peraturan permainan tradisional - konda- kondi

Upload: cikgu-madrid

Post on 20-Jul-2015

547 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PERATURAN PERMAINAN KONDA KONDI 1. Permainan ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B 2. Penentuan kumpulan akan ditentukan dengan menggunakan toss coin. 3. Kumpulan A akan bertindak selaku pasukan yang akan membaling kayu. 4. Kumpulan B pula akan bertindak selaku pasukan yang akan menyambut kayu yang dibaling. 5. Setiap ahli dalam pasukan A akan beratur di kawasan pembaling untuk membaling kayu. 6. Setiap ahli dalam pasukan B pula akan mengambil mana-mana tempat di kawasan penyambut untuk menyambut kayu. 7. Sekiranya kayu yang dibaling berjaya disambut oleh pihak lawan@ pasukan B, pihak yang membaling dan pasukannya akan hilang satu giliran permainan. 8. Sekiranya kayu yang dibaling tidak dapat disambut pula, pihak yang berdekatan dengan tempat kayu itu jatuh, dikehendaki untuk melemparkan kayu yang dikenali sebagai anak kayu itu masuk ke dalam lubang yang ditempatkan ibu kayu. 9. Pasukan pembaling @ pasukan A akan hilang satu giliran permainan sekiranya anak kayu yang dibaling berjaya masuk atau mengenai lubang. 10. Sekiranya anak kayu yang dibaling tidak masuk dan tidak mengenai lubang, mata akan dikira dan diberikan kepada pasukan pembaling@pasukan A. 11. Sistem kiraan mata akan menggunakan panjang anak kayu iaitu satu batang anak kayu bersamaan 1 mata. 12. Permainan akan berlangsung selama 10 minit bagi kedua-dua pasukan. 13. Sekiranya pasukan A hilang giliran untuk membaling bola, pasukan B pula akan mengambil giliran dan begitulah seterusnya sehingga 10 minit tamat. 14. Corak permainan bagi setiap pasukan yang bertanding adalah sistem kalah mati. 15. Setiap perlanggaran daripada mana-mana peraturan di atas akan dikenakan demerit 3 markah.

RULES OF "KONDA KONDI" GAME 1. This game consists of two groups ; group A and group B 2. The 'toss coin' method is used in order to divide the team members according to their group 3. Group A will be conducting the game by throwing the stick 4. While group B will be the one catching the stick thrown by group A 5. Each and every one of group A's team members will be lining up on the throwing ground 6. While each of group B's team members will be scattered on the catching ground to catch the stick 7. Group A will lose their next turn for every stick caught by group B 8. Incase if group B failed to catch the stick, anyone closest to the catching ground must throw it into the hole provided 9. Again, group A will lose their next turn if the stick was thrown direct into the hole 10. But if group B failed to place the stick into the hole, points will be given to group A 11. Points will be calculated based on the range between the hole and the place where the stick was placed. The length of the stick will determine the calculation of the point. 1 stick = 1 point 12. 10 minutes are provided for both teams in each game 13. If group A lose their turn to throw the ball, group B will be replacing and continuously rotate till 10 minutes is over 14. This is a "knockout game" 15. 3 points will be deducted if you go against any of the rules above