perayaan tradisi(esei)
DESCRIPTION
LAYAN KTRANSCRIPT
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi
unsur patriotisme.
Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Apa yang dimaksudkan di sini ialah bagaimana sambutan perayaan dapat
memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Ternyata sambutan ini dapat mengukuhkan dan mengekalkan perpaduan lalu
membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.
Insan yang cintakan negara dan bangsa dapat dibentuk melalui semangat perpaduan
seperti menyambut perayaan tradisi kerana melalui sambutan ini, kita dapat menjaga
dan mempertahankan maruah bangsa dan agama dengan menyambut dan
mengamalkan sambutan ini. Dengan meneruskan dan menperkenalkan amalan ini
kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Skaligus
menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.
Dalam ertikata lain, melalui sambutan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita
bangga dengan sejarah bangsa dan agama.
Melalui sambutan perayaan tradisi seperti Hari Raya AidilFitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, dan Hari Wesak. Kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan
berharmoni di antara masyarakaat majmuk, Sambutan perayaan seperti ini juga
mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara anggota masyarakat.
Perayaan seperti AidilFitri, Deepavali dan sebagainya mempunyai pantang larang dan
amalan yang mesti dituruti dan dipatuhi. Untuk melakukan ini individu tersebut
haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menempuhinya. Keadaan ini jika
disemai berterusan akan melahirkan murid yang mempunyai disiplin yang tinggi
terhadap peraturan negara.
Perayaan tradisi juga memerlukan kita menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan
sambutan ini. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warganegara
menyemai sikap-sikap ini bgi memajukan Negara.