peraturan sekolah - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/peraturan_sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk...

7
1 | Page PERATURAN SEKOLAH 1. Tatatertib 1.1 Tatatertib Am 1.1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh sekolah dan mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa. 1.1.2 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan dari mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan pihak sekolah. 1.1.3 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati guru-guru,kakitangan sekolah,pemimpin-pemimpin pelajar,pengawas dan menghormati sesama sendiri. 1.1.4 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan yang boleh dianggap sebagai ingkar perintah sekolah,guru-guru,pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh pengetua. 1.1.5 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai : 1.1.5.1 Mencemarkan nama baik sekolah 1.1.5.2 Mencemarkan nama baik mana-mana individu 1.1.5.3 Melakukan vandelisme terhadap, sama ada harta sekolah atau harta orang perseorangan. 1.1.5.4 Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah. 1.1.5.5 Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau kakitangan sekolah. 1.1.5.6 Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu. 1.1.5.7 Melakukan perbuatan menyeksa,mendera secara fizikal / mental atau mengugut mana-mana individu. 1.1.5.8 Penampilan yang tidak mencerminkan pelajar cemerlang (rohani dan jasmani) 1.1.6 Setiap pelajar hendaklah mencapai kecemerlangan yang konsisten dan menghayati budaya 2C2T(cekap,cepat,tegas dan tepat). 1.1.7 Setiap pelajar hendaklah menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan kerohanian. 1.1.8 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,kokurikulum,sahsiah dan penampilan diri. 1.1.9 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati tetamu dengan memberi salam dan sedia membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. 1.1.10 Setiap pelajar tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Upload: hoangthuy

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN SEKOLAH - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/Peraturan_Sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. ... 1.1.12 Sebarang surat menyurat ... 1.7.8 Pelajar yang

1 | P a g e

PERATURAN SEKOLAH

1. Tatatertib

1.1 Tatatertib Am

1.1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh sekolah

dan mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.

1.1.2 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan dari mana-mana pihak berwajib yang

ada hubungan dengan pihak sekolah.

1.1.3 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati guru-guru,kakitangan

sekolah,pemimpin-pemimpin pelajar,pengawas dan menghormati sesama sendiri.

1.1.4 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan yang boleh dianggap sebagai ingkar perintah

sekolah,guru-guru,pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat

demikian oleh pengetua.

1.1.5 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau

dianggap sebagai :

1.1.5.1 Mencemarkan nama baik sekolah

1.1.5.2 Mencemarkan nama baik mana-mana individu

1.1.5.3 Melakukan vandelisme terhadap, sama ada harta sekolah atau harta orang

perseorangan.

1.1.5.4 Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.

1.1.5.5 Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau

kakitangan sekolah.

1.1.5.6 Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu.

1.1.5.7 Melakukan perbuatan menyeksa,mendera secara fizikal / mental atau mengugut

mana-mana individu.

1.1.5.8 Penampilan yang tidak mencerminkan pelajar cemerlang (rohani dan jasmani)

1.1.6 Setiap pelajar hendaklah mencapai kecemerlangan yang konsisten dan menghayati budaya

2C2T(cekap,cepat,tegas dan tepat).

1.1.7 Setiap pelajar hendaklah menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah dalam bidang

akademik, kokurikulum dan kerohanian.

1.1.8 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan

menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,kokurikulum,sahsiah dan

penampilan diri.

1.1.9 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati tetamu dengan memberi salam dan sedia

membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan.

1.1.10 Setiap pelajar tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Page 2: PERATURAN SEKOLAH - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/Peraturan_Sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. ... 1.1.12 Sebarang surat menyurat ... 1.7.8 Pelajar yang

2 | P a g e

1.1.11 Pelajar mesti peka tentang tarikh, masa dan tempat untuk semua aktiviti.

1.1.12 Sebarang surat menyurat / penyertaaan aktiviti dengan pihak luar mestilah melalui

Pengetua.

1.2 Tatatertib di Pejabat, Bilik Guru dan Pejabat Asrama.

1.2.1 Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.

1.2.2 Hendaklah mengetuk pintu dan memberi salam terlebih dahulu.

1.2.3 Gunakan bahasa yang betul, jelas, ringkas dan bersopan.

1.2.4 Gunakan panggilan yang betul,contoh : Saudara,saudari,Encik,Puan,Cikgu.

1.2.5 Gunakan pakaian yang formal / sopan

1.2.6 Sentiasa mengucapkan terima kasih selepas sesuatu urusan.

1.2.7 Tidak membuat bising

1.2.8 Berurusan dengan pihak yang berkenaan sahaja.

1.3 Masa Persekolahan

1.3.1 Masa persekolahan / Kelas Persediaan

Isnin – Jumaat : 7.20 – 3.40 / 4.40 petang

Sabtu : 8.00 – 12.30 tengahari

1.4 Perhimpunan

1.4.1 Perhimpunan adalah wajib bagi semua pelajar.Kegagalan menghadiri perhimpunan

dianggap satu kesalahan.

Masa :

Isnin : 7.20 – 8.20 pagi (Perhimpunan Rasmi)

Selasa – Jumaat : 7.00 – 7.20 pagi (Perhimpunan

harian)

1.4.2 Pelajar dikehendaki masuk ke dewan dan

beratur mengikut kelas masing-masing.

1.4.3 Kerusi guru hendaklah disusun di atas

pentas oleh pelajar bertugas.

1.4.4 Pelajar dilarang meletak beg/buku di luar

dewan.

1.4.5 Perhimpunan dijalankan dalam Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris bergilir-gilir.

1.4.6 Semua pengumuman / ceramah / laporan

buku hendaklah dibuat dengan jelas, tepat,

ringkas dan berkesan.

1.4.7 Pelajar diwajibkan membawa buku catatan dan pen / pensil untuk membuat catatan.

1.4.8 Pelajar-pelajar mestilah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan.

1.4.9 Pelajar-pelajar mestilah menghayati doa, ikrar dan lagu-lagu semasa perhimpunan.

1.4.10 Pelajar hendaklah keluar dewan dengan cara yang teratur, cepat dan senyap.

Page 3: PERATURAN SEKOLAH - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/Peraturan_Sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. ... 1.1.12 Sebarang surat menyurat ... 1.7.8 Pelajar yang

3 | P a g e

1.5 Penampilan diri

1.5.1 Pakaian Sekolah

1.5.1.1 Kain sarung berwarna biru muda(sekolah menengah).Panjang melepasi 1 inci

di bawah buku lali dan tidak ketat.

1.5.1.2 Baju kurung putih,potongan leher mestilah berbentuk teluk belanga dan

tidak ketat.

1.5.1.3 Tudung sekolah berwarna putih dan tepi tidak bercorak.

1.5.1.4 Kasut bertutup berwarna hitam dan ber tumit tidak melebihi 1 inci.

1.5.1.5 Stokin sekolah berwana hitam.

1.5.1.6 Beg sekolah yang sesuai dan cukup besar untuk membawa semua buku yang

dijadualkan dan tidak berfesyen.

1.5.1.7 Pelajar hendaklah sentiasa memakai tandanama.

1.5.1.8 Pelajar dikehendaki memakai pakaian unit beruniform yang lengkap pada

setiap hari Rabu.

1.5.1.9 Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan ketika menghadiri kelas

Pendidikan Jasmani dan memakai seluar trek berwarna hitam atau biru gelap

dan berkasut sukan berwarna putih /hitam/biru gelap sahaja dan bukan

berwarna cerah seperti hijau,oren,merah jambu dan ungu.

1.5.2 Baju kurung hendaklah berkancing walaupun bertudung

1.5.3 Semua pelajar hendaklah berpakaian lengkap,kemas bersih dan sopan.

1.5.4 Kuku hendaklah sentiasa pendek,bersih dan tidak diwarnakan dengan ‘cutex’

1.5.5 Pemakaian barang perhiasan seperti gelang tangan, rantai, cincin dan apa-apa

barang perhiasan yang setara adalah dilarang pada bila-bila masa.

1.5.6 Pelajar dimestikan memakai kain dalam dan ‘camisole’

1.5.7 Pakaian dalam yang berwarna warni dan bercorak tidak dibenarkan kecuali berwarna

coklat,putih atau warna kulit.

1.5.8 Pelajar dilarang memakai subang lebih daripada satu pada telinga dan subang

hendaklah bersaiz kecil.

1.5.9 Pelajar dilarang menindik hidung dan anggota-anggota badan yang lain.

1.5.10 Pelajar dilarang bertatoo dan menyimpan rambut berekor serta berambut terlalu

pendek sehingga menyerupai lelaki.

1.6 Kehadiran

1.6.1 Semua pelajar perlu menghadiri sebarang aktiviti 5 minit sebelum waktu:

1.6.1.1 Hari persekolahan

1.6.1.2 Kelas-kelas persediaan

1.6.1.3 Waktu ujian bulanan / peperiksaan

1.6.1.4 Aktiviti kokurikulum

1.6.1.5 Solat berjemaah

1.6.1.6 Aktiviti Pembangunan Insan

1.6.1.7 Kelas tambahan / klinik

1.6.1.8 Perhimpunan mingguan

1.6.1.9 Kelas mengaji

1.6.1.10 Semasa ‘roll call’

1.6.1.11 Kelas komputer

Page 4: PERATURAN SEKOLAH - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/Peraturan_Sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. ... 1.1.12 Sebarang surat menyurat ... 1.7.8 Pelajar yang

4 | P a g e

1.6.2 Pelajar tidak dibenarkan untuk ke luar negara bagi tujuan melancong atau

menunaikan umrah pada hari persekolahan.

1.6.3 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mesti mempunyai

kenyataan bertulis daripada ibu bapa atau surat akuan doktor(sijil sakit).Sekiranya

tidak hadir pelajar akan dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan

sewajarnya.

1.6.4 Tindakan akan diambil keatas pelajar yang tidak hadir ke sekolah lebih daripada 3

hari berturut-turut tanpa kenyataan atau 7 hari alam sebulan atau bila-bila masa

melebihi 10 hari.

1.6.5 Surat peringatan penggantungan persekolahan akan dikeluarkan kepada pelajar yang

tidak hadir ke sekolah melebihi 20 hari tanpa kenyataan.Pelajar-pelajar akan

digantung sekolah jika tidak hadir melebihi 40 hari tanpa kenyataan.

1.6.6 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 60 hari tanpa kenyataan akan

diberhentikan sekolah.

1.6.7 Prosedur Mengeluarkan surat amaran :

Bil Tidak hadir berturut-turut

Tidak hadir tidak berturut-turut

Tindakan

1 Pada hari ke-3 Pada hari ke - 10 Surat Amaran 1

2 7 hari selepas amaran 1 10 hari selepas amaran 1 Surat amaran 2

3 10 hari selepas amaran 2 20 hari selepas amaran 2 Surat amaran akhir

4 14 hari selepas amaran akhir 20 hari selepas amaran akhir Diberhentikan sekolah

Jumlah 34 hari 60 hari

1.7 Ujian Bulanan / Peperiksaan

1.7.1 Kerusi dan meja pelajar disusun seperti dalam peperiksaan umum.

1.7.2 Meja pelajar dikosongkan dan bahagian laci menghadap ke hadapan, alat tulis sahaja

diletakkan diatas meja.

1.7.3 Segala bentuk carta atau maklumat pelajaran tidak boleh dipamerkan pada meja

atau papan kenyataan kelas.

1.7.4 Pelajar hendaklah mengurus diri dan menyediakan alatan yang cukup sebelum

peperiksaan / ujian bermula.

1.7.5 Pelajar tidak dibenarkan tidur atau meniru(sekiranya didapati meniru pelajar tidak

dibenarkan meneruskan ujian/peperiksaan dan markah sifar dan dikenakan tindakan

disiplin)

1.7.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar semasa waktu peperiksaan / ujian kecuali dengan

kebenaran.

1.7.7 Hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan keluar pada satu masa untuk ke bilik air.

1.7.8 Pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan atas sebab peribadi seperti

sakit,ponteng dan sebagainya tidak dibenarkan mengambil peperiksaan pada waktu

lain kecuali menjadikannya sebagai latihan dan markah tidak akan diambil kira.

Page 5: PERATURAN SEKOLAH - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/Peraturan_Sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. ... 1.1.12 Sebarang surat menyurat ... 1.7.8 Pelajar yang

5 | P a g e

1.8 Kerja rumah

1.8.1 Pelajar-pelajar diwajibkan melengkapkan kerja rumah yang diberikan.

1.8.2 Pelajar-pelajar dilarang membuat kerja rumah semasa pengajaran dan pembelajaran

kecuali dengan arahan guru.

1.8.3 Pelajar-pelajar diwajibkan menghantar kerja rumah kepada guru tepat pada

waktunya.

1.9 Keselamatan harta benda

1.9.1 Harta benda sekolah :

Setiap pelajar bertanggungjawab diatas harta benda sekolah

1.9.2 Harta benda sendiri :

Harta milik peribadi adalah tanggungjawab pelajar sendiri.Pelajar tidak dibenarkan

menyimpan wang melebihi RM 30.00 pada satu masa.

1.9.3 Wang yang melebihi RM 30.00 hendaklah disimpan oleh guru mentor / guru

tingkatan / waden.

(Nota : Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kecuaian dan kehilangan harta milik

peribadi)

1.10 Keceriaan / kebersihan

Semua pelajar diwajibkan menjaga kebersihan dan keceriaan sekitar kawasan sekolah dan

asrama termasuk :

a) Kelas

b) Kamar

c) Tandas

d) Bilik-bilik Khas

e) Laluan

f) Dewan Melati

g) Dewan Bistari

h) Taman-taman

i) Padang sekolah / gelanggang

j) Sekitar asrama

k) Parit sekitar kawasan sekolah dan asrama

l) Kantin

1.11 Penjagaan dan penggunaan bilik darjah

1.11.1 Hias dan ceriakan bilik darjah sepanjang masa

1.11.2 Kerusi dan meja hendaklah sentiasa tersusun

1.11.3 Lantai mestilah disapu setiap hari

1.11.4 Sampah-sampah hendaklah dibuang setiap hari

1.11.5 Perkara-perkara yang mesti ada di papan kenyataan bilik darjah:

- Jadual waktu

- Jadual tugas

- Takwim sekolah

- Kalender

- Maklumat / jadual-jadual yang diedarkan

Page 6: PERATURAN SEKOLAH - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/Peraturan_Sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. ... 1.1.12 Sebarang surat menyurat ... 1.7.8 Pelajar yang

6 | P a g e

dari semasa ke semasa

- Peraturan sekolah dan bilik darjah

- Inventori

1.11.6 Meja guru hendaklah sentiasa bersih dan dihias dengan rapi.

1.11.7 Papan kenyataan hendaklah dikemaskini

1.11.8 Papan putih mestilah dipadam setelah habis bagi setiap matapelajaran

1.11.9 Tidak dibenarkan duduk di kelas pada waktu rehat

1.11.10 Tidak dibenarkanmembawa makan di kelas pada waktu persekolahan dan waktu

prep.

1.11.11 Alat-alat seperti penyapu dan bulu ayam hendaklah digantung

1.11.12 Tidak dibenarkan duduk di meja dan kerusi guru kecuali pengawas bertugas.

1.11.13 Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan jika tiada penghuni

1.11.14 Langsir hendaklah terpasang dalam keadaan kemas

1.11.15 Pelajar yang hendak keluar dari kelas semasa P & P hendaklah memakai pas keluar

1.11.16 Tidak dibenarkan membuat bising semasa di dalam kelas.

1.11.17 Masuk ke kelas hendaklah tepat pada waktunya.

1.11.18 Pelajar tidak dibenarkan menampal gambar dan sebagainya di dinding kelas.

1.11.19 Semua maklumat yang hendak disampaikan di kelas mestilah menggunakan bahasa

formal.

1.11.20 Denda akan dikenakan sekiranya kelas didapati dalam keadaan kotor / tidak kemas.

1.12 Penggunaan Dewan Sekolah (Dewan Bestari)

1.12.1.1 Dewan sekolah boleh digunakan untuk permainan, pementasan,seminar atau

ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

1.12.1.2 Kebenaran menggunakan dewan sekolah mestilah diperolehi terlebih dahulu

daripada Pengetua melalui guru penasihat masing-masing.

1.12.1.3 Untuk kegunaan pementasan, kuiz, bahas dan seminar penempah adalah

bertanggungjawab mengatur kerusi dan alatan pentas serta mengemas,membersih

dan memulang semula alatan ke tempat asal selepas digunakan.

1.12.1.4 Pelajar-pelajar dan persatuan yang menggunakan dewan hendaklah mematuhi

peraturan berikut :-

a) Bertanggungjawab ke atas keselamatan harta

benda yang ada di dalam dewan.

b) membersih dan mengemas dewan selepas

digunakan

c) Padamkan lampu, kipas dan penghawa dingin selepas digunakan.

1.13 Penggunaan kantin

1.13.1 Pada hari persekolahan pelajar dibenarkan ke kantin pada waktu rehat sahaja.

1.13.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dan persekitarannya.

1.13.2.1 Menjaga kebersihan kerusi dan meja.

1.13.2.2 Meletakkan pinggan / mangkuk / cawan /

gelas / sudu / garfu ditempat yang

disediakan.

1.13.2.3 Membuang sampah ke dalam tong sampah.

Page 7: PERATURAN SEKOLAH - stf.edu.mystf.edu.my/v3/hem/Peraturan_Sekolah.pdf · membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan. ... 1.1.12 Sebarang surat menyurat ... 1.7.8 Pelajar yang

7 | P a g e

1.13.3 Setiap pelajar mestilah menjaga kesopanan semasa di kantin dengan :

1.13.3.1 Beratur semasa membeli makanan

1.13.3.2 Duduk semasa makan / minum

1.13.3.3 Memesan makanan dengan menggunakan

bahasa yang sopan.

1.14 Kawasan larangan 1.14.1 Pejabat sekolah dan pejabat-pejabat guru kecuali ada urusan tertentu sahaja. 1.14.2 Bilik makmal/bilik tayangan, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Lukisan, Gimnasium, Bilik

Komputer, Bilik Gerakan, Bilik Tetamu dan bilik profesional kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat persatuan.

1.14.3 Dewan makan kecuali waktu makan/minum atau operasi pembersihan. 1.14.4 Dapur Asrama dan tangki air. 1.14.5 Kawasan ibu sawat elektrik dan tempat menyimpan

kenderaan sekolah. 1.14.6 Kawasan rumah Pengetua, Penolong Kanan, rumah guru dan rumah pekerja.

1.14.7 Kawasan asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu riadah, solat jemaah, aktiviti petang atau persatuan dan waktu kelas persediaan.

1.14.8 Pada waktu malam jika tiada kelas persediaan, pelajar mesti berada di kawasan asrama sahaja kecuali dengan kebenaran.

1.15 Pemeriksaan Mengejut (Spot Check)

1.15.1 Pemeriksaan mengejut boleh dilakukan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

1.15.2 Guru Disiplin,guru-guru ,warden dan pengawas boleh melakukan pemeriksaan mengejut ke

atas pelajar dengan memeriksa beg dan almari milik pelajar.

1.15.3 Guru-guru / warden boleh mengambil barang-barang yang merupakan barang yang dilarang

dibawa ke sekolah / asrama.