modul cemerlang stpm (geografi)

Upload: haralhaj

Post on 14-Apr-2018

659 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    1/75

    942/1 ALAM SEKITAR FIZIKAL

    TEMA : SISTEM GEOMORFOLOGI

    NOTA RINGKAS

    A) LEMBANGAN SALIRAN

    Pada penghujung topik ini, murid dapat :

    1. Memberi makna lembangan saliran.2. Dapat mengira kepadatan saliran.

    Konsep Hu raian

    Lembangan Salir an Merupakan kawasan tadahan sesuatu sungai disempadani legeh.

    Kepadatan Sali ran Formula : Jumlah panjang sungai

    Keluasan lembangan saliran

    *Kira jumlah panjang semua sungai atas peta topografi

    *Kira keluasan kawasan lembangan salirangunakan kaedah petak

    B) HAKISAN

    Pada penghujung topik ini, murid dapat :

    1. Mentakrifkan makna hakisan dan membezakan hakisan permukaan dan hakisan dalam alur.2. Menghuraikan jenis-jenis dan cara-cara hakisan serta bentuk muka bumi yang terhasil.3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tindakan hakisan dalam alur.

    Konsep/Tajuk Huraian

    Hakisan Proses penghausan atau pengukiran muka bumi dengan pemindahankeluar oleh agen-agen seperti air mengalir dan ombak.

    HAKISAN PERMUKAAN

    Hakisan permukaan Proses penghausan atau pengukiran muka bumi yang berlaku kerana

    pergerakan air di permukaan sebelum masuk ke dalam alur.

    JENIS

    1. Percikan huj an Pencungkilan tanah di muka bumi yang disebabkan daya yang wujud

    dari titisan hujan. Pencungkilan tanah ini boleh menghakiskan

    permukaan dengan menghasilkan banyak lekukan.

    2. Kepingan/Meluas Kepingan tanah yang terhakis di permukaan yang homogen oleh larian

    permukaan.

    3. Gali r Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur

    yang kecil . Bahanbahan peroi diangkut bersama aliran air dan iniakan menambahkan hakisan permukaan cerun.

    4.Galur Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur

    yang besar. Tenaga kinetik wujud apabila air bergerak dari atas cerun

    bersama bahan-bahan peroi ke bawah cerun..

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    2/75

    HAKISAN DALAM ALUR

    Konsep/Tajuk Huraian

    I. JENIS

    1. Mendalam Hakisan oleh tindakan sungai ke dasar. Biasanya berlku di bahagian

    hulu sungai kerana air mengalir dengan deras di bahagian hulu sungai

    menyebabkan hakisan menegak bertindak di dasar alur sungai dan

    membentuk lurah yang sempit dan dalam dengan tebing yang curam

    dinamakan lurah V.

    2. Melebar Hakisan oleh tindakan sungai ke tebing/sisi. Hakisan berlaku pada

    sungai yang tidak begitu curam tetapi isi padu air yang semakin

    banyak. Hakisan ini amat berkesan terutama apabila berlaku banjir.

    3. Mengundur /

    Memanjang

    Hakisan oleh tindakan sungai di hulu atau di bahagian hilir semasa

    kejatuhan aras laut/ proses balik muda. Secara umumnya berlaku di

    bahagian hulu sungai dan bahagian-bahagian yang tidak mempunyai

    mempunyai ketidakrataan dasar.

    II. CARA

    1. H idraul Kuasa pencungkilan tanah dalam alur oleh kuasa air mengalir itu

    sendiri tanpa bantuan beban. Tenaga kinetik yang terhasil daripada

    aliran sungai itu berupaya menjalankan kerja hakisan.

    2. Geseran/lelasan Hakisan terhadap tebing dan dasar secara dilelas oleh beban yang

    dibawa dalam sungai. Apabila sungai mengalir dengan membawa

    bersama beban seperti batu kelikir atau pasir , beban itu akan bergeser

    dan menghakis pada permukaan alur yang dilaluinya.

    3. Lagaan Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh sungai apabila

    beban-beban itu berlaga antara satu sama lain. Beban yang dibawa

    adalah berlainan saiz dan bentuk maka kelajuannya juga berbeza

    semasa bergerak ini akan menyebabkan perlangggaran dan akhirnya

    terhakis.

    4. Larutan Hakisan dalam alur yang berlaku apabila tanah dalam alur itu terlarutapabila air sungai mengalir terutamanya di kawasan batu kapur atau

    kawasan tanah liat.

    III. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN

    1. Halaju air Semakin deras /laju aliran air tenaga kinetik yang terhasil juga tinggi.

    Keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi maka kadar hakisan

    meningkat.

    2. Kecerunan Semakin curam sesuatu cerun tindakan daya graviti juga tinggi maka

    halaju sungai juga akan tinggi . Ini meningkatkan tenaga kinetik maka

    kadar hakisan meningkat.

    .

    3. Bentuk alur /Geometri sungai

    Bentuk alur sungai yang semakin lurus akan melancarkan aliran sungaiini akan meningkatkan kadar hakisan kerana tiada halangan yang boleh

    menyekat kederasan aliran sungai.

    Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat.

    4. Jenis batuan Kawasan yang diliputi batuan yang keras seperti batuan igneus yang

    tahan terhadap hakisan akan mengurangkan kadar hakisan. Kawasan

    batu kapur yang lebih lembut lebih mudah dihakis maka kadar hakisan

    meningkat.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    3/75

    5. Bahan Muatan Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan secara lelasan

    akan meningkat.

    IV.BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI

    1. Air terju n Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah gradien secara

    tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur

    tersebut.

    2.Jeram Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di dasar terhadap

    batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras yang

    tertonjol membentuk jeram di dasar sungai.

    3. Lubuk sungai Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap batuan yang

    merekah atau lembut di dasar sungai.

    C) PENGANGKUTAN

    Pada penghujung topik ini murid boleh :

    1. Memberi takrif proses pengangkutan secara umum.

    2. Menerangkan cara-cara pengangkutan sungai

    3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan sungai .

    Konsep/Tajuk Huraian

    Pengangkutan Pemindahan bahan-bahan terluluhawa/terhakis dari satu tempat ke

    tempat yang lain oleh agen seperti air mengalir,sungai dan ombak.

    PENGANGKUTAN SUNGAII. CARA PENGANGKUTAN SUNGAI

    1. Golekan Bahanbahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar sungai.

    2. Loncatan/seltasi Butiran-butiran batuan yang kecil seperti batu lada dan pasir kasar

    yang dijulangkan oleh arus sungai sebelum jatuh semula akibat tarikan

    graviti dalam alur.

    3. Ampaian Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan

    kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam air.

    4. Apungan Bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan yang rendah di angkut di

    permukaan air secara terapung-apung.

    5. Larutan Batuan yang bersifat larut dalam air seperti batu kapur dan garam

    batuan akan terlarut dalam sungai dan diangkut dalam bentuk larutan.

    II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI

    1. Isipadu Semakin banyak isipadu air semakin tinggi kadar pengangkutan sungai,

    contohnya semasa banjir isipadu air bertambah dengan ini daya

    mengangkut juga meningkat.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    4/75

    2. Saiz bahan Saiz bahan akan menentukan cara pengangkutan. Batuan yang berat

    dan besar akan digerakkan secara golekan, yang sederhana secara

    loncatan dan saiz halus secara ampaian.

    3. Cerun Semakin curam sesuatu cerun semakin tinggi halaju aliran sungai maka

    kuasa mengangkut dan kadar pengangkutan juga tinggi.

    4. Halangan Halangan seperti akar atau binaan di sepanjang sungai akanmenyebabkan kadar pengangkutan sungai rendah kerana kuasa

    mengangkut akan tersekat.

    5. Bentuk A lur Alur berbentuk V, tumpuan tenaga yang kuat di dasar maka kadar

    pengangkutan secara loncatan tinggi, alur berbentuk U tumpuan

    tenaga berkurangan pengangkutan cara ampaian dan apungan banyak

    berlaku.

    D) PEMENDAPAN

    Pada penghujung topik ini murid boleh :

    1. Memberi takrif proses pemendapan secara umum.

    2. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemendapan sungai serta

    bentuk muka bumi yang terhasil.

    Konsep/tajuk Huraian

    Pemendapan Proses yang berlaku apabila bahan - bahan muatan menjadi pegun,

    terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti air mengalir,

    sungai dan ombak.

    PEMENDAPAN SUNGAII. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI

    1. Isipadu Peningkatan isipadu air, kadar pemendapan juga meningkat di bahagian

    tebing sungai.

    2. Bahan muatan Jumlah bahan muatan yang banyak - menyebabkan keupayaan

    mengangkut berkurangan dan kadar pemendapan meningkat.

    3. Kecerunan Semakin curam alur kadar pemendapan berkurangan, semakin landai

    alur kadar pemendapan akan meningkat.

    4. Bentuk al ur Kadar pemendapan tinggi di bahagian cembung sungai kerana kuasa

    mengangkut terhalang.

    5. Halangan Semakin banyak halangan seperti akar pokok atau binaan kadar

    pemendapan akan bertambah kerana proses pengangkutan terhalang.

    II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI

    1. Dataran Banjir /

    Mendap

    Bentuk muka bumi yang terhasil di tebing sungai akibat longgokan

    bahan-bahan yang termendap akibat limpahan air sungai di kedua-dua

    belah tebing sungai.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    5/75

    2. Tasik Ladam Hakisan berterusan di bahagian cekung sungai dan pemendapan yang

    berterusan di bahagian cembung sungai boleh menyebabkan likuan

    sungai terpenggal dan akhirnya menjadi tasik ladam.

    3. Tetambak Berlaku terutamanya selepas kejadian banjair. Longgokan bahan-bahan

    yang lebih kasar di bahagian tebing sungai semasa limpahan sungai

    berlaku.

    CONTOHCONTOH SOALAN HASIL TINDAKAN SUNGAI

    1. a) Apakah yang dimaksudkan profil rentassungaidan profi l panjang sungai? [5]

    PROFIL

    RENTAS SUNGAI

    Bentuk sungai yang dilihat dari tebing ke tebing sesebuah sungai

    dan dilihat dari pandang depan.

    PROFIL PANJANG

    SUNGAI

    Bentuk sungai yang dilihat dari hulu ke hilir sesebuah sungai dan

    dilihat dari pandang sisi.

    b) Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju sungai . [10]

    Isi Huraian

    1. Kecerunan Semakin curam - halaju semakin tinggi.

    2. Halangan Halangan seperti tumbuhan atau binaan akan memperlahankan

    halaju.

    3. Isipadu Hujan yang lebat meningkatkan isipadu dan halaju air meningkat.

    4. Beban Jumlah beban yang banyak akan mengurangkan halaju air.

    5. Bentuk alur Aliran sungai yang lurus meningkatkan halaju air

    c) Jelaskan kesan proses pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia. [10]

    Kesan/bentuk Aktiviti

    1.Dataran mendap Pertaniantanih alluviumsubur.

    Akuakultur- buat kolam ikan .

    2. Tasik Ladam Akuakulturternak ikan dalam sangkar.

    Rekreasiaktiviti air seperti kayak, memancing.

    3. Tetambak Petempatanuntuk mendirikan rumahbebas banjir.Pengangkutanbina jalan rayabebas banjir.

    4. Delta Pertaniantanih alluviumsubur - padi, kelapa.

    5. Beting pasir Perlombonganpasir

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    6/75

    2. a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan sali ran. [3]

    __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

    ii) Tunjukkan bagaimana kepadatan saliran dikira. [4]

    __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

    b) Mengapakah kepadatan saliran berbeza-beza antara satu lembangan denganlembangan yang lain. [8]

    Faktor/Isi Huraian

    1. Hujan/I sipadu Hujan yang lebat meningkatkan pembentukan alur-alur sungai.Kepadatan sungai tinggi

    2.Tanah rata/buki t

    bukau.

    Kawasan yang berbukit bukau menghasilkan banyak alur-alur

    sungai menuruni cerun- kepadatan tinggi. Tanah pamah

    menghadkan pembentukan alurkepadatan rendah.

    3. L itupan

    tumbuhan

    Tumbuhan yang padat mengurangkan larian permukaan ,

    meningkatkan resapankepadatan rendah.

    4. Kekerasan

    batuan

    Batuan yang keras sukar dihakiskepadatan rendah

    Batu yang telap air resapan tinggi - kepadatan rendah

    Batu yang lembut mudah terhakiskepadatan tinggi.

    c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengubah kepadatan saliran di sesuatu kawasan.[10]

    Aktiviti Huraian

    1. Pertanian Pembinaan parit /terusankepadatan meningkat

    2. Pembalakan Pendedahan permukaan bumimeningkatkan pembentukan alurkepadatan meningkat.

    3. Per lombongan Mewujudkan tasik/takungan air timbus sungai kepadatanmenurun

    4. Empangan Alur sungai tenggelamkepadatan rendah

    5. Kerj a melur us

    sungai

    Alur sungai menjadi pendek -kepadatan rendah.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    7/75

    PINGGIR PANTAI

    KONSEP HURAIAN

    1.Pinggir pantai Meliputi kawasan yang mengandungi pesisir pantai, perairan pinggir

    laut dan kawasan pesisir belakang yang mengalami pengaruh laut. Ia

    merupakan zon yang berada antara aras surut yang rendah dan aras

    pasang yang luar biasa dan juga ombak ribut.

    2. Profil Pantai

    Seimbang

    Cerun pantai yang mengandungi bahan yang telah dipindahkan dan

    tidak pula kengalami kehilangan bahan yang terlalu banyak iaitu

    apabila kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama.

    PROSES PROSES DI PINGGIR PANTAI

    Pada penghujung topik ini, murid dapat :

    1. Menghuraikan cara-cara hakisan pinggir pantai.2. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan , pengangkutan dan pemendapan pinggir

    pantai3. Menerangkan bentuk muka bumi yang terhasil akibat tindakan ombak.4. Menghuraikan langkah-langkah untuk mengawal hakisan ombak

    A) HAKISAN PINGGIR PANTAI

    Konsep/Tajuk Huraian

    I. CARA

    1. H idraul Pemampatan dan perlepasan tekanan udara terhadap dinding rekahan

    di tebing akibat damparan dan unduran ombak.

    2. Geseran/lelasan Hakisan terhadap tebing dan dasar laut akibat dilelas oleh beban yang

    dibawa dalam laut.

    3. Lagaan Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh ombak apabila

    beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.

    4. Larutan Hakisan yang berlaku apabila dinding tebing terlarut akibat terkena air

    laut. Misalnya kawasan batu kapur.

    II. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN

    1. Jenis Ombak i. Ombak pembinasa- kadar hakisan tinggi

    - damparan yang kuat dan unduran yang kuat.

    - puncak ombak tinggi jarak ombak pendek.

    ii .Ombak pembinakadar hakisan rendah

    - damparan yang kuat tapi unduran yang rendah- puncak ombak rendah jarak ombak panjang

    2. Jenis Arus i. Ar us seretmembawa bahan-bahan dari pinggir pantai ke luar

    melalui bahagian sebelah bawah air lauthakisan meningkat

    ii . Arus tempurmembawa bahan-bahan dari pinggir pantai yang

    berteluk ke luar pantaihakisan meningkat.

    ii i. Arus pesisir pantaiterbentuk oleh ombak yang datang ke

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    8/75

    pantai secara menyerong. Sebahagian daripada tenaga dan

    lajakan ombak akan berubah haluan dan menyusuri sepanjang

    pantai.melengkapkan proses hakisan.

    3. Cerun pantai Pantai yang curam menyebabkan ombak pecah berhampiran dengan

    pesisiran pantaitenaga ombak tinggihakisan meningkat.

    4. Jenis batuan Batu yang keras seperti granit dan gabro tahan terhadap hakisan kadar hakisan rendah.

    5. Tumbuhan Tumbuhan seperti bakaumelindungi pantaimengurangkan hakisan.

    III. BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN DI PINGGIR PANTAI

    1. Tebing t inggi Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul

    pada rekahan di tebing.

    2. Batu bonjol/ batu

    mandi

    Gerbang laut yang telah runtuh dan dihakis berterusan oleh ombak

    meninggalkan batu bonjol/sisa/mandi yang mungkin dilihat semasa air

    surut.

    3 Teluk dan tanjung Terhasil apabila ombak menghakis pada daratan yang mempunyaikekerasan batuan yang berbeza. Batuan keras yang tahan terhadap

    hakisan akan menganjur ke laut membentuk tanjung dan batuan lembut

    yang terhakis akan membentuk satu lekukan menjadi teluk.

    IV. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI

    1. Tembok batu Timbunan batu di tebing pinggir pantai untuk mengelakkan ombak

    memecah pada tebing pantai.

    2. Tembok pemecah

    Ombak

    Dibina di luar pantai untuk memecahkan ombak dan mengurangkan

    kelajuan ombak sebelum sampai ke pantai.

    3. Pembinaan groin Menyekat pergerakan arus pesisir dari membawa bahan mendak yang

    telah dihakis oleh ombak dari diangkut ke tempat-tempat lain.

    4. Tumbuhan Pokok bakau ditanam untuk mengurangkan kuasa ombak dan

    melindungi pantai.

    5. Undang-undang Mengenakan denda yang berat kepada mereka yang menjalankan

    pembalakan secara haram terhadap pokok bakau.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    9/75

    B) PENGANGKUTAN

    I. CARA PENGANGKUTAN OMBAK

    1. Golekan Bahan bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar lautoleh ombak

    2. Hanyutan pesisir

    pantai

    Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir selari dengan pantai.

    3. Ampaian Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan

    kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut.

    4. Seretan Bahan-bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar

    pantai oleh arus seret.

    II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN OMBAK

    1. Tenaga arus Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat yang lebih

    jauh.

    2. Saiz bahan Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar pengangkutan

    menjadi lemah.

    3. Orientasi pantai Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses

    pengangkutan

    4. Halangan Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.

    5. Tenaga ombak Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan unduran

    ombak menarik balik setengah daripada bahan tersebut.

    Ombak yang serong mengangkut bahan di sepanjang pantai

    Jika tenaga ombak hilang, proses pengangkutan terhenti.

    C) PEMENDAPAN DI PINGGIR PANTAI

    I FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI1. Tenaga ombak Ombak pembina akan menggalakkan proses pemendapan.

    2. Bahan muatan Bahan muatan dari daratan dan laut akan meningkatkan proses

    pemendapan.

    3. Angin Menggalakkan pemendapan bahan-bahan di bahagian belakang pinggir

    pantai contohnya dune.

    4. Orientasi pantai Pantai yang landai dan terlindung akan menggalakkan proses

    pemendapan.

    5. Halangan Pokok dan binaan seperti groin dan tembok pemecah ombak

    menggalakkan pemendapan di bahagian belakang halangan.II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

    1. Pantai Longgokan bahan-bahan peroi seperti pasir, kelodak yang terdapat

    memanjang antara takat air surut paling rendah dan takat yang paling

    tinggi dicapai ombak ribut.

    2. Anak tanjung Satu beting pasir dengan pangkalnya bersambung di daratan dan

    hujungnya menganjur ke laut. Ia terhasil melalui lanjutan hanyutan

    pesisir.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    10/75

    3. Beting luar pantai Beting luar pantai (off-shore) terbentuk selari dengan garisan pantai .

    Terbentuk melalui tindakan ombak yang menyeret bahan-bahan dari

    laut ke arah pantai. Bahan-bahan tersebut dimendapkan di zon ombak

    pecah.

    CONTOH-CONTOH SOALAN TINDAKAN OMBAK.

    1. a) Terangkan secara ringkas arus pesisir pantai. [5]

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    b) Jelaskan mengapa berlakunya perubahan terhadap garis pantai di sesuatu

    kawasan. [10]

    Faktor Huraian

    1. Tenaga ombak

    2. Tenaga arus

    3. Halangan

    4. Angin

    5. Orientasi pantai Jika pantai itu terlindung garis pantai lebih stabil iaitu tidak

    banyak perubahan. Jika pantai itu terdedah garis pantai sentiasa

    berubah kerana pantai terdedah kepada tindakan ombak.

    c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan hakisan ombak.[10]

    Langkah Huraian

    1. Tembok batu

    2. Groin

    3. Tumbuhan

    4. Tembok pemecah

    Ombak

    5. Undang-undang

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    11/75

    2. a) Apakah yang dimaksudkan ombak pecah? [5]

    Ombak pecah berlaku apabila ombak memasuki kawasan air cetek. Dasar alunan ombak mencecah

    dasar pantai menyebabkan puncak ombak itu pecah kerana daya geseran di dasarnya..

    b) Terangkan tiga bentuk muka bumi hasil proses pemendapan ombak. [10]

    Bentuk Proses

    1. Pantai

    2. Beting

    3. Anak tanjung

    c) Huraikan aktiviti yang mencemarkan kawasan pinggir pantai. [10]

    Aktiviti Huraian

    1. Pengambil an pasir

    pantai

    2. Pengangkutan

    3. Pelancongan

    4. Pembinaan/

    Penambakan

    5. Peri kanan/

    Akuakultur

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    12/75

    SOALAN GEOMORFOLOGI

    CONTOH SOALAN TAMBAHAN :

    1. a) Jelaskan secara ringkas jenis-jenis sistem gunung lipat di dunia. [5]

    Jenis Huraian

    Gunung li pat tua kalidonia Terbentuk lebih 350juta tahun dahulu. Meliputi kawasan

    di benua Eropah barat.

    Gunung lipat tua hercynia Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan tanah

    tinggi Appalachian ,banjaran pemisah Australia.

    Gunung lipat muda alps-

    himalaya

    Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan sekitar

    mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar Malaysia.

    Gunung li pat muda lingkaran

    pasifik

    Terbentuk lebih kurang 35 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan

    dari Amerika Selatan sehingga ke Alaska sehingga ke Jepun dan

    Filipina

    b) Terangkan proses pembentukan lipatan kerak bumi. [10]

    Tajuk Huraian

    Punca tenaga arus perolakan

    lapisan mantel

    Arus perolakan dalam mantel akan menghasilkan daya mampatan

    dan daya tarikan ke dalam bumi apabila sel-sel perolakan

    bertemu dan bergerak ke bawah. Daya ini akan memampatkan

    kerak bumi sehingga menghasilkan kedutan.

    .

    Pertembungan antara plat

    benua.

    Pertembungan antara plat benua akan menyebabkan salah satu

    plat termusnah dan satu lagi akan terjulang ke atas membentukkawasan gunung lipat. Contohnya apabila plat India bertembung

    dengan plat Eurasia membentuk banjaran Himalaya.

    c) Huraikan kepentingan tanah tinggi terhadap alam sekitar. [10]

    ALAM SEKITAR FIZIKAL

    Punca ali ran air /sungai Tanah tinggi merupakan legeh yang menjadi punca bagi sistem

    saliran. Juga memisahkan satu lembangan saliran dengan satu

    lembangan saliran yang lain.

    Suhu Pertambahan ketinggian akan menyebabkan penurunan suhu disesuatu kawasan . Oleh itu di kawasan tanah tinggi suhunya

    rendah.

    Kepelbagaian tumbuhan Kawasan tanah tinggi akan mempengaruhi jenis dan taburan

    tumbuhan mengikut ketinggian.

    Proses Geomorfologi Tanah tinggi meningkatkan proses pergerakan jisim terutama di

    kawasan yang gondol kerana kawasan tanah tinggi merupakan

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    13/75

    kawasan yang bercerun.

    Halangan angin / li ndungan Kawasan tanah tinggi akan menghalang tiupan angin dengan ini

    melambatkan kelajuan angin. Kawasan tanah tinggi yang

    menghadap angin lembap akan menyebabkan hujan bukit dan

    mewujudkan kawasan lindungan hujan.

    ALAM SEKITAR MANUSIAPertanian Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa sederhana

    seperti sayuran, buah-buahan dan teh. Contoh : Cameron

    Highland

    Pelancongan Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang nyaman akan

    menarik pelancong. Contoh : Genting Highland , Gunung

    Kinabalu.

    Tadahan air /empangan/ KHE Kawasan tanah tinggi sesuai dijadikan kawasan tadahan air dan

    empangan yang boleh menjana hidroelektrik seperti Empangan

    Kenyir.

    Sempadan polit ik Kawasan tanah tinggi juga boleh dijadikan sempadan politik yangmemisahkan sesuatu negeri atau negara. Contoh : Banjaran

    Himalaya memisahkan Tibet dengan Nepal.

    Komunikasi Tanah tinggi sesuai dibina stesen pemancar dan rumah api.

    Contoh di puncak Gunung Ledang.

    2. a) Apakah yang dimaksudkan luluhawa dalaman. [5]

    Luluhawa dalaman ialah penguraian batuan oleh tindakan kimia secara insitu di

    bawah permukaan bumi . I a berti ndak secara mendalam. I a dominan di kawasan

    tropika lembap dan menghasil kan regoli t yang tebal.

    b) Huraikan faktor yang mempengaruhi kadar luluhawa dalaman di sesuatu kawasan [10]

    FAKTOR HURAIAN

    Hujan Semakin banyak hujan yang diterima kadar luluhawa dalaman

    meningkat. Jumlah hujan yang banyak menggalakkan tindakan

    kimia .Contoh di kawasan tropika lembap yang hujannya melebihi

    2000mm sepanjang tahun menghasilkan regolit yang tebal.

    Tumbuhan Semakin banyak tumbuhan kadar luluhawa dalaman meningkat.

    Reputan tumbuhan membantu dalam menguraikan batuan

    melalui tindakan asid biotic (proses chelasi). Tumbuhan juga

    menggalakkan susupan air ke dalam tanah.

    Kecerunan Semakin landai sesuatu permukaan semakin tinggi kadar

    luluhawa dalaman. Kerana cerun yang landai akan meningkatkan

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    14/75

    kadar penyusupan air .

    Jenis batuan Batuan yang mengandungi mineral yang mudah terluluhawa

    seperti besi dan feldspar kadar luluhawa dalaman tinggi.

    Kestabilan tektonik Semakin kurang gangguan tektonik di sesuatu kawasan semakintinggi kadar luluhawa dalaman. Tindakan luluhawa ke dalam

    tidak terganggu dan bahan regolit yang terhasil tidak dipindah

    keluar. Ini akan menghasilkan regolit yang tebal.

    c) Huraikan pengaruh luluhawa terhadap kehidupan manusia. [10]

    ISI HURAIAN

    Pertanian Tindakan luluhawa menghasilkan regolit . Ini memudahkan

    aktiviti bercuck tanam.

    Pelancongan Tindakan luluhawa menghasil pandang darat kars (gua batu

    kapur) yang menarik . Ini boleh menarik pelancong.

    Sumber mineral Tindakan luluhawa menghasilkan mineral seperti garam batu,

    timah alluvium menggalakkan aktiviti perlombongan.

    Perindustrian Tindakan luluhawa menghasilkan bahan mentah untuk industri

    seperti tanah liat untuk membuat seramik dan batu bata.

    Pembinaan Tindakan luluhawa menghasilkan bahan binaan seperti pasir .

    Ketebalan regolit yang terhasil menentukan kedalaman

    pemasangan cerucuk dalam pembinaan.

    3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kegagalan cerun? [5m]

    Kegagalan cerun merujuk kepadaketidakstabilan cerun . Cerungagal mengekalkan keseimbangan

    sehingga menyebabkan pergerakan secaraaliran lambat atau aliran cepat. Contohnya seperti berlaku

    kejadian tanah runtuh.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    15/75

    b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan cerun. [10m]

    ISI HURAIAN

    Hujan

    Li tupan tumbuhan

    Jenis batuan

    Gradien

    Gegaran / gempa bumi

    c) Terangkan kesan kegagalan cerun terhadap alam sekitar fizikal [10m]

    ISI HURAIAN

    Imbangan air

    Proses lu luhawa

    Proses Hak isan/penimbusan

    sungai

    Kemusnahan ekosistem/ hutan

    Pencemaran ai r

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    16/75

    942/1 ALAM SEKITAR FIZIKAL

    TEMA : SISTEM ATMOSFERA

    NOTA RINGKAS TOPIK TUMPUAN

    Pada penghujung topik ini, murid dapat :

    1. Menjelaskan konsep atmosfera,sturktur dan kandungan atmosfera.

    2. Menghuraikan konsep imbangan bahangan .

    3. Menjelaskan fakor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu mendatar.

    4. Menghuraikan konsep-konsep kelembapan udara dan proses-proses dalam kelembapan udara.

    5. Membincangkan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia.

    6. Menjelaskan fenomena cuaca dan iklim yang terpilih.

    A) KONSEP ATMOSFERA

    KONSEP HURAIAN

    .Atmosfera Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang

    berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti

    bumi.

    B) STRUKTUR ATMOSFERA

    Struktur Ciri

    Termosfera/ionosfera Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000C.Lapisanpaling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.

    Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen

    dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi.

    Mesosfera Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian

    sehingga -90C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan

    meteor mula terbakar di sini

    Stratosfera Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan

    mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi

    awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan

    meteor memasuki lapisan ini.

    Troposfera Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi.

    Pengurangan suhu 6.5C bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya

    perubahan iklim dan cuaca.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    17/75

    C) KANDUNGAN ATMOSFERA

    KANDUNGAN HURAIAN KESAN

    1. Gas kekal Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen

    ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon

    (0.93%).

    2. Gas berubah Gas yang kandungannya tidak tetap diatmosfera. Contohnya :

    a.Karbon dioksida :

    sentiasa bertambah

    i. memasuki atmosfera melalui tindakan

    organisma hidupan lautan dan

    daratan.

    ii. peningkatan penggunaan bahan api

    fosil oleh manusia

    b.Ozon :

    sentiasa berkurangan

    - melalui kitar fotokimia iaitu

    melibatkan percantuman semuladengan atom oksigen menyebabkan

    kehilangan bersih oksigen ganjil.

    O3+ O = 2O2

    c.Klorofluorokarbon (CFC) :

    sentiasa bertambah

    i. punca: bahan-bahan aerosol, bahan

    penyejuk (freom) , bahan

    pencuci dan penyaman udara

    ii.terlerai dan membebaskan klorin

    yang juga terlibat dalam

    pemusnahan lapisan ozon.

    d.Nitrogen Oksida (NOX)

    sentiasa bertambah

    i. mekanisme biologi di lautan danjuga dalam tanah.

    ii. pembakaran industri, kenderaan,biojisim, dan penggunaan baja

    kimia.

    e.Sulfur dioksida (SO2)

    sentiasa bertambah

    pembakaran arang batu dan minyak serta

    peleburan tembaga.

    Penambahan danpengurangan kumpulan

    gas ini akan

    mempengaruhi :

    i. pencemaran

    udara

    ii.peningkatan gas

    rumah hijau

    iii .hujan asid

    iv. penipisan

    lapisan ozon

    v. pemanasan

    global

    3. Juzuk bukan gas Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk

    habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan

    habuk galian daripada pembakaran kering,

    karbon dan habuk gunung berapi.

    Mengakibatkan

    fenomena jerebu

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    18/75

    D) PERANAN ATMOSFERA

    Isi Huraian

    Biologi Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.

    Mencorakkan kontur

    permukaan bumi

    Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi

    yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.

    Kekayaan semul a jadi Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan

    pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke

    dalam batuan.

    Perdagangan / r ekreasi Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang

    memerlukan tiupan angin.

    Membentuk dan

    menpengaruh i cuaca

    Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan.

    Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang

    ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.

    A) UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

    KONSEP HURAIAN

    Imbangan bahangan Jumlah bahangan yang diterima oleh bumi daripada matahari melalui

    gelombang-gelombang pendek sama dengan jumlah bahangan yang

    dibebaskan oleh bumi melalui gelombang-gelombang panjang.

    KONSEP HURAIAN

    a) Taburan suhumendatar

    Perbezaan suhu secara mendatar antara satu tempat dengan tempatyang lain di permukaan bumi.

    b) Taburan suhu

    menegak

    Perubahan suhu yang berlaku di atmosfera mengikut ketinggian

    dalam sesuatu bungkusan udara.

    B) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR

    FAKTOR HURAIAN

    1.Tumbuhan

    semulajadi

    Kawasan yang banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan

    bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi.

    2. Awan Kawasan yang banyak dilitupi awan suhu lebih rendah. Awan akan

    membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari.

    3. Arus lautan Arus lautan mempunyai kebolehan memindahkan haba jenis arusakan mempengaruhi suhu pinggir pantai. Contohnya Arus Telukan

    membawa haba daripada kawasan tropika ke kawasan sederhana.

    4.Perbezaan permukaan

    bumi

    Albedo permukaan bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap

    oleh bumi. Albedo yang tinggi akan menyebabkan suhu di kawasan itu

    rendah.

    5.Ketinggian Kawasan yang tinggi akan mengalami suhu yang semakin rendah.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    19/75

    C) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENEGAK

    FAKTOR HURAIAN

    1. Tekanan udara

    2. Suhu permukaan Jika suhu permukaan bumi lebih sejuk berbanding suhu atmosfera ia

    akan menyejukkan bahagian atmosfera yang berhampiran dengan bumi.

    Kejadian olak suhu akan berlaku. Secara relatifnya semakin tinggi

    dalam atmosfera semakin tinggi suhunya.

    3. Lapisan atmosfera Di lapisan troposfera, taburan suhu menegaknya adalah semakin

    menurun mengikut ketinggian. Di lapisan stratosfera pula suhunya

    semakin meningkat mengikut ketinggian .

    4. Kandungan atmosfera

    D) LEMBAPAN ATMOSFERA

    KONSEP HURAIAN

    1.Lembapan

    atmosfera

    Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.

    2.Kelembapan mutlak Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)

    3. Kelembapan

    tentu

    Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.

    4. Kelembapan

    bandingan

    Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding

    dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara tersebut pada

    suhu yang tertentu.

    E) PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA

    PROSES HURAIAN

    1.Sejatan Proses cecair atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses yang

    berlaku secara berterusan daripada permukaan air, tanah dan salji.

    2. Pepeluhan/

    Transpirasi

    Air yang hilang daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia

    berlaku apabila tekanan wap dalam sel daun adalah lebih besar

    daripada tekanan wap atmosfera.

    3. Sejatpeluhan Air yang hilang ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan

    dari tumbuhan dan tanah.

    F) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN

    FAKTOR HURAIAN

    1. Tekanan wap Tekanan wap yang tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar sejatan

    menjadi rendah.

    2. Suhu permukaan Suhu permukaan sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .

    3. Angin Angin yang kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan

    sejatan.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    20/75

    4. Kandungan air Kadar sejatan lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.

    5. Luas permukaan

    sejat

    Sejatan lebih mudah berlaku di permukaan air yang terdedah

    berbanding permukaan air yang terlindung.

    G) FENOMENA CUACA DAN IKLIM

    I. Bayu

    Konsep Huraian

    1.Bayu Pola angin tempatan yang wujud kerana terdapat perbezaan suhu di

    antara daratan dan laut yang mempunyai pola berbeza di antara siang

    dan malam. Perbezaan suhu ini akan mewujudkan kecerunan tekanan

    yang menjadi daya penggerak untuk bayu merentasi garis pantai dengan

    membentuk pola harian yang tersendiri.

    2Bayu laut Berlaku pada waktu siang . Daratan mempunyai suhu yang lebih tinggi

    pada siang berbanding lautan. Dengan ini tekanan di daratan lebih

    rendah berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan lautan

    ke daratan membentuk bayu laut.

    3. Bayu darat Berlaku pada waktu malam . Daratan mempunyai suhu yang lebih

    rendah pada malam berbanding lautan. Dengan ini tekanan di daratan

    lebih tinggi berbanding lautan. Udara akan mengalir dari kawasan

    daratan ke lautan membentuk bayu darat.

    Contoh soalan

    1. a) Terangkan konsep gas rumah hij au. [5m]

    Gas rumah hi jau adalah kumpulan gas di atmosfera yang menghalang dan memerangkap haba bumi

    daripada terbebas keluar dari pada atmosfera. Contoh gas rumah hi jau i alah karbon dioksida,

    kloroflorokarbon (CFC),metana, nitr ogen dioksida dan lain-l ain.

    b) Huraikan punca-punca pertambahan gas rumah hijau. [10m]

    ISI HURAIAN

    1. Letusan gunung berapi

    2.Aktiviti peri ndustrian

    3. Pembakaran terbuka

    4.Pereputan organik

    5.Uji an nukl ear/peperangan

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    21/75

    d) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan daripada pertambahan

    gas rumah hijau. [10m]

    ISI HURAIAN

    1.Perundangan

    2.Kempen

    3. Pendidikan

    4 Sumber mesra al am.

    5. Penghij auan bumi

    2. a) Terangkan dengan ringkas kandungan atmosfera. [5]

    ISI HURAIAN

    Gas tetap

    Gas berubah

    Juzuk bukan gas

    b) Mengapakah kerap berlaku hujan asid di bandar-bandar besar? [10]

    ISI HURAIAN

    Penjana kuasa Penggunaan arang batu sebagai bahan bakar untuk menjana

    kuasa elektrik membebaskan gas sulfur dioksida.

    Perindustrian Industri pemerosesan seperti baja kimia dan racun serangga

    akan membebaskan gas nitrogen dan sulfur dioksida.

    Asap kenderaan Pembebasan asap kenderaan yang banyak membebaskan gaskarbon monoksida.

    Pembakaran terbuka Aktiviti pelupusan sampah dan pembakaran sampah terbuka

    akan membebaskan gas pencemar ke atmosfera.

    Struktu r bandar Bangunan yang tinggi dan padat menghalang pengaliran udara

    menyebabkan gas-gas pencemar terkumpul di atmosfera bandar.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    22/75

    c) Huraikan kesan hujan asid terhadap alam sekitar. [10]

    ISI HURAIAN

    Pencemaran air Hujan asid mencemarkan sumber air seperti air tasik dan air

    sungai.

    Pencemaran tanah Hujan asid menyebabkan tanah menjadi berasid menyebabkan

    kesuburan tanah menurun.

    Kemusnahan hidupan

    Akuatik

    Hujan asid meneybabkan air berasid dan mengancam kehidupan

    akuatik seperti ikan, katak . Jika nilai pH kurang daripada 3

    semua jenis organisma akuatik akan pupus.

    Kemusnahan tumbuhan Hujan asid akan memusnahkan tumbuhan dengan melarutresap

    potasium, kalsium dan magnesium daripada daun-daun pokok

    Kehidupan manusia Hujan asid boleh menyebabkan penyakit kulit. Cat bangunan

    luntur.

    3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Bahangan? [5]

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    Jadual : Taburan Bahangan di Pemukaan Bumi (Wm2

    )

    TarikhGaris lintang

    90oU 70

    oU 50

    oU 30

    oU 0

    o30

    oS 50

    oS 70

    oS 90

    oS

    21 Mac 0 153 287 387 447 387 287 153 0

    22 Dis 0 0 88 233 421 520 528 540 40

    b) Berdasarkan jadual di atas, lukiskan graf garis yang dapat menunjukkan taburan

    bahangan mengikut kedudukan garis lintang. [10]

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    23/75

    Contoh jawapan :

    c) Jelaskan mengapa taburan suhu berbeza-berbeza dari satu kawasan dengan kawasan

    yang lain.

    Tumbuhan semulajadi

    Awan

    Arus lautan

    Perbezaan permukaan

    bumi

    Ketinggian

    4.a) Terangkan konsep angin monsun. [5m]

    Angin monsun merupakan satu pola angin musiman yang berti up tanpa perubahan arah un tuk

    beberapa bulan dan kemudiannya ia akan hi lang un tuk satu tempoh yang singkat. Angin i ni akan

    bertiup semula pada arah yang bertentangan bagi baki bu lan dalam sesuatu tahun itu.

    Taburan bahangan mengikut kedudukan garis

    lintang.

    0

    200

    400

    600

    800

    1000

    90oU 70oU 50oU 30oU 0o 30oS 50oS 70oS 90oS

    Garis lintang

    Wm2 22 Dis

    21 Mac

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    24/75

    b) Berdasarkan peta lakar terangkan mekanisme kejadian angin monsun musim sejuk. [10m]

    - angin monsun timur laut di Asia Tenggara

    - Peta asia tenggara dengan australia.

    - Pusat tekanan tinggi di hemisfera utara.

    - Pusat tekanan rendah di hemisfera selatan.

    - Pergerakan angin dari hemisfera utara ke hemisfera selatan.

    - Huraian kesan daya koriolis dan arah pergerakan angin.

    c) Huraikan kesan angin monsun musim sejuk terhadap aktiviti manusia di negara-negara Asia.

    Aktiviti Pertanian

    Aktiviti Peri kanan

    Akt iviti rekreasi/sosial

    Akt iviti pembalakan

    Aktiviti I KS

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    25/75

    ALAM SEKITAR FIZIKAL

    TEMA : SISTEM HIDROLOGI

    Pada penghujung modul ini, murid dapat :

    1. Memberi makna konsep kitaran hidrologi dan edaran air tanih.2. Menghuraikan proses-proses dalam kitaran hidrologi.3. Menghuraikan proses dan komponen yang terlibat dalam edaran tanih .4. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses-proses terpilih kitaran hidrologi serta

    komponen-komponen terpilih dalam edaran air tanah.

    KONSEP/TAJUK HURAIAN

    Kitaran hi drologi Fasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair,gas dan pepejal) dan melalui

    pelbagai ruang di bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan

    simpanan.

    Imbangan air Imbangan air merupakan keseimbangan antarajumlah air yang diterima bersamaan

    denganjumlah air yang keluar ke atmosfera.

    * Proses-proses dalam Imbangan aira) kerpasan

    b) sejatan

    c) sejatpeluhan

    d) larian permukaan

    e) air bawah tanah

    Lebihan air

    (air positif )

    Lebihan air/imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima melebihi

    jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan.

    Kurangan air

    (air negatif)

    Lebihan air/imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima kurang

    daripada jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan

    simpanan.

    PROSES-PROSES KITARAN HIDROLOGI

    i. Proses mendatar

    a. Larian air

    permukaan

    Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak dengan air

    yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang digunakan oleh tumbuhan

    dan setelah semua liang pori tanah tepu dengan air dan hujan tidak lagi boleh

    meresap sebaliknya menuju ke sungai, tasik,kolam dan laut.

    b. Alir an air bawah

    tanah

    Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah

    permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari

    Zon tepi mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau

    paya.

    c. Al ir Lintang

    atmosfera

    Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan

    berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara

    melintang oleh angin ke bahagian daratan atau sebaliknya dari daratan ke lautan.

    Bila sampai ke tahap tepu akan turun sebagai kerpasan.

    ii. Proses menegak

    a.Sejatan Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku apabila

    tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di atmosfera

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    26/75

    yang belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan bekalan tekanan haba dari

    matahari yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada

    lautan, sungai, tasik, kolam dll.

    Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatan :

    Sila rujuk unsur sejatan di tema sistem atmosfera.

    b.Sejatpeluhan

    (perpeluhan/transpirasi)

    Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan

    sejatan daripada tanah dan tumbuhan.Terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding

    dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.

    Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatpeluhan

    a) suhu permukaan tersejatsemakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin

    tinggi kadar sejatpeluhan kerana partikel air akan mempunyai tenaga untuk

    bertukar ke wap air di atmosfera.

    b) pengaruh anginjika terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan

    akan tinggi kerana udara yang bergerak akan membawa udara yang tepu keluar

    dengan ini memberi ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya.

    c) kandungan air- air bersih akan mudah tersejat berbanding air masin. Jika

    kandungan air tanih banyak mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan.

    d) li tupan tumbuhansemakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ia akan

    menggalakkan proses transpirasi dan seterusnya sejatpeluhan.e) kandungan l embapan tani hsemakin tanah lembap semakin tinggi kadar

    sejatpeluhan kerana ketersediaan air untuk disejat.

    c.Kerpasan Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam

    pelbagai bentuk iaitu cecair dan pepejal serta dalam intensiti yang berbeza.

    d.Ali ran batang Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok sebelum sampai ke

    perrmukaan tanah.

    e.Resapan/I nf il trasi Proses pergerakan air masuk ke dalam tanih secara menegak melalui liang-liang pori

    tanih . Proses ini dipengaruhi kandungan air dalam tanah dan keporosan tanah.

    Faktor-faktor mempengaruhi proses infiltrasi tanah.

    a) I ntensiti hujanjika hujan amat lebat proses infiltrasi akan menjadiperlahan kerana titisan hujan yang besar dan cepat berupaya menutup liang

    ruangan tanah.b) Struktu r geologisemakin banyak rekahan dan ronggadalam tanah kadar

    infiltrasi akan meningkat.

    c) Li tupan tumbuhansemakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ,kadar infiltrasi akan meningkat. Tumbuhan berupaya melambatkan proses

    air larian permukaan.

    d) Keporosan dan ketelapan tanahJika ruang rongga banyak tetapi kecil danhalus(misalnya tanah liat) akan mengurangkan proses infiltrasi kerana

    menyukarkan aliran air ke bawah.

    e) Kandungan air dalam tanah- semakin kontang sesuatu kawasan semakintinggi kadar infiltrasi kerana tanah dalam keadaan kekosongan maka air

    mudah meresap ke dalam.

    f) Gradien Semakin rata sesuatu permukaan semakin tinggi kadar infiltrasi.Air larian permukaan akan bertambah di kawasan yang bercerun curam

    maka infiltrasi akan berkurang.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    27/75

    EDARAN AIR

    TANIH

    Semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium(bahan

    antaranya) seperti aliran sub permukaan , susupan/infiltrasi(menegak), dan

    pergerakan air secara mendatar(rembesan) dalam sistem akuifer.

    KOMPONEN EDARAN AIR TANIH

    i.Pergerakan

    Mendatar

    a.Larian air

    permukaan

    Rujuk di atas

    b.Aliran air bawah

    tanah

    Aliran secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air

    mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepu

    mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.

    ii.Pergerakan

    menegak:

    a) Resapan/inf il trasi Rujuk di atas

    iii. Keporosan Keporosan ialah ruang rongga antara tanihFaktor-faktor memepengaruhi keporosan tanih

    a) susunan partikel tanahsusunan partikel secara longgar akan menyebabkankeporosan yang tinggi

    b) komposisi partikel tanahjika batuan homogenius ( partikel yang sejenis)keporosannya lebih tinggi . Berbanding batuan heterogenius ( partikel

    berlainan jenis) kerana celahan saiz partikel yang besar boleh dipenuhi saiz

    partikel yang

    kecil maka ini mengurangkan ruang rongga dalam tanah.

    c) saiz partikelsemakin besar partikel tanah semakin rendah keporosansebab kurang rekahan antara partikel.

    d) Pemadatan tanahjika sesuatu tanah itu semakin padat keporosan semakinrendah kerana ruang rongga telah dimampat.

    e) Proses geomorfologisemakin sesuatu tanah terdedah kepada prosesgeomorfologi seperti gerakan jisim akan meningkatkan keporosan tanah.

    iv. Ketelapan. Ketelapan ialah kebolehan air mengalir melalui ruang rongga tanah.

    v. Akuifer(ground

    water)Takungan air di lapisan batu tidak telap air setelah proses resapan berhenti.

    vi. Simpanan air

    tanihSimpanan air di permukaan bawah tanah dalam zon pengudaraan sebelum air

    diresap ke lapisan akuifer dan digunakan oleh tumbuhan.

    Contoh soalan :

    1. a) J elaskan maksud proses sejatpeluhan. [5m]

    ____________________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________________

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    28/75

    b) Huraikan faktor yang mempengaruhi proses sejatpeluhan. [10m]

    1. Suhu

    permukaan

    tersejat

    2.pengaruh

    angin

    3. kandungan air

    4. litupan

    tumbuhan

    5. kandungan

    lembapan tanih

    c) Terangkan bagaimana manusia boleh mengganggu proses sejatpeluhan. [10m]

    1.Aktivtiti

    perparitan

    Sistem perparitan yang diwujudkan manusia telah mengalirkan air terus ke

    tasik,sungai dan laut. Ini telah mengurangkan kandungan air tanih dan seterusnya

    mengurangkan proses sejatpeluhan.

    2. Penurapan/

    penyimenan

    Penurapan dan penyimenan permukaan bumi yang dilakukan oleh manusia terutama

    semasa proses perbandaran akan mengurangkan kandungan air tanih kerana proses

    infiltrasi tidak berlaku. Ini seterusnya akan mengurangkan proses sejatpeluhan.

    3. penyahutanan Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan,pembukaan tapak pertanian, tapak

    perumahan akan memusnahkan banyak tumbuhan. Ini akan mengurangkan proses

    transpirasi dan seterusnya mengurangkan proses sejatpeluhan

    4. morf ologi

    bandar

    Bangunan yang tinggi akan menghalang pengaliran udara. Ini akan menyebabakan

    udara cepat tepu dan tiada ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya. Maka

    proses sejatpeluhan akan berkurangan.

    5. akvitivipertanian

    Aktiviti pertanian yang menggunakan sungkupan plastik terutama semasa semaianbenih akan mengurung kelembapan tanih. Ini akan mengurangkan proses

    sejatpeluhan.

    6. Penghij auan

    bumi

    Projek penanaman semula dan hutan bandar telah menambahkan jumlah tumbuhan

    di bumi. Ini akan menggalakkan lagi proses sejatpeluhan melalui proses transpirasi.

    7. badan air

    buatan manusia

    Badan air seperti kolam dan tasik di taman rekreasi akan menambah kandungan

    lembapan tanih di sekitar kolam dan tasik dengan ini proses sejatpeluhan akan

    bertambah.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    29/75

    2. a) Berikan makna edaran air tanih . [5m]

    ___________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________________

    b) Jelaskan sumber-sumber air semulajadi di Malaysia [8m]

    1. sungai Air sungai di Malaysia boleh dijadikan sebagai sumber air bersih untuk pelbagai

    kegunaan contohnya Sungai Pahang.

    2. air tadahan/

    hutan/ gunung

    Air hujan yang turun boleh di tadah di kawasan hutan dan gunung . Ini boleh

    menjadi sumber air bersih di Malaysia contohnya Gunung Pulai.

    3. air bawah

    tanah

    Selain masa krisis air, air bawah tanah di Malaysia banyak digunakan sebagai

    sumber dalam air mineral. Misalnya di Kota Tinggi.

    4. tasik/empangan Air tasik setelah di proses juga boleh menjadi sumber air di Malaysia. Misalnya

    semasa krisis air ,air tasik bekas lombong di Serdang telah diproses semula dan

    digunakan sebagai sumber air.

    c) Huraikan aktiviti manusia yang boleh mengganggu sumber air. [12m]

    1. Pertani an

    2. Peri ndustri an

    3. Penggalian air

    bawah tanah

    4.Pembalakan

    5.Pelancongan

    6. Penternakan/

    Akuakultur

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    30/75

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    31/75

    kacip fatima yang ada nilai perubatan. Di ekosistem lautan pula terdapat gamat

    dan spirulina yang ada nilai perubatan.

    d) Pelancongan/

    Ekopelancongan

    Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan

    penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi.

    e) perikanan/

    akuakultur

    Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin

    yang banyak. Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti

    penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup.

    GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM

    a) pertani an Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan

    mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah. Ini akan

    mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.

    b) penyahutanan Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian,

    urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma

    hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma.

    c) perl ombongan Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang

    seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam

    lautan.

    d) pelancongan Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti

    membuang sampah merata-rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat

    dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

    e) Industr i Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air danseterusnya mengganggu hidupan akuatik. Pembebasan asap-asap yang

    bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan

    hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan.

    GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM

    a) letusan gunung

    berapi

    Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan

    memusnahkan habitat dan mengganggu ekosistem.

    b) taufan Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu

    keseimbangan ekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma

    dalam ekosistem.

    c) gerakan ji sim Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat

    dan mengganggu ekosistem.

    d) banjir Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu

    ekosistem. Ini akan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem.e) kemarau/

    kebakaran

    semulajadi

    Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah

    menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan. Kebakaran ini telah

    memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

    LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM

    SEKITAR

    a) langkah

    perundangan

    Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar

    misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air .

    b) kempen Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai

    bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita,

    kempen berkongsi kereta.

    c) pendidikan Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui

    matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.Di samping itu , adakan

    aktiviti-aktiviti go green melalui persatuan atau kelab alam sekitar yangmelibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.

    d) hutan simpan/

    taman negara

    Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan

    liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin.

    e) pengur usan/

    pengawalaseliaan

    Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar.

    Misalnya

    Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan

    dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    32/75

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    33/75

    b) Berdasarkan rajah di atas terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dan mengalami kehilangan disetiap aras trofik. [10m]

    1. punca tenaga

    2.peringkat

    pengeluar

    3. peri ngkat

    Pengguna

    primier

    4. peri ngkat

    pengguna

    sekunder

    5. peri ngkat

    pengguna

    tertier

    c) Terangkan bagaimanakah aktiviti manusia boleh mengganggu proses perpindahan tenaga dalamsesuatu ekosistem. [10m]

    a) pertani an

    b) penyahutanan

    c) perl ombongan

    d) pelancongan

    e) Industr i

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    34/75

    2. a) Terangkan konsep ekosistem. [5m]

    ________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________

    Gambarajah ekosistem tasik

    b) Terangkan salingkebergantungan antara komponen biotik dan komponen abiotik dalam ekosistem di

    atas. [10m]

    1. tenaga dengantumbuhan

    2. nutr ien dengan

    tumbuhan

    3. udara dengan

    pengguna

    4. air denganpengguna dan

    pengeluar

    5. tanah dengan

    nutri en dan

    tumbuhan

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    35/75

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    36/75

    942/2 ALAM SEKITAR MANUSIA

    TEMA 1: PENDUDUK

    MODUL 1 TABURAN DAN KEPADATAN PENDUDUK

    Objektif Pembelajaran

    Setelah selesai mengikuti pelajaran dalam modul ini anda seharusnya dapat:

    (a) Memahami konsep taburan penduduk di sesebuah negara atau kawasan yang lebih luas.

    (b) Mengira atau menghitung kepadatan penduduk berasaskan maklumat yang diberi.

    (c) Menyediakan peta koroplet bagi menunjukkan keadaan kepadatan penduduk.

    (d) Menghuraikan sebab atau faktor yang menyebabkan kepadatan penduduk yang berbeza atau

    tidak seimbang di sesebuah negara atau kawasan.

    a) Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk

    Taburan penduduk bermaksud sebaran atau agihan penduduk di atas ruang bumi (permukaan

    bumi). Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan

    berpenduduk padat, kawasan berpenduduk sederhana padat dan kawasan berpenduduk

    jarang.

    Kepadatan penduduk atau densiti penduduk bermaksud nisbah antara jumlah penduduk di

    sesebuah kawasan berbanding dengan keluasannya.

    Secara formula kepadatan penduduk dapat dikira melalui kaedah berikut:

    Kepadatan Penduduk = Jumlah Penduduk (orang)

    Luas Kawasan (km

    2

    )

    b) Pengiraan kepadatan penduduk

    Berdasarkan formula nilai kepadatan penduduk, tafsiran kepadatan penduduk mengikut

    kawasan boleh dihitung, Lihat contoh Jadual 1:

    Jadual 1: Kepadatan pendudu k bagi negeri Sarawak, Johor d an Wilayah Persekutu an

    Kuala Lumpur p ada tahun 2000

    Negeri Keluasan(km

    2)

    JumlahPenduduk

    (orang)

    Kepadatan(Orang/km

    2)

    TafsiranPenduduk

    Sarawak 124 450 2 009 893 16 Jarang

    Johor 18 987 2 584 997 136 Sederhana

    WilayahPersekutuanKuala Lumpur

    243 1 305 792 5 374 Padat

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    37/75

    c. Membina Peta Koroplet atau Peta Lorek

    Berdasarkan Jadual 2, lukis satu peta koroplet untuk menunjukkan kepadatan penduduk di

    Negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1996.

    Jadual2: Purata kepadatan penduduk Negara-negara Asia Tenggara tahun 1996

    Negara Kepadatan Penduduk (orang/km )

    Brunei 48

    Filipina 240

    Indonesia 104

    Kemboja 59

    Laos 20

    Malaysia 64

    Myanmar 66

    Singapura 4 839

    Thailand 117

    Vietnam 227

    Panduan Am Dalam penyediaan peta koroplet anda perlu member perhatian kepada beberapa perkara

    penting seperti berikut:

    1. Tentukan nilai bezantara (range) kepadatan penduduk yang sesuai. Beri perhatian kepada nilai

    kepadatan tertinggi (bagi Singapura) dan nilai kepadatan yang paling rendah(bagi Laos).

    2. Pilih selang kelas atau nilai kepadatan yang paling sesuai. Nilai yang dipilih hendaklah dapat

    menunjukkan perbezaan kepadatan antara negara-negara di bawah sekurang-kurangnya tiga

    kumpulan atau kategori kepadatan yang berlainan iaitu kepadatan yang rendah, sederhana dan

    tinggi.

    3. Katalah nilai kepadatan atau selang kelas yang dipilih ialah 100 orang bagi setiap kilometer

    persegi. Oleh itu kumpulan atau kategori kepadatan yang berbeza ialah kurang daripada 100,

    100

    200, 200

    300 dan lebih 300 bagi setiap kilometer persegi.4. Lukis garis lorekan bagi setiap negara mengikut kumpulan atau kategori kepadatan yang telah

    dipilih. Lorekan hendaklah kemas dan bersih. Peta koroplet yang dilukis hendaklah

    dilengkapkan dengan tajuk dan petunjuk.

    5. Jika warna digunakan untuk menggantikan garis lorekan ia mestilah sesuai dan dapat

    membezakan kategori atau kumpulan kepadatan yang berlainan dan biasanya melibatkan

    penggunaan ton warna dan ia perlu dilukis dengan cermat.

    Perkara-perkara perlu ada dalam peta koroplet @ cadangan markah:

    1. Tajuk (1 markah) rujuk dari jadual, perlu ada perkara, negara dan tahun untuk dapat 1 markah

    2. Petunjuk (1 markah) Lorekan pada petunjuk mesti sama dengan lorekan pada peta

    3. Jeda/kelas (1 markah) pilih selang kelas yang sesuai

    4. Lorekan (1 markah) - tiada markah jika tidak mengikut teknik lorekan/ton warna yang betul.

    5. Plotan (5 markah) plotan diterima walaupun teknik lorekan salah. Markah plotan 10 negara boleh

    dicadangkan seperti berikut:

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    38/75

    1 2 negara betul (1 markah)

    3 4 negara betul (2 markah)

    5 6 negara betul (3 markah)

    7 8 negara betul (4 markah)

    9 -10 negara betul (5 markah)

    6.Markah tambahan kebersihan dan kekemasan(1 markah) hanya diberi jika dapat 9 markah

    Jumlah markah keseluruhan = 10 markah.

    d. Mengapakah kawasan-kawasan tertentu di Negara-negara Asia Tenggara mempunyai

    kepadatan yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain.

    Contoh jawapan: Jawapan perlu merujuk contoh-contoh kawasan atau bahagian Negara yang

    mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Singapura, Pulau Jawa, Dataran Manila,

    Dataran Bangkok dan Lembah Kelang. Antara sebab atau faktor yang patut dikemukakan ialah:

    1. Faktor-faktor geografi fizikal meliputi faktor muka bumi seperti delta dan lembah sungai

    yang lebar, kawasan tanah pamah beralun dan berbukit-bukit, jenis tanih yang subur seperti

    tanah lanar dan lava bes gunung berapi, bekalan air yang banyak, serta tanah rata yang

    memudahkan sistem pengangkutan dan perhubungan/ petempatan bandar .

    2. Faktor kemajuan ekonomi pertanian dan perlombongan pertanian padi sawah dapat

    menampung penduduk ramai atau dengan kepadatan yang tinggi seperti pulau Jawa,

    pertanian kebun kecil, pertanian lading dan kegiatan perlombongan seperti bijih timah, emas

    dan petroleum yang berkembang pesat dapat menarik ramai penduduk.

    3. Faktor kemajuan ekonomi Bandar perkembangan pesat industri perkilangan,

    perdagangan dan perkhidmatan terutama di bandar ibu negara, bandar dan pelabuhan

    utama dapat memberikan banyak peluang pekerjaan dan berupaya menampung kepadatan

    penduduk yang tinggi, menjadi tumpuan pelaburan modal, teknologi dan penduduk dari

    kawasan-kawasan lain dan dari Negara-negara luar.

    4. Faktor kemajuan pengangkutan pembangunan jalan raya dan keretapi, jalan air dan jalan

    udara, mempercepatkan pembangunan ekonomi terutama sekali kegiatan-kegiatan pertanian

    lading, perlombongan, industry perkilangan, perdagangan, menggalakkan perkembangan

    Bandar-bandar dan pelabuhan-pelabuhan.

    5. Faktor sejarah dan penjajahan kawasan-kawasan tertentu dimajukan lebih awal oleh

    kerajaan penjajah seperti Belanda dan Inggeris, menjadi pusat pentadbiran, ekonomi dn

    tumpuan masuk orang-orang asing, dimajukan dengan kegiatan perlombongan, pertanian

    lading, perdagangan dan perkhidmatan, system pengangkutan, Bandar dan pelabuhanberkembang dengan lebih pesat berbanding kawasan lain.

    6. Faktor politik dan dasar kerajaan kawasan-kawasan tertentu menjadi tumpuan dalam

    program pembangunan kerajaan berbanding dengan kawasan pedalaman yang mundur.

    Cadangan markah: 5 faktor utama x 2 markah = 10 markah

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    39/75

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    40/75

    Latihan Akses Kendiri Modul 1

    1. Jadual 3 menunjukkan kepadatan penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun

    2000.

    Jadual 3 Kepadatan penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia, 2000

    Negeri Kepadatan(orang per ki lom eter persegi)Johor 144

    Kedah 175

    Kelantan 87

    Melaka 385

    Negeri Sembilan 129

    Pahang 36

    Perak 98

    Perlis 257

    Pulau Pinang 1274

    Sabah 35

    Sarawak 17

    Selangor 526

    Terengganu 69W.P. Kuala Lumpur 5676

    W.P Labuan 827

    MALAYSIA 71

    a) Berdasarkan Jadual 3, lukis satu peta koroplet pada peta yang disediakan untuk menunjukkan

    kepadatan penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2000. (10m)

    b) Mengapakah kepadatan penduduk di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia lebih

    tinggi berbanding negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak?

    (8m)

    c) Jelaskan kesan kepadatan penduduk yang tinggi di sesebuah kawasan terhadap sumber alam.

    (7m)

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    41/75

    Peta Malaysia

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    42/75

    MODUL 2 PIRAMID PENDUDUK

    Objektif Pembelajaran

    Setelah selesai mengikuti pelajaran dalam modul ini anda seharusnya dapat:

    (a) Membina rajah piramid penduduk berdasarkan jadual yang diberi

    (b) Menghuraikan ciri-ciri piramid penduduk

    (c) Menjelaskan kesan piramid terhadap sosioekonomi

    a) Membina rajah piramid penduduk berdasarkan jadual yang diberi:

    Jadual 1: Anggaran penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur dan jantina pada tahun 1997

    Kumpulan umur Lelaki Perempuan

    0 9 2 611 800 2 455 300

    10 19 2 357 100 2 225 500

    20 29 2 017 000 1 876 300

    30 39 1 653 100 1 583 900

    40 49 1 167 600 1 110 600

    50 59 683 600 656 300

    60 69 386 300 414 000

    70 > 205 800 261 300

    Jumlah 11 082 300 10 583 200

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    43/75

    Rajah Piramid: Struktur Umur dan Jantina Penduduk Malaysia bagi Tahun 1997

    Rajah piramid penduduk Malaysia tahun 1997 yang anda lukis perlu mempunyai:

    1. Tajuk ( 1 markah) - mesti lengkap dengan perkara, negara dan tahun

    2. Skala ( 1 markah) skala yang sesuai menunjukkan jumlah penduduk lelaki dan perempuan

    bagi setiap kumpulan umur.

    3. Petunjuk (1 markah) boleh guna lorekan atau warna

    4. Plotan (6 markah) lelaki 3 markah/ perempuan 3 markah

    5. Kebersihan dan kekemasan (1 markah) hanya layak jika dapat 9 markah di atas.

    50010001500200025003000 0

    Skala: 1 sm mewakili 500 000 orang

    Petunjuk:

    Lelaki

    Perempuan

    70>

    60 -69

    50 -59

    40-49

    30-39

    20-29

    10-19

    0 -9

    Bilangan ('000) orang300025002000150010005000

    Kumpulan

    Umur

    (Tahun) PerempuanLelaki

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    44/75

    b) Ciri-ciri piramid penduduk progresif (seperti Malaysia dan Negara-negara Asia Tenggara yang

    lain kecuali Singapura)

    Ciri-ciri Huraian

    1. Tapak yang lebar Kadar kelahiran tinggi disebabkan

    perubatan moden; program perancangan

    keluarga kurang berkesan; amalan

    perkahwinan usia muda, halangan adat

    dan agama.

    Kadar kematian merosot perubatan

    moden mencegah penyakit merbahaya

    dan kematian bayi

    2. Puncak mulai lebar Jangka hayat penduduk tua semakin tinggi

    (lebih 60 tahun)

    Perubatan moden membantu

    meningkatkan taraf kesihatan

    Amalan pemakanan yang seimbang.

    3. Komposisi umur Kumpulan umur muda (1 20 tahun)

    adalah ramai menyebabkan nisbah

    tanggungan kumpulan dewasa tinggi

    4. Ciri jantina Kumpulan umur muda jantina lelaki lebih

    ramai daripada perempuan

    Kumpulan umur tua jantina perempuan

    lebih ramai daripada lelaki. Jangka hayat

    perempuan lebih panjang.

    c. Kesan piramid penduduk progresif terhadap sosioekonomi Malaysia

    Kesan Huraian

    1. Pertumbuhan

    penduduk yang

    pesat

    - Aset/jumlah tenaga buruh lebih ramai pada masa hadapan apabila

    kumpulan muda menjadi dewasa

    - Kumpulan umur produktif membantu memesatkan pertumbuhan

    ekonomi

    2. Pertambahan

    perbelanjaan

    kerajaan

    - Kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas kepada penduduk

    seperti pendidikan, kesihatan, rekreasi.

    3. Peluang

    Pekerjaan

    - Kumpulan dewasa ramai merupakan kumpulan produktif

    -Pekerjaan perlu ditambah untuk mengelakkan masalah

    pengangguran masa akan dating

    4. Memperluaskan

    pasaran domestik

    - Penduduk yang banyak menyediakan pasaran bagi barangan

    keluaran tempatan

    5. Warga tua

    meningkat

    - Penyediaan rumah kebajikan perlu ditambah

    - Bayaran pencen meningkat

    - Penyediaan perubatan percuma perlu diadakan

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    45/75

    Latihan Akses Kendiri Modul 2

    1. Jadual 2 menunjukkan anggaran struktur penduduk Malaysia pada pertengahan tahun pada

    30 Jun 2002 mengikut kumpulan umur dan jantina.

    Jadual 2 Anggaran struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, sehingga 30 Jun 2002

    Kumpulan umur Lelaki (000) Perempuan (000)

    0 9 2905.2 2732.7

    10 19 2558.5 2452.1

    20 29 2102.9 2061.1

    30 39 1835.5 1783.0

    40 49 1458.9 1382.3

    50 59 887.5 822.4

    60 69 471.0 484.9

    70 dan lebih 267.5 320.8

    a) Berdasarkan Jadual 2, lukis rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan

    jantina penduduk Malaysia berdasarkan anggaran pada 30 Jun 2002 (10m)

    b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a) di atas,

    (i) Jelaskan cirri-ciri utama penduduk Malaysia berdasarkan anggaran pada 20 Jun 2002

    (8m)

    (ii) Huraikan kesan ciri-ciri kependudukan sedemikian terhadap keadaan social dan

    ekonomi di Negara kita, malaysia. (7m)

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    46/75

    MODUL 3 MIGRASI DALAMAN

    Objektif Pembelajaran

    Setelah selesai mengikuti pelajaran dalam modul ini anda seharusnya dapat;

    (a) Memahami istilah migrasi dalaman dan membezakannya dengan migrasi antarabangsa

    (b) Menghuraikan jenis-jenis migrasi dalaman yang utama.

    (c) Menjelaskan pengaruh faktor-faktor tolakan dan tarikan terhadap jenis-jenis migrasi dalaman

    yang berbeza dan kesannya terhadap kawasan yang ditinggalkan dan kawasan destinasi yang

    dimasuki.

    a) Istilah migrasi dalaman

    Migrasi dalaman ialah perpindahan penduduk yang berlaku dalam lingkungan batas sempadan

    sesebuah negara dalam tempoh (tetap/sementara/kekal) tertentu dan tidak termasuk

    perpindahan keluar yang merentasi sempadan antarabangsa negara berkenaan ke negara-

    negara lain.

    b) i. Jenis-Jenis Migrasi Dalaman @ Pola Migrasi Dalaman

    Arah Aliran Migrasi Huraian

    1. Migrasi Desa Ke Bandar Migrasi dari desa ke bandar kecil,

    sederhana atau besar terutamagolongan muda/dewasa untukmendapatkan peluang pekerjaan ataumelanjutkan pelajaran

    Berlaku kerana factor tolakan di desayang serba kekekurangan.

    Terdapat banyak factor tarikan diBandar seperti kemudahaninfrastruktur, pendidikan , kesihatandan hiburan dll.

    2. Migrasi Desa ke Desa Migrasi antara kawasan luar Bandar

    atau migrasi desa ke desa.

    Berlaku perpindahan penduduk darikawasan luar Bandar yang mundur kekawasan Rancangan PembangunanTanah seperti FELDA, KEJORA,KETENGAH dan KESEDAR.

    3. Migrasi Bandar ke Desa

    Migrasi dalaman paling kurang berlaku.Biasanya melibatkan golongan pesarayang balik menetap di kampung asalkerana keadaan persekitaran lebihselesa kos hidup lebih rendah dankurang kesibukan/kesesakan

    Juga berlaku kerana pertukaran tempatkerja.

    4. Migrasi Bandar ke Bandar Perpindahan penduduk dari Bandar

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    47/75

    kecil ke Bandar sederhana atau keBandar-bandar utama seperti KualaLumpur, Johor Bahru, Ipoh dan lain-lainkerana perubahan tempat kerja,perkahwinan, pendidikan dan lain-lain.

    5. Transmigrasi Istilah migrasi yang digunakan untuk

    menerangkan migrasi yang dirancang

    oleh kerajaan untuk menempatkansemua penduduk dari satu pulau kepulau yang lain.

    Untuk mengatasi masalah lebihanpenduduk di Pulau Jawa danmenyediakan tenaga buruh untukmemajukan lading-ladang getah, ladahitam, lombong-lombong arang batu,bijih timah di Pulau Sumatera,Kalimantan

    ii. Trend Komposisi Aliran Migrasi

    Isi Huraian

    1. Kumpulan umurmuda palingaktif

    - Berlaku kepada tenaga kerja muda: 15 45 tahun- umur 1- 14 tahun biasanya berhijrah mengikut keluarga

    2. Lelaki lebih banyakberhijrahberbanding

    wanita

    - Disebabkan lelaki lebih daya mobiliti/pergerakkan berbandingwanita untuk mencari peluang pekerjaan.

    - Peratus wanita berhijrah rendah kerana halangan budaya

    dan adat.

    3.Taraf pendidikan - Taraf pendidikan yang tinggi membolehkan penduduk lebihbanyak bergerak untuk mendapatkan peluang pekerjaandalam pelbagai sektor.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    48/75

    c) i. Faktor-Faktor Mempengaruhi Migrasi Dalaman

    Isi Huraian

    1. Faktor ekonomi - Terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasandestinasi seperti dalam sektor perkilangan, pembinaan,perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.

    2. Faktor sosial - Melanjutkan pelajaran dan pendidikan ke IPTA danIPTS

    - Mendapatkan kemudahan perubatan yang lebih baik- Mengunjungi pusat hiburan- Adanya kemudahan pengangkutan yang cekap seperti

    teksi / bas / LRT- Tarikan tali persaudaraan / rakan/ perkahwinan

    3. Faktor bencana alam - Berlakunya Banjir / Kemarau / Gempa bumi-

    4. Faktor dasar kerajaan - Kerajaan telah memperkenalkan Dasar PembangunanWilayah / Rancangan Petempatan Desa contoh Felda,Kejora, Ketengah, Dara dll.

    ii. Kesan - Kesan Migrasi Dalaman

    a Kesan terhadap kawasan asal yang ditinggalkan

    Kesan Huraian

    1. Kekurangan tenagaburuh

    - Sukar memajukan sumber alam kerana kekurangantenaga kerja muda di kawasan asal

    2. Saiz pasaran terhad - Jumlah penduduk yang tinggal terhad/ sedikitmengecilkan pasaran barangan

    3. Berlaku tanah terbiar - Tanah tidak diusahakan kerana golongan mudaberhijrah, ini menyebabkan tanah tidak dapatdiusahakan secara ekonomik.

    4. Penduduk tua yangtinggal /ramai

    - Kawasan asal dihuni oleh golongan tua yang tidakproduktif atau tidak mampu bekerja.

    5. Berlaku lebihansumber

    - Tekanan terhadap sumber alam berkurangan keranabilangan penduduk yang semakin sedikit inimenyebabkan sumber tidak diterokai secaramaksimum.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    49/75

    b. Kesan terhadap kawasan destinasi (di tuju)

    Kesan Huraian

    1. Berlaku tekananterhadap sumber

    - Sumber tanah semakin terhad disebabkanpersaingan guna tanah oleh pelbagai sektor aktivitiekonomi.

    2. Kepupusan sumber

    - Sumber dieksploitasi seperti hutan, mineral dan

    lain-lain akan berkurangan dan akhirnya berlakukepupusan

    3. Pencemaran alamsekitar

    - Kualiti sumber air , udara dan darat akan merosotakibat pencemaran yang dihasilkan oleh pelbagaisektor ekonomi.

    4. Kekurangan tempattinggal

    - Kekurangan rumah kos rendah terutama bagi golonganyang berpendapatan rendah menyebabkan kewujudankawasan setinggan

    5. Kesesakan - Pertambahan penduduk dan kenderaan menyebabkankesesakan penduduk dan lalu lintas yang teruk.

    6. Masalah sosial danpenyakit

    - Berlaku peningkatan kes jenayah seperti mencuri,merompak, ragut, rogol.

    - Peningkatan kes penyakit berjangkit seperti AIDS.

    7. Menggalakkanpembangunan sumber

    - Sumber dapat dibangunkan untuk pembangunannegara kerana sumber tenaga buruh yang banyak.

    Latihan Akses Kendiri Modul 3

    1. Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jawab soalan-soalan di bawah.

    a) Bezakan maksud migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa (5m)

    b) Jelaskan empat kesan positif dan dua kesan negatif terhadap sumber-sumber alam akibat

    proses dalaman yang berlaku di negara tersebut. (12m)

    c) Cadangkan empat langkah yang wajar diambil bagi megurangkan aliran migrasi desa ke

    bandar di dalam negara berkenaan. (8m)

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    50/75

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    51/75

    2. Skala kecil

    atau

    skala besar

    Kebun kecil skalanya

    kurang 40 hektar di

    Malaysia

    Ladang skalanya

    melebihi 40 hektar di

    Malaysia

    Kecil seperti IKS dan

    industri desa

    Besar seperti pembuatan

    kereta, penapisan

    petroleum

    Kecil seperti penginapan

    Chelet dan homestay

    (merasai hidup cara

    kampung)

    Besar seperti Hotel

    3. Orientasi

    pengeluaran

    Kebun kecil untuk sara

    diri

    Ladang untuk pasaran

    domestik dan eksport

    Tempatan: menghasilkan

    barang makanan, tekstil

    Eksport: menghasilkan

    elektronik, automobil,

    minyak sawit, air-cond

    Dikunjungi oleh

    pelancong tempatan dan

    pelancong asing.

    4. Penggunaan

    modal

    Kebun kecil

    menggunakan modal ahlikeluarga atau modal

    tempatan

    Ladang menggunakan

    modal besar atau

    pelaburan asing

    Modal asing melibatkan

    industri berteknologitinggi dan barangan

    elektronik

    Modal tempatan seperti

    Industri Kecil dan

    Sederhana (IKS) dan

    industri desa

    Modal tempatan:

    Homestay, chalet

    Modal Asing: Hotel

    mewah, pusat

    peranginan

    5. Buruh Kebun kecil

    menggunakan buruh ahli

    keluarga dan buruh upahdalam kuantiti kecil

    Ladang menggunakan

    buruh yang ramai

    melibatkan buruh

    tempatan dan asing yang

    mendapat gaji bulanan

    Tenaga buruh sedikit dan

    mahir kerana banyak

    menggunakan teknologimoden.

    Tenaga buruh ramai

    seperti kilang elektronik.

    Melibatkan penggunaan

    tenaga

    buruh mahir atau tidak

    mahir

    Menggunakan tenaga

    kerja tempatan atau

    kerja asing

    Jenis pekerjaan seperti

    pengurus, pekerja hotel,

    pemandu pelancong

    6. Teknologi

    Kebun kecil biasanya

    teknologi moden terhadhanya menggunakan

    peralatan separa moden

    Ladang biasanya

    menggunakan teknologi

    dan peralatan moden

    Teknologi mudah atau

    rendah seperti IKS danindustri desa

    Teknologi tinggi seperti

    dalam industri automobil

    Teknologi tinggi untuk

    membina hotel dankemudahan prasarana

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    52/75

    c) Sumbangan atau kepentingan sektor ekonomi

    Isi Huraian

    1. Meningkatkan

    pendapatan negara

    - Eksport barangan menghasilkan pertukaran wang asing.

    Ekonomi negara akan menjadi lebih kukuh melalui

    peningkatan pendapatan negara

    - Pertumbuhan pesat ekonomi akan meningkatkan KDNK

    serta memperbaiki imbangan perdagangan

    2. Menyediakan peluang

    pekerjaan

    - Pelbagai peluang pekerjaan dapat mengurangkan kadar

    pengangguran seterusnya meningkatkan taraf hidup

    penduduk dan kadar kemiskinan

    3. Memperkembangkan

    teknologi dan R&D

    - Aktiviti ekonomi akan menggalakkan pemindahan teknologi

    asing. Seterusnya usaha sama dan penyelidikan dapat

    ditingkatkan.

    4. Memperkembangsektor ekonomi

    yang lain (Kesan

    pengganda)

    - Memperkembangkan sektor ekonomi yang berkaitanseperti sektor perkhidmatan, sektor telekomunikasi dan

    sektor tenaga

    5. Memperkembangkan

    aktiviti primer

    - Sektor sekunder dan tertier akan membantu

    perkembangan sektor pertanian, perhutanan, perikanan

    dan perlombongan.

    6. Pencetus

    pembandaran dan

    kehidupan moden

    - Perkembangan sektor ekonomi akan mewujudan bandar

    baru seterusnya mewujudkan gaya hidup moden

    masyarakat

    7. Teras program

    pembangunan

    negara

    - Perkembangan sektor ekonomi akan menjadi pemangkin

    program pembangunan desa dan bandar

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    53/75

    d) Impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar

    Isi Huraian

    1. Kemerosotan dan

    kepupusan sumber

    - Berlaku kemerosotan terhadap sumber hutan, air , perikanan

    - Berlaku dalam sektor perlombongan seperti bijih timah,

    emas, petroleum dan sebagainya.

    2. Pencemaran alam

    sekitar

    Berlakunya pencemaran seperti:

    - pencemaran udara - pencemaran sampah

    - pencemaran air - pencemaran tanih

    - pencemaran bau - pencemaran sisa toksik

    - pencemaran bunyi

    3. Kemerosotan kualiti

    alam sekitar

    Kemerosotan kualiti alam sekitar melibatkan:

    - peningkatan suhu setempat

    - hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus

    - banjir dan kemarau

    - ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemushahan

    habitat dan rantaian makanan

    e) Langkah menguruskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar

    i. Langkah perundangan

    Isi Huraian

    1. Kuatkuasa Akta /

    Gubal Akta

    - Meguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk

    mengawal dan mengatasi pencemaran alam sekitar

    2. Akta-akta lain atau

    ordinan, peraturan

    - Contohnya akta perhutanan negara, akta galian, akta

    petroleum, akta air dan lain-lain

    3. Laporan Kesan

    Alam Sekitat (EIA)

    - Projek pembangunan mega atau di lereng bukit perlu

    mendapatkan kelulusan untuk membangunkan kawasan yang

    berisiko tinggi contoh pembinaan empangan, petempatan di

    tanah tinggi, pengairan, pelancongan

    4. Agensi pelaksana - Melalui penubuhan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa

    Tempatan (PBT), dan agensi atau jabatan yang berkaitan melalui

    pemantauan yang berkesan.

    5. Penguatkuasaan

    hukuman

    - Menguatkuasaan hukuman seperti kompaun, denda, penjara ,

    tarik lesen dan disita terhadap pesalah

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    54/75

    ii. Langkah bukan perundangan

    Isi Huraian

    A. Amalan pengurusan

    1. Mengawal

    pencemaran udara

    Seperti:

    - menempatkan industri mengikut zon dan jenis

    - mengawal pelepasan asap melalui sistem penapisan

    -meninggikan serombong

    - mengurangkan penggunakan bahan bakar petroleum dan arang

    batu ( bahan api fosil)

    - beralih kepada sumber gantian

    - mengawal penggunaan kenderaan yang masuk ke bandar

    - menggalakkan pengkongsian kereta/kenderaan

    - menggalakkan penggunaan petroleum tanpa plumbum

    - mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka

    - menjalankan aktiviti tebang reput dalam sektor pertanian

    2. Mengawal kualiti

    air

    Seperti:

    - merawat semula air yang tercemar

    - menyediakan sistem perangkap sampah

    - merawat sisa seperti sisa kumbahan, buangan industri sebelum

    dialirkan ke sungai atau tasik- menyediakan kolam takungan sisa yang berkesan

    - mengawal aktiviti pembangunan di kawasan tadahan air

    - mengawal aktiviti pembalakan

    - mengwujudkan kawasan rezab tadahan air

    3. Mengawal

    kemusnahan hutan

    Seperti:

    - menjalankan program penghutanan semula

    - melaksanakan rawatan silvilkultur

    - melaksanakan kaedah penebangan memilih

    - mengharamkan penebangan pokok balak yang dikenalpasti

    hampir pupus

    - beralih kepada sumber pengganti seperti simen, fiber, besi dan

    aluminium

    4. Mengawal hakisan

    tanih / kelodak

    Seperti:

    - pembinaan benteng konkrit, tembok penahan, sangkar dawai

    batu

    - penanaman tutup bumi seperti rumput dan pokok kekacang

    - membina alur kecil sebagai laluan air

    - mengehadkan pemotongan cerun kurang daripada 450

    - membina teres

    - menanam pokok pelindung

    - menggunakan sungkupan

    B. Kempen kesedaran dan

    pendidikan

    5. Pendidikan AlamSekitar

    - Pendidikan diadakan di peringkat sekolah, maktab, dan universiti

    6. Kempen kesedaran - Mengadakan kempen kepada masyarakat dan pengusaha tentang

    kepentingan menjaga alam sekitar

    - Peranan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam

    Malaysia, Persatuan Pencinta Alam, dan sebagainya dalam

    menyedarkan masyarakat akan kepentingan menjaga alam

    sekitar.

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    55/75

    Latihan Akses kendiri Modul 4

    1. Jadual 1 menunjukkan sumbangan sector-sektor utama ekonomi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar

    (KDNK) dan pekerjaan di Malaysia pada tahun 2005.

    Jadual 1 Sumbangan Sektor Ekonomi kepada KDNK dan pekerjaan di Malaysia tahun 2005

    Sektor Utama KDNK (%) Pekerjaan (%)

    Pertanian, Perhutanan, Penternakan

    dan Perikanan

    7.0 12.0

    Pembuatan 35.8 29.5

    Perkhidmatan 53.0 50.0

    Perlombongan dan Kuari 5.5 0.4

    Pembinaan 3.2 8.1

    (a) Berdasarkan Jadual 1, lukis satu graf bar yang menunjukkan peratus KDNK dan pekerjaan bagi setiap

    sektor ekonomi Malaysia pada tahun 2005. (10)

    (b) Jelaskan pola sumbangan sektor-sektor berkenaan kepada ekonomi Malaysia.

    (6 )

    (c) Huraikan impak pembangunan ekonomi Malaysia terhadap alam sekitar fizikal. (9 )

    2. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kawasan tertentu,

    (a) Nyatakan nama dan lokasi kawasan itu; (2)

    (b) Huraikan ciri-ciri satu aktiviti ekonomi yang dijalankan di kawasan itu; (10)(c) Nyatakan kesan-kesan utama aktiviti ekonomi itu terhadapalam sekitar di kawasan itu, dan langkah-

    langkah yang diambil oleh penduduk tempatan untuk mengurangkan kesan itu; (8)

    (d) Huraikan kaedah yang anda gunakan untuk mendapat data dan maklumat dalam jawapan (b) dan (c).

    (4)

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    56/75

  • 7/29/2019 Modul Cemerlang Stpm (Geografi)

    57/75

    (b) Faktor-faktor kepupusan dan penyahutanan secara besar-besaran

    Faktor-Faktor Huraian

    1. Penggunaan sumber hutan sebagai

    bahan api

    Sumber bahan bakar utama negara-

    negara miskin seperti India, Ame