

    (j) mensyukuri dan mencintai negara Malaysia dan alam sekitarnya.

    CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN GEOGRAFI STPM

    Proses pengajaran-pembelajaran masa kini perlu dipelbagaikan sesuai dengan faktor

    kemenjadian dan aras kebolehan/pencapaian murid yang berbeza-beza. Pendekatanbersepadu dalam pemilihan pedagogi dan pandragogi pengajaran-pembelajaran amatdititikberatkan. Dalam konteks melahirkan pengajaran yang berkesan, mudah difahamiserta menyeronokkan pelajar maka perkara-perkara berikut perlulah diberi penekananyang serius oleh guru:

    Menekankan perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalamkonteks kemahiran berfikir secara kritis maka bakat, kebolehan dan kemenjadiansetiap murid mestilah digembelengkan untuk membolehkan ia mampu membuatperbandingan dan perbezaan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan dankeutamaan, membuat analisis, mengesan kecondongan membuat penilaian dan

    juga membuat kesimpulan. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula perludijana untuk membolehkan murid mampu membuat sumbangsaraan/menjana idea,menghubungkaitkan, membuat inferens, meramalkan masa hadapan, membuathipotesis,mensintesiskan, membuat gambaran mental,menganalogikan,merekacipta serta mengitlak.

    Menekankan perkembangan kemahiran generik. Aspek kemahiran generik pulamenekankan pembinaan skill, kecekapan dan keterampilan pelajar untuk

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    11/223

    menguasai suasana persekitaran. Dalam konteks ini elemen-elemen sepertikemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi khususnya ICT,kemahiran merancang dan mengelolakan aktiviti, kemahiran bekerjasama danberkongsi, kemahiran mengakses, mengurus,memilih dan menganalisis maklumatserta kemahiran menyelesaikan masalah amat perlu ditekankan. Kombinasi antara

    kemahiran berfikir dan kemahiran generik akan melahirkan strategi pengajaran-pembelajaran yang berfikrah.

    Justeru itu kepelbagaian jenis kaedah mengajar yang disarankan kepada guru-gurugeografi tingkatan enam ialah seperti berikut:

    a) Perbincangan kumpulan dan sumbangsaraan.b) Simulasi dan main peranan.c) Kaedah inkuiri penemuan.d) Pengajaran-pembelajaran konteksual.e) Pembelajaran masteri.

    f) Kajian masa depan (KMD).g) Kajian kes dan kajian tindakan.h) Kajian luar/kajian lapangan.

    Selain itu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantuandalam proses pengajaran dan pembelajaran kontemparori amat diutamakan. Justerukelengkapan komputer dan internet di sekolah seperti kemudahan school net dimakmal komputer sekolah mestilah dimanfaatkan oleh guru. Bagi membolehkan ICTberguna kepada proses pengajaran dan pembelajaran maka empat mod P&P dicadangkaniaitu; mod aplikasi, mod tutorial, mod penerokaan dan juga mod komunikasi. Denganmenggunakan ke empat-empat mod P&P ini pelajar bukan sahaja boleh mengaksesmaklumat geografi dengan lebih luas malah menjadikan matapelajaran geografi lebihseronok dipelajari.

    SKALA PERBINCANGAN DAN SUMBERPENGAJARAN -PEMBELAJARAN

    Skala perbincangan bagi setiap tema yang ada di dalam sukatan pelajaran adalah berbeza-beza. Kita boleh memulakannya dengan skala makro seperti global/dunia,kawasan Tropika Lembab, Asia Pasifik, Asia Tenggara, atau skala yang lebih kecilseperti sebuah negara dan juga skala mikro seperti kawasan kajian luar. Skala perbincangan ini mestilah disesuaikan dengan sub-sub tema yang telah ditetapkan.Justeru itu ia amat bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk memilih danmenentukannya bagi memperluaskan prespektif pelajar-pelajar geografi. Kajian keskepada sebuah Negara khususnya Malaysia amat digalakkan untuk meningkatkankefahaman pelajar mengenai keunikan geografi Malaysia seterusnya melahirkan rasabersyukur dan berbangga dengan keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia berbandingdengan Negara-negara lain khususnya Negara serantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    12/223

    Sumber pengajaran dan pembelajaran kini perlu dipelbagaikan dan tidak lagi terhadkepada buku-buku rujukan semata-mata. Ia boleh meliputi pelbagai jenis peta, data, rajah, bahan bercetak, model dan juga sumber-sumber yang boleh diambil dari teknologimaklumat dan komunikasi terkini seperti dari internet, laman web, e-mail, CD-ROM, tele

    sidang dan sebagainya. Kemudahan ICT ini perlulah dimanfaatkan oleh setiap pelajarbagi mengakses pelbagai maklumat geografi yang kontemparori.

    TEMA 1 : SISTEM BUMI.KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL)

    TAJUK :Kedudukan bumi dalam sistem suria.

    HASIL PEMBELAJARAN :Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :Menghuraikan :Putaran dan peredaran bumi dan kesannya.

    SISIPAN KONSEP :Kecondongan paksi bumi.Peredaran bumi.Putaran bumi.

    ISI-ISI UTAMA :

    Memahami kedudukan dan pergerakan bumi dalam system suria.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Gambar kejadian 4 musim.Perbincangan kumpulan.i. Kumpulan 1 Musim Bungaii. Kumpulan 2 Musim Panasiii. Kumpulan 3 Musim Luruh

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    13/223

    iv. Kumpulan 4 Musim Sejuk

    CONTOH SOALAN (RELEVAN) :a) Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripawaktu malam. Bincangkan pernyataan ini. (12m)

    b) Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara tempat-tempat lain tidak. (10m)c) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10 -9) daripada

    seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa? (5m)d) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut

    bahagian dunia. (10m)

    PENILAIAN JAWAPAN :a) 2 faktor utama :

    i. Peredaran bumi mengelilingi matahari.ii. Putaran bumi pada paksinya yang condong.

    + Ketika solstis musim panas 21 Jun matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan garislintang sartan (23 U). Kawasan dalam lingkungan garis lintang yang sama menerima siang damalam sama panjang selain kawasan khatulistiwa. Kawasan hemisfera utara waktu siang lebih padaripada malam. Manakala hemisfera selatan waktu malam lebih panjang daripada siang. Hemisfutara mengalami musim panas sementara hemisfera selatan mengalami musim sejuk. (4m)

    + Pada 22 Disember iaitu ketika solstis musim sejuk berlaku, Garisan Jadi (23 S) mempunyai pancaran matahari tegak di atas kepala. Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang lebih pandaripada waktu siang kerana bahagian bumi ini agak agak terlindung daripada pancaran matahariHemisfera selatan mengalami siang lebih panjang daripada malam.Hemisfera selatan mengalammusim panas sementara hemisfera utara musim sejuk. (4m)

    + Putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 daripada satah tegak. Bumi berputsebanyak 360 mengambil masa 24 jam atau 15 longitud dalam masa satu jam. Putaran bumi ini menyebabkan bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang sementarabahagian bumi yang terlindung daripada pancaran matahari akan mengalami waktu malam. Perbepanjang waktu malam dan siang berlaku mengikut garis lintang tertentu di mana garis lintang yanberada 90 dengan matahari akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang sementakawasan yang terletak pada sudut yang lebih kecil daripada 90 akan mengalami waktu malam dansiang yang berbeza. (4m)

    b)-Peredaran bumi mengelilingi matahariKonsep peredarani. peredaran bumi mengeluiligi matahari 2mii. putaran bumi di atas paksinya yang condong 2mHuraian tentang kejadian ekuinoks dan solstis

    i. kedudukan matahari (pada garis lintang : khatulistiwa,sederhana, kutub) 2m

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    14/223

    ii. Jangka masa siang / malam tak sama panjangDalam masa satu tahun 2m

    Penggunaan gambar rajah yang sesuai empat musim- kedudukan matahari- 4 kedudukan bumi

    - Garis relevan- Paksi yang condong- Garisan khatulistiwa 2mJarak bumi daripada matahari ; huraian tentangKeadaan aphelion (jauh) dan keadaan perihelion (dekat) 2m

    c)- Jarak dari matahari dengan bumi (150 juta km) jarak semasa perihelion danafehelion.

    - Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian solstis danekuinoks.

    -Tompok matahari (sunspot) lebih banyak tenaga electromagnet mengikut kiraan

    tompok matahari (tempoh 11 tahun setiap kiraan).-Pemantulan dilapisan atas atmosfera dan pemantulan oleh awan.-Penyerakan oleh zarah yang halus seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habukdan hablur ais. Bahan-bahan tersebut dapat menyerakkan sinaran matahari.-Penyerapan zarah wap air, gas-gas, habuk dan debu menyerap kira-kira 15 %daripada jumlah sinaran

    -Albedo keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan (yang lebih cerah akanmemantulkan jumlah sinaran yang lebih tinggi)

    *catatan : terima mana-mana 3 sebab (2, 2, 1 markah)Terima juga jawapan melalui gambarajah yang betul.

    d)-Putaran bumi mewujudkan siang dan malam.-Peredaran bumi mengelilingi matahari yang mewujudkan kejadian musimmengikut kedudukan garis lintang.-Kecondongan pancaran matahari.-Ketebalan atmosfera.-Perbezaan permukaan dari segi jenis (daratan, air dan tumbuh-tumbuhan) danbentuk (topografi).

    *catatan : terima mana-mana 3 sebab dengan huraian x 3 markah.terima gambarajah yang sesuai x 1 markah.

    TEMA 1 : SISTEM BUMI

    TAJUK : Tenaga : Konsep, jenis dan punca tenaga.

    HASIL PEMBELAJARAN :Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    15/223

    Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis tenaga yang ada dalam sistem bumi.Memahami proses pemindahan tenaga suria kepada sistem bumi.Memahami variasi tenaga mengikut ruang dan masa.Menilai kepentingan tenaga terhadap sistem-sistem bumi.

    SISIPAN KONSEP :Tenaga Suria

    ISI-ISI UTAMA :Jenis-jenis tenagaVariasi tenaga suriaPeranan tenaga suria kepada sistem dan hidupan bumi.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai tenaga suria.Aktiviti berkumpulan kumpulan 1 : Jenis-jenis tenaga

    kumpulan 2 : Cara-cara pemindahan tenaga suriakumpulan 3 : Faktor yang mempengaruhi tenaga suriakumpulan 4 : Peranan tenaga suria kepada sistem bumi dan

    hidupan bumi.Latihan.

    CONTOH SOALAN :

    a) Huraikan 2 bentuk tenaga. ( 5 markah )b) Mengapakah kadar penerimaan tenaga suria berbeza antara tempat-tempat di dunia.

    ( 10 markah )

    c) Huraikan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia. ( 10 markah )

    PENILAIAN JAWAPAN

    (a) 2 bentuk tenaga- tenaga keupayaan- tenaga kinetik ( 5m )

    (b) Perbezaan kadar penerimaan tenaga suria- kedudukan garislintang- perbezaan siang dan malam- ketebalan atmosfera- sudut pancaran sinaran suria

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    16/223

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    17/223

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan plat-plat dunia. ( 5 markah ) b) Jelaskan hipotesis Wegener mengenai hanyutan benua ( 10 markah )

    c) Huraikan bukti-bukti hanyutan benua ( 10 markah )PENILAIAN JAWAPAN

    (a) Maksud plat ialah kepingan-kepingan kerak bumi yang membentuk kerak bumi benua dan kerak bumi lautan. ( 5m )

    Hipotesis Wegenerperpecahan pangea kepada laurasia dan gondwanalandperanan putaran bumi membekalkan tenaga tekanan pemisah plat.berlaku pergerakan akibat kuasa-kuasa tektonik

    pergerakan dari kutub hasilkan tekanan ke atas benuadaya mampatan dan daya tegangan arus perolakan kuat(5 x 2markah)

    Bukti- bukti teori hanyutan benuakeselanjaran benuageologi batuanfosil batuanPaleomagnetOseanik( 5 x 2 markah )

    TEMA : Sistem Geomorfologi

    TAJUK : Luluhawa.

    HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,Memahami maksud luluhawa.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa.Menghuraikan kepentingan luluhawa kepada aktiviti manusia.

    SISIPAN KONSEP :Luluhawa kimiaLuluhawa fizikalLuluhawa Biotik

    ISI-ISI UTAMA :Maksud luluhawaFaktor yang mempengaruhi luluhawaKepentingan luluhawa

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    18/223

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Maujud Geografi lawatan disekitar sekolah dan mengkaji jenis-jenis batuan.Pelajar mengumpulkan beberapa jenis batuan.Pelajar menghuraikan perbezaan jenis-jenis batuan tersebut.

    Penjelasan dan rumusan oleh guru.Latihan.

    CONTOH SOALAN :

    a) Nyatakan maksud luluhawa. ( 5 markah ) b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa. ( 10 markah )

    c) Jelaskan bagaimana kepelbagaian jenis batuan boleh mempengaruhi aktivitimanusia. ( 10 markah )

    PENILAIAN JAWAPAN

    (a) Maksud luluhawa kimia ialah proses pemecahan, pereputan dan penyepaianbatuan secara insitu yang dipengaruhi oleh agen-agen atmosfera seperti pancaranmatahari, suhu, hujan dan lain-lain. ( 5m )

    Faktor yang mempengaruhi proses luluhawa.IklimBatuanTopografiPengangkutanTumbuh-tumbuhanMasa(5 x 2markah)

    Pengaruh batuan terhadap aktiviti manusia.Granit untuk kuari/pembinaan/ jalanrayaMarmar untuk bangunan / alatan hiasan rumahBatu kapur untuk simenBatu permata untuk perhiasanBatuan laterit untuk pertanianTanah liat untuk peralatan tembikar(5 x 2markah)

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    19/223

    TEMA : Sistem Geomorfologi

    TAJUK : Sungai.

    HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

    Menghuraikan jenis-jenis hakisan sungai.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.Menghuraikan sumbangan bentuk mukabumi pemendapan sungai terhadap manusia.

    SISIPAN KONSEP :Hakisan, Pengangkutan dan pemendapan sungaiTenaga sungaiBentuk mukabumi sungai.

    ISI-ISI UTAMA :Jenis-jenis hakisan

    Faktor yang mempengaruhi hakisan sungaiKepentingan bentuk-bentuk mukabumi pemendapan sungai.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai sungai.Penerangan dan huraian oleh guru.Aktiviti Kumpulan :

    Kumpulan 1 : Jenis-jenis hakisan sungaiKumpulan 2 : Faktor yang mempengaruhi hakisan sungaiKumpulan 3 : Bentuk-bentuk muka bumi hakisan sungai.Kumpulan 4 : Bentuk-bentuk muka bumi pemendapan sungai.

    CONTOH SOALAN :

    a) Huraikan jenis-jenis hakisan sungai. ( 5 markah ) b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan sungai. ( 10 markah )

    c) Huraikan kepentingan bentuk mukabumi sungai dalam mempengaruhi aktivitimanusia. ( 10 markah )

    PENILAIAN JAWAPAN

    Jenis-jenis hakisan sungaihakisan mendalamhakisan melebarhakisan mengundur ( 5m )

    (b) Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    20/223

    Isipadu airKecerunanHalaju sungaiBatuanJumlah beban muatan

    Halangan(5 x 2markah)

    (c) Kepentingan bentuk muka bumi sungai

    - dataran banjir/ delta / dataran mendap - pertanian- tasik ladam/ muara sungai ternakan ikan dalam sangkar / akuakultur- dataran mendap / tetambak - petempatan- air terjun elektrik hidro / rekreasi- jeram - rekreasi

    - beting pasir sungai perlombongan pasir

    - sungai pengangkutan/ perhubungan-(5 x 2markah)

    TEMA : Sistem Geomorfologi

    TAJUK : Ombak.

    HASIL PEMBELAJARAN :Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

    Menghuraikan cara-cara hakisan ombak.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan ombak.Menghuraikan sumbangan bentuk mukabumi pemendapan ombak terhadapmanusia.

    SISIPAN KONSEP :Hakisan, Pengangkutan dan pemendapan ombakTenaga ombakBentuk mukabumi pemendapan ombak.

    ISI-ISI UTAMA :Jenis-jenis hakisan ombakFaktor yang mempengaruhi hakisan ombakKepentingan bentuk-bentuk mukabumi pemendapan ombak.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai laut.Penerangan dan huraian oleh guru.Aktiviti Kumpulan :

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    21/223

    Kumpulan 1 : Cara-cara hakisan ombakKumpulan 2 : Faktor yang mempengaruhi hakisan ombakKumpulan 3 : Faktor yang mempengaruhi tenaga ombakKumpulan 4 : Bentuk-bentuk muka bumi pemendapan ombak

    Latihan.

    CONTOH SOALAN :

    a) Nyatakan cara-cara hakisan sungai. ( 5 markah ) b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan ombak. ( 10 markah )

    c) Jelaskan bagaimana manusia mempengaruhi bentuk mukabumi pinggir pantai.( 10 markah )

    PENILAIAN JAWAPAN

    Cara-cara hakisan ombaktindakan hidroltindakan geselantindakan lagaantindakan larutan ( 5m )

    (b) Faktor yang mempengaruhi hakisan ombak.Jenis dan kekuatan ombakKepelbagaian jenis,jumlah dan saiz beban muatanKedudukan pantai (terdedah / terlindung )Pengaruh arusAktiviti manusia(5 x 2markah)

    (c) Tindakan manusia terhadap bentuk muka bumi pinggir pantai1. menyebabkan hakisan bertambah- eksploitasi hutan bakau- aktiviti perlombongan pasir laut- pembinaan struktur / bangunan dipinggir pantai- aktiviti manusia berasaskan air2. menyebabkan pemendapan- pupukan/ timbunan pantai dengan pasir- menanam semula pokok bakau- membina pemecah ombak di laut

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    22/223

    - struktur binaan pinggir pantai (tembok, gabion, tetrapod, timbunan batu,dan lain-lain)

    (pilihan 4 + 1 atau 3 + 2 / 5 x 2 markah )

    TEMA :Sistem Geomorfologi

    TAJUK :Teori Hanyutan Benua

    HASIL PEMBELAJARAN :Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :1. Menjelaskan definisi Teori Hanyutan Benua2. Menjelaskan taburan dan bukti-bukti hanyutan benua

    3. Menghuraikan kesan-kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi

    SISIPAN KONSEP :1. Teori Awal2. Teori Perluasan Dasar Lautan3. Teori Tektonik Plat

    ISI-ISI UTAMA :1. Bukti-bukti Teori Hanyutan Benua:a. Bukti keselenjaran benuab. Bukti geologic. Bukti iklim purbad. Bukti fosile. Bukti kemagnetan purbaf. Bukti lautan2. Kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi:a. Pembentukan jurang lautan dan lautb. Pembentukana benua yang menentukan sempadan politik dan geografic. Taburan tidak sama rata lautan dan daratand. Kepelbagaian taburan spesies flora dan faunae. Plat tektonik yang berubah-ubah.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :

    Perbincangan dalam kumpulan. Pembentukan kumpulan antara 4-5 pelajar. Pelajar di beri masa selamminit untuk perbincangan. 15 minit diperuntukan untuk dibentangkan oleh kumpulan yang dipilih secrawak. Guru membuat rumusan dan tambahan isi yang perlu.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    23/223

    CONTOH SOALAN (RELEVAN) :a) Apakah yang dimaksudkan dengan plat tektonik (5m)b) Huraikan bukti-bukti yang menjadi asas kepada teori hanyutan benua (10m)c) Terangkan kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi (10m)

    PENILAIAN JAWAPAN :

    a) Plat tektonik menerangkan tentang lapisan kerak bumi yang boleh dibahagikan kepada kepingkepingan iaitu plat benua dan plat lautan. Plat benua membentuk daratan dan plat lauatan membentukdasar laut.

    ( 5 x 1m =5m)

    b) B1-Bukti keselenjaran benua-daratan berasal daripada blok besar dikenali sebagai pangea-garis pantai dan pentas benua selanjar antara satu sama lain.

    B2-Bukti geologi-benua Afrika dan benua Amerika Selatan berpecah daripada satu blok.

    B3-Bukti iklim purba-zon iklim dan ciri pengglasieran adalah serupa bagi benua selatan.B4-Bukti fosil-flora yang serupa pada bahan enapan hampir dengan ais benua selatan.B5-Bukti kemagnetan purba-magnet utara berubah.B6-Bukti lautan-lembangan dan dasar laut adalah lebih muda daripada benua.

    ( 5 x 2m =10m)

    c) C1- Pembentukan jurang lautan dan lautC2- Pembentukan benua-benua yang menentukan sempadan politik dan geografiC3- Taburan tidak sama rata lautan dan daratanC4- Kepelbagaian taburan spesies flora dan faunaC5- Plat tektonik yang berubah-ubah

    TAJUK :

    Melukis profil rentas Mentafsir peta, guna tanah pertanian.

    HASIL PEMBELAJARAN :

    Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :

    Menyatakan maksud profil rentas. Menulis profil rentas Menjelaskan pengaruh ketinggian terhadap guna tanah pertanian.

    SISIPAN KONSEP :

    Profil rentas Guna tanah pertanian.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    24/223

    ISI-ISI UTAMA :

    Konsep profil rentas dan cara melukisnya..

    Pelbagai guna tanah pertanian dan kaitannya dengan ketinggian.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Kerja amali

    CONTOH SOALAN :

    Soalan-soalan berikut adalah berdasarkan kepada Peta 1 yang berskala 1 : 50 000.

    (a) Apakah maksud, profil rentas ( 5m )

    (b ) Dengan menggunakan skala 1: 10 000, lukiskan profil rentas dari tanda tinggi 525

    ke tanda tinggi 475. Labelkan ciri-ciri fizikal dan guna tanah yang terdapat di sepanjangprofil rentas tersebut.( 10m )

    (b) Berdasarkan Peta 1, jelaskan bagaimana perbezaan ketinggian bentuk bumimempengaruhi jenis guna tanah pertanian di kawasan lembangan Sungai Mira.

    ( 10m )

    PENILAIAN JAWAPAN

    ( a) Profil Rentas ialah gambaran yang dibuat antara dua poin untuk menunjukkan cirifizikal dan ciri budaya terutama guna tanah yang terdapat di sepanjang keratan itu.( 5m )

    ( b ) Melukis Profil Rentas.( 10m )

    ( Sila lukis, Profil Rentas yang lengkap )

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    25/223

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    26/223

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :

    Carta bergambar.

    Melukis Peta Minda.

    CONTOH SOALAN :

    ( a) Apakah maksud, Pemanasan global dan nyatakan sebab-sebab berlakunyakeadaan sedemikian

    ( 7 markah )(b ) Apakah maksud, taburan suhu secara mendatar dan taburan suhu secara

    menegak.( 8 markah )

    c) Huraikan faktor yang mempengaruhi suhu mendatar.

    ( 10 markah )

    PENILAIAN JAWAPAN

    ( a ) Maksudnya ialah,

    Suhu semakin meningkat secara menyeluruh di permukaan bumi.

    Sebab-sebabnya.

    Pembakaran terbuka. Kegiatan pembakaran hutan secara berleluasa. Kegiatan pembalakan secara berlebihan. Kegiatan pertanian pindah. Pengeluaran asap kenderaan dan kilang.

    ( 2m + 1m X 5 = 7)

    (b ) Maksudnya ialah,

    Taburan Suhu Secara Mendatar ialah, Perbezaan suhu yang dilihat secara kedudukan garisan latitud,semakin jauh dari garisan khatulistiwa suhu semakin kurang arah kekutub.

    Taburan Suhu Secara Menegak ialah,Perbezaan suhu yang dilihat mengikut ketinggian, suhu semakin rendahmengikut ketinggian.Semakin tinggi sesuatu tempat suhu semakin turun.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    27/223

    ( mana-mana 4m/ 4m )

    ( c) Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar ialah

    kedudukan latitud.

    Kecondongan paksi bumi. Sifat kebenuaan. Aspek. Badan Air. Litupan Awan. Litupan tumbuhan.

    ( 2m x 5 = 10m )

    TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA.

    TAJUK :

    Mikro iklim bandar, Fenomena jerebu, faktor-faktor yang mempengaruhi dan kesan-kesannya.

    HASIL PEMBELAJARAN :

    Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

    Menjelaskan konsep jerebu. Menjelaskan peranan kegiatan manusia yang menyebabkan kejadian jerebu. Menghuraikan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.

    SISIPAN KONSEP :

    Konsep jerebu. Kegiatan manusia. Kesan kejadian jerebu.

    .

    ISI-ISI UTAMA :

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    28/223

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    29/223

    c) Jelaskan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.

    Kesan Alam Sekitar Fizikal

    Kejadian hujan asid.Kadar sejatan kurang.Kertumbuhan tumbuhan terganggu.

    Kesan Alam Sekitar Manusia

    Jarak penglihatan terganggu, pengangkutan terjejas.Penyakit berkaiatan pernafasan seperti batuk, asma dan mata merebak.Kegiatan ekonomi terganggu.

    Sekurang-kurang 1 Faktor fizikal (FF) dan 1 faktor manusia (FM )

    Mana-mana 5 x 2 = 10 markah .

    TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

    TAJUK :

    Kemahiran amali sistem atmosfera , mengira peratus kekerapan angin, melukis RajahTiupan Angin.

    Pengaruh tiupan angin terhadap kegiatan manusia.HASIL PEMBELAJARAN :

    Di akhir pembelajaran pelajar dapat, Mengira peratus kekerapan angin. Melukis Rajah Tiupan Angin. Menjelaskan pengaruh tiupan angin monsun terhadap kegiatan manusia.

    SISIPAN KONSEP :

    Peratus kekerapan tiupan angin. Rajah tiupan angin Angin monsun.

    ISI-ISI UTAMA :

    Peratus kekerapan tiupan angin. Melukis Rajah Tiupan Angin.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    30/223

    Pengaruh tiupan angin terhadap kegiatan manusia.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Kerja Amali.

    CONTOH SOALAN :

    Arah Utara Timur laut

    Timur Tenggara Selatan Baratdaya

    Barat Baratlaut

    Tenang

    BilanganHari

    2 4 6 3 5 3 0 2 5

    Jadual : Kekerapan Arah Angin Kawasan S pada Bulan April.

    (a) Berdasarkan jadual 5, kira peratus kekerapan peratus angin kawasan S bagi bulanApril. ( 5m )

    ( b) Dengan menggunakan hasil kiraan pada soalan (a), lukis rajah tiupan angin mudahmenunjukkan peratus kekerapan tiupan angin kawasan S pada bulan April. ( 10m )(C ) Huraikan bagaimana pengaruh angin monsun terhadap kegiatan penduduk dikawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. ( 10m )

    PENILAIAN JAWAPAN :

    ( a ) Mengira peratus kekerapan tiupan angin:

    = Bilangan hari sesuatu arah X 100 %

    Bilangan hari dalam 1 bulanUtara dan barat laut = 2 X 100 %

    30

    = 6.7 %

    Timur laut = 4 X 100 %30

    = 13.3 %

    Timur = 6 X 100 %30

    = 20.0 %

    Tengara dan barat daya = 3 X 100 %30

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    31/223

    = 10.0 %

    Selatan dan Tenang = 5 X 100 %30

    = 16.7 %

    ( b) Melukis Rajah Tiupan Angin.( Sila lukis rajah tiupan angin yang lengkap )

    ( 10m )( c) Pengaruh tiupan angin monsun terhadap kegiatan manusia ialah :

    Kegiatan perikanan terganggu tidak turun ke laut ketika monsun timur laut.Kegiatan pelancongan terganggu akibat hujan lebat dan banjir.

    Kegiatan perniagaan - terjejas, kurang sambutan dan kunjungan.Kegiatan pertanian - terganggu, tumbuhan tenggelam.Kegiatan ternakan - terganggu, ternakan mati lemas dan hanyut.

    ( 2m x 5 = 10m )TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

    TAJUK ;

    Kemahiran amali sistem atmosfera , mengira julat suhu, melukis graf garisan danmentafsir.

    Perubahan suhu.

    HASIL PEMBELAJARAN :

    Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

    Mengira julat suhu tahunan. Melukis graf garisan. Menjelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal.

    SISIPAN KONSEP :

    Konsep julat suhu. Graf Garisan. Perubahan iklim.

    ISI-ISI UTAMA :

    Julat suhu dan cara pengiraan.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    32/223

    Melukis graf garisan.

    Kesan perubahan iklim ( peningkat suhu ) terhadap alam sekitar.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Kerja Amali.

    CONTOH SOALAN :

    Jadual: Suhu Maksimum dan Suhu Minimum Kawasan Y bagi Tahun 2001

    . a) Nyatakan maksud Julat Suhu. ( 3 markah )

    b) Berdasarkan Jadual di atas,

    i . kira Julat Suhu Tahunan Kawasan Y. ( 5 markah)

    ii. lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan Suhu Maksimum dan SuhuMinimum bagi kawasan Y tahun 2001. ( 10 markah )

    c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal .( 7 markah )

    BulanJ F M A M J J O S O N D

    SuhuMinimum

    ( C )24 24.3 25 25.6 25 26 26.4 25 25.1 25.4 24 24

    SuhuMaksimum

    ( C )27 27 28 29 29 30 30 29 28 28 27.5 27.2

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    33/223

    PENILAIAN JAWAPAN

    (a) Perbezaan nilai suhu maksimum dengan suhu minimum ( 3m )

    (b) (i) - Suhu Maksimum Suhu Minimum.Contoh,Bulan Januari := 27 C - 24 C= 3 C

    (5m )( ii ) ( Sila lukis graf garisan yang lengkap )

    (c) - kenalpasti 3 pengaruh . 1m- pencemaran udara.

    - peningkatan suhu .- kemarau.- dll.

    TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI.KERTAS 1 ( GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL )

    HASIL PEMBELAJARAN

    Setelah mempelajari bab ini pelajar dapat;

    Memahami proses-proses kitaran hidrologi Menjelaskan proses menegak dan mendatar dalam kitaran hidrologi Menjelaskan konsep imbangan air positif dan imbangan air negatif Menjelaskan kepentingan sumber air kepada manusia Memahami konsep air tanah dan sistem akuifer serta pergerakan air tanah Menjelaskan gangguan-gangguan manusia terhadap kitar hidrologi

    SISIPAN KONSEP

    Proses menegak dalam kitaran hidrologi Proses mendatar dalam kitaran hidrologi Edaran air tanah Imbangan air

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    34/223

    ISI-ISI UTAMA

    Proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi Imbangan air Edaran air tanah dan sistem akuifer

    Kepentingan sumber air kepada manusia Gangguan-gangguan terhadap kitar hidrologi

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    Penggunaan ICT Rajah Kitar Hidrologi Pembentangan Dalam Kumpulan

    CONTOH SOALAN

    1.a) Apakah yang difahami dengan imbangan air (5m)b) Dengan bantuan gambar rajah,huraikan proses-proses yang terlibat dalam kitar

    hidrologi (10m)c) Huraikan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi kitar hidrologi di kawasan

    tropika lembap (10m)

    2.a) Apakah dimaksudkan ketidakseimbangan air positif (5m)b) Jelaskan bagaimana ketidakseimbangan air positif mempengaruhhi aktiviti

    manusia (10m)c) huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih (10m)

    PENILAIAN JAWAPAN

    1 a) Jumlah kerpasan sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami sejatpeluhan

    dan perubahan air yang disimpan dalam tanih dan air larian permukaan. (5m)

    ATAU

    P = ET + ST + rP ialah kerpasanET ialah sejat peluhanST ialah air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanah

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    35/223

    r ialah air larian permukaan

    b) Rajah kitar hidrologi- Proses sejatan- Proses sejat peluhan

    - Proses pemeluwapan- Proses kerpasan- Proses larian air permukaan- Aliran air bawah tanah- Proses resapan- Alir lintang udara- Proses pemejalwapan

    5 isi X 2m + 2m = 12m

    c) - Aktiviti pembalakan/ penyahutan

    - Aktiviti pertanian- Aktiviti perindustrian- Proses perbandaran / urbanisasi- Pembinaan empangan- Aktiviti penghutanan semula

    5 isi X 2m = 10m

    2.a) Jumlah kerpasan iaitu hujan,salji,dan embun yang turun ke permukaan bumimelebihi jumlah sejatan iaitu jumlah wap air yang naik ke atmosfera. (5m)

    b)- Perindustrian- Pelancongan dan rekreasi- Penternakan- Perikanan dan akuakultur- Pengangkutan- Pertanian- Perniagaan- Aktiviti harian/ domestik

    5 isi X 2m =10mc) Bentuk muka bumi

    - Tumbuh-tumbuhan- Ketelapan tanih- Kejerapan / keporosan tanih- Jumlah kerpasan- Kewujudan badan-badan air

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    36/223

    - Tindakan manusia5 isi X 2m = 10m

    TAJUK :

    Kemahiran amali sistem hidrologi , mengira lebihan dan kurangan air, melukis grafbar dan mentafsir. Kesan gangguan Imbangan Air kepada manusia

    HASIL PEMBELAJARAN :

    Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

    Mengira lebihan dan kurangan air.

    Melukis graf garisan. Menjelaskan kesan gangguan imbangan air terhadap manusia.

    SISIPAN KONSEP :

    Konsep imbangan air. Graf Garisan. Gangguan imbangan air.ISI-ISI UTAMA :

    Imbangan air dan cara pengiraan. Melukis graf garisan. Kesan gangguan imbangan air terhadap manusia.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :

    Kerja Amali.

    CONTOH SOALAN :

    Jadual : Komponen Imbangan Air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X

    Bulan/Komponen

    ImbanganAir

    J F M A M J J O S O N D

    Kerpasan 87 89 87 74 94 87 122 1O2 56 56 76 89

    Sejatpeluhan 12 13 29 63 102 139 160 143 104 65 22 12

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    37/223

    (a) Kira lebihan air dan kurangan air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X

    (b) Dengan menggunakan maklumat kerpasan dan sejatpeluhan , lukis graf yang sesuaimenunjukan lebihan air dan kurangan air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X.

    b) Berdasarkan graf yang telah anda dilukis pada (b) , jelaskan bagaimana polaimbangan air yang sedemikian boleh menganggu kegiatan manusia di kawasan tersebut

    PENILAIAN JAWAPAN

    (a) Cara Pengiraan :

    Lebihan Air dan Kurangan Air ( Penerimaan Air )

    = Jumlah Kerpasan Jumlah Sejat peluhan.

    a) Contoh Bulan Januari;

    = 87 - 12

    = 75 mm

    b) Contoh Bulan Jun;

    = 87 139

    = - 52 mm.

    c) Contoh Bulan Disember.

    = 89 12

    = 77 mm.

    b) ( Sila lukis graf garisan yang lengkap )

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    38/223

    c) Kenalpasti bagaimana pola imbangan air yang sedemikian boleh menganggukegiatan manusia di kawasan X,Antara kegiatan manusia ialah :

    Pertanian

    Pelancongan Perniagaan. Perindustrian.

    TEMA 5 : SISTEM EKOLOGIKERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

    TAJUK :

    Konsep ekosistem dan komponen ekosistem. Ekosistem akautik ( hutan paya bakau ) Kepentingan hutan paya bakau.

    HASIL PEMBELAJARAN :

    Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat : Menyatakan maksud ekosistem Menyenaraikan komponan asas dalam ekosistem Menjelaskan ekosistem akuatik,

    SISIPAN KONSEP :

    EkosistemAliran tenaga dalam makananHutan bakau

    ISI-ISI UTAMA :

    Interaksi utama antara komponen abiotik dan biotik dalam satu persekitaran.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    39/223

    Komponan biotik ialah benda-benda hidup seperti tumbuhan-tumbuhan haiwanorganisma dan manusia.

    Pengguna pengeluar dan pengurai Gambarajh ekosistem.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN :Penggunaan ICT.

    CONTOH SOALAN :

    1 (a) Jelaskan maksud ekosistem (5m)(b) Dengan merujuk kepada sebuah ekosistem akuatik beri contoh komponan biotik

    dan komponan abiotik. ( 10m )(c ) Huraikan kepentingan ekosistem hutan paya bakau. ( 10m )

    PENILAIAN JAWAPAN:

    (a) Ekosistem ialah satu interaksi antara benda hidup dan benda bukan hidup dalam satualam sekitar.(1x5m)

    (b) Ekosistem akuatik

    Gambarajah Komponan biotik terdiri daripada tumbuhan plakton, zooplanton, ikan, udang,

    bakteria, kulat, Komponan abiotik terdiri daripada tenaga suria,tanah, Larutan mineral ,suhu,air,kemasinan dan keasidan air.

    ( 1+ 3+3=10)

    (c) Kepentingan hutan paya bakau, Melindungi pinggir pantai Tempat perlindungan haiwan dan ikan Memerangkap nutrien ,sedimen dan bahan toksid Tempat bekalan makanan Perikanan

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    40/223

    Hasil kayu Sumber makanan dan bahan kegunaan domestik serta ubatan Penyelidekan dan pendidikan Penyelidekan

    ( 2x5=10m )

    TEMA 5 : SISTEM EKOLOGI

    TAJUK :

    Konsep rantaian makanan dan siratan makanan. Jenis ekosistem dan contohnya. Kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Menjelaskan maksud Rantaian Makanan dan Siratan Makanan Menyatakantan jenis ekosistem dan contohnya. Menjelaskan kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

    SISIPAN KONSEP

    Rantaian Makanan. Siratan Makanan Ekosistem Daratan. Ekosistem Lautan

    ISI-ISI UTAMA

    Maksud rantaian makanan dan siratan makanan

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    41/223

    Jenis ekosistem dan contoh. Kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia

    AKTIVIYI PEMBELAJARAN :

    Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD).

    CONTOH SOALAN :

    (a) Apakah maksud rantaian makanan dan siratan makanan.( 9 m)

    (b) Nyatakan jenis ekosistem dan berikan contoh setiap jenis tersebut.( 4 m )

    (c) Huraikan kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.(8 m )

    PENILAIAN JAWAPAN :

    (a) Apakah maksud, Rantaian Makanan dan Siratan Makanan.

    Konsep rantaian makanan dapat dijelaskan sebagai hubungan pemakanan

    antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertieryang melibatkan pemindahan tenaga untuk menjalankan aktiviti tumbesarandalam sesuatu ekosistem.

    Konsep siratan makanan mempunyai hubungan kait dengan rantaianmakanan kerana siratan makanan ialah gabungan beberapa rantaian makananuntuk membentuk satu ekosistem yang rencam dan unik.

    ( 4m/5m)

    (b) Nyatakan jenis ekosistem dan berikan contoh setiap jenis tersebut.

    Jenis ekosistem,- ekosistem daratan- ekosistem lautan.

    ( 2m ) Contohnya,

    - Hutan hujan tropika.- Hutan pantai.

    ( 2m )

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    42/223

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    43/223

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    44/223

    Tupan angin kencang /tiada halangan / tekanan udara rendah.Kadar hakisan tanah meningkat/ tiada halangan / tiada cengkaman akar.

    ( Mana-mana 5 x 3m = 10 markah)

    c) Beri cadangan anda tentang cara-cara mengatasi kemusnahan hutan.

    Kuat kuasa undang-undang- Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 1993 )/Enakmen Industeri Berasas Kayu ( 1985)

    Kempen - Media cetak/ media elektoronikLadang hutan.Tanam semula hutan.Mewartakan hutan simpan dan taman negara.Rawatan silverkultur.

    (Mana-mana 5 x 3m = 10 markah)

    TEMA 7: KAJIAN LAPANGAN/KAJIAN LUAR GEOGRAFIKERTAS 1 (Alam Sekitar Fizikal).

    HASIL PEMBELAJARAN

    Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat:

    Memahami prinsip-prinsip kajian luar seperti menyatakan tajuk dan kawasan kajiansecara mikro (kawasan yang kecil), mengemukakan objektif kajian luar danmenerangkan kaedah-kaedah yang boleh diguna untuk melakukan kajian luar.

    Menjelaskan kaedah dan langkah yang patut dibuat untuk melaksanakan kajian luar(sebelum, semasa dan selepas di lapangan)

    Mengenalpasti aspek-aspek yang boleh dikaji secara kajian luar bagi setiap sistemgeomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan juga sistem ekologi.

    Memahami bagaimana menulis laporan kajian luar yang mesti disediakan danseterusnya menggunakan format laporan tersebut untuk menulis jawapan soalankajian lapangan Geografi Kertas 1 STPM.

    SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    SUBTOPIK HURAIAN7.1 Prosedur melaksanakan kajian Memahami prinsip dan kaedah melaksanakan kajian

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    45/223

    luar/lapangan luar/lapangan .7.2 Tema dan skop kajian. Menjelaskan tema dan skop kajian luar/lapangan bagi

    setiap sistem: sistem geomorfologi, sistematmosfera,sistem hidrologi dan sistem ekologi.

    7.3 Contoh-Contoh Kajian luaryang dijalankan

    Contoh laporan kajian luar sistem geomorfologi,atmosfera, hidrologi dan ekologi.

    7.1 Prosedur Menjalankan Kajian Luar Alam Sekitar Fizikal.

    Pengenalan

    1. Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam disiplin geografi.Kajian luar ini mengandungi dua bahagian, iaitu Alam Sekitar Fizikal dan Alam SekitarManusia yang boleh dijalankan serentak. Teori yang dipelajari di dalam bilik darjahdimantapkan lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan lagipemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang

    saling berkaitan.

    2. Dokumen ini mengandungi langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar. Langkah-langkah yang dicadangkan ini boleh menjadi panduan dan senarai semak kepada guru dan pelajarsebelum menjalankan kajian luar.

    3. Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar ialah menentukan tajuk/isu kajian,pemilihan kawasan, membuat tinjauan, menentukan kaedah kajian, menyediakan peralatan dan bahan kajian,menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian, persiapan logistik,menjalankan kajian di lapangan, memproses dan menganalisis data, dan menyediakan laporan.Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar akan diperincikan di bawah ini.

    Langkah-langkah menjalankan kajian luar

    Menentukan tajuk/isu kajian

    Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilihseperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Tajuk kajian luar Alam Sekitar Fizikalberdasarkan kepada empat sistem, iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistemhidrologi, dan sistem ekologi.

    Pemilihan kawasan

    1. Lokasi kawasan kajian yang dipilih hendaklah dirujuk pada peta kawasanberkenaan dan menepati objektif kajian luar yang didasarkan kepada perkara berikut.

    (a) unsur fizikal dan manusia yang terdapat di kawasan tersebut(b) faktor jarak, kos dan masa(c) aspek keselamatan(d) keluasan kawasan kajian

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    46/223

    (a) merangkumi unsur fizikal dan manusia

    Kawasan kajian yang dipilih hendaklah merangkumi unsur fizikal dan manusia. Ini bagi

    membolehkan pelajar menjalankan kajian yang merangkumi kedua-dua aspek fizikal danmanusia serentak. Tajuk kajian yang dipilih hendaklah merangkumi tajuk-tajuk yangtelah dipelajari di bilik darjah. Contohnya, pelajar tingkatan enam rendah bolehmenjalankan kajian luar tentang geomorfologi dan pembangunan ekonomi dan impakalam sekitar.

    (b) faktor jarak, kos dan masa

    Faktor jarak, kos dan masa hendaklah juga diambil kira dalam menentukan pemilihankawasan kajian. Sekiranya unsur yang hendak dikaji terdapat di kawasan persekitaransekolah memadai sekiranya kajian itu dijalankan di kawasan tersebut. Seboleh mungkin

    kawasan kajian hendaklah tidak terlalu jauh dari sekolah yang melibatkan perjalananmasa yang lama serta kos pengangkutan yang tinggi. Jarak kawasan kajian yang dipilihsebaik-baiknya tidak melebihi 2 jam perjalanan dengan bas.

    (c) aspek keselamatan

    Dalam menentukan pemilihan kawasan kajian aspek utama yang perlu ditegaskan ialahkeselamatan. Keselamatan ini meliputi keselamatan dalam perjalanan, kawasan kajianyang dipilih hendaklah bebas dari sebarang ancaman seperti arus sungai yang deras,cerun curam, haiwan buas, kawasan berisiko tinggi dan kawasan larangan.

    (d) keluasan kawasan kajian

    1. Keluasan kawasan kajian yang dipilih hendaklah bersifat mikro yang mempunyaikedua-dua unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kawasan yang dipilihseeloknya hendaklah mempunyai beberapa ciri fizikal yang boleh dikaji seperti sungai,cerun, pantai, hutan, bukit, paya, tasik dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

    2. Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Pada amnyapemilihan kawasan kajian mestilah memenuhi syarat berikut

    (a) Kawasan kajian luar boleh dipilih berdasarkan bentuk muka bumi, fenomenafizikal, unsur dan proses fizikal yang berlaku.

    (b) Kawasan kajian luar hendaklah berskala mikro seperti sebuah lembah sungai,sebuah cerun, pantai, hutan, dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

    Peralatan dan kegunaannya

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    47/223

    Kajian luar bagi bahagian alam sekitar fizikal boleh menggunakan peralatan berikut.

    (i) Alat aras Abney atau klinometer Suunto digunakan untuk merekodkanketinggian sesuatu poin yang diukur

    (ii) Pancang jajar digunakan untuk menjajarkan sesuatu pengukur linear semasamengukur profil, dan sekiranya yang diukur ialah profil pantai, pancang jajar ini

    boleh juga digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya(iii) Pita ukur digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak

    (iv) Kompas prismatik digunakan untuk menentukan orientasi profil yang diukur

    (v) Alat GPS (Global Positioning System) digunakan untuk menentukan letakan,ketinggian, dan arah

    (vi) Higrometer putar dan air suling digunakan untuk merekodkan suhu kering dansuhu basah, dan mengira kelembapan bandingan

    (vii) Termometer Sixes, tolok hujan, anemometer, alat pelindung Stevenson, danbarometer digunakan untuk mengukur unsur cuaca

    (viii) Peta topografi digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakarsesuatu kawasan kajian

    (ix) Alat tulis digunakan untuk merekodkan setiap pencerapan atau pengukuran dilapangan

    (x) Kamera digunakan untuk merakam gambar sebagai bukti tempat itu dan bahansokongan kajian.

    Kaedah kajian:

    Maklumat boleh diperoleh dari dua sumber iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Sumber data

    sekunder terdiri daripada laporan seperti laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, JabatanMeteorologi, Jabatan Alam Sekitar, dan agensi awam lain dan swasta. Data primer diperoleh dilapangan melalui kaedah pemerhatian, pencerapan, pengukuran, senarai semak, temu bual dan kajiselidik.

    Langkah menjalankan kajian luar

    (a) Sebelum ke lapangan guru membuat persiapan awal seperti:

    (i) Menentukan sistem atau tema kajian, memilih lokasi kajian dan melakukantinjauan awal

    (ii) Pemilihan tajuk mengikut kumpulan pelajar. Setiap kumpulan diberikan tajukyang berlainan supaya semua tajuk dapat dikaji secara kajian luar.

    (iii) Pengurusan surat menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenarandari sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

    (iv) Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi.

    (v) Penyediaan pengangkutan dan guru pengiring,

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    48/223

    (vi) Persediaan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soalselidik.

    (vii) Taklimat kepada pelajar yang meliputi; tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlahresponden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatandan lain-lain yang bersesuaian,

    (b) Semasa di lapangan

    (i) Pelajar menjalankan pemerhatian, pencerapan, dan pengukuran terhadapperkara berikut:

    Ciri alam sekitar fizikal dan ciri alam sekitar manusia yang ada di kawasankajian.

    Punca yang menyebabkan impak alam sekitar sama ada proses fizikal atauaktiviti manusia atau kedua-duanya.

    Impak alam sekitar yang dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dankehidupan manusia.

    Langkah yang telah diambil untuk mengurangkan impak alam sekitar. Faktor yang mempengaruhi proses fizikal dan aktiviti manusia.

    Kepentingan bentuk muka bumi, fenomena cuaca, dan aktiviti manusia

    (c) Sekembali dari lapangan

    (i) Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaanatau mengikut item yang telah dipecahkan dari sesuatu tajuk.

    (ii) Memproses maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kaitantara dapatan yang diperoleh.

    (iii) Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, danrajah bagi mana item yang relevan dan sesuai.

    (iv) Membincangkan dapatan/hasil kajian menghubungkaitkan dapatan yangdiperoleh dengan teori yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

    (v) Merumus dan mempersembahkan hasil kajian. Setiap kumpulan mestilahmembentangkan hasil kajian masing-masing.

    Penyediaan laporan kajian luar1. Kajian lapangan dilakukan secara berkumpulan tetapi laporannya mesti disediakan secaraindividu. Oleh itu satu laporan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali daripada kerjadi lapangan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut.

    (a) Pengenalan Tajuk kajian iaitu penyataan tentang apa yang dikaji.

    (b) Tujuan kajian penyataan tentang objektif kajian dilakukan berkaitan dengan tajukkajian yang telah dipilih.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    49/223

    (c) Lokasi kajian huraian ringkas tentang ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusiayang ada di kawasan kajian dijalankan.

    (d) Kaedah kajian huraian tentang cara kajian dilakukan: pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu bual, dan pemerhatian

    (e) Hasil kajian dan perbincangan huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis;

    merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan dan menilaitentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya.Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf danpeta.

    (f) Penutup rumusan kajian.

    7.2 Skop dan Tajuk Kajian Luar Alam Sekitar Fizikal

    Tajuk dan Tumpuan Kajian

    Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilih danjumlah masa yang diperuntukkan bagi setiap bahagian dalam sukatan pelajaran. Kajian luaralam sekitar fizikal hendaklah berdasarkan salah satu daripada empat sistem iaitu sistemgeomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi, dan sistem ekologi.

    7.2.1 (a) Kajian luar sistem geomorfologi boleh dilakukan di salah satu kawasan berikut:

    (i) Lembah sungai(ii) Cerun

    (iii) Pinggir pantai

    (iv) Tanah tinggi(v) Tanah pamah

    (b) Tumpuan kajian bagi setiap sistem geomorfologi yang dipilih adalah:

    (i) Proses geomorfologi(ii) Faktor yang mempengaruhi

    (iii) Kepentingan kepada pembentukan bentuk muka bumi(iv) Impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia

    (v) Cadangan mengurangkan impak tersebut

    7.2..2 (a) Kajian luar berkaitan sistem atmosfera boleh dilakukan di stesen kaji cuaca atau

    kaji iklim.Kajian perlu ditumpukan kepada aktiviti mencerap, merekodkan, danmenganalisis unsur cuaca dan menjelaskan faktor yang mempengaruhinya. Unsurcuaca yang dikaji:

    (i) Suhu(ii) Hujan

    (iii) Angin(iv) Kelembapan bandingan(v) Litupan awan

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    50/223

    (vi) Tekanan udara

    7.2.3(a) Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut:

    (i) Luar bandar(ii) Bandar

    (iii) Perumahan(iv) Perindustrian(v) Pertanian

    (vi) Bencana Banjir Kemarau Pencemaran air

    (b) Kajian perlu ditumpukan kepada:

    (i) Aspek permintaan dan bekalan air serta faktor yang mempengaruhinya (untukkawasan (i) hingga (v))

    (ii) Kejadian banjir, kemarau, dan pencemaran air serta faktor yangmempengaruhinya (untuk kawasan (vi)).

    7.2.4(a) Kajian luar berkaitan sistem ekologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut:

    (i) Hutan(ii) Tasik

    (iii) Sungai

    (iv) Pinggir pantai(v) Paya

    (vi) Belukar

    (b) Kajian perlu ditumpukan kepada:

    (i) Komponen asas ekosistem(ii) Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem(iii) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem

    Kajian Luar Sistem Geomorfologi

    1. Di dalam sistem geomorfologi, penekanan hanya diberikan kepada geomorfologilembangan saliran dan geomorfologi pinggir pantai. Setiap bentuk yang terdapatadalah merupakan hasil ukiran proses-proses yang bertindak di sesuatu kawasanberkenaan.

    2. Kejayaan pengukiran bentuk-bentuk tersebut adalah bergantung pada beberapafaktor yang mempengaruhinya. Kesemua bentuk dapat diukur, sama ada yang besar,

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    51/223

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    52/223

    Pastikan jarak/panjang garis profil yang bakal diukur tidak terlalu panjang dan jugatidak terlalu pendek (seelok-eloknya tidak melebihi 40 meter).

    2. Dengan menggunakan pancang jajar, tentukan garis profil yang bakal diukur.Pastikan garis profil tersebut terdapat pada suatu garis lurus dan bersudut tepat

    kepada garis umum kontur, ataupun garis gigi air sekiranya kajian dijalankan dipantai.

    3. Pengukuran ketinggian bolehlah dilakukan daripada titik atau poin paling tinggi yanghendak diukur kepada titik yang paling rendah, ataupun sebaliknya. Setiapperubahan pada cerun profil yang diukur perlu direkodkan melalui pengukuran dandilabelkan dengan jelas.

    4. Pengukuran ketinggian ini dilakukan dengan menggunakan sama ada alat ukur aras

    Abney atau klinometer Suunto dengan seorang memegang pancang jajar pada titikyang diukur, dan dua orang mengukur jarak daripada titik pengguna alat kepada titik

    yang diukur, sementara perlu ada seorang pencatat. Ukuran diteruskan sehinggahabis menggunakan kaedah yang serupa.

    5. Untuk mengelakkan melakukan kesilapan, segala rekod pengukuran tersebut bolehlahdicatatkan juga pada suatu profil lakar yang telah dibuat sebelum kerja-kerjapengukuran dimulakan dengan menandakan titik-titik yang diukur.

    6. Semasa melakukan pengukuran profil, pencatat perlu juga merekodkan segala perkara yang kelihatan serta lokasinya yang dapat membantu dalam kerja-kerjaanalisis, umpamanya jenis-jenis batuan serta keadaan keterdedahannya, tanih(jenis, struktur serta keterdedahannya), litupan serta jenis tumbuhan atau rumput,keadaan cuaca semasa kajian dijalankan dan sebagainya.

    Mengukur cerun:

    1. Dengan menggunakan peta lakar kawasan kajian, pastikan lokasi atau di mana merekaberada di atas peta.

    2. Agihkan kawasan-kawasan kecil yang hendak dikaji kepada kumpulan-kumpulan kecilyang telah dikenal pasti.

    3. Agihkan alat yang diperlukan untuk pengukuran kepada setiap kumpulan.4. Lantik seorang pelajar untuk mengetuai setiap kumpulan atau boleh juga diminta setiap

    kumpulan untuk melantik seorang ketua di kalangan mereka.

    5. Pastikan setiap pelajar terlibat dalam kerja yang hendak dijalankan6 Pastikan dua titik/poin permulaan dan terakhir yang hendak diukur di lapangan dan diatas peta lakar. Sebaik-baiknya kedua-dua titik yang dipilih adalah saling nampak.Lukiskan keratan rentas yang hendak diukur di atas peta lakar. Pastikan rentasan pengikatdalam pengukuran untuk menentukan kontur. Ukur orientasi profil rentas.

    7 Pastikan poin/titik untuk dijadikan stesen pengukuran di lapangan. Penentuan poinsampel perlu didasarkan kepada perubahan yang ketara pada sesuatu cerun yang bakaldiukur. Gunakan sebanyak mungkin poin pengukuran untuk menggambarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada cerun rentasan tersebut. Jarak antara poin pengukuran

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    53/223

    mestilah tidak terlalu jauh kerana ini akan menghilangkan cici-ciri morfologi pentingyang terdapat disepanjang cerun yang diukur.

    8 Pengukuran boleh dilakukan sama ada dari bawah ke atas cerun, ataupun dari atasmenuruni cerun. Lakukan penjajaran dulu untuk memastikan garis yang diukur ituterdapat lurus.

    9 Bagi mengukur garis rentas dari A ke H (Rajah 1.1), apa yang perlu dilakukan setelah

    garis AH dilaraskan ialah mengukur secara berperingkat-peringkat. Pemegang alat arasAbney berdiri di stesen A yang sebaik-baiknya diketahui ketinggiannya, sementarapembantunya memegang satu pancang jajar di stesen B. Pemegang alat aras menenangtepat kepada tinggi aras matanya pada pancang jajar melalui kanta mata alat sambilmemutarkan skru dibahagian tepi alat tersebut bagi mendapatkan buih kecil pengarasspirit supaya berada benar-benar di tengah, bersetentang dengan dawai rentas halus yangterdapat di dalam tiub alat tersebut. Apabila ini sudah didapati, jangan lagi putarkan skrutadi dan bacaan bolehlah dilakukan pada skala vernier untuk mendapatkan bacaan sudut ,sama ada sudut dongak ataupun sudut tunduk berdasarkan aras 0.

    10 Setelah bacaan sudut diperolehi, jarak antara stesen A dan B diukur denganmenggunakan pita ukur. Bagaimanapun, jarak yang diukur mestilah merupakan jarakyang terdapat pada satu rataan yang selari dengan rataan penglihatan pencerap, iaitu

    rataan mendatar. Cara pengukuran dan pencerapan yang serupa dilakukan bagi stesen-stesen yang berikutnya sehingga kepada stesen penghabisan untuk rentasan tersebut, iaitutitik H. Catatan yang diperlukan dapat dilakukan pada rajah kasar rentasan yang diukur.

    Kajian Luar Sistem Atmosfera

    1. Seperti juga dalam sistem geomorfologi, unsur-unsur di dalam sistem atmosferadapat diukur dan dicerap. Tetapi, dalam keadaan masa yang tidak mengizinkan bagi

    kajian luar, pengukuran dan pencerapan tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan untuksuatu jangka masa yang panjang.

    2. Oleh itu pemilihan parameter cuaca yang dapat dicerap dan diperhatikan dalamsuatu jangka masa yang singkat perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Di samping itu,penetapan lokasi kawasan kajian juga perlu dipilih bersesuaian dengan jnagkan masa dankos kajian luar yang dilakukan.

    Rajah 1.1. Contoh catatan pada keratan rentas yangdiukur

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    54/223

    Tujuan

    Kajian luar ini adalah bertujuan untuk:

    1. mencerap pelbagai parameter iklim dan cuaca di beberapa lokasi yang ditentukan

    mengikut masa.2. membanding dan membezakan antara parameter yang dicerap di beberapa lokasi

    yang ditetapkan.

    3. melihat pola taburan parameter cuaca yang dicerap mengikut lokasi dan masa.

    4. menilai pengaruh sesuatu lokasi dan faktor-faktor persekitaran yang menyebabkanperbezaan parameter yang dicerap mengikut lokasi terpilih.

    5. mengaitkan perkara-perkara yang diukur dan dicerap dengan pengaruhnya terhadap

    manusia.

    Alat-alat Yang Diperlukan

    1. Higrometer putar (dengan air suling).

    2. Alat aras Abney atau klinometer Suunto.

    3. Pita ukur.

    4. Cup anemometer.

    5. Tolok hujan.

    6. Alat tulis, termasuk kertas graf.

    7. Barometer

    Lokasi Kajian Luar

    Kawasan yang hendak digunakan bagi tujuan kajian luar sistem atmosfera ini perlumempunyai ciri-ciri yang memenuhi keperluan berikut:

    1. Bawah pokok berlainan ketinggian dan berlainan kanopi.

    2. Tempat yang mempunyai permukaan yang berbeza, umpamanya kawasanpermukaan berturap; kawasan permukaan berumput; tanah lapang; kawasantepubina; taman rekreasi.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    55/223

    3. Kawasan yang mudah menjalankan pencerapan data cuaca.

    4. Kedudukan kawasan yang dipilih tidak begitu jauh dari kawasan sekolah.

    Aktiviti di Lapangan

    1. Membuat peta lakar kawasan yang dikaji. Pada peta lakar tersebut perludimasukkan lokasi titik-titik bagi pengukuran parameter cuaca, iaitu sekurang-kurangnya satu titik di setiap kawasan yang berlainan persekitaran dan pola gunatanahnya.

    2. Merekodkan parameter cuaca menggunakan alat yang yang telah ditetapkan,umpamanya suhu basah dan suhu kering dengan menggunakan higrometer putar danhalaju angin menggunakan cup anemometer. Kerja-kerja tersebut hendaklahdilakukan untuk setiap titik atau stesen yang telah ditetapkan serta dilakukanmengikut jarak masa yang sesuai, umpamanya setiap setengah jam atau satu jamsekali.

    3. Semasa mencerap parameter cuaca tersebut, keadaan cuaca semasa (contohnyalitupan awan, tiupan angin dan sebagainya) perlu direkodkan/dicatatkan. Perkara inipenting untuk membantu penganalisisan untuk penulisan laporan.

    4. Sekiranya mencerap suhu di kawasan berpokok, ketinggian pokok serta bahagian bawah kanopi perlu diukur dengan menggunakan alat aras Abney atau klinometerSuunto dengan jarak diukur menggunakan pita ukur. Sudut ketinggian serta jarakdaripada titik pengukuran kepada bahagian tengah pangkal pokok akanmembolehkan ketinggian pokok serta bahagian bawah kanopi dicari, denganmenolak ketinggian aras mata pengukur sudut.

    5. Kelembapan bandingan dapat dikira menggunakan data suhu kering dan suhubasah melalui jadual pertukaran yang dibekalkan bersama higrometer putar.

    5. Segala perkara lain yang berkaitan dengan tapak kawasan, umpamanya cerun,tanih atau batuan, keadaan persekitarannya juga perlu dicatatkan bagi membantudalam penganalisisan dan penyediaan laporan.

    6. Sebarang faktor yang dianggap mempengaruhi parameter cuaca yang diceraphendaklah dicatatkan, umpamanya pengaruh lalu lintas, pengaruh kepadatanbangunan, pengaruh litupan bumi dan badan air.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    56/223

    Penentuan lokasi, peta kawasan kajian dan peralatan perlu dilakukan dan diselesaikan dibilik darjah atau di makmal terlebih dahulu sebelum guru dan pelajar-pelajar bolehmelakukan kajian luar. Selain dari tajuk, guru, bila perlu, hendaklah menjelaskan jugakepada pelajar sebarang teori yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

    Kajian Luar Sistem Hidrologi

    Pengenalan

    1. Kajian luar sistem hidrologi berkait dengan air. Oleh itu berbagai aspek air dansumber air boleh diperhati, diukur, dinilai, ditafsir, dianalisa, dipeta, dan dilaporkandalam kajian luar. Misalnya, aspek-aspek hidrologi yang lazim dipertimbangkan ialahbekalan air, penawaran dan permintaan air, penggunaan air hujan, pengukuran jumlahhujan, imbangan air, penilaian dan pengukuran sumber-sumber air (sungai, telaga, tasik,air bawah tanah), pengukuran kualiti air, kajian bencana air (banjir, kemarau,

    pencemaran), dan lain-lain.2. Hidrologi merupakan salah satu komponen penting dalam geografi fizikal. Kajianluar hidrologi yang berkenaan dengan aspek-aspek hidrologi tersebut lazimnya dijalankanmenurut urutan kerja berikut: penilaian, penafsiran, penganalisan, pengukuran, pemetaandan penulisan laporan. Namun, bukan semuanya kerja tersebut harus dilakukan secaramenyeluruh. Guru boleh membahagikan kerja tertentu kepada pelajar tertentu supayasetengah pelajar berfokus kepada hanya satu atau dua aspek kerja lapangan.

    3. Penulisan laporan hidrologi juga boleh berfokus kepada satu atau dua aspek kerjalapangan tersebut. Tujuan utama dalam kerja lapangan hidrologi ialah bahawa teori-teori

    hidrologi yang dipelajari di dalam bilik darjah dimantapkan lagi melalui kerjapraktikal berkenaan.

    4. Melalui kerja lapangan, diharapkan bahawa pelajar dapat mengalami secaralangsung aspek-aspek hidrologi dan ini akan meningkatkan lagi pemahaman pelajartentang aspek-aspek tersebut dalm alam sekitar geografi fizikal. Namun, kajianlapangan hidrologi bukan sahaja berfokus kepada aspek-aspek fizikal hidrologi tetapijuga merangkumi kajian terhadap bagaimana aspek-aspek tersebut saling berkaitandengan masyarakat manusia.

    Tujuan

    Objektif kajian luar hidrologi adalah untuk membolehkan pelajar;

    1. membuat perbandingan antara teori-teori hidrologi yang dibelajari di bilik darjahdengan realiti di alam nyata melalui pemerhatian dan kerja praktikal di lapangan.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    57/223

    2. mendapat pengalaman dan kemahiran untuk mengumpulkan maklumathidrologi (primer dan sekunder) melalui pengukuran parameter hidrologi di lapangandan mengutip maklumat hidrologi daripada pelbagai sumber,

    3. mendapat kemahiran untuk memperoleh data dan maklumat melalui pemerhatian,

    pencerapan, pengukuran, soal selidik, dan temu bual di lapangan khasnya dalam bidanghidrologi.

    4. mendapat kemahiran untuk menganalisis data hidrologi dan maklumat hidrologiyang diperolehi di lapangan, dan menggambarkannya dalam bentuk jadual khas dangambar rajah khas dalam bidang hidrologi (graf, carta, dan peta) dan menulis laporan;dan

    5. Untuk mengukur jumlah hujan, jumlah sejatan, keratan rentas, halaju dan luahansungai.

    6. Untuk meninjau dan mengesan intensiti serta kekerapan kejadian banjir dankemarau di sesuatu kawasan yang dipilih.

    7. Untuk mengesan kerugian serta kemusnahan yang dialami.

    8. Untuk mengaitkan kejadian-kejadian banjir dan kemarau dengan keadaancurahan hujan serta luahan air sungai berdasarkan maklumat yang diperolehi dilapangan dengan data yang diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan.

    Lokasi Kajian

    1. Pemilihan kawasan dan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarakdari sekolah kerana ini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan.Sebaik-baiknya perjalanan pergi dan balik dari lokasi itu tidak memakan masa lebihdaripada 2 jam.

    2. Dengan itu, pelajar akan mempunyai masa sekurang-kurangnya 6 jam berada dilapangan untuk melakukan kajian luar. Semasa melaksanakan kajian luar, pelajarseharusnya dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk memudahkan merekamenjalankan kajian, dan memudahkan guru mengawasi dan menjaga keselamatanmereka.

    3. Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut (walaupun tidak semestinya dihadkan kepada hanya kawasan-kawasan inisahaja):

    (i) Luar Bandar (kampung, kampung baru, pekan kecil)(ii) Bandar (iii) Perumahan

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    58/223

    (iv) Sekolah(v) Industri(vi) Pertanian(vii) Kawasan yang mengalami bencana hidrologi seperti banjir, kemarau,

    pencemaran air, krisis air, dan lain-lain

    (viii) Sungai, tasik, kolam, paya dan badan-badan air yang lain(ix) Mana-mana kawasan lain yang berkait dengan hidrologi atau air

    3. Untuk kajian banjir/kemarau, penentuan kawasan kajian adalah berdasarkanpengetahuan dan maklumat sedia ada tentang kejadian-kejadian banjir atau kemarautempat tersebut. Kawasan yang dipilih mungkin merupakan kawasan petempatan di luarbandar atau pun kawasan di bandar.

    Topik dan tema kajian

    1. Kajian luar berkaitan sistemi hidrologi boleh dijalankan di dalam salah satu topik berikut (walaupun tidak semestinya dihadkan kepada hanya topik-topik yangdisenaraikan di sini sahaja):

    (i) Pengukuran ciri-ciri hidrologi sungai(ii) Bekalan air (iii) Penawaran and permintaan air(iv) Penggunaan air hujan dan cara-cara pengutipannya(v) Penggunaan air alternatif termasuk air hujan, air telaga, air bawah tanah, air

    sungai, air kolam dan lain-lain sumber(vi) Pengukuran jumlah hujan dan keasidan air hujan(vii) Penilaian dan penganalisan hujan berdasarkan data sekunder(viii) Penilaian imbangan air(ix) Penilaian dan pengukuran sumber-sumber air (sungai, telaga, tasik, air bawah

    tanah)(x) Pengukuran dan pengujian kualiti air (sungai, telaga, tasik, air bawah tanah)(xi) Kajian bencana air (banjir, kemarau, pencemaran) dalam aspek luas kawasan

    yang diliputi, penyebab bencana, jenis dan jumlah kerugian, persediaanmenghadapi bencana, dan cara-cara mengawal bencana

    (xii) Lain-lain topik hidrologi.

    Alat-alat Yang Diperlukan

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    59/223

    1. Pengukuran hujan memerlukan tolok hujan. Pengukuran sejatan pula memerlukandulang sejatan. Pengukuran keratan rentas sungai memerlukan peralatan ukur rantai danukur kompas. Ukuran halaju arus sungai pula memerlukan meter arus, tetapi jika tiadaalat ini, metod kasar menentukan masa aliran bola ping pong antara dua poin sepanjang

    sungai boleh dilakukan.2. Untuk melaksanakan kajian luar banjir/kemarau pula tidak memerlukan alat yanghendak digunakan di lapangan. Bagaimanapun, kajian lapangan banjir/kemaraumemerlukan peta topografi kawasan kajian, soal-selidik yang dibentuk sebelum kelapangan, dan maklumat-maklumat rasmi tentang kejadian banjir atau kemarau dikawasan berkenaan serta data tentang hujan.

    3. Pengukuran aspek-aspek fizikal untuk sistem hidrologi di lapangan sekiranyahendak dilakukan memerlukan penggunaan peralatan ukur rantai dan ukur kompas sertaalat-alat yang mahal seperti meter arus untuk mengukur aliran air dalam sungai, tolok

    hujan, dulang sejatan dan sebagainya.4. Bagaimanapun, pengaruh hidrologi terhadap manusia seperti kemarau dan banjirdapat dikesan melalui penggunaan soal-selidik terhadap responden yang biasamengalami masalah tersebut. Untuk memantapkan kajian ini, data-data fizikal hasilpengukuran serta pencerapan jangka panjang dapat digunakan.

    Aktiviti di Lapangan

    Untuk mengukur hujan dan sejatan, aktiviti merekodkan jumlah hujan yang turun danjumlah sejatan dalam sehari dilakukan pada waktu tertentu setiap hari. Untuk mengukur

    keratan rentas, halaju arus dan luahan sungai, kerja-kerja ukur lebar, panjang dan dalamsungai dijalankan. Untuk kajian luar banjir/kemarau, suatu set soal-selidik yang mudahperlu disediakan terlebih dahulu sebelum kajian luar dijalankan.

    1. Membuat pemerhatian dan pencatatan (mengambil nota dan foto) hujan, sejatan ataualam sekitar sungai. Mengukur jumlah hujan atau sejatan. Mengukur lebar, panjangdan dalam sungai. Mengira luas kawasan keratan rentas, halaju arus dan luahansungai.

    2. Mendapatkan responden yang hendak disoal-selidik dan menyoal-selidik merekadalam kajian banjir/kemarau.

    3. Membuat pemerhatian tentang kawasan sekitar, terutamanya berkaitan dengankewujudan sungai, anak-anak sungai dan sistem perparitan, perigi serta kedalamanaras air. Lain-lain perkara yang berkaitan dengan persekitaran tempat kajian jugaperlu direkodkan bagi membantu penganalisisan dan penulisan laporan.

    Menghasilkan laporan kajian luar

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    60/223

    Selepas semua ukuran dan cerapan dilakukan di lapangan, data yang diperolehi perludiproses untuk digunakan sebagai asas menulis laporan. Data digunakan untuk memplotgambarajah, memplot graf, memplot saiz sungai, menjanakan jadual-jadual yang bermakna,dan akhirnya menulis laporan yang menyeluruh mengikut format yang ditetapkanhendaklah ditulis oleh setiap pelajar.. Foto-foto dan peta lakar yang diperolehi di lapangan

    perlu digunakan sebagai bahan dokumentasi dalam laporan.

    Kajian Luar Sistem Ekologi

    Di dalam sistem ekologi penekanan diberikan kepada mengenal pasti komponen asasekosistem, gangguan terhadap ekosistem dan langkah pemeliharaan danpemuliharaannya.

    Tujuan

    Tujuan kajian luar sistem ekologi ialah untuk mengenal pasti/mengukur:

    1. komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem daratan dan air.2. gangguan terhadap ekosistem daratan dan air.3. langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem

    daratan dan air.

    Alat-alat Yang Diperlukan untuk melakukan pengukuran:

    1. Alat aras Abney atau klinometer Suunto.

    2. Pita ukur.3. Termometer4. Higrometer putar

    Lokasi Kajian Luar

    1. Di pinggir pantai yang mempunyai hutan.2. Di pinggir hutan lipor.3. Sekitar tasik, kolam dan paya.

    Aktiviti di Lapangan

    1. Menentukan komponen biotik dan abiotik dalam sesebuah ekosistem.2. Mengukur jarak dengan menggunakan pita ukur.3. Mengenal pasti jenis spesies, taburan, kepadatan flora dan fauna.4. Mengenal pasti fungsi setiap spesies terhadap ekosistem berkenaan.5. Mengukur suhu dan kelembapan udara.6. Mengenal pasti gangguan terhadap ekosistem.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    61/223

    7.3 Contoh Contoh Kajian Luar Yang Dijalankan.

    Kajian Luar Sistem Geomorfologi.

    Contoh : Mengkaji Kecerunan dan Bentuk Bumi di Zon Pinggir Pantai.

    Tajuk Kajian

    Mengkaji Kecerunan dan Bentuk Bumi di Zon Pinggir Pantai di Pulau Pangkor, Perak.

    Kawasan Kajian

    Kajian luar ini dilakukan di Pulau Pangkor, daerah Manjong, Perak. Tiga lokasi pantai disekitar Pulau Pangkor telah dipilih untuk dikaji iaitu Pantai Teluk Nipah, Pantai TelukDalam dan Pantai Sungai Pinang Kecil. Ketiga-tiga kawasan pantai ini terletakbersebelahan antara satu sama lain.

    Objektif Kajian:

    Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

    Mengukur kecerunan pantai di stesyen/poin-poin tertentu. Mengenalpasti bentuk muka bumi/rupamuka fizikal yang terdapat di kawasan

    kajian. Menghuraikan proses pembentukan bentuk muka bumi tersebut. Menjelaskan kepentingan bentuk muka bumi kepada aktiviti ekonomi penduduk

    setempat.

    Kaedah Kajian

    Kajian luar ini dilaksanakan melalui tiga kaedah berikut:

    1. Pengukuran. Mengukur kecerunan pantai di beberapa stesyen dan melukis profilrentas zon pinggir pantai berkenaan.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    62/223

    2. Pemerhatian dan pencerapan. Pemerhatian dan pencerapan di lapangan dijalankanbagi mengenalpasti bentuk muka bumi yang tedapat.

    3. Temubual dan kaji selidik terhadap pengusaha pelancongan dan para pelancong.

    Peralatan yang digunakan:

    Antara peralatan yang digunakan ialah:

    1. Alat aras automatik yang mempunyai tripod, staf ukur aras atau staf bersenggatdalam unit meter, pita ukur, pancang jajar yang digunakan untuk mengukur cerun pantai.(Sila lihat gambar peralatan di bawah) Selain itu kamera digital, kalkulator, alat tulisdan buku catatan.

    Gambar: Peralatan yang digunakan dalam pengukuran cerun pantai.

    Kaedah Mengukur Kecerunan Pantai:

    Langkah 1: Menentukan poin yang hendak diukur dan melakukan kerjapengarasan. Setelah poin yang hendak diukur ditetapkan, maka alat aras automatik di

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    63/223

    pasang di atas tripod untuk melakukan kerja-kerja pengarasan. Terdapat dua langkahpengarasan yang penting yang perlu dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Iaitu:

    a) Memastikan tiub buih pada alat aras automatik berada pada sudut tepat.b) Memastikan garis kolimatan (garis penglihatan mendatar) dapat dilihat

    dengan jelas dengan cara membetulkan fokus pada alat aras automatik.Setelah alat ini diaraskan maka ia boleh digunakan untuk mendapatkan bacaan ketinggiansesuatu tempat pada satu rataan mendatar dari mana-mana sudut atau arah. (LihatGambar di sebelah)

    Gambar: Kerja pengarasan dengan menggunakan aras aras automatik.

    Langkah 2: Menggunakan staf ukur aras. Letakkan staf ukur aras ke bahagian cerunyang hendak diukur dan dapatkan bacaan ketinggian cerun tersebut melalui teropong alataras automatik. Sila catatkan bacaan ketinggian yang selari dengan garis kolimatan dalamunit meter. (Lihat gambar di sebelah)

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    64/223

    Gambar: Mengukur ketinggian dengan menggunakan staf ukur aras.

    Langkah 3: Mengukur jarak sebenar di atas permukaan bumi. Jarak sebenardiukur antara pusat tripod dengan staf ukur aras. Kerja-kerja mengukur jarak memerlukandua langkah berikut;

    a) Menyelaraskan pancang jajar pada setiap 20 meter antara tripod denganstaf ukur aras.

    b) Mengukur jarak dengan menggunakan pita ukur antara pusat tripoddengan staf ukur aras melalui pancang jajar yang telah diselaraskan. Sila

    catatkan jarak dalam unit meter.

    (Sila lihat gambar di sebelah)

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    65/223

    Gambar: Mengukur jarak dan kerja penyelarasan pancang jajar.

    Langkah 4: Mengira kecerunan dengan menggunakan salah satu hukum trigonometri.Nilai kecerunan yang dikira boleh diberikan dalam bentuk sudut, peratus dan nisbah.

    Dapatan kajian:

    a) Rupamuka fizikal yang terdapat di kawasan kajian danmenjelaskan proses pembentukannya.

    Terdapat tiga bentuk bumi/rupamuka fizikal yang ada di kawasan kajian iaitu;

    i) Teluk dan tanjung.ii) Pantai berpasir.iii) Beting pasir muka teluk.

    i) Teluk dan tanjung.

    1. Terdapat dua kawasan teluk yang dikaji yang terletak bersebelahan antara satusama lain iaitu Teluk Nipah dan Teluk Dalam. Ke dua-dua bentuk bumi ini terhasil akibatproses hakisan ombak ke atas geologi yang berlainan yang berkedudukan selang-seliantara keras dengan lembut.

  • 8/9/2019 Modul Pengajaran dan Pembelajaran: Geografi STPM

    66/223

    2. Kadar hakisan ombak samada secara geselan, lagaan, hidraulik dan larutan adalahlebih tinggi ke atas batuan lembut (batu pasir) yang menyebabkan terbentuknya telukmanakala kadar hakisan ombak kurang berkesan ke atas batuan keras (batu granit) yangmenyebabkan batuan tersebut berdiri sebagai bonjolan batuan keras menganjur ke laut

    yang dinamakan sebagai tanjung.ii) Pantai berpasir.

    1. Sebenarnya di kawasan yang berteluk wujudnya pantai berpasir. Kewujudan pantai berpasir dikaitkan dengan pr