peraturan pertandingan bola baling...

10
1|Bola Baling MSSWP PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan MSSWP – Sekolah bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun lelaki dan perempuan. 2.2 Tempoh permainan Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati pusingan kedua dengan masa permainan 10 minit setiap separuh masa (10 : 1 : 10) (diputuskan semasa mesyuarat penyelarasan/pengelolaan zon dan negeri) 2.3 Masa Rehat Pasukan (1 minit) 2.3.1 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa. (Peringkat Kalah Mati sahaja). 2.3.2 Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15cm x 20cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper). 2.3.3 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran untuk rehat 1 minit : - Semasa pasukannya mengawal bola - Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja terdiri daripada 7 orang pemain dengan 5 orang pemain gantian dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan. 3.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing 3.2.1 Pengurus Pasukan 3.2.2 Jurulatih 3.3 Bagi penyertaan berpasukan bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, SEORANG pemain tingkatan 6 atas yang berumur bawah 20 tahun bagi setiap kategori dibolehkan menyertai pasukan.

Upload: buidien

Post on 20-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

1 | B o l a B a l i n g M S S W P

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALINGMAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGANPertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola BalingAntarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN2.1 Pertandingan berpasukan MSSWP – Sekolah bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18

tahun lelaki dan perempuan.2.2 Tempoh permainan

Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati pusingan kedua dengan masapermainan 10 minit setiap separuh masa (10 : 1 : 10)

(diputuskan semasa mesyuarat penyelarasan/pengelolaan zon dan negeri)2.3 Masa Rehat Pasukan (1 minit)

2.3.1 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out)sekali bagi setiap separuh masa. (Peringkat Kalah Mati sahaja).

2.3.2 Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-manapasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KADHIJAU berukuran 15cm x 20cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).

2.3.3 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran untuk rehat 1 minit :- Semasa pasukannya mengawal bola- Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari

pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar

3. PENDAFTARAN PEMAIN3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja terdiri daripada 7

orang pemain dengan 5 orang pemain gantian dengan menggunakan borangpendaftaran yang disediakan.

3.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagipasukan masing-masing3.2.1 Pengurus Pasukan3.2.2 Jurulatih

3.3 Bagi penyertaan berpasukan bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, SEORANGpemain tingkatan 6 atas yang berumur bawah 20 tahun bagi setiap kategoridibolehkan menyertai pasukan.

Page 2: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

2 | B o l a B a l i n g M S S W P

4. PAKAIANSila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut :4.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya

dengan nombor masing-masing di depan dan belakang dengan ukuran ketinggiannombor sekurang-kurangnya 20cm di belakang dan 10cm dibahagian hadapan.Pemakaian jersi bernombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamatkejohanan.

4.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya,keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah kepada pasukan yang namanyadisebut dahulu dalam borang pertandingan.

4.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstudenam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkansama sekali.

4.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yangberlainan warna bagi setiap peringkat umur.

4.5 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masing-masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

5. SISTEM PERTANDINGANSistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut :5.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)

5.1.1 Pusingan Pertama5.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka

hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.Pertandingan akan dijalakan secara liga.

5.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalampertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulanseperti berikut :

Johan - Kumpulan ANaib Johan - Kumpulan BKetiga - Kumpulan CKeempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empatkumpulan tersebut dengan cara cabutan undi mengikutundang-undang permainan berkenaan

5.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambilbahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklahdipertimbangkan kedudukannya.

Page 3: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

3 | B o l a B a l i n g M S S W P

5.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

5.1.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingansuku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan seperti berikut :5.1.2.3 Undian bagi 4 pasukan Johan setiap kumpulan akan didahulukan

untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 75.1.2.4 Undian bagi 2 pasukan Naib Johan kumpulan untuk ditempatkan

di kedudukan 2 atau 4 jika pasukan yang menjadi Johankumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau7. Manakala 2 pasukan naib Johan yang lain akan diundi jugauntuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

5.1.2.5 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhirakan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan danNaib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akanbermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

1

2

3

4

5

6

7

8

5.2 Cara Liga Tiga Kumpulan

5.2.1 Pusingan Pertama5.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka

mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, Bdan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

5.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga dalam pertandingantahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :Kumpulan A - Johan tahun laluKumpulan B - Naib Johan tahun laluKumpulan C - Tempat Ketiga tahun laluPasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulantersebut melalui undian.

Page 4: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

4 | B o l a B a l i n g M S S W P

5.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambilbahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklahdipertimbangkan kedudukannya.

5.2.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)5.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan

ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakanundian.

5.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.5.2.2.3 Daripada 3 pasukan Johan kumpulan, satu akan ditempatkan

ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.5.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan

lain daripada Johan kumpulannya.

5.2.3 Pusingan Akhir5.2.3.1 Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk

menentukan Johan dan Naib Johan.5.2.3.2 Naib Johan kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y

untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

5.3 Cara Liga Dua Kumpulan5.3.1 Pusingan Pertama

5.3.1.1 Sekiranya 6 pasukan hingga 8 pasukan yang mengambilbahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada duakumpulan iaitu A dan B.

5.3.1.2 Johan dan tempat Keempat dalam pertandingan tahun laluakan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan sertatempat Ketiga ditempatkan dalam kumpulan B.

5.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulandengan cabutan undi.

5.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambilbahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklahdipertimbangkan kedudukannya.

5.3.2 Pusingan Kedua5.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan

Johan kumpulan B akan melawan Johan kumpulan A.5.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5.3.3 Pusingan Akhir5.3.3.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan

Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan kumpulan A bagimenentukan Johan dan Naib Johan.

5.3.3.2 Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanan di atas akanmenentukan tempat Ketiga dan Keempat.

Page 5: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

5 | B o l a B a l i n g M S S W P

5.4 Cara Liga Satu Pusingan5.4.1 Sekiranya 5 atau kurang daripada lima pasukan yang mengambil bahagian,

pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yangmendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN6.1 Secara Liga

Cara Memberi Mata

Menang - 2 mataSeri - 1 mataKalah - 0 mata

6.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama makapemenang akan ditentukan seperti berikut :6.1.1.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak

akan dikira menang.6.1.1.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak

dikira menang.6.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya

dikira menang.6.1.1.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

6.2 Kalah Mati6.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh

masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memenuhipemenangnya.6.2.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah

berehat 5 minit.6.2.1.2 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit

diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan.6.2.1.3 Jika keputusan masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan.6.2.1.4 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca,

penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidakmengizinkan, maka lambungan duit syiling (50sen) sebanyak 3(tiga) kali hendaklah dijalankan.

6.2.2 Sistem Balingan 7 Meter (Penalti)6.2.2.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7

meter dengan cara membaling berselang seli oleh 5 pemain.6.2.2.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan

secara berselang- seli dengan sistem “Sudden Death” sehinggakeputusan diperoleh.

6.2.2.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itudijalankan.

6.2.2.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yangmenang akan membuat balingan dahulu.

Page 6: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

6 | B o l a B a l i n g M S S W P

6.2.2.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanantersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter.

6.2.2.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter danpenjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balinganpercuma.

6.2.2.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengahgelanggang.

6.2.2.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan7 meter dijalankan.

7. GELANGGANG PERMAINANSila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsda (IHF)

7.1 Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasankeselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter darigarisan gol.

8. ALATAN (BOLA)

PERINGKAT UMUR LILITAN BERAT SAIZ BOLA

12 Tahun Perempuan12 Tahun Lelaki

50 – 52 cm 290 – 330 gm Saiz 1

15 Tahun Perempuan18 Tahun Perempuan15 Tahun Lelaki

54 – 56 cm 325 -375gm Saiz 2

18 Tahun Lelaki 58 – 60 cm 425 – 475gm Saiz 3

9. KELEWATANHanya 10 minit diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihaklawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAHPasukan / peserta tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.Sekiranya satu pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengajadaripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang disertainya akandibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dantindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan.

10.1 Surat tunjuk sebab hendaklah dihantar kepada pengelola dan pengelolahendaklah membuat laporan kepada YDP MSSWPKL.

10.2 Pasukan tersebut hendaklah membayar tambang perjalanan pasukan yanghadir.

10.3 Tindakan susulan akan ditentukan oleh YDP MSSWPKL.

Page 7: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

7 | B o l a B a l i n g M S S W P

11. SINGKIR (KAD MERAH) DAN PEMBATALAN11.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah

dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.11.2 Pemain yang menerima kad merah kerana digantung (2 minit) 3 kali berturut-

turut, ia hanya tidak dibenarkan bermain untuk perlawanan itu sahaja dandibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.

11.3 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan dibatalkan, ia tidak dibenarkanberada di kawasan kejohanan sepanjang pertandingan dijalankan.

12. BANTAHAN12.1 Bantahan secara bertulis hendaklah diserahkan dalam tempoh 15 minit

selepas perlawanan berakhir.12.2 Bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM 200 dan

tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak diterima.

13. LEMBAGA JURI RAYUAN13.1 Pengerusi Pengelola Pertandingan13.2 Setiausaha Pertandingan13.3 Wakil MSSWPKL – Penyelaras Permainan Unit Sukan JPWP13.4 Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Negeri13.5 3 orang pengurus pasukan dari pasukan yang bertanding dan tidak terlibat

dengan bantahan tersebut

14. LEMBAGA TATATERTIB14.1 YDP MSSWPKL14.2 Setiausaha Agung MSSWPKL14.3 Penyelaras Permainan MSSWPKL14.4 Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Negeri14.5 Pengerusi Pengelola Pertandingan14.6 Setiausaha Pertandingan14.7 Ketua Pengadil Negeri

15. PERATURAN TAMBAHAN15.1 Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh

penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanyaboleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percumatersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkanmelakukan sebarang pertukaran.(peraturan 2:5)

15.2 Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman(kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga golyang dibolehkan untuk pertukaran.(peraturan 2:8)

15.3 Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untukrawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepadapasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku,pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangatkesukanan.(peraturan 4:11)

Page 8: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

8 | B o l a B a l i n g M S S W P

15.4 Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibatdalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan.(peraturan 4:1)

15.5 Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padanguntuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil.(peraturan 4:2)

15.6 Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengansekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga boladilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padangsehingga tiupan wisel.(peraturan 10.3)

15.7 Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol sertaterdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman.(klarifikasi no 4)

15.8 Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapatbalingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul olehpengadil.(peraturan 15.6)

15.9 Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yangterhampir kepada pasukan lawan.(peraturan 11.3)

15.10 Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luargelanggang. (klarifikasi no 3)

16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANSemua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan olehJawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalahmuktamad.

Sila rujuk Peraturan AM (19) MSSWPKL

Page 9: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

9 | B o l a B a l i n g M S S W P

UKURAN GELANGGANG

Page 10: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSWPbolabalingsentulkl.weebly.com/.../3/8483515/peraturan_pertandingan... · Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling

10 | B o l a B a l i n g M S S W P

UKURAN GOL