perangkaan kes babit golongan pelajar naik sekali ganda tahun lalu

2
Perangkaan kes babit golongan pelajar naik sekali ganda tahun lalu KUALA LUMPUR: Perlakuan jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah semakin membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda bagi kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 200! Perangkaan Polis "iraja Malaysia #P"RM$ menunjukkan sepanjang 200, sebanyak %,&'( kes di kalangan remaja termasuk jenayah berat seperti rogol, ragut, samun berkumpulan dan bersenjata serta jenayah kekerasan dilaporkan dengan ),(0 kes membabitkan pelajar sekolah! *agi sepanjang tahun lalu pula, ',)&' kes di kalangan remaja dilaporkan, masing+ masing ),( kes membabitkan pelajar dan %,2)- kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan %- peratus dan (% peratus berbanding 200! Perangkaan pada 200 juga menunjukkan %,2&% kes membabitkan pelajar dan (,( kes bukan pelajar ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara, manakala %, 0) pelajar dan (,(0( bukan pelajar ditahan tahun lalu! .ementara itu, bagi lima bulan pertama tahun ini, sebanyak '-' kes jenayah dilaporkan di kalangan pelajar, manakala ),0(- bukan pelajar dengan masing+ masing membabitkan 2,(2& tangkapan! *erikutan peningkatan kes di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, /aib Pengerusi ayasan Pen1egahan enayah Malaysia #M3P4$, 5an .ri Lee Lam 5hye, berkata Mesyuarat 6738 M3P4 bersetuju menjadikan belia sebagai 9okus dalam program anjurannya tahun ini! Katanya, tumpuan utama program yang akan dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan mengambil berat serta mengetahui akti iti anak mereka kerana didikan a;al bermula dari rumah! *eliau berkata, sebagai permulaan, M3P4 menganjurkan satu perhimpunan membabitkan remaja dan belia di Pusat "agangan Antarabangsa Melaka #M<53$ pada 2% ulai ini, yang akan dirasmikan oleh 5imbalan Perdana Menteri, 5an .ri Muhyiddin assin! =Program besar+besaran itu bertemakan >Remaja *ersatu, Memerangi enayah? bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit supaya menjauhkan diri terbabit dalam akti iti tidak sihat,@ katanya! .ementara itu, dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja dan kanak+kanak, Lee berkata, beliau sendiri menghantar kakitangan M3P4 membuat

Upload: aliff-mansor

Post on 07-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masalah sosial

TRANSCRIPT

Perangkaan kes babit golongan pelajar naik sekali ganda tahun lalu

KUALA LUMPUR: Perlakuan jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah semakin membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda bagi kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 2009.

Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sepanjang 2009, sebanyak 3,654 kes di kalangan remaja termasuk jenayah berat seperti rogol, ragut, samun berkumpulan dan bersenjata serta jenayah kekerasan dilaporkan dengan 1,409 kes membabitkan pelajar sekolah.

Bagi sepanjang tahun lalu pula, 5,165 kes di kalangan remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009.

Perangkaan pada 2009 juga menunjukkan 3,263 kes membabitkan pelajar dan 4,497 kes bukan pelajar ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara, manakala 3,701 pelajar dan 4,404 bukan pelajar ditahan tahun lalu.

Sementara itu, bagi lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 585 kes jenayah dilaporkan di kalangan pelajar, manakala 1,048 bukan pelajar dengan masing-masing membabitkan 2,426 tangkapan.

Berikutan peningkatan kes di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata Mesyuarat EXCO MCPF bersetuju menjadikan belia sebagai fokus dalam program anjurannya tahun ini.Katanya, tumpuan utama program yang akan dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan mengambil berat serta mengetahui aktiviti anak mereka kerana didikan awal bermula dari rumah.

Beliau berkata, sebagai permulaan, MCPF menganjurkan satu perhimpunan membabitkan remaja dan belia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 23 Julai ini, yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program besar-besaran itu bertemakan Remaja Bersatu, Memerangi Jenayah bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit supaya menjauhkan diri terbabit dalam aktiviti tidak sihat, katanya.

Sementara itu, dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja dan kanak-kanak, Lee berkata, beliau sendiri menghantar kakitangan MCPF membuat pemantauan di kafe siber sekitar Lembah Klang dan hasilnya amat membimbangkan apabila ia sering dikunjungi golongan terbabit yang menghabiskan masa bermain permainan video dalam talian.

Hasil pemantauan itu, kita akan membuat rumusan sebelum mengkaji jalan penyelesaian bersama pihak berkaitan termasuk ibu bapa dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja, katanya