31668859 modul pengajaran dan pembelajaran geografi stpm terbaru

305

Upload: belray

Post on 27-Oct-2015

889 views

Category:

Documents


46 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru
Page 2: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

AHLI PANEL

GEOGRAFI KERTAS 1 STPM(Alam Sekitar Fizikal)

PANEL SEKOLAHPUAN ROSNAH BINTI SALLEH (K) SMK ALOR AKAR, KUANTANENCIK CHEK ZAINON BIN SHAFIE SMK KUALA LANAR, KUALA LIPISENCIK SHUKRI BIN SULAIMAN SMK JENGKA 2, BANDAR JENGKAPUAN SHAHRIZAN BINTI KAWI SMK (A) TAHAP, JERANTUT

GEOGRAFI KERTAS 2 STPM(Alam Sekitar Manusia)

PANEL SEKOLAHENCIK RUSLY BIN MUSA (K) SMK JENGKA 21, BANDAR JENGKAENCIK SUKI BIN HASSAN SMK TEMIN, JERANTUTENCIK HAMRI BIN SALLEH SMK MUADZAM SHAH, ROMPINPUAN SARIMAH BT DARUS SMK SULAIMAN, BENTONG

ISI KANDUNGAN

Page 3: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

PERKARA MUKASURAT

Selayang Pandang iFormat Kertas Peperiksaan Geografi STPM mulai 2007 iiObjektif Pengajaran dan Pembelajaran Geografi STPM iiiCadangan Strategi Pengajaran – Pembelajaran Geografi STPM ivSkala Perbincangan dan Sumber Pengajaran – Pembelajaran v

GEOGRAFI KERTAS 1 (Alam Sekitar Fizikal)

TEMA/TAJUK DAN SUB TAJUK MUKASURAT

TEMA 1: SISTEM BUMI

1.1 Kedudukan bumi dalam sistem suria.1.2 Tenaga : Konsep, jenis dan punca tenaga.

TEMA 2: SISTEM GEOMORFOLOGI

2.1 Teori Hanyutan Benua2.2 Jenis, proses dan faktor yang mempengaruhi luluhawa2.3 Jenis, cara dan faktor yang mempengaruhi hakisan sungai2.4 Cara, faktor dan bentuk bumi pemendapan di zon pinggir pantai.2.5 Kemahiran amali sistem geomorfologi : Profil rentas muka bumi.

TEMA 3: SISTEM ATMOSFERA

3.1 Taburan suhu secara menegak dan mendatar serta faktor yang mempengaruhinya.

3.2 Perubahan iklim: Pemanasan global, faktor yang mempengaruhi dan kesan-kesanya.

3.3 Mikro iklim bandar: Fenomena jerebu, fakor yang mempengaruhi dan kesan-kesannya.

3.4 Kemahiran amali sistem atmosfera: Rajah tiupan angin.3.5 Kemahiran amali sistem atmosfera: Mengira julat suhu, melukis

graf garisan dan mentafsirkanya.

TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

4.1 Proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi.

Page 4: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

4.2 Proses edaran air tanih4.3 Imbangan air positif dan negatif serta faktor yang

mempengaruhinya4.4 Kepentingan air dan kesan gangguan imbangan air kepada

manusia.4.5 Kemahiran amali sistem hidrologi: Melukis dan mentafsir graf

imbangan air.

TEMA 5: SISTEM EKOLOGI

5.1 Ekosistem: Konsep, komponen, dan jenis ekosistem.5.2 Rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem hutan paya bakau5.3 Kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan

manusia.

TEMA 6: SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

6.1 Saling bergantung sesama sistem fizikal.6.2 Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal.

TEMA 7: KAJIAN LUAR GEOGRAFI 1 (Alam Sekitar Fizikal)

7.1 Prosedur menjalankan kajian luar Geografi Kertas 1.7.2 Skop dan tajuk kajian luar Geografi Kertas 17.3 Contoh-contoh kajian luar yang dijalankan.

GEOGRAFI KERTAS 2 (Alam Sekitar Manusia)

TEMA/TAJUK DAN SUB TAJUK MUKASURAT

Page 5: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 1: PENDUDUK

1.1 Taburan penduduk: Faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk dan kesan-kesannya.

1.2 Pertumbuhan penduduk: Trend, proses dan faktor yang mempengaruhinya

1.3 Kesan pertumbuhan dan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar.1.4 Migrasi: Konsep, pola dan faktor yang mempengaruhi migrasi

dalaman.1.5 Kemahiran amali penduduk: Membina dan mentafsir graf garis

pertumbuhan penduduk.

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

2.1 Sektor pertanian: Jenis, faktor, kepentingan dan kesan aktiviti pertanian terhadap alam sekitar.

2.2 Sektor perindustrian: Jenis, faktor, kepentingan dan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar.

2.3 Sektor tertier: Sektor pelancongan – faktor, kepentingan dan langkah memajukan sektor pelancongan.

2.4 Kemahiran amali : Membina dan mentafsir graf bar kompaun/komponen.

2.5 Kemahiran amali: Membina dan mentafsir carta pai/rajah bulatan berbahagi.

TEMA 3: TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

3.1 Konsep transformasi desa, dasar dan strategi pembangunan desa di Malaysia.

3.2 Bandar dan pembandaran: Konsep, faktor dan perkembangan pembandaran.

3.3 Kesan transformasi desa terhadap penduduk dan alam sekitar.3.4 Kemahiran amali: Membina dan mentafsir peta koroplet.

TEMA 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA

Page 6: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

SERANTAU

4.1 Globalisasi ekonomi : Saling bergantung antara kawasan.4.2 Kerjasama serantau: Pertumbuhan segitiga ASEAN.4.3 Kemahiran Amali: Membina dan mentafsir graf bar cermin.

TEMA 5: IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.

5.1 Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar – punca dan kesannya.

5.2 Pengurusan alam sekitar: Prinsip-prinsip pembangunan lestari.

TEMA 6: KAJIAN LUAR GEOGRAFI 2 (Alam Sekitar Manusia)

7.4 Prosedur menjalankan kajian luar Geografi Kertas 2.7.5 Skop dan tajuk kajian luar Geografi Kertas 27.6 Contoh-contoh kajian luar yang dijalankan.

Page 7: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

SELAYANG PANDANG

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menghasilkan modul ini yang bertajuk “Modul Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang Geografi STPM ” yang berasaskan kepada sukatan baru yang akan diguna pakai mulai tahun 2006. Modul ini ditulis khusus untuk panduan guru dan pelajar tingkatan enam yang mengambil matapelajaran Geografi di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sebagai panel, kami menyedari bahawa ketiadaan panduan yang khusus untuk ”guru mengajar dan murid belajar” pasti akan menyukarkan mereka untuk menguasai matapelajaran ini. Justeru itu kami terpanggil untuk menyambut inisiatif yang digerakan oleh ”Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang” yang telah mengabungjalinkan tenaga pakar geografi di peringkat negeri bagi menghasilkan modul tersebut.

Modul ini dibahagikan mengikut kertas 1 dan 2 yang kandungannya meliputi semua tema di dalam sukatan baru Geografi STPM yang akan dilaksanakan pada tahun 2006. Geografi kertas 1 dibahagikan kepada 7 tema iaitu; tema 1 ialah berkaitan dengan sistem bumi, tema 2 sistem geomorfologi, tema 3 sistem atmosfera, tema 4 sistem hidrologi, tema 5 sistem ekologi dan tema 6 ialah saling kebergantungan sistem. Kami meletakkan tema 7 iaitu berkaitan dengan kajian luar atau kajian lapangan Geografi Kertas 1 sebagai penutupnya.

Geografi kertas 2 pula terdiri daripada 6 tema seperti berikut; Tema 1 ialah Penduduk, tema 2 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar , tema 3 Transformasi Desa dan Pembandaran, tema 4 Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau, tema 5 Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya. Tema terakhir ialah tema 6 iaitu berkaitan dengan kajian luar atau kajian lapangan Geografi Kertas 2. Tema kajian luar ini meliputi dua tajuk penting iaitu pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar serta transformasi desa dan pembandaran.

Penulisan bagi setiap tema berasaskan kepada perkara-perkara berikut; Tajuk dan sub tajuk, hasil pembelajaran atau objektif pembelajaran, sisipan konsep, isi atau kandungan pembelajaran, aktiviti pengajaran – pembelajaran, contoh soalan yang relevan berkaitan dengan tajuk berkenaan serta skema jawapannya. Seterusnya dimasukkan bahagian refleksi sebagai pengukuran pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran, rujukan khusus serta tugasan pelajar sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Bukan semua tajuk atau sub tajuk bagi setiap tema yang kami sediakan, ia merupakan pilihan bagi tajuk-tajuk tertentu sebagai contoh atau model pengajaran-pembelajaran. Bagi tajuk-tajuk yang tidak disentuh perlulah dikembangluaskan oleh guru-guru disekolah menggunakan format yang telah disediakan. Seboleh mungkin bagi setiap tema difokuskan kepada aspek pengajaran soalan langsung dan soalan kemahiran amali.

Akhir sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pahang khususnya kepada sektor pengurusan sekolah yang julung kalinya mengambil inisiatif menggerak dan menjayakan pembinan modul ini untuk seluruh anak-anak Geografi Pahang.

Sekian, terima kasih.

PANEL GEOGRAFI STPM PAHANG

Page 8: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Format Kertas Peperiksaan Geografi STPM MULAI 2007

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Geografi Kertas 1 (Alam Sekitar Fizikal) dan Geografi Kertas 2 (Alam Sekitar Manusia). Soalan yang dikemukakan merangkumi semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Soalan akan menguji kefahaman calon tentang tajuk yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran, dan juga konsep dan kemahiran yang perlu dalam kajian geografi. Soalan boleh juga menguji pengalaman kajian luar, kajian dan tafsiran peta topografi, pelbagai data geografi, gambar rajah, dan peta yang berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Geografi

Mulai tahun 2007 dan seterusnya format kertas peperiksaan adalah seperti berikut:

Geografi Kertas 1 (942/1)Alam Sekitar Fizikal.

Geografi Kertas 2 (942/2)Alam Sekitar Manusia

Masa : 3 jam Masa : 3 jam

Jenis : Soalan Esei Jenis : Soalan Esei

Bilangan : 8 soalan Bilangan : 8 soalan

Bil soalan wajib dijawab : 4 soalan Bil soalan wajib dijawab : 4 soalan

Markah : 100 Markah : 100

Wajaran : 50% Wajaran : 50%

Nota:

1. Aras soalan yang ditanya akan berdasarkan kepada Taksonomi Bloom iaitu aras Mudah, Sederhana dan Sukar. Aras mudah (Pengetahuan), aras sederhana (Pemahaman dan Aplikasi), aras sukar (Analisis, Sintesis dan Penilaian).

2. Soalan no 3 terdiri daripada soalan pilihan SAMADA dan ATAU. Ini bermakna soalan no 3 sebenarnya mempunyai dua soalan. Oleh itu ia akan menguntungkan calon daripada segi pilihannya untuk menjawab 9 soalan bukannya 8 soalan sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Bagi Geografi kertas 1, soalan nombor 3 datangnya dari tema sistem geomorfologi manakala Geografi kertas 2, soalan no 3 datangnya dari tema pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

3. Soalan boleh ditanya dalam bentuk kemahiran amali dan kajian luar. Soalan kemahiran amali melibatkan pengiraan, persembahan kartografi seperti graf, rajah, carta dan peta serta menganalisis data, graf, rajah, carta dan peta.

4. Soalan kajian luar Geografi kertas 1 boleh ditanya dari salah satu sistem berikut; Sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan sistem ekologi. Soalan ini mempunyai banyak pecahan dan tidak terhad kepada tiga pecahan sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Manakala soalan kajian luar Geografi kertas 2 boleh ditanya dari salah satu tema berikut; Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar atau Transformasi desa dan pembandaran. Soalan ini mempunyai banyak pecahan dan tidak terhad kepada tiga pecahan sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

5. Setiap tahun adunan soalan langsung, soalan kemahiran amali dan soalan kajian luar akan dikemukakan untuk dijawab oleh calon. Pelbagai rangsangan soalan akan diberikan seperti data, rajah, carta, peta lakar dan peta topografi.

Page 9: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI STPM

Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar

(a) meningkatkan pengetahuan tentang konsep, prinsip, dan proses dalam Geografi Fizikal dan Geografi Manusia secara bersepadu dan pada pelbagai skala,

(b) meningkatkan kefahaman tentang saling bergantung antara elemen-elemen dan proses-proses Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia sebagai satu sistem dan bukannya berasaskan pembahagian aspek-aspek secara berasingan,

(c) menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem-sistem dalam alam sekitar selain fenomena semula jadi, serta meningkatkan kesedaran yang mendalam tentang kedinamikan hubungan sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar,

(d) meningkatkan kemahiran mempersembah, mentafsir, dan menganalisis data geografi dalam bentuk jadual, gambar rajah (graf, carta, dan peta), dan foto,

(e) mencerap dan mengkaji fenomena geografi yang menjadi isu semasa,

(f) membuat sintesis dan penilaian dengan bantuan kaedah-kaedah kemahiran geografi yang tepat di dalam dan di luar bilik darjah,

(g) berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu penghujahan secara tersusun, padat, dan jitu dengan menggunakan laras geografi,

(h) memahami kepentingan hubung kait negara Malaysia dengan negara-negara lain di dunia,

(i) menyedari, menghayati, dan melibatkan diri secara langsung dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara berterusan,

(j) mensyukuri dan mencintai negara Malaysia dan alam sekitarnya.

Page 10: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI STPM

Proses pengajaran-pembelajaran masa kini perlu dipelbagaikan sesuai dengan faktor kemenjadian dan aras kebolehan/pencapaian murid yang berbeza-beza. Pendekatan bersepadu dalam pemilihan pedagogi dan pandragogi pengajaran-pembelajaran amat dititikberatkan. Dalam konteks melahirkan pengajaran yang berkesan, mudah difahami serta menyeronokkan pelajar maka perkara-perkara berikut perlulah diberi penekanan yang serius oleh guru:

Menekankan perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam konteks kemahiran berfikir secara kritis maka bakat, kebolehan dan kemenjadian setiap murid mestilah digembelengkan untuk membolehkan ia mampu membuat perbandingan dan perbezaan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan dan keutamaan, membuat analisis, mengesan kecondongan membuat penilaian dan juga membuat kesimpulan. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula perlu dijana untuk membolehkan murid mampu membuat sumbangsaraan/menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens, meramalkan masa hadapan, membuat hipotesis,mensintesiskan, membuat gambaran mental, menganalogikan,merekacipta serta mengitlak.

Menekankan perkembangan kemahiran generik. Aspek kemahiran generik pula menekankan pembinaan skill, kecekapan dan keterampilan pelajar untuk menguasai suasana persekitaran. Dalam konteks ini elemen-elemen seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi khususnya ICT, kemahiran merancang dan mengelolakan aktiviti, kemahiran bekerjasama dan berkongsi, kemahiran mengakses, mengurus,memilih dan menganalisis maklumat serta kemahiran menyelesaikan masalah amat perlu ditekankan. Kombinasi antara kemahiran berfikir dan kemahiran generik akan melahirkan strategi pengajaran-pembelajaran yang berfikrah.

Justeru itu kepelbagaian jenis kaedah mengajar yang disarankan kepada guru-guru geografi tingkatan enam ialah seperti berikut:

a) Perbincangan kumpulan dan sumbangsaraan.b) Simulasi dan main peranan.c) Kaedah inkuiri – penemuan.d) Pengajaran-pembelajaran konteksual.e) Pembelajaran masteri.f) Kajian masa depan (KMD).g) Kajian kes dan kajian tindakan.h) Kajian luar/kajian lapangan.

Selain itu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kontemparori amat diutamakan. Justeru

Page 11: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

kelengkapan komputer dan internet di sekolah seperti kemudahan ”school net” di makmal komputer sekolah mestilah dimanfaatkan oleh guru. Bagi membolehkan ICT berguna kepada proses pengajaran dan pembelajaran maka empat mod P&P dicadangkan iaitu; mod aplikasi, mod tutorial, mod penerokaan dan juga mod komunikasi. Dengan menggunakan ke empat-empat mod P&P ini pelajar bukan sahaja boleh mengakses maklumat geografi dengan lebih luas malah menjadikan matapelajaran geografi lebih seronok dipelajari.

SKALA PERBINCANGAN DAN SUMBER PENGAJARAN -PEMBELAJARAN

Skala perbincangan bagi setiap tema yang ada di dalam sukatan pelajaran adalah berbeza-beza. Kita boleh memulakannya dengan skala makro seperti global/dunia, kawasan Tropika Lembab, Asia Pasifik, Asia Tenggara, atau skala yang lebih kecil seperti sebuah negara dan juga skala mikro seperti kawasan kajian luar. Skala perbincangan ini mestilah disesuaikan dengan sub-sub tema yang telah ditetapkan. Justeru itu ia amat bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk memilih dan menentukannya bagi memperluaskan prespektif pelajar-pelajar geografi. Kajian kes kepada sebuah Negara khususnya Malaysia amat digalakkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai keunikan geografi Malaysia seterusnya melahirkan rasa bersyukur dan berbangga dengan keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia berbanding dengan Negara-negara lain khususnya Negara serantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Sumber pengajaran dan pembelajaran kini perlu dipelbagaikan dan tidak lagi terhad kepada buku-buku rujukan semata-mata. Ia boleh meliputi pelbagai jenis peta, data, rajah, bahan bercetak, model dan juga sumber-sumber yang boleh diambil dari teknologi maklumat dan komunikasi terkini seperti dari internet, laman web, e-mail, CD-ROM, tele sidang dan sebagainya. Kemudahan ICT ini perlulah dimanfaatkan oleh setiap pelajar bagi mengakses pelbagai maklumat geografi yang kontemparori.

TEMA 1 : SISTEM BUMI.

Page 12: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL)

TAJUK : Kedudukan bumi dalam sistem suria.

HASIL PEMBELAJARAN :Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :Menghuraikan :Putaran dan peredaran bumi dan kesannya.

SISIPAN KONSEP :Kecondongan paksi bumi.Peredaran bumi.Putaran bumi.

ISI-ISI UTAMA :Memahami kedudukan dan pergerakan bumi dalam system suria.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :Gambar kejadian 4 musim.Perbincangan kumpulan.

i. Kumpulan 1 – Musim Bungaii. Kumpulan 2 – Musim Panasiii. Kumpulan 3 – Musim Luruhiv. Kumpulan 4 – Musim Sejuk

CONTOH SOALAN (RELEVAN) :a) “ Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada

waktu malam”. Bincangkan pernyataan ini. (12m)b) Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara tempat-

tempat lain tidak. (10m)c) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10 -9) daripada

seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa? (5m)d) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut

bahagian dunia. (10m)

PENILAIAN JAWAPAN :a) 2 faktor utama : i. Peredaran bumi mengelilingi matahari. ii. Putaran bumi pada paksinya yang condong.

+ Ketika solstis musim panas 21 Jun matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan garis lintang sartan (23 ½ U). Kawasan dalam lingkungan garis lintang yang sama menerima siang dan malam sama panjang selain kawasan khatulistiwa. Kawasan hemisfera utara waktu siang lebih panjang daripada malam. Manakala hemisfera selatan waktu malam lebih panjang daripada siang. Hemisfera utara mengalami musim panas sementara hemisfera selatan mengalami musim sejuk. (4m)

Page 13: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

+ Pada 22 Disember iaitu ketika solstis musim sejuk berlaku, Garisan Jadi (23 ½ S) mempunyai sudut pancaran matahari tegak di atas kepala. Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang lebih panjang daripada waktu siang kerana bahagian bumi ini agak agak terlindung daripada pancaran matahari. Hemisfera selatan mengalami siang lebih panjang daripada malam.Hemisfera selatan mengalami musim panas sementara hemisfera utara musim sejuk. (4m)

+ Putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½ daripada satah tegak. Bumi berputar sebanyak 360 mengambil masa 24 jam atau 15 longitud dalam masa satu jam. Putaran bumi ini akan menyebabkan bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang sementara bahagian bumi yang terlindung daripada pancaran matahari akan mengalami waktu malam. Perbezaan panjang waktu malam dan siang berlaku mengikut garis lintang tertentu di mana garis lintang yang berada 90 dengan matahari akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang sementara kawasan yang terletak pada sudut yang lebih kecil daripada 90 akan mengalami waktu malam dan siang yang berbeza. (4m)

b)-Peredaran bumi mengelilingi matahariKonsep peredarani. peredaran bumi mengeluiligi matahari 2mii. putaran bumi di atas paksinya yang condong 2mHuraian tentang kejadian ekuinoks dan solstis

i. kedudukan matahari (pada garis lintang : khatulistiwa,sederhana, kutub) 2mii. Jangka masa siang / malam tak sama panjangDalam masa satu tahun 2m

Penggunaan gambar rajah yang sesuai empat musim- kedudukan matahari- 4 kedudukan bumi- Garis relevan- Paksi yang condong- Garisan khatulistiwa 2mJarak bumi daripada matahari ; huraian tentangKeadaan aphelion (jauh) dan keadaan perihelion (dekat) 2m

c)- Jarak dari matahari dengan bumi (150 juta km) jarak semasa perihelion dan afehelion. - Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian solstis dan ekuinoks.

-Tompok matahari (sunspot) – lebih banyak tenaga electromagnet mengikut kiraan tompok matahari (tempoh 11 tahun setiap kiraan).

-Pemantulan dilapisan atas atmosfera dan pemantulan oleh awan. -Penyerakan oleh zarah yang halus seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habuk dan hablur ais. Bahan-bahan tersebut dapat menyerakkan sinaran matahari. -Penyerapan – zarah wap air, gas-gas, habuk dan debu menyerap kira-kira 15 % daripada jumlah sinaran

Page 14: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

-Albedo – keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan (yang lebih cerah akan memantulkan jumlah sinaran yang lebih tinggi)

*catatan : terima mana-mana 3 sebab (2, 2, 1 markah) Terima juga jawapan melalui gambarajah yang betul.

d)-Putaran bumi mewujudkan siang dan malam.-Peredaran bumi mengelilingi matahari yang mewujudkan kejadian musim mengikut kedudukan garis lintang.-Kecondongan pancaran matahari.-Ketebalan atmosfera.-Perbezaan permukaan dari segi jenis (daratan, air dan tumbuh-tumbuhan) dan bentuk (topografi).

*catatan : terima mana-mana 3 sebab dengan huraian x 3 markah. terima gambarajah yang sesuai x 1 markah.

TEMA 1 : SISTEM BUMI

TAJUK : Tenaga : Konsep, jenis dan punca tenaga.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis tenaga yang ada dalam sistem bumi.Memahami proses pemindahan tenaga suria kepada sistem bumi.Memahami variasi tenaga mengikut ruang dan masa.Menilai kepentingan tenaga terhadap sistem-sistem bumi.

SISIPAN KONSEP :Tenaga Suria

ISI-ISI UTAMA :Jenis-jenis tenagaVariasi tenaga suriaPeranan tenaga suria kepada sistem dan hidupan bumi.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai tenaga suria.Aktiviti berkumpulan – kumpulan 1 : Jenis-jenis tenaga

kumpulan 2 : Cara-cara pemindahan tenaga suria kumpulan 3 : Faktor yang mempengaruhi tenaga suria kumpulan 4 : Peranan tenaga suria kepada sistem bumi dan hidupan bumi.

Latihan.

Page 15: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

CONTOH SOALAN :

a) Huraikan 2 bentuk tenaga. ( 5 markah ) b) Mengapakah kadar penerimaan tenaga suria berbeza antara tempat-tempat di dunia. ( 10 markah )

c) Huraikan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia. ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

(a) 2 bentuk tenaga- tenaga keupayaan- tenaga kinetik ( 5m )

(b) Perbezaan kadar penerimaan tenaga suria - kedudukan garislintang- perbezaan siang dan malam- ketebalan atmosfera- sudut pancaran sinaran suria- jarak bumi dari matahari (perihelion dan afelion)- perbezaan permukaan bumi (daratan, kawasan berair, tumbuh-

tumbuhan) (5 x 2markah)

(c ) Peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia.- pertanian- penternakan- pelancongan- perikanan- perindustrian- pembalakan- perlombongan

( 5 x 2 markah )

TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGIKERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

Page 16: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Teori Hanyutan Benua.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,Memahami Teori Plat Tektonik.Menghuraikan proses-proses hanyutan benua.Menghuraikan bukti-bukti teori hanyutan benua.

SISIPAN KONSEP :Plat-plat dunia

ISI-ISI UTAMA :Teori Plat TektonikProses-proses hanyutan benuaBukti-bukti hanyutan benua

AKTIVITI PEMBELAJARAN :Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai benua di dunia.Power point – teori plat tektonik dan bukti hanyutan benuaLatihan.

CONTOH SOALAN :

a) Apakah yang dimaksudkan dengan plat-plat dunia. ( 5 markah ) b) Jelaskan hipotesis Wegener mengenai hanyutan benua ( 10 markah )

c) Huraikan bukti-bukti hanyutan benua ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

(a) Maksud plat ialah kepingan-kepingan kerak bumi yang membentuk kerak bumi benua dan kerak bumi lautan. ( 5m )

Hipotesis Wegener perpecahan pangea kepada laurasia dan gondwanalandperanan putaran bumi membekalkan tenaga tekanan pemisah plat.berlaku pergerakan akibat kuasa-kuasa tektonikpergerakan dari kutub hasilkan tekanan ke atas benuadaya mampatan dan daya tegangan – arus perolakan kuat(5 x 2markah)

Bukti- bukti teori hanyutan benuakeselanjaran benua

Page 17: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

geologi batuanfosil batuanPaleomagnetOseanik( 5 x 2 markah )

TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Luluhawa.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,Memahami maksud luluhawa.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa.Menghuraikan kepentingan luluhawa kepada aktiviti manusia.

SISIPAN KONSEP :Luluhawa kimiaLuluhawa fizikalLuluhawa Biotik

ISI-ISI UTAMA :Maksud luluhawaFaktor yang mempengaruhi luluhawaKepentingan luluhawa

AKTIVITI PEMBELAJARAN :Maujud Geografi – lawatan disekitar sekolah dan mengkaji jenis-jenis batuan. Pelajar mengumpulkan beberapa jenis batuan.Pelajar menghuraikan perbezaan jenis-jenis batuan tersebut.Penjelasan dan rumusan oleh guru.Latihan.

CONTOH SOALAN :

a) Nyatakan maksud luluhawa. ( 5 markah ) b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa. ( 10 markah )

c) Jelaskan bagaimana kepelbagaian jenis batuan boleh mempengaruhi aktiviti manusia. ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

Page 18: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(a) Maksud luluhawa kimia ialah proses pemecahan, pereputan dan penyepaian batuan secara insitu yang dipengaruhi oleh agen-agen atmosfera seperti pancaran matahari, suhu, hujan dan lain-lain. ( 5m )

Faktor yang mempengaruhi proses luluhawa.IklimBatuanTopografiPengangkutanTumbuh-tumbuhanMasa(5 x 2markah)

Pengaruh batuan terhadap aktiviti manusia.Granit untuk kuari/pembinaan/ jalanraya Marmar untuk bangunan / alatan hiasan rumahBatu kapur untuk simenBatu permata untuk perhiasanBatuan laterit untuk pertanianTanah liat untuk peralatan tembikar (5 x 2markah)

TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Sungai.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,Menghuraikan jenis-jenis hakisan sungai.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.Menghuraikan sumbangan bentuk mukabumi pemendapan sungai terhadap manusia.

SISIPAN KONSEP :Hakisan, Pengangkutan dan pemendapan sungaiTenaga sungaiBentuk mukabumi sungai.

ISI-ISI UTAMA :Jenis-jenis hakisanFaktor yang mempengaruhi hakisan sungaiKepentingan bentuk-bentuk mukabumi pemendapan sungai.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai sungai.

Page 19: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Penerangan dan huraian oleh guru.Aktiviti Kumpulan :

Kumpulan 1 : Jenis-jenis hakisan sungaiKumpulan 2 : Faktor yang mempengaruhi hakisan sungaiKumpulan 3 : Bentuk-bentuk muka bumi hakisan sungai.Kumpulan 4 : Bentuk-bentuk muka bumi pemendapan sungai.

CONTOH SOALAN :

a) Huraikan jenis-jenis hakisan sungai. ( 5 markah ) b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan sungai. ( 10 markah )

c) Huraikan kepentingan bentuk mukabumi sungai dalam mempengaruhi aktiviti manusia. ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

Jenis-jenis hakisan sungaihakisan mendalamhakisan melebarhakisan mengundur ( 5m )

(b) Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.Isipadu airKecerunanHalaju sungaiBatuanJumlah beban muatanHalangan(5 x 2markah)

(c) Kepentingan bentuk muka bumi sungai

- dataran banjir/ delta / dataran mendap - pertanian - tasik ladam/ muara sungai – ternakan ikan dalam sangkar / akuakultur - dataran mendap / tetambak - petempatan - air terjun – elektrik hidro / rekreasi - jeram - rekreasi - beting pasir sungai – perlombongan pasir - sungai – pengangkutan/ perhubungan - (5 x 2markah)

TEMA : Sistem Geomorfologi

Page 20: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TAJUK : Ombak.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

Menghuraikan cara-cara hakisan ombak.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan ombak.Menghuraikan sumbangan bentuk mukabumi pemendapan ombak terhadap manusia.

SISIPAN KONSEP :Hakisan, Pengangkutan dan pemendapan ombakTenaga ombakBentuk mukabumi pemendapan ombak.

ISI-ISI UTAMA :Jenis-jenis hakisan ombakFaktor yang mempengaruhi hakisan ombakKepentingan bentuk-bentuk mukabumi pemendapan ombak.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai laut.Penerangan dan huraian oleh guru.Aktiviti Kumpulan :

Kumpulan 1 : Cara-cara hakisan ombakKumpulan 2 : Faktor yang mempengaruhi hakisan ombakKumpulan 3 : Faktor yang mempengaruhi tenaga ombakKumpulan 4 : Bentuk-bentuk muka bumi pemendapan ombak

Latihan.

CONTOH SOALAN :

a) Nyatakan cara-cara hakisan sungai. ( 5 markah ) b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan ombak. ( 10 markah )

c) Jelaskan bagaimana manusia mempengaruhi bentuk mukabumi pinggir pantai. ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

Page 21: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Cara-cara hakisan ombaktindakan hidroltindakan geselantindakan lagaantindakan larutan ( 5m )

(b) Faktor yang mempengaruhi hakisan ombak.Jenis dan kekuatan ombakKepelbagaian jenis,jumlah dan saiz beban muatanKedudukan pantai (terdedah / terlindung )Pengaruh arusAktiviti manusia(5 x 2markah)

(c) Tindakan manusia terhadap bentuk muka bumi pinggir pantai 1. menyebabkan hakisan bertambah - eksploitasi hutan bakau - aktiviti perlombongan pasir laut

- pembinaan struktur / bangunan dipinggir pantai- aktiviti manusia berasaskan air

2. menyebabkan pemendapan- pupukan/ timbunan pantai dengan pasir- menanam semula pokok bakau- membina pemecah ombak di laut- struktur binaan pinggir pantai (tembok, gabion, tetrapod, timbunan batu,

dan lain-lain) (pilihan 4 + 1 atau 3 + 2 / 5 x 2 markah )

TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Teori Hanyutan Benua

HASIL PEMBELAJARAN :Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :1. Menjelaskan definisi Teori Hanyutan Benua2. Menjelaskan taburan dan bukti-bukti hanyutan benua3. Menghuraikan kesan-kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi

SISIPAN KONSEP :1. Teori Awal

Page 22: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. Teori Perluasan Dasar Lautan3. Teori Tektonik Plat

ISI-ISI UTAMA :1. Bukti-bukti Teori Hanyutan Benua:

a. Bukti keselenjaran benuab. Bukti geologic. Bukti iklim purbad. Bukti fosile. Bukti kemagnetan purbaf. Bukti lautan

2. Kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi:a. Pembentukan jurang lautan dan lautb. Pembentukana benua yang menentukan sempadan politik dan geografic. Taburan tidak sama rata lautan dan daratand. Kepelbagaian taburan spesies flora dan faunae. Plat tektonik yang berubah-ubah.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Perbincangan dalam kumpulan. Pembentukan kumpulan antara 4-5 pelajar. Pelajar di beri masa selama 15 minit untuk perbincangan. 15 minit diperuntukan untuk dibentangkan oleh kumpulan yang dipilih secara rawak. Guru membuat rumusan dan tambahan isi yang perlu.

CONTOH SOALAN (RELEVAN) :a) Apakah yang dimaksudkan dengan plat tektonik (5m)b) Huraikan bukti-bukti yang menjadi asas kepada teori hanyutan benua (10m)c) Terangkan kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi (10m)

PENILAIAN JAWAPAN :

a) Plat tektonik menerangkan tentang lapisan kerak bumi yang boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan iaitu plat benua dan plat lautan. Plat benua membentuk daratan dan plat lauatan membentuk dasar laut.

( 5 x 1m =5m)

b) B1-Bukti keselenjaran benua-daratan berasal daripada blok besar dikenali sebagai pangea- garis pantai dan pentas benua selanjar antara satu sama lain. B2-Bukti geologi-benua Afrika dan benua Amerika Selatan berpecah daripada satu blok. B3-Bukti iklim purba-zon iklim dan ciri pengglasieran adalah serupa bagi benua selatan. B4-Bukti fosil-flora yang serupa pada bahan enapan hampir dengan ais benua selatan. B5-Bukti kemagnetan purba-magnet utara berubah. B6-Bukti lautan-lembangan dan dasar laut adalah lebih muda daripada benua. ( 5 x 2m =10m)

Page 23: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

c) C1- Pembentukan jurang lautan dan lautC2- Pembentukan benua-benua yang menentukan sempadan politik dan geografiC3- Taburan tidak sama rata lautan dan daratanC4- Kepelbagaian taburan spesies flora dan faunaC5- Plat tektonik yang berubah-ubah

TAJUK :

Melukis profil rentas Mentafsir peta, guna tanah pertanian.

HASIL PEMBELAJARAN :

Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat : Menyatakan maksud profil rentas. Menulis profil rentas Menjelaskan pengaruh ketinggian terhadap guna tanah pertanian.

SISIPAN KONSEP : Profil rentas Guna tanah pertanian.

ISI-ISI UTAMA :

Konsep profil rentas dan cara melukisnya.. Pelbagai guna tanah pertanian dan kaitannya dengan ketinggian.

AKTIVITI PEMBELAJARAN : Kerja amali

CONTOH SOALAN :

Page 24: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Soalan-soalan berikut adalah berdasarkan kepada Peta 1 yang berskala 1 : 50 000.

(a) Apakah maksud, ‘ profil rentas ‘( 5m )

(b ) Dengan menggunakan skala 1: 10 000, lukiskan profil rentas dari tanda tinggi 525 ke tanda tinggi 475. Labelkan ciri-ciri fizikal dan guna tanah yang terdapat di sepanjang profil rentas tersebut.

( 10m )(b) Berdasarkan Peta 1, jelaskan bagaimana perbezaan ketinggian bentuk bumi mempengaruhi jenis guna tanah pertanian di kawasan lembangan Sungai Mira.

( 10m )

PENILAIAN JAWAPAN

( a) Profil Rentas ialah gambaran yang dibuat antara dua poin untuk menunjukkan ciri fizikal dan ciri budaya terutama guna tanah yang terdapat di sepanjang keratan itu.

( 5m )

( b ) Melukis Profil Rentas.( 10m )

( Sila lukis, Profil Rentas yang lengkap )

(c) Pengaruh ketinggian terhadap guna tanah pertanian ialah :

Pinggir pantai - penanaman kelapa. Tanah pamah - penanaman padi sawah. Kaki Bukit Beralun – Kelapa sawit dan getah.

( 3m x3 =1 = 10m )

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA.KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

Page 25: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TAJUK : Taburan suhu secara menegak dan mendatar serta faktor yang mempengaruhinya.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

Menjelaskan konsep ‘taburan suhu secara menegak’ dan ‘taburan suhu secara mendatar’.

Menjelaskan konsep pemanasan global,dan sebab-sebab berlaku keadaan sedemikian Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar.

SISIPAN KONSEP :

Konsep ‘taburan suhu secara menegak’ dan ‘taburan suhu secara mendatar’. Pemanasan global. .ISI-ISI UTAMA :

Maksud ‘ taburan suhu secara menegak’ dan taburan suhu secara mendatar’. Maksud ‘pemanasan secara global dan sebab-sebab berlaku. Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar .

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Carta bergambar. Melukis Peta Minda.

CONTOH SOALAN :

( a) Apakah maksud, Pemanasan global dan nyatakan sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian

( 7 markah ) (b ) Apakah maksud, ‘taburan suhu secara mendatar’ dan ‘ taburan suhu secara menegak’.

( 8 markah ) c) Huraikan faktor yang mempengaruhi suhu mendatar.

( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

Page 26: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

( a ) Maksudnya ialah,

Suhu semakin meningkat secara menyeluruh di permukaan bumi.

Sebab-sebabnya. Pembakaran terbuka. Kegiatan pembakaran hutan secara berleluasa. Kegiatan pembalakan secara berlebihan. Kegiatan pertanian pindah. Pengeluaran asap kenderaan dan kilang.

( 2m + 1m X 5 = 7)

(b ) Maksudnya ialah,

Taburan Suhu Secara Mendatar ialah, Perbezaan suhu yang dilihat secara kedudukan garisan latitud, semakin

jauh dari garisan khatulistiwa suhu semakin kurang arah ke kutub. Taburan Suhu Secara Menegak ialah, Perbezaan suhu yang dilihat mengikut ketinggian, suhu semakin rendah mengikut ketinggian.Semakin tinggi sesuatu tempat suhu semakin turun.

( mana-mana 4m/ 4m )

( c) Faktor-faktor yang mempengaruhi ‘taburan suhu secara mendatar’ ialah

kedudukan latitud. Kecondongan paksi bumi. Sifat kebenuaan. Aspek. Badan Air. Litupan Awan. Litupan tumbuhan.

( 2m x 5 = 10m )

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA.

TAJUK :

Page 27: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Mikro iklim bandar, Fenomena jerebu, faktor-faktor yang mempengaruhi dan kesan-kesannya.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

Menjelaskan konsep jerebu. Menjelaskan peranan kegiatan manusia yang menyebabkan kejadian jerebu. Menghuraikan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.

SISIPAN KONSEP :

Konsep jerebu. Kegiatan manusia. Kesan kejadian jerebu. .

ISI-ISI UTAMA :

Maksud jerebu Peranan kegiatan manusia yang menyebabkan kejadian jerebu. Kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar .

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Carta bergambar. Melukis Peta Minda.

CONTOH SOALAN :

a) Apakah yang anda faham tentang konsep jerebu.( 5m )

b) Jelaskan peranan kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian jerebu. ( 10 m ) c) Huraikan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.

( 10 m )

Page 28: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

PENILAIAN JAWAPAN

a) Apakah yang anda faham tentang konsep jerebu.

Partikel terampai di atmosfera / dalam kepekatan yang tinggi/. Partikal terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering /dan udaranya yang stabil / yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan.

( 5 markah )

b) Jelaskan peranan kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian jerebu. Pertanian pindah – kaum asli. Pembukaan ladang – ladang kelapa sawit. Pembakaran terbuka. Perindustrian - asap kilang. Sistem pengangkutan – asap kenderaan. Aktiviti pembinan – debu-debu/habuk-habuk.

( 5 x 2m = 10m)

c) Jelaskan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.

Kesan Alam Sekitar Fizikal

Kejadian hujan asid. Kadar sejatan kurang. Kertumbuhan tumbuhan terganggu.

Kesan Alam Sekitar Manusia

Jarak penglihatan terganggu, pengangkutan terjejas. Penyakit berkaiatan pernafasan seperti batuk, asma dan mata merebak. Kegiatan ekonomi terganggu.

Sekurang-kurang 1 Faktor fizikal (FF) dan 1 faktor manusia (FM )Mana-mana 5 x 2 = 10 markah .

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

TAJUK :

Page 29: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Kemahiran amali sistem atmosfera , mengira peratus kekerapan angin, melukis Rajah Tiupan Angin.

Pengaruh tiupan angin terhadap kegiatan manusia.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat, Mengira peratus kekerapan angin. Melukis Rajah Tiupan Angin. Menjelaskan pengaruh tiupan angin monsun terhadap kegiatan manusia.

SISIPAN KONSEP :

Peratus kekerapan tiupan angin. Rajah tiupan angin Angin monsun.

ISI-ISI UTAMA :

Peratus kekerapan tiupan angin. Melukis Rajah Tiupan Angin. Pengaruh tiupan angin terhadap kegiatan manusia.

AKTIVITI PEMBELAJARAN : Kerja Amali.CONTOH SOALAN :

Arah Utara Timur laut

Timur Tenggara Selatan Barat daya

Barat Barat laut

Tenang

Bilangan Hari

2 4 6 3 5 3 0 2 5

Jadual : Kekerapan Arah Angin Kawasan S pada Bulan April.

(a) Berdasarkan jadual 5, kira peratus kekerapan peratus angin kawasan S bagi bulan April. ( 5m )( b) Dengan menggunakan hasil kiraan pada soalan (a), lukis rajah tiupan angin mudah menunjukkan peratus kekerapan tiupan angin kawasan S pada bulan April. ( 10m )(C ) Huraikan bagaimana pengaruh angin monsun terhadap kegiatan penduduk di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. ( 10m )

PENILAIAN JAWAPAN :

( a ) Mengira peratus kekerapan tiupan angin:

Page 30: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

= Bilangan hari sesuatu arah X 100 % Bilangan hari dalam 1 bulan

Utara dan barat laut = 2 X 100 % 30

= 6.7 %

Timur laut = 4 X 100 % 30

= 13.3 %

Timur = 6 X 100 % 30

= 20.0 %

Tengara dan barat daya = 3 X 100 % 30

= 10.0 %

Selatan dan Tenang = 5 X 100 % 30

= 16.7 %

( b) Melukis Rajah Tiupan Angin.( Sila lukis rajah tiupan angin yang lengkap )

( 10m )( c) Pengaruh tiupan angin monsun terhadap kegiatan manusia ialah :

Kegiatan perikanan – terganggu tidak turun ke laut ketika monsun timur laut.Kegiatan pelancongan – terganggu akibat hujan lebat dan banjir.Kegiatan perniagaan - terjejas, kurang sambutan dan kunjungan.Kegiatan pertanian - terganggu, tumbuhan tenggelam.Kegiatan ternakan - terganggu, ternakan mati lemas dan hanyut.

( 2m x 5 = 10m ) TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

TAJUK ;

Page 31: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Kemahiran amali sistem atmosfera , mengira julat suhu, melukis graf garisan dan mentafsir.

Perubahan suhu.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

Mengira julat suhu tahunan. Melukis graf garisan. Menjelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal.

SISIPAN KONSEP :

Konsep julat suhu. Graf Garisan. Perubahan iklim.

ISI-ISI UTAMA :

Julat suhu dan cara pengiraan. Melukis graf garisan. Kesan perubahan iklim ( peningkat suhu ) terhadap alam sekitar.

AKTIVITI PEMBELAJARAN : Kerja Amali.

CONTOH SOALAN :

J F M A M J J O S O N D

Page 32: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Bulan

Suhu Minimum

( º C )24 24.3 25 25.6 25 26 26.4 25 25.1 25.4 24 24

Suhu Maksimum

( º C )27 27 28 29 29 30 30 29 28 28 27.5 27.2

Jadual: Suhu Maksimum dan Suhu Minimum Kawasan Y bagi Tahun 2001

. a) Nyatakan maksud Julat Suhu. ( 3 markah )

b) Berdasarkan Jadual di atas, i . kira Julat Suhu Tahunan Kawasan Y. ( 5 markah)

ii. lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan Suhu Maksimum dan Suhu Minimum bagi kawasan Y tahun 2001. ( 10 markah )

c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal . ( 7 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

(a) Perbezaan nilai suhu maksimum dengan suhu minimum ( 3m )

(b) (i) - Suhu Maksimum – Suhu Minimum.

Contoh, Bulan Januari : = 27º C - 24º C = 3º C

(5m ) ( ii ) ( Sila lukis graf garisan yang lengkap )

(c) - kenalpasti 3 pengaruh . 1m - pencemaran udara. - peningkatan suhu . - kemarau. - dll.

TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI.KERTAS 1 ( GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL )

Page 33: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari bab ini pelajar dapat;

Memahami proses-proses kitaran hidrologi Menjelaskan proses menegak dan mendatar dalam kitaran hidrologi Menjelaskan konsep imbangan air positif dan imbangan air negatif Menjelaskan kepentingan sumber air kepada manusia Memahami konsep air tanah dan sistem akuifer serta pergerakan air tanah Menjelaskan gangguan-gangguan manusia terhadap kitar hidrologi

SISIPAN KONSEP

Proses menegak dalam kitaran hidrologi Proses mendatar dalam kitaran hidrologi Edaran air tanah Imbangan air

ISI-ISI UTAMA

Proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi Imbangan air Edaran air tanah dan sistem akuifer Kepentingan sumber air kepada manusia Gangguan-gangguan terhadap kitar hidrologi

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT Rajah Kitar Hidrologi Pembentangan Dalam Kumpulan

CONTOH SOALAN

1.a) Apakah yang difahami dengan imbangan air (5m) b) Dengan bantuan gambar rajah,huraikan proses-proses yang terlibat dalam kitar hidrologi (10m) c) Huraikan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi kitar hidrologi di kawasan tropika lembap (10m)

Page 34: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2.a) Apakah dimaksudkan ketidakseimbangan air positif (5m) b) Jelaskan bagaimana ketidakseimbangan air positif mempengaruhhi aktiviti manusia (10m) c) huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih (10m)

PENILAIAN JAWAPAN

1 a) Jumlah kerpasan sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami sejatpeluhan dan perubahan air yang disimpan dalam tanih dan air larian permukaan. (5m)

ATAU

P = ET + ST + r P ialah kerpasan ET ialah sejat peluhan ST ialah air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanah r ialah air larian permukaan

b) – Rajah kitar hidrologi - Proses sejatan - Proses sejat peluhan - Proses pemeluwapan - Proses kerpasan - Proses larian air permukaan - Aliran air bawah tanah - Proses resapan - Alir lintang udara - Proses pemejalwapan 5 isi X 2m + 2m = 12m

c) - Aktiviti pembalakan/ penyahutan - Aktiviti pertanian - Aktiviti perindustrian - Proses perbandaran / urbanisasi - Pembinaan empangan - Aktiviti penghutanan semula 5 isi X 2m = 10m

Page 35: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2.a) Jumlah kerpasan iaitu hujan,salji,dan embun yang turun ke permukaan bumi melebihi jumlah sejatan iaitu jumlah wap air yang naik ke atmosfera. (5m)

b)- Perindustrian - Pelancongan dan rekreasi - Penternakan - Perikanan dan akuakultur - Pengangkutan - Pertanian - Perniagaan - Aktiviti harian/ domestik 5 isi X 2m =10m

c) – Bentuk muka bumi - Tumbuh-tumbuhan - Ketelapan tanih - Kejerapan / keporosan tanih - Jumlah kerpasan - Kewujudan badan-badan air - Tindakan manusia 5 isi X 2m = 10m

TAJUK :

Kemahiran amali sistem hidrologi , mengira lebihan dan kurangan air, melukis graf bar dan mentafsir.

Kesan gangguan Imbangan Air kepada manusia

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

Mengira lebihan dan kurangan air. Melukis graf garisan. Menjelaskan kesan gangguan imbangan air terhadap manusia.

SISIPAN KONSEP :

Konsep imbangan air. Graf Garisan. Gangguan imbangan air.ISI-ISI UTAMA :

Imbangan air dan cara pengiraan.

Page 36: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Melukis graf garisan. Kesan gangguan imbangan air terhadap manusia.

AKTIVITI PEMBELAJARAN : Kerja Amali.

Bulan/Komponen

ImbanganAirJ F M A M J J O S O N D

Kerpasan 87 89 87 74 94 87 122 1O2 56 56 76 89

Sejatpeluhan 12 13 29 63 102 139 160 143 104 65 22 12

CONTOH SOALAN :

Jadual : Komponen Imbangan Air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X

(a) Kira lebihan air dan kurangan air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X

(b) Dengan menggunakan maklumat kerpasan dan sejatpeluhan , lukis graf yang sesuai menunjukan lebihan air dan kurangan air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X.

b) Berdasarkan graf yang telah anda dilukis pada (b) , jelaskan bagaimana pola imbangan air yang sedemikian boleh menganggu kegiatan manusia di kawasan tersebut

PENILAIAN JAWAPAN

(a) Cara Pengiraan :

Lebihan Air dan Kurangan Air ( Penerimaan Air )

= Jumlah Kerpasan – Jumlah Sejat peluhan.

a) Contoh Bulan Januari;

= 87 - 12

Page 37: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

= 75 mm

b) Contoh Bulan Jun;

= 87 – 139

= - 52 mm.

c) Contoh Bulan Disember.

= 89 – 12 = 77 mm.

b) ( Sila lukis graf garisan yang lengkap )

c) Kenalpasti bagaimana pola imbangan air yang sedemikian boleh menganggu kegiatan manusia di kawasan X,Antara kegiatan manusia ialah :

Pertanian Pelancongan Perniagaan. Perindustrian.

TEMA 5 : SISTEM EKOLOGIKERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

TAJUK :

Konsep ekosistem dan komponen ekosistem. Ekosistem akautik ( hutan paya bakau ) Kepentingan hutan paya bakau.

Page 38: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

HASIL PEMBELAJARAN :

Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat : Menyatakan maksud ekosistem Menyenaraikan komponan asas dalam ekosistem Menjelaskan ekosistem akuatik,

SISIPAN KONSEP : EkosistemAliran tenaga dalam makananHutan bakau

ISI-ISI UTAMA :

Interaksi utama antara komponen abiotik dan biotik dalam satu persekitaran. Komponan biotik ialah benda-benda hidup seperti tumbuhan-tumbuhan haiwan

organisma dan manusia. Pengguna pengeluar dan pengurai Gambarajh ekosistem.

AKTIVITI PEMBELAJARAN : Penggunaan ICT.

CONTOH SOALAN :

1 (a) Jelaskan maksud ekosistem (5m) (b) Dengan merujuk kepada sebuah ekosistem akuatik beri contoh komponan biotik dan komponan abiotik. ( 10m ) (c ) Huraikan kepentingan ekosistem hutan paya bakau. ( 10m )

PENILAIAN JAWAPAN:

(a) Ekosistem ialah satu interaksi antara benda hidup dan benda bukan hidup dalam satu

Page 39: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

alam sekitar. (1x5m) (b) Ekosistem akuatik

Gambarajah Komponan biotik terdiri daripada tumbuhan plakton, zooplanton, ikan, udang, bakteria, kulat, Komponan abiotik terdiri daripada tenaga suria,tanah, Larutan mineral ,suhu,air,kemasinan dan keasidan air. ( 1+ 3+3=10) (c) Kepentingan hutan paya bakau, Melindungi pinggir pantai Tempat perlindungan haiwan dan ikan Memerangkap nutrien ,sedimen dan bahan toksid Tempat bekalan makanan Perikanan Hasil kayu Sumber makanan dan bahan kegunaan domestik serta ubatan Penyelidekan dan pendidikan Penyelidekan

( 2x5=10m )

TEMA 5 : SISTEM EKOLOGI

TAJUK :

Konsep ‘rantaian makanan’ dan siratan makanan’. Jenis ekosistem dan contohnya. Kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 40: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Menjelaskan maksud ‘ Rantaian Makanan’ dan ‘Siratan Makanan’ Menyatakantan jenis ekosistem dan contohnya. Menjelaskan kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

SISIPAN KONSEP

Rantaian Makanan. Siratan Makanan Ekosistem Daratan. Ekosistem Lautan

ISI-ISI UTAMA

Maksud rantaian makanan’ dan‘ siratan makanan ‘ Jenis ekosistem dan contoh. Kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia

AKTIVIYI PEMBELAJARAN :

Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD).

CONTOH SOALAN :

(a) Apakah maksud ‘ rantaian makanan’ dan ‘ siratan makanan’. ( 9 m) (b) Nyatakan jenis ekosistem dan berikan contoh setiap jenis tersebut. ( 4 m ) (c) Huraikan kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia. (8 m )

PENILAIAN JAWAPAN :

(a) Apakah maksud, ‘ Rantaian Makanan’ dan ‘Siratan Makanan’.

Konsep rantaian makanan dapat dijelaskan sebagai hubungan pemakanan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier yang melibatkan pemindahan tenaga untuk menjalankan aktiviti tumbesaran dalam sesuatu ekosistem.

Page 41: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Konsep siratan makanan mempunyai hubungan kait dengan rantaian makanan kerana siratan makanan ialah gabungan beberapa rantaian makanan untuk membentuk satu ekosistem yang rencam dan unik.

( 4m/5m)

(b) Nyatakan jenis ekosistem dan berikan contoh setiap jenis tersebut.

Jenis ekosistem, - ekosistem daratan - ekosistem lautan.

( 2m ) Contohnya,

- Hutan hujan tropika.- Hutan pantai.

( 2m )

(c) Huraikan kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

Kepentingan ekosistem hutan :

Terhadap alam sekitar fizikal,- Menghalang berlaku hakisan.- Merupakan kawasan tadahan.- Mencegah berlaku kejadian banjir.- Sederhanakan suhu bumi.- Membantu pembentukan kerpasan dengan menjalankan proses sejat

peluhan .

Terhadap alam sekitar manusia,- Sumber perubatan.- Sumber makanan.- Sumber kayu balak.- Sumber bahan mentah kraf tangan.

TEMA 6 : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM..( KERTAS 1 : GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL)

TAJUK :

Saling kebergantungan Sistem, gangguan terhadap sistem atmosfera.

Page 42: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat

Menjelaskan punca-punca pembakaran hutan. Membincangkan bagaimanakah kebakaran hutan boleh menganggu alam sekitar fizikal. Membincangkan langkah-langkah mengatasi kemusnahan hutan.

SISIPAN KONSEP :

Kebakaran hutan. Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

ISI-ISI UTAMA :

Punca-punca kebakaran hutan. Bagaimana kebakaran hutan boleh menganggu alam sekitar fizikal. Langkah-langkah mengatasi kemusnahan hutan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Carta Bergambar. Melukis Peta Minda.

CONTOH SOALAN :

. a) Nyatakan punca pembakaran hutan di Malaysia.( 5m )

b) Huraikan kesan kebakaran hutan terhadap alam sekitar fizikal.( 10m )

c) Beri cadangan anda tentang cara-cara mengatasi kemusnahan hutan. ( 10 m )

PENILAIAN JAWAPAN

a) Nyatakan punca pembakaran hutan di Malaysia.

Page 43: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

kilat. pertanian pindah. pembukaan ladang. kemarau. kecuaian manusia.

( 5m )

b) Huraikan kesan kebakaran hutan terhadap alam sekitar fizikal .

Peningkatan suhu/ matahari terus memancar ke bumi. Tanih kering/ tandus. Pencairan salji/ kenaikan aras laut. Menganggu keseimbangan kandungan udara. Memusnah habitat flora dan fauna. Tupan angin kencang /tiada halangan / tekanan udara rendah. Kadar hakisan tanah meningkat/ tiada halangan / tiada cengkaman akar.

( Mana-mana 5 x 3m = 10 markah)

c) Beri cadangan anda tentang cara-cara mengatasi kemusnahan hutan.

Kuat kuasa undang-undang- Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 1993 )/ Enakmen Industeri Berasas Kayu ( 1985) Kempen - Media cetak/ media elektoronik Ladang hutan. Tanam semula hutan. Mewartakan hutan simpan dan taman negara. Rawatan silverkultur.

(Mana-mana 5 x 3m = 10 markah)

TEMA 7: KAJIAN LAPANGAN/KAJIAN LUAR GEOGRAFI KERTAS 1 (Alam Sekitar Fizikal).

HASIL PEMBELAJARAN

Page 44: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat: Memahami prinsip-prinsip kajian luar seperti menyatakan tajuk dan kawasan kajian

secara mikro (kawasan yang kecil), mengemukakan objektif kajian luar dan menerangkan kaedah-kaedah yang boleh diguna untuk melakukan kajian luar.

Menjelaskan kaedah dan langkah yang patut dibuat untuk melaksanakan kajian luar (sebelum, semasa dan selepas di lapangan)

Mengenalpasti aspek-aspek yang boleh dikaji secara kajian luar bagi setiap sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan juga sistem ekologi.

Memahami bagaimana menulis laporan kajian luar yang mesti disediakan dan seterusnya menggunakan format laporan tersebut untuk menulis jawapan soalan kajian lapangan Geografi Kertas 1 STPM.

SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

SUBTOPIK HURAIAN7.1 Prosedur melaksanakan kajian luar/lapangan

Memahami prinsip dan kaedah melaksanakan kajian luar/lapangan .

7.2 Tema dan skop kajian. Menjelaskan tema dan skop kajian luar/lapangan bagi setiap sistem: sistem geomorfologi, sistem atmosfera,sistem hidrologi dan sistem ekologi.

7.3 Contoh-Contoh Kajian luar yang dijalankan

Contoh laporan kajian luar sistem geomorfologi, atmosfera, hidrologi dan ekologi.

7.1 Prosedur Menjalankan Kajian Luar Alam Sekitar Fizikal.

Pengenalan

1. Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam disiplin geografi. Kajian luar ini mengandungi dua bahagian, iaitu Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia yang boleh dijalankan serentak. Teori yang dipelajari di dalam bilik darjah dimantapkan lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan.

2. Dokumen ini mengandungi langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar. Langkah-langkah yang dicadangkan ini boleh menjadi panduan dan senarai semak kepada guru dan pelajar sebelum menjalankan kajian luar.

3. Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar ialah menentukan tajuk/isu kajian, pemilihan kawasan, membuat tinjauan, menentukan kaedah kajian, menyediakan peralatan dan bahan kajian,menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian, persiapan logistik, menjalankan kajian di lapangan, memproses dan menganalisis data, dan menyediakan laporan. Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar akan diperincikan di bawah ini.

Langkah-langkah menjalankan kajian luar

Menentukan tajuk/isu kajian

Page 45: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilih seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Tajuk kajian luar Alam Sekitar Fizikal berdasarkan kepada empat sistem, iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi, dan sistem ekologi.

Pemilihan kawasan

1. Lokasi kawasan kajian yang dipilih hendaklah dirujuk pada peta kawasan berkenaan dan menepati objektif kajian luar yang didasarkan kepada perkara berikut.

(a) unsur fizikal dan manusia yang terdapat di kawasan tersebut(b) faktor jarak, kos dan masa(c) aspek keselamatan(d) keluasan kawasan kajian

(a) merangkumi unsur fizikal dan manusia

Kawasan kajian yang dipilih hendaklah merangkumi unsur fizikal dan manusia. Ini bagi membolehkan pelajar menjalankan kajian yang merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan manusia serentak. Tajuk kajian yang dipilih hendaklah merangkumi tajuk-tajuk yang telah dipelajari di bilik darjah. Contohnya, pelajar tingkatan enam rendah boleh menjalankan kajian luar tentang geomorfologi dan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

(b) faktor jarak, kos dan masa

Faktor jarak, kos dan masa hendaklah juga diambil kira dalam menentukan pemilihan kawasan kajian. Sekiranya unsur yang hendak dikaji terdapat di kawasan persekitaran sekolah memadai sekiranya kajian itu dijalankan di kawasan tersebut. Seboleh mungkin kawasan kajian hendaklah tidak terlalu jauh dari sekolah yang melibatkan perjalanan masa yang lama serta kos pengangkutan yang tinggi. Jarak kawasan kajian yang dipilih sebaik-baiknya tidak melebihi 2 jam perjalanan dengan bas.

(c) aspek keselamatan

Dalam menentukan pemilihan kawasan kajian aspek utama yang perlu ditegaskan ialah keselamatan. Keselamatan ini meliputi keselamatan dalam perjalanan, kawasan kajian yang dipilih hendaklah bebas dari sebarang ancaman seperti arus sungai yang deras, cerun curam, haiwan buas, kawasan berisiko tinggi dan kawasan larangan.

(d) keluasan kawasan kajian

Page 46: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1. Keluasan kawasan kajian yang dipilih hendaklah bersifat mikro yang mempunyai kedua-dua unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kawasan yang dipilih seeloknya hendaklah mempunyai beberapa ciri fizikal yang boleh dikaji seperti sungai, cerun, pantai, hutan, bukit, paya, tasik dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

2. Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Pada amnya pemilihan kawasan kajian mestilah memenuhi syarat berikut

(a) Kawasan kajian luar boleh dipilih berdasarkan bentuk muka bumi, fenomena fizikal, unsur dan proses fizikal yang berlaku.

(b) Kawasan kajian luar hendaklah berskala mikro seperti sebuah lembah sungai, sebuah cerun, pantai, hutan, dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

Peralatan dan kegunaannya

Kajian luar bagi bahagian alam sekitar fizikal boleh menggunakan peralatan berikut.

(i) Alat aras Abney atau klinometer Suunto – digunakan untuk merekodkan ketinggian sesuatu poin yang diukur

(ii) Pancang jajar – digunakan untuk menjajarkan sesuatu pengukur linear semasa mengukur profil, dan sekiranya yang diukur ialah profil pantai, pancang jajar ini boleh juga digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya

(iii) Pita ukur – digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak

(iv) Kompas prismatik – digunakan untuk menentukan orientasi profil yang diukur

(v) Alat GPS (Global Positioning System) –digunakan untuk menentukan letakan, ketinggian, dan arah

(vi) Higrometer putar dan air suling – digunakan untuk merekodkan suhu kering dan suhu basah, dan mengira kelembapan bandingan

(vii) Termometer Sixes, tolok hujan, anemometer, alat pelindung Stevenson, dan barometer – digunakan untuk mengukur unsur cuaca

(viii) Peta topografi – digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar sesuatu kawasan kajian

(ix) Alat tulis – digunakan untuk merekodkan setiap pencerapan atau pengukuran di lapangan

(x) Kamera – digunakan untuk merakam gambar sebagai bukti tempat itu dan bahan sokongan kajian.

Kaedah kajian:

Maklumat boleh diperoleh dari dua sumber iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Sumber data sekunder terdiri daripada laporan seperti laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, dan agensi awam lain dan swasta. Data primer diperoleh di lapangan melalui kaedah pemerhatian, pencerapan, pengukuran, senarai semak, temu bual dan kaji selidik.

Page 47: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Langkah menjalankan kajian luar

(a) Sebelum ke lapangan guru membuat persiapan awal seperti:

(i) Menentukan sistem atau tema kajian, memilih lokasi kajian dan melakukan tinjauan awal

(ii) Pemilihan tajuk mengikut kumpulan pelajar. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berlainan supaya semua tajuk dapat dikaji secara kajian luar.

(iii) Pengurusan surat menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

(iv) Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi.

(v) Penyediaan pengangkutan dan guru pengiring,

(vi) Persediaan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal selidik.

(vii) Taklimat kepada pelajar yang meliputi; tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian,

(b) Semasa di lapangan

(i) Pelajar menjalankan pemerhatian, pencerapan, dan pengukuran terhadap perkara berikut:

Ciri alam sekitar fizikal dan ciri alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian.

Punca yang menyebabkan impak alam sekitar sama ada proses fizikal atau aktiviti manusia atau kedua-duanya.

Impak alam sekitar yang dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan kehidupan manusia.

Langkah yang telah diambil untuk mengurangkan impak alam sekitar.

Faktor yang mempengaruhi proses fizikal dan aktiviti manusia.

Kepentingan bentuk muka bumi, fenomena cuaca, dan aktiviti manusia

(c) Sekembali dari lapangan

(i) Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari sesuatu tajuk.

(ii) Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh.

(iii) Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana item yang relevan dan sesuai.

Page 48: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(iv) Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

(v) Merumus dan mempersembahkan hasil kajian. Setiap kumpulan mestilah membentangkan hasil kajian masing-masing.

Penyediaan laporan kajian luar

1. Kajian lapangan dilakukan secara berkumpulan tetapi laporannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu satu laporan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali daripada kerja di lapangan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut.

(a) Pengenalan – Tajuk kajian iaitu penyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Tujuan kajian – penyataan tentang objektif kajian dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah dipilih.

(c) Lokasi kajian – huraian ringkas tentang ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian dijalankan.

(d) Kaedah kajian – huraian tentang cara kajian dilakukan: pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu bual, dan pemerhatian

(e) Hasil kajian dan perbincangan – huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf dan peta.

(f) Penutup – rumusan kajian.

7.2 Skop dan Tajuk Kajian Luar Alam Sekitar Fizikal

Tajuk dan Tumpuan Kajian

Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilih dan jumlah masa yang diperuntukkan bagi setiap bahagian dalam sukatan pelajaran. Kajian luar alam sekitar fizikal hendaklah berdasarkan salah satu daripada empat sistem iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi, dan sistem ekologi.

7.2.1 (a) Kajian luar sistem geomorfologi boleh dilakukan di salah satu kawasan berikut: (i) Lembah sungai (ii) Cerun (iii) Pinggir pantai (iv) Tanah tinggi

(v) Tanah pamah

(b) Tumpuan kajian bagi setiap sistem geomorfologi yang dipilih adalah:

(i) Proses geomorfologi

Page 49: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(ii) Faktor yang mempengaruhi (iii) Kepentingan kepada pembentukan bentuk muka bumi

(iv) Impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia (v) Cadangan mengurangkan impak tersebut

7.2..2 (a) Kajian luar berkaitan sistem atmosfera boleh dilakukan di stesen kaji cuaca atau kaji iklim.Kajian perlu ditumpukan kepada aktiviti mencerap, merekodkan, dan menganalisis unsur cuaca dan menjelaskan faktor yang mempengaruhinya. Unsur cuaca yang dikaji:

(i) Suhu (ii) Hujan (iii) Angin

(iv) Kelembapan bandingan(v) Litupan awan

(vi) Tekanan udara

7.2.3 (a) Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut:

(i) Luar bandar (ii) Bandar (iii) Perumahan

(iv) Perindustrian(v) Pertanian

(vi) Bencana Banjir Kemarau Pencemaran air

(b) Kajian perlu ditumpukan kepada:

(i) Aspek permintaan dan bekalan air serta faktor yang mempengaruhinya (untuk kawasan (i) hingga (v))

(ii) Kejadian banjir, kemarau, dan pencemaran air serta faktor yang mempengaruhinya (untuk kawasan (vi)).

7.2.4 (a) Kajian luar berkaitan sistem ekologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut:

(i) Hutan (ii) Tasik (iii) Sungai

(iv) Pinggir pantai(v) Paya

(vi) Belukar

(b) Kajian perlu ditumpukan kepada:

Page 50: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(i) Komponen asas ekosistem (ii) Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem

(iii) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem

Kajian Luar Sistem Geomorfologi

1. Di dalam sistem geomorfologi, penekanan hanya diberikan kepada geomorfologi lembangan  saliran dan geomorfologi  pinggir  pantai.  Setiap bentuk yang terdapat adalah merupakan hasil ukiran proses-proses  yang bertindak  di sesuatu kawasan berkenaan.

2. Kejayaan pengukiran  bentuk-bentuk tersebut adalah bergantung pada beberapa faktor yang  mempengaruhinya.  Kesemua  bentuk dapat diukur, sama ada yang besar, maupun yang kecil. Bagaimanapun, penentuan sesuatu bentuk yang hendak diukur adalah bergantung pada kemampuan peralatan, keselamatan dan juga masa yang ada.

Tujuan

1. Tujuan khusus kajian luar bagi sistem geomorfologi ini ialah untuk mengukur profil cerun. Pengukuran profil cerun, boleh dilakukan sama ada di sebuah kawasan bercerun yang tidak terdapat terlalu banyak tumbuh-tumbuhan atau di sesebuah pantai, ialah sebagai suatu ilustrasi untuk mengenali bentuk muka bumi di lapangan, kemungkinan proses yang bertindak menghasilkannya, dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi proses dan pembentukan bentuk berkenaan.

2. Hasil kajian itu akan membolehkan pelajar memahami dengan lebih baik tentang proses-proses yang terlibat  di dalam pembentukan sesuatu  bentuk  muka bumi berkenaan, umpamanya hakisan, pengangkutan atau pemendapan.  Kajian  di sebuah kawasan yang kecil ini sepatutnya dapat membantu pelajar secara umumnya untuk melihat bagaimana sesuatu bentuk muka bumi serta proses-proses yang bertindak mewujudkannya boleh mempengaruhi manusia, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Alat-alat dan Kegunaannya

1. Alat aras Abney atau klinometer Suunto (untuk merekodkan tinggi atau rendah sesuatu poin yang diukur). 2. Pancang jajar (untuk menjajar sesuatu pengukuran linear semasa mengukur profil;

dan sekiranya profil pantai yang diukur, pancang jajar ini juga boleh digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya, sekiranya diperlukan).

3. Pita ukur (untuk kerja-kerja pengukuran jarak).

4. Kompas prismatik (untuk menentukan orientasi profil yang diukur).

5. Alat tulis (untuk merekodkan setiap pencerapan atau pengukuran di lapangan).

Lokasi Kajian Luar

Page 51: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Pemilihan lokasi kawasan kajian luar ini bergantung pada masa yang terdapat serta kos. Adalah dicadangkan supaya lokasi kajian luar dipilih berdasarkan tempat yang paling dekat dengan sekolah. Lokasi kawasan kajian luar ini perlu dikenal-pasti terlebih dahulu berdasarkan peta topografi, dan seelok-eloknya setelah dibuat tinjauan awal oleh guru untuk menentukan kesesuaian tempat berkenaan untuk digunakan sebagai kawasan kajian luar.

Aktiviti di Lapangan

1. Membuat peta lakar kawasan yang dikaji. Di dalam peta lakar ini perlu dimasukkan apa sahaja bentuk serta perubahan bentuk muka bumi yang terdapat. Pada peta lakar ini juga perlu dimasukkan poin serta garis-garis profil yang bakal diukur. Pastikan jarak/panjang garis profil yang bakal diukur tidak terlalu panjang dan juga tidak terlalu pendek (seelok-eloknya tidak melebihi 40 meter).

2. Dengan menggunakan pancang jajar, tentukan garis profil yang bakal diukur. Pastikan garis profil tersebut terdapat pada suatu garis lurus dan bersudut tepat kepada garis umum kontur, ataupun garis gigi air sekiranya kajian dijalankan di pantai.

3. Pengukuran ketinggian bolehlah dilakukan daripada titik atau poin paling tinggi yang hendak diukur kepada titik yang paling rendah, ataupun sebaliknya. Setiap perubahan pada cerun profil yang diukur perlu direkodkan melalui pengukuran dan dilabelkan dengan jelas.

4. Pengukuran ketinggian ini dilakukan dengan menggunakan sama ada alat ukur aras

Abney atau klinometer Suunto dengan seorang memegang pancang jajar pada titik yang diukur, dan dua orang mengukur jarak daripada titik pengguna alat kepada titik yang diukur, sementara perlu ada seorang pencatat. Ukuran diteruskan sehingga habis menggunakan kaedah yang serupa.

5. Untuk mengelakkan melakukan kesilapan, segala rekod pengukuran tersebut bolehlah dicatatkan juga pada suatu profil lakar yang telah dibuat sebelum kerja-kerja pengukuran dimulakan dengan menandakan titik-titik yang diukur.

6. Semasa melakukan pengukuran profil, pencatat perlu juga merekodkan segala perkara yang kelihatan serta lokasinya yang dapat membantu dalam kerja-kerja analisis, umpamanya jenis-jenis batuan serta keadaan keterdedahannya, tanih (jenis, struktur serta keterdedahannya), litupan serta jenis tumbuhan atau rumput, keadaan cuaca semasa kajian dijalankan dan sebagainya.

Mengukur cerun:

1. Dengan menggunakan peta lakar kawasan kajian, pastikan lokasi atau di mana mereka berada di atas peta.

2. Agihkan kawasan-kawasan kecil yang hendak dikaji kepada kumpulan-kumpulan kecil yang telah dikenal pasti.

Page 52: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Agihkan alat yang diperlukan untuk pengukuran kepada setiap kumpulan.4. Lantik seorang pelajar untuk mengetuai setiap kumpulan atau boleh juga diminta setiap

kumpulan untuk melantik seorang ketua di kalangan mereka.5. Pastikan setiap pelajar terlibat dalam kerja yang hendak dijalankan6 Pastikan dua titik/poin permulaan dan terakhir yang hendak diukur di lapangan dan di

atas peta lakar. Sebaik-baiknya kedua-dua titik yang dipilih adalah saling nampak. Lukiskan keratan rentas yang hendak diukur di atas peta lakar. Pastikan rentasan pengikat dalam pengukuran untuk menentukan kontur. Ukur orientasi profil rentas.

7 Pastikan poin/titik untuk dijadikan stesen pengukuran di lapangan. Penentuan poin sampel perlu didasarkan kepada perubahan yang ketara pada sesuatu cerun yang bakal diukur. Gunakan sebanyak mungkin poin pengukuran untuk menggambarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada cerun rentasan tersebut. Jarak antara poin pengukuran mestilah tidak terlalu jauh kerana ini akan menghilangkan cici-ciri morfologi penting yang terdapat disepanjang cerun yang diukur.

8 Pengukuran boleh dilakukan sama ada dari bawah ke atas cerun, ataupun dari atas menuruni cerun. Lakukan penjajaran dulu untuk memastikan garis yang diukur itu terdapat lurus.

9 Bagi mengukur garis rentas dari A ke H (Rajah 1.1), apa yang perlu dilakukan setelah garis AH dilaraskan ialah mengukur secara berperingkat-peringkat. Pemegang alat aras Abney berdiri di stesen A yang sebaik-baiknya diketahui ketinggiannya, sementara pembantunya memegang satu pancang jajar di stesen B. Pemegang alat aras menenang tepat kepada tinggi aras matanya pada pancang jajar melalui kanta mata alat sambil memutarkan skru dibahagian tepi alat tersebut bagi mendapatkan buih kecil pengaras spirit supaya berada benar-benar di tengah, bersetentang dengan dawai rentas halus yang terdapat di dalam tiub alat tersebut. Apabila ini sudah didapati, jangan lagi putarkan skru tadi dan bacaan bolehlah dilakukan pada skala vernier untuk mendapatkan bacaan sudut , sama ada sudut dongak ataupun sudut tunduk berdasarkan aras 0.

10 Setelah bacaan sudut diperolehi, jarak antara stesen A dan B diukur dengan menggunakan pita ukur. Bagaimanapun, jarak yang diukur mestilah merupakan jarak yang terdapat pada satu rataan yang selari dengan rataan penglihatan pencerap, iaitu rataan mendatar. Cara pengukuran dan pencerapan yang serupa dilakukan bagi stesen-stesen yang berikutnya sehingga kepada stesen penghabisan untuk rentasan tersebut, iaitu titik H. Catatan yang diperlukan dapat dilakukan pada rajah kasar rentasan yang diukur.

Kajian Luar Sistem Atmosfera

Rajah 1.1. Contoh catatan pada keratan rentas yang diukur

Page 53: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1. Seperti  juga dalam sistem geomorfologi, unsur-unsur di  dalam  sistem atmosfera dapat diukur dan dicerap. Tetapi, dalam keadaan masa  yang tidak mengizinkan bagi kajian luar, pengukuran dan pencerapan tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

2. Oleh itu pemilihan parameter cuaca yang dapat dicerap dan diperhatikan dalam suatu jangka masa yang singkat perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Di samping itu, penetapan lokasi kawasan kajian juga perlu dipilih bersesuaian dengan jnagkan masa dan kos kajian luar yang dilakukan.

Tujuan

Kajian luar ini adalah bertujuan untuk:

1. mencerap pelbagai parameter iklim dan cuaca di beberapa lokasi yang ditentukan mengikut masa.

2. membanding dan membezakan antara parameter yang dicerap di beberapa lokasi yang ditetapkan.

3. melihat pola taburan parameter cuaca yang dicerap mengikut lokasi dan masa.

4. menilai pengaruh sesuatu lokasi dan faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan perbezaan parameter yang dicerap mengikut lokasi terpilih.

5. mengaitkan perkara-perkara yang diukur dan dicerap dengan pengaruhnya terhadap manusia.

Alat-alat Yang Diperlukan

1. Higrometer putar (dengan air suling).

2. Alat aras Abney atau klinometer Suunto.

3. Pita ukur.

4. Cup anemometer.

5. Tolok hujan.

6. Alat tulis, termasuk kertas graf.

7. Barometer

Lokasi Kajian Luar

Page 54: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Kawasan yang hendak digunakan bagi tujuan kajian luar sistem atmosfera ini perlu mempunyai ciri-ciri yang memenuhi keperluan berikut:

1. Bawah pokok berlainan ketinggian dan berlainan kanopi.

2. Tempat yang mempunyai permukaan yang berbeza, umpamanya kawasan permukaan berturap; kawasan permukaan berumput; tanah lapang; kawasan tepubina; taman rekreasi.

3. Kawasan yang mudah menjalankan pencerapan data cuaca.

4. Kedudukan kawasan yang dipilih tidak begitu jauh dari kawasan sekolah.

Aktiviti di Lapangan

1. Membuat peta lakar kawasan yang dikaji. Pada peta lakar tersebut perlu dimasukkan lokasi titik-titik bagi pengukuran parameter cuaca, iaitu sekurang-kurangnya satu titik di setiap kawasan yang berlainan persekitaran dan pola guna tanahnya.

2. Merekodkan parameter cuaca menggunakan alat yang yang telah ditetapkan,

umpamanya suhu basah dan suhu kering dengan menggunakan higrometer putar dan halaju angin menggunakan cup anemometer. Kerja-kerja tersebut hendaklah dilakukan untuk setiap titik atau stesen yang telah ditetapkan serta dilakukan mengikut jarak masa yang sesuai, umpamanya setiap setengah jam atau satu jam sekali.

3. Semasa mencerap parameter cuaca tersebut, keadaan cuaca semasa (contohnya litupan awan, tiupan angin dan sebagainya) perlu direkodkan/dicatatkan. Perkara ini penting untuk membantu penganalisisan untuk penulisan laporan.

4. Sekiranya mencerap suhu di kawasan berpokok, ketinggian pokok serta bahagian bawah kanopi perlu diukur dengan menggunakan alat aras Abney atau klinometer Suunto dengan jarak diukur menggunakan pita ukur. Sudut ketinggian serta jarak daripada titik pengukuran kepada bahagian tengah pangkal pokok akan membolehkan ketinggian pokok serta bahagian bawah kanopi dicari, dengan menolak ketinggian aras mata pengukur sudut.

5. Kelembapan bandingan dapat dikira menggunakan data suhu kering dan suhu basah melalui jadual pertukaran yang dibekalkan bersama higrometer putar.

Page 55: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

5. Segala perkara lain yang berkaitan dengan tapak kawasan, umpamanya cerun, tanih atau batuan, keadaan persekitarannya juga perlu dicatatkan bagi membantu dalam penganalisisan dan penyediaan laporan.

6. Sebarang faktor yang dianggap mempengaruhi parameter cuaca yang dicerap hendaklah dicatatkan, umpamanya pengaruh lalu lintas, pengaruh kepadatan bangunan, pengaruh litupan bumi dan badan air.

Penentuan lokasi, peta kawasan kajian dan peralatan perlu dilakukan dan diselesaikan di bilik darjah atau di makmal terlebih dahulu sebelum guru dan pelajar-pelajar boleh melakukan kajian luar. Selain dari tajuk, guru, bila perlu, hendaklah menjelaskan juga kepada pelajar sebarang teori yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

Kajian Luar Sistem Hidrologi

Pengenalan

1. Kajian luar sistem hidrologi berkait dengan air. Oleh itu berbagai aspek air dan sumber air boleh diperhati, diukur, dinilai, ditafsir, dianalisa, dipeta, dan dilaporkan dalam kajian luar. Misalnya, aspek-aspek hidrologi yang lazim dipertimbangkan ialah bekalan air, penawaran dan permintaan air, penggunaan air hujan, pengukuran jumlah hujan, imbangan air, penilaian dan pengukuran sumber-sumber air (sungai, telaga, tasik, air bawah tanah), pengukuran kualiti air, kajian bencana air (banjir, kemarau, pencemaran), dan lain-lain.

2. Hidrologi merupakan salah satu komponen penting dalam geografi fizikal. Kajian luar hidrologi yang berkenaan dengan aspek-aspek hidrologi tersebut lazimnya dijalankan menurut urutan kerja berikut: penilaian, penafsiran, penganalisan, pengukuran, pemetaan dan penulisan laporan. Namun, bukan semuanya kerja tersebut harus dilakukan secara menyeluruh. Guru boleh membahagikan kerja tertentu kepada pelajar tertentu supaya setengah pelajar berfokus kepada hanya satu atau dua aspek kerja lapangan.

3. Penulisan laporan hidrologi juga boleh berfokus kepada satu atau dua aspek kerja lapangan tersebut. Tujuan utama dalam kerja lapangan hidrologi ialah bahawa teori-teori hidrologi yang dipelajari di dalam bilik darjah dimantapkan lagi melalui kerja praktikal berkenaan.

4. Melalui kerja lapangan, diharapkan bahawa pelajar dapat mengalami secara langsung aspek-aspek hidrologi dan ini akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek-aspek tersebut dalm alam sekitar geografi fizikal. Namun, kajian lapangan hidrologi bukan sahaja berfokus kepada aspek-aspek fizikal hidrologi tetapi juga merangkumi kajian terhadap bagaimana aspek-aspek tersebut saling berkaitan dengan masyarakat manusia.

Tujuan

Page 56: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Objektif kajian luar hidrologi adalah untuk membolehkan pelajar;

1. membuat perbandingan antara teori-teori hidrologi yang dibelajari di bilik darjah dengan realiti di alam nyata melalui pemerhatian dan kerja praktikal di lapangan.

2. mendapat pengalaman dan kemahiran untuk mengumpulkan maklumat hidrologi (primer dan sekunder) melalui pengukuran parameter hidrologi di lapangan dan mengutip maklumat hidrologi daripada pelbagai sumber,

3. mendapat kemahiran untuk memperoleh data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, soal selidik, dan temu bual di lapangan khasnya dalam bidang hidrologi.

4. mendapat kemahiran untuk menganalisis data hidrologi dan maklumat hidrologi yang diperolehi di lapangan, dan menggambarkannya dalam bentuk jadual khas dan gambar rajah khas dalam bidang hidrologi (graf, carta, dan peta) dan menulis laporan; dan

5. Untuk mengukur jumlah hujan, jumlah sejatan, keratan rentas, halaju dan luahan sungai.

6. Untuk meninjau dan mengesan intensiti serta kekerapan kejadian banjir dankemarau di sesuatu kawasan yang dipilih.

7. Untuk mengesan kerugian serta kemusnahan yang dialami.

8. Untuk mengaitkan kejadian-kejadian banjir dan kemarau dengan keadaancurahan hujan serta luahan air sungai berdasarkan maklumat yang diperolehi dilapangan dengan data yang diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan.

Lokasi Kajian

1. Pemilihan kawasan dan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarak dari sekolah kerana ini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan. Sebaik-baiknya perjalanan pergi dan balik dari lokasi itu tidak memakan masa lebih daripada 2 jam.

2. Dengan itu, pelajar akan mempunyai masa sekurang-kurangnya 6 jam berada di lapangan untuk melakukan kajian luar. Semasa melaksanakan kajian luar, pelajar seharusnya dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk memudahkan mereka menjalankan kajian, dan memudahkan guru mengawasi dan menjaga keselamatan mereka.

Page 57: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut (walaupun tidak semestinya dihadkan kepada hanya kawasan-kawasan ini sahaja):

(i) Luar Bandar (kampung, kampung baru, pekan kecil)(ii) Bandar(iii) Perumahan(iv) Sekolah (v) Industri(vi) Pertanian(vii) Kawasan yang mengalami bencana hidrologi seperti banjir, kemarau,

pencemaran air, krisis air, dan lain-lain(viii) Sungai, tasik, kolam, paya dan badan-badan air yang lain(ix) Mana-mana kawasan lain yang berkait dengan hidrologi atau air

3. Untuk kajian banjir/kemarau, penentuan kawasan kajian adalah berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada tentang kejadian-kejadian banjir atau kemarau tempat tersebut. Kawasan yang dipilih mungkin merupakan kawasan petempatan di luar bandar atau pun kawasan di bandar.

Topik dan tema kajian

1. Kajian luar berkaitan sistemi hidrologi boleh dijalankan di dalam salah satu topik berikut (walaupun tidak semestinya dihadkan kepada hanya topik-topik yang disenaraikan di sini sahaja):

(i) Pengukuran ciri-ciri hidrologi sungai(ii) Bekalan air(iii) Penawaran and permintaan air(iv) Penggunaan air hujan dan cara-cara pengutipannya(v) Penggunaan air alternatif termasuk air hujan, air telaga, air bawah tanah, air

sungai, air kolam dan lain-lain sumber(vi) Pengukuran jumlah hujan dan keasidan air hujan(vii) Penilaian dan penganalisan hujan berdasarkan data sekunder(viii) Penilaian imbangan air(ix) Penilaian dan pengukuran sumber-sumber air (sungai, telaga, tasik, air bawah

tanah)(x) Pengukuran dan pengujian kualiti air (sungai, telaga, tasik, air bawah tanah)

Page 58: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(xi) Kajian bencana air (banjir, kemarau, pencemaran) dalam aspek luas kawasan yang diliputi, penyebab bencana, jenis dan jumlah kerugian, persediaan menghadapi bencana, dan cara-cara mengawal bencana

(xii) Lain-lain topik hidrologi.

Alat-alat Yang Diperlukan

1. Pengukuran hujan memerlukan tolok hujan. Pengukuran sejatan pula memerlukan dulang sejatan. Pengukuran keratan rentas sungai memerlukan peralatan ukur rantai dan ukur kompas. Ukuran halaju arus sungai pula memerlukan meter arus, tetapi jika tiada alat ini, metod kasar menentukan masa aliran bola ping pong antara dua poin sepanjang sungai boleh dilakukan.

2. Untuk melaksanakan kajian luar banjir/kemarau pula tidak memerlukan alat yang hendak digunakan di lapangan. Bagaimanapun, kajian lapangan banjir/kemarau memerlukan peta topografi kawasan kajian, soal-selidik yang dibentuk sebelum ke lapangan, dan maklumat-maklumat rasmi tentang kejadian banjir atau kemarau di kawasan berkenaan serta data tentang hujan.

3. Pengukuran  aspek-aspek  fizikal untuk sistem  hidrologi  di  lapangan sekiranya hendak dilakukan memerlukan penggunaan peralatan ukur rantai dan ukur kompas serta alat-alat yang  mahal seperti  meter arus untuk mengukur aliran air  dalam  sungai,  tolok hujan, dulang sejatan dan sebagainya.

4. Bagaimanapun, pengaruh hidrologi  terhadap manusia seperti kemarau dan banjir dapat dikesan  melalui penggunaan soal-selidik terhadap responden yang biasa mengalami masalah tersebut. Untuk memantapkan kajian ini, data-data fizikal hasil pengukuran serta pencerapan jangka panjang dapat digunakan.

Aktiviti di Lapangan

Untuk mengukur hujan dan sejatan, aktiviti merekodkan jumlah hujan yang turun dan jumlah sejatan dalam sehari dilakukan pada waktu tertentu setiap hari. Untuk mengukur keratan rentas, halaju arus dan luahan sungai, kerja-kerja ukur lebar, panjang dan dalam sungai dijalankan. Untuk kajian luar banjir/kemarau, suatu set soal-selidik yang mudah perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kajian luar dijalankan.

1. Membuat pemerhatian dan pencatatan (mengambil nota dan foto) hujan, sejatan atau alam sekitar sungai. Mengukur jumlah hujan atau sejatan. Mengukur lebar, panjang dan dalam sungai. Mengira luas kawasan keratan rentas, halaju arus dan luahan sungai.

2. Mendapatkan responden yang hendak disoal-selidik dan menyoal-selidik mereka dalam kajian banjir/kemarau.

Page 59: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Membuat pemerhatian tentang kawasan sekitar, terutamanya berkaitan dengan kewujudan sungai, anak-anak sungai dan sistem perparitan, perigi serta kedalaman aras air. Lain-lain perkara yang berkaitan dengan persekitaran tempat kajian juga perlu direkodkan bagi membantu penganalisisan dan penulisan laporan.

Menghasilkan laporan kajian luar

Selepas semua ukuran dan cerapan dilakukan di lapangan, data yang diperolehi perlu diproses untuk digunakan sebagai asas menulis laporan. Data digunakan untuk memplot gambarajah, memplot graf, memplot saiz sungai, menjanakan jadual-jadual yang bermakna, dan akhirnya menulis laporan yang menyeluruh mengikut format yang ditetapkan hendaklah ditulis oleh setiap pelajar.. Foto-foto dan peta lakar yang diperolehi di lapangan perlu digunakan sebagai bahan dokumentasi dalam laporan.

Kajian Luar Sistem Ekologi

Di dalam sistem ekologi penekanan diberikan kepada mengenal pasti komponen asas ekosistem, gangguan terhadap ekosistem dan langkah pemeliharaan dan pemuliharaannya.

Tujuan

Tujuan kajian luar sistem ekologi ialah untuk mengenal pasti/mengukur:

1. komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem daratan dan air.2. gangguan terhadap ekosistem daratan dan air.3. langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem daratan dan air.

Alat-alat Yang Diperlukan untuk melakukan pengukuran:

1. Alat aras Abney atau klinometer Suunto. 2. Pita ukur.3. Termometer 4. Higrometer putar

Lokasi Kajian Luar

1. Di pinggir pantai yang mempunyai hutan.2. Di pinggir hutan lipor.3. Sekitar tasik, kolam dan paya.

Aktiviti di Lapangan

Page 60: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1. Menentukan komponen biotik dan abiotik dalam sesebuah ekosistem.2. Mengukur jarak dengan menggunakan pita ukur.3. Mengenal pasti jenis spesies, taburan, kepadatan flora dan fauna.4. Mengenal pasti fungsi setiap spesies terhadap ekosistem berkenaan.5. Mengukur suhu dan kelembapan udara.6. Mengenal pasti gangguan terhadap ekosistem.

7.3 Contoh Contoh Kajian Luar Yang Dijalankan.

Kajian Luar Sistem Geomorfologi.

Contoh : Mengkaji Kecerunan dan Bentuk Bumi di Zon Pinggir Pantai.

Tajuk Kajian

Mengkaji Kecerunan dan Bentuk Bumi di Zon Pinggir Pantai di Pulau Pangkor, Perak.

Kawasan Kajian

Kajian luar ini dilakukan di Pulau Pangkor, daerah Manjong, Perak. Tiga lokasi pantai di sekitar Pulau Pangkor telah dipilih untuk dikaji iaitu Pantai Teluk Nipah, Pantai Teluk Dalam dan Pantai Sungai Pinang Kecil. Ketiga-tiga kawasan pantai ini terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Objektif Kajian:

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

Mengukur kecerunan pantai di stesyen/poin-poin tertentu. Mengenalpasti bentuk muka bumi/rupamuka fizikal yang terdapat di kawasan

kajian. Menghuraikan proses pembentukan bentuk muka bumi tersebut. Menjelaskan kepentingan bentuk muka bumi kepada aktiviti ekonomi penduduk

setempat.

Kaedah Kajian

Kajian luar ini dilaksanakan melalui tiga kaedah berikut:

Page 61: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1. Pengukuran. Mengukur kecerunan pantai di beberapa stesyen dan melukis profil rentas zon pinggir pantai berkenaan.

2. Pemerhatian dan pencerapan. Pemerhatian dan pencerapan di lapangan dijalankan bagi mengenalpasti bentuk muka bumi yang tedapat.

3. Temubual dan kaji selidik terhadap pengusaha pelancongan dan para pelancong.

Peralatan yang digunakan:

Antara peralatan yang digunakan ialah:

1. Alat aras automatik yang mempunyai tripod, staf ukur aras atau staf bersenggat dalam unit meter, pita ukur, pancang jajar yang digunakan untuk mengukur cerun pantai. (Sila lihat gambar peralatan di bawah) Selain itu kamera digital, kalkulator, alat tulis dan buku catatan.

Gambar: Peralatan yang digunakan dalam pengukuran cerun pantai.

Kaedah Mengukur Kecerunan Pantai:

Page 62: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Langkah 1: Menentukan poin yang hendak diukur dan melakukan kerja pengarasan. Setelah poin yang hendak diukur ditetapkan, maka alat aras automatik di pasang di atas tripod untuk melakukan kerja-kerja pengarasan. Terdapat dua langkah pengarasan yang penting yang perlu dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Iaitu:

a) Memastikan tiub buih pada alat aras automatik berada pada sudut tepat.b) Memastikan garis kolimatan (garis penglihatan mendatar) dapat dilihat

dengan jelas dengan cara membetulkan fokus pada alat aras automatik.

Setelah alat ini diaraskan maka ia boleh digunakan untuk mendapatkan bacaan ketinggian sesuatu tempat pada satu rataan mendatar dari mana-mana sudut atau arah. (Lihat Gambar di sebelah)

Gambar: Kerja pengarasan dengan menggunakan aras aras automatik.

Langkah 2: Menggunakan staf ukur aras. Letakkan staf ukur aras ke bahagian cerun yang hendak diukur dan dapatkan bacaan ketinggian cerun tersebut melalui teropong alat aras automatik. Sila catatkan bacaan ketinggian yang selari dengan garis kolimatan dalam unit meter. (Lihat gambar di sebelah)

Page 63: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Gambar: Mengukur ketinggian dengan menggunakan staf ukur aras.

Langkah 3: Mengukur jarak sebenar di atas permukaan bumi. Jarak sebenar diukur antara pusat tripod dengan staf ukur aras. Kerja-kerja mengukur jarak memerlukan dua langkah berikut;

a) Menyelaraskan pancang jajar pada setiap 20 meter antara tripod dengan staf ukur aras.

b) Mengukur jarak dengan menggunakan pita ukur antara pusat tripod dengan staf ukur aras melalui pancang jajar yang telah diselaraskan. Sila catatkan jarak dalam unit meter.

(Sila lihat gambar di sebelah)

Page 64: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Gambar: Mengukur jarak dan kerja penyelarasan pancang jajar.

Langkah 4: Mengira kecerunan dengan menggunakan salah satu hukum trigonometri. Nilai kecerunan yang dikira boleh diberikan dalam bentuk sudut, peratus dan nisbah.

Dapatan kajian:

a) Rupamuka fizikal yang terdapat di kawasan kajian dan menjelaskan proses pembentukannya.

Terdapat tiga bentuk bumi/rupamuka fizikal yang ada di kawasan kajian iaitu;

i) Teluk dan tanjung.ii) Pantai berpasir.iii) Beting pasir muka teluk.

i) Teluk dan tanjung.

1. Terdapat dua kawasan teluk yang dikaji yang terletak bersebelahan antara satu sama lain iaitu Teluk Nipah dan Teluk Dalam. Ke dua-dua bentuk bumi ini terhasil akibat proses hakisan ombak ke atas geologi yang berlainan yang berkedudukan selang-seli antara keras dengan lembut.

Page 65: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. Kadar hakisan ombak samada secara geselan, lagaan, hidraulik dan larutan adalah lebih tinggi ke atas batuan lembut (batu pasir) yang menyebabkan terbentuknya teluk manakala kadar hakisan ombak kurang berkesan ke atas batuan keras (batu granit) yang menyebabkan batuan tersebut berdiri sebagai bonjolan batuan keras menganjur ke laut yang dinamakan sebagai tanjung.

ii) Pantai berpasir.

1. Sebenarnya di kawasan yang berteluk wujudnya pantai berpasir. Kewujudan pantai berpasir dikaitkan dengan proses pemendapan ombak yang berlaku semasa damparan dan lurutan. Semasa damparan tenaga ombak lebih kuat untuk menyerakkan bahan-bahan yang dibawanya seperti bijian pasir dan kulit-kulit kerang ke pantai berbanding dengan tenaga ombak semasa lurutan.

2. Dengan itu saiz pantai menjadi semakin lebar. Berdasarkan kepada jenis ombak limpah yang tiba di pantai Teluk Nipah maka tidak hairanlah lebih banyak bahan yang dimendapkan untuk menghasilkan pantai yang mempunyai kelebaran antara 25 hingga 30 meter dan berkecerunan sederhana curam.

iii) Beting pasir.

1. Berhadapan dengan muka teluk terdapat timbunan-timbunan pasir yang jelas kelihatan ketika air surut. Timbunan pasir ini dinamakan sebagai beting muka teluk. Kewujudannya dikaitkan dengan proses pemendapan oleh ombak. Di hadapan pantai Teluk nipah terdapat dua buah pulau kecil. Pulau ini menghalang tiupan angin kencang dari laut, kesannya tenaga ombak semakin berkurangan apabila melepasi pulau tersebut lalu memendapkan sebahagian bahan muatannnya sebelum tiba ke pantai.

2. Bahan-bahan yang dimendapkan oleh ombak di muka teluk ini pula menjadi penghalang kepada lurutan ombak dan pada masa yang sama bahan-bahan yang dibawa oleh lurutan ombak turut dimendapkan di atas timbunan pasir tadi. Lama kelamaan timbunan pasir menjadi semakin besar sehingga menjadi beting-beting pasir yang jelas kelihatan ketika air surut. Lihat rajah di sebelah;

b) Kepentingan rupamuka fizikal kepada kegiatan ekonomi penduduk sekitarnya:

Terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi penduduk setempat yang amat berkait rapat dengan bentuk bumi fizikal yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Antaranya ialah:

i) Kegiatan pelancongan.

1. Keadaan pantainya yang berteluk, bertanjung, pasir pantai yang bersih serta laut yang jernih menjadi aset utama untuk industri pelancongan tumbuh dengan pesat di kawasan ini. Misalnya di pantai Teluk Nipah tumbuh pelbagai jenis chalet dan resort untuk kemudahan pelancong seperti Mizan Resort, R&R Resort serta Teluk Nipah Resort.

Page 66: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. Selain daripada tempat penginapan resort-resort ini juga menyediakan pelbagai aktiviti yang berasaskan pelancongan pantai seperti berkayak, luncur air, jet ski, snorkling, skuba dan lain-lain lagi. Disamping itu wujudnya kegiatan perniagaan yang berantaian dengan aktiviti pelancongan seperti gerai-gerai makanan laut (sea food), gerai cenderamata serta perkhidmatan pengangkutan van.

ii) Kegiatan perikanan.

Keadaan pantainya yang berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang membolehkan pelabuhan perikanan di bina. Keadaan ini jelas kelihatan di pantai Teluk Dalam. Cerun pantai yang curam dan keadaan pantai yang dalam menyebabkan tidak sesuai untuk aktiviti pelancongan, justeru itu ia diguna sebagai pelabuhan perikanan dengan dibina jeti pendaratan ikan serta kawasan membina dan membaiki bot-bot nelayan. Jelas kelihatan bot-bot nelayan dilabuhkan di jeti Teluk Dalam ini. Kegiatan perikanan di Pulau Pangkor adalah tertumpu kepada perairan selat Melaka.

iii) Aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Di kawasan pantai yang lebih rata dan landai banyak didirikan pusat memproses hasil laut sebagai industri hiliran kepada kegiatan perikanan. Sebagai contoh di kawasan pantai Sungai Pinang Kecil. Ini kerana di kawasan ini mudah untuk didirikan bangunan untuk dijadikan tempat memproses, mengering dan membungkus hasil-hasil laut di samping ia mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Sememangnya Pulau Pangkor amat terkenal dengan industri hasil laut ini seperti ikan, sotong, udang yang dikeringkan untuk dijual dan dipasarkan ke seluruh Malaysia.

Kajian Luar Sistem Hidrologi.

Contoh : kajian luar mengukur lebar, dalam, luas kawasan keratan rentas, halaju arus dan luahan sungai

(a) Mengukur Lebar, Dalam dan Luas Kawasan Keratan Rentas Sungai

1. Lebar sungai dapat diukur dengan menggunakan pita linen sahaja. Guru harus memilih sungai yang cetek untuk tujuan keselamatan. Sebaiknya bahagian sungai yang dipilih mempunyai kedalaman tidak melebihi dua kaki. Kawasan sungai yang dikaji itu juga bersih (tidak tercemar). Oleh itu, adalah amat mustahak untuk guru berkenaan menjalankan tinjauan awal sebelum menetapkan tapak kajian.

2. Rajah 1 menggambarkan kerja-kerja ukur lebar, dalam dan keratan rentas sungai. Lebar sungai dapat diukur dengan pita ukur atau rantai (satu ukuran adalah diperlukan). Kedalaman sungai dapat diukur dengan pancang jajar dan beberapa ukuran sepanjang lebar sungai perlu dilakukan.

Page 67: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Purata kedalaman dapat diperolehi dengan mempuratakan kesemua kedalaman tersebut. Namun demikian, ukuran lebar dan kesemua ukuran kedalaman adalah diperlukan semasa memplot keratan rentas alur sungai tersebut. Berdasarkan keratan rentas, maka luas kawasan keratan rentas dapat dikira jika setiap empat segi dicantumkan seperti rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : Metod pengukuran lebar (XY), dalam (LM) dan keratan rentas sungai (Keluasan A+B+C+D+E+F).

4. Berdasarkan rajah 1, luas kawasan keratan rentas adalah gabungan semua luas kawasan A, B, C, D, E dan F. Luas kawasan A dan F merupakan segitiga, luas kawasan B, C, D dan E pula menyerupai segi empat. Justeru itu, pengiraan luas kawasan adalah berdasarkan bentuk poligon yang menggunakan formula berikut:

Luas Kawasan Keratan Rentas = A + B + C + D + E + F = Z meter persegi (m2)

(b) Mengukur Halaju Sungai (Arus Sungai)

1. Ukuran laju arus lazim dilakukan dengan meter arus. Dalam pasaran terdapat berbagai jenis meter arus. Meter arus lazim memberikan bacaan dalam meter/saat. Namun begitu harga meter arus ini amat mahal. Contoh meter arus adalah seperti gambar di bawah:

AB C D E

F

Pancang jajar

X Y

MMQPX

LMQPX

Pita ukur

Page 68: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Gambar: Meter arus berbentuk tropedo yang sering diguna untuk mengukur halaju arus sungai.

2. Jika sekolah tidak mempunyai meter arus, pengukuran laju arus masih boleh dilakukan dengan kos yang minima, iaitu menggunakan kelajuan sebiji bola ping pong yang mengalir di dalam sungai pada jarak tertentu. Mula-mula ukur jarak sepanjang sungai antara P (Titik permulaan letak bola ping pong) dan Q (Titik hujung aliran bola ping pong). Jika PQ = 10 meter dan masa aliran bola ping pong dari P ke Q ialah 100 saat, maka halaju arus aliran sungai ialah kira-kira 0.1 meter/saat. 2. Halaju arus sungai adalah berbeza antara tebing ke tebing sungai yang bertentangan. Oleh itu, tiga ukuran perlu dibuat (iaitu di tebing kiri, di tengah sungai dan di tebing kanan). Kemudian, tiga bacaan halaju itu dipuratakan. 3. Tatacara mengukur halaju arus dengan bola ping pong adalah seperti berikut:

(i) Tentukan dua titik di sepanjang sungai yang berjarak 10 meter(ii) Sediakan jam tangan (iii) Seorang berada di tempat P dan melepaskan bola(iv) Seorang melihat jam untuk menentukan masa aliran bola dari P ke Q(v) Seorang berada di tempat Q untuk menangkap bola dan memberi isyarat

berhenti (untuk penjaga jam)(vi) Kirakan halaju arus dengan formula berikut:

Page 69: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Jarak PQ (meter) Halaju arus = _____________________

Masa (saat)

Jika masa yang dicatat ialah 5 saat, maka halaju arus = 10 meter dibahagikan dengan 5 = 2 meter/saat. Ini bermakna bagi setiap dua saat halaju arus sungai tersebut sebanyak 2 meter.

(c) Mengukur Luahan Sungai

1.Luahan ditakrifkan sebagai jumlah isipadu air yang mengalir melintasi satu titik rentas sebatang sungai pada satu unit masa tertentu. Ukuran luahan adalah lazimnya dalam Meter Padu Sesaat (m3/saat) atau CUMEC. Ukuran luahan adalah penting untuk menentukan isipadu air yang sedia ada di dalam sebatang sungai pada musim-musim yang berbeza.

2. Ukuran luahan lazim digunakan untuk perancangan sumber air. Pembinaan empangan atau loji pengambilan air juga bergantung kepada luahan sungai. Jika luahan adalah terlalu kecil, sumber air adalah tidak mencukupi dan hal ini akan mengagalkan pembinaan empangan atau loji air tersebut. Jumlah luahan untuk menentukan pembinaan empangan adalah berbeza-beza menurut saiz empangan atau loji yang hendak dibina.

3. Sebelum luahan dapat ditentukan, tatacara kerja yang menjadi pra-syarat ialah pengukuran halaju arus dan keluasan keratan rentas sungai di tempat di mana luahan hendak ditentukan. Justeru itu, nilai-nilai halaju arus dan keluasan keratan rentas mesti diperolehi sebelum dapat menentukan luahan. Luahan sungai boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Luahan (m3/saat) = Halaju Arus (meter/saat) x Keratan Rentas Sungai (m2).

Page 70: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Soalan Praktikal:

Soalan 1:

Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda lakukan di mana-mana sebuah kawasan cerun;

a) Namakan kawasan cerun yang anda pilih itu. [1]

b) Terangkan bagaimana anda mengukur kecerunan sesuatu tempat. [6]

c) Tunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti manusia boleh menyebabkan sesebuah cerun menjadi tidak stabil. [9]

d) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menstabilkan sesebuah cerun. [9]

Soalan 2: Berdasarkan kajian luar yang anda telah jalankan di sebatang sungai.

(a) (i) Apakah yang difahamkan dengan profil rentas sungai? [3]

(ii) Huraikan bagaimana profil rentas sungai dapat diukur? [3]

(b) (i) Apakah yang difahamkan dengan profil panjang sungai? [3]

(ii) Huraikan bagaimana halaju arus sungai dapat diukur. [3]

(c) Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju sungai tersebut. [5]

(d) Jelaskan kesan proses sungai terhadap aktiviti manusia di kawasan tersebut. [8]

Page 71: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 1: PENDUDUK

TOPIKTaburan Penduduk

SUB TOPIK

1.1 Taburan Penduduk: Faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk dan kesan-kesannya.

MASA2 Masa (90 minit)

Peta Konsep:

Konsep taburan penduduk mengikut kepadatan. Taburan Penduduk Dunia – Faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian kes: Taburan Penduduk di rantau Asia Tenggara. Kajian kes: Taburan penduduk di negara sedang membangun :Malaysia. Kajian kes: Taburan penduduk di sebuah negara maju: Kanada – di Lembangan

St. Lawrence.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai mengikuti pelajaran ini pelajar seharusnya dapat:

Memahami konsep taburan penduduk mengikut kepadatan. Menjelaskan mengapa taburan penduduk dunia dan taburan penduduk di rantau

Asia Tenggara tidak sekata. Membandingkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk antara

negara maju dengan negara sedang membangun berdasarkan kajian kes yang dibincangkan.

Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber alam.

SISIPAN KONSEPTaburan penduduk bermaksud kedudukan penduduk secara rawak yang diukur dlam sesuatu daerah, negeri atau negara di dunia.Ketidakseimbangan pula dapat menjelaskan keadaan yang berlaku akibat taburan yang tidak sekata, berbeza antara pelbagai aspek terdapat tiga jenis ketidak seimbangan yang menjadi kajian ahli-ahli geografi iaitu ketidakseimbangan jumlah penduduk dari segi sempadan politik, ekonomi dan sosial. Contoh ketidakseimbangan kawasan, luarbandar dengan Bandar, ketidakseimbangan kawasan contoh pantai barat dan pantai timur, ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, kawasan dll.

Page 72: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

ISI-ISI UTAMA Ringkasan Pembelajaran.

Konsep taburan penduduk mengikut kepadatan yang menghasilkan taburan penduduk yang padat, sederhana dan jarang.

Ketidakseragaman taburan penduduk dunia mengikut benua, dan kepulauan, mengikut garis lintang, mengikut ketinggian dan juga mengikut kawasan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk dunia yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.

Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di negara maju. Kesan ketidakseragaman taburan penduduk terhadap sumber alam dan sosio –

ekonomi sesebuah kawasan.Sukatan taburan.Taburan Penduduk Dunia.

A. Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk.B. Taburan Penduduk Dunia Mengikut Kepadatan.C. Taburan penduduk dunia mengikut benua.D. Taburan penduduk dunia mengikut garis lintangE. Taburan penduduk mengikut Kebenuaan dan Kepulauan.F. Taburan penduduk dunia mengikut ketinggian tempat.G. Taburan penduduk dunia mengikut kawasan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Guru1. Bertanya tentang pengertian taburan penduduk yang pelajar tahu2. Berbincang dan menerima pendapat idea-idea pelajar dan mencatatkan isi-isi

penting di papan putih.3. Menerangkan pengertian sebenar taburan penduduk dengan memberikan contoh-

contoh yang senang difahami pelajar4. Pelajar diminta berada dalam kumpulan serta berbincang tentang sebab-sebab

berlakunya ketidakseimbangan penduduk di Malaysia, Negeri. Daerah serta tempat tinggal mereka.

5. Meminta pelajar menyenaraikan kesan-kesan ketidakseimbangan penduduk keatas sumber (negatif dan positif)

Pelajar1. Menjawab secara lisan tentang pengertian taburan penduduk dengan memberikan

beberapa contoh yang releven. (pengetahuan sedia ada)

Page 73: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. Memberikan pendapat berdasarkan KBKK dengan bimbingan guru.3. Mencatatkan pengertian taburan sebenar serta membuat perbandingan nyata.4. Perbincangan kumpulan mengikut tajuk yang guru beri.5. Persembahan oleh ketua kumpulan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

ketidakseimbangan penduduk di kawasan yang mereka kaji.6. Mencatatkan nota ringkas mengenai isi-isi penting hasil dari perbincangan dengan

guru.

Soalan Latihan

Soalan 1:

Berdasarkan kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara yang telah anda kaji secara khusus;

a) Nilaikan sejauhmanakah faktor migrasi telah menyebabkan perbezaan taburan kepadatan penduduk di dalam negara -negara yang telah anda kaji itu.

[15 Markah]

b) Huraikan langkah-langkah yang telah dan boleh diambil bagi menyeimbangkan taburan penduduk di negara-negara berkenaan.

[10 Markah]

Soalan 2: a) Mengapakah taburan penduduk di Malaysia tidak seimbang?

[10 Markah]

b) Jelaskan kesan-kesan akibat ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia terhadap sumber-sumber alamnya.

[9 Markah]

c) Cadangkan langkah-langkah jangka panjang yang boleh diambil untuk menyeimbangkan taburan penduduk di Malaysia. .. [6 Markah]

Soalan 3:

a) Tunjukkan bagaimana kepadatan penduduk sesebuah negara dihitung. [5 Markah]

b) Jelaskan pengaruh faktor-faktor fizikal terhadap taburan penduduk di Asia Pasifik. [ 10 Markah]

Page 74: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

c) Berdasarkan contoh-contoh tertentu, huraikan bagaimana faktor governan boleh mempengaruhi taburan penduduk di sesebuah negara.

[10 Markah]

Soalan 4:a) Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Pasifik yang telah anda kaji secara

khusus;i) Nyatakan corak taburan penduduk di negara berkenaan.

[5 Markah] ii) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan taburan penduduk di dalam

Negara berkenaan tidak sekata. [10 Markah]

b) Mengapakah taburan penduduk dunia tidak seimbang? [10 Markah]

PENILAIAN JAWAPANSoalan 1.a

- Calon diminta memilih nama negara (1m)- Migrasi ke kawasan Bandar-bandar akibat mencari peluang pekerjaan

berlaku kepadatan di Bandar utama contoh adalah mengikut nama negara- Migrasi-pendidikan berikan contoh pusat pengajian tinggi- Migrasi ke kawasan felda atau petempatan baru berikan nama lokasi- Kepadatan kawasan yang pelajar kaji contoh di Malaysia Pantai barat dan

pantai timur.Soalan 1b- Langkah-langkah

- Menyamakan pembangunan antara kawasan contoh pembukaan kawasan baru

- Kawasan ekonomi contoh industri-peluang pekerjaan- Pembukaan Bandar baru- Kemudahan infrastruktur- Peluang perniagaan IKS- Pembukaan kawasan pertanian di kawasan luar Bandar.

Soalan 2a- Penduduk Malaysia tidak seimbang kerana- Keadaan bentuk muka bumi- Sumber semulajadi contoh sumber mineral, perikanan dll- Kemudahan sosial contoh pusat pengajian tinggi,kesihatan, hiburan dll- Dasar kerajaan yang membanggunkan kawasan Bandar dan desa.- Faktor sejarah penjajahan barat.- Pengangkutan terawal dan kepesatan pengangkutan lebuhraya- Bandar-bandar utama dan pusat pentadbiran

Soalan 2b- Menyamakan pembangunan antara kawasan contoh pembukaan kawasan

baru contoh penzonan industri- Kawasan ekonomi contoh industri-peluang pekerjaan- Pembukaan Bandar baru

Page 75: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

- Kemudahan infrastruktur- Peluang perniagaan IKS- Pembukaan kawasan pertanian di kawasan luar Bandar.

Soalan 3a –Cara menghitung kepadatan penduduk

a) Hitung kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996. Jawapan: Lihat penghitungan kepadatan penduduk di dalam jadual di bawah. Formula Kepadatan: Jumlah Penduduk ÷ Luas Kawasan

Jadual : Kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Negeri Penduduk (' 000)

Keluasan (KM²)

Kepadatan(Orang / KM²)

JohorKedah

KelantanMelaka

Negeri SembilanPahangPerakPerlis

Pulau PinangSabah

SerawakSelangor

TerengganuWP Kuala Lumpur

WP Labuan

2 496.21 505.91 411.1 576.5 797.91 213.92 083.3 213.21 209.92 456.81 919.32 909.7 948.41 358.9 67.9

18 986 9 42614 983 1 650 6 64335 96521 005 795 1 03173 620124 449 7 956 12 955 243 91

131.5159.7 94.2349.4120.1 33.8 99.2268.2

1173.5 33.4 15.4 365.7 73.2 5592.2 746.2

3b- Pengaruh Fizikal keatas penduduk asia fasifik – Beri nama Negara yang dipilihKAWASAN PADAT

- Kemusnahan hutan- Kepupusan flora dan fauna- Habitat terjejas- Hakisan, pengondolan, landskap

Page 76: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

- Pencemaran udara, air dan darat- Suhu meningkat, pulau haba Bandar- Sumber terjejas dan kekurang

KAWASAN KURANG- Pembaziran sumber

3c- Faktor dasar kerajaan yg mempengaruhi taburan

- Kemudahan sosial contoh pusat pengajian tinggi,kesihatan, hiburan dll- Dasar kerajaan yang membanggunkan kawasan Bandar dan desa.- Pengangkutan terawal dan kepesatan pengangkutan lebuhraya- Kawasan FELDA, dll- Bandar-bandar utama dan pusat pentadbiran contoh putrajaya

4a- Sama jawapan soalan 1

Page 77: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru
Page 78: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 1: PENDUDUK

TOPIKPertumbuhan Penduduk

SUB TOPIK1.2 Pertumbuhan Penduduk: Trend, Proses dan Faktor yang mempengaruhinya

MASA2 masa (90minit)

HASIL PEMBELAJARANPada akhir pembelajaran Pelajar akan dapat

1. Menyatakan Konsep penduduk sebagai sumber manusia2. Menjelaskan trend pertumbuhan penduduk dunia dan Negara Malaysia.3. Menjelaskan proses pertumbuhan penduduk secara

(i) Semulajadi (Kelahiran –Kematian)(ii) Pertumbuhan penduduk (Kelahiran-Kematian + migrasi bersih)

4. Membincangkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk (i) Kadar kelahiran (ii) Kadar Kematian (ii) Migrasi

SISIPAN KONSEPManusia yang mendiami di sesuatu kawasanPertumbuhan PendudukPertumbuhan penduduk biasanya dinilai dengan jumlah angka tertentu untuk menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik, atau berkurangan di sesebuah Negara pada tempoh tertentu.Kadar KelahiranPengukuran bilangan penduduk yang lahir dalam tempoh setahun. Proses ini akan menambahkan bilangan penduduk di sesebuah Negara.Kadar KematianPengukuran yang berasaskan bilangan penduduk yang telah mati. Keadaan ini menyebabkan bilangan penduduk di sesebuah Negara akan berkurangan.Kesinambungan 2 kadar (Kelahiran-Kematian)Pengukuran yang lebih jelas terhadap pertumbuhan penduduk disesebuah Negara dapat dilihat dengan menilai penduduk yang masih ada.MigrasiPerpindah masuk/keluar penduduk di sesebuah Negara berdasarkan pelbagai faktor releven

Page 79: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

ISI-ISI UTAMA

Faktor-faktor pertambahan penduduk Sosial – perkahwinan pada usia muda, amalan tradisi dan agama. Ekonomi – Kemiskinan dan amalan keluarga (anak-anak perlu mewarisi

pekerjaan tradisi. Dasar Kerajaan – Menggalakkan kelahiran bagi menjana sumber yang ada.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Guru6. Bertanya tentang pengertian penduduk yang pelajar tahu7. Berbincang dan menerima pendapat idea-idea pelajar dan mencatatkan isi-isi

penting di papan putih.8. Menerangkan pengertian sebenar penduduk dan Pertumbuhan Penduduk dengan

memberikan contoh-contoh.9. Pelajar diminta berada dalam kumpulan serta berbincang tentang keadaan

pertumbuhan penduduk di Asia Tenggara, Malaysia, Negeri. Daerah serta tempat tinggal mereka.

Pelajar7. Menjawab secara lisan tentang pengertian penduduk. (pengetahuan sedia ada)8. Memberikan pendapat berdasarkan KBKK dengan bimbingan guru.9. Mencatatkan pengertian sebenar serta membuat perbandingan nyata.10. Perbincangan kumpulan mengikut tajuk yang guru beri.11. Persembahan oleh ketua kumpulan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

pertumbuhan penduduk di kawasan yang mereka kaji.12. Mencatatkan nota ringkas mengenai isi-isi penting

Contoh-Contoh Soalan yang Releven

1. Berdasarkan sesetengah Negara di rantau Asia Pasifik yang telah anda kaji; (a) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Negara- negara tersebut mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang pesat.

[13 markah]

(b) Huraikan kesan-kesan pertumbuhan penduduk yang pesat ke atas sumber- sumber alam di dalam negara berkenaan. [12 markah]

Page 80: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Pertumbuhan Penduduk’ [5 markah]

(b) Dasar Kerajaan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk di negara-negara Asia Tenggara. Bincangkan pernyataan ini.

[10 markah ]

(c) Pilih sebuah negara di rantau Asia Pasifik yang mengalami kurangan penduduk, dan jelaskan sebab-sebab mengapakah Negara tersebut perlu meningkatkan pertumbuhan penduduknya. [10 markah]

Penilaian JawapanSoalan 1 (a)Negara yang dicadang ialah Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja dll.

Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah Tahap pendidikan yang rendah Kegaggalan perancang keluarga Perkhwinan pada usia muda Faktor agama dan adat tradisi Keperluan keluarga (kerja ladang)

Soalan 1 (b)Kesan Pertumbuhan penduduk keatas sumber-sumber alam

Kepupusan sumber flora-fauna, mineral Tekanan sumber guna tanah secara giat

Pencemaran sumber contoh air, udara dan tanah Kemusnahan sumber hutan, air dan tanah Kekurangan sumber makanan Merosotnya sumber contoh sumber mineral dan kayu-kayan yang berharga.

Soalan 2 (a)Maksud Pertumbuhan Penduduk ialah pengukuran yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurangan di sesebuah Negara pada satu tempoh tertentu.

Soalan 2 (b)Dasar kerajaan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Asia Tenggara;Menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga contoh Singapura, China, Sedangkan Negara Malaysia sangat menggalakan bilangan anak yang ramai. Ini menyebabkan Negara terbabit akan mengikut arus kehendak dasar ini di masa akan datang.

Kempen serta motivasi kekeluargan anjuran lembaga kependudukan Malaysia.

Page 81: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Sistem pendidikan yang lebih tinggi serta memberikan peluang pada kaum wanita untuk turut terlibat dalam pelbagai sector awam.

Penambah baikan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan rakyat contoh sekolah, maktab dll ini bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pelbagai peringkat pendidikan.

Pertingkatkan tahap kesihatan yang lebih baik serta moden contoh hospital-hospital yang lengkap dengan pelbagai alatan bantuan kecemasan.

Soalan 2 (c)Negara di Asia Pasifik yang mengalami kekurangan penduduk ialah Australia, New Zeland, Singapura dan HawaiiSebab-sebab Negara tersebut perlu mempertingkatkan lagi kadar pertumbuhan penduduk ;

Bagi memenuhi ruang keperluan guna tenaga kerja secara tak langsung dapat menarik minat pelabur-pelabur asing untuk membuka industrinya.

Mengelakkan berlakunya pembaziran sumber Membangunkan sesebuah Negara dari segi pelbagai kegiatan ekonomi. Kearah memantapkan kawalan keselamatan Negara dari serangan musuh. Meluaskan pasaran barangan industri di peringkat tempatan lagi. Memajukan sesebuah Negara dengan pelbagai infrastruktur dan pasarana.

RujukanRusly & Nurashikin Abdullah. Teks PRA-U Geografi Manusia STPM. Pearson dan Longman. Kuala Lumpur. 2005

Page 82: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA: PENDUDUK

TOPIK

Migrasi

SUB TOPIK1.4 Migrasi: Konsep, pola dan factor yang mempengaruhi migrasi dalaman.

MASA2 waktu (90 minit)

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;1. Menerangkan pengertian Migrasi dalaman dan antarabangsa.2. Menghuraikan pola migrasi dalaman Negara Malaysia

(i) Arah aliran migrasi iaitu Desa ke Bandar, Bandar ke Bandar, Desa ke desa

(ii) Isipadu aliran(iii) Komposisi aliran contoh Jantina, Umur dan Taraf pendidikan

3. Membincangkan factor-faktor yang mempengaruhi migrasi serta kesan baik dan buruk.

4. Mempersembahkan data aliran migrasi dalam bentuk jadual dan peta.

SISIPAN KONSEP

Pengertian Migrasi

Migrasi bermaksud perpindahan masuk atau keluar penduduk yang melibatkan 2 tempat yang berbeza.Migrasi DalamanMigrasi ini hanya berlaku dalam sesebuah Negara tanpa melibatkan Negara yang berlainan politik.Migrasi AntarabangsaMigrasi yang melibatkan perpindahan penduduk melepasi sempadan antarabangsa

Page 83: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

ISI-ISI UTAMA 1. Migrasi adalah satu proses pepindahan penduduk dari dua tempat yang bebeza atas sebab tertentu.

Faktor tolakan dari tempat asal Faktor tarikan dari tempai yang dituju

3. Terdapat pelbagai jenis dan keadaan berlakunya migrasi kekal, sementara, dan bermusim4. Kesan baik dan buruknya migrasi terhadap Negara yang dituju dan yang

ditinggalkan

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Guru1. Bersoaljawab tentang pengertian migrasi yang pelajar faham. (pengetahuan sedia

ada)2. Memberikan gambaran ringkas migrasi yang berlaku di Malaysia dan kawasan

berhampiran.3. Menerangkan pengertian migrasi secara terperinci sambil memberikan contoh-

contoh yang mantap dan senang difahami.4. Memberikan latihan esei, pelajar diberi peruntukan masa untuk pengujian

tersebut.5. Memberikan jadual migrasi penduduk dalam Malaysia ke bandar-bandar utama.6. Menerangkan jadual tersebut serta membimbing pelajar mencari skala yang

sesuai untuk peta aliaran.

Pelajar1. Pelajar menerangkan pengertian migrasi yang mereka tahu. 2. Menjawab secara lisan proses-proses migrasi yang pernah mereka alami atau

lihat.3. Mencatatkan nota-nota penting yang guru berikan.4. Menjawab latihan esei mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru.5. Meneliti Jadual yang telah guru berikan dan berbincang untuk mendapatkan skala

yang idel.6. Membina peta aliran serta melengkapkan petunjuk, skala, tajuk dan warna.

Page 84: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Contoh Soalan RelevenBerdasarkan mana-mana negara di rantau Asia Pasifik,

(a) Nyatakan pelbagai jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di negara tersebut. migrasi berkenaan [4 Markah] (b) Pilih satu jenis aliran migrasi dalaman yang utama di dalam negara berkenaan, huraikan faktor yang mempengaruhi aliran. (c) Jelaskan kesan negatif aliran migrasi terhadap negara yang anda pilih terhadap

kawasan asal dan kawasan destinasinya. [12 Markah]

Penilain Soalana) Jenis aliran migrasi dalaman;1. Bandar ke desa2. Bandar ke bandar3. Desa ke desa4. Desa ke bandar5. Tranmigrasi

b) Pilihan desa ke bandar dan faktor mempengaruhinya;1. Peluang pekerjaan – meningkatkan taraf hidup.2. Peluang pendidikan – peringkat yang lebih tinggi spt. UKM,UM.3. Kemudahan sosial – Kesihatan, hiburan dll.4. % ketersampaian tinggi – kemudahan pengangkutan spt lebuh raya dllc) Kesan negatif aliran migrasi;1. Tempat destinasia) Mewujudkan fenomena setinggan – mencacatkan keindahan bandar.b) Kesesakan dan kepadatan penduduk yang tinggi – tepu.c) Pengangguran dan kemiskinan bandar.d) Kesan sosial – jenayah, merompak, merebaknya penyakit dan masalah sosial.e) Meluaskan pasaran dan kuasa beli.f) Kemajuan ekonomi bandar maju dan pesat – industri berkembang pesat dan

bekalan buruh mencukupi.

2. Tempat asal.a) Kekurangan tenaga kerja.b) Tanah kawasan pedalaman terbiar.

Rujukan Rusly & Nurashikin Abdullah. Teks PRA-U Geografi Manusia STPM. Pearson dan Longman. Kuala Lumpur. 2005

Page 85: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA: PENDUDUK

TOPIKKemahiran Amali

SUB TOPIK1.5 Kemahiran Amali penduduk: Membina dan mentafsir graf garisan pertumbuhan

penduduk

MASA2 Masa (90 Minit)

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat:

Membina pelbagai jenis graf, rajah/carta dan peta tematik dengan mengaplikasikan teknik kartografi yang betul.

Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada graf, rajah/carta dan peta yang dilukiskan.

Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil. Meramalkan fenomena geografi yang boleh terjadi akibat pola/corak tersebut.

SISIPAN KONSEP

Kemahiran amali penduduk dan sumber menumpukan kepada kemahiran membina, mentafsir dan menganalisis pelbagai jenis data penduduk seperti kadar kelahiran, kadar kematian, kepadatan penduduk, data migrasi, data umur dan jantina serta lain-lain ke dalam bentuk graf, carta, rajah dan peta tematik (peta koroplet, peta titik, peta bulatan berkadar dan juga peta aliran).

ISI-ISI UTAMA

1. Membina dan mentafsirkan pelbagai bentuk kemahiran amali.2 Menganalisis data 3 Plotan berdasarkan dasarkan data.4 Panduan latihan amali iaitu menentukan tajuk, skala, plotan dan petunjuk.

Page 86: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru1. Menerangkan kepentingan kemahiran amali dalam geografi.2. Menunjukkan contoh-contoh kemahiran yang terdapat dalam gambarajah.3. Panduan membaca data dan memindahkannya dalam bentuk kemahiran yang akan dipelajari4.Berbincang mengenai petua dan peraturan dalam membina graf pelbagai jenis.5.Memberikan latihan amali secara berkumpulan dan perseoragan.

Pelajar1. Mencatatkan isi-isi penting mengenai kemahiran yang guru terangkan.2. Pelajar membaca data dan meanalisiskan butiran.3. Melakukan pengiraan secara berkumpulan4. Membina graf bar, garisan, carta pai serta lain-lain dengan sempurna,

Contoh Soalan yang releven

Jadual 1: Penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia 1900 – 1990 (Juta orang)

Wilayah Tahun1900 1930 1950 1970 1990

AfrikaAmerika LatinAmerika UtaraAsiaEropah

1206381915423

1551091351072532

2001631671376576

3442832282056705

6484482763108786

a) Berdasarkan jadual 1, lukis graf garis untuk menunjukkan pertambahan penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.

Page 87: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1.1.1 b) Menganalisis dan mentafsir Graf Garis.

Menganalisis graf garis memerlukan kemahiran mengadunkan pengentahuan sedia ada dengan pola atau bentuk graf yang terhasil. Komponen penganalisisan dan pentafsiran merangkumi pola atau corak graf yang terhasil, sebab-sebab mengapa pola tersebut bersifat demikian dan juga elemen kajian masa depan (KMD) seperti mencadangkan langkah, meramalkan kesan jangka panjang dan sebagainya. Terdapat empat jenis pola atau corak atau trend atau arah alir yang boleh dikenalpasti dari sesebuah graf garis. Iaitu :

i) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara mendadak.ii) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara gradual (perlahan-

lahan)iii) Pola atau trend yang stabil – konstan (garis lurus yang mendatar)iv) Pola atau trend yang tidak stabil/tidak menentu – mengalami kenaikan dan

penurunan dalam tempoh masa yang tertentu.

Lihat contoh soalan pentafsiran di bawah:

b) Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a)

i) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat

Jawapannya:

Wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat ialah wilayah ASIA.

ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di wilayah tersebut.

Jawapannya:

Kepesatan pertumbuhan penduduk di Asia berlaku selepas tahun 1950. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:

(1) Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian ekoran daripada kemajuan taraf kesihatan serta teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai penyakit merbahaya serta dapat mengurangkan resiko kematian bayi di samping meningkatkan jangka hayat penduduk.

(2) Aras kesuburan (Fertiliti) wanita yang tinggi berkaitan dengan peratus penduduk dalam kumpulan umur subur yang ramai (misalnya 15 hingga 44 tahun) serta amalan perkahwinan pada usia muda khususnya di negara-negara Asia yang sedang

Page 88: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

membangun.

(3) Kegagalan Program Kawalan Penduduk/Perancangan keluarga di sesetengah negara Asia yang disebabkan oleh taraf pendidikan yang masih rendah, halangan agama, adat dan status quo masyarakat. Kegagalan program perancangan keluarga boleh juga dikaitkan dengan keperluan buruh/tenaga kerja oleh sesebuah keluarga khususnya dalam sektor pertanian tadisional.

(4) Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era revolusi hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk Asia dapat ditampung daripada mengalami krisis makanan dan kebuluran. Kedapatan lebih banyak sumber makanan berzat/berkhasiat serta amalan pemakanan/diet yang seimbang di kalangan penduduk telah menjamin kesihatan penduduk bertambah, kadar kematian berkurangan,jangka hayat meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran.

(5) Kestabilan politik. Tamatnya perang dunia ke dua (1939 - 1945) mengurangkan kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan. Di samping memberi ruang kepada negara-negara Asia mengubah polisi kependudukan dan sosio-ekonomi negara masing-masing ke arah pertambahan penduduk, peningkatan tenaga buruh dan kemajuan ekonomi.

c) Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sumber alam di negara tersebut.

Jawapannya:

Memilih sebuah Negara di Asia yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat seperti Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll yang sesuai.

Pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan sumber-sumber alam sesebuah negara diteroka dan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung pertumbuhan tersebut. Ini akan menimbulkan kesan:

(1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan guna tanah untuk petempatan,pertanian,perindustrian,pembandaran,infrastruktur dan sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. Kesannya saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin sempit, harganya semakin mahal.

(2) Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral: - sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti maka kesan jangka panjangnya ia diancam kehabisan/kepupusan.

(3) Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air

Page 89: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

akibat pertambahan industri,kenderaan,pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta tanah runtuh.

(4) Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil pertanian, sumber perikanan dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan dengan pertambahan penduduk.

(5) Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat, sumber tidak terbiar membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan membangunkannya.

1.1.2 a) Membina Graf Bar.

Konsep: Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus secara menegak. Pada amnya graf bar terdiri daripada tiga jenis iaitu graf bar komponen, graf bar kompaun dan juga graf bar cermin. Graf bar komponen atau graf bar majmuk mempunyai turus yang bertingkat-tingkat manakala graf bar kompaun mempunyai turus yang berbaris-baris. Graf bar cermin pula mempunyai nilai paksi tegak yang positif dan negatif. Paksi X berada di tengah graf, di sebelah atasnya paksi Y yang bernilai positif manakala di sebelah bawahnya ialah paksi Y yang bernilai negatif.Gerakerja Membina Graf Bar:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti. Kenalpastikan kaedah graf bar yang hendak dibina samada bar kompaun, bar komponen atau graf bar cermin. Misalnya jika data itu melibatkan perubahan (angka positif dan negatif) maka graf bar yang sesuai dibina ialah graf bar cermin.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun/elemen/unsur manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai mestilah dijarakkan dari paksi Y (sebaik-baiknya berjarak 1 CM). Seterusnya buat plotan bar atau turus mengikut nilai-nilai data yang terdapat dalam soalan. (Ingat – Plotan bagi graf bar mestilah dijarakkan antara satu bar dengan bar yang lain. Oleh sebab itu plotan bar adalah berlawanan dengan plotan graf garis. Jika graf garis perlu rapat dan bermula di atas paksi Y manakala plotan bar mesti renggang dari paksi Y dan renggang antara bar-bar yang dibina)

Page 90: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah graf bar).

Lihat Contoh 2 di bawah:

Contoh 2:

Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar di beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Jadual 2: Bilangan migrasi masuk dan migrasi keluardi beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Negeri Bil.Migrasi Masuk (orang)

Bil.Migrasi keluar (orang)

Johor 30 838 26 880Kedah 19 357 16 266Kelantan 11 069 14 113Terengganu 14 979 9 361Pahang 25 957 23 635Melaka 9 161 11 993Perak 25 753 35 317Selangor 61 048 38 536Pulau Pinang 12 664 16 736

a) Berdasarkan jadual 2, lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan migrasi bersih mengikut beberapa buah negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Penyelesaian: Oleh kerana soalan meminta calon melukiskan graf bar yang menunjukkan Migrasi Bersih, maka calon mestilah dahulu mengira nilai migrasi bersih bagi setiap negeri dengan menggunakan formula berikut:

Migrasi Bersih = Migrasi Masuk ▬ Migrasi Keluar.

Jika nilai migrasi bersih yang diperolehi mempunyai nilai positif dan negatif maka graf bar yang perlu dilukis ialah graf bar cermin. Sekiranya nilai yang diperolehi positif sahaja atau negatif sahaja maka calon boleh memilih untuk melukis graf bar komponen atau graf bar kompaun bergantunglah kepada kesesuaiannya.

Page 91: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Berdasarkan nilai migrasi bersih yang diperolehi itu, pilih satu skala yang sesuai bagi mewakili semua data. Bahagikan nilai migrasi bersih dengan skala anda untuk memperolehi panjang setiap bar yang akan dilukis nanti.

Lihat Jadual nilai migrasi bersih dan panjang setiap bar di sebelah:

Jadual : Nilai Migrasi Bersih dan Panjang Setiap Bar.

Skala yang dipilih: 1 CM = 2000 Orang.

Negeri Bil.Migrasi Masuk (MM)

Bil.Migrasi keluar (MK)

Migrasi Bersih (MM – MK)

Panjang bar1cm = 2000 org.

Johor 30 838 26 880 3 958 1.9 cmKedah 19 357 16 266 3 091 1.5 cmKelantan 11 069 14 113 –3 044 – 1.5cmTerengganu 14 979 9 361 5 618 2.8cmPahang 25 957 23 635 2 322 1.1 cmMelaka 9 161 11 993 –2 832 – 1.4cmPerak 25 753 35 317 –9 564 – 4.7cmSelangor 61 048 38 536 22 512 11.2cmPulau Pinang 12 664 16 736 –4 072 – 2.0 cm

Page 92: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1.1.2 b) Menganalisis dan Mentafsir Graf Bar.

Sepertimana graf garis, graf bar juga perlu dianalisis dan ditafsirkan daripada segi polanya, sebab-sebab, kesan serta cadangan mengatasi hasil daripada sesuatu bentuk bar yang terhasil. Di peringkat ini calon mestilah berupaya mengadunkan pengentahuan yang dimilikinya dengan kemahiran amali yang dibuat.

Lihat contoh soalan analisis di bawah.

b) Mengapakah sesetengah negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami kadar migrasi masuk yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur dan utara semenanjung.

Jawapannya:

1. Mengenalpasti dengan tepat negeri di pantai barat yang mempunyai kadar migrasi masuk yang tinggi - Selangor dan Perak.

Sebab-sebab: (Boleh dibincangkan secara perbandingan antara faktor tarikan dan faktor tolakan - judul isinya masih lagi sama). Antara sebab-sebab yang boleh dibincangkan ialah:

1. Peluang perkerjaan. Peluang perkerjaan yang luas dan tawaran gaji yang lumayan terutamanya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan khususnya di bandar-bandar besar dalam negeri yang berkenaan.- berbanding dengan negeri-negeri pantai timur dan utara semenanjung.

2. Peluang pendidikan. Peluang pendidikan tinggi juga lebih luas dan terbuka khususnya di negeri Selangor. Boleh dibuktikan dengan nama-nama IPTA atau IPTS - boleh dibuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.

3. Faktor Urbanisasi. Tarikan kemudahan bandar yang begitu banyak di negeri-negeri pantai barat berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar yang lebih besar,lebih maju/pesat membangun yang menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik.

4. Faktor sistem pengangkutan. Faktor pemangkin migrasi. Sistem pengangkutan yang cekap,cepat, canggih dan jaringan yang padat akan memudahkan pergerakan, meningkatkan darjah ketersampaian antara negeri-negeri pantai barat dengan negeri-negeri yang lain.

Page 93: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1.1.3 a) Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi).

Carta pai mempunyai beberapa nama seperti Rajah Bulatan Berbahagi dan juga Simbol Bulatan Berkadar. Ia terdiri daripada bulatan yang dipecahkan kepada segmen –segmen atau sektor-sektor mengikut nilai sudut yang telah dikira. Terdapat tiga pengiraan penting untuk membina sesebuah carta pai iaitu, pengiraan skala jejari bulatan, pengiraan sudut sektor dan juga pengiraan peratus sudut sektor.

Gerakerja Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan berapa buah carta pai yang perlu dibina berasaskan kehendak soalan.

Langkah 2: Campurkan semua nilai data mengikut sektor bagi tujuan mencari jejari. Nilai jejari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Jejari = √ jumlah

Apabila sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira panjang jejari. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya panjang jejari mestilah sesuai untuk menghasilkan bulatan agar tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Langkah 4: Kirakan sudut sektor bagi setiap elemen yang terdapat dalam jadual dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen x 360°Jumlah Keseluruhan Elemen

Langkah 5: Membuat plotan. Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis berdasarkan panjang jejari yang telah dikira dan juga menandakan bukaan sudut sektor bagi setiap elemen yang telah dikira dengan menggunakan jangka sudut di dalam bulatan berkenaan.

Page 94: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Langkah 6: Mengira peratus setiap sudut sektor dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen

x 100%Jumlah Keseluruhan Elemen

Nilai peratus ini mestilah dimasukkan ke dalam setiap bukaan sudut sektor bulatan tersebut. (Ingat !, nilai peratus yang perlu ditulis dalam setiap bukaan sudut sektor dan bukannya nilai sudut berkenaan)

Langkah 7: Lorekan atau warnakan setiap sudut sektor dengan lorekan atau warna yang berlainan dan seterusnya lengkapkan carta pai anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah carta pai anda itu.

Lihat Contoh 3 di bawah:

Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

Kumpulan UmurJumlah Penduduk (‘000) orang

Bawah 15 tahun 7, 68415 - 64 tahun 14, 681Lebih dari 65 tahun 898Jumlah 23,264

Berdasarkan jadual 3 di atas siapkan sebuah rajah bulatan berbahagi bagi menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

Langkah 1: Mengira skala jejari: Formula: √ JUMLAH

= √ 23,264,000 = 4823.27 unit puncakuasadua

Page 95: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Skala Jejari = 1 CM = 1000 unit puncakuasdua

= 4823.27 ÷ 1000 Panjang jejari = 4.823 CM.

Langkah 2: Mengira sudut sektor dan peratus sudut sektor. (Lihat Jadual di bawah)

Kumpulan umur JumlahPenduduk

Sudut Sektor :Formulanya:

Nilai x 360º

Jumlah

% sudut sektorFormulanya:

Nilai sudut sektor x 100% 360º

Bawah 15 tahun 7,684,000 7,684,000 x 360º23,264,000 =118.9º

118.9º x 100 = 33.02%

360º

15 – 64 tahun 14,681,000 14,681,000 x 360º23,264,000 =227.2º

227.2º x 100 = 63.11%

360º

Lebih 65 tahun 898,000 898,000 x 360º23,264,000 =13.9º

13.9º x 100 = 3.86%

360º

Page 96: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

TajukImpak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Subtajuk2.1 Sektor pertanian

Masa2 Jam (80 Minit)

Hasil PembelajaranPada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1 Membezakan pelbagai jenis dan ciri sistem pertanian di Asia pasifik.

Aras 2 Menghuraikan pelbagai faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di Asia

pasifik.

Aras 3 Menjelaskan kepentingan atau sumbangan sektor pertanian kepada

pembangunan ekonomi dan sosial negara Asia pasifik.

Aras 4 Menjelaskan kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar dan

mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

Sisipan Konsep

Bioteknologi – bermaksud penggunaan teknologi dalam perkembangan pertanian dan pembuatan seperti pembiakbakaan tisu, pengubahsuian genetik, teknologi transgenik, dan teknologenik, dan teknologi nano.

Tanaman monokultur – tanaman sejenis sahaja misalnya padi sawah yang ditanam di atas tapak yang sama yang hanya berbeza mengikut masa seperti tanaman padi sawah dalam musim dan luar musim.

Tanaman multikultur – tanaman pelbagai jenis iaitu campuran tanaman padi sawah dengan tanaman lain.

Page 97: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Isi-isi Pembelajaran1.0 Jenis dan ciri sistem pertanian,

1.1 Pertanian pindah1.2 Pertanian sara diri intensif 1.3 Pertanian kebun kecil1.4 Perladangan ektensif

2.0 Faktor-faktor mempengaruhi,2.1 Fizikal,

2.1.1 Iklim2.1.2 Sistem saliran2.1.3 Bentuk muka bumi

2.2 Kemanusiaan,2.2.1 Ekonomi2.2.2 Sosial2.2.3 Governan2.2.4 Teknologi

3.0 Kepentingan atau sumbangan3.1 membekalkan sumber makanan3.2 Pendapatan eksport negara3.3 Peluang pekerjaan3.4 Membantu ekonomi sampingan3.5 Menambahkan dana/modal3.6 Meningkatkan teknologi3.7 Meluaskan pasaran3.8 Memajukan infrastruktur dan pembangunan bandar

4.0 Masalah yang dihadapi4.1 Ancaman fizikal – banjir, kemarau, ancaman makluk perosak.4.2 Kekurangan tenaga buruh.4.3 Kekurangan modal.4.4 Masalah tanah – saiz tanah tidak ekonomik, tanah terbiar.4.5 Harga pasaran antarabangsa tidak stabil4.6 Masalah teknologi4.7 Kekurangan pengetahuan moden4.8 Kemiskinan

5.0 Langkah-langkah memajukan sektor pertanian5.1 Memajukan bioteknologi5.2 Wujudkan semula program pembangunan wilayah5.3 Projek pertanian berkelompok5.4 Tingkatkan infrastruktur pertanian5.5 Memperbaiki sistem pengurusan dan pemasaran5.6 Mempromosikan produk pertanian.

Page 98: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

6.0 Kesan negatif terhadap alam sekitar6.1 Perubahan landskap6.2 Hakisan dan gerakan jisim6.3 Pencemaran air6.4 Pencemaran udara/jerebu6.5 Kemusnahan ekosistem/biodiversiti6.6 Gangguan kitar hidrologi6.7 Pemanasan setempat.

7.0 Langkah mengatasi kesan negatif7.1 Langkah perundangan – Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.7.2 Amalan pengurusan cekap dan strategik.7.3 Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranAktiviti guru

1. Guru bertanyakan pelajar jenis-jenis pertanian yang terdapat di negara.2. Guru bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan memberi alamat halaman web.

http://www.treasury.gov.my http://www.agrolink.moa.my/dof/ http://www.jas.sains.my .

3. Guru meminta pelajar mencari maklumat yang terdapat di halaman web sistem pertanian yang terdapat di negara berkaitan dengan; Faktor mempengaruhi Sumbangan terhadap sosioekonomi Masalah-masalah dalam pertanian Kesan terhadap alam sekitar dan langkah mengatasi.

4. Guru meminta beberapa kumpulan membentangkan hasil capaian di halaman web berkenaan.

5. Guru merumus dan memberi soalan latihan yang perlu disiapkan dalam bentuk folio.

Aktiviti murid

1. Pelajar menyatakan jenis-jenis pertanian yang terdapat di Malaysia.2. Pelajar berada dalam 2 orang 1 kumpulan.3. Pelajar mendapatkan maklumat dalam halaman web dan mencetak maklumat

berkaitan. 4. Pelajar membentang hasil maklumat yang diperolehi.5. Pelajar mencatit soalan.

Page 99: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Contoh Soalan

Soalan 1

Pilih mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik;

a) Huraikan kelebihan sektor pertanian perladangan berbanding dengansektor-sektor pertanian yang lain yang ada di negara tersebut. (9 Markah)

b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor pertanian perladangan di negara itu. (8 Markah)

c) Kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam sekitar fizikal di negara berkenaan.

(8 markah)Penilaian Jawapan

Soalan ini merupakan soalan langsung dan terdiri daripada tiga bahagian. (a) meminta pelajar memilih sebuah negara di Asia Pasifik dan memberikan kelebihan sektor pertanian perladangan berbanding sektor pertanian lain. (b) meminta pelajar menjelaskan masalah sektor pertanian perladangan. (c) pula meminta pelajar mengkaji kesan negatif pertanian ladang terhadapa alam sekitar.

a) Negara yang dipilih ialah Malaysia. Antara kelebihan sektor pertanian perladangan berbanding sektor pertanian lain ialah;

1. Menyumbang kepada pendapatan eksport negara.2. Menyediakan banyak peluang pekerjaan.3. Membantu memajukan sektor ekonomi sampingan4. Memajukan infrastruktur dan pembangunan bandar

2markah x 4 isi = 8m + 1m (cth negara) = 9m

b) Masalah sektor pertanian perladangan.1. Faktor Fizikal1.1 Kemarau,banjir.1.2 Makhluk haiwan perosak.

2. Faktor Kemanusiaan2.1 Kekurangan tenaga buruh.2.2 Kekurangan modal.2.3 Masalah tanah – saiz tanah tidak ekonomik, tanah terbiar.2.4 Harga pasaran antarabangsa tidak stabil2.5 Masalah teknologi

2m x4 isi = 8m

Page 100: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

c) Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar.

1. Perubahan landskap2. Hakisan dan gerakan jisim3. Pencemaran air4. Pencemaran udara/jerebu5. Kemusnahan ekosistem/biodiversiti6. Gangguan kitar hidrologi7. Pemanasan setempat.

2m x 4 isi = 8m

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Bab 6 – Sektor Pertanian, m.s. 118 – 156, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Page 101: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

TajukImpak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Subtajuk2.2 Sektor Perindustrian

Masa2 waktu (80 Minit )

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1 Mengenalpasti sektor ekonomi primer, sekunder dan tertier.

Aras 2 Menjelaskan pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor industri.

Aras 3 Menjelaskan kepentingan atau sumbangan terhadap sosioekonomi.

Aras 4 Menjelaskan kesan negatif aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar dan

mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

Sisipan Konsep

Industri Primier – Industri peringkat pertama berdasarkan industri pemerosesan sumber alam seperti pertanian,perlombongan, perhutanan dll.

Industri sekunder – Industri pembuatan yang menukarkan hasil industri primer kepada barangan siap atau separa siap.

Industri Tertier – Industri perkhidmatan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan seperti pengangkutan,telekomunikasi, pelancongan dll.

Aglomerasi Industri - Pengelompokkan industri di satu kawasan yang khas seperti di kawasan perdagangan bebas (FTZ)

Page 102: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Isi-isi Pembelajaran

1.0 Jenis dan ciri sektor industri.1.1 Industri primer1.2 Industri sekunder1.3 Industri tertier

2.0 Faktor-faktor mempengaruhi;2.1 Dasar dan polisi kerajaan2.2 Keupayaan modal2.3 Teknologi2.4 Tenaga buruh2.5 Pasaran dan permintaan2.6 Bahan mentah dan sumber kuasa

3.0 Kepentingan atau sumbangan3.1 Peluang pekerjaan3.2 Pendapatan negara3.3 Meluaskan pasaran3.4 Memajukan industri berkaitan3.5 Meningkatn pembangunan infrastruktur.

4.0 Kesan ke atas alam sekitar4.1 Pencemaran udara dan jerebu4.2 Hujan asid4.3 Pencemaran air4.4 Kemusnahan hidupan akuatik4.5 Pemanasan setempat atau pulau haba bandar.

5.0 Langkah mengatasi kesan negatif5.1 Langkah perundangan – Akta Kualiti Alam Sekitar 19745.2 Amalan pengurusan cekap dan strategik.

Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti guru

1. Guru menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa lawatan di kilang kelapa sawit Ladang Kota Bahagia.

2. Guru meminta pelajar menyatakan kawasan industri di daerah,bandar, ibu negeri dan ibu negara.

3. Guru bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan memberi soalan perbincangan.

4. Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan melalui kaedah forum.

Page 103: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

5. Guru merumus topik perbincangan dan memberi soalan latihan.

Aktiviti murid

1. Pelajar menyatakan lokasi kawasan perindustrian yang mereka tahu.2. Pelajar berada dalam 5 orang 1 kumpulan.3. Pelajar membincangkan topik yang berkaitan melalui forum dan sesi soal jawab

di antara pelajar-pelajar.4. Pelajar mencatat soalan.

Contoh Soalan

Soalan 2

a) Bezakan maksud industri primer dengan industri sekunder. ( 6 Markah) b) Huraikan faktor-faktor yang boleh menghalang kemajuan industri perkilangan di sesetengah negara Asia Tenggara . ( 10 Markah)

c) Jelaskan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari. ( 9 Markah)

Penilaian JawapanTerdiri daripada tiga bahagian. (a) meminta pelajar membezakan maksud industri primer dan industri sekunder (b) meminta pelajar menghuraikan faktor penghalang kemajuan industri di sebuah negara Asia Tenggara. (c) pula meminta pelajar mengkaji kesan negatif akibat perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari.

a) Industri tertier – Industri peringkat pertama berdasarkan industri pemerosesan sumber alam seperti pertanian,perlombongan, perhutanan dll. (3m) Industri sekunder – Industri pembuatan yang menukarkan hasil industri primer kepada barangan siap atau separa siap. Cth kilang perabut,papan lapis dll.(3m)

b) Faktor penghalang kemajuan;1. Masalah kekurangan modal.2. Kekurangan tenaga buruh mahir.3. Kekurangan bahan mentah.4. Harga di pasaran antarabangsa.3 isi x3m =9m + ( 1m isi terbaik) = 10m

Page 104: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

c) Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar;1. Pencemaran udara2. Penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau.3. Fenomena hujan asid.4. Pencemaran air5. Kemusnahan ekosistem akuatik

6. Pemanasan setempat. 4 isi x 2m = 8m + ( 1m isi terbaik) = 9m

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Bab 11 – Sektor Perkhidmatan, m.s. 267 – 281, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Page 105: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

TajukImpak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Subtajuk2.3 Sektor Pelancongan

Masa2 waktu (80 Minit )

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1 Mengenalpasti sektor ekonomi tertier.

Aras 2 Menjelaskan pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor industri

pelancongan.

Aras 3 Menjelaskan kepentingan atau sumbangan terhadap sosioekonomi.

Aras 4 Menjelaskan kesan negatif aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar dan

mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

Sisipan Konsep

a) Ekopelancongan (Eco – Tourism)Aktiviti pelancongan yang berkembang berasaskan sumber semulajadi seperti pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur dan sebagainya. Aktiviti pelancongan yang paling banyak berkembang di Malaysia. Contohnya di Taman Negara, Hutan Simpan Belum di Perak. Hutan Simpan Endau – Rompin di Pahang.

Page 106: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

b) Pelancongan pertanian ( Agro – Tourism )Aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan, kawasan perkampungan nelayan, Akua – tourism seperti di kawasan ternakan akuakultur, konsep “home stay” dan lain-lain. Contohnya di Kedah dan Perlis seperti di kawasan MADA, Bagang Lalang Selangor.

c) Pelancongan Kesihatan.Kedatangan pelancong untuk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitality swasta, perubatan tradisional dan lain-lain.

d) Pelancongan Pendidikan.Mengalakkan aktiviti pelancongan sambil belajar khususnya dikalangan pelajar sekolah. Contohnya pusat-pusat pengajian tinggi, Pusat Sains Negara, Putrajaya, Pulau Langkawi, Cameron Highland dan sebagainya

Isi-isi Pembelajaran

a) Faktor-faktor mempengaruhi perkembangan kegiatan pelancongan

i) Faktor alam sekitar fizikal.- Pulau-pulau dan taman maritim yang cantik.- Keindahan persekitaran fizikal seperti pantai dan gua.- Keindahan kawasan tanah tinggi.- Keindahan flora dan fauna.- Iklim yang sesuai

ii) Faktor alam sekitar manusia.- Tempat-tempat bersejarah- Kemudahan pengangkutan dan perhubungan- Kemudahan prasarana- Dasar kerajaan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 10 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia dan menyatakan kepentingan kepada ekonomi negara.

Page 107: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 20 Minit )

a) Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dua aspek berikut:

i) Faktor-faktor yang mempengaruhi sektor pelancongan yang terdapat di Malaysia.

ii) Langkah-langkah memajukan sektor pelancongan di Malaysia. (Nota: Perbincangan mestilah berasaskan prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh Huraian dan dilengkapi dengan contoh-contoh yang spesifik)

Langkah 3 (Pembentangan Hasil Perbincangan – 40 Minit)

b) Pembentangan hasil perbincangan dan penambahbaikan.

i) Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

ii) Guru bersama dengan kumpulan pelajar lain membuat pembetulan dan penambahbaikan terhadap hasil pembentangan.

Langkah 4 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 10 minit)

Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian objektifnya.

Contoh SoalanPilih sebuah Negara di Asia Tenggara,

a) Huraikan kepentingan sektor pelancongan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara berkenaan. [9 Markah]

b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pelancongan di dalam negara berkenaan. [ 8 Markah]

c) Huraikan kesan negatif sektor pelancongan terhadap penduduk dan alam sekitar negara berkenaan. [ 8 Markah]

Page 108: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Penilaian Jawapan

Soalan ini merupakan soalan langsung dan terdiri daripada tiga bahagian.(a) Meminta pelajar memilih sebuah Negara Asia Tenggara dan memberikan kepentingan sector pelancongan terhadap ekonomi dan social Negara.(b) Meminta pelajar mencadangkan beberapa langkah bagi memajukan sector berkenaan.(c) Meminta pelajar memberi kesan negative sector tersebut kepada alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal.

a) Negara yang dipilih ialah Malaysia.Antara kepentingan sektor pelancongan ialah;

i) Sumber pendapatan negara. ii) Peluang pekerjaan.

iii) Menggalakkan perkembangan industri berkaitan.iv) Perkembangan teknologi dan R&D.v) Pembangunan di kawasan luar Bandar.

2 markah x 4 isi = 8m + 1m(cth negara) =9M

b) Langkah memajukan sektor pelancongan;

i) Mempromosikan produk pelancongan menerusi media, pakej pelancongan yang menarik melalui TDC(Lembaga Penggalak Pelancongan).

ii) Membangunkan sumber-sumber setempat yang berpotensi berasaskan konsep agropelancongan,akuapelancongan,arkeopelancongan, dan ecopelancongan.

iii) Memajukan sistm pengangkutan dan perhubungan.iv) Menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.v) Kempen kesedaran seperti langkah menjaga kebersihan, menguruskan sisa

pelancongan dan memelihara kualiti alam sekitar setempat.

2 markah x 4 isi = 8m

c) Kesan negatif sektor pelancongan. Masalah Terhadap Persekitaran Fizikal.

i) Hakisan di kawasan tanah tinggi dan pinggir pantai akibat pembinaan hotel, resort padang golf dan sebagainya.

ii) Pencemaran air laut, sungai dan tasik akibat penyaliran sisa kumbahan.iii) Gangguan terhadap ekosistem daratan.Fungsi ekosistem hutan seperti habitat,

rantaian makanan pelbagai jenis hidupan, membekalkan oksigen dan mengimbangi CO2 akan terganggu.

iv) Perubahan ilkim mikro khususnya suhu di kawasan tanah tinggi.

Page 109: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Masalah Terhadap Persekitaran Manusia.

i) Pencemaran budaya di kalangan penduduk tempatan. Pendedahan dan penyerapan budaya barat.

ii) Masalah kesesakan di pusat pelancongan popular atau di pintu-pintu masuk utama spt. Tanah Tinggi Genting, Kuala Perlis, Tanah Tinggi Cameron dan lain-lain.

iii) Masalah wabak penyakit atau penularan penyakit yang cepat berjangkit yang dibawa oleh pelancong.

2 markah x 4 isi = 8m

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Bab 11 – Sektor Perkhidmatan, m.s. 267 – 281, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Page 110: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

TemaPembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

Tajuk2.4 Kemahiran Amali

SubtajukMembina dan mentafsir carta pai/rajah bulatan berbahagi

Masa2 waktu (80 Minit )

Hasil PembelajaranPada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1 Mengenalpasti kaedah mendapatkan nilai jejari,peratus dan sudut.

Aras 2 Membina carta pai mengikut kaedah/format sebenar.

Aras 3 Mentafsir data dan carta pai.

Isi-isi Pembelajaran

a) Mempersembahkan data pelancongan dalam bentuk carta pai.b) Mentafsir dan menganalisis data.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 20 Minit )

a) Guru memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan kaedah-kaedah pengiraan jejari, sudut, peratus dan format melukis carta pai.

Page 111: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Langkah 2 ( Mentafsir dan Menganalisis Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor ekonomi di Malaysia – 50 Minit)

a) Guru mengedarkan data keluaran dalam negara kasar(KDNK) di Malaysia mengikut sektor ekonomi dan pelajar dibantu untuk:

i) Mengenalpasti pola dan aliran perdagangan.ii) Mengira peratus, sudut dan jejari.vi) Melukis carta pai.vii) Menganalisis sebab.viii) Meramalkan kesan jangka panjang sebagai satu kajian masa depan (KMD)

Langkah 3 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 10 minit)

Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian objektifnya.

Contoh Soalan

Jadual 4 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor-sektor ekonomi di Malaysia pada tahun 1990 hingga 2000.

Jadual 4: Keluaran Dalam Negara Kasar (RM: Juta) mengikut sektor-sektor ekonomi di Malaysia, 1990 - 2000

Sektor Ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (RM: Juta)Tahun 1990 Tahun 2000

Sektor Primer 22, 267 27, 337Sektor Sekunder 23, 830 71, 802Sektor Tertiar 33, 230 77, 496Jumlah 79, 329 176, 635

a) Berdasarkan jadual 4, siapkan sebuah Rajah Bulatan berbahagi bagi menunjukkan perubahan keluaran dalam negara kasar mengikut sektor-sektor ekonomi di Malaysia antara tahun 1990 hingga 2000.

Page 112: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Penilaian Jawapan

a) Membina Rajah Bulatan Berbahagi.

Konsep: Carta Pai atau Rajah Bulatan Berbahagi dikenali juga sebagai rajah bulatan berkadar yang merujuk kepada bulatan yang dipecahbahagikan mengikut sektor-sektor tertentu. Terdapat dua jenis carta pai iaitu carta pai separa bulatan dan carta pai bulatan penuh. Jika carta pai separa bulatan calon perlu darab dengan 180° manakala carta pai bulatan penuh calon perlu darab dengan 360°.

Gerakerja Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan berapa buah carta pai yang perlu dibina berasaskan kehendak soalan.

Langkah 2: Campurkan semua nilai data mengikut sektor bagi tujuan mencari jejari. Nilai jejari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Jejari = √ jumlah

Apabila sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira panjang jejari. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya panjang jejari mestilah sesuai untuk menghasilkan bulatan agar tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Langkah 4: Kirakan sudut sektor bagi setiap elemen yang terdapat dalam jadual dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen x 360°

Jumlah Keseluruhan Elemen

Langkah 5: Membuat plotan. Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis berdasarkan panjang jejari yang telah dikira dan juga menandakan bukaan sudut sektor bagi setiap elemen yang telah dikira dengan menggunakan jangka sudut di dalam bulatan berkenaan.

Page 113: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Langkah 6: Mengira peratus setiap sudut sektor dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen x 100%

Jumlah Keseluruhan Elemen

Nilai peratus ini mestilah dimasukkan ke dalam setiap bukaan sudut sektor bulatan tersebut. (Ingat !, nilai peratus yang perlu ditulis dalam setiap bukaan sudut sektor dan bukannya nilai sudut berkenaan)

Langkah 7: Lorekan atau warnakan setiap sudut sektor dengan lorekan atau warna yang berlainan dan seterusnya lengkapkan carta pai anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah carta pai anda itu.

Sila rujuk Rajah Bulatan Berbahagi yang telah disiapkan di sebelah.

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Bab 11 – Sektor Perkhidmatan, m.s. 267 – 281, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Page 114: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 3: TRANFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

TemaTranformasi Desa Dan Perbandaran

TajukTranformasi Desa

Sub TajukKonsep Transformasi Desa

Hasil PembelajaranDiakhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1.Mentakrif konsep transformasi desa2.Mengetahui dasar dan strategi pembangunan desa

Isi-Isi Pembelajaran

A. Konsep Transformasi Desa

Program pembangunan yang dilaksanakan bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah-wilayah. Di Malaysia, dasar-dasar mengenai pembangunan wilayah telah dirancang dan dilakasanakan oleh governan (kerajaan) menerusi pelbagai agensinya.

B. Dasar Dan Strategi Pembangunan Desa

Dasar biasanya dimaksudkan sebagai satu set keputusan tentang matlamat, strategi serta tindakan atau program pembangunan yang perlu dan boleh dilaksanakan bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah-wilayah. Di Malaysia, dasar-dasar mengenai pembangunan wilayah telah dirancang dan dilakasanakan oleh governan (kerajaan) menerusi pelbagai agensinya. Di antara strategi atau program pembangunan yang telah dan sedang diambil bagi mengurangkan jurang pembangunan yang tidak seimbang ialah:

1.Program pembangunan insitu.

Menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan asas yang lengkap dan sempurna; bekalan elektrik, air, jalan raya, telekomunikasi, penyediaan rumah rakyat menerusi Program perumahan rakyat termiskin (PPRT) serta menyediakan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi desa dan pasaran hasil desa. Di bawah projek pembangunan insitu ini sesetengah kawasan desa yang berpotensi dipilih secara khusus

Page 115: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

dan dinaik taraf menerusi projek desa wawasan seperti desa tani.      Selain itu kemudahan fizikal pertanian seperti Rancangan Pengairan Muda dan Kemubu dijadikan sebagai projek asas untuk memajukan sektor pertanian desa khususnya padi sawah. Dengan adanya kemudahan asas yang cukup ini maka penduduk desa tidak perlu lagi berhijrah ke tempat lain untuk memperbaiki taraf dan kualiti hidup mereka.

Strategi pembangunan insitu dibentuk khan untuk membaik pulih serta memodenkan kampung-kampung tradisional. Agensi kerajaan tertentu telah ditugaskan untuk membangunkan kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti. Dalam konteks ini pendekatan bersepadu (Integrated Rural Development – IRD) telah digunakan dan semua kemudahan asas/infrastruktur yang diperlukan untuk memajukan kawasan desa berkenaan disediakan oleh kerajaan seperti jaringan pengangkutan, sistem tali air, rangkaian pemasaran, pusat penyebaran pertanian, bekalan air, elektrik dan lain-lain lagi yang diselaraskan oleh pelbagai agensi kerajaan yang dibentuk.

Terdapat dua jenis program pembangunan insitu yang dilaksanakan di Malaysia. Pertama ialah untuk kawasan penanaman padi seperti di kawasan MADA (Kedah) dan KADA (Kelantan), Projek Tali air dan pertanian daerah Besut, Terengganu serta projek pertanian Barat Laut, Selangor. Kedua ialah untuk kawasan bukan penanaman padi seperti projek Pembangunan Integrasi Pertanian Johor Barat, Pahang Barat dan Negeri Sembilan Timur yang mengusahakan tanaman getah, kelapa sawit, kelapa buah-buahan serta nanas.

2. Program Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agricultural Development Programme – IADP).

IADP ialah satu pakej pembangunan yang bersifat “kesepaduan” yang menggabungjalinkan segala resos, tenaga, sumber berpotensi dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan desa. Diantara strategi yang terlibat di bawah IADP ialah seperti program pembangunan tanah pertanian, kepelbagaian tanaman, program penanaman semula dan juga penyatuan saiz dan skel tani yang tidak ekonomik dibawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok). Satu ciri penting IADP ialah menyelaras dan mengintegrasikan agensi pembangunan yang selama ini beroperasi secara berasingan dan bertindan lapis. Fungsi agensi pembangunan seperti RISDA, FAMA, MAJUTERNAK, MAJUIKAN, LPP, MARDEC, MARDI, MADA, KADA, LKW dan lain-lain telah diselaraskan, disusun semula dan disepadukan secara menyeluruh agar karenah birokrasi yang boleh melambatkan program pembangunan untuk petani diminimakan.

Page 116: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

     Justeru itu bermula dengan Rancangan Malaysia ke 2, IADP telah dijadikan sebagai strategi utama rancangan pembangunan luar bandar Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi tujuan mengatasi kemiskinan dan seterusnya menyeimbangan jurang pembanguna antara bandar dengan luar bandar. Objektif IADP adalah seperti berikut:

i) Meningkatkan pengeluaran pertanian dan seterusnya pendapatan dikalangan pekebun kecil.

ii) Memodenkan sektor pertanian luar bandar melalui penggunaan teknologi moden yang sesuai, sistematik dan efisyen.

iii) Memperbaiki sistem perkhidmatan pengembangan pertanian di luar bandar.iv) Memodenkan kehidupan petani luar bandar dengan menggalakkan mereka

menceburkan diri dlam sektor perniagaan tani.v) Membentuk sikap petani supaya mereka berkerja secara berkumpulan,

sistematik, berjadual dan teratur dengan memperbaiki sistem institusi pertanian dan penyebaran info pertanian yang moden.

Jadual: Projek pembangunan pertanian di bawah IADP Malaysia, 1992.

Nama Projek/Kawasan terlibat

Tahunperlaksanaan

Keluasan(Hektar)

Tanaman utama Sumberkewangan

MADA 1 dan 2 1965 - 1987 121 281 Padi Sawah Bank DuniaKADA 1 1967 - 1973 57 222 Padi sawah Bank Dunia

Besut 1971 - 1978 14 175 Padi sawah,getah,dusun buah-buahan ,kelapa.

ADB

Barat Laut Selangor

1978 - 1985 100 073 Padi sawah, kelapa,koko dan kopi

Bank Dunia

Krian. 1979 - 1987 30 613 Padi sawah, getah,kelapa,kelapa

sawit, dusun buahan.

Bank Dunia

Negeri Sembilan 1981 - 1987 513 000 Padi, getah, dusun buahan dan kelapa

sawit

ADB

Pahang Barat 1983 - 1990 2 270 000 Getah, padi, kelapa sawit dan dusun buahan

ADB

Perak Utara 1986 - 1993 1 218 030 Getah, padi, tanaman campuran, kelapa sawit

Bank Dunia

Terengganu Utara 1986 - 1990 436 600 Padi, getah,akuakultur ,terna

kan dan tembakau

Bank Dunia

Page 117: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

      Di bawah IADP ini Program reformasi tanah pertanian amat dititikberatkan. Misalnya projek pertanian berkelompok/mini estet yang dijalankan oleh agensi yang berkaitan, memajukan sektor kebun kecil yang tidak produktif, mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman komersial yang boleh diuruskan secara sistematik bagi tujuan menambahkan pendapatan perkapita penduduk luar bandar. Dalam konteks reformasi tanah pertanian ini agensi-agensi kerajaan tertentu telah diberi tanggungjawab dan telahpun berjaya menainkan peranannya. Misalnya RISDA yang bertanggungjawab memajukan pekebun kecil getah serta FELCRA yang bertanggungjawab menyatu dan memulihkan tanah persekutuan. Kebun-kebun kecil yang berselerak dan tidak produktif akan disatukan di bawah pengurusan mini estet yang lebih ekonomi dan terurus. Dengan itu pendapatan perkapita pekebun akan meningkat sekaligus taraf hidup penduduk luar bandar dapat dipertingkatkan.

3. Penyelerakkan/penyebaran industri ke desa.

     Kawasan desa yang berpotensi dikenalpasti dan dibina kilang pembuatan atau pemerosesan, kerajaan juga menyediakan zon industri bebas cukai (FTZ) di kawasan luar bandar yang lengkap dengan kemudahan asas dan insentif untuk menarik pelabur membina cawangan industrinya. Di kawasan FTZ pelabur diberikan taraf perintis antara 5 hingga 10 tahun. Dengan adanya usaha ini maka tumpuan pembangunan industri tidak di kawasan bandar atau jaluran pantai barat semenanjung sahaja. Kini penyebaran industri perkilangan sudah memasuki ke koridor industri pantai timur khususnya di negeri Pahang dan Terengganu di samping di kawasan rancangan pembangunan wilayah pertanian seperti di wilayah JENGKA sendiri telah didirikan kilang elektronik (ALPS).      Untuk memastikan dasar penyelerakan industri dari bandar ke luar bandar ini berjaya maka pihak kerajaan telah menyediakan infrastruktur fizikal dan sosial seperti kemudahan jalanraya, landasan keretapi, bekalan air, bekalan tenaga elektrik, kemudahan pelabuhan, kemudahan telekomunikasi dan sebagainya khususnya di kawasan FTZ. Terdapat juga usaha promosi dan kerjasama yang erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam usaha menempatkan industri perkilangan di kawasan luar bandar di negeri masing-masing. Dengan adanya penyelerakan industri berskala besar seperti industri pembuatan, pemerosesan dan pemasangan di wilayah mundur ini maka secara tidak langsung ia akan dapat mempercepatkan pembangunan di wilayah mundur/kawasan luar bandar berkenaan. Selain daripada itu pada masa yang sama peralihan tumpuan industri dari kawasan bandar ke kawasan luar bandar atau pinggir bandar akan dapat memperlahankan kadar perindustrian di kawasan yang telah sedia maju. Dengan cara ini keseimbangan pembangunan antara kawasan/wilayah boleh dicapai pada masa hadapan.

Page 118: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) secara khusus.

     Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) adalah satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yang dikenalpasti mundur yang diletakkan di bawah agensi perlaksanaannya yang tersendiri. Di bawah RPW strategi penjanaan sumber alam dan pembangunan tanah baru merupakan usaha-usaha utama yang telah dilaksanakan oleh kerajaan disekitar tahun 1970-an. Di antara contoh RPW yang telah diperbadankan dan mempunyai autonomi secara khusus untuk memajukan wilayah mundur ialah seperti Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) JENGKA,KETENGAH,KESEDAR,KEJORA, KEDA,PERDA,DARA dan lain-lain lagi.      Di dalam kawasan RPW ini terdapat tiga sumber alam yang perlu dijanakan sepenuhnya secara sistematik dan optima iaitu pertama sumber tanah yang subur untuk ditanam dengan tanaman getah dan kelapa sawit secara perladangan, ke dua sumber hutan untuk dibalak dan ke tiga sumber galian yang ada yang boleh dilombong. Daripada ketiga-tiga jenis sumber ini sumber tanah merupakan sumber utama yang telah dibangunkan dengan sektor pertanian perladangan. Namun begitu sebelum sumber tanah dibangunkan, sumber hutan terlebih dahulu dibalak. Ini kerana sebahagian besar RPW melibatkan kawasan hutan dara.

     Di antara contoh Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) secara khusus yang melibatkan pembangunan tanah baru yang telah dilaksanakan antara tempoh 1966 hingga 1994 ialah seperti jadual di bawah:

Program Pembangunan Wilayah secara khusus di Malaysia (1966 – 1994)

Program Rancangan Pembangunan Wilayah

(RPW)

Lokasi mengikut negeri

Tahun perlaksanaan

JENGKA Pahang 1972DARA Pahang Tenggara 1972

KEJORA Johor Tenggara 1972KETENGAH Terengganu tengah 1973KESEDAR Kelantan Selatan 1978

KEDA Kedah 1983PERDA Pulau Pinang. 1983

4. Perindustrian Desa

     Dasar kerajaan membandarkan kawasan luar bandar mempunyai tiga matlamat besar iaitu .Pertama untuk menggiatkan/mencergaskan pembangunan ekonomi di kawasan yang masih lembab, kedua melegakan kesesakan di kawasan bandar raya yang sudah padat dan tebu bina dan ke tiga mengimbangi pembangunan antara kawasan khususnya antara wilayah bandar yang sudah maju dengan luar bandar yang masih mundur.

Page 119: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

    Strategik membandarkan kawasan luar bandar ini sebenarnya bergabungjalin dengan strategi penyelerakan industri dan juga program pembangunan wilayah di kawasan pertanian. Kawasan luar bandar yang dibandarkan ini akan bertindak sebagai pusat pertumbuhan ekonomi wilayah baru dan pada masa yang sama mampu mengekang aliran migrasi desa ke bandar-bandar besar sahaja.

Pembandaran Kawasan luar bandar dilaksanakan menerusi strategi-strategi berikut:.

i. Mewujudkan bandar baru di kawasan pembangunan wilayah.

Kawasan-kawasan pembangunan wilayah yang terletak di pedalaman dan jauh daripada bandar utama dalam sesebuah negeri turut diwujudkan bandar-bandar baru bagi tujuan memberikan kemudahan-kemudahan pembandaran kepada penduduk sekitarnya yang agak jauh untuk diperolehi di bandar-bandar utama . Program pembinaan bandar-bandar baru ini mulai dilaksanakan awal tahun 1970-an serentak dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW). Antara bandar-bandar baru yang diwujudkan di kawasan pembangunan wilayah ialah Bandar Jengka bagi wilayah Jengka, Bandar Muazam Shah bagi Wilayah Dara dan juga bandar Al-Muktafi Billah Shah bagi wilayah Ketengah. Walaupun perkembangan dan pembangunan di bandar-bandar baru ini agak perlahan, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memenuhi beberapa keperluan penduduk sekitar yang agak sukar diperolehi dari bandar-bandar besar yang lain yang letaknya agak jauh. Dengan adanya bandar-bandar baru ini juga ia telah menjadi pusat pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan.

ii. Membandarkan Pekan-Pekan Berpotensi.

Di kawasan luar bandar mungkin terdapatnya pekan-pekan yang berpotensi untuk dimajukan dan dijadikan sebagai bandar kecil atau bandar bersaiz sederhana. Dengan memajukan pekan-pekan ini sudah tentunya kawasan desa yang terpinggir juga boleh menikmati kemudahan pembandaran. Antara pekan-pekan kecil yang dimaju dan dinaikkan taraf menjadi bandar ialah seperti Bandar Maran di Pahang, Bandar Permaisuri di Setiu Terengganu dan juga Bandar Jerteh di Besut Terengganu. Di Pahang misalnya pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan konsep “Pembandaran Simpang”. Pekan-pekan berpotensi yang terletak di persimpangan jalan-jalan utama akan dimajukan dan dimodenkan dengan industri,perumahan,kemudahan bandar dan sebagainya. Sebagai contoh di laluan utama Kuantan - Kuala Lumpur akan tumbuh bandar-bandar industri seperti MEC CITY di persimpangan Gambang - Lebuh Raya Tun Razak dan juga Bandar Baru Mentakab di persimpangan Mentakab.

iii. Mewujudkan Bandar Industri.

Melalui dasar penyelerakan industri ke luar bandar, kerajaan telah menggalakkan pelaburan industri ke kawasan-kawasan luar bandar yang berpotensi. Dengan terbinanya kawasan perindustrian sudah tentu memerlukan kemudahan asas dan prasarana yang setanding dengan kawasan bandar yang sudah maju.

Page 120: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Oleh itu bandar-bandar baru diwujudkan untuk kemudahan pekerjanya. Misalnya bandar baru Nilai di Negeri Sembilan. Di Pantai Timur Semenanjung pula, melalui projek koridor industri yang ke dua di Malaysia yang menyambungkan kawasan industri Pengkalan Chepa Kelantan hingga ke Mersing Johor diharap akan dapat melahirkan bandar-bandar baru industri seperti Batu Rakit dan Kerteh di Terengganu, Bandar Gebeng dan Peramu di Pahang serta Mersing Johor. Dalam hal ini industri dan bandar memang tidak boleh dipisahkan. Kemajuan industri bergantung kepada kemudahan pembandaran yang ada di sekitarnya seperti kemudahan pamasaran,kewangan dan bank,perkhidmatan pengangkutan,kawasan penempatan yang tersusun dan sebagainya. Begitu juga maju atau mundurnya sesebuah bandar itu amat bergantung kepada pembangunan perindustrian kawasan tersebut. Melalui perkembangan industrilah penduduk akan bertambah yang akhirnya menyokong kepada kemajuan bandar.

iv. Kemudahan Sosial

Untuk meningkatkan lagi pembangunan ekonomi wilayah mundur kerajaan juga membantu memperbaiki taraf sosial penduduk. Seperti kemudahan pendidikan menengah, IPT di luar bandar, naik taraf kemudahan kesihatan, pengangkutan dan perhubungan, kemudahan reakreasi dan sebagainya mengikut keperluan penduduk setempat. Sebagai contoh universiti –universiti tempatan atau cawangan universiti yang baru dibuka dilokasikan di kawasan luar bandar. Misalnya UUM di letakkan di Sintok, Utara Kedah, UiTM cawangan Pahang diletakkan di wilayah JENGKA, UiTM cawangan Kelantan di letakkan di daerah Machang dan UiTM cawangan Terengganu diletakkan di daerah Dungun. Dengan adanya IPT diluar bandar ini maka faedah ilmu dan peluang pekerjaan akan dapat dinikmati bersama oleh penduduk luar bandar berkenaan. Selain itu kerajaan juga sentiasa membantu golongan nelayan, petani, peniaga kecil serta usahawan IKS yang terpinggir dengan memberikan bantuan modal/kredit, khidmat nasihat serta bimbingan yang berterusan. Sebagai contoh kerajaan telah memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di desa di bawah skim kredit mikro.

Contoh Soalan:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan “Pembangunan yang tidak seimbang”?. ( 5 Markah)b) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik;

i) Nyatakan keadaan ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku di dalam negara berkenaan. ( 5 Markah)

ii) Jelaskan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh negara berkenaan bagi memajukan wilayah-wilayahnya yang mundur (15 Markah)

Page 121: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 3: TRANFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

TemaTranformasi Desa Dan Perbandaran

TajukTranformasi Desa

Sub TajukProses Perubahan Desa

Hasil PembelajaranDiakhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1.Proses perubahan desa

A. Proses Perubahan Desa

1. Potensi sumber alam yang ada di sesebuah desa .

Banyak petempatan luar bandar/desa telah berubah menjadi bandar disebabkan oleh adanya sumber-sumber alam yang berharga di tempat berkenaan. Misalnya bandaraya Kuala Lumpur,Ipoh, bandar Seremban dan Taiping berkembang berasaskan sumber bijih timah. Ini kerana apabila adanya sumber alam yang berharga maka manusia akan meneroka dan mengeksploitasinya. Pada masa yang sama pembangunan infrastruktur,petempatan,ekonomi dan sosial akan dialirkan ke kawasan desa berkenaan khususnya oleh penjajah Inggeris. Ini akan menarik penduduk dari luar berhijrah ke tempat tersebut demi merebut segala peluang yang ada. Sebagai contoh migran-migran Cina. Perkembangan pesat penduduk dan pembangunan ekonomi moden yang dijalankan akhirnya beransur-ansur mengubah desa dan petempatan perlombongan berkenaan menjadi sebuah bandar. Proses transformasi desa ini berlaku sejak abad ke 19 lagi. Pada masa kini pula terdapat beberapa buah bandar baru yang wujud akibat adanya potensi sumber alam yang ada di kawasan berkenaan. Sebagai contoh Bandar Kertih di Terengganu telah berubah dari sebuah kampung nelayan tradisional kepada bandar industri moden kerana penemuan sumber petroleum dan gas asli di perairan Terengganu yang menjadikan Kertih sebagai pusat pemerosesan gas asli utama serta adanya beberapa jenis kilang pemerosesan yang beroperasi di kawasan itu. Bandar Kuah di Langkawi berkembang kerana potensi pelancongan yang wujud di Kepulauan Langkawi itu. Bandar Kuah berkembang dari sebuah pengkalan perikanan kepada bandar yang menjadi pintu masuk pelancong ke Langkawi. Pelbagai kemudahan seperti jeti untuk feri berlabuh dan hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di bandar Kuah.

Page 122: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. Faktor Perkembangan Ekonomi Moden.

Sesebuah desa boleh berkembang menjadi bandar apabila sektor ekonomi moden yang ada di desa tersebut berkembang pesat.Misalnya sektor perniagaan,perkhidmatan,perindustrian dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir ke semua bandar-bandar di Malaysia yang berasal daripada petempatan desa.

Perdagangan dan pelabuhan: Bandar-bandar seperti Pulau Pinang dan Kelang yang berasal daripada petempatan desa /petempatan nelayan pantai telah berkembang menjadi bandar pelabuhan yang pesat membangun kerana lokasinya yang strategi di laluan perdagangan timur dengan barat/perairan Selat Melaka.

Persinggahan/Stesyen: Bandar Gemas (Keretapi), Bandar Gerik (Lebuh-raya timur-barat),Johor Baharu(Stesyen terakhir di selatan). Pada zaman dahulu ia adalah sebuah kampung tradisional/pekan yang akhirnya berubah menjadi bandar kerana lokasinya sebagai tempat persinggahan orang ramai (transit). Keadaan ini akan membuka banyak peluang ekonomi dan perniagaan yang menjadi rebutan penduduk. Begitu juga dengan bandar Ayer Keroh, Melaka berkembang pesat kerana kedudukannya di laluan lebuh raya Utara – Selatan (PLUS).

3. Faktor Polisi kerajaan: Melalui pelbagai cara dan tujuan kerajaan telah mengubah dan membangunkan kawasan petempatan luar bandar yang tertentu menjadi bandar. Misalnya:

Tujuan untuk memajukan penduduk luar bandar sekitar. Petempatan luar bandar/desa yang berpotensi akan dimajukan dan dibangunkan menjadi bandar kecil atau bandar sederhana yang berfungsi sebagai pusat-pusat pertumbuhan sosio-ekonomi sokongan/pelengkap kepada bandar-bandar yang sedia ada. Seperti bandar Gua Musang untuk Ulu Kelantan,Kuala Berang untuk Ulu Terengganu dan bandar Gerik untuk Ulu Perak.

Tujuan untuk pembangunan wilayah yang baru dibuka: Misalan bandar Pusat Jengka untuk Wilayah Jengka,bandar Muazam Shah untuk Wilayah Dara dan bandar Muktafi Billah Shah untuk wilayah Ketengah. Pembinaan bandar-bandar baru ini mungkin berasal daripada tapak petempatan luar bandar/desa yang ada di situ atau ia juga turut melibatkan pembangunan petempatan luar bandar yang ada disekitarnya ke arah ciri-ciri kebandaran.

4. Saling Interaksi Desa – Bandar.

     Antara desa sekitar dengan bandar sebenarnya wujud keadaan saling bergantung yang tidak boleh dipisahkan. Bandar bergantung kepada luar bandar untuk memperolehi bekalan makanan kepada penduduk bandar dan juga memperolehi bekalan bahan mentah untuk industri perkilangan yang beroperasi di sesebuah bandar .      Manakala bandar itu pula menjadi pasaran untuk penduduk luar bandar menjual hasil pertanian dan penternakan mereka. Selain itu sesebuah bandar juga berperanan

Page 123: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

membekalkan keperluan barangan dan perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya. Hubungan berfungsi ini begitu kukuh terutama sekali apabila kita mengkaji dalam konteks bandar kecil atau bandar sederhana yang dikelilingi oleh kawasan desa sekitarnya sehingga pembangunan ekonomi dan sosial di antara kedua-duanya bergerak seiringan dan segandingan.

    Terdapat beberapa bukti yang boleh dikemukakan berkaitan dengan wujudnya saling hubungan antara bandar dengan kawasan desa sekitarnya. Antara bukti-bukti yang lazim ialah:

a) Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa-desa yang mana keperluan barangan pekedai itu dibekalkan oleh pembekal dari bandar yang ada di sekitar mereka.

b) Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara bandar dengan kawasan desa sekitar seperti sistem jalan raya, jalan keretapi, jalan air (sungai ) dan lain-lain lagi.

c) Wujudnya pergerakan ulang alik penduduk desa ke bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja, peniaga dan juga pembekal barangan dan perkhidmatan.

d) Wujudnya rangkaian pasar malam dan pasar tani yang membuktikan kawasan bandar menjadi pasaran barangan dan hasil desa samada hasil pertanian, perikanan dan kraf tangan.

e) Wujudnya beberapa agensi perkhidmatan atau pusat-pusat perkhidmatan kepada penduduk desa seperti pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos, hospital/pusat kesihatan dan sebagainya.

Contoh Soalan

Berdasarkan kepada sebuah bandar kecil (10 000 – 30 000 orang penduduk) yang telah

anda kaji di lapangan;

a) Nyatakan secara ringkas, fungsi-fungsi utama yang terdapat di bandar itu.( 6 Markah)

b) Terangkan fungsi-fungsi di bandar tersebut yang dapat membantu memajukan kawasan desa sekitarnya. (8 Markah)

c) Pilih satu sahaja aktiviti manusia yang dijalankan di bandar tersebut dan terangkan bagaimana aktiviti itu memberikan kesan negatif kepada alam sekitar fizikal kawasan berkenaan. (11 Markah)

Page 124: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 3: TRASFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

TemaTransformasi Desa Dan Perbandaran

TajukBandar dan Perbandaran

Sub TajukPengertian Bandar dan Perbandaran

Hasil PembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:

1.Mentakrifkan maksud perbandaran2.Menghuraikan perkembangan Bandar diMalaysia3.Menghuraikan faktor-faktor perbandaran4.Menjelaskan taburan Bandar

Sisipan Konsep

1. Maksud perbandaran

Perbandaran atau Urbanisasi bermaksud proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar Bandar kepada bandar. Ia meliputi 4 aspek berikut:

   a.Pertambahan jumlah dan peratusan penduduk bandar   b.Perluasan saiz Bandar   c.Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi dari kegiatan ekonomi tradisional kepada ekonomi moden   d.Perubahan cara hidup dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup moden

2. Bandar PrimatBandar terbesar di sesebuah negara yang saiz penduduk berganda-ganda berbanding Bandar kedua. Contoh:Bangkok di Thailand, Mexico City di Mexico.

3. Bandar BaruPetempatan yang bercirikan Bandar yang dirancang dan dibangunkan di kawasan luar Bandar. Contoh: Bandar Jengka dan Muadzam Shah di Pahang.Termasuk Bandar baru di pinggir Bandar seperti Bandar baru Ampang, Bandar baru Selayang, Subang Jaya.

4. MetropolisPerkembangan sesebuah bandaraya sehingga mempunyai penduduk melebihi satu juta.Ia mempunyai pemusatan dan kepelbagaian fungsi.

Page 125: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

5. MegalopolisPerkembangan metropolis hingga memungkinkan percantuman metropolis-metropolis. Kawasan Megalopolis biasanya mempunyai penduduk melebihi 10 juta orang

6. Bandar satelitBandar baru yang di bina khas tidak jauh dari Bandar utama.Ia masih berhubung secara langsung dan berada di bawah lingkungan pengaruh Bandar induk. Contoh: Petaling Jaya bagi Kuala Lumpur, Senawang bagi Seremban, Bayan Baru bagi Pulau Pinang.

7. Konurbasi BandarProses pergabungan dan percantuman pinggir bandar dengan pinggir bandar lain di kawasan berdekatan.

Isi-Isi Pembelajaran

1.Maksud Perbandaran

2.Perkembangan Bandar di Malaysia a.Perbandaran awal ( Abad ke-15 ) b.Perbandaran pada zaman penjajah c.Perbandaran selepas kemerdekaan d.Perbandaran selepas tahun 1970-an e.Perbandaran era 1990-an dan abad ke-21

3.Faktor-faktor perbandaran a.Faktor sejarah b.Perkembangan ekonomi moden c.Faktor politik, dasar dan rancangan kerajaan d.Kemudahan asas e.Faktor demografi

4.Fenomena Perbandaran a.Bandar Primat b.Bandar Satelit c.Bandar Baru d.Subbandar e.Metropolis f.Megalopolis g.Konurbasi Bandar

Page 126: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

5.Bandar Primat a.Maksud Bandar Primat b.Faktor-faktor Pembentukan Bandar Primat 1.Tumpuan pembangunan ekonomi 2.Pemusatan fungsi Bandar 3.Sejarah perbandaran 4.Kemudahan asas 5.Faktor demografi 6.Migrasi

c.Masalah yang timbul dalam bandar raya primat 1.Perumahan 2.Persaingan, pengangguran dan kemiskinan bandar 3.Kekurangan peluang pekerjaan 4.Masalah sosial 5.Kekurangan kemudahan asas 6.Kesesakan lalulintas 7.Pencemaran udara 8.Pencemaran air 9.Pencemaran baud an bunyi 10.Peningkatan suhu mikro

6.Konurbasi Bandar a.Maksud konurbasi BandarProses percantuman atau penggabungan bagi dua buah Bandar atau lebih yang terletak berdekatan antara satu sama lain.Berlaku menerusi proses rebakan Bandar dari pusat ke pinggir atau perkembangan pesat zon pinggir Bandar atau subbandar itu sendiri hingga sempadan sesebuak Bandar bercantum dengan sempadan Bandar yang lain yang berdekatan. Contoh Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya, Manila dengan Quezon City dan Bangkok dengan Thonburi.

b.Faktor-faktor konurbasi Bandar 1.Letakan bandar yang berhampiran 2.Kewujudan sistem pengangkutan yang baik dan cekap 3.Perkembangan perindustrian 4.Pertumbuhan penduduk Bandar yang pesat 5.Dasar kerajaan

Contoh Soalan

a) Apakah yang dimaksudkan dengan konurbasi bandar?.        (5 Markah)

b) Jelaskan sebab-sebab kewujudan fenomena konurbasi bandar di Asia Tenggara. ( 12 Markah)c) Huraikan masalah-masalah akibat kewujudan fenomena konurbasi Bandar tersebut.                                                                                                                                (8 Markah)

Page 127: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 3: TRASFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

TAJUKKesan Tranformasi Desa Dan Perbandaran

SUB TAJUKKesan Perbandaran Terhadap Penduduk Dan Alam Sekitar

HASIL PEMBELAJARANDiakhir Pembelajaran pelajar akan dapat:1.Menjelaskan kesan transformasi desa dan perbandaran terhadap penduduk dan ekonomi2.Menjelaskan kesan transformasi desa dan perbandaran teradap alam sekitar

ISI-ISI PEMBELAJARAN

Kesan Pembandaran Terhadap Penduduk.

Bandar-bandar utama di negara sedang membangun seperti Kuala Lumpur, Jakarta,Bangkok,Manila dan lain-lain telah dan sedang mengalami kadar urbanisasi yang pesat adalah disebabkan oleh migrasi masuk penduduk dari luar bandarnya. Justeru itu proses urbanisasi ini telah menimbulkan pelbagai masalah baik di bandar mahupun di desanya. Antara masalah tersebut ialah:

A. Masalah di bandar-bandar utama:

1. Masalah pengganguran dan kemiskinan bandar. Ekonomi bandar tidak mampu menyerap lebihan penduduk yang terlalu ramai akibat migrasi masuk. Peluang perkerjaan yang ada terhad untuk dipadankan dengan kelulusan, kelayakan dan kemahiran yang ada pada migran. Sebahagian besar sektor ekonomi bandar bersifat semi profesional/profesional yang memerlukan kelulusan yang tinggi. Sedangkan migran yang masuk tidak memiliki kelayakan tersebut. Kebanyakan mereka berkerja dalam sektor informal, sebagai buruh kasar atau mungkin terlibat dengan aktiviti pelacuran. Justeru masalah pengganguran dalam bandar akan berlaku, kos hidup yang tinggi menyebabkan kualiti dan taraf hidup penduduk bandar menjadi rendah, kemiskinan bandar akan berlaku. Urbanisasi seumpama ini digelar sebagai “Urbanisasi Palsu”.

2. Masalah perumahan yang akhirnya mewujudkan fenomena persetingganan. Oleh kerana kegiatan ekonomi migran hanya dalam sektor informal sahaja maka pendapatan yang diperolehinya adalah kecil. Relatif dengan kos hidup yang tinggi di bandar menyebabkan migran-migran tidak mampu memiliki atau menyewa rumah yang kadar sewanya begitu tinggi. Apatah lagi kawasan bandar kekurangan rumah-rumah kos rendah. Justeru jalan penyelesaian terdekat ialah membina petempatan-petempatan haram di atas tanah rezab kerajaan/swasta seperti rezab bangunan, rezab sungai,rezab

Page 128: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

jalan raya dan sebagainya. Petempatan haram ini dinamakan sebagai petempatan setinggan.

3. Masalah persekitaran sosial bandar. Kesan-kesan sosial yang dihadapi penduduk bandar seperti masalah kekurangan perumahan (nilai hartanah tinggi , tidak mampu dimiliki oleh pekerja yang berpendapatan rendah – ini akan mewujudkan petempatan setinggan). Selain itu akibat tekanan hidup dan kos hidup yang tinggi di bandar maka mudah menularnya penyakit sosial seperti jenayah, pelacuran, penyalahgunaan dadah dan lain-lain yang wujud akibat kadar pengganguran dan kemiskinan bandar yang tinggi. serta mudah merebaknya penyakit berjangkit seperti denggi di lokasi-lokasi tertentu khususnya di kawasan setinggan yang sesak (slum area). Penyakit berjangkit ini mudah merebak kerana di kawasan setinggan tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna, sistem perparitan dan longkang yang tidak terurus, rawatan sisa kumbahan yang tidak memuaskan, bekalan air yang tidak bersih dan persekitaran tempat tinggal yang kotor serta sesak.

4. Masalah ke atas sumber-sumber alam di bandar. Meliputi masalah tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan dan kemerosotan sumber hutan serta pencemaran dan kerosakan sumber. Proses urbanisasi yang pesat akan mewujudkan persaingan guna tanah untuk petempatan,industri,ruang niaga,jaringan jalan raya dan lain-lain. Kesannya saiz tanah menjadi semakin sempit dan harga tanah menjadi semakin mahal. Pertambahan penduduk bandar pula menambahkan permintaan terhadap petempatan. Kawasan perumahan baru akan dibuka yang melibatkan aktiviti penyahutanan. Selain daripada sumber hutan pupus dan musnah, sumber tanah juga rosak dengan pelbagai kejadian seperti hakisan tanah dan tanah runtuh. Sumber udara dan air juga boleh tercemar apabila penduduk,industri,kenderaan semakin bertambah sejajar dengan peningkatan kadar urbanisasi di bandar-bandar utama.

5. Kesan kesesakan lalu lintas dan traffic jam. Berpunca daripada pertambahan kenderaan, sistem jalan bandar yang tidak dapat menampung aliran trafik secara relatifnya saiz jalan semakin sempit. Ini menyebabkan darjah ketersampaian menjadi rendah walaupun pada jarak yang dekat, pergerakan penduduk bandar menjadi lambat dan mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi seperti ke tempat kerja. Keadaan ini akan merugikan kos masa, resiko kemalangan dan lain-lain lagi. Kesesakan lalulintas ini akan lebih ketara ketika pergerakan keluar masuk pekerja ke pejabat atau ke kilang mereka seperti pada sebelah pagi dan petang. Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu misalnya mengalami masalah kesesakan lalulintas yang amat teruk . Di Kuala Lumpur kerajaan terpaksa memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang moden dan canggih untuk mengatasi masalah ini seperti penggunaan KOMUTER, MONORAIL, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan juga ERL.

Page 129: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

6. Kualiti hidup penduduk bandar terjejas. Taraf kesihatan penduduk bandar terjejas akibat pertambahan pencemaran persekitaran seperti pencemaran udara, air, bau dan bunyi. Kualiti kesihatan penduduk akan terjejas dengan pendedahan kepada pelbagai penyakit kulit (akibat hujan asid), penyakit mata dan lelah (akibat pencemaran udara), bau busuk dan lain-lain lagi. Selain itu ketidakselesaan hidup di bandar juga dirasai khususnya di kawasan yang mengalami fenomena pulau haba dan banjir kilat. Sebagai contoh fenomena banjir kilat banyak merosakkan harta benda dan memerlukan kos yang tinggi untuk mengatasinya. Manakala fenomena pulau haba pula menyebabkan penduduk sentiasa kepanasan dan kerimasan. Dalam konteks pencemaran udara dan jerebu di kawasan bandar pula terdapat banyak kesan negatifnya ke atas kesihatan penduduk bandar. Kesan yang paling besar ialah ke atas sistem pernafasan. Ini kerana dianggarkan hampir 50% komponen jerebu yang terdiri daripada partikulat terampai yang bersaiz 0.01 hingga 0.1 mikrometer boleh menembusi sistem penapisan pernafasan dan didepositkan di dalam paru-paru. Jika ini berlaku kerosakan ke atas organ pernafasan akan terjadi dan amat berisiko tinggi bagi orang yang mengidap penyakit astma (lelah), sakit kerongkong,nemomia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.

7. Meningkatkan kadar pengganguran dan kemiskinan bandar. Proses pembandaran yang pesat menyebabkan aliran migrasi penduduk terarah ke bandar berkenaan. Migran yang datang dari luar bandar ini memiliki kelulusan dan kemahiran yang rendah untuk diserapkan dalam sektor ekonomi moden. Justeru itu mereka hanya terlibat dalam sektor informal seperti buruh binaan dan penjaja. Pendapatan yang diperolehi adalah kecil dan tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang tinggi di bandar. Kesannya kemiskinan bandar akan bertambah. Selain itu aliran migrasi yang terlalu ramai menyebabkan peluang pekerjaan yang wujud tidak sepadan dan tidak dapat menampung penawaran tenaga kerja yang ada. Kesan daripada fenomena ini ialah meningkatnya kadar pengganguran di bandar.

8. Kesan-kesan positif -Kemudahan prasarana dan kemudahan bandar. Kawasan bandar besar dan maju lazimnya terdapat kemudahan bandar yang cukup dan moden seperti pusat membeli belah, kemudahan pengangkutan awam canggih, kemudahan hospital moden, kemudahan pendidikan tinggi, kemudahan riadah dan sukan, kemudahan hiburan dan sebagainya bagi menampung keperluan penduduk yang ramai itu. Dengan adanya kemudahan – kemudahan ini kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk akan meningkat. Selain itu kewujudan bangunan-bangunan besar seperti Suria KLCC, Menara Petronas dan Midvalley Megamall akan mencantikkan lagi landskap bandar yang kelak boleh menjadi daya tarikan pelancong.

9. Kesan-kesan positif –Kepelbagai kegiatan ekonomi Kewujudan kepelbagaian kegiatan ekonomi bandar yang saling berantaian antara satu sama lain seperti sektor perindustrian, sektor perkhidmatan seperti bank, hospitaliti, pengangkutan sektor perniagaan secara besar-besaran telah membuka ruang kepada penduduk bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Sektor-sektor pekerjaan ini menawarkan gaji yang lumayan yang membolehkan penduduk memperolehi pendapatan yang tinggi yang seterusnya akan dapat memperbaiki taraf hidup mereka.

Page 130: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Kesan terhadap persekitaran fizikal bandar akibat proses urbanisasi

A. Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar

1. Kesan kenaikan suhu mikro/Pulau haba bandar. Suhu adalah salah satu unsur utama yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia di bandar. Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandarnya menghasilkan satu fenomena yang dikenali sebagai Pulau Haba. Bangunan-bangunan konkrit, jalan-jalan berturap, medan letak kereta berbitumen merupakan bahan-bahan yang menggalakkan proses pengaliran dan simpanan haba pada siang hari sebagai haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di permukaan bumi. Pembebasan haba dari bumi ini sepatutnya terus dilesapkan ke angkasa. Tetapi di bandar proses ini tidak berlaku. Sebaliknya haba bumi akan dihalang oleh bahan-bahan pencemar di udara yang kemudian memantulkan kembali tenaga tersebut ke bumi. Kesannya tenaga haba terus berkitar pada ruang atmosfera bandar.

Jadual: Keamatan Maksima Pulau Haba Waktu Malam Bagi BeberapaBuah Bandar di Malaysia 1973 - 1983.

PUSAT BANDAR PULAU HABA MAKSIMA (Darjah Celcius)

Kuala Lumpur- P/JayaBandar Baru BangiGeorgetown P.PinangJohor BaharuKota Kinabalu

6 - 7 darjah celcius lebih tinggi2 darjah celcius lebih tinggi4 darjah celcius lebih tinggi3 darjah celcius lebih tinggi3 darjah celcius lebih tinggi

a.  Suhu yang lebih tinggi atau cuaca yang lebih panas di bandar berbanding dengan pinggir bandar. Kecerunan suhu adalah tinggi di pusat bandar kemudian semakin menurun menghala ke pinggirnya.b. Kelembapan udara yang rendah. Kewujudan udara kering (dry air) di bandar berbanding dengan pinggirnya yang lebih lembab dan lebih nyaman.c. Kekerapan kejadian hujan perolakan yang lebih tinggi di bandar yang berpunca daripada kadar sejatan permukaan yang tinggi dari haba yang lebih banyak tersimpan di bandar.d. Wujudnya tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi di pusat Bandar. Kesannya tiupan angin yang lebih kencang bertiup masuk dari luar ke pusat Bandar. Kejadian ini dinamakan sebagai badai.e. Komposisi udara atau lapisan udara yang tebal diselimuti jerebu dan bahan pencemar(pollutions) khususnya dalam keadaan udara yang lebih kering di bandar.

Page 131: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Terdapat pelbagai sebab terjadinya pulau haba di bandar.Antaranya ialah:a. Kekurangan litupan tumbuhan atau pokok-pokok peneduh yang mampu bertindak menyederhanakan suhu. Perubahan landskap yang ketara dari hutan semulajadi bertukar kepada “hutan batu”.b. Adanya banyak bahan atau sumber yang boleh menyerap dan menyimpan bahangan matahari sebagai haba pendam seperti bangunan konkrit, tar/bitumen, aspalt, bahan-bahan pencemar udara dan sebagainya. Bahangan matahari yang tersimpan di waktu siang akan dibebaskan di waktu malam.c. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan hidrokarbon-hidrokarbon daripada sumber-sumber kenderaan, industri dan sebagainya yang juga mampu memerangkap bahangan matahari.d. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar yang berpunca dari sumber janakuasa kilang, sumber kenderaan bergerak dan juga dari metabolisme badan manusia sendiri yang ramai tinggal di bandar.

2. Fenomena Banjir Kilat dan Hujan Asid. Dengan memiliki tenaga haba yang banyak, kesan daripada pulau haba maka kadar sejatan dalam bandar adalah tinggi. Ini mendorong terbentuknya awan yang akhirnya turun sebagai hujan. Selain daripada itu suhu yang tinggi di bandar akan menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Ini menyebabkan angin yang lembab dari luar bandar bertiup masuk ke dalam bandar yang boleh menurunkan hujan yang lebat. Tambahan pula Lebih 50% permukaan bumi di bandar telah ditutupi dengan bitumen,konkrit dan aspalt. Keadaan sedemikian telah menghalang proses susupan (infiltrasi) air hujan ke dalam tanah sebaliknya lebih cepat mengalir sebagai air larian permukaan. Jika sistem perparitannya tidak cekap, ia tidak dapat menampung aliran air permukaan lalu mengalir-limpahkannya menyebabkan wujudnya fenomena banjir kilat. Tempoh hayat sesuatu banjir kilat adalah begitu cepat iaitu antara beberapa jam hingga satu hari sahaja. Kehilangan air yang cepat berlaku adalah disebabkan oleh proses sejatan yang tinggi di bandar kesan pulau haba disamping luahan ke dalam sistem saliran seperti sungai dan terus ke laut. Selain daripada itu perubahan terhadap unsur hujan di dalam bandar juga melibatkan kualiti air hujan itu sendiri. Partikel-partikel debu,gas-gas seperti sulfur,karbon monoksida,metana,nitrogen dan lain-lain yang dibebaskan dari kenderaan dan perindustrian pula bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air ke arahnya membentuk manik-manik hujan yang mengandungi asid seperti asid sulfurik dan juga asid nitrit. Jika proses kondensasi ini mencapai ke tahap tepu, manik-manik hujan tersebut akan turun sebagai Hujan Asid. Hujan asid akan melunturkan warna bangunan, kakisan kepada monumen-monumen bersejarah juga boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Page 132: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Masalah hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap Berpunca daripada eksploitasi terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Seperti aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapakbina. Runtuhan ialah pergerakan regolith yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam dan adakalanya tegak (90 darjah) seperti di tebing-tebing tinggi, bahu-bahu bukit yang telah di tarah dan dipotong atau di lereng-lereng bukit yang telah di teres dan diratakan untuk didirikan kondominium dan lain-lain. Di Malaysia fenomena tanah runtuh yang paling dasyat ialah yang pernah berlaku dalam Tragedi Runtuhan Kondominium Highland Tower, Kuala Lumpur. Pemotongan lereng dan kaki bukit pula akan meningkatkan tegasan pada jisim batuan atau regolith di atas permukaan cerun tersebut. Tegasan ini dikenali sebagai Tegasan Ricih. Peningkatan tegasan ricih boleh menyebabkan keseimbangan cerun terganggu. Apabila cerun menjadi tidak stabil, aktiviti tanah runtuh di kawasan cerun berkenaan tidak dapat dielakkan lagi. Di dalam kes runtuhan Highland Tower di Hulu Kelang pada 11 Disember 1993, tegasan ricih terjadi akibat lampauan berat beban di atas permukaan cerun. Pembinaan bangunan tinggi di lereng-lereng bukit akan menyebabkan wujudnya peningkatan beban di atas permukaan cerun berkenaan berbanding dengan keadaan asalnya. Puluhan hingga ratusan ribu tan metrik simen,konkrit,besi cerucuk dan batu bata serta bahan domestik yang lain telah meningkatkan tegasan ricih sesebuah cerun kerana ia boleh menyebabkan lampauan beban berlaku di atas cerun terbabit.Tegasan ricih boleh meningkat kerana lampauan beban boleh menyebabkan tekanan air liang pada tanah liat bertambah. Proses ini akan merendahkan kekuatan cerun dan seterusnya menyebabkan cerun di depan bangunan Highland Towers mengelangsar manakala cerun belakangnya menolak bangunan berkenaan. Dengan adanya daya tarikan,tolakan dan graviti bertindak pada masa yang sama, maka bangunan Highland Towers menjadi tidak seimbang dan akhirnya runtuh tersungkur secara tiba-tiba memerangkap puluhan nyawa di dalamnya.

4. Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi.

Aktiviti penyahutanan untuk pembinaan tapak bandar-bandar satelit secara langsung memusnahkan ekosistem yang sedia ada samada ekosistem hutan mahupun ekosistem akuatik seperti sungai dan paya. Kawasan hutan selama ini menjadi habitat, membekalkan sumber makanan kepada pelbagai spesis fauna dan flora. Apabila ia ditebang kepelbagaian biologinya akan turut musnah. Paya-paya yang ditimbus serta sungai-sungai yang tercemar akibat kelodak dan lumpur pula boleh memusnahkan rantaian makanan hidupan akuatik.

Page 133: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

B. Pencemaran Alam Sekitar

1. Masalah pencemaran udara dan jerebu. Akibat pertambahan bilangan kenderaan yang seiringan dengan pertambahan penduduk bandar serta pertambahan kawasan-kawasan perindustrian, kawasan pelupusan sampah yang menyebabkab kualiti udara terjejas. Pencemaran udara berlaku dengan kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar (Pollutions) seperti gas-gas, bahan berbau,habuk,zarah,debu dan sebagainya di dalam atmosfera yang mana ia boleh mengubah kuantiti,kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya boleh memberikan kesan negatif kepada persekitaran fizikal sesuatu kawasan khususnya di bandar. Manakala Jerebu (Haze) pula boleh ditakrifkan sebagai “Partikel-partikel terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikel terampai (Partikulat) ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering (Dry Air) dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kawasan. Partikel-partikel ini boleh menyerak dan menyerap cahaya matahari, lantas menyebabkan keadaan sekelilingnya menjadi kabur dan kurang jelas. Proses penyerakan dan penyerapan cahaya matahari oleh partikulat-partikulat terampai ini dinamakan sebagai “Serakan Mie (Mie Scattering)” dan ianya boleh mengurangkan jarak penglihatan. Misalnya oleh partikulat-partikulat seperti debu halus,asap dan habuk. Partikulat terampai boleh terdiri daripada pelbagai jenis umpamanya debu halus , habuk gergaji dan simen,asap pembakaran terbuka dari kawasan pelupusan sampah, asap kenderaan dan lain-lain yang menjadi penyumbang utama kepada masalah jerebu. Partikulat terampai ini adalah zarah-zarah pepejal yang amat halus dan ringan sifatnya bersaiz kurang daripada 10 mikrometer serta boleh terapung dalam udara dalam tempoh waktu yang lama. Daripada sudut sains alam sekitar, partikulat terampai ini dikenali sebagai PM10 (disebut PM ten).

2. Masalah pencemaran air. Meliputi pencemaran sungai, muara/pelabuhan, air bawah tanah, air hujan/hujan asid dan lain-lain yang berpunca daripada sisa domestik/perumahan dari penduduk bandar, sisa kumbahan dan juga sisa kilang yang menjejaskan kualiti air bersih dari sungai, tasik,kolam dan takungan semulajadi. Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Escherichia Coli (E. Coli), kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3 - N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut. Contoh-Contoh pencemaran sumber air yang serius di kawasan bandar ialah seperti kes pencemaran Sungai Gombak dan Sungai Kelang di bandaraya Kuala Lumpur dan Sungai Pinang di George Town, Pulau Pinang.

3. Pencemaran bunyi dan pencemaran bau. Bunyi bising akibat kenderaan dan kilang terutama di kawasan bandar yang sesak. Pencemaran bau khususnya di kawasan pelupusan sampah hasil buangan domestik.

Page 134: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

4. Pencemaran Tanih

Pencemaran tanih berlaku akibat proses larut resap sisa-sisa toksik dan bahan –bahan buangan oleh tanih menyebabkan kesburan tahih terjejas. Ini Menyebabkan tanih hilanh kesuburan.

5. Pencemaran sampah sarapBerlaku akibat jumlah penduduk yang meningkat yang membuang sampah merata-rata. Peningkatan jumlah penduduk juga menyebabkan adalah relatf dengan pembuangan sampah.

6. Pencemaran sisa toksik.Pencemaran berlaku akibat pembuangan sisa-sisa toksik daripada kilang-kilang tanpa melalui proses rawatan atau dibuang ditempat yang tidak sepatutnya. Sisa-sisa toksik ditanam didalam tanah menyebabkan sumber tanih musnah.

CONTOH SOALAN

a) Mengapakah kadar pembandaran yang dialami oleh negara-negara sedang membangun pada masa kini lebih pesat berbanding dengan negara-negara maju. ( 10 Markah)b) Kadar pembandaran yang pesat dialami oleh negara-negara sedang membangun pada masa kini menimbulkan pelbagai kesan positif dan negatif. Bincangkan pernyataan ini. (15 Markah) .

Page 135: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

TEMA 3: TRASFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

TAJUKKemahiran Amali

SUB TAJUKMembina Dan Mentafsir Peta Kloroplet

HASIL PEMBELAJARANDiakhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1. Membina peta kloroplet dengan baik2. Mentafsir pola atau corak peta kloroplet

ISI-ISI PEMBELAJARAN

A. Membina Graf Garis.

Graf garis ialah garisan yang menyambungkan titik-titik (poin) di atas kertas graf yang mengandungi paksi X dan paksi Y. Terdapat pelbagai jenis graf garis iaitu graf garis mudah, graf garis majmuk dan juga graf garis banyak. Di peringkat ini graf garis yang hendak dibina ialah graf garis banyak (poligraf).

Gerak kerja Membina Graf Garis (Poligraf):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima.

Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf garis yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai mestilah bermula di atas paksi X. Sambungkan setiap nilai menjadi garisan-garisan. (Ingat – Plotan bagi graf garis mestilah bermula di atas Paksi X, tidak boleh sama sekali dijarakkan dari paksi X. Oleh sebab itu bagi nilai yang pertama di atas paksi Y iaitu 0 dan tahun yang pertama di atas paksi Y mestilah bermula di persilangan paksi X dan Y tersebut)

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu

Page 136: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di hujung setiap garisan yang telah diplot itu).

Lihat Contoh 1 di bawah:

Contoh 1:

Jadual 1 menunjukkan bilangan penduduk bandar mengikut benua-benua di dunia pada tahun 1950 hingga 2025 (anggaran)

Jadual 1: Menunjukkan Bilangan Penduduk BandarMengikut Benua-Benua di Dunia pada tahun 1950 - 2025

(unit: Juta orang)

Benua Tahun1950 1970 1990 2025

(Anggaran)

AfrikaAmerika LatinAmerika Utara

AsiaEropah

32.9 67.7106.1230.8289.9

81.8162.9167.2494.5441.0

228.9325.5206.8927.5577.9

957.9 662.1 297.82399.9 758.6

a) Berdasarkan jadual 1, lukis sebuah graf garis untuk menunjukkan bilangan penduduk bandar bagi setiap benua antara tahun 1950 hingga 2025.

Menganalisis dan mentafsir Graf Garis.

Menganalisis graf garis memerlukan kemahiran mengadunkan pengentahuan sedia ada dengan pola atau bentuk graf yang terhasil. Komponen penganalisisan dan pentafsiran merangkumi pola atau corak graf yang terhasil, sebab-sebab mengapa pola tersebut bersifat demikian dan juga elemen kajian masa depan (KMD) seperti mencadangkan langkah, meramalkan kesan jangka panjang dan sebagainya. Terdapat empat jenis pola atau corak atau trend atau arah alir yang boleh dikenalpasti dari sesebuah graf garis. Iaitu :

v) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara mendadak.vi) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara gradual (perlahan-

lahan)vii) Pola atau trend yang stabil – konstan (garis lurus yang mendatar)viii) Pola atau trend yang tidak stabil/tidak menentu – mengalami kenaikan dan

penurunan dalam tempoh masa yang tertentu.

Lihat contoh soalan pentafsiran di bawah:

Page 137: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

b) Berdasarkan graf yang anda lukis itu, jelaskan mengapa trend kadar urbanisasi yang dialami oleh benua yang terdiri daripada negara maju dan benua yang terdiri daripada negara sedang membangun adalah berbeza-beza.

Jawapannya:

Trend Pembandaran di Negara Negara Sedang Membangun

1. Pada keseluruhannya, benua Asia, benua Afrika dan Benua Amerika Latin menunjukkan trend peningkatan yang tinggi. Paling ketara sekali ialah benua Asia yang meningkat secara mendadak selepas tahun 1970 dikuti oleh benua Afrika selepas tahun 1990. Benua Amerika Latin pula walaupun meningkat, tetapi agak sederhana dan trendnya tidak sepantas benua Asia mahupun Afrika. Sebenarnya negara-negara dunia ke tiga khususnya negara-negara sedang membangun kini sedang mengalami pertambahan penduduk bandar yang pesat melebihi kadar purata pertambahan penduduk bandar sedunia. Benua Asia, Afrika dan Amerika Latin mengalami kadar pertambahan purata penduduk bandar lebih daripada 4% setahun berbanding dengan benua Eropah dan Amerika Utara yang hanya di sekitar 2% sahaja setahun. Justeru kita boleh merumuskan ke tiga-tiga benua ini mempunyai sumbangan terbesar dalam mempengaruhi kadar pembandaran di dunia masa kini. Trend pembandaran yang pesat di Asia dan Afrika disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:

2. Pembangunan ekonomi bandar yang pesat selepas tahun 1970. Pelbagai sektor ekonomi moden seperti perniagaan,perkhidmatan,perindustrian,kewangan dan lain-lain telah berkembang dengan begitu pesat di bandar sejajar dengan dasar kerajaan di negara-negara sedang membangun untuk memajukan negara masing-masing. Sektor yang paling penting sekali ialah sektor perindustrian. Perkembangan pesat sektor industri terutama sekali di bandar-bandar besar telah mempercepatkan proses migrasi desa ke bandar. Ini kerana industri menawarkan peluang perkerjaan yang luas,gaji dan pendapatan yang lumayan,pakej perkerjaan dan kemudahan/insentif yang menarik. Justeru ia menjadi tarikan utama golongan muda di desa berhijrah ke bandar-bandar besar dan akhirnya menambahkan bilangan penduduk bandar dengan begitu cepat. Di kebanyakan negara sedang membangun perpindahan penduduk dari desa ke bandar telah menyumbangkan 60% hingga 80% daripada jumlah pertambahan penduduk di bandar. Oleh itu migrasi menjadi faktor terpenting menyumbangkan kepada proses pembandaran.

3.        Kemunduran Sektor Ekonomi Desa Khususnya Sektor Pertanian. Berlawanan dengan sektor ekonomi moden yang berkembang dengan pesat di bandar, pada masa yang sama sektor pertanian di desa terus mundur dan ketinggalan. Sektor pertanian tradisional tidak mampu menampung lebihan buruh di desa. Kawasan desa mengalami tekanan penduduk, saiz pertanian menjadi semakin sempit relatif dengan penduduk yang semakin bertambah, sumber-sumber pengeluaran yang ada semakin terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Kesannya buruh-

Page 138: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

buruh pertanian terpaksa berhijrah ke bandar demi mengejar keperluan dan kemewahan hidup. Tegasnya “dualisme ekonomi” yang ketara antara desa dengan bandar telah menggalakkan migrasi ke bandar yang menjadi penyebab utama mewujudkan trend pembandaran yang pesat dan mendadak di negara-negara dunia ke tiga.

4. Kestabilan Politik dan Ekonomi.

Tamatnya perang dunia ke dua (1939 - 1945) membolehkan politik dunia menjadi stabil dalam jangka masa yang panjang. Banyak negara dunia ke tiga sudah merdeka dan bebas dari belenggu penjajahan dan peperangan. Justeru ini memberikan ruang dan peluang kepada kebanyakan negara melaksanakan polisi dan program pembandaran negara masing-masing ke arah pemodenan dan kemajuan sosio-ekonominya. Pada amnya selepas tahun 1970 dan khususnya era 1990-an pembangunan pembandaran tidak lagi menumpu kepada bandar-bandar utama sahaja. Program pembandaran yang lebih sistematik dilaksanakan, pembangunan bandar-bandar bersaiz sederhana dan bandar kecil difokuskan melalui penyelerakan industri dari pusat ke pinggir bandar atau ke wilayah-wilayah yang kurang maju. Ini menyebabkan trend pembandaran menjadi lebih pesat lagi. Era 1990-an menyaksikan banyak negara dunia ke tiga telah muncul sebagai Negara Industri Baru (NIC) seperti Korea Selatan, Taiwan dan juga Hong Kong. Kemunculan negara-negara ini pastinya mempercepatkan lagi proses pembandaran di negaranya yang biasanya bergerak seiringan dengan proses perindustrian.

5. Faktor Demografi

Pertambahan penduduk bandar juga dipengaruhi oleh faktor semulajadi yang berpunca daripada peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian penduduk dalam bandar itu sendiri. Telah dianggarkan sebelumnya pertambahan penduduk bandar akibat migrasi dari desa ialah antara 60% hingga 80%. Ini bererti selebihnya bolehlah dikira sebagai berpunca daripada pertambahan semulajadi. Ada tiga sebab penting mengapa kadar pertumbuhan penduduk semulajadi di bandar-bandar negara-negara dunia ke tiga lebih pesat berbanding dengan negara maju. Pertama, bertambahnya kemajuan taraf kesihatan dan teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai penyakit merbahaya seterusnya dapat mengurangkan resiko kematian bayi (meningkatkan kadar kelahiran sekaligus mengurangkan kadar kematian) disamping meningkatkan jangka hayat penduduk bandar. Ke dua, kegagalan program kawalan penduduk khususnya perancangan keluarga akibat taraf pendidikan yang masih rendah, halangan agama dan adat yang masih kuat dipegang oleh migran-migran yang berhijrah ke bandar. Ke tiga, amalan perkahwinan pada usia muda dikalangan penduduk bandar yang sebahagian besarnya berada dalam kumpulan umur subur yang ramai ( 15 hingga 44) tahun. Perkahwinan di usia muda akan meningkatkan aras kesuburan (fertiliti), sekaligus meningkatkan kelahiran. Ketiga-tiga sebab ini mempercepatkan lagi pertambahan penduduk bandar yang sedia ramai itu.

6. Proses urbanisasi di negara-negara dunia ketiga juga memperlihatkan trend pembandaran yang memusat/menumpu kepada bandar-bandar utama sahaja.

Page 139: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Penumpuan penduduk di bandar-bandar utama yang melebihi 1 juta orang adalah ketara sekali. Menjelang tahun 2000 hampir 63% daripada jumlah penduduk bandar di negara-negara sedang membangun tinggal di bandar-bandar utamanya. Di benua Amerika Selatan, bandar-bandar utama (Melebihi 1 juta orang) yang menjadi tumpuan penduduk ialah seperti, Lima di Peru, Buenos Aires di Argentina, Mexico City di Mexico, Brasilia dan Sao Paolo di Brazil, Caracas di Venuzuela dan lain-lain. Manakala di Benua Afrika pula bandar-bandar seperti Cape Town dan Johanesberg di Afrika Selatan, Addis Ababa di Habsyah, Kinshaha dan Luanda di Anggola, Dakar di Senegal dan sebagainya. Di Asia Tenggara bandar-bandar seperti Bangkok di Thailand, Kuala Lumpur di Malaysia, Jakarta di Indonesia, Manila di Filipina dan lain-lain.

7. Trend pembandaran yang memusat ke sebuah bandar utama sahaja dalam sesebuah negara itu akhirnya akan mewujudkan “Bandaraya Primat”. Iaitu kewujudan sebuah sahaja bandar terbesar yang saiznya berpuluh-puluh kali ganda lebih besar berbanding dengan bandar ke dua dalam negara tersebut serta ia langsung tidak boleh ditandingi oleh bandar-bandar yang lain. Misalnya Bangkok di Thailand, Manila di Filipina dan Mexico City di Mexico. Kewujudan bandaraya primat menunjukkan pembangunan yang dialami oleh negara berkenaan adalah tidak seimbang/tidak menyeluruh. Manakala penduduk yang terlalu menumpu ke bandar utama sahaja akan menyebabkan bandar utama menghadapi pelbagai masalah seperti setinggan, pengganguran dan kemiskinan bandar, masalah sosial, pencemaran,pembentungan dan juga alam sekitar bandar. Proses pembandaran yang seumpama ini dinamakan sebagai “Pembandaran Palsu” (False Urbanization) dan ianya amat jelas sekali banyak berlaku di negara dunia ke tiga (negara sedang membangun).

Trend Pembandaran di Negara-Negara Maju.

Berdasarkan jadual yang diberi, negara maju diwakili oleh Benua Eropah dan Benua Amerika Utara. Trend pembandaran di kedua-dua benua ini memperlihatkan peningkatan yang perlahan (gradual) atau stabil. . Proses pembandaran pada masa kini berlaku tetapi kadarnya sedikit/perlahan sahaja. Misalnya kadar pertumbuhan tahunan penduduk bandar di Kanada hanyalah 2.0% setahun, di Amerika Syarikat = 1.5% setahun manakala di United Kingdom = 0.5% setahun. Ada beberapa sebab mengapa trend pembandaran di negara-negara maju pada masa kini adalah perlahan. Antaranya ialah:

1. Negara-negara maju khususnya di benua Eropah dan Amerika Utara mengalami sejarah dan proses pembandaran yang lebih awal berbanding dengan benua Asia,Afrika dan juga Amerika Latin. Proses pembandaran yang pesat di Eropah bermula sejak Revolusi Perindustrian lagi (awal abad ke 19) sedangkan benua-benua lain khususnya Asia di penghujung abad ke 19. Perbezaan masa hampir satu abad ini menyebabkan negara-negara dunia ke tiga begitu jauh tertinggal. Kepesatan urbanisasi di Asia pada masa kini telahpun berlaku di Eropah 100 tahun yang lalu. Justeru tidak hairanlah jika negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat mengalami trend yang perlahan pada masa kini kerana proses urbanisasinya sudah hampir maksima. Misalnya negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai jumlah penduduk

Page 140: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

yang tinggal di bandar antara 70% hingga 80% daripada jumlah keseluruhan penduduknya.

2. Pengaruh Revolusi Industri. Kepesatan urbanisasi di Eropah yang berlaku 100 tahun yang lalu sememangnya disebabkan oleh pengaruh revolusi industri. Seperti apa yang berlaku di Asia pada masa kini, revolusi industri telah menukarkan budaya, organisasi dan kehidupan masyarakat Eropah pada masa itu ke arah kehidupan moden. Migrasi beramai-ramai meninggalkan desa menuju ke pusat-pusat perindustrian baru yang menawarkan pelbagai peluang perkerjaan. Akhirnya pusat-pusat perindustrian tersebut muncul sebagai bandar-bandar industri yang besar. Misalnya Paris, Colonge, Benelux-Ruhr, Manchester-Liverpool, London, Stuttgart-Frankfurt dan lain-lain lagi. Di Amerika Syarikat pula kawasan-kawasan seperti Chicago, Detroit, St.Louis,Boston dan New York. Perkembangan perindustrian yang begitu pesat akhirnya mencantumkan bandar-bandar industri di Amerika Syarikat membentuk bandar megalopolis yang pertama di dunia yang menganjur dari Boston ke Washington yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 40 juta orang. Jadi perkembangan urbanisasi di bandar-bandar ini sudahpun tepu/maksima. Oleh itu tidak hairanlah jika pada masa kini trend pertumbuhannya menjadi perlahan. 3. Faktor Pertumbuhan Penduduk Semulajadi Bandar Negara-Negara Maju. Sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk semulajadi negara-negara maju yang perlahan maka pertumbuhan penduduk di dalam bandar-bandarnya juga adalah perlahan sahaja. Misalnya di United Kingdom kadar pertumbuhan penduduk tahunan bandarnya antara tahun 1993 hingga 1997 ialah antara 0.3% hingga 0.4 % di Amerika Syarikat pula ialah antara 0.9% hingga 1.0 % setahun berbanding dengan negara-negara di benua Asia dan Afrika yang melebihi 2.0% setahun. Terdapat pelbagai sebab mengapa kadar pertumbuhan penduduk bandar-bandar negara maju adalah rendah. Pertama berkait dengan peningkatan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi penduduk yang menyebabkan program perancangan keluarga berjaya dilaksanakan. Kedua, perubahan sikap dan status quo masyarakat maju yang lebih mementingkan kerjaya serta kebebasan. Justeru itu mereka mengamalkan saiz keluarga kecil di samping amalan perkahwinan lewat yang sudah tentunya mengurangkan aras kesuburan (fertiliti). Kesannya pertambahan penduduk di dalam bandar-bandar di negara maju adalah sedikit sahaja. Ini sudah tentu memperlahankan kadar urbanisasinya.

4. Selain daripada pertumbuhan penduduk bandar yang perlahan, trend urbanisasi di negara-negara maju juga berbeza dengan negara sedang membangun daripada segi arah aliran pembandaran. Jika di negara sedang membangun pola pembandaran yang memusat ke bandar-bandar utama tetapi di negara maju pola penyebaran pembandaran dari pusat ke pinggir berlaku. Bandar-bandar utama sebenarnya sudahpun tepu malah sesetengahnya membentuk megalopolis. Justeru proses urbnanisasi tersebar ke bandar-bandar sederhana dan bandar kecil di dalam negara tersebut. Nikmat pembandaran juga dirasai oleh kawasan-kawasan pedalaman. Trend penyebaran keluar urbanisasi dari pusat ke pinggir ini membolehkan pembangunan di negara-negara maju lebih seimbang sifatnya berbanding dengan negara sedang membangun.

Page 141: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Membina Graf Bar.

Konsep: Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus secara menegak. Pada amnya graf bar terdiri daripada tiga jenis iaitu graf bar komponen, graf bar kompaun dan juga graf bar cermin. Graf bar komponen atau graf bar majmuk mempunyai turus yang bertingkat-tingkat manakala graf bar kompaun mempunyai turus yang berbaris-baris. Graf bar cermin pula mempunyai nilai paksi tegak yang positif dan negatif. Paksi X berada di tengah graf, di sebelah atasnya paksi Y yang bernilai positif manakala di sebelah bawahnya ialah paksi Y yang bernilai negatif.Gerakerja Membina Graf Bar:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti. Kenalpastikan kaedah graf bar yang hendak dibina samada bar kompaun, bar komponen atau graf bar cermin. Misalnya jika data itu melibatkan perubahan (angka positif dan negatif) maka graf bar yang sesuai dibina ialah graf bar cermin.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun/elemen/unsur manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai mestilah dijarakkan dari paksi Y (sebaik-baiknya berjarak 1 CM). Seterusnya buat plotan bar atau turus mengikut nilai-nilai data yang terdapat dalam soalan. (Ingat – Plotan bagi graf bar mestilah dijarakkan antara satu bar dengan bar yang lain. Oleh sebab itu plotan bar adalah berlawanan dengan plotan graf garis. Jika graf garis perlu rapat dan bermula di atas paksi Y manakala plotan bar mesti renggang dari paksi Y dan renggang antara bar-bar yang dibina) Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah graf bar).

Lihat Contoh 2 di bawah:

Page 142: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Contoh 2:

Jadual 2 menunjukkan jumlah penduduk mengikut negeri dan jumlah penduduk luar bandar bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.

Jadual 2: Jumlah Penduduk mengikut negeri dan Jumlah Penduduk Luar Bandarbagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.

Negeri Jumlah Penduduk(orang)

Jumlah Penduduk Luar Bandar (orang)

Johor 2,731,500 1,190,934Kedah 1,605,200 929,411

Kelantan 1,561,500 946,269Melaka 598,900 300,648

Negeri Sembilan 849,800 445,295Pahang 1,319,100 874,563Perak 2,130,000 685,860Perlis 230,700 149,263

Pulau Pinang 1,259,400 175,057Selangor 3,287,800 348,507

Terengganu 1,064,100 577,806Wil.Per.Kuala Lumpur 1,423,900 -

MALAYSIA 23,263,600 6,624,613

(a) Dengan menggunakan jadual 2, kirakan peratus penduduk bandar di setiap negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 dan tunjukkan peratus penduduk bandar tersebut melalui sebuah graf bar yang sesuai.

Page 143: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Jadual Menunjukkan Pengiraan Peratus Penduduk Bandar bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia

Negeri Jumlah Penduduk Bandar = (Jum. Penduduk – Jum. Penduduk Luar Bandar)

Penduduk Bandar (Orang)

Peratus Penduduk Bandar = Jum. Penduduk Bandar x 100% Jumlah Penduduk

% Penduduk Bandar

Johor 1,540,566 56.4%Kedah 675,789 42.1%

Kelantan 615,231 39.4%Melaka 298,252 49.8%

N.Sembilan 404,506 47.6%Pahang 444,537 33.7%Perak 1,444,140 67.8%Perlis 81,437 35.3%

P.Pinang 1,084,343 86.1%Selangor 2,939,293 89.4%

Terengganu 486,294 45.7%WP.K.L. 1,423,900 100%

Menganalisis dan mentafsir Graf Bar.

Sepertimana graf garis, graf bar juga perlu dianalisis dan ditafsirkan daripada segi polanya, sebab-sebab, kesan serta cadangan mengatasi hasil daripada sesuatu bentuk bar yang terhasil. Di peringkat ini calon mestilah berupaya mengadunkan pengentahuan yang dimilikinya dengan kemahiran amali yang dibuat.

Lihat contoh soalan analisis di bawah. (b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapakah kadar pembandaran yang dialami oleh negeri-negeri pantai barat semenanjung lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri di pantai timurnya.

Sebab-sebab kadar pembandaran di negeri-negeri pantai barat semenanjung lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri pantai timur:

1. Tumpuan sektor ekonomi moden seperti industri,perkhidmatan dan perniagaan adalah di bandar-bandar besar di sebelah pantai barat semenanjung. Misalnya tumpuan industri di bandar-bandar besar telah mencipta banyak peluang pekerjaan dan seterusnya menggalakkan migrasi masuk - penduduk bandar terus bertambah/kadar pembandaran meningkat dengan cepat.

Page 144: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. Peningkatan kadar kelahiran di bandar. Kumpulan umur muda adalah penghijrah utama dan menetap di bandar-bandar besar pantai barat semenanjung. Komposisi umur ini adalah subur dan cenderung meningkatkan kelahiran. Disokong dengan faktor-faktor peningkatan taraf hidup/pendapatan yang lebih tinggi dan mampu menampung saiz keluarga yang lebih besar serta adanya kemudahan perubatan yang lebih baik dll yang mendorong kepada pertambahan penduduk bandar.

3. Adanya kemudahan pendidikan dan kemudahan sosial yang lebih baik di sebelah pantai barat. Meliputi Institusi pendidian tinggi, kemudahan perhubungan,jaringan pengangkutan, kemudahan reakreasi dan hiburan , kemudahan perumahan dan kemudahan asas yang menjadi tarikan penduduk dari negeri-negeri lain - meningkatkan kadar pembandaran (jumlah penduduk badar).

4. Faktor sejarah pembandaran. Negeri-negeri di pantai barat lebih awal mengalami proses pembandaran moden semenjak zaman penjajah lagi. Justeru itu kemudahan asas,pusat-pusat perkhidmatan telah sedia wujud. Ini mendorong kemasukan pelaburan - pertambahan industri dan perkhidmatan dan seterusnya mempercepatkan kadar pembandaran yang telah sedia

TEMA 4 : GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

Page 145: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Tema Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.

Tajuk Globalisasi Ekonomi.

Sub Tajuk 4.1 Saling Kebergantungan Antara Kawasan.

Masa 2 Waktu ( 80 minit)

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1: Menyatakan maksud globalisasi ekonomi.

Aras 2: Menghuraikan aspek saling bergantung antara kawasan/negara.

Aras 3: Menjelaskan sebab perlunya bekerjasama antara kawasan/negara. Kemahiran Amali : Membina, menganalisis dan mentafsir graf bar cermin

berasaskan data imbangan perdagangan.

Sisipan Konsep

a) Globalisasi Ekonomi.Konsep Dunia tanpa smpadan. Globalisasi ekonomi ialah satu proses dimana sempadan ekonomi negara-negara di dunia kini semakin runtuh dan seluruh dunia (globe) kini menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah ,pantas dan rapat )

b) Liberalisasi Ekonomi.(Iaitu dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas )

c) Deregulasi Ekonomi.Iaitu dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan seperti penghapusan dasar perlindungan, penghapusan subsidi,penghapusan sekatan tarif,penghapusan skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan modal berpilih dll.

Isi-Isi Pembelajaran

(a) Aspek saling kebergantungan antara kawasan:

Page 146: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(i) Pelaburan(ii) Teknologi

(iii) Pengeluaran(iv) Pasaran(v) Bekalan buruh

(b) Sebab-sebab perlunya kerjasama antara kawasan/negara:(i) Kecekapan ekonomi

(ii) Daya saing (iii) Pengkhususan(iv) Penyertaan dalam ekonomi dunia

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 10 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan tiga konsep penting – globalisasi ekonomi, liberalisasi ekonomi dan deregulasi ekonomi.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 20 Minit )

Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dua aspek berikut:

ix) Saling kebergantungan antara negara/kawasan daripada segi pelaburan,teknologi,pengeluaran,pasaran dan bekalan buruh.

x) Sebab-sebab perlunya bekerjasama antara negara/kawasan daripada segi: kecekapan ekonomi, daya saing,pengkhususan dan penyertaan dalam ekonomi dunia.

(Nota: Perbincangan mestilah berasaskan prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh Huraian dan dilengkapi dengan contoh-contoh yang spesifik)

Langkah 3 (Pembentangan Hasil Perbincangan – 20 Minit)

Pembentangan hasil perbincangan dan penambahbaikan.

i) Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

ii) Guru bersama dengan kumpulan pelajar lain membuat pembetulan dan penambahbaikan terhadap hasil pembentangan.

Langkah 4 ( Mentafsir dan Menganalisis Data Import – Eksport Malaysia mengikut kumpulan negara – 30 Minit)

Page 147: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

a) Guru mengedarkan data perdagangan luar Malaysia mengikut kumpulan negara dan pelajar dibantu untuk:

i) Mengenalpasti pola dan aliran perdagangan.ii) Mengira imbangan perdagangan (Defisit dan Infisit)iii) Melukis graf bar cermin.iv) Menganalisis sebab.v) Meramalkan kesan jangka panjang sebagai satu kajian masa depan (KMD)

Langkah 5 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 5 minit)Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian objektifnya.

Contoh Soalan Yang relevan

Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia dengan beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Jadual 1: Nilai Eksport dan Import (RM: Juta) Malaysia denganbeberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Negara-negara Asia Pasifik terpilih RM: JutaEksport Import

ThailandIndonesiaSingapura

JepunTaiwanChina

3,909.01,576.1

19,635.513,978.0 5,203.2 3,422.9

3,703.22,414.9

12,236.918,559.1 4,988.9 3,019.5

JUMLAH 47,724.7 44,923.5

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

a) Berdasarkan jadual 1 di atas, kirakan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [6 Markah]

b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [10 Markah]

c) Jelaskan mengapa Malaysia perlu berkerjasama dengan negara-negara serantau. [ 9 Markah]

Penilaian Jawapan

Page 148: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

a) Mengira imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [ 6 Markah ] Formula Mengira Imbangan Perdagangan

(EKSPORT ▬ IMPORT)

Pemarkahan:

Negara Asia Pasifik Terpilih

Imbangan Perdagangan(EKSPORT ▬ IMPORT)

(RM: Juta)

Markah

ThailandIndonesiaSingapura

JepunTaiwan

China

205.8- 838.87,398.6

- 4,581.1213.3403.4

111111

Pemarkahan: 1 Negara = 1 Markah. MAX 6 Markah

b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [10 Markah]

Melukis Graf Bar Cermin

Item Pemarkahan MarkahTajuk/Kaedah yang betul

Skala yang sesuaiPetunjuk

Plotan (1 negara = 1 markah).Kebersihan dan kesempurnaan

11161

MAX 10

c) Jelaskan mengapa Malaysia perlu berkerjasama dengan negara-negara serantau. [9 Markah]

Page 149: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Sebab-sebab Malaysia perlu bekerjasama dengan negara-negara serantau ialah untuk:

(1) Memperolehi keuntungan dalam konteks meningkatkan aliran perdagangan antara negara. Misalnya perdagangan intra-ASEAN. Hal ini dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA).

(2) Memperolehi keuntungan daripada segi perluasan saiz pasaran. Kesan-kesan positif perluasan pasaran diperoleh melalui pertambahan penduduk, peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara. Contohnya di dalam AFTA.

(3) Memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi , R & D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang; perindustrian, tenaga, pertanian, perhutanan,pengangkutan,telekomunikasi, kewangan dan lain-lain.

(4) Memperolehi keuntungan daripada segi perkongsian pelaburan modal/kewangan menerusi perlaksanaan konsep dan kaedah pelaburan silang (cross invesment) serta pelaburan bersama.

(5) Memperolehi keuntungan daripada keadaan saling melengkapi (Complementary) khususnya dalam konteks pengkhususan pengeluaran barangan industri pembuatan dan perkhidmatan serta sumber dan tenaga.

(6) Memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan kepakaran. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam Malaysia boleh di tampung oleh lebihan buruh dari negara lain.

(7) Keuntungan dalam konteks penjagaan alam sekitar secara bersama khususnya dalam menangani permasalahan alam sekitar. Sebagai contoh adalah menjadi tanggungjawab bersama antara Malaysia, Indonesia dan singapura menjaga perairan Selat Melaka. Justeru ke tiga-tiga negara menjalankan usaha bersama membuat pengesanan, rondaan,kawal selia/pengawasan dan pemuliharaan jika berlaku kes-kes pembuangan enap cemar oleh kapal-kapal dagang yang melalui selat Melaka. Selain itu di atas semangat ASEAN semua negara telah membantu Indonesia menangani masalah jerebu yang berlaku pada tahun 1997 dan 2005.

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar.

Page 150: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Bab 13 – Interaksi Antara Kawasan, m.s. 366 – 375, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

2. Perangkaan Malaysia, Import dan Eksport Malaysia Mengikut Sektor Ekonomi, Jabatan Statistik Malaysia.

Tugasan Pelajar : Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

ICT – Mengakses maklumat berkaitan dengan perdagangan luar Malaysia meliputi:

i) Kawasan pasaran baru.ii) Penglibatan Malaysia dalam AFTA, APEC, EAEC dan Segitiga Pertumbuhan.

Maklumat boleh diakses dari laman web berikut: (http:/www. Statistics.gov.my)

Tema Kerjasama serantau:

Page 151: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Tajuk Kerjasama serantau ASEAN

Sub Tajuk 4.2 Pertumbuhan segitiga ASEAN

Masa 2 Waktu ( 80 minit)

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1: Mengenalpasti kawasan pertumbuhan segitiga ASEAN

Aras 2: Menyatakan aktiviti ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di bawah

segitiga pertumbuhan ASEANAras 3:

Membincangkan kepentingan dan masalah dalam segitiga pertumbuhan ASEAN

Sisipan Konsep

a) Segitiga Pertumbuhan ASEAN.

Segitiga pertumbuhan merupakan lanjutan daripada kerjasama serantau ASEAN. Ia merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah ASEAN yang melibatkan 3 atau 4 buah negara berjiran. Teras kerjasama ini ialah saling memperolehi keuntungan apabila negara-negara yang berjiran saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan kawasan yang telah dipilih.

b) Pelaburan bersama

Di bawah konsep pelaburan bersama, projek-projek yang telah dikenalpasti untuk dimajukan maka modalnya akan dikongsi bersama-sama oleh pihak swasta dari ketiga-tiga negara yang terbabit mengikut ekuiti yang dipersetujui.

c) Pelaburan silang.

Page 152: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Manakala konsep pelaburan silang pula menggalakkan pihak swasta dari sesebuah negara melabur di kawasan negara lain dalam segi tiga pertumbuhan tersebut. Misalnya firma-firma dari Singapura melabur modal di Selatan Johor.

Isi-Isi Pembelajaran

a) Mengenalpasti kawasan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN:

1. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapura – Growth Triangle2. IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle3. EAGA-BIMP (East Asean Growth Area – Berunai, Indonesia, Malaysia, Filipina)

b) Mengenalpasti Rancangan Pembangunan Ekonomi Yang Telah, Sedang dan Akan Dilaksanakan di Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan.

1. Pembangunan sektor pelancongan2. Pembangunan Sektor Pengangkutan3. Pembangunan Sektor Pembandaran:4. Pembangunan Sektor Perkhidmatan tertier5. Pembangunan Sektor Telekomunikasi 6. Pembangunan Sektor Pertanian dan Perikanan 7. Pembangunan Sektor Perhutanan8. Pembangunan infrastruktur 9. Pembangunan sektor perindustrian.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 10 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan tiga konsep penting – segitiga pertumbuhan, pelaburan bersama dan pelaburan silang.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 30 Minit )

Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dua aspek berikut:

Page 153: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

a) Mengenalpasti kawasan yang terlbat dalam setiap segitiga pertumbuhan dan juga rancangan yang telah, sedang serta yang akan dijalankan bagi setiap kawasan segitiga pertumbuhan.

b) Membincangkan kepentingan segitiga pertumbuhan ASEAN dan masalah yang dihadapi.

(Nota: Perbincangan mestilah berasaskan prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh Huraian dan dilengkapi dengan contoh-contoh yang spesifik)

Langkah 3 (Pembentangan Hasil Perbincangan – 35 Minit)

Pembentangan hasil perbincangan dan penambahbaikan.

i) Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

ii) Guru bersama dengan kumpulan pelajar lain membuat pembetulan dan penambahbaikan terhadap hasil pembentangan.

Langkah 5 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 5 minit)

Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian objektifnya.

Contoh Soalan Yang relevan

a) Namakan lima kawasan yang berada di bawah segitiga pertumbuhan IMS – GT [ 5 Markah ]

b) Terangkan rancangan pembangunan ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN [ 10 Markah]

c) Jelaskan mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan di tubuhkan di rantau Asia Tenggara [ 10 Markah]

Penilaian Jawapan

a) Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan IMS - GT:

Page 154: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapura – Growth Triangle) yang melibatkan kawasan : Kepulauan Riau, Bangkahulu,Jambi,Sumatera Barat, Kalimantan Barat bagi Indonesia, Selatan Johor bagi Malaysia dan Utara Singapura bagi Singapura.

(Pemarkahan: 5 kawasan x 1 markah = MAX 5 Markah)

b) Rancangan Pembangunan Ekonomi Yang Telah, Sedang dan Akan Dilaksanakan di Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan. [ 10 Markah]

1. Pembangunan sektor pelancongan: Memajukan industri perhotelan/resort atau memajukan sumber-sumber maritim untuk tujuan pelancongan seperti menjadikan kepulauan Riau sebagai pusat pelancongan baru di bawah IMS-GT,Langkawi, Phuket dan Acheh “Pintu Masuk Pelancong Asean” di bawah IMT-GT disamping mewujudkan kawaan bebas cukai.

2. Pembangunan Sektor Pengangkutan: Khususnya laluan darat udara dan air/perkapalan seperti: Jalan Keretapi Trans-Borneo di bawah EAGA-BIMP, Projek Line ke 2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT, perkhidmatan feri Langkawi-Phuket-Acheh di bawah IMT-GT. Perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan ini menjadi pemangkin utama untuk memajukan sektor-sektor ekonomi yang lain.

3. Pembangunan Sektor Pembandaran: Mewujudkan bandar-bandar baru melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek bandar Nusa Jaya sebagai bandar terapung di Tanjung Pelepas Johor di bawah rancangan IMS-GT. Perkhidmatan pembandaran akan menguntungkan banyak pihak.

4. Pembangunan Sektor Perkhidmatan tertier : Khususnya kewangan dan bank misalnya Labuan sebagai pusat Kewangan luar pesisir di bawah EAGA. Disamping Perkongsian modal berasaskan konsep pelaburan silang (Cross Invesment) dan pelaburan bersama yang akan dapat dinikmati oleh semua pihak swasta yang terbabit di dalam wilayah tersebut.

5. Pembangunan Sektor Telekomunikasi :Sektor ini juga amat berpotensi untuk berkembang dengan pesat misalnya projek Internet Asean dengan Thailand sebagai pusatnya di bawah program IMT-GT. Program pertukaran siaran Radio & TV dan lain-lain maklumat budaya membolehkan intraksi sosial antara negara akan jadi lebih rapat.

6. Pembangunan Sektor Pertanian dan Perikanan : Khususnya berkaitan dengan sektor perladangan kelapa sawit dan getah di bawah EAGA dan juga pertanian makanan/padi di bawah IMT-GT. Termasuk juga perikanan pingir pantai,laut dalam dan akuakultur. Kerjasama modal,kepakaran dan pengurusan akan diutamakan bemi memajukan sektor ini.

7. Pembangunan Sektor Perhutanan. Meliputi sumber-sumber pembalakan khususnya di kawasan EAGA yang amat kaya dengan hutan disamping program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Page 155: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

8. Pembangunan infrastruktur fizikal seperti jaringan jalan raya, bekalan tenaga, sumber air, sistem perhubungan dan lain-lain terutamanya di wilayah-wilayah yang baru berkembang misalnya di lembah Mindano.

9. Pembangunan sektor perindustrian. Tumpuan diberikan kepada sektor industri berasaskan sumber seperti industri pemprosesan pertanian (agro base industry) terutamanya di IMT-GT dan EAGA serta industri berintensif buruh di IMS-GT dan IMT-GT.

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)

b) Sebab-sebab pakatan segi tiga pertumbuhan di tubuhkan di rantau Asia Tenggara [ 10 Markah]

Antara sebab-sebab mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan tersebut ditubuhkan ialah:

1. Untuk mempercepatkan lagi/memangkinkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor di antara negara-negara ASEAN yang berjiran yang termasuk dalam kawasan segitiga pertumbuhan berkenaan. Misalnya di bawah IMT –GT kawasan-kawasan seperti Pulau Langkawi, Utara Kedah-Perlis seperti Bukit Kayu Hitam, Utara Acheh dan Selatan Thai pastinya mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat. Segitiga pertumbuhan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi ASEAN yang baru.

2. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam . Kawasan segitiga sememangnya kaya dengan sumber-sumber alam yang belum dimanfaatkan sepenuhnya seperti sumber hutan, sumber maritim,sumber tenaga,sumber air dan sebagainya. Dengan adanya pakatan ini sumber-sumber tersebut boleh dibangunkan tanpa terbiar membazir sebagai stok sumber sahaja. Ini kerana pembangunan sumber dilakukan menerusi pelbagai perkongsian bijak yang diamalkan.

3. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara kawasan/intra-ASEAN. Kesan-kesan positif daripada perluasan pasaran setempat akan dinikmati bersama. Misalnya melalui kewujudan kawasan bebas cukai. Kawasan-kawasan seperti Bukit Kayu hitam, Langkawi, Pengkalan Kubor sudah tentunya memberikan manfaat pasaran kepada semua negara. Kerana barangan di kawasan-kawasan bebas cukai tersebut lebih laris/dijual dengan harga yang murah.

4. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian pelaburan modal/kewangan berdasarkan prinsip perkongsian bijak yang dilakukan menerusi pelaburan bersama ataupun pelaburan silang oleh pihak swasta. Pihak swasta akan berkongsi modal melaksanakan sesuatu projek. Misalnya projek Line ke 2 menghubungkan Malaysia dengan Singapura di bawah IMS-GT telah dilaksanakan

Page 156: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

dengan jayanya dan memberi keuntungan kepada ke dua-dua negara daripada segi aliran barangan,perkhidmatan dan pergerakan penduduk.

5. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dari negara jiran yang lebih maju ke kawasan segitiga terbabit. Pemindahan teknologi membolehkan sumber-sumber yang ada dapat dibangunkan dengan cepat. Dalam konteks ini wujud suasana saling melengkapi. Kekurangan teknologi sesebuah negara ditampung oleh kelebihan teknologi negara lain yang sama-sama melabur di kawasan segi tiga terbabit.

6. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan kepakaran di sesuatu kawasan segitiga akan dapat ditampung oleh buruh dan tenaga pakar dari negara jiran. Kekurangan buruh di Malaysia ditampung oleh kemasukan buruh dari Indonesia.

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar.

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Bab 13 – Interaksi Antara Kawasan, m.s. 391 – 399, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Tugasan Pelajar : Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

ICT – Mengakses maklumat berkaitan dengan perdagangan luar Malaysia meliputi

i) Penglibatan Malaysia dalam Segitiga Pertumbuhan ASEAN

Maklumat boleh diakses dari laman web berikut: (http:/www. MITI. gov.my)

Tema Kerjasama serantau:

Tajuk Kemahiran Amali Kerjasama Serantau

Page 157: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Sub Tajuk 4.3 Membina dan mentafsir peta Aliran.

Masa 2 Waktu ( 80 minit)

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat:

Membina peta aliran dengan mengaplikasikan teknik kartografi yang betul. Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada peta aliran yang dilukiskan. Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil.

Sisipan Konsep:

Konsep: Peta aliran adalah sejenis peta statistik yang diguna untuk menunjukkan arah dan isipadu (jumlah) pergerakan sesuatu barangan, perkhidmatan dan juga pergerakan manusia. Misalnya pergerakan import-eksport, migrasi antarabangsa, ketibaan pelancong asing ke sesebuah negara, aliran masuk modal ke sesebuah negara dan sebagainya. Terdapat dua elemen penting di dalam peta aliran iaitu, ketebalan garis aliran yang mewakili jumlah yang bergerak ke sesuatu destinasi dan juga anak panah (arrow) yang menunjukkan ke mana sesuatu barangan,perkhidmatan dan penduduk itu bergerak.

Isi-Isi Pembelajaran

Membina peta aliran. Mentafsir peta aliran.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 20 Minit )

Gerakerja Membina Peta Aliran:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan di mana dan ke arah mana garis aliran perlu dibuat berasaskan kehendak soalan dan peta yang diberikan.

Langkah 2: Mencari skala ketebalan garis aliran. Terdapat dua kaedah yang boleh diguna untuk mencari skala ketebalan garisan iaitu:

a) Skala aritmetik. Skala dalam unit biasa yang digunakan seperti 1CM = RM Juta : 10,000, 1CM = 20,000 orang dan sebagainya. Skala aritmetik digunakan

Page 158: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

sekiranya tidak terdapat perbezaan yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai minima di dalam data soalan yang diberi.

b) Skala geometri. Skala dalam unit puncakuasadua. Skala ini diguna sekiranya terdapat perbezaan data yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai minima. Justeru untuk menyelaraskan data-data tersebut maka semua data perlu dipuncakuasaduakan agar tidak terlalu ketara perbezaannya. Apabila semua data sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh diguna untuk mengira ketebalan garis aliran. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi dalam langkah (2 b) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya ketebalan garisan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan nampak yang baik.

Langkah 4: Membuat plotan. Berdasarkan nilai ketebalan garisan yang telah dikira dalam langkah 3 di atas calon boleh membuat plotan garis aliran di atas peta yang diberikan. Plotan mestilah mengikut syarat-syarat berikut:

a) Garis aliran mestilah sama tebal dari permulaan hingga ke destinasinya.b) Arah aliran (arrow) bagi setiap garis aliran mesti ditunjukkan.c) Antara garis aliran tidak boleh bertindih dan tidak boleh bersilang.d) Untuk mengelakkan pertindihan garis aliran boleh dibuat melengkung atau

bergabung.

Langkah 5: Lorekan atau warnakan setiap garis aliran yang dibuat dan seterusnya lengkapkan peta aliran anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta aliran anda itu. Petunjuk yang dibuat mestilah bertangga bentuknya mewakili tiga nilai yang berbeza.

Langkah 2: ( Latihan Dalam Kelas Membina peta aliran– 30 Minit )

Lihat Contoh di sebelah:

Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai import dan eksport Malaysia dari dan ke beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1999.

Negara Asia Pasifik Terpilih Nilai Import dan Eksport (RM: Juta)Import Eksport

Page 159: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

JepunChina

Hong KongAustralia

51,803.8 8,127.0 6,250.0 5,670.7

37,290.1 8,808.014,345.9 7,710.8

Berdasarkan jadual 1 di atas,

a) Lukis sebuah peta aliran di atas peta kosong yang disediakan bagi menunjukkan nilai import dan eksport Malaysia dari dan ke beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1999.

Sila lukis peta aliran berdasarkan jadual di atas

Langkah 3 : Menganalisis dan mentafsir Peta Aliran (30 Minit)

Contoh soalan

Berdasarkan peta aliran yang telah anda lukis itu, nyatakan pola import dan eksport Malaysia dengan beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1999.

Dimensi analisis: Pola Import - Eksport

i) Pola import dan eksport Malaysia dengan Jepun menunjukkan defisit sebanyak RM Juta: – 14,513.7. Ini menunjukkan Malaysia banyak mengimport barangan dari negara Jepun berbanding dengan barangan yang dieksport oleh Malaysia ke Jepun. Imbangan perdagangan ini amat merugikan Malaysia.

ii) Pola import Malaysia dengan negara China, Hong Kong dan Australia pula mengalami infisit iaitu nilai eksport melebihi import. Misalnya dengan Hong Kong nilai infisitnya sebanyak RM: Juta: 8,095.9. Imbangan perdagangan ini amat menguntungkan Malaysia.

Dimensi analisis: Sebab-sebab:

c) Mengapakah negara-negara Asia Pasifik perlu menjalinkan kerjasama perdagangan yang kukuh antara satu sama lain?.

Sebab-sebab negara Asia Pasifik perlu menjalinkan kerjasama perdagangan yang kukuh antara satu sama lain;

i) Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran antara negara. Misalnya melalui penubuhan zon perdagangan bebas.

ii) Untuk mengelakkan monopoli perdagangan dari negara-negara barat. Mengurangkan penguasaan pasaran dan ancaman perdagangan dari

Page 160: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

kumpulan negara maju yang lain seperti dari Kesatuan Eropah (EU), NAFTA, dan juga Amerika syarikat

iii) Untuk mewujudkan aliran perdagangan yang lebih adil dan telus – serta saling memperolehi keuntungan menerusi konsep ”Liberalisasi perdagangan” dengan cara menghapuskan sekatan tarif dan dasar perlindungan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Dengan itu perluasan pasaran boleh dilakukan secara lebih adil berdasarkan prinsip yang ditetapkan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

iv) Mewujudkan keadaan saling melengkapi dan perkongsian pintar antara negara. Misalnya perkongsian teknologi dan kepakaran, kemudahan logistik, perkongsian sumber, perkongsian data dan maklumat dan sebagainya.

v) Membantu negara-negara Asia Pasifik yang miskin dan kecil kuasa perdagangannya.

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil gerakerja dan perbincangan pelajar.

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa , Lembaran Praktis Geografi Kertas 2 STPM, Penerbit: Federal Publications Sdn.Bhd, Shah Alam, 2002.

Soalan Latihan

Latihan 1:

Jadual 1 di bawah menunjukkan import dan eksport antara Malaysia dengan rakan seperdagangan ASEAN pada tahun 2000.

Rakan Seperdagangan ASEAN Import (US $) Eksport (US $)Brunei Darussalam

IndonesiaFilipina

SingapuraThailand

318.4 939.0 639.019 250.0 3 234.0

3.8 1 064.0 325.022 665.0 1 553.0

Jumlah 24 380.4 25 610.0

Berdasarkan jadual 1 di atas;

a) Kirakan peratusan import dan eksport Malaysia dengan setiap rakan seperdagangan ASEAN pada tahun 2000. [5 Markah].

Page 161: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

b) Berasaskan nilai peratusan yang telah dikira, lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia dengan setiap rakan seperdagangan ASEAN pada tahun 1995. [10 Markah].

c) Huraikan faktor-faktor yang boleh meningkatkan perdagangan intra-ASEAN. [10 Markah].

Latihan 2

Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia dengan beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Jadual 2: Nilai Eksport dan Import (RM: Juta) Malaysia denganbeberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Negara-negara Asia Pasifik terpilih RM: JutaEksport Import

ThailandIndonesiaSingapura

JepunTaiwanChina

3,909.01,576.1

19,635.513,978.0 5,203.2 3,422.9

3,703.22,414.9

12,236.918,559.1 4,988.9 3,019.5

JUMLAH 47,724.7 44,923.5

a) Berdasarkan jadual 2 di atas, kirakan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [ 6 Markah]

b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [11 Markah]

c) Huraikan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia bagi tujuan meningkatkan aliran perdagangannya. [8 Markah]

TEMA 5 : IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANYA

Tema Impak alam sekitar dan pengurusannya.

Page 162: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Tajuk Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Sub Tajuk 5.1 Impak aktiviti pertanian terhadap alam sekitar: Kesan dan langkah mengatasinya – Kajian kes di Cameron Highland.

Masa 2 Waktu ( 80 minit)

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1: Mengenalpasti pelbagai jenis aktiviti pertanian di Cameron Highland

Aras 2: Menghuraikan kesan aktiviti pertanian di Cameron Highland terhadap alam

sekitar fizikal setempat.Aras 3:

Membincangkan langkah mengatasi kesan negatif akibat aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal setempat.

Isi-Isi Pembelajaran

1. Ciri-ciri fizikal kawasan Cameron Highland2. Aktiviti pertanian di kawasan Cameron Highland.3. Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal setempat.4. Langkah perundangan dan bukan perundangan untuk mengatasinya.

1. Ciri-ciri fizikal di Cameron Highland.

a) Daerah Cameron Highland terletak di dalam negeri Pahang. Wilayah Cameron Highland merupakan satu-satunya kawasan terpenting dan tertua di Malaysia yang terlibat dalam aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi. Keluasannya ialah sebanyak 71,255 hektar dan dari jumlah ini terdapat lebih kurang 5, 256 hektar telah digunakan sebagai kawasan pertanian iaitu kira-kira 24%.

b) Sebahagian besar kawasan ini masih lagi diliputi hutan tebal. Namun begitu sejak akhir-akhir ini kadar penerokaan tanah secara haram untuk pertanian di Cameron Highland semakin meningkat terutama sekali yang melibatkan kawasan bercerun dan lereng-lereng bukit.

c) Topografi kawasan ini ialah bergunung-ganang, berbukit-bukau dan juga berlembah dengan kecerunannya antara 10º hingga 35º. Daripada segi tanihnya pula

Page 163: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

terbentuk oleh campuran granit yang berasid serta bewarna gelap. Ia memiliki tanih gembur berpasir. Iklim di Cameron Highland adalah amat sesuai untuk tanaman sub tropika dan temperat yang meliputi tanaman seperti teh, sayuran, bungaan dan buahan sitrus. Ini kerana suhunya yang lebih sejuk kira-kira 24ºC berbanding dengan kawasan lain di Malaysia. Suhu yang rendah ini disebabkan oleh pengaruh faktor ketinggian tempatnya. Purata hujan tahunannya pula ialah antara 104 mm hingga 317 mm.

2) Jenis aktiviti pertanian di Cameron Highland.

a) Jenis-jenis tanaman yang ditanam. Terdapat empat jenis tanaman yang diusahakan secara komersial di Cameron highland iaitu tanaman teh yang diusahakan secara sistem perladangan, tanaman sayuran yang lebih bersifat sistem pertanian pasar/angkut, tanaman buah-buahan sitrus khususnya strawberry dan juga tanaman bunga-bungaan.

i) Tanaman teh. Kawasan perladangan teh merupakan kawasan penanaman yang terluas di Cameron Highland meliputi hampir 2,500 hektar. Tanaman ini diusahakan secara perladangan oleh syarikat swasta terkenal iaitu BOH Plantations. Namun begitu terdapat juga pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman teh hijau secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun tanaman teh oleh pekebun kecil ini telah berkurangan dan digantikan dengan tanaman sayuran serta bungaan. Daripada segi pemuliharaan tanah, pengusaha ladang teh secara perladangan ini telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kadar hakisan tanah berbanding dengan sistem pertanian/tanaman lain. Justeru itu walaupun teh merupakan tanaman yang paling luas di Cameron Highland tetapi kadar hakisannya tanih yang dialami oleh kawasan ladang teh amat kecil berbanding dengan kawasan tanaman sayuran, buahan dan bungaan.

ii) Penanaman sayur-sayuran pula merupakan aktiviti pertanian yang ke dua penting selepas tanaman teh. Ia meliputi kawasan seluas 2,140 hektar dan mampu menghasilkan sumber pendapatan kepada hampir 1, 580 keluarga pekebun sayur di Cameron Highland. Sistem pertanian yang dijalankan ialah bersifat pertanian pasar dengan tanah digunakan secara intensif. Terdapat hampir 25 jenis sayuran yang diusahakan. Antara yang popular ialah seperti kobis, kobis bunga,salad,tomato dan juga kacang buncis. Sistem tanaman selingan dan tanaman bercampur amat popular dijalankan di kawasan ini. Misalnya tanaman tomato dan kacang buncis diselingkan atau dicampurkan dengan tanaman lain seperti kobis, salad, asparagus dan juga daun sadri di atas tapak tani yang sama. Penanaman sayur-sayuran merupakan aktiviti pertanian yang paling besar memberikan impak negatif ke atas persekitaran fizikal di Cameron Highland khususnya dalam konteks meningkatkan kadar hakisan tanih, kejadian tanah runtuh dan juga pencemaran sumber air sungai dan tasik. Ini kerana kesedaran pemuliharaan tanah dikalangan pekebun di kawasan ini adalah amat rendah sekali. Misalnya pekebun masih berdegil menggunakan jentera berat bagi meratakan kawasan curam dan lereng bukit di samping penggunaan racun serangga yang berleluasa tanpa pengurusan yang sistematik seperti membuang botol-botol racun ke sungai serta tasik yang berdekatan.

iii) Tanaman bunga-bungaan juga ditanam secara giat dan berkembang maju di Cameron Highland. Kawasan ladang bunga biasanya terdapat di kawasan

Page 164: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

rendah/lembah atau di kawasan kaki bukit yang telah di teres. Antara yang popular ialah seperti “Cactus Valley”. Pada masa ini keluasan tanaman bunga di Cameron Highland ialah sebanyak 300 hektar dan terdapat lebih daripada 40 buah pusat penyemaian bunga (nursery) di kawasan ini. Kebanyakan para penanam bunga ialah bekas pekebun –pekebun sayur yang telah beralih kepada industri penanaman bunga setelah harga sayuran menjadi tidak stabil (mudah mengalami tutun-naik) berbanding dengan harga bunga yang lebih konsisten. Antara jenis bunga yang popular di tanam ialah seperti kekwa, mawar, bunga turki, dan juga bunga matahari. Sepertimana dalam tanaman sayuran, tanaman bunga juga banyak menjejaskan kualiti alam sekitar setempat kerana kebanyakan pengusahanya menggunakan jentera berat untuk meratakan tanah di kawasan cerun curam.

iv) Tanaman buahan sitrus. Tanaman ini tidak dijalankan secara meluas sebaliknya lebih bersifat tanaman di dalam” rumah hijau”. Ini kerana tanaman buahan sitrus khususnya strawberry tidak ekonomik untuk dijalankan di tapak pertanian yang luas serta bersifat jangka pendek. Keluasannya di sekitar 250 hektar sahaja. Justeru itu kegiatan pertanian ini tidak begitu menjejaskan kualiti alam sekitar setempat.

3) Kesan Negatif Aktiviti Pertanian Terhadap alam Sekitar Fizikal di Cameron Highland.

a. Perubahan landskap fizikal yang ketara - Seperti hutan semulajadi bertukar kepada “hutan tanaman”, permukaan tanah menjadi tergondol dan sebagainya. Dalam konteks ini proses penyahutanan bagi tujuan mewujudkan kawasan pertanian ladang teh,sayuran dan bungaan telah menyebabkan berlakunya perubahan landskap yang ketara di Cameron Highland. Berdasarkan gambar foto udara jelas kelihatan kawasan –kawasan gondolan terutamanya di cerun atau lereng-lereng bukit.

b. Pendedahan permukaan bumi secara terus kepada pelbagai proses geomorfologi seperti hakisan tanah dan tanah runtuh. Permukaan bumi kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan cengkaman akar terhadap butiran tanah yang menyebabkan cerun-cerun menjadi tidak stabil. Dalam konteks geomorfologi pelbagai proses akan berlaku apabila permukaan tanah dibajak, digembur, diteres dan diratakan untuk kegiatan pertanian khususnya di kawasan lereng-lereng bukit yang bercerun curam. Di Cameron Highland fenomena hakisan dan tanah runtuh merupakan kesan yang paling besar kelihatan terutamanya di sekitar Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Permukaan cerun yang terdedah akan mengalami tindakan air larian permukaan yang akan menghakis-angkut regolit atau tanih dari atas cerun ke bawah cerun. Kesannya permukaan lereng-lereng bukit akan mengalami hakisan yang ketara seperti wujudnya gegalur dan tanah tergondol. Satu kajian yang telah dilakukan oleh Fuad Omar pada tahun 1988 mendapati bahawa hampir 2.383 juta meter padu tanah di Cameron Highland telah terhakis dan dengan mengambil kira kadar kehilangan tanah sebanyak 16.8 tan/hektar setahun maka kadar hakisan yang akan dialami oleh tanah-tanah pertanian di Cameron Highland menjelang tahun 2000 akan menjadi lebih serius lagi. Dalam jangka masa panjang cerun-cerun yang terhakis itu menjadi tidak stabil dan boleh mengalami pelbagai jenis gerakan jisim seperti kesotan tanah, gelangsaran tanah dan juga tanah runtuh .

Page 165: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

c. Pencemaran air sungai dan peningkatan kadar pemendapan sungai. Larian air permukaan akan membawa regolith dari atas cerun ke bawah cerun dan seterusnya masuk ke sistem sungai yang ada di kawasan pertanian berkenaan. Justeru itu kadar pencemaran sungai meningkat, sistem sungai biasanya menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur serta mengalami kadar enapan yang tinggi sehingga dasarnya menjadi lebih cetek. Satu pengukuran yang telah dilakukan oleh Dr. Wan Ruslan Ismail mendapati bahawa terdapat beberapa batang sungai di Cameron Highland mengalami kadar enapan yang tinggi. Misalnya Sungai Bertam sebanyak 67.8 tan/Km²/tahun, sungai Tringkap sebanyak 758.6 tan/Km²/tahun dan sungai Terla sebanyak 454.0 tan/Km²/tahun. (Sumber Wan Ruslan Ismail, Pengurusan Sumber Alam Tropika, DBP, Kuala Lumpur, 1999, m.s. 96). Selain daripada pencemaran kelodak, kualiti air sungai juga terjejas akibat pengggunaan baja kimia dan racun serangga/perosak. Racun serangga seperti DDT dan juga pelbagai jenis baja kimia yang digunakan ke atas tanaman sayuran akan mengalami larut resap ke dalam tanah atau di bawa bersama oleh larian air permukaan. Jika larut resap berlaku maka sebatian kimia dari baja dan racun serangga tadi akan dibawa oleh aliran air bawah tanah (sistem akuifer) menuju ke sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya. Begitu juga dengan pergerakan larian air permukaan akan menuju ke sumber-sumber air yang ada di permukaan. Kesannya sumber-sumber air tersebut akan mengalami pencemaran bahan kimia yang tinggi yang akan memberikan impak negatif terhadap ekosistem akuatik. Di Cameron Highland pencemaran air di Tasik Ringlet merupakan satu contoh yang nyata.

d. Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti) seperti pelbagai spesis fauna dan flora yang diancam kepupusan. Termasuklah juga kemusnahan ekosistem seperti rantaian makanan dan habitat khususnya hutan yang telah dijadikan tapak pertanian. Dalam konteks kepelbagaian biologi akibat pemusnahan hutan untuk aktiviti perladangan teh dan sayuran akan menyebabkan kesan-kesan negatif berikut:

i) Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan itu.

ii) Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.

iii) Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan

Page 166: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

secara lebih meluas. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsur-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir dan sebagainya.

e.. Menggangu kestabilan kitar hidrologi. Penyahutanan untuk dijadikan tapak pertanian biasanya melibatkan kawasan hutan primer/hutan dara seperti dalam sistem perladangan teh. Kawasan hutan primer pada asalnya merupakan kawasan tadahan air yang amat penting kepada sistem hidrologi khususnya sungai. Oleh itu apabila hutan-hutan tersebut di hapus dan dimusnahkan maka fungsinya sebagai kawasan tadahan air akan terjejas/hilang. Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan gangguan ke atas kestabilan kitar hidrologi ini. Pertama, penyahutanan telah mengurangkan proses transpirasi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air ke udara sebagai penyumbang kepada sejat-peluhan bagi membentuk awan, ke dua menyebabkan kelembapan udara menurun (pembentukan udara kering) dan ke tiga mengurangkan kadar susupan, storan dan edaran air tanah (gangguan kepada sistem akuifer) yang seterusnya boleh menjejaskan sumber dan bekalan air kepada sungai, paya,tasik,kolam dan sebagainya. Sebagai contoh empangan mengalami penurunan paras airnya. f. Perubahan suhu mikro/pemanasan setempat. Hutan semulajadi sebenarnya berfungsi sebagai ”menyederhanakan suhu sekitar” dengan cara mengekalkan peratus kelembapan udaranya. Tetapi apabila ia dimusnahkan untuk tujuan pertanian maka gangguan terhadap proses sejat-peluhan (evopotraspiration) pokok-pokok akan terjadi. Daun dan kanopi tumbuhan tidak boleh lagi membebaskan wap-wap air ke udara. Kesannya peratus kelembapan udara akan menurun, udara menjadi lebih kering (dry air) dan persekitaran fizikal terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh kanopi tumbuhan. Keadaan ini akan menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat menjadi lebih panas berbanding dengan sebelumnya. Fenomena ini dinamakan sebagai pemanasan setempat. Pada masa kini Cameron Highland tidak lagi sesejuk masa lalu.

4) Cadangan angkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kesan kerosakan persekitaran fizikal akibat aktiviti pertanian di Cameron Highland.

a. Langkah perundangan: Melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa, mengenakan denda yang berat iaitu menaikkan kadar kompaun, penjara, menarik balik lesen operasi kepada pengusaha pertanian dan pekebun sayur yang melanggar akta kualiti alam sekitar 1974 dan akta pemuliharaan kawasan tanah tinggi. Selain itu pihak kerajaan juga mestilah menghukum pegawai kerajaan yang rasuah dalam konteks pemberian lesen dan kebenaran menggunakan tanah di kawasan tanah tinggi termasuk juga langkah menyediakan laporan EIA yang lengkap sebelum sesuatu projek pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi dijalankan.

b. Amalan pengurusan yang cekap: Memberbaiki tatacara/prosedur pemberian dan penggunaan oleh pejabat tanah dan daerah, mengharamkan penggunaan jentera berat, memotong cerun mengikut spesifikasi yang dibenarkan, menanam tanaman tutup bumi, sungkupan plastik, membina benteng untuk menstabilkan cerun, merawat atau membersihkan sungai yang tercemar dan sebagainya. Secara khusus amalan pengurusan yang cekap boleh dilaksanakan seperti berikut:

Page 167: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

i) Membenarkan aktiviti pertanian dijalankan hanya di kawasan yang mempunyai kesan yang paling minima kepada persekitaran fizikal. Kawasan yang mempunyai resiko yang tinggi yang boleh menyebabkan hakisan dan tanah runtuh seperti di lereng –lereng bukit yang bercerun curam hendaklan diistiharkan sebagai kawasan rezab pertanian yang kekal.

ii) Menggalakkan aktiviti penanaman sayur-sayuran dan bungaan dengan menggunakan kaedah hidroponik dan kaedah rumah hijau di kawasan tanah pamah bukannya menanam sayuran di lereng-lereng bukit atau kawasan bercerun curam yang boleh menyebabkan hakisan tanah dan ketidakstabilan cerun.

iii) Menggunakan baja kimia dan racun serangga dengan kadar yang minima dan menguruskannya secara berhemah iaitu tidak membuang sisa racun dan baja kimia sewenang-wenangnya ke dalam sistem saliran seperti sungai dan tasik sebaliknya menyediakan kawasan pelupusan yang khusus.

iv) Bagi kawasan cerun yang dibenarkan untuk pertanian maka pekebun sayur mestilah membina teres-teres yang sesuai dan lebar bagi mengurangkan halaju larian air permukaan. Cadangan yang dibuat oleh Jabatan Pertanian Malaysia berkaitan dengan kelebaran teres –teres pertanian di kawasan bercerun/lereng-lereng bukit ialah antara 1 hingga 2 meter bagi setiap teres.

v) Menggabungkan kaedah dan amalan pengurusan tanah pertanian melalui tiga cara iaitu:

Kaedah agronomi seperti menutup permukaan tanah dengan sungkupan daun dan plastik dan juga meningkatkan kadar larut resap tanah dengan tanaman pelindung/tutup bumi seperti pokok kekacang,kaedah tanaman berjalur, tanaman selingan dan lain-lain lagi.

Kaedah mekanika seperti pembinaan kontur/teres, zon perlindungan (hutan yang dikekalkan dalam keadaan semulajadi), mewujudkan sistem perparitan dan saliran di kawasan pertanian, membina benteng dan sebagainya.

Kaedah penyuburan tanah seperti pembajaan kimia/organin untuk mengekalkan keseimbangan nutrien tanah, merehatkan tanah, giliran kawasan penanaman dan sebagainya.

c. Menjalankan kempen kesedaran kepada pekebun sayur dan pengusaha pertanian tentang masalah hakisan dan kesannya kepada persekitaran fizikal menerusi risalah, sesi penerangan/dialog, seminar,program gotong-royong termasuk pendidikan alam sekitar. Satu kajian yang telah dilakukan oleh AVRDC dan Mardi pada tahun 1992 terhadap 252 pekebun sayur di Cameron Hinghand mendapati bahawa “petani/pekebun tidak merasakan masalah hakisan tanah sebagai suatu ancaman yang serius kepada tanaman mereka sebaliknya ketidakstabilan harga sayuran merupakan satu ancaman besar”. Ini menunjukkan

Page 168: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

bahawa kesedaran petani/pekebun terhadap kesejahteraan alam sekitar terlalu rendah. Justeru agensi kerajaan khususnya Jabatan Pertanian, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengambil langkah menyedarkan dan memberikan kefahaman kepada pekebun menerusi risalah, seminar, dialog,program gotong-royong dan sebagainya bagi menghasilkan pembangunan pertanian yang lestari untuk masa depan Cameron Highland.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru/Kuliah – 40 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan ciri fizikal, jenis aktiviti pertanian, kesan dan langkah mengatasinya di Cameron Highland.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 30 Minit )

Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk merangka jawapan berkaitan dengan tugasan soalan yang diberikan seperti di bawah:

Soalan

Dengan merujuk kepada kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia,

a) Nyatakan EMPAT jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan [5 Markah]

b) Jelaskan kesan negatif aktiviti ekonomi tersebut terhadap persekitaran fizikal kawasan setempat, [ 10 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan negatif tersebut. [10 Markah] (Tugasan pelajar Sila rangkakan jawapan bagi soalan di atas berasaskan prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh Huraian dan dilengkapi dengan contoh-contoh yang spesifik)

Langkah 3 ( Penutup dan Rumusan – 10 Minit)

Guru menyenaraikan isi-isi penting berkaitan dengan soalan yang diberikan di atas

Rangka dan Skema Jawapan:

Dengan merujuk kepada kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia,

a) Nyatakan EMPAT jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan [5 Markah]

Page 169: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Judul Isi Jawapan Markah

Menamakan kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia. Contohnya: Cameron Highland, Genting Highland, Bukit Fraser,Tanah Tinggi Kundasang dll.

Menyatakan jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di kawasan tanah tinggi. Di antaranya ialah:

Aktiviti pertanian seperti tanaman teh,sayuran dan bungaan. Aktiviti penternakan termasuk akuakultur. Aktiviti pelancongan. Aktiviti pembinaan – pembinaan perumahan,infrastruktur, jaringan

pengangkutan, projek hidroelektrik dll Aktiviti pembalakan / penyahutanan untuk pelbagai tujuan. Aktiviti perniagaan. Aktiviti perkhidmatan

Pemarkahan:

1. Menamakan kawasan tanah tinggi (sekurang-kurangnya satu kawasan)

2. Menyatakan empat jenis aktiviti ekonomi (1 jenis = 1 markah)

1

1111

111

= 1 Markah

= 4 Markah

b) Jelaskan kesan negatif aktiviti ekonomi tersebut terhadap persekitaran fizikal kawasan setempat, [ 10 Markah]

Judul Isi Jawapan Markah

Diantara kesan negatif aktiviti ekonomi terhadap persekitaran fizikal di kawasan tanah tinggi ialah:

1. Perubahan landskap fizikal secara besar-besaran – penggondolan bukit, hutan primer bertukar kepada hutan sekunder, tanaman perladangan, padang golf, bangunan dll.

2

Page 170: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

2. Kesan hakisan tanih dan tanah runtuh – kewujudan gegalur di cerun-cerun bukit atau tanah runtuh/batu runtuh di kaki bukit yang sudah di potong dan diteres oleh jentera berat untuk aktiviti pembinaan,pertanian dll.

3. Menjejaskan kesuburan tanih/lapisan top soil semakin nipis – menggangu keseimbangan nutrien tanih apabila tumbuhan yang melindungi permukaan tanih di tebang/dimusnahkan.

4. Pencemaran sumber air (tasik,kolam,paya) termasuk sungai – Sungai menjadi keruh dan berkelodak atau pencemaran sumber air akibat penggunaan racun serangga dan baja kimia dalam pertanian serta penyaliran sisa kumbahan dari sektor pelancongan yang menjejaskan ekosistem akuatik.

5 Memusnahkan kawasan tadahan air – menjejaskan sumber air kepada sungai, tasik, kolam, paya dan empangan akibat aktiviti pembalahan dan penyahutanan.

6. Peningkatan suhu mikro – kawasan sekitar tidak lagi sesejuk atau nyaman daripada keadaan sebelumnya akibat penyahutanan untuk pelbagai tujuan.

7. Kerosakan ekosistem hutan – kemusnahan habitat dan spesis/kepelbagaian biologi, rantaian makanan dll yang berkaitan dengan ekologi hutan

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)

2

2

2

2

2

2

c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan negatif tersebut. [10 Markah]

Judul Isi Jawapan Markah

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan negatif di atas ialah:

Langkah perundangan: Melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa, mengenakan denda yang berat – menaikkan kadar kompaun, penjara, menarik balik lesen operasi, menghukum pegawai yang rasuah dll termasuk langkah EIA sebelum sesuatu projek pembangunan di kawasan tanah tinggi dijalankan.

2

Page 171: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Amalan pengurusan yang cekap: Meliputi:

1. Memberbaiki tatacara/prosedur penggunaan tanah di kawasan tanah tinggi.2. Mengharamkan penggunaan jentera berat di kawasan tanah tinggi.3. Memotong cerun bukit mengikut spesifikasi yang dibenarkan.4. Menanam tanaman tutup bumi di tapak pertanian atau tanaman rumput dan tumbuhan pelindung di kawasan bercerun.5. Langkah kestrukturan seperti membina benteng konkrit, groin dan gabion,tembok penahan (retainning wall) serta sungkupan plastik untuk menstabilkan cerun.6. Menanam semula hutan yang sudah ditebang/penghutanan semula.7. Membina sistem saliran – parit dan longkang yang sistematik untuk penyaliran air yang lebih sempurna.8. Merawat atau membersihkan sungai yang tercemar.9. Amalan pertanian yang mesra alam seperti kaedah hidroponik, menggunakan baja organik, kawalan biologi agar tidak terlalu bergantung kepada baja kimia serta racun serangga.10. Amalan pertanian berteres/mengikut kontor.

Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar: Kempen kesedaran kepada penduduk setempat dan pengusaha – menerusi risalah, sesi penerangan/dialog, seminar,program gotong-royong termasuk pendidikan alam sekitar.

Pemarkahan:Langkah perundangan : MAX 2 markah.Amalan pengurusan : MAX 6 markah.Kempen dan PAS : MAX 2 markah

2

222

2

22

22

2

2

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar membincangkan isi-isi penting bagi menjawab tugasan soalan yang diberikan..

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Bab 6 – Pembangunan Ekonomi dan Alam Sekitar, m.s. 149 – 155, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Page 172: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Tema Impak alam sekitar dan pengurusannya.

Tajuk Pengurusan Alam Sekitar

Sub Tajuk 5.2 Prinsip-prinsip pembangunan lestari (berterusan)

Masa 2 Waktu ( 80 minit)

Page 173: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1: Mentakrifkan konsep pembangunan lestari (berterusan)

Aras 2: Mengenalpasti lapan prinsip pembangunan lestari (berterusan)

Aras 3: Menghuraikan prinsip-prinsip pembangunan berterusan.

Sisipan Konsep:

Konsep Pembangunan Lestari

Pembangunan lestari berteraskan kepada konsep pembangunan berterusan yang boleh difahami dari dua sudut. Pertama nikmat pembangunan sesebuah negara hendaklah berterusan dan boleh menjamin kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang. Kedua prinsip pembangunan yang mengadunkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar kesejahteraan hidup boleh dinikmati oleh semua penduduk. Kemajuan sosio-ekonomi dalam sesebuah negara itu amat dituntut, tetapi ia tidak seharusnya mengorbankan aspek alam sekitar. Dalam hal ini antara pembangunan dengan alam sekitar seharusnya bergerak seiringan dan segandingan . Ia bukanlah dua titik pemisah yang bergerak ke kiri dan ke kanan di atas satu garis lurus.

Isi-Isi Pembelajaran

a) Konsep Pembangunan Lestari

(b) Menghuraikan lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)

(i) Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi(ii) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup

(iii) Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber(iv) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung(v) Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko

(vi) Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan

Page 174: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(vii) Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa(viii) Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru/Kuliah – 20 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan lapan prinsip pembangunan lestari.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar di dalam kelas – 40 Minit )

Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk merangka jawapan berkaitan dengan tugasan soalan yang diberikan seperti di bawah:

Soalan Aplikasi Prinsip Pembangunan Lestari dalam Sektor Perhutanan di Malaysia.

Soalan Perbincangan:

Jelaskan bagaimana Prinsip Pembangunan Lestari Telah diterapkan dalam Sektor Perhutanan di Malaysia.

Dapatan Hasil Perbincangan Kelas

Terdapat tiga aspek penting yang mesti digabungjalinkan dalam melaksanakan pembangunan lestari dalam sektor perhutanan di Malaysia iaitu langkah perundangan, langkah pengurusan yang strategik dan juga langkah kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Langkah Perundangan:

Di Malaysia kelestarian dalam pembangunan sektor perhutanan boleh ditinjau melalui dua aspek iaitu melalui langkah perundangan dan bukan perundangan. Kedua-duanya terangkum dalam DASAR PERHUTANAN NEGARA 1978. Dasar ini menjadi asas

Page 175: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

yang kukuh untuk memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dan keberterusannya agar sentiasa dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Dasar Perhutanan Negara 1978:

1. Bagi menjamin pengurusan hutan yang teratur,cekap optimun dan lestari maka Dasar Perhutanan Negara (1978) telah mengistiharkan langkah-langkah berikut:

a) Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpan Kekal tanah-tanah yang cukup luasnya serta bersesuaian kedudukannya di seluruh negara mengikut cara penggunaan yang sempurna bagi menjamin:

i. Iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan air bersih, kesuburan tanah dan keadaan alam sekeliling yang memuaskan supaya kesan banjir dan ha- kisan kepada sungai dan tanah pertanian dapat dikurangkan . Kawasan- kawasan hutan seperti ini dinamakan sebagai HUTAN PERLINDUNGAN.

ii. Pengeluaran semua jenis keluaran hutan dalam negara akan berkekalan ser- ta pada kadar yang berpatutan untuk pertanian,kegunaan tempatan dan eksport. Kawasan hutan seperti ini dinamakan HUTAN BERHASIL.

iii. Kawasan-kawasan hutan yang cukup bagi tujuan beristirehat, menjalankan penyelidikan serta pendidikan dan memelihara tumbuh-tumbuan dan mar- gastua. Kawasan hutan seperti ini dinamakan HUTAN LIPUR.

b) Menguruskan kawasan hutan simpan kekal dengan sempurna supaya dapat memberikan faedah sosio-ekonomi dan keselesaan alam sekeliling dengan sepenuhnya kepada penduduk dan negara.

c) Melaksanakan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemulihan dan menghutan semula melalui satu program yang tegas berpandukan kepada amalan SILVILKULTURE yang sempurna serta berpatutan supaya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.

d) Menjamin supaya pengusahasilan hasil hutan dari kawasan-kawasan yang diluar hutan simpan kekal itu dilaksanakan dengan cara mengadakan rancangan yang seimbang dengan kadar pembangunan tanah bagi tujuan mendapatkan faedah-faedah paling tinggi untuk rakyat, sebelum hak milik tanah diberi dan juga mengikut cara mengusahasilan dan pemerosesan hasil yang sempurna mengikut kadar keperluan daya pemerosesan tempatan yang optimun.

e) Menggalakkan usaha mengeluar dan menggunakan kayu bagi semua jenis keluaran hutan dengan sepenuhnya dan penubuhan perusahaan kilang berasaskan kayu-kayan dengan kadar keperluannya ditentukan supaya seimbang dengan kadar pengeluaran balak bukan sahaja untuk meninggikan mutu penggunaan tetapi juga membuka peluang perkerjaan serta mendapatkan pertukaran mata wang asing.

Page 176: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

f) Melaksanakan program latihan perhutanan yang lengkap di semua peringkat dalam sektor awam atau swasta bukan sahaja untuk menjamin bekalan tenaga manusia yang cukup bagi industri perkayuan tetapi juga meliputi menjaga dan melindungi hutan serta aspek-aspek sains perhutanan.

g) Memupuk kefahaman yang meluas kepada umum tentang peri pentingnya hutan serta faedah-faedahnya kepada generasi akan datang melalui saluran-saluran media sekaligus mewujudkan semangat kerjasama dalam menjaga khazanah perhutanan negara.

2. Dengan perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara sebanyak 4.8 juta hektar atau 77% dari 6.2 juta hektar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal. Dari jumlah hutan simpan kekal ini 2.9 juta hektar diuruskan sebagai hutan produktif dan 1.9 juta hektar sebagai hutan perlindungan. Kita juga mempunyai 0.6 juta hektar taman negara dan kawasan hidupan liar. Untuk menghasilkan langkah yang lebih tegas melalui sistem perundangan maka pihak kerajaan telah meluluskan Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri Berasaskan Kayu pada tahun 1984. Akta perhutanan negara ini telah menggariskan beberapa larangan yang berkaitan dengan kawasan hutan simpan kekal. Larangan-larangan tersebut ialah:

a. Memasuki Hutan Simpan Kekal.b. Menebang,memetong,menggelang,menanda atau menoreh

pokok.c. Mencari,mengambil dan mendedahkan kepada sebarang proses

pengilanganatau memindahkan sebarang hasil hutan atau mineral.

d. Membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau Sebarang maksud lain.

e. Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan di dalam sungai atau

tasikbagi maksud menangkap ikan,memburu,menembak memasang

jerat danmenjebak.

f. Menceroboh dengan apa jua cara.

Akta ini juga menetapkan bahawa sesiapa yang didapati melanggar larangan-larangan tersebut boleh didakwa di mahkamah dan boleh di denda maksima sehingga RM:50.000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

3. Dalam konteks pemeliharaan hidupan liar pula akta perlindungan hidupan liar 1976 telah dihasilkan bertujuan untuk memastikan spesis hidupan liar di Negara kita tidak pupus dan terus memberikan faedah kepada generasi akan datang. Oleh itu Jabatan PERHILITAN diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan akta tersebut dan pindaan-pindaannya. Jabatan PERHILITAN mengawal aktiviti perburuan melalui sistem perlesenan. Sesiapa yang memburu atau menyimpan atau memperniagakan hidupan liar yang tidak dibenarkan akan dikenakan denda atau dipenjara.

Page 177: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

4. Bagi memantapkan lagi langkah perundangan ini kerajaan telah mewartakan hutan rezab atau Taman Negara yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar (KPHL). Peraturan-peraturan yang mengawal pengurusan Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar sekali lagi diletakkan di bawah pengawasan Jabatan PERHILITAN.

Langkah Pengurusan Hutan

1. Selaras dengan Dasar Perhutanan Negara, pengurusan hutan dan pemeliharaan sumber hutan yang berkekalan terus diberikan penekanan. Dalam konteks penebangan hutan, Malaysia memberi tumpuan kepada dua sistem penebangan berikut iaitu Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kedua-dua sistem ini menitikberatkan kepada kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya kesemua pokok-pokok yang mempunyai nilai dagangan ditebang dalam satu operasi dan tempoh pusingan tebangannya adalah antara 60 hingga 80 tahun. Ini bermakna tempoh penebangan kali ke dua adalah seusia dengan kitar hidup pokok tersebut. Bagi Sistem Tebangan Memilih pula satu inventori dibuat di sesuatu kawasan yang hendak ditebang. Berdasarkan maklumat daripda inventori ini maka dua kaedah penebangan diamalkan. Pertama, sekiranya sesuatu kawasan itu kaya dengan pokok dagangan yang muda maka kaedah Polikitar diamalkan. Iaitu sebilangan kecil sahaja pokok yang telah dipilih dan ditandakan untuk ditebang. Pokok-pokok tersebut mestilah cukup umurnya dan mempunyai diameter minimum 45 hingga 50 centimeter. Pusingan tebangan yang diamalkan dalam kaedah polikitar ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah serta Serawak. Kedua, bagi kawasan yang tidak mempunyai pokok dagangan muda penebangan secara Sistem Sebaya Malaya digunakan. Sistem ini menetapkan dirian baki 32 pokok sehektar selepas penebangan pokok dilakukan.

2. Selain daripada kaedah penebangan hutan di atas, terdapat satu lagi cara pengurusan hutan yang lestari dan berkekalan di amalkan di Malaysia, iaitu kaedah SILVILKULTUR. Silvilkultur ialah satu cara pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan,pertumbesaran,penjagaan dan penggantian sesuatu dirian hutan dengan teratur. Antara program yang popular di bawah silvilkultur ialah projek Ladang Hutan Kompensatori (CFPP) yang telah dilancarkan dalam tahun 1982. Projek ini bertujuan untuk membekalkan bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan. Seluas 98,000 hektar kawasan hutan miskin telah dikenalpasti dan dirancang penubuhannya di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

3. Setakat ini spesis-spesis yang ditanam adalah daripada spesis kayu keras tropika seperti Acacia Mangium, Yamane dan Batai yang cepat tumbesarannya dan jangkaan pusingan hidup selama 15 tahun. Projek ini dilaksanakan di 7 buah negeri iaitu Johor, Pahang,Negeri Sembilan, Selangor,Perak,Kelantan dan Terengganu. Sehingga 31 Ogos 1993 seluas 51,748 hektar telah siap ditanam di negeri-negeri berkenaan. Pahang (18,125.0 Hektar), Johor (17,586.0 hektar), Selangor (8,706.0 hektar), Negeri Sembilan (4,079.00 hektar), Perak (2,889.00 hektar), Terengganu (200.00 hektar) dan Kelantan (163.00 hektar).Di samping tanaman cepat tumbuh, program ladang hutan bermutu tinggi

Page 178: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

dengan spesis Pokok Jati mula dilaksanakan di Kedah pada tahun 1988. Matlamat keluasan tanaman bagi Rancangan Malaysia Ke Lima dan Ke Enam adalah masing-masing 750 dan 1,250 hektar iaitu dengan keluasan tanaman 250 hektar setahun yang dibiayai melalui pinjaman daripada kerajaan persekutuan.

4. Sementara itu perladangan hutan di Sabah telah bermula dari tahun 1922 lagi dengan tertubuhnya percubaan tanaman pokok Jati untuk pengeluaran kayu keras di Kota Marudu. Perladangan hutan secara komersial bermula pada tahun 1974 dengan rancangan penubuhan seluas 60,000 hektar oleh Syarikat Sabah Softwood Sdn.Bhd (SSSB) di Brumas, Tawau. Penubuhan SSSB iaitu sebuah syarikat kerjasama antara North Borneo Timbers Bhd (40% pegangan saham) dan Yayasan Sabah (60% pegangan saham) bertujuan untuk menghutan semula kawasan-kawasan yang telah dibalak dengan spesis-spesis yang cepat membesar seperti Pinus Caribaea dan Pinus Oocarpa. Susulan daripada itu Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) telah ditubuhkan pada tahun 1976. Objektif penubuhannya aalah untuk menjalankan kerja-kerja penghutanan semula seluas 200,000 hektar kawasan terbiar akibat daripada aktiviti pertanian pindah dengan spesis seperti Acacia Mangium,Yamane,Eucalyptus Deglupta,Pinus Caribaea dan Pinus Oocarpa. Di bawah Rancangan Malaysia ke Enam (1991 - 1995) Jabatan Perhutanan Negeri Sabah telah mengenalpasti kawasan seluas 62,000 hektar boleh ditanami dengan pokok jenis tempatan seperti pokok Sentang dan Exotic.

5. Di Serawak, program pemulihan hutan secara ladang telah bermula semenjak 1920 dengan penubuhan seluas 19 hektar tanamam pokok Engkabang di dalam kawasan hutan Simpan Semenggoh. Projek tanaman ini kurang mendapat sambutan sehinggalah pada tahun 1965 satu program yang dinamakan “PROGRAM PENYELIDIKAN PENGHUTANAN” dilancarkan di dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Program ini antara lain bertujuan untuk mengenalpasti spesis-spesis tempatan dan Exotic untuk pembangunan ladang hutan dengan tumpuan menghutan semula kawasan-kawasan yang ditinggalkan oleh petani-petani pindah. Spesis-spesis yang ditanam termasuklah Engkabang, Durian,Mahogani,Acacia Mangium,Yamane dan Batai. Program perladangan hutan secara komersial telah dilancarkan pada tahun 1979 dan diperkembang luas dalam rancangan Malaysia Ke Empat (1981-1985). Sehingga 1993, Jabatan Hutan Negeri Serawak telah berjaya menubuhkan seluas 6,613.4 hektar ladang hutan di dalam kawasan yang ditinggalkan oleh petani pindah dan di beberapa kawasan hutan simpan.

6. Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kejayaan program Silvilkultur di Malaysia banyak dibantu oleh perkembangan pesat bidang R&D khususnya yang berkaitan dengan pengurusan,penjagaan dan perawatan hutan. Menyedari hakikat ini pihak kerajaan telah menubuhkan satu Jawatan Kuasa Penyelaras Penyelidikan dan Pembangunan Ladang Hutan Malaysia pada 18 November 1988. Jawatan kuasa tersebut terdiri daripda tenaga-tenaga pakar dan penyelidik dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Pertanian Malaysia kini Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai institusi yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan hutan, FRIM dan UPM berkerjasa erat dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan demi menjamin kejayaan program perladangan hutan terutamanya dalam bidang seperti pengurusan, biakbaik pokok serta

Page 179: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

sifat dan penggunaan kayu. Program penyelidikan dan pembangunan akan terus berkembang dengan bidang-bidang penyelidikan yang sedia ada disamping memberikan penekanan kepada penyelidikan pemilihan spesis,kesesuaian spesis dengan tapak tanaman, bekalan stok tanaman,silvilkulture,kajian ekonomik spesis ladang serta kawalan serangga dan penyakit.

Langkah Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar.

1. Pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan. Justeru itu perancangan untuk menguruskan ekosistem hutan dalam jangka masa panjang mestilah melibatkan unsure kededaran kepada orang ramai. Untuk menanam unsur kesedaran ini maka pentingnya diadakan kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan. Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat. Pertama peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam matapelajaran geografi dan juga interdisiplin seperti dalam matapelajaran sains. Peringkat ke dua ditujukan kepada orang ramai dalam konteks kempen kesedaran seperti kempen cintailah hutan kita, kempen the green world dan lain-lain lagi. Selain itu langkah kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar ini juga dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM). Usaha yang berterusan khususnya kepada generasi muda diharap akan dapat mewujudkan masyarakat yang boleh hidup dengan harmoni dengan persekitaran hutan.

2. Dalam konteks kerajaan pula usaha untuk berkerjasama dengan Negara-negara serantau dan dengan pertubuhan Pertubuhan alam sekitar dunia yang lain sentiasa dilakukan. Dengan Negara ASEAN, Malaysia turut menyertai Program Alam Sekitar ASEAN. Selain itu Jabatan Perhutanan juga berkerjasama rapat dengan banyak pertubuhan antarabangsa. Misalnya Hari Perhutanan Sedunia disambut setiap tahun oleh Malaysia dengan melaksanakan program menanam pokok-pokok, pameran ceramah dan sebagainya. Dana sedunia alam semulajadi Malaysia (WWF) mempunyai pejabat dan wakil-wakilnya di Kuala Lumpur dan Kucing untuk membantu usaha-usaha perancangan dan pengurusan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar dari segi bimbingan, perkhidmatan teknikal, kewangan dan pendidikan.

Langkah 3 ( Penutup dan Rumusan – 10 Minit)

Guru menyenaraikan isi-isi penting berkaitan dengan soalan yang diberikan di atas

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar.

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM, Tema 5 Bab ,14, m.s 423 - 473 Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Page 180: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Tugasan Pelajar : Latihan Menjawab Soalan

Sila Jawab Semua soalan yang diberikan:

Soalan 1.

Berdasarkan kepada Malaysia,

a) Terangkan langkah-langkah perundangan yang boleh diambil bagi memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal. ( 12 Markah)

b) Cadangkan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti sumber udara dan sumber air di Negara itu. (13 Markah)

Soalan 2.

a) Dengan merujuk kepada contoh-contoh tertentu, jelaskan punca-punca utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran dan kemusnahan sumber-sumber marin. (13 Markah) b) Huraikan langkah-langkah yang wajar diambil untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber marin ini. ( 12 Markah)

Soalan 3.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber air yang lestari?. (5 Markah)

b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysia agar sentiasa bersih dan berterusan. (10 Markah)

c) Jelaskan kesan-kesan pembandaran terhadap sistem hidrologi bandar. (10 Markah)

TEMA 6: KAJIAN LAPANGAN/KAJIAN LUAR GEOGRAFI KERTAS 2 (Alam Sekitar Manusia).

HASIL PEMBELAJARAN

Memahami prinsip-prinsip kajian luar seperti menyatakan tajuk dan kawasan kajian secara mikro (kawasan yang kecil), mengemukakan objektif kajian luar dan menerangkan kaedah-kaedah yang boleh diguna untuk melakukan kajian luar.

Menjelaskan kaedah dan langkah yang patut dibuat untuk melaksanakan kajian luar (sebelum, semasa dan selepas di lapangan)

Page 181: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Memahami faktor, ciri, kepentingan, kesan terhadap alam sekitar dan langkah mengatasinya daripada sesuatu kegiatan ekonomi setempat (local activities) terhadap kawasan yang dikaji sahaja.

Menjelaskan dapatan kajian terhadap sebuah bandar kecil yang meliputi kepelbagaian fungsi bandar (perkhidmatan, perniagaan, dan perindustrian),kawasan pengaruhbandar, perkembangan bandar (guna tanah, prasarana, dan kemudahan sosial) dan impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal

Menjelaskan dapatan kajian di sebuah kawasan luar bandar yang meliputi: Interaksi desa bandar (pemasaran, penggunaan perkhidmatan, dan pengangkutan), pemodenan desa (perubahan guna tanah, prasarana, dan kemudahan sosial) dan impak transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal

SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

SUBTOPIK HURAIAN15.1 Prosedur melaksanakan kajian luar/lapangan

Memahami prinsip dan kaedah melaksanakan kajian luar/lapangan .

15.2 Tema dan skop kajian. Menjelaskan tema dan skop kajian luar/lapangan15.2 Kajian luar pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

Menyediakan laporan dan membincangkan setiap aktiviti ekonomi yang dikaji secara kajian luar daripada segi; ciri, faktor, kepentingan, kesan ke atas alam sekitar dan langkah mengatasinya.

15.3 Kajian luar transformasi desa dan pembandaran.

Menjelaskan kepelbagaian fungsi desa dan bandar, perkembangan, pemodenan dan kesan terhadap alam sekitar.

6.1 PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN LUAR

Pengenalan

1. Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam Geografi kertas 2 STPM. Kajian luar ini bertujuan untuk membolehkan teori yang dipelajari di dalam bilik darjah dimantapkan lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan.

2. Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar meliputi beberapa perkara iaitu; Menentukan tajuk/isu kajian, pemilihan kawasan, membuat tinjauan, menentukan kaedah

Page 182: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

kajian, menyediakan peralatan dan bahan kajian,menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian, persiapan logistik, menjalankan kajian di lapangan, memproses dan menganalisis data, dan menyediakan laporan.

Langkah-langkah menjalankan kajian luar

Menentukan tajuk/isu kajian

Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilih seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Kajian luar Alam Sekitar Manusia berdasarkan kepada dua tema iaitu pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar tempatan serta transformasi desa dan pembandaran

Pemilihan lokasi kawasan

1. Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Pada amnya pemilihan kawasan kajian mestilah memenuhi syarat berikut

(a) Berskala mikro – seperti di sebuah kampung, sebuah estet, sebuah rancangan FELDA, sebuah kawasan pertanian,perikanan, perindustrian, sebuah pekan atau sebuah bandar kecil. Paling luas kawasan kajian yang boleh diterima ialah di sebuah daerah kecil.

(b) Bersifat spesifik dan in-situ – khusus di kawasan yang dikaji sahaja. Bagi setiap satu tajuk yang dipilih, lokasi kajian luar memadai dengan hanya sebuah kawasan sahaja.

2. Lokasi kawasan kajian yang dipilih hendaklah dirujuk pada peta kawasan berkenaan dan menepati objektif kajian luar yang didasarkan kepada perkara berikut.

(e) unsur fizikal dan manusia yang terdapat di kawasan tersebut(f) faktor jarak, kos dan masa(g) aspek keselamatan(h) keluasan kawasan kajian

(a) Merangkumi unsur fizikal dan manusia

Kawasan kajian yang dipilih hendaklah merangkumi unsur fizikal dan manusia. Ini bagi membolehkan pelajar menjalankan kajian yang merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan manusia serentak. Tajuk kajian yang dipilih hendaklah merangkumi tajuk-tajuk yang telah dipelajari di bilik darjah. Contohnya, pelajar tingkatan enam rendah boleh menjalankan kajian luar tentang geomorfologi dan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

(b) Faktor jarak, kos dan masa

Faktor jarak, kos dan masa hendaklah juga diambil kira dalam menentukan pemilihan kawasan kajian. Sekiranya unsur yang hendak dikaji terdapat di

Page 183: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

kawasan persekitaran sekolah memadai sekiranya kajian itu dijalankan di kawasan tersebut. Seboleh mungkin kawasan kajian hendaklah tidak terlalu jauh dari sekolah yang melibatkan perjalanan masa yang lama serta kos pengangkutan yang tinggi. Jarak kawasan kajian yang dipilih sebaik-baiknya tidak melebihi 2 jam perjalanan dengan bas.

(c) Aspek keselamatan

Dalam menentukan pemilihan kawasan kajian aspek utama yang perlu ditegaskan ialah keselamatan. Keselamatan ini meliputi keselamatan dalam perjalanan, kawasan kajian yang dipilih hendaklah bebas dari sebarang ancaman seperti arus sungai yang deras, cerun curam, haiwan buas, kawasan berisiko tinggi dan kawasan larangan.

(d) Keluasan kawasan kajian

Keluasan kawasan kajian yang dipilih hendaklah bersifat mikro yang mempunyai kedua-dua unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Contohnya, kajian di sebuah kampung, kawasan pertanian, perikanan, perindustrian, pelancongan, sebuah pekan atau sebuah bandar kecil, daerah kecil, estet, serta rancangan FELDA atau FELCRA. Kawasan yang dipilih seeloknya hendaklah mempunyai beberapa ciri fizikal yang boleh dikaji seperti sungai, cerun, pantai, hutan, bukit, paya, tasik dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

Menjalankan tinjauan

Sebelum menjalankan kajian luar guru hendaklah terlebih dahulu membuat tinjauan awal ke kawasan yang hendak dikaji. Tujuannya untuk melihat kesesuaian kawasan kajian dengan objektif kajian yang hendak dijalankan, menentukan faktor keselamatan, jarak dan kos perjalanan.

Menentukan kaedah kajian

Di lapangan, data atau maklumat primer diperolehi melalui kaedah pemerhatian, pencerapan, pengukuran, senarai semak, temu bual dan kaji selidik. Manakala data/maklumat sekunder boleh diperolehi melalui kajian di perpustakaan, sumber internet, penelitian rekod dan statistik serta laporan yang sedia ada yang berkaitan di kawasan kajian. Misalnya laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, dan agensi awam lain dan swasta.

Memperolehi maklumat Primer dan Sekunder

Page 184: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1. Maklumat primer boleh diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temubual responden menggunakan soalselidik atau tanpa soalselidik, rekod melalui gambar foto atau video. Melalui pemerhatian, pelajar perlu ada buku catatan untuk mencatat apa yang perlu. Soalselidik perlu disediakan sebelum ke lapangan dan dibawa secukupnya untuk menemubual sebilangan responden yang munasabah (30 hingga 40 orang).

2. Soalselidik perlu mengandungi soalan-soalan yang memberi jawapan kepada tujuan kajian yang telah ditentukan. Tidak perlu panjang, tetapi jangan terlalu ringkas hingga tidak menjawab soalan kajian. Temubual tanpa soalselidik boleh juga dilakukan, tetapi pelajar mesti menyediakan soalan secara ringkas sebagai panduan menemubual responden. Soalan dan jawapan responden penting untuk di analisis.

3. Carian data dan maklumat sekunder ( misalnya dari jabatan kerajaan setempat dan agensi yang berkaitan) mestilah mendapat pertolongan guru mata pelajaran geografi, supaya sebelum ke lapangan atau ke kawasan berkenaan, pelajar sudah tahu sedikit tentang latar belakang kawasan kajian.

4 Pengentahuan sedia ada tentang penduduk, keluasan kawasan, letakan kawasan, (melalui peta lakar), ciri kegiatan ekonomi yang terdapat dan juga latar belakang fizikal seperti keadaan bentuk muka bumi/topografi, ciri iklim dan cuaca dan sebagainya perlu diketahui sebelum ke lapangan.

Menyediakan peralatan dan bahan kajian

1. Peralatan dan bahan kajian yang diperlukan mestilah disediakan lebih awal. Peralatan ini mestilah disediakan oleh guru dan pelajar sebelum menjalankan kajian luar. Peralatan yang akan digunakan hendaklah:

(a) mencukupi dan lengkap serta menepati tujuan kajian (b) berfungsi dengan baik

(c) diperkenal dan didedahkan penggunaannya kepada pelajar

2. Bagi kertas alam sekitar manusia kebanyakan instrumen yang diperlukan adalah berbentuk borang soal-selidik dan borang temu bual. Borang soal selidik dan borang temu bual berhubung dengan tajuk kajian hendaklah disediakan oleh guru bersama pelajar semasa merancang kajian luar. Antara item yang pelu disediakan dalam borang soal-selidik ialah:

a. Pengenalan diri dan tujuan kajianb. Arahan soal selidikc. Setiap borang soal selidik diberi nombor sirid. Setiap soalan diberi nombor e. Soalan boleh dalam bentuk terbuka dan tertutup f. Soalan boleh juga menggunakan skala yang sesuai

Page 185: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

g. Latar belakang responden (seperti umur, jantina, kaum, pekerjaan, pendapatan, saiz isi rumah, dan tempat tinggal)

h. Isu-isu kajian (seperti interaksi desa bandar dan pembandaran: tempat pemasaran barangan, migrasi, dan tempat mendapatkan barangan dan perkhidmatan; impak alam sekitar: persepsi tentang masalah alam sekitar, langkah-langkah mengurangkan masalah alam sekitar)

i. Soalan hendaklah ringkas, jelas dan elakkan daripada isu sensitif j. Bilangan soalan hendaklah tidak melebihi 15 soalan.k. Menuliskan ‘Terima kasih’ pada muka surat akhir borang soal

selidik

3. Panduan menyediakan bahan temu bual adalah seperti berikut:

(i) Buku catatan temu bual(ii) Alat perakam (jika ada/perlu)(iii) Catatan yang mengandungi soalan temu bual berasaskan isu-isu kajian

seperti kaitan antara pembangunan dengan sumber di kawasan kajian, kesan kepada kehidupan penduduk di kawasan kajian, kesan kepada alam sekitar.

4. Selain itu, kajian luar juga boleh menggunakan peralatan berikut.

(i) Kompas prismatik – digunakan untuk menentukan kedudukan dan arah kawasan/point yang dikaji.

(ii) Peta kawasan – digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar sesuatu kawasan kajian.

(iii) Kamera – digunakan untuk merakam gambar sebagai bukti tempat itu dan bahan sokongan kajian.

(iv) Borang soal-selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian.

(v) Alat GPS (Global Positioning System) – digunakan untuk menentukan letakan, ketinggian, dan arah

(vi) Alat perakam suara

(vii) Alat tulis – digunakan untuk merekodkan setiap pemerhatian, soal selidik, temu bual atau pengukuran yang dibuat di lapangan.

Menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian

Kajian luar boleh dijalankan pada waktu persekolahan, pada cuti hujung minggu atau pada cuti penggal persekolahan. Kajian luar bagi pelajar tingkatan enam hendaklah dijalankan selepas mempelajari topik kegiatan ekonomi dan impak alam sekitar. Ia hendaklah dijalankan selewat-lewatnya pada bulan Julai. Kajian luar hendaklah diselesaikan pada hari yang sama.

Langkah-Langkah menjalankan kajian luar

1. Persiapan logistik. Sebelum ke lapangan guru membuat persiapan awal seperti:

Page 186: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(i) Menentukan sistem atau tema kajian, memilih lokasi kajian dan melakukan tinjauan awal

(ii) Pemilihan tajuk mengikut kumpulan pelajar. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berlainan supaya semua tajuk dapat dikaji secara kajian luar.

(iii) Pengurusan surat menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

(iv) Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi.

(v) Penyediaan pengangkutan dan guru pengiring,

(vi) Persediaan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal selidik.

(vii) Taklimat kepada pelajar yang meliputi; tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian,

2. Menjalankan aktiviti . Semasa di lapangan pelajar menjalankan pemerhatian, pencerapan, dan pengukuran terhadap perkara berikut:

Ciri alam sekitar fizikal dan ciri alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian.

Punca yang menyebabkan impak alam sekitar sama ada proses fizikal atau aktiviti manusia atau kedua-duanya.

Impak alam sekitar yang dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan kehidupan manusia.

Langkah yang telah diambil untuk mengurangkan impak alam sekitar.

Faktor yang mempengaruhi proses fizikal dan aktiviti manusia.

Kepentingan bentuk muka bumi, fenomena cuaca, dan aktiviti manusia

Kepentingan aktiviti ekonomi kepada penduduk sekitar.

Ciri-ciri aktiviti ekonomi, perkembangan dan masalah semasa yang dihadapi.

3. Jika pelajar menalankan kaji selidik maka ia perlu menyoal selidik responden sebagai sampel dengan menggunakan borang soal selidik. Kaedah pemilihan sampel adalah seperti berikut:

Sampel boleh dipilih secara rawak atau sistematik daripada populasi di kawasan kajian.

Saiz sampel antara 30 hingga 40 responden.

4. Aktiviti bilik darjah atau kerja makmal. Sekembali dari lapangan pelajar perlu melakukan perkara-perkara berikut:

(i) Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari sesuatu tajuk.

Page 187: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(ii) Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh.

(iii) Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana item yang relevan dan sesuai.

(iv) Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

(v) Merumus dan mempersembahkan hasil kajian. Setiap kumpulan mestilah membentangkan hasil kajian masing-masing.

Menyediakan laporan mengikut format berikut:

Kajian lapangan dilakukan secara berkumpulan tetapi laporannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu satu laporan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali daripada kerja di lapangan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut.

(a) Pengenalan – Tajuk kajian iaitu penyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Tujuan kajian – penyataan tentang objektif kajian dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah dipilih.

(c) Lokasi kajian – huraian ringkas tentang ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian dijalankan.

(d) Kaedah kajian – huraian tentang cara kajian dilakukan: pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu bual, dan pemerhatian

(e) Hasil kajian dan perbincangan – huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf dan peta.

(f) Penutup – rumusan kajian.

Membentangkan laporan mengikut kumpulan di dalam kelas.

Setelah kembali dari lapangan dan setelah siap menyediakan laporan, pelajar akan membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing di dalam kelas.

Mempamerkan laporan di dalam kelas

Guru akan mempamerkan laporan kajian luar tersebut di dalam kelas sebagai rujukan bagi kumpulan yang lain.

Menyimpan laporan kajian luar di Pusat Sumber

Page 188: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Semua laporan kajian luar bagi setiap kumpulan dibukukan dan disimpan di Pusat Sumber. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat rujukan.

6.2 TEMA DAN SKOP KAJIAN LUAR GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

1. Kajian luar alam sekitar manusia dikhususkan kepada dua tema utama sahaja iaitu,

(a) Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar tempatan

(b) Transformasi desa dan pembandaran.

2. Pemilihan kedua-dua tema ini dibuat setelah mengambil kira masa, kos, logistik, dan kesesuaian tema dengan keupayaan dan keperluan pelajar tingkatan enam.

3. Kajian luar berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar dilakukanterhadap salah satu aktiviti ekonomi berikut:

(i) Pertanian

(ii) Penternakan

(iii) Perikanan

(iv) Pembalakan

(v) Perlombongan dan kuari

(vi) Perindustrian

(vii) Pengangkutan

(viii) Pelancongan (ix) Perniagaan

4. Tumpuan dan skop kajian bagi setiap aktiviti ekonomi di atas meliputi perkara berikut:

(i) Ciri aktiviti ekonomi dalam kawasan yang dipilih (ii) Faktor mempengaruhi letakan dan perkembangan (iii) Kepentingan aktiviti tersebut kepada penduduk dan ekonomi setempat (iv) Impak alam sekitar yang ditimbulkan oleh aktiviti ekonomi yang dikaji (v) Langkah pengurusan alam sekitar

5. Kajian luar berkaitan dengan transformasi desa dan pembandaran boleh dijalankan terhadap

(a) Sebuah bandar kecil (anggaran saiz penduduk 10 000 orang) atau pekan yang meliputi perkara berikut.

Page 189: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

(i) Kepelbagaian fungsi bandar (perkhidmatan, perniagaan, dan perindustrian)

(ii) Kawasan pengaruh bandar (iii) Perkembangan bandar (guna tanah, prasarana, dan kemudahan sosial)(iv) Impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal

ATAU

(b) Sebuah kawasan luar bandar yang meliputi perkara berikut

(i) Kepelbagaian aktiviti ekonomi desa yang dipilih,(ii) Interaksi desa bandar (pemasaran, penggunaan perkhidmatan, dan

pengangkutan)(iii) Pemodenan desa (perubahan guna tanah, prasarana, dan kemudahan

sosial)(iv) Impak transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal

Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

a ) Pertanian

Pilih satu kawasan kecil (misalnya: rancangan Felda/Felcra/Risda, sebuah perkampungan atau mukim atau sub-daerah atau daerah kecil. Kawasan yang dipilih mestilah dinamakan secara spesifik dan lengkap. Kawasan kebun kecil atau estet getah, kelapa sawit, koko, lada hitam, padi, nenas, pisang, sayur-sayuran, buah-buahan sesuai dipilih terutama yang berdekatan dengan sekolah atau tempat kediaman pelajar. Dalam jawapan, nama kawasan dan jenis tanaman mesti disebut.

Dimensi kajian di lapangan.

1. Semasa berada dilapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pertanian berikut mestilah dikumpul khususnya melalui pemerhatian dan pencerapan, temubual serta soal selidik. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti pertanian seperti; Jenis pertanian yang dijalankan, taburannya (berpusat, berkelompok atau berselerak), skala operasi (besar atau kecil), pemilikan (individu, swasta, kerajaan), orientasi pengeluarannya, penggunaan modal (sendiri atau pinjaman), penggunaan tenaga buruh dan juga ciri teknologi yang digunakan.

Page 190: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti pertanian yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti bentuk muka bumi dan topografi sekitar serta faktor saliran khususnya sungai. Faktor kemanusiaan pula adalah seperti adanya kemudahan asas yang cukup, penawaran tenaga buruh dari penduduk sekitar, keupayaan modal, teknologi, adanya jaringan pengangkutan dan perhubungan dan lain-lain lagi.

iii) Kepentingan aktiviti pertanian kepada penduduk dan ekonomi setempat. Kepentingan aktiviti pertanian kepada penduduk dan ekonomi sekitar mestilah dikaji dengan teliti. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat, memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan dan mungkin juga menjadi asas kepada pembangunan infrastruktur dan petempatan.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pertanian. Misalnya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran air serta kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan tanih tandus, banjir dan ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan. Kesemua kesan ini mestilah diteliti dan boleh dibuktikan kewujudannya.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual pihak pengurusan ladang, pekerja ladang atau petani/pesawah. Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

b) Penternakan

Di Malaysia ternakan yang diusahakan secara komersil terdiri daripada lembu, kerbau, kambing, biri-biri, rusa, burung unta, ayam, itik, arnab, burung puyuh, dan khinzir. Mungkin tidak sukar untuk mencari kawasan ternakan komersil di sekitar atau tidak jauh dari sekolah atau tempat kediaman pelajar. Penternakan dijalankan oleh syarikat-syarikat swasta atau pun oleh individu yang mengusahakan secara sendiri atau mendapat bantuan dari pihak kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kaji kawasan, tempat atau perusahaan sedemikian. Namakan kawasan penternakan dan jenis ternakan yang dikaji secara spesifik seperti di kawasan estet atau kebun kecil kelapa sawit, atau mana-mana kawasan yang ada ternakan komersil

Dimensi kajian di lapangan.

1. Kajian boleh difokuskan kepada beberapa aspek penternakan: Misalnya ciri-ciri penternakan seperti jenis ternakan yang dijalankan, saiz ladang ternakan (bilangan haiwan), operasi pengeluaran, sumber modal, penggunaan teknologi dan sebagainya.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penternakan di kawasan itu yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan seperti bentuk muka bumi/topografi sekitar,

Page 191: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

punca/sumber air, bekalan buruh/pekerja, kemudahan pengangkutan, pemasaran dan pemprosesan hasil ternakan.

3. Kepentingan aktiviti penternakan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat serta memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan

4 Kesan aktiviti penternakan terhadap alam sekitar fizikal seperti pencemaran air dan bau busuk pandangan masyarakat tempatan terhadap penternakan itu, langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang diambil oleh masyarakat dan pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kesan alam sekitar tersebut.

c) Perikanan

1. Aktiviti perikanan terbahagi kepada dua, iaitu perikanan marin/laut dan perikanan air tawar atau akuakultur. Kawasan perikanan marin/laut banyak terdapat di sepanjang pantai/pinggir laut negara Malaysia. Untuk memilih salah satu kawasan atau perkampungan nelayan sebagai kawasan kajian tidak sukar. Banyak yang terkenal seperti Sedili, Pantai Remis, Pulau Ketam, Kuala Kemaman, dan sebagainya. Kawasan perikanan yang spesifik inilah perlu dikaji secara mendalam oleh pelajar.

2. Perikanan pinggir pantai dan juga laut dalam giat diusahakan oleh para nelayan serta syarikat-syarikat tertentu yang berpengkalan di tempat-tempat tersebut. Perikanan air tawar atau akuakultur pula sedang dimajukan dengan galakan serta bantuan kerajaan. Akuakultur dijalankan oleh individu secara kecilan dan syarikat secara besar-besaran di kawasan pinggir pantai yang berpaya bakau, kawasan-kawasan pedalaman berpaya atau lembah sungai serta di sungai-sungai tertentu. (Sila namakan secara spesifik kawasan yang dipilih oleh pelajar untuk dikaji secara khusus).

Dimensi kajian di lapangan.

1. Kajian boleh difokuskan kepada beberapa aspek perikanan: Misalnya ciri-ciri perikanan seperti jenis perikanan yang dijalankan (pinggir pantai, laut dalam atau akuakultur), skala operasi pengeluaran (kecil atau besar) sumber modal, penggunaan teknologi dan sebagainya.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan aktiviti perikanan di kawasan itu yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan seperti bentuk muka bumi/topografi sekitar, bekalan buruh/pekerja, kemudahan pengangkutan, pemasaran dan pemprosesan hasil perikanan.

Page 192: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Kepentingan aktiviti perikanan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat serta memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan termasuk industri hiliran.

4 Kesan aktiviti perikanan terhadap alam sekitar fizikal seperti pencemaran air dan bau kepupusan sumber termasuk langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang diambil oleh nelayan/pengusaha dan pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kesan alam sekitar tersebut.

d) Pembalakan

1. Pembalakan biasanya dijalankan di kawasan/daerah pedalaman yang ada sumber hutan seperti Lipis, Jerantut, Rompin, Maran, Temerloh, Kubang Pasu, Gerik, Gua Musang, Hulu Terengganu/Besut/Dungun/Kemaman, Hulu Langat, Hulu Selangor, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Segamat, Keluang, Batang Padang dan daerah-daerah di pedalaman Sabah dan Sarawak.

2. Di dalam daerah-daerah berkenaan, pembalakan diusahakan di lokasi-lokasi atau tempat-tempat tertentu sahaja. Nama lokasi atau tempat itu penting disebut kerana pembalakan berlaku bukan di seluruh daerah itu. Justeru itu kawasan pembalakan mestilah dinamakan secara khusus.

3. Kajian luar di tempat pembalakan sukar dilakukan oleh pelajar kerana mungkin terlalu jauh di pedalaman, atau kerana merbahaya dari segi perjalanan dan operasi di situ, atau mungkin tidak dibenarkan masuk. Akan tetapi kajian masih boleh dilakukan di tempat-tempat tertentu yang berkaitan dengan pembalakan, iaitu di pos-pos renjer hutan yang memeriksa lori-lori balak, di kilang-kilang papan yang agak besar biasanya terletak berdekatan dengan kawasan pembalakan, atau di syarikat-syarikat pembalakan yang ada di bandar atau di pekan berdekatan.

Dimensi kajian di lapangan.

1. Kajian boleh difokuskan kepada beberapa aspek pembalakan: Misalnya jenis pokok yang dibalak, keluasan kawasan yang terlibat, skala operasi pengeluaran (kecil atau besar) sumber modal, penggunaan teknologi dan sebagainya.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti pembalakan di kawasan itu yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan seperti bentuk muka bumi/topografi sekitar, kebenaran/lesen membalak, konsesi yang diberikan, bekalan buruh/pekerja, kemudahan pengangkutan, pemasaran dan pemprosesan hasil kayu balak.

Page 193: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Kepentingan aktiviti pembalakan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat serta memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan termasuk industri hiliran.

4. Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pembalakan. Misalnya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air serta kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan tanih tandus, banjir dan ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan. Kesemua kesan ini mestilah diteliti dan boleh dibuktikan kewujudannya.

5. Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual pihak pengurusan konsesi balak, jabatan perhutanan dan sebagainya Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

e) Perlombongan

Di Malaysia, kajian luar terhadap aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli sukar dilakukan kerana lokasi perlombongan ini terletak di laut. Oleh sebab itu kajian luar boleh dilakukan terhadap aktiviti perlombongan di daratan seperti perlombongan kuari dan pecah batu, perlombongan bijih timah (kawasan bekas lombong bijih timah), perlombongan emas, arang batu, tembaga dan sebagainya yang masih ada dan bersesuaian dengan kawasan setempat yang dikaji. Kawasan perlombongan yang dipilih mestilah dinyatakan secara spesifik.

Dimensi kajian di lapangan.

1. Semasa berada dilapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti perlombongan berikut mestilah dikumpul khususnya melalui pemerhatian dan pencerapan. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti perlombongan seperti; Jenis perlombongan yang dijalankan, taburannya (berpusat, berkelompok atau berselerak), skala operasi (besar atau kecil), pemilikan (individu, swasta, kerajaan), orientasi pengeluarannya, penggunaan modal (pelaburan asing atau tempatan), penggunaan tenaga buruh dan juga ciri teknologi yang digunakan.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti perlombongan yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti adanya sumber mineral, bentuk muka bumi dan topografi sekitar, jenis geologi yang ada dan juga faktor saliran khususnya sungai. Faktor kemanusiaan pula adalah seperti adanya kemudahan asas yang cukup, penawaran tenaga buruh

Page 194: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

dari penduduk sekitar, kemudahan pembandaran yang berdekatan, keupayaan modal, teknologi, adanya jaringan pengangkutan dan perhubungan dan lain-lain lagi.

iii) Kepentingan aktiviti perlombongan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Kepentingan aktiviti perlombongan kepada penduduk dan ekonomi sekitar mestilah dikaji dengan teliti. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat, memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan dan mungkin juga menjadi asas kepada pembangunan infrastruktur dan petempatan seperti pembangunan bandar.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti perlombongan. Misalnya; kemerosotan dan kepupusan sumber mineral, pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran air serta kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan tanih tandus, banjir dan ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan. Kesemua kesan ini mestilah diteliti dan boleh dibuktikan kewujudannya.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual pihak pengurusan dan pekerja yang terlibat dengan sektor perlombongan berkenaan. Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Sebagai contoh jika kajian dilakukan di kawasan perlombongan bijih timah pelajar boleh mencadangkan langkah untuk meningkatkan kebergunaan kawasan lombong dengan cara menebusguna untuk dijadikan kawasan pertanian, kolam akuakultur atau dibangunkan sebagai kawasan pelancongan setempat.

f) Perindustrian

1. Kajian luar terhadap aktiviti perindustrian boleh dilakukan terhadap industri primer dan juga sekunder. Industri primer meliputi kilang memproses seperti kilang memproses getah dan kelapa sawit, kayu balak, memproses hasil perikanan dan perlombongan serta industri petrokimia. Industri sekunder pula terdiri daripada pelbagai jenis industri pembuatan, pemasangan dan juga industri elektrik dan elektronik.

2. Di kawasan-kawasan tertentu industri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh dikaji secara kajian luar. Apa yang penting kawasan industri yang dipilih mestilah dinamakan secara khusus dan tidak boleh terlalu luas seperti di sebuah negeri atau negara yang

Page 195: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

mencerminkan ketidakmampuan pelajar mengkajinya secara kajian luar. Untuk menjimatkan kos dan masa pelajar boleh mengkaji kawasan industri yang berdekatan dengan tempat kediaman atau sekolah masing-masing.

Dimensi kajian di lapangan.

Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti perindustrian berikut mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti perindustrian seperti; Jenis industri yang dijalankan (nyatakan samada kilang memproses, pembuatan,pemasangan dan lain-lain), lokasi dan taburannya (di kawasan sumber, di bandar, pinggir bandar, di kawasan FTZ dll), skala operasi (besar atau kecil), pemilikan (individu, swasta, agensi kerajaan), orientasi pengeluarannya, penggunaan modal (pelaburan asing atau tempatan), penggunaan tenaga buruh (berintensif buruh), penggunaan sumber bahan mentah dan sumber kuasa serta ciri teknologi yang digunakan (industri giat jentera yang kurang bergantung kepada tenaga buruh). Setiap ciri di atas mestilah dikenalpasti oleh pelajar semasa berada di lapangan.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti perindustrian yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti adanya sumber bahan mentah dan sumber kuasa, bentuk muka bumi dan topografi sekitar yang menjadi tapakbina kilang ( seperti kawasan yang selamat dari banjir). Faktor kemanusiaan pula adalah seperti adanya kemudahan asas yang cukup, polisi governan mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTZ), penawaran tenaga buruh dari penduduk sekitar, kemudahan pembandaran yang berdekatan, keupayaan modal, teknologi, adanya jaringan pengangkutan dan perhubungan dan lain-lain lagi. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti perindustrian kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik atau kaedah temubual. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat, peningkatan kuasa beli dan saiz pasaran, peningkatan jumlah penduduk akibat migrasi masuk, memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan samada di peringkat huluan dan hiliran, meningkatkan pembangunan infrastruktur khususnya jaringan pengangkutan dan perhubungan, pembangunan petempatan dan bandar, pusat-pusat perkhidmatan penduduk dan sebagainya.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti perindustrian. Impak alam sekitar boleh dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan juga kehidupan manusia. Kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal termasuklah kemerosotan dan kepupusan sumber alam, pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan bau, pencemaran sisa toksid yang berbahaya serta kemerosotan kualiti alam sekitar seperti peningkatan suhu sekitar (pemanasan setempat) dan kemusnahan ekosistem akuatik. Impak

Page 196: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

sosial pula termasuklah menjejaskan kesihatan penduduk akibat pencemaran udara dan air, gangguan bunyi bising, gangguan kepada aktiviti sosial dan ekonomi yang lain. Item impak ini mestilah dikaji dengan teliti dan boleh dibuktikan secara lokaliti.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual pihak pengurusan dan pekerja kilang. Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Apa yang penting setiap langkah yang dicadangkan mestilah logik, relevan dan sesuai dengan persekitaran yang dikaji.

g) Pengangkutan

1. Kajian luar terhadap aktiviti pengangkutan boleh dilakukan terhadap jenis dan rangkaian pengangkutan. Misalnya pengangkutan darat (keretapi, bas, teksi, LRT, ERL, Komuter), pengangkutan air (kapal, feri, bot) dan pengangkutan udara (kapalterbang). Justeru itu kawasan kajian boleh terdiri daripada sebuah stesyen (misalnya stesyen keretapi, bas, teksi, LRT, ERL, Komuter) atau sebuah pelabuhan/pengkalan dan juga sebuah lapangan terbang.

2. Selain itu kajian juga boleh dilakukan terhadap jaringan pengangkutan seperti lebuh raya dan jalan raya, laluan keretapi, LRT, ERL, Komuter dan sebagainya yang bersesuaian dengan objektif kajian pelajar.

Dimensi kajian di lapangan.

Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pengangkutan berikut mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti pengangkutan seperti; Jenis pengangkutan yang dijalankan (keretapi, Komuter, LRT, ERL, Bas, Teksi, Feri, Kapalterbang dan lain-lain), jaringan pengangkutan – lebuh raya, jalan raya, jalan keretapi dan sebagainya (dari mana dan ke mana), skala operasi (besar atau kecil), mod dan isipadu pengangkutan mengikut masa, ciri pemilikan (individu, swasta, agensi kerajaan), penggunaan modal (pelaburan asing atau tempatan), penggunaan tenaga buruh (berintensif buruh), penggunaan sumber kuasa serta ciri teknologi yang digunakan. Setiap ciri di atas mestilah dikenalpasti oleh pelajar semasa berada di lapangan.

Page 197: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti pengangkutan yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti bentuk muka bumi dan topografi sekitar yang menjadi tapakbina jaringan pengangkutan ( kawasan tanah rata, lereng bukit, tanah tinggi, kawasan yang selamat dari banjir dan sebagainya). Faktor kemanusiaan pula adalah seperti polisi governan untuk mengurangkan kesesakan, mempercepatkan pembangunan di sesebuah kawasan, meningkatkan ketersampaian serta mempercepatkan perjalanan. Selain itu untuk memenuhi permintaan dari pengguna yang tinggi, faktor keupayaan modal, teknologi, dan lain-lain lagi. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti pengangkutan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik atau kaedah temubual. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk setempat seperti di plaza tol, mengatasi kesesakan, meningkatkan ketersampaian, mempercepatkan masa perjalanan, menjana pembangunan ekonomi setempat (nyatakan jenis kegiatan ekonomi yang berkembang misalnya perniagaan makanan, kraf tangan, buahan dll), mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi, mendorong kepada pembangunan infrastruktur yang lain seperti kemudahan perhubungan, pembangunan petempatan dan bandar dan lain-lain lagi. Kesemua item di atas mestilah dibuktikan secara lokaliti.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pengangkutan. Impak alam sekitar boleh dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan juga kehidupan manusia. Kesan terhadap alam sekitar fizikal termasuklah perubahan landskap fizikal seperti landskap fizikal bandar akibat pembinaan laluan LRT, kesan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan bunyi, kemerosotan kualiti alam sekitar seperti peningkatan suhu sekitar (pemanasan setempat). Jika sistem lebuh raya dikaji mungkin terdapat kesan-kesan seperti hakisan tanih, tanah runtuh/tanah mendap. Impak sosial pula termasuklah menjejaskan kesihatan penduduk akibat pencemaran udara, gangguan bunyi bising serta resiko kemalangan. Item impak ini juga mestilah dikaji dengan teliti dan boleh dibuktikan secara lokaliti.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual pihak berkuasa tempatan, pengurusan dan pekerja. . Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Apa yang penting setiap langkah yang dicadangkan mestilah logik, relevan dan sesuai dengan persekitaran yang dikaji.

h) Pelancongan.

Page 198: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

1. Kajian luar terhadap aktiviti pelancongan boleh dilakukan di sebuah kawasan yang kecil seperti sebuah pulau, kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, kawasan hutan lipur, kawasan jeram dan air terjun atau mana-mana sebuah kawasan yang sesuai yang mampu dikaji secara kajian luar.

2. Untuk menjimatkan kos dan masa, pelajar boleh mengkaji kawasan pelancongan yang berdekatan dengan tempat kediaman, sekolah atau daerah masing-masing. Namun begitu lokasi kajian luar boleh melampaui sempadan daerah atau negeri bergantung kepada kebijaksanaan guru yang mengendalikannya. Sebagai contoh lokasi kajian luar boleh diselaraskan dengan destinasi program lawatan sambil belajar yang seringkali diadakan oleh pihak sekolah.

Dimensi kajian di lapangan.

Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pelancongan berikut mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti pelancongan seperti; Jenis aktiviti pelancongan yang dijalankan (nyatakan samada pelancongan pantai, air, tanah tinggi, hutan lipur dll), ciri lokasi dan daya tarikan pelancongan yang terdapat (ciri fizikal dan buatan manusia), produk pelancongan yang disediakan, skala operasi (besar atau kecil), pemilikan (individu, swasta, agensi kerajaan), penggunaan modal (pelaburan asing atau tempatan), penggunaan tenaga kerja dan sebagainya.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti pelancongan yang meliputi faktor tarikan fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal atau tarikan semulajadi seperti (pantai berair jernih, kewujudan batu karang dan taman-taman laut/maritim di sekitarnya. Ciri tarikan semulajadi di kawasan tanah tinggi seperti pemandangan yang cantik, suhu yang sejuk dll. Ciri tarikan hutan seperti hutan lipur dan hutan bakau. Adanya kepelbagaian jenis fauna dan flora, udara yang nyaman, segar dan lain-lain tarikan fizikal yang khusus yang ada di kawasan kajian seperti adanya gua batu kapur, jeram dan air terjun, sungai, tasik semulajadi – sila nyatakan secara terperinci) Faktor kemanusiaan pula adalah seperti adanya kemudahan asas pelancongan yang lengkap. Misalnya kemudahan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan penginapan -hotel, resort dan chalet serta kemudahan reakreasi untuk pelancong. keupayaan modal, teknologi, dan lain-lain lagi. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti pelancongan kepada penduduk dan ekonomisetempat. Antara kepentingan/sumbangan yang boleh dikaji ialah seperti menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat – mengurangkan pengganguran, meingkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk. Menggalakkan pertumbuhan/perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti perniagaan kraf tangan, perniagaan makanan, pengangkutan dan telekomunikasi Membangunkan kawasan mundur – pembangunan sumber alam lebih cepat, menukarkan struktur ekonomi setempat dan menggalakkan pertumbuhan pusat-

Page 199: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

pusat ekonomi yang baru. Sumbangan sektor pelancongan terhadap kawasan sekitar boleh diperolehi melalui aktiviti pemerhatian, temubual dan kaji selidik.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pelancongan. Impak alam sekitar boleh dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan juga kehidupan manusia. Kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal termasuklah kesan hakisan di kawasan tanah tinggi dan pantai akibat pembinaan hotel, resort, padang golf, jalan pengangkutan dll . Kesan pencemaran air – seperti air laut, sungai dan tasik akibat penyaliran sisa kumbahan dari hotel dan resort atau sisa makanan dari restoran dan gerai.Gangguan kepada ekosistem daratan akibat pemusnahan hutan untuk dibina hotel/resort dan padang golf serta ekosistem akuatik kesan pencemaran air laut, sungai dan tasik. Kesan pencemaran persekitaran seperti sampah sarap, sisa makanan di kawasan perkelahan pantai dan hutan lipur yang membawa kepada pencemaran bau. Kesan perubahan iklim mikro khususnya suhu di kawasan tanah tinggi. Fenomena pemanasan setempat. Kawasan tanah tinggi tidak sesejuk sebelumnya akibat pemusnahan hutan secara berleluasa untuk dibina pusat-pusat pelancongan. Selain itu masalah pencemaran budaya setempat juga boleh dikenalpasti melalui pemerhatian dalam kajian luar ini. Misalnya penyerapan budaya kuning /budaya barat terhadap sosio-budaya tempatan yang mengubah cara berpakaian dan pergaulan penduduk setempat.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual para pelancong tempatan dan luar negara. Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Apa yang penting setiap langkah yang dicadangkan mestilah logik, relevan dan sesuai dengan persekitaran yang dikaji.

i) Perniagaan

Kajian luar terhadap aktiviti perniagaan boleh dilakukan terhadap sebuah kawasan yang kecil dan khusus sifatnya di sebuah pekan, sebuah bandar kecil atau sebuah kawasan perniagaan tertentu di sebuah bandar besar Untuk menjimatkan kos dan masa pelajar boleh mengkaji kawasan perniagaan di pekan atau bandar yang berdekatan dengan tempat kediaman atau daerah masing-masing.

Dimensi kajian di lapangan.

Page 200: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti perniagaan berikut mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti perniagaan seperti; Jenis perniagaan yang dijalankan ( Perniagaan borong, runcit, perniagaan makanan, perniagaan perkhidmatan dsb).

Skala operasi perniagaan: (skala kecil, sederhana atau besar-besaran). Pemilikan dan pengurusan (individu, keluarga atau syarikat/usahsama). Ciri modal yang digunakan – keupayaan modal kecil atau besar, modal sendiri atau pinjaman bank, dana kerajaan misalnya di bawah skim kredit mikro dll. Ciri buruh/pekerja – penggunaan tenaga buruh/tenaga kerja asing atau tempatan, terlatih atau tidak terlatih, kontrak atau tetap, gaji/upah buruh dll. Orientasi pasaran – kepada penduduk sekitar atau luar kawasan/luar bandar, ke bandar lain, daerah lain dsb. Penggunaan bahan mentah/barangan perniagaan – dari kawasan sekitar atau diambil dari luar.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti perniagaan yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti adanya sumber bahan mentah yang diniagakan, bentuk muka bumi dan topografi sekitar yang menjadi tapakbina kedai/ruang niaga ( seperti kawasan yang selamat dari banjir). Faktor kemanusiaan pula adalah seperti adanya kemudahan asas yang cukup, faktor pasaran – adanya permintaan dari penduduk sekitar, penawaran tenaga kerja, kemudahan pembandaran yang berdekatan dan juga keupayaan modal. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti periniagaan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik atau kaedah temubual. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk, peningkatan kuasa beli dan saiz pasaran setempat, memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan, meningkatkan pembangunan infrastruktur khususnya jaringan pengangkutan dan perhubungan, pembangunan petempatan dan bandar, pusat-pusat perkhidmatan penduduk dan sebagainya yang berkaitan dengan perniagaan.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti perniagaan. Impak alam sekitar boleh dikaji terhadap persekitaran sekitar fizikal dan juga kehidupan manusia. Kesan negatif terhadap persekitaran sekitar fizikal ialah pencemaran persekitaran seperti – pencemaran sampah sarap, sisa pepejal dan pencemaran bau. Pencemaran air – pencemaran sungai, longkang, parit, dan takungan air yang lain. Selain itu status kebersihan di premis-premis perniagaan juga boleh diperhatikan khususnya premis perniagaan makanan seperti gerai dan restoran. Impak ke atas manusia pula ialah menjejaskan kesihatan/menimbulkan pelbagai penyakit seperti taun, kepialu yang berpunca daripada premis perniagaan yang kotor. Item impak ini mestilah dikaji dengan teliti dan boleh dibuktikan secara lokaliti.

Page 201: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual pihak pengusaha premis perniagaan,pekerja,pelanggan dan dan juga pihak berkuasa tempatan. Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Transformasi Desa dan Pembandaran

Pengenalan

1. Secara keseluruhannya kajian luar tentang transformasi desa dan pembandaran ini telah ditetapkan supaya ditumpukan kepada dua isu. Pertama, isu transformasi desa yang meliputi perubahan berbagai-bagai aktiviti ekonomi desa, misalnya daripada pertanian dan perikanan kepada perindustrian dan perkhidmatan; interaksi desa-bandar melalui aktiviti pemasaran hasil keluaran desa dan penggunaan barangan atau perkhidmatan bandar yang berdekatan, juga melalui pengangkutan barangan, penumpang atau maklumat; dan pemodenan desa melalui pembangunan tanah, penyediaan prasarana dan kemudahan sosial; dan akhirnya impak perubahan desa tersebut terhadap alam sekitar fizikal.

2. Kedua, isu yang berkaitan dengan pembandaran. Ini meliputi perubahan berbagai-bagai fungsi dan peranan bandar misalnya daripada pertanian dan perlombongan kepada perindustrian dan perkhidmatan; perubahan kawasan pengaruh perkhidmatan bandar; perkembangan bandar seperti yang boleh diperhatikan berdasarkan perubahan guna tanah, penyediaan prasarana dan kemudahan sosial; dan akhirnya impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal.

Menentukan Tujuan/Objektif Kajian

Berdasarkan kedua-dua isu iaitu transformasi desa dan pembandaran, pelajar bolehmerangka tujuan kajian. Hal ini boleh dinyatakan, seperti berikut:

Isu Transformasi Desa:

1. Pelajar sepatutnya menentukan bahawa kajian luar ini bertujuan untuk mengesan atau mengenal pasti, menjelaskan, mengemukakan, menunjukkan bukti-bukti dsb. perubahan yang berlaku di kawasan kajian.

2. Kawasan kajian dipilih oleh pelajar dan mestilah dinyatakan dengan jelas nama dan letakannya. Skala dan unit kawasan kajian telah ditentukan dalam sukatan pelajaran

Page 202: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

iaitu sebuah kampung (desa) atau ladang, Rancangan Tanah FELDA, FELCRA, RISDA, mukim dan lazimnya tidak boleh lebih daripada sebuah daerah kecil. Ini kerana secara logistiknya, kawasan yang lebih besar memerlukan masa dan belanja yang besar untuk dikaji. Ini tidak mungkin dilakukan oleh pelajar Tingkatan Enam.

Isu Pembandaran:

1. Pelajar perlu menyatakan bahawa kajian luar ini bertujuan untuk memeriksa (atau mengenal pasti, menjelaskan, menunjukkan bukti-bukti dsb.) perubahan yang berlaku di bandar yang dikaji.

2. Kawasan kajian yang dipilih oleh pelajar mestilah dinyatakan dengan spesifik nama dan letakannya. Bagaimanapun, unit dan skala kawasan kajian telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran iaitu sebuah bandar kecil (atau pekan, pusat mukim atau daerah kecil yang penduduknya seramai kira-kira 10,000 orang.

3. Pelajar sepatutnya tidak memilih bandar yang besar (misalnya melebihi 30,000 orang) kerana bandar yang besar memerlukan masa dan perbelanjaan yang besar untuk dikaji. Ini tidak sesuai kepada pelajar Tingkatan Enam. Saiz penduduk sesebuah bandar boleh disemak berdasarkan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan. Atau boleh juga mendapatkan maklumat dengan mengunjungi pejabat Majlis Daerah di mana bandar itu terletak

Dimensi Kajian di Lapangan

1. Persoalan atau isu yang hendak dikaji selidik ialah perubahan. Bagi tema transformasi desa, perkara yang hendak dikaji adalah : “corak perubahan yang penting (signifikan) dan menarik untuk diketahui”. Jadi pelajar boleh bertanya kepada diri sendiri ‘apakah corak perubahan tersebut? (daripada segi aktiviti ekonomi, interaksi desa-bandar, pembangunan dan pemodenan guna tanah, penyediaan kemudahan prasarana dan kemudahan komuniti, juga impak persekitaran fizikal); juga bagaimanakah perubahan itu boleh berlaku dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya’.

2. Bagi tema pembandaran (bandar kecil) pula persoalan yang hendak diperiksa adalah “apakah corak pembandaran (perubahan menjadi bandar) yang telah atau sedang berlaku di bandar kecil tersebut”. Perubahan dilihat daripada segi fungsi dan peranan bandar kecil, kawasan pengaruh, perkembangan guna tanah dan impak persekitaran fizikal, yang menarik dan penting di samping itu juga apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Kaedah/Metodologi Kajian

1. Kaedah kajian melibatkan cara atau teknik yang diguna untuk mengumpul maklumat, menyusun, meringkas, menganalisis data dan melaporkan hasil kajian.

Page 203: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Berdasarkan jenis maklumat yang hendak dikumpul, maka pelajar disarankan menggunakan kaedah berkut:

Pengumpulan maklumat Primer

a) Maklumat primer boleh diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temubual responden menggunakan soalselidik atau tanpa soalselidik, rekod melalui gambar foto atau video. Melalui pemerhatian, pelajar perlu ada buku catatan untuk mencatat apa yang perlu. Soalselidik perlu disediakan sebelum ke lapangan dan dibawa secukupnya untuk menemubual sebilangan responden yang munasabah (30 hingga 40 orang).

b) Soalselidik perlu mengandungi soalan-soalan yang memberi jawapan kepada tujuan kajian yang telah ditentukan. Tidak perlu panjang, tetapi jangan terlalu ringkas hingga tidak menjawab soalan kajian. Temubual tanpa soalselidik boleh juga dilakukan, tetapi pelajar mesti menyediakan soalan secara ringkas sebagai panduan menemubual responden. Soalan dan jawapan responden penting untuk di analisis.

Pengumpulan maklumat Sekunder

a) Maklumat sekunder boleh diperolehi dari kajian di perpustakaan, sumber internet, laporan dan rekod ( misalnya dari jabatan kerajaan setempat dan agensi swasta yang berkaitan). Namun begitu ia mestilah mendapat pertolongan guru mata pelajaran geografi untuk mendapat kebenaran pegawai yang terbabit.

b) Hal ini supaya sebelum ke lapangan pelajar sudah tahu sedikit tentang latar belakang kawasan kajian. Pengentahuan sedia ada tentang penduduk, keluasan kawasan, letakan kawasan, (melalui peta lakar), ciri kegiatan ekonomi yang terdapat dan juga latar belakang fizikal seperti keadaan bentuk muka bumi/topografi, ciri iklim dan cuaca dan sebagainya perlu diketahui sebelum ke lapangan.

2. Sebelum menentukan kaedah, kita perlu mengenal pasti penunjuk atau disebut juga sebagai pemboleh ubah tentang isu yang hendak diikaji tadi. Penunjuk yang digunakan dapat membantu pelajar mengenal pasti jenis maklumat dan seterusnya data yang perlu dikumpulkan. Dalam kajian tentang transformasi desa penunjuk dan seterusnya maklumat berikut perlu dikumpulkan. Lihat jadual 1 di sebelah:

Jadual 1: Penunjuk, maklumat dan contoh data yang perlu diperolehi bagi tema transformasi desa

Penunjuk Contoh Penunjuk Maklumat yang diperlukan Contoh data

Perubahan ekonomi

Aktiviti ekonomi 1. Fungsi desa2. Pekerjaan penduduk3. Guna tanah utama

1. 40% pekebun kecil2. 30% peniaga3. 100 hektar. Kebun kecil

getah/kelapa sawitPerubahan interaksi

1. Corak pengangkutan

2. Penggunaan perkhidmatan

1. Cara ke bandar2. Tempat membeli belah3. Tempat gunakemudahan sosial

1. Naik bas/kereta2. 5 kali seminggu ke

bandar3.Tempat anak bersekolah

Page 204: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Pemodenan infrastruktur dan kemudahan sosial

1. Kemudahankesihatan2. Jalan raya3. Telekomunikasi

1. Jenis jalan raya2. Kelinik kesihatan3. Jenis telekomunikasiyang disediakan

1. 15 km Jalan berturap2. Ada Pusat kesihatan.3. Kemudahan internet.

Perubahan sosial penduduk

Peningkatan taraf hidup (pendidikan)

Pencapaian pendidikan di kalangan penduduk

80% isi rumah tamat Tingkatan 5

Perubahan persekitaran fizikal

Peningkatan kadar pencemaran

1. Pencemaran air2. Pencemaran udara

1. Contoh longkang berair yang tercemar

2. Contoh tempat berdebu

3. Manakala bagi mengkaji tema pembandaran bandar kecil pula, penunjuk dan maklumat yang berikut perlu dikumpulkan . Lihat Jadual 2 di sebelah.

Jadual 2. Penunjuk, maklumat dan contoh data yang perlu dikumpulkan berkaitan dengan tema pembandaran (bandar kecil)

Penunjuk Contoh Penunjuk Maklumat yang diperlukan Contoh data

Pembandaran Penduduk bandar Bilangan penduduk bandar Tahun 2000 - 12,500 orang

Fungsi bandar Aktiviti ekonomi spt.- pern

iagaan- peri

ndustrian- pela

ncongan- perk

hidmatan awam- pen

gangkutan

1. Bilangan kedai ikut jenis

2. Bilangan kilang3. Stesen bas dan

kekerapan perkhidmatan bas

4. Bilangan hotel & pusat pelancongan

1. 40 kedai runcit2. 3 kilang pembuatan3. Ada stesen/ perkhidmatan bas4. 3 buah hotel 3 bintang5. 1 Pusat peranginan

Pengaruh bandar 1. Tempat beli pelbagai jenis barangan

2. Tempat dapatkan rawatan

1. Tempat tinggal pembeli barangan

2. Tempat tinggal pengguna perkhidmatan

% pengguna daripada jumlah pembeli yang datang dari tempat sekitar bandar yang dikaji

Perkembangan bandar

1. Guna tanah bandar

2. Kemudahan prasarana dan sosial

1. Keluasan guna tanah bandar

2. Bilangan kemudahan sosial moden ikut jenis

1. Komersil 1.3 hektar2. Perumahan 5 hektar3. Jalan raya 19 km

Perubahan persekitaran fizikal

Peningkatan kadar pencemaran

1. Pencemaran air2. Pencemaran udara

3. Perncemaran sampah dan bau

1. Contoh longkang berair yang tercemar2. Contoh tempat berdebu

4. Setelah mengenal pasti penunjuk yang boleh digunakan dan menentukan maklumat serta jenis data yang hendak dikumpulkan, pelajar boleh memilih kaedah kajian yang sesuai. Semua maklumat lazimnya boleh dikumpulkan sama ada di perpustakaan, pejabat atau lapangan. Misalnya bagi mendapatkan maklumat asas tentang keadaan kawasan kajian, pelajar boleh

Page 205: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

menanyakan ketua kampung, penghulu atau ketua kampung yang dikaji. Kaedah ini dikenali sebagai temu bual .

5. Bagi mengumpulkan data tentang jumlah penduduk dan guna tanah bandar, pelajar perlu pergi ke perpustakaan dan membuat rujukan kepada peta (jika ada) dan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan tahun terkini. Atau mengunjungi Pejabat Penghulu atau Pejabat Daerah/Majlis Daerah yang berkenaan. Kaedah ini dinamakan sebagai rujukan data sekunder.

6. Sementara bagi mengumpulkan maklumat tentang fungsi desa dan bandar, pelajar perlu melakukan pemerhatian atau cerapan. Pemerhatian melibatkan aktiviti membuat catatan atau semakan senarai (senarai yang hendak dibanci disediakan sebelum turun ke lapangan) di lapangan. Kaedah ini memerlukan pelajar menghitung ruang niaga (kedai, pejabat atau bengkel) serta aktiviti perniagaan atau perkhidmatan lain yang dijalankan dari satu jalan ke satu jalan yang lain sehingga seluruh kawasan perniagaan dan perkhidmatan dicerap. Fotograf boleh dirakam untuk merekodkan perkara yang menarik dan perlu huraian lanjut.

7. Manakala data tentang kawasan pengaruh bandar dan interaksi desa-bandar pula perlu dikumpulkan melalui kaedah kaji selidik menggunakan soal selidik yang telah disediakan sebelum turun ke lapangan. Kaji selidik dilakukan menggunakan borang soal selidik ringkas yang dibentuk secara berstruktur. Panjang soal selidik adalah kira-kira dua muka surat.

8. Soalan yang yang dikemukakan termasuklah latar belakang isi rumah yang dikaji (umumnya digelar responden) dan penunjuk (pemboleh ubah) yang hendak dikaji, dalam kes ini kawasan pengaruh bandar, dalam bentuk soalan pendek sama ada secara tertutup (pilihan jawapan disediakan - misalnya bagi soalan tentang tempat tinggal, kenderaan yang dimiliki dan jenis barangan yang dibeli) atau secara terbuka (misalnya soalan tentang umur, pendapatan dan saiz keluarga). Bagi kajian tentang kawasan pengaruh bandar pelajar perlu menanyakan dari mana mereka datang dan senaraikan barangan yang mereka beli dan perkhidmatan yang mereka gunakan.

9. Bagi mengkaji interaksi desa-bandar pula data perlu dikumpulkan dari sebuah kampung tertentu yang dipilih. Selain soalan tentang latar belakang isi rumah, soalan lain yang ditanyakan, sama ada secara tertutup atau terbuka, meliputi tempat-tempat yang dikunjungi oleh responden, jenis barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang digunakan dan cara ke tempat membeli belah/guna perkhidmatan.

10. Sampel lazimnya dipetik secara rawak (random) atau sistematik asalkan tidak memihak kepada sesiapa sehingga semua isi rumah atau pengguna/responden di pusat perniagaan atau kampung yang dipilih berpeluang untuk dikaji. Misalnya jika dipilih secara sistematik sampel dipilih satu bagi setiap lima (5) orang pengguna yang datang berkunjung ke suatu perkhidmatan/barangan (kedai/klinik/pejabat pos/sekolah dsb.) di bandar yang dikaji dalam tempoh tertentu. Atau jika di kampung, sampel yang dipilih satu daripada lima (5) buah rumah yang terdapat di kampung berkenaan.

11. Jumlah sampel adalah berbeza dari satu kajian ke suatu kajian yang lain. Lazimnya pada peringkat STPM 30 - 40 sampel adalah memadai bagi mewakili pengguna atau isi rumah

Page 206: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

kampung yang jumlahnya boleh dianggarkan (jumlah penduduk bandar dan kawasan sekitarnya atau kampung yang dikaji digelar populasi).

12. Setelah data dikutip di lapangan, pelajar perlu meringkaskannya dengan membentuk jadual tertentu mengikut keperluan tujuan kajian. Mesin kira atau komputer boleh digunakan untuk memudahkan kerja-kerja pengiraan. Statistik mudah seperti peratus dan purata selain graf dan carta pai boleh dihasilkan. Peta lakar juga perlu dibuat untuk menunjukkan letakan kawasan kajian atau taburan fenomena yang dikaji.

13. Setelah data dianalisa proses menulis laporan boleh dimulakan. Panjang laporan kira-kira 10 halaman. Tiada format laporan tertentu yang boleh digunakan untuk semua kajian. Lazimnya tajuk-tajuk kecil boleh diigunakan untuk memudahkan penulisan laporan, dimulakan dengan pengenalan, tujuan kajian, kawasan kajian, kaedah kajian, hasil kajian termasuk analisis dan perbincangan, dan akhirnya kesimpulan. Jika ada rujukan, senarai rujukan hendaklah dituliskan di hujung laporan.

Komponen Pelaporan Kajian Luar

Setelah selesai menjalankan kajian luar di lapangan, pelajar perlu menulis laporan. Laporan kajian luar perlu mengandungi perkara berikut:

1. Pengenalan yang memuatkan tajuk kajian, nama tempat dan letakan kawasan yang dikaji, tujuan kajian, dan kaedah yang dipilih. Peta lakar kawasan yang dikaji wajar disertakan.

2. Hasil kajian yang di dalamnya mengandungi maklumat asas tentang isu iaitu perubahan yang berlaku terhadap desa atau bandar kecil. Antara yang boleh dikemukakan adalah anggaran jumlah dan pekerjaan penduduk, ciri-ciri guna tanah semasa, fungsi desa atau bandar kecil dan status alam sekitar. Maklumat yang hendak dinyatakan perlu dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah (carta, graf, peta dsb.).

3. Analisis kajian adalah bahagian yang menjelaskan, membincang serta memberi bukti tentang isu iaitu perubahan yang berlaku. Pelajar perlu membincangkan bagaimana perubahan itu boleh berlaku dan apakah faktor yang mempengaruhinya.

.4. Kesimpulan dan cadangan. Akhirnya pelajar perlu menyimpulkan iaitu menjawab sama ada apa yang dinyatakan dalam tujuan kajian tercapai atau sebaliknya. Seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul dari sesuatu isu/fenomena yang terdapat.

6.3 CONTOH KAJIAN LUAR YANG TELAH DILAKUKAN.

Pembangunan Ekonomi dan Alam Sekitar.

Contoh : Sektor Primer: Sektor Pertanian.

Tajuk Kajian:

Page 207: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Mengkaji Kegiatan Pertanian di Sekitar Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang.

Objektif Kajian:

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

Mengenalpasti jenis dan ciri kegiatan pertanian di sekitar Tanah Rata, Cameron Highland.

Menjelaskan faktor fizikal dan kemanusiaan yang mempengaruhi kegiatan pertanian tersebut.

Menjelaskan kepentingan aktiviti pertanian kepada penduduk dan kegiatan ekonomi setempat.

Mengenalpasti kesan negatif aktiviti pertanian terhadap persekitaran fizikal setempat.

Kaedah Kajian:

Kajian luar ini dilaksanakan melalui tiga kaedah berikut:

1. Pemerhatian dan pencerapan. Pemerhatian dan pencerapan di lapangan dijalankan bagi mengenalpasti jenis-jenis tanaman yang di tanam di sekitar Tanah Rata serta kesan yang terjadi terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti pertanian tersebut. Di antara kesan yang telah diperhatikan adalah seperti perubahan landskap yang ketara, hakisan cerun dan juga pencemaran air.

2. Temu bual. Temubual dijalankan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada petani/pekebun sayur, strawberi, penjual, pekerja hotel dan juga penduduk tempatan. Soalan temubual berkisar kepada pendapatan bulanan yang diperolehi, tempat pemasaran hasil, amalan/kaedah pertanian yang dijalankan dan juga kesan yang timbul akibat kegiatan pertanian tersebut.

3. Rujukan sumber sekunder. Rekod utama diperolehi adalah berkaitan dengan suhu dan hujan yang dikeluarkan oleh Stesyen Kaji Cuaca Tanah Rata. Di samping itu peta topo juga dirujuk untuk mendapatkan maklumat keadaan topografi sekitar.

Kawasan Kajian.

1. Tanah Rata terletak di daerah Cameron Highland. Ketinggiannya dari paras laut ialh kira-kira 1500 meter. Sebagai kawasan tanah tinggi, ia bersuhu sederhana sejuk dengan purata suhu tahunan 17ºC. Keadaan topografi tanah rata merupakan ”sebuah lembah di kawasan tanah tinggi” yang dikelilinggi oleh gunung ganang yang dilitupi hutan hujan khatulistiwa.

2. Ciri fizikal yang istimewa di kawasan ini ialah keadaan suhunya yang sejuk yang amat mempengaruhi kegiatan pertanian khususnya tanaman teh, sayur-sayuran, bunga-

Page 208: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

bungaan dan buahan sitrus khususnya strawberry. Keadaan suhu yang sejuk serta adanya tanaman hawa sederhana inilah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Cameron Highland.

3. Terdapat tiga kawasan penempatan utama di Cameron Highland iaitu, Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Kawasan Tanah Rata terletak di pertengahan antara Ringlet di sebelah bawah dengan Brinchang di sebelah atas. Tanah Rata merupakan penempatan terbesar yang berstatus bandar kecil yang lengkap dengan kemudahan bandar seperti kawasan perniagaan, perkhidmatan bank, perkhidmatan kerajaan, hotel, institusi sosial dan sebagainya. Sebenarnya Tanah Rata menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Cameron Highland.

Dapatan/Hasil Kajian:

a) Jenis dan Ciri Kegiatan Pertanian di sekitar Tanah Rata, Cameron Highland.

1. Jenis tanaman dan taburannya. Tanaman utamanya ialah teh yang merupakan identiti kawasan ini malah identiti ekonomi Cameron Highland. Terdapat dua kawasan ladang teh utama di sekitar Tanah Rata iaitu Ladang Teh Boh yang terletak di sebelah tengara dan ladang teh Bharat Cameron yang terletak di sebelah barat tanah Rata. Menuju ke sebelah tenggara dari Tanah Rata, sebelum memasuki kawasan ladang teh Boh terdapat tanaman sayuran seperti kobis bunga, tomato, salad dan sebagainya yang ditanam secara kebun kecil. Manakala ke utara Tanah Rata terdapat pula tanaman buahan sitrus khususnya strawberry. Kawasan tersebut dikenali sebagai Kebun Strawberry Kasimanis dan Kebun Strawberry Healthy. Selain itu tanaman bunga-bungan juga ditanam. Di antara jenis bunga yang ditanam ialah seperti maar, kaktus,orkid dan kekwa. Lihat peta 2 di bawah yang menunjukkan taburan kawasan tanamam berkenaan.

2. Skala dan orientasi pengeluaran. Tanaman teh ditanam secara perladangan. Justeru itu skala operasinya luas (beratus-ratus hektar luasnya) dan berorientasikan eksport. Sebagai contoh teh Boh sangat terkenal di negara kita dan dipasarkan keluar negara. Manakala tanaman sayuran pula diusahakan pada skala kebun kecil ( purata saiz kebun antara 0.5 hingga 1 hektar) bagi setiap pekebun yang diusahakan secara intensif (giat setempat). Hasil tanaman sayuran juga berorientasikan jualan dalam negara seperti di sekitar Cameron Highland dan juga di bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Georgetown. Namun begitu terdapat juga sayuran yang dieksport ke negara jiran khususnya Singapura. Bagi tanaman strawberry dan bunga pula ditanam secara kecil-kecilan oleh pekebun sayur, tetapi ia diuruskan secara sistematik.

3. Pemilikan dan pengurusannya. Perladangan teh dimiliki oleh syarikat swasta iaitu BOH Plantation yang diuruskan oleh sebuah Keluarga Inggeris semenjak 70 tahun dahulu. Manakala tanaman sayuran dan bungaan banyak diuruskan oleh penduduk tempatan yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina.

4. Teknologi dan input yang digunakan. Menggunakan teknologi moden sepenuhnya seperti penggunaan baja kimia, benih,racun serangga, kaedah pengairan sistematik, mementingkan R&D dan sebagainya. Terdapat sebuah stesyen penyelidikan MARDI

Page 209: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

yang bertanggungjawab menjalankan R&D khususnya daripada segi penghasilan baka sayuran dan bungaan. Penyelidikan teh dijalankan oleh syarikat swasta berkenaan. Selain itu buahan strawberry dan bungaan banyak menggunakan kaedah “rumah hijau” dan tanaman hidrophonik.

5. Penggunaan buruh. Perladangan teh sepenuhnya menggunakan buruh upahan/bergaji tetap atau kontrak yang beratus-ratus orang jumlahnya. Misalnya ladang teh Boh banyak menggunakan tenaga buruh dari kaum India. Sebagai contoh kaum India perempuan terlibat dalam kerja-kerja pengutipan dan pengumpulan daun teh. Manakala tanaman sayuran banyak menggunakan tenaga buruh keluarga dan juga buruh asing dari Indonesia sebagai pekerja upahan. Sebahagian besar daripada pengusaha kebun juga merupakan penjual sayuran, bungaan dan buahan strawberry di sekitar kawasan ini.

6. Modal dan kos. Pertanian berskala besar khususnya tanaman teh menggunakan modal yang besar dari syarikat yang sudah teguh dan berjenama. Sebagai contoh Ladang teh Bharat dan Ladang teh Boh merupakan syarikat perladangan yang sudah terkenal mempunyai keupayaan modal untuk membuka ladang, kilang pemprosesan serta kedai menjual hasil teh mereka. Namun begitu bagi kebun kecil sayuran dan bungaan mempunyai keupayaan modal yang kecil/modal individu atau keluarga dan mendapat pinjaman bank.

b) Faktor-Faktor yang mempengaruhi Kegiatan Pertanian di sekitar Tanah Rata, Cameron Highland.

Terdapat dua kumpulan faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di kaasan ini. Faktor-faktor tersebut ialah faktor fizikal dan kemanusiaan:

Faktor Fizikal

1. Bentuk muka bumi/relief. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi. Tanaman teh dan sayuran biasanya ditanam di lereng-lereng bukit kawasan tanah tinggi atau bukit-bukit sekitarnya. Satu ciri yang istimewa bagi topografi kawasan ini ialah terdapatnya ”Lembah di kawasan tanah tinggi”. Justeru itu ia merupakan kawasan yang subur yang disaliri oleh beberapa batang sungai seperti Sungai Habu sungai Palas yang mengalir turun dari Gunung Berinchang mengairi kawasan Tanah Rata. Justeru itu kawasan Tanah Rata dikategorikan sebagai kawasan yang subur untuk pertanian. Daripada segi jenis tanah pula kawasan ini terdiri daripada tanah laterit yang bersaliran baik iaitu tidak menakung air.

2. Faktor iklim/cuaca – seperti keadaan suhu, hujan, kelembapan udara dan sebagainya. Faktor yang paling penting yang membolehkan tanaman teh, sayuran dan bungaan boleh ditanam dan hidup subur di kawasan Tanah Rata ialah kerana suhunya yang sejuk yang amat sesuai untuk tanaman tersebut. Sepanjang tahun suhunya tidak pernah melebihi 20ºC dan tidak pernah turun bawah dari 15ºC. Purata suhu tahunan kira-kira 17ºC dengan julat suhu tahunan yang sangat kecil (1.1º). Selain itu kawasan ini juga menerima jumlah hujan yang tinggi kira-kira 2644 mm setahun yang menjamin bekalan air yang cukup untuk aktiviti penanaman berjalan dengan lancar. Kelembapan udara juga

Page 210: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

tinggi untuk menjamin persekitaran yang sentiasa sejuk bagi membolehkan tanaman teh, sayuran, buahan sitrus dan bunga-bungaan sentiasa segar.

Faktor Kemanusiaan

3. Kemudahan asas/prasarana yang ada – seperti jalan pengangkutan, sistem pengairan yang disediakan dan kemudahan fizikal yang lain. Di kawasan ini terdapatnya jaringan jalan raya yang baik yang menghubungkannya dengan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh melalui lebuh raya PLUS. Ke utara dari Tanah Rata terdapat jalan raya yang menghubungkannya dengan Kampung Raja dan boleh terus ke Simpang Pulai seterusnya ke Ipoh dan Gua Musang, Kelantan. Justeru itu hasil sayuran dan bunga-bungaan boleh dipasarkan dengan mudah ke bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Darjah kebolehsampaian ke Cameron Highland pada maa ini adalah tinggi.

4. Faktor modal. Keupayaan modal yang besar oleh syarikat BOH Plantation yang mengusahakan tanaman teh di kawasan ini, apatah lagi BOH merupakan syarikat pengeluaran teh yang amat terkenal dan teguh kewangannya. Selain itu bagi pengusaha tempatan yang menanam sayur dan bunga mendapat pinjaman kredit daripada institusi kewangan seperti Bank Pertanian, Bank Pembangunan dan sebagainya yang terdapat di sekitar Tanah Rata.

5. Faktor teknologi. Penggunaan teknologi moden sepenuhnya seperti penggunaan jentera, baja kimia, racun serangga dan lain-lain membolehkan tanaman teh,sayuran, bungan dan strawberry di usahakan secara komersial sepenuhnya. Program R&D yang berdaya maju telah diusahakan oleh BOH Plantation bagi mengekalkan kualiti produknya. Di samping adanya pejabat MARDI yang banyak menjalankan penyelidikan mengenai baka dan kaedah penanaman yang sesuai untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan berkuantiti tinggi.

6. Faktor pengurusan pertanian yang sistematik yang diamalkan oleh syarikat besar seperti BOH Plantation. Pengurusan yang cekap dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kemahiran tinggi serta terlatih yang dimiliki oleh pekerja syarikat ini berasaskan konsep pengkhususan dan saling melengkapi.

c) Sumbangan kegiatan pertanian terhadap penduduk serta pembangunan ekonomi dan sosial kawasan Tanah Rata, Cameron Highland.

1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Aktiviti pertanian menjadi sumber pekerjaan dan pendapatan utama penduduk kawasan ini. Hasil penjualan sayuran, bunga-bungaan dan buahan sitrus telah berupaya meningkatkan pendapatan perkapita penduduk melepasi daripada garis kemiskinan. Berdasarkan temubual yang dijalankan pendapatan purata bulanan pekebun dan penjual sayur-sayuran adalah di sekitar RM: 1,500 hingga RM: 2,000 sebulan.

2. Kesan pengganda daripada aktiviti pertanian juga jelas kelihatan. Antaranya ia menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang berrantaian dengannya atau mewujudkan kepelbagaian ekonomi khususnya sektor pelancongan. Jelas sekali

Page 211: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

tarikan utama pelancong ke Tanah Tinggi Cameron ialah kerana adanya ladang teh, tanaman strawberry serta produk bunga-bungaan. Dengan adanya ladang teh juga kilang memproses daun teh telah di bina di kawasan tersebut. Misalnya kilang memproses daun teh kepunyaan BOH Plantation dan juga Bharat Teh Plantation.

3. Memperluaskan pasaran setempat serta kesan-kesan positif daripada perluasan pasaran seperti kewujudan pasar borong dan pusat jualan sayuran, bungaan dan buahan strawberry seperti di Kea Farm. Dengan adanya pusat-pusat jualan ini maka pekebun boleh menjual terus hasil tanaman mereka dan ini akan menambahkan pendapatan perkapita mereka. Seterusnya menggalakkan perkembangan perniagaan runcit untuk membekalkan keperluan penduduk sekitar.

4. Memajukan infrastuktur seperti rangkaian jalan raya, sistem perhubungan, bekalan air, elektrik, sekolah, klinik desa dan lain-lain lagi. Perkembangan pesat kegiatan pertanian telah mempercepatkan pembangunan infrastruktur Tanah Rata sehingga menjadi bandar kecil yang berfungsi sebagai pusat pengumpul dan pengedar hasil tanaman penduduk. Dengan itu perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti kemudahan kewangan/bank, restoran dan kedai tumbuh dengan pesat di sekitar Tanah Rata ini.

d) Kesan Kegiatan pertanian terhadap alam sekitar setempat.

1. Hakisan tanah dan kekerapan kejadian tanah runtuh. Ini berlaku di peringkat kerja pembukaan dan pembersihan tapak pertanian khususnya di kawasan bercerun curam/lereng-lereng bukit. Pada masa kini kegiatan ini banyak dilakukan oleh pekebun sayur secara haram yang menarah, memotong, meneres lereng-lereng bukit dengan menggunakan jentera berat untuk dijadikan kawasan penanaman sayuran mereka. Kesan-kesan bukit tergondol, kewujudan gegalur serta kesan cerun runtuh jelas ketara di kawasan tanah yang baru dibuka. Walaupun pekebun sayur membina teres, namun hakisan tetap berlaku kerana kawasan ini menerima hujan lebat sepanjang tahun.

2. Kehilangan nutrien tanah atau kehilangan kesuburan tanah. Selain itu aktiviti penyahutanan untuk dijadikan tapak tanaman sayuran ini juga telah menyebabkan tanih kehilangan top soil dengan cepat apabila aktiviti pertanian tersebut dilakukan tanpa tanaman tutup bumi, tanpa sungkupan yang mendedahkan permukaan tanih secara langsung kepada agen hakisan khususnya larian air permukaan.

3. Pencemaran air dan kemusnahan hidupan akuatik akibat penggunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan khususnya dalam penanaman sayuran di kawasan ini. Keseluruhan penanaman sayuran di atas tanah cerun-cerun bukit menggunakan baja kimia dan racun serangga. Terdapat dua bentuk pencemaran air yang dikesan. Pertama pencemaran kelodak dalam sungai akibat larian air permukaan yang membawa masuk regolit tanih di kawasan cerun yang terdedah dan ke dua keracunan air sungai dan tasik akibat penggunaan racun serangga yang berleluasa dalam tanaman sayuran. Pencemaran ini banyak terdapat di sekitar Tasik Ringlet yang terletak di selatan Tanah Rata. Begitu juga dengan pencemaran kelodak dan lumpur telah mencetekkan Empangan Sultan Abu Bakar yang menjadi stesyen janakuasa hidroelektrik di Cameron Highland.

Page 212: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

4. Kemusnahan ekosistem hutan berkait dengan kerja-kerja penyahutanan/pembangunan tanah untuk dijadikan sebagai tapak tanaman sayuran dan juga kemusnahan ekosistem akuatik akibat penggunaan racun serangga dalam pertanian. Hutan yang dimusnahkan dan tasik yang tercemar akan kehilangan habitat, sumber kepelbagaian biologi/spesis dan juga rantaian makanan dalam ekosistemnya.

5. Kesan pemanasan setempat/kenaikan suhu mikro. Berdasarkan temubual dengan penduduk setempat, didapati suhu di sini telah meningkat sedikit. Suhu di kawasan ini tidak lagi sedingan seperti tahun-tahun 1970-an. Walaupun peningkatan suhu sangat kecil (disekitar 0.3ºC) tetapi kesan pemanasannya dapat dirasai oleh penduduk sekitar. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh aktiviti penyahutanan yang sangat ketara berlaku untuk tujuan pertanian dan juga pembinaan hotel.

Transformasi Desa dan Pembandaran

Contoh Kajian Luar Transformasi Desa.

Tajuk Kajian : Transformasi Desa FELCRA Sri Makmur, Pekan, Pahang

Tujuan Kajian

1. Persoalan kajian ini adalah perubahan sosial dan ekonomi melalui proses pembangunan desa dan pemodenan di sebuah petempatan yang dirancang melalui FELCRA.. Kajian ini bertujuan untuk memeriksa dan menjelaskan proses transformasi Desa Sri Makmur, Pahang.

2. Aspek yang akan diberi tumpuan adalah pemodenan infrastruktur, perubahan aktiviti ekonomi, corak interaksi desa-bandar melalui pemasaran, penggunaan barangan dan perkhidmatan, kemudahan sosial dan keadaan alam sekitar.

Kaedah Kajian

1. Maklumat tentang kajian ini diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Data sekunder seperti jumlah penduduk, bilangan rumah kediaman, kemudahan infrastruktur dan sosial, keluasan tanah, keluasan kawasan pertanian dan jenis tanaman, dikumpulkan melalui Pejabat FELCRA Sri Makmur.

2. Manakala corak taburan petempatan, keadaan muka bumi, guna tanah, aktiviti perniagaan dan keadaan alam sekitar diperolehi melalui pemerhatian, hitungan dan cerapan di lapangan. Bagi mengetahui keadaan sosio-ekonomi isi rumah dan pola interaksi desa-bandar, satu kaji selidik telah dijalankan. Seramai 30 ketua isi rumah (kira-kira 7.5% daripada jumlah ketua isi rumah yang berjumlah 405 orang) telah dikaji selidik. Maklumat dan data yang dikumpul telah diringkaskan (ditukar kepada jadual) dan dianalisa.

Page 213: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Pengenalan

Desa Sri Makmur adalah sebuah petempatan luar bandar yang terancang terletak di daerah Pekan, Pahang. Kedudukan desa ini adalah di tebing kiri Sungai Pahang iaitu kira-kira 60 km ke barat bandar Kuantan dan 35 km ke timur bandar Maran. Walaupun desa ini agak terasing daripada jaluran pembangunan utama, petempatan ini tidak tersisih daripada pembangunan sosial dan ekonomi. Proses perubahan turut berlaku di desa ini. Pelan Desa Sri Makmur ditunjukkan dalam peta 4 di sebelah.

Peta 4. Pelan Desa Sri Makmur Pekan, Pahang.

Latar Belakang Desa Sri Makmur

1. Desa Sri Makmur adalah sebuah petempatan FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan). Petempatan luar bandar ini pada mulanya adalah sebuah kampung yang menempatkan semula penduduk kampung-kampung tradisional di tepi Sungai Pahang yang dilanda banjir besar tahun 1971.

2. Setelah beberapa petempatan ini dibuka, FELCRA telah membuka tanah baru, di samping menyatukan dan memulihkan tanah terbiar untuk diusahakan secara berkelompok. Berasaskan pengurusan secara moden. FELCRA dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang telah membina rumah-rumah kediaman baru. Kini kampung ini mempunyai keluasan kira-kira 600 hektar.

Ke Pekan

Ke Maran/Kuantan

Ladang Getah

Ladang Getah

Ladang Kelapa Sawit

Ladang Kelapa Sawit

Ladang Kelapa Sawit

Setor

Kedai Koperasi

Dewan

Sekolah

Dusun

U

Page 214: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

3. Secara umumnya, bentuk muka bumi petempatan desa ini adalah beralun. Anak sungai mengalir melalui tengah-tengah kampung tersebut. Rumah-rumah kediaman didirikan di kawasan tanah yang lebih tinggi. Manakala kawasan pertanian terdapat di bahagian tanah yang lebih rendah.

4. Desa Sri Makmur ditadbir oleh seorang Pengurus yang dibantu oleh beberapa orang pegawai serta ketua kampung (Tok Empat) yang melalui satu badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). Kawasan pertanian dimajukan secara berkelompok. Pengurus dan pegawai FELCRA yang lain mengendalikan urusan memajukan tanah pertanian secara sistem ladang.

Hasil Kajian

Secara umumnya, kajian ini mendapati beberapa perkara menarik. Bukti-bukti yang dikumpulkan di lapangan menunjukkan bahawa Desa Sri Makmur telah mengalami transformasi, iaitu berubah menjadi sebuah petempatan luar bandar yang moden.

a) Pemodenan Kemudahan Infrastruktur dan Sosial

1. Program pembangunan desa melalui Felcra telah memajukan pelbagai kemudahan infrastruktur dan sosial. Selain kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih (paip) turut dibekalkan ke kampung ini. Terdapat sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah agama di kampung tersebut.

2. Selain itu, terdapat juga sebuah klinik desa, dewan serba guna, balai raya, pondok polis, masjid, 5 buah kedai koperasi yang menjalankan perniagaan pasar mini dan restoran. Disamping itu terdapat 10 buah kedai runcit untuk memenuhi keperluan penduduk di kampung tersebut serta sebuah stesen pam minyak Kemudahan ini telah memudahkan penduduk untuk membeli keperluan harian dan mendapatkan kemudahan perkhidmatan keperluan asas mereka.

3. Penyediaan kemudahan sosial bukan sahaja memajukan taraf pendidikan dan kesihatan tetapi juga memodenkan minda dan keterbukaan penduduk. Pelbagai persatuan dan kelab ditubuhkan di kampung tersebut. Ini termasuklah Persatuan Belia, Wanita Dinamis Felcra (WADIRA), Persatuan Khairat Kematian, Cawangan UMNO dan Koperasi. Kewujudan persatuan dan kelab yang bergiat cergas membuktikan bahawa masyarakat kampung tersebut dinamis dan maju.

b) Perubahan Ekonomi

1. Perubahan ekonomi yang ketara dapat dikesan di Desa Makmur adalah pemodenan aktiviti ekonomi khususnya pertanian. Pemodenan tersebut dapat dibuktikan melalui beberapa perkara seperti jenis tanaman, penjagaan, pengurusan ladang, penggunaan teknik penananam dan penuaian hasil, dan hasil keluaran.

2. Desa Sri Makmur yang luasnya kira-kira 600 hektar telah dimajukan dengan pelbagai tanaman. Kira-kira 65 peratus daripada keluasan tanah ditanami dengan kelapa

Page 215: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

sawit, 30 peratus getah dan selebihnya dusun buah-buahan, kayu sentang dan jati. Baka kelapa sawit dan getah yang ditanam adalah jenis yang bermutu tinggi yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian. Pada peringkat awal tanaman anak-anak kelapa sawit dan getah dijaga dengan rapi. Baja sebatian digunakan untuk menyuburkan anak pokok. Racun serangga dan kulat digunakan secara terkawal untuk mengawal serangan serangga dan kulat ke atas anak pokok. Ini penting untuk memastikan hasil yang tinggi.

3. Bagi memastikan ladang dimajukan secara moden pihak pengurusan FELCRA, sebuah agensi pembangunan luar bandar yang telah di korporatkan, telah melantik seorang Pengurus Rancangan dan dibantu oleh lima orang pekerja pejabat dan teknikal serta tiga orang pemandu kenderaan. Pihak FELCRA juga telah mengupah buruh yang dibawa masuk dari Indonesia secara kontrak untuk mengendalikan tugas menanam, menjaga dan menuai buah kelapa sawit atau menoreh pokok getah. Hanya sebahagian kecil peserta FELCRA yang turut terlibat dengan kerja-kerja ladang (Hasil Temu bual dengan Encik Abd Rahman Mat, Pengurus Felcra Sri Makmur, 2005). Jadual pengurusan ladang yang ketat disusun untuk memastikan kerja-kerja ladang dijalankan dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini penting untuk memastikan hasil keluaran yang optimum. 3. Penanaman, penjagaan ladang dan penuaian hasil dijalankan secara moden. Jentera moden seperti jentolak dan pembajak digunakan untuk membersihkan tanah baru yang berhutan serta tanah terbiar milik penduduk kampung. Begitu juga semasa penjagaan pokok banyak peralatan moden seperti penyembur racun dan penabur baja digunakan. Bagi mencantas pelepah kelapa tua dan menuai buah kelapa sawit, galah bersabit moden yang diperbuat daripada aluminium moden digunakan menggantikan batang buluh, terutamanya bagi pokok yang telah matang. Pisau toreh dan bekas pelastik pula digunakan untuk menoreh getah.

4. Penggunaan baka yang baik, penjagaan yang sempurna dan pengurusan ladang yang sistematik telah membolehkan ladang mengeluarkan hasil yang tinggi. Bagi pokok kelapa sawit yang telah matang, setiap hektar pokok kelapa sawit mampu menghasilkan hingga purata kira-kira 10 tan buah kelapa sawit yang bermutu. Biasanya, kelapa sawit dituai dua kali sebulan. Bagi getah pula sebanyak 250 kg/hektar getah beku dapat dikutip bagi setiap bulan. Pada keseluruhannya, hasil keluaran pertanian Felcra Sri Makmur telah dapat ditingkatkan. Lihat Jadual di bawah.

Jadual . Peningkatan hasil keluaran pertania Desa Sri Makmur

Jenis Tanaman Tahun1999 2005

Kelapa sawit (purata tan/hektar/bulan) 14 18.2Getah beku (purata kg/hektar/bulan) 235 258

Sumber: Pejabat FELCRA Sri Makmur 2005.

Page 216: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

c) Perubahan Pekerjaan dan Peningkatan Pendapatan Isi Rumah

1. Rata-rata para peserta FELCRA telah mengalami perubahan ekonomi melalui perubahan pekerjaan dan peningkatan pendapatan. Sebelum penduduk kampung ini menyertai Felcra, mereka adalah pekebun kecil getah dan buruh tani yang hidup dalam keadaan miskin. Kini selain menjalankan aktiviti pertanian di kebun asal atau menjadi buruh di tempat-tempat lain, mereka juga memperoleh pendapatan tambahan daripada skim Felcra.

2. Purata pendapatan bulanan peserta telah meningkat dari RM350.00 kepada RM850.00 (Hasil Temu bual dengan Pegawai Luar Pembangunan Felcra 2005). Bagi peserta yang masih muda, ada juga yang menjalankan aktiviti tambahan seperti berniaga, membuat kueh bahulu untuk dipasarkan, menjadi tukang kayu dan menjadi pemandu. Isi rumah yang mempunyai pekerjaan tambahan lazimnya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

d) Corak Interaksi Desa-Bandar

1. Penduduk Desa Sri Makmur juga berinteraksi dengan bandar-bandar yang berdekatan seperti Sri Jaya, Maran, Pekan dan Kuantan. Bagi memeriksa corak interaksi antara Desa Sri Makmur dan bandar-bandar di sekitarnya, satu kaji selidik telah dijalankan. Aspek yang ditanya adalah tempat membeli dan jarak dari rumah kediaman di Sri Makmur ke pusat membeli barangan dan perkhidmatan lainnya serta kekerapannya dalam setahun.

2. Berdasarkan jawapan soalan kaji selidik, penduduk kampung tersebut mempunyai darjah interaksi yang tinggi dengan pekan Sri Jaya yang jaraknya hanya 16 km. Isi rumah lazimnya membeli barangan keperluan asas harian lkususnya makanan (seperti beras, gula, ikan, roti, minyak petrol, gas memasak dll.) di kedai-kedai yang terletak dalam kampung tersebut sendiri. Begitu juga bagi penggunaan perkhidmatan seperti pendidikan rendah, kesihatan (klinik), wakil pos dan masjid.

3. Walaubagaimanapun bagi mendapatkan barangan yang lebih tinggi nilainya atau jarang digunakan seperti pakaian, perkakas elektrik, peralatan rumah tangga, perabut ataupun perkhidmatan bank, sekolah menengah, pejabat daerah dan peguam, isi rumah Desa Sri Makmur perlu berkunjung ke pekan dan bandar yang lebih jauh. Bagi membeli pakaian, perkakas lektrik, peralatan rumah tangga ataupun perkhidmatan sekolah menengah dan bank, mereka ke pekan Sri jaya atau bandar Maran. Manakala bagi membeli kenderaan seperti motosikal dan mendapatkan rawatan kesihatan mereka berkunjung ke Sri Jaya, Maran atau Kuantan. Jadual 2 menjelaskan pola tersebut.

Jadual . Pola Interaksi Penduduk Desa Sri Makmur dengan Pekan dan Bandar di Sekitarnya bagi Tujuan Membeli Barangan dan Menggunakan Perkhidmatan (Saiz sampel 35)

Jenis barangan dibeli dan perkhidmatan yang digunakan

Purata Jarak dan Kekerapan Berkunjung ke Pekan dan Bandar TerdekatSri Makmur

Jarak (0.1 km)Sri Jaya

Jarak (16 km)Maran

Jarak (30 km)Kuantan

Jarak (48km)Pekan

Jarak (70 km)%

Peng-guna

Kekerap-an/tahun

% Peng-guna

Kekerap-an /tahun

% Peng-guna

Kekerap-an /tahun

% Peng-guna

Kekerap-an/tahun

% Peng-guna

Kekerap-an/tahun

Barangan makanan 90 300 8.0 18 2.0 6 0.0 0 0.0 0Sekolah rendah 100 280 0.0 0 0.0 0 0.0 0 0.0 0Klinik/hospital 60.0 12 10.0 12 20.0 6 10.0 3 0.0 0

Page 217: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Pakaian 10.0 2 60.0 18 22.0 6 8.0 6 0.0 0Perkakas elektrik 0.0 0 66.6 12 28.4 6 5.0 2 0.0 0Sekolah menengah 0.0 0 90.0 280 3.4 52 3.3 12 3.3 6Kenderaan 0.0 0 87.0 6 6.7 12 6.3 6 0.0 0Bank 0.0 0 55.0 12 45.0 12 0.0 0 0.0 0Pejabat/wakil pos 70.0 12 30.0 12 0.0 0 0.0 0 0.0 0Jual hasil pertanian 90.0 52 10.0 52 0.0 0 0.0 0 0.0 0Pejabat tanah 0.0 0 0.0 0 0.0 0 0.0 0 100 1

Sumber: Kaji selidik 2005

4. Secara keseluruhannya, penduduk berinteraksi dengan pekan dan bandar yang berdekatan selain dengan pusat perkhidmatan desa di Desa Sri Makmur sendiri. Pekan yang paling kerap mereka kunjungi adalah Sri Jaya. Mereka ke pekan tersebut untuk membeli barangan asas seperti pakaian dan perkhidmatan asas seperti sekolah menengah dan perkhidmatan pos. Bagaimanapun, penduduk menjual hasil keluaran pertanian mereka kepada peraih atau kepada pihak Felcra sendiri di kampung tersebut. Interaksi dengan pekan dan bandar berdekatan membolehkan penduduk menikmati barangan dan kemudahan perkhidmatan moden yang penting bagi perubahan kehidupan penduduk desa.

e) Perubahan Alam Sekitar

Di sebalik kemajuan yang dicapai, proses transfomasi desa sedikit sebanyak telah mempengaruhi kualiti alam sekitar. Bagaimanapun, kemerosotan kualiti alam sekitar di Desa Sri Makmur terkawal dan tidak berbahaya. Antara keadaan persekitaran fizikal yang terjejas akibat perubahan dan pemodenan ekonomi desa termasuklah hakisan cerun yang berlaku di beberapa bahagian ladang dan perumahan kampung tersebut akibat penggondolan bukit sehingga mewujudkan lurah dan fenomena tanah runtuh. Air sungai juga agak berkelodak terutamanya selepas berlaku hujan lebat. Pencemaran sampah sarap domestik khususnya di kawasan perniagaan juga dapat dikesan.

Kesimpulan

Kajian ini telah dapat menunjukkan bahawa Desa Sri Makmur telah mengalami pemodenan dan perubahan ekonomi yang agak pesat. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial telah memudahkan berlakunya proses pemodenan. Pembangunan sektor pertanian dengan kaedah penanaman dan pengurusan moden telah berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk desa.

LATIHAN BAB 6

Soalan 1:

Page 218: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan pelancongan,

a) Namakan kawasan kajian anda itu. [ 1 Markah]

b) Terangkan bagaimana anda menjalankan kajian luar tersebut. [ 4 Markah]

c) Berdasarkan bukti-bukti yang ada dilapangan, terangkan faktor yang menyebabkan kawasan tersebut menjadi daya tarikan pelancong. [ 8 Markah] d) Jelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut dan [6 Markah]

e) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah pencemaran kawasan tersebut. [6 Markah]

Soalan 2:

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di satu kawasan pertanian,

a) Nyatakan ciri-ciri kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan tersebut. [ 7 Markah]b) Jelaskan bagaimana faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tersebut. [8 Markah ]

c) Bagaimanakah kegiatan pertanian yang anda kaji itu menyebabkan berlakunya hakisan cerun di kawasan berkenaan. [6 Markah]

d) Kenalpastikan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan hakisan di kawasan yang anda kaji itu. [ 4 Markah ]

Soalan 3:

Berdasarkan kajian lapangan yang telah anda lakukan terhadap mana-mana satu jenisaktiviti ekonomi sekunder ;

a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut dijalankan di kawasan itu. [7 Markah]

b) Terangkan sumbangan kegiatan ekonomi yang anda kaji itu terhadap pembangunan sosio-ekonomi kawasan perkenaan. [10 Markah]

c) Jelaskan bagaimana aktiviti ekonomi yang anda kaji telah menjejaskan alam sekitar fizikal setempat. [8 Markah]

Page 219: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru
Page 220: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru
Page 221: 31668859 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi STPM Terbaru