perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin

7
Perbezaan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin Tujuan Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Agar guru dapat mengenal pasti punca salah laku dan murid dapat dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Agar guru tidak menggunakan hukuman ketika mengawal bilik darjah.. Melatih murid untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah Guru berkebolehan untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah pada setiap masa. Agar guru berupaya untuk menangani masalah yang berlaku sebelum menjadi masalah disiplin. Guru dapat memberikan teguran yang jelas iaitu secara spefik bukan secara umum dan bernada tegas kepada murid yang membawa masalah di dalam bilik darjah. Pelaksanaa n 1. Kenal pasti motif murid 2. Bantu murid memahami motif tersebut 1) Ambil perhatian murid sepenuhnya sebelum memberi arahan atau membuat penerangan.

Upload: fanera-jeffery

Post on 10-Nov-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edu

TRANSCRIPT

Perbezaan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin

Tujuan Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Agar guru dapat mengenal pasti punca salah laku dan murid dapat dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Agar guru tidak menggunakan hukuman ketika mengawal bilik darjah.. Melatih murid untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah Guru berkebolehan untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah pada setiap masa.

Agar guru berupaya untuk menangani masalah yang berlaku sebelum menjadi masalah disiplin.

Guru dapat memberikan teguran yang jelas iaitu secara spefik bukan secara umum dan bernada tegas kepada murid yang membawa masalah di dalam bilik darjah.

Pelaksanaan1. Kenal pasti motif murid2. Bantu murid memahami motif tersebut3. Bantu murid tukar matlamat yang salah kepada matlamat sebenar4. Bimbing murid bertanggungjawab keatas matlamat baru5. Bantu murid melihat akibat di sebalik tingkahlakunya.

1) Ambil perhatian murid sepenuhnya sebelum memberi arahan atau membuat penerangan.

2) Guru tidak memberikan penerangan secara meleret dan fragmentasi.

3) Guru melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti kumpulan.

4) Memanggil murid memberikan maklum balas, menjawab soalan, membuat demonstrasi atau memberi penerangan.

ModelDreikurs Kounin

Perbezaan Bagi Tujuan Model Akibat Logikal Dreikurs danModel Pengurusan Kelompok KouninTujuanModel Dreikurs untuk membantu guru perlu mengenal pasti punca salah laku murid. Sementara Kounin pula menekankan bahawa guru perlu mengawasi dan menyelia dengan teliti ketika menguruskan bilik darjah.Model yang diperkenalkan oleh Dreikurs bertujuan untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik. Guru mengambil kira perasaan murid-murid agar rasa dipunyai. Suasana pembelajaran yang bersifat demokrasi dapat diwujudkan sekiranya guru dan murid-murid mampu bekerjasama dalam membuat keputusan ketka menguruskan bilik darjah. Hal ini bermaksud guru tidak membuat atau mengenakan semua keputusan kepada murid tetapi murid diberi peluang dan ruang untuk memberikan pandangan mereka. cth~~ Contohnya semasa aktiviti perbincangan, guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan berbincang dan mengutarakan pendapat mereka antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah ataupun soalan yang diberikan oleh guru. Di sini, mereka dapat belajar untuk mendengar dan menerima pendapat rakan-rakan mereka. Tugas guru pada ketika ini adalah sebagai pembimbing yang akan mendengar pendapat murid dan memperbetulkan kesalahan murid. Berbanding dengan model Kounin, beliau menyatakan bahawa guru perlu berkebolehan untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah pada setiap masa. Menurut Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) dalam buku mereka yang berjudul Pengurusan Blik Darjah dan Tingkah Laku, Kounin menyatakan bahawa kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa adalah disebut sebagai withiness. Ini bermaksud guru berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. Melalui cara ini, guru akan menjadi peka terhadap keadaan sekeliling dan mampu menjangka masalah yang akan timbul serta mampu untuk mengelakkan masalah itu menjadi lebih serius.Tujuan Dreikurs yang seterusnya adalah agar guru dapat mengenal pasti punca salah laku murid dan murid dapat dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid-murid adakalanya melakukan masalah disipin di dalam bilik darjah yang mampu mengundang kemarahan guru. Melalui motif-motif yang telah diutarakan oleh Dreikurs, seorang guru mampu mengenal pasti motif murid berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Sebagai contoh, murid yang bercakap semasa guru mengajar atau mengganggu rakannya ketika guru mengajar mungkin sahaja mempunyai motif untuk mendapat perhatian guru. Selain itu, murid yang melanggar peraturan bilik darjah, degil serta tidak memberikan kerjasama mungkin mempunyai motif untuk mencabar kuasa guru disebabkan murid berasa tertekan kerana guru lebih bersifat autokaratik. Setelah guru mengenal pasti punca salah laku yang ditunjukkan, guru perlu membimbing murid untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, ketika murid bercakap bersama rakannya, guru perlu menegur mereka dan menjelaskan bahawa mereka tidak sepatutnya bercakap semasa guru sedang mengajar. Mereka perlu diberitahu kesan daripada perbuatan mereka agar mereka dapat memahami akibat daripada perbuatan mereka. Contohnya, guru perlu memberitahu bahawa sekiranya mereka berbuat bising semasa guru mengajar, mungkin sahaja mereka akan ketinggalan pelajaran atau tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, bercakap semasa guru mengajar akan mengganggu rakan yang lain yang ingin belajar.PelaksanaanDreikurs juga turut menerangkan cara-cara bagi menangani murid yang mempunyai motif yang salah. Yang pertama sekali adalah guru perlu mengenal pasti motif yang ingin ditunjukkan oleh murid. Berdasarkan keempat-empat motif yang diutarakan oleh Dreikurs, guru sudah mampu mengenal pasti motif murid berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Contohnya, terdapat murid yang sengaja ingin membangkitkan kemarahan guru dengan cara mengetuk-ngetuk meja atau bercakap-cakap dengan rakan yang lain semasa guru sedang mengajar kerana ingin mendapatkan perhatian. Selain itu, terdapat juga murid yang enggan menyempurnakan tugas yang diberikan dan sengaja meninggalkan buku atau memberikan alasan yang banyak kerana ingin mencabar kuasa guru. Di samping itu, terdapat juga murid yang menunjukkan tingkah laku dengan membalas dendam melalui cara seperti mencuri, bergaduh atau merosakkan harta benda sekolah kerana murid berasa tidak diberikan layanan yang adil. Manakala murid yang sentiasa mengasingkan diri dan tidak ingin bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain serta tidak mengambil bahagian dalam aktiviti adalah kerana murid tersebut bertindak ingin menunjukkan kekurangannya. Setelah guru sudah mampu mengenal pasti motif yang yang ingin ditunjukkan oleh murid, guru perlu membantu murid untuk memahami motif yang ditunjukkan oleh mereka. Sekiranya mereka berkelakuan yang tidak baik, guru perlu memanggil murid tersebut dan berbincang dengan bertanya sebab dia berkelakuan sedemikian. Cara ini merupakan cara yang terbaik bagi guru agar murid dapat meluahkan alasan mereka berbuat demikian. Mungkin sahaja murid tersebut gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah kemudian menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. Contohnya, Abu ingin mendapatkan perhatian guru dengan mengetuk-getuk meja semasa proses pengajaran Sebagai seorang guru, Abu perlu diberitahu bahawa tindakannya itu adalah salah kerana ianya hanya akan mengganggu proses pengajaran guru dan akan mengundang kemarahan guru. Sekiranya dia ingin mendapatkan perhatian, biarlah tindakan yang dilakukan itu mampu membolehkan guru untuk memuji serta memberikan dorongan kepadanya seperti menjawab soalan guru atau menyiapkan kerja rumah.Selepas murid sudah memahami motif yang telah ditunjukkan oleh murid, guru perlu membantu murid menukar matlamat yang salah kepada matlamat yang sebenar. Contohnya, murid yan ingin mendapatkan perhatian guru boleh menggunakan cara lain yang betul yang dapat meyenangkan hati guru seperti menjawab soalan guru dengan betul atau memperolehi markah yang baik dalam kuiz Matematik atau subjek yang lain. Setelah murid telah menukar matlamat, guru perlu memberi galakan dan bimbingan kepada murid-murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baru yang telah dipilih. Contohnya, tingkah laku mengambil perhatian yang ditunjukkan oleh Ali telah berubah kepada cara yang lebih baik iaitu mampu menjawab kuiz Matematik jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Dengan itu, guru boleh memberikan galakan kepada Ali agar dia lebih bermotivasi untuk memperolehi markah yang lebih baik lagi daripada yang sebelumnya seperti Syabas Ali, markah dalam kuiz Matematik kamu pada kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Teruskan lagi usaha kamu. Melalui cara ini, Ali sudah pasti berasa gembira kerana guru memberikan telah memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus berusaha.Pelaksanaan yang terakhir adalah guru juga perlu membantu murid melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat tersebut haruslah mampu diterima dan difahami oleh murid dan mampu memberi manfaat kepada orang-orang disekelilingnya. Contohnya, Ali dapat melihat dan memahami bahawa tingkah lakunya yang tidak baik sebelum ini hanya akan menganggu rakannya yang lain dan mengundang kemarahan guru. Sebaliknya, sekiranya dia berkelakuaan baik dan memenuhi keinginan guru, sudah pasti sikapnya akan disukai oleh guru dan rakan-rakan-rakannya. Malah bukan itu sahaja, rakan-rakannya yang lain juga akan mencontohi sikapnya yang baik serta mendengar arahan guru.

Kelebihan Model Disiplin DreikursModel Dreikurs mempunyai kebaikan atau kelebihan sama ada kepada guru atau murid itu sendiri. Pertama sekali adalah guru dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik. Hal ini kerana guru tidak bersikap autokratik semasa melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah, tetapi memberikan peluang kepada murid-murid menyatakan pandangan dan pendapat mereka. Selain itu, bagi murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang salah juga mampu menyatakan sebab mereka berkelakuan demikian setelah dibawa berbincang. Hal ini secara tidak langsung membolehkan mereka memahami dan mengetahui kesalahan mereka seterusnya bertanggungjawab akan kesan akibat daripada kelakuan mereka.

KelebihanKelemahan

1. mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai.

2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling hormat- menghormati antara murid-murid

3. guru tidak menggunakan hukuman tetapi sebaliknya mengawal disiplin murid dengan menggunakan kesan-akibat-logikal.

4. murid berasa dihargai dan maruah mereka terjaga.

5. Guru tidak memberi pujian tetapi memberi dorongan6. Sukar untuk guru mengesan matlamat salahlaku murid.

7. Sukar untuk guru menggunakan demokrasi dan selalunya menggunakan kuasa autokratik

8. Sukar untuk membezakan antara hukuman dan akibat-logikal.

9. Sukar untuk guru membezakan antara pujiandan dorongan