peraturan permainan tradisional

10
BORANG SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN BIL NAMA PESERTA KUMPULAN NO. KAD PENGENALAN 1 2 3 4 5 6

Upload: kitchens-mem

Post on 12-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: peraturan permainan tradisional

BORANG SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN

BIL NAMA PESERTA KUMPULAN NO. KAD

PENGENALAN

1

2

3

4

5

6

Page 2: peraturan permainan tradisional

PERATURAN PERMAINAN BALING SELIPAR

ANJURAN

5 PISMP BM

______________________________________________________________

1 KELAYAKAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih lelaki dan perempuan Institut

Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim.

2 YURAN PENYERTAAN

Yuran akan dikenakan ke atas setiap pasukan. Jumlah yuran adalah sebanyak

RM10 setiap pasukan, manakala RM 2 dikenakan ke atas setiap guru pelatih sebagai

yuran makan dan minum.

Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang penyertaan dan diserahkan

sebelum tarikh tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa

Karnival.

Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan akan ditolak.

3 PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 5 orang peserta dan seorang

peserta simpanan.

Bagi setiap perlawanan, setiap apsukan dibenarkan menurunkan seramai 5 orang

pemain dan seorang pemain simpanan.

Page 3: peraturan permainan tradisional

4 PENGADIL

Pihak penganjur akan menyediakan empat orang pengadil dan seorang ketua

pengadil dalam setiap perlawanan.

Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

5 PERATURAN PERTANDINGAN

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan

dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan

memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari

kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,

sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak

kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah

( jika ada ) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.

Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan

permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung

sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung pihak lawan, maka permainan itu

mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga

mati.

Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran

berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada

pihak lawan.

Page 4: peraturan permainan tradisional

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan

buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.

Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan pusingan

penentuan.

6 SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.

Pusingan Awal

6.2.1.1 Setiap unit akan menurunkan empat orang pemain

sebagai satu pasukan di mana akan menentang

dengan pasukan lawan yang terdiri daripada empat

orang anggota juga. Pertandingan ini akan

dibahagikan kepada 2 buah kumpulan iaitu Kumpulan

A terdiri daripada 5 pasukan dan Kumpulan B terdiri

daripada enam pasukan.

6.2.1.2 Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan giliran

dalam kumpulan. Salah satu pasukan dalam

kumpulan A akan mendapat ‘bye’ pada pusingan

pertama apabila melalui undian nanti.

6.2.1.3 Pemenang akan ditentukan apabila terdapat hanya

dua pasukan dalam setiap kumpulan. Dua pasukan

dalam kumpulan tersebut akan ke peringkat separuh

akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan dalam

kumpulan.

6.2.1.4 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana – mana

kumpulan dengan hanya dua (2) pasukan sahaja

yang mengambil bahagian dalam pasukan

berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan

Page 5: peraturan permainan tradisional

lagi satu secara automatik dipindahkan ke dalam

kumpulan yang kurang.

.2.0 Pusingan Separuh Akhir

6.2.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan

ditempatkan dalam dua kumpulan iaitu kumpulan X

dan Y seperti berikut:

6.2.2.2

KUMPULAN X KUMPULAN Y

Johan Kumpulan A

Naib Johan Kumpulan B

Johan Kumpulan B

Naib Johan Kumpulan A

6.2.2.3 Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati

6.2.3 Pusingan Akhir

6.2.3.1 Pemenang kumpulan X akan melawan Pemenang

Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib

Johan.

Page 6: peraturan permainan tradisional

6.2.4 Carta aliran pertandingan

Pasukan A ( bye )

Pasukan B

Pasukan C Johan A

Pasukan D

Pasukan E

Johan

Pasukan A ( bye )

Pasukan B

Pasukan C

Johan B

Pasukan D

Pasukan E

Pasukan F ( bye )

Page 7: peraturan permainan tradisional

7 TEMPOH PERLAWANAN

7.1 Perlawanan akan dilangsungkan selama 15 minit dengan 7 minit untuk

setiap separuh masa ( 7 x 1 x 7 ) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

7.2 Perlawanan separuh akhir dan akhir di peruntukan masa perlawanan

selama 10 minit pada setiap separuh masa ( 10 x 1 x 10 ) dan 1 minit

untuk pertukaran tempat.

8 BANTAHAN

8.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya

5 minit selepas perlawanan tersebut tamat.

8.2 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang

disediakan oleh urusetia.

8.3 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

9 PAKAIAN PEMAIN

9.1 Setiap pasukan diwajibkan memakai pakaian sukan.

9.2 Setiap pemain hendaklah memakai kain batik sebagai tema pakaian pada

hari itu.

10 KECEDERAAN

10.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat

sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa

pertandingan berlangsung.

Page 8: peraturan permainan tradisional

11 PERINGATAN

11.1 Jawatankuasa pengelola pertandingan adalah berhak dan berkuasa

menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara

yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.

11.2 Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara

yang bertentangan dengan undang-undang semasa berlangsungnya

kejohanan.