peraturan pertandingan ping pong · pdf fileborang senarai dan susunan nama pemain ......

4
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG CAMPURAN 1. AM Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PING PONG Karnival Sukan MPIC 2012. 2. PENGELOLA Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN 3.1 Yuran penyertaan ialah sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang pos/deraf bank/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB. 3.2 Setiap pasukan perlu mendaftarkan pemain seramai sebelas (11) orang dalam satu pasukan (8 pemain lelaki dan 3 pemain wanita). Pendaftaran hendaklah menggunakan borang online yang telah disediakan. 3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 3.4 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1 Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012. 4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN Tarikh dan tempat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012. 5. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 5.1 Tertakluk kepada Peraturan Karnival Sukan MPIC 2012 5.2 Mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM). 5.3 Hanya getah yang disenaraikan dalam ‘List Authorised Racket Covering’ No. 33 , berkuatkuasa 1 July 2012 – 31 December 2012 sahaja yang dibenarkan.

Upload: vanhuong

Post on 07-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG  · PDF fileBORANG SENARAI DAN SUSUNAN NAMA PEMAIN ... Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan MPIC 2012 pertandingan 30

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG CAMPURAN

1. AM

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PING PONG Karnival Sukan MPIC 2012.

2. PENGELOLA

Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

3.1 Yuran penyertaan ialah sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang pos/deraf bank/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB.

3.2 Setiap pasukan perlu mendaftarkan pemain seramai sebelas (11) orang dalam satu pasukan (8 pemain lelaki dan 3 pemain wanita). Pendaftaran hendaklah menggunakan borang online yang telah disediakan.

3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

3.4 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1 Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh dan tempat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012.

5. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

5.1 Tertakluk kepada Peraturan Karnival Sukan MPIC 2012

5.2 Mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM).

5.3 Hanya getah yang disenaraikan dalam ‘List Authorised Racket Covering’ No. 33, berkuatkuasa 1 July 2012 – 31 December 2012 sahaja yang dibenarkan.

Page 2: PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG  · PDF fileBORANG SENARAI DAN SUSUNAN NAMA PEMAIN ... Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan MPIC 2012 pertandingan 30

5.4 Penggunaan getah ‘pimple’ yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali.

6. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 7, Peraturan Karnival Sukan MPIC 2012.

7. FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Format pertandingan adalah seperti berikut:a) 1- Perseorangan Lelaki b) 1- Bergu Lelaki (Pertama)c) 1- Bergu Lelaki (Kedua)d) 1- Perseorangan wanitae) 1- Bergu Campuran

7.2 Hanya pemain perseorangan lelaki dibenarkan bermain dalam satu

acara bergu sahaja.

8. KIRAAN MATA

Perlawanan adalah menggunakan kiraan 11 mata dalam satu set dan berdasarkan lima (5) set terbaik.

9. SUSUNAN PERLAWANAN

9.1 Susunan perlawanan adalah seperti berikut:

9.1.1 Perseorangan Lelaki 9.1.2 Bergu Lelaki (Pertama)9.1.3 Bergu Campuran9.1.4 Bergu Lelaki (Kedua)9.1.5 Perseorangan wanita

9.2 Pasukan yang akan berlawan hendaklah berada digelanggang lima (5) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberi kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

11. BORANG SENARAI DAN SUSUNAN NAMA PEMAIN

11.1 Borang susunan nama pemain hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan MPIC 2012 pertandingan 30 minit sebelum sesuatu perlawanan dijalankan.

11.2 Tiada pertukaran pemain dibenarkan selepas borang ini diserahkan.

Page 3: PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG  · PDF fileBORANG SENARAI DAN SUSUNAN NAMA PEMAIN ... Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan MPIC 2012 pertandingan 30

12. PEMBERIAN MATA DAN PENENTU KEMENANGAN

12.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:

(a) Menang : 2 mata(b) Kalah : 0 mata

12.2 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai dan jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan pemenang di antara pasukan yang memperolehi mata yang sama banyak

12.3 Sekiranya ada 2 Pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka Johan Kumpulan akan ditentukan berdasar keputusan di antara 2 pasukan tersebut.

12.4 Andaikata terdapat 3 pasukan yang memperolehi jumlah mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunakan mengikut urutan.

(a) Bilangan Perlawanan : Nisbah menang / kalah(b) Bilangan Permainan/Set : Nisbah menang / kalah(c) Bilangan mata permainan : Nisbah menang / kalah

13. "WALK OVER"

Sekiranya mana-mana pasukan tidak menghantar borang senarai dan susunan pemain selepas lima (5) minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan.

14. KUASA

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. Pasukan yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya.

15. BOLA KEJOHANAN

Bola Nitakku 3 Star, 40mm, ‘warna Oren’ akan digunakan dalam kejohanan ini.

16. KESELAMATAN

16.1 Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012 tidak akan bertanggung jawab keatas sebarang kemalangan / kecederaan /

Page 4: PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG  · PDF fileBORANG SENARAI DAN SUSUNAN NAMA PEMAIN ... Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan MPIC 2012 pertandingan 30

kerugian / kehilangan harta benda pemain sebelum, semasa atau selepas kejohanan ini.

16.2 Semua pemain diminta mematuhi arahan dari Jawatankuasa Pengelola dari masa ke semasa.

16.3 Kerjasama diminta dari semua pemain agar menjaga kebersihan dewan dan persekitarannya.

17. PENGADILAN

Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012 akan menyediakan pengadil yang bertauliah.

18. BANTAHAN DAN RAYUAN

Adalah seperti yang tertera di Perkara Perkara 14 dan 15, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.