perbezaan instruksi

17
Perbezaan Instruksi: Behaviorisme, Kognitivisme & Konstruktivisme Aspek Behavior isme Kogniti visme Konstrukt ivisme Fokus Pengajar an Berfokuska n pembentuka n tingkah laku pelajar Berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar Berfokuskan pembinaan mental realiti pelajar. Instruks i & Manipula si Pengajar memanipula sikan perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilih Pengajar memanipula sikan proses pemikiran pelajar dengan membekalka n model mental yang perlu diikuti oleh pelajar. Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar membina pengetahuanny a. Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai- bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza. Realiti Yang Realiti pelajar Realiti pelajar

Upload: alice-ling

Post on 11-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Perbezaan Instruksi:Behaviorisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

AspekBehaviorismeKognitivismeKonstruktivisme

Fokus PengajaranBerfokuskan pembentukan tingkah laku pelajarBerfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajarBerfokuskan pembinaan mental realiti pelajar.

Instruksi & ManipulasiPengajar memanipulasikan perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilihPengajar memanipulasikan proses pemikiran pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar.Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar membina pengetahuannya.Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza.

Realiti Yang dipromosikanRealiti pelajar adalah konvergen - semua realitinya dipusatkan kepada satu realiti yang sama.Pengajaran berpusatkan realiti tersebutRealiti pelajar adalah konvergen.

Perbezaan Proses Pembelajaran:Behaviourisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

AspekBehaviourismeKognitivisme Konstruktivisme

Pengetahuan dan tingkah laku - Apakah kaitannya?Pelajar mengadaptasikan tingkah lakunya kepada kontingensi peristiwa dan objektif. Pembelajaran merupakan pengukuhan hubungan antara isyarat dan tingkahlaku yang dicorakkan oleh akibat. Proses ini disebut pembentukan (shaping). Dengan latihan yang cukup, hubungan ini bertambah kuat dan masa antara isyarat dan tingkahlaku bertambah singkat.Perubahan tingkahlaku walaupun boleh dikaji tetapi ia hanya merupakan indikator-indikator tentang apa yang berlaku dalam otak pelajar.Terdapat hubungan antara isyarat dengan tingahlaku tetapi tingkahlaku hanya indikator tak langsung tentang keadaan struktur pengetahuan seseorang. HeuristikSuatu jenis pengetahuan tentang pemikiran dan pengetahuan yang memandu strategi yang anda boleh gunakan demi membantu pelajar menyelesaikan masalah. Anda merupakan pengadil sendiri untuk mempertimbangkan keputusan sendiri.

Realiti dan PeraturanPembelajaran berlaku apabila tertubuhnya hubungan yang boleh diramalkan antara sesuatu rangsangan dalam persekitaran, suatu tingkahlaku, dan suatu akibat. Semua orang mempunyai 'sejarah pengukuhan'.'Sejarah pengukuhan' merupakan keseluruhan pengalaman serta semua hubungan antara rangsang, tingkahlaku dan akibat. Ini akan mempengaruhi tindakan seseorang apabila ia menemui corak rangsangan yang pernah dialami.Contohnya, anda akan mamandu mengikut cara dahulu yang berjaya walaupun ia bukan cara yang terbaik. Realiti dikuatkuasakan secara sosial dan dipersetujui secara universalnya. Pelajar mencerminkan realiti objektif dengan menggunakan realiti luaran sebagai model mental. Contohnya, jika anda dibesarkan di Sandakan, anda akan menerima realiti berasaskan pandangan sosial Sandakan. Ini akan mempengaruhi pandangan anda terhadap semua situasi yang dihadapi. Peraturan melibatkan tindakan. Sekiranya anda melakukan langkah-langkah dengan kerap, prosedur akan menjadi tindakan yang berjalan licin. Pelajar menginterpretasi realiti luaran berasaskan pengalaman individu.Pengetahuan adalah berdasarkan premis bahawa kita membina perspektif dunia kita dengan menggunakan refleksi pengalaman individu. Kita mencipta peraturan sendiri untuk mencari makna tentang pengalaman sendiri. Dengan menyesuaikan model mental kita untuk merangkumi pengalaman baru, kita mengalami proses pembelajaran.

Kawalan PelajarPelajar mengawal latihan tingkahlaku baru berasaskan rangsangan baru sehingga tingkahlau itu menjadi automatik. Jenis-jenis hubungan antara rangsangan dan tingkahlaku: Hubungan Hubungan mudah antara rangsangan unik dan tingkahlaku membawa akibat tertentu. Contohnya, apabila telefon berdering, anda akan menjawab panggilan. Rantaian Hubungan di mana suatu tingkahlaku merupakan rangsangan seterusnya untuk tingkahlaku yang lain. Contohnya, apabila ingin mengingati numbor telefon, seseorang tidak dapat menyebut empat number akhir tanpa menyebut tiga numbor awal. Diskriminasi Ini seolah-olah hubungan tetapi ia melibatkan leibh daripada satu rangsangan yang untuk mencetuskan satu tingkahlaku Contohnya apabila seseorang menjawab telefon, ia bertindak balas terhadap dua rangsangan: 1. Telefon berdering 2.Dia di rumah (bukan di luar).Pelajar memproses simbol dan bergelut dengan pengertian simbol tersebut. Ia berkebolehan membezakan pengetuan konsep dan pengetahuan langkah-langkah prosedur yang terlibat dengan konsep. Pengetahuannya diorganisasikan dalam skemanya. Contohnya, jika seorang ingin bangun ketika jam berdering maka ia perlua mengekalkan pengetahuan tentang konsep 'jam berdering' tetapi mencantumkan konsep ini dengan tindakan bangun. Pengertian atau interpretasi mental tentang 'jam berdering' bertukar kepada 'bangun'. Interpretasi mental yang baru diintegrasikan dalam tindakannya. Mula-mulanya wujud peraturan. Kemudiannya terdapatnya tindakan. Peraturan baru: Apabila jam berdering, bangun. Tindakan baru: Bangun.Realiti dikawal secara dalaman. Ini mengizinkan pelajar mengawal apa dan bagaimana ia belajar. Manusia mencipta interpretasi sendiri terhadap realiti objektif berasaskan skemanya. Misalnya, jika seorang menerima 'C' bagi tugasanya, reaksinya mungkin puas hati atau kehampaan, bergantung kepada skemanya. Jika ibu bapanya tidak mementingkan gred maka 'C' boleh dianggap sebagai baik. Skema pelajar telah menganggap bahawa 'C' sebagai memuaskan. Sebaliknya, jika pelajar diasuh oleh ibu bapa yang memandangkan gred kurang daripada 'A' adalah tidak memuaskan maka skema pelajar itu akan mencerminkan perkara itu. Jadi apabila pelajar terima 'C' maka ia berasa dirinya kurang

Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut: Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan

Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistem

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara

Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.

Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran

Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar

Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar

Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan

Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial.

Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa

Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan

Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu

Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya

Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.

Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplin

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatif

Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had kebolehannya

Penilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran

Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar. Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran. 2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja. 3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya. 4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global. 5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap. 6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan. 7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim. 8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya. 9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.