teori akibat logikal rudolf dreikurs

Upload: tefanny-aryanni

Post on 06-Apr-2018

505 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    1/8

    Disediakan oleh

    : Tefanny Makius: Safuan Safri

    : Muhd.Syahril

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    2/8

    TEORI DREIKURS Rudulf Dreikurs (1897-1972) merupakan seorang psikatris dan pendidik

    yang popular di Amerika Syarikat. Beliau memperkembang sistempsikologi individu Alder supaya membina sesuatu kaedah pragmatikuntuk memahami tujuan dan punca masalah tingkah laku kanak-kanakserta merangsangkan tingkah laku koperatif tanpa hukuman atauganjaran.

    Dreikurs menumpukan fokus kajian untuk pra-remaja. Mengikut beliau,masalah tingkah laku kanak-kanak harus ditangani oleh pihak sekolah danrumah bersama. Ini menunjukaan Dreikurs lebih menekankan pengajarandemokratik dan berdepan kesalahan.

    Pada pendapat beliau, disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman.Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untukmengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yangmempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifatkepimpinan yang kukuh dan kuat.

    BIODATA RUDOLF

    DREIKURS

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    3/8

    Dreikurs menyatakan bahawa setiap tingkah laku mempunyai tujuantertentu. Maka, beliau telah membina instrumen yang paling berkesanuntukk memahami tingkah laku seseorang kanak-kanak.

    Pertama sekali, beliau menyatakan bahawa terdapat empat matlamatbertingkah laku yang tidak diingini. Dreikurs menyatakan bahawaseseorang individu bertingkah laku buruk akibat kekurangankeperluan kepunyaan dalaman serta kekurangan memberi sumbangankepada sesuatu kumpulan yang berinteraksi dengannya.

    Matlamat kedua ialah bagi memenuhi kekurangan keperluan tersebut,individu akan berusaha menggunakan tingkah laku tidak diinginiuntuk mencapai matlamatnya. Dreikurs menyatakan bahawa sebab

    utama individu tertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian. Matlamat ketiga bagi berlakunya sesuatu tingkah laku tidak diingin

    ialah sekiranya tidak dapat perhatian yang dihasrat, individu itu akanmerajuk dan berusaha membalas dendam.

    Matlamat yang keempat pula melibatkan keadaan wujudnya inferioritikompleks dalam diri kanak-kanak tersebut sekiranya gagal membalasdendam.

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    4/8

    Ini menunjukkan semua kanak-kanak mempunyaiperasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu

    keadaan dimana mereka selalu dihargai dan jugadiberikan penghargaan . Kebanyakan tingkah lakumereka adalah untuk menarik perhatian orang lainagar memberikan perhatian kepadanya. Segala

    kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitumendapatkan perhatian, kebolehan mencari,membalas dendam, dan mempamerkan ketidakpuasan hati.

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    5/8

    Bagi menangani tingkah laku tidak diingini tersebut, Dreikurs telahmengusulkan empat langkah menangani tingkah laku sedemikian.

    Langkah pertama ialah guru perlu berusaha mengenal pastimatlamat tersilap murid, iaitu dengan memberi perhatian kepada

    responnya terhadap tingkah laku buruk muridnya sambilmemerhati tindak balas murid tersebut.

    Langkah kedua ialah guru tersebut harus menentang matlamattersilap itu dengan keterangan yang munasabah melaluiperbincangan logik tentang kesilapan yang diaplikasikan oleh

    muridnya. Dalam langkah ketiga, guru itu perlu mengelakkan rampasan kuasa

    dengan menarik balik imej autoriti guru, sebaliknya turunkan kuasakepada murid bertingkah laku buruk iaitu memberi peluangmengarah dan membuat keputusan. Selain itu, Dreikurs jugamencadangkan langkah-langkah menangani tingkah laku

    membalas dendam, misalnya dengan memberi sokongan yangkonsisten kepada murid bermasalah agar menonjolkan prestasibaiknya supaya mudah mendapat perhatian orang lain.

    Dalam langkah keempat pula, seseorang guru perlu memberigalakan kepada murid bermasalah dengan peneguhan atas usahamereka walaupun sedikit sahaja.

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    6/8

    Dengan andaian ini, Dreikurs telahmemperkembangkan sistem akibat logikal dan akibatsemula jadi yang merangkumi akibat tingkah laku yang

    buruk.Akibat logikal merupakan hasil tingkah laku yang

    berikutnya adalah rasional atau bukan-rasional yangmana kedua-duanya melibatkan murid membetulkankesilapan yang dilakukannya. Misalnya, seorang murid

    yang tidak menyiapkan kerja dalam bilik darjah, perlumenyempurnakan kerja itu sebagai kerja rumah.Dreikurs menyatakan bahawa dalam bilik darjah yangdemokratik, akibat logikal membawa implikasi bahawamurid mengetahui akibat tingkah laku yang tidak

    diingini terlebih dahulu. Keadaan ini adalah sebabmereka merupakan peserta yang tentukan peraturandalam sesebuah bilik darjah.

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    7/8

    Seterusnya ialah akibat semula jadi yang berlainan

    sungguh konsepnya dengan akibat logikal. Akibat

    semula jadi merupakan hasil tingkah laku yangberikutnya berlaku secara semula jadi. Mengikutakibat semula jadi ini, seseorang individu yangbertingkah laku buruk akan menerima akibat yangsetimpal dengan tingkah laku buruknya itu.

    Misalnya, seorang murid yang menumbuk ataumenendang dinding bilik darjah dengan kuat akanmenjadikan tangan atau kakinya sendiri lukaberikutan tingkah laku buruknya itu.

  • 8/2/2019 Teori Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

    8/8

    Kesimpulannya, matlamat keseluruhan Dreikurs ialahhukuman bukan suatu kaedah yang berkesan untukmenangani masalah disiplin. Malah, beliau berpendapat

    bahawa tindakan hukuman guru merupakan balasdendamnya terhadap murid selain menunjukkanautoriti guru selain membawa malu kepada murid yangdihukum itu.

    Dreikurs percaya strategi paling berkesan menangani

    masalah tingkah laku ialah pencegahan. Fokusutamanya ialah ke atas tingkah laku konstruktif danbukan disiplin paksaan. Maka, beliau usulkanpembinaan bilik darjah demokratik dan stail pengajarandengan menurunkan kuasa kepada murid agar setiapmurid dapat menyumbang sebagai ahli bilik darjah.Beliau berpendapat bahawa dengan ini, murid akanmempunyai minat sosial dan memahami manfaatdirinya dalam penyertaan aktiviti bilik darjah.