perancangan program di malaysia

14
Perancangan Program di Malaysia Kuliah 12 Dr. HaninaHH

Upload: celina

Post on 15-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perancangan Program di Malaysia. Kuliah 12. Pembangunan di Malaysia: Badan-badan yang bertanggungjawab. Jentera pentadbiran kerajaan Malaysia terbahagi kepada tiga kelompok peringkat dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan bersandarkan kepada dasar-dasar kerajaan yang memerintah. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Perancangan Program di Malaysia

Kuliah 12

Page 2: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Pembangunan di Malaysia: Badan-badan yang bertanggungjawab Jentera pentadbiran kerajaan Malaysia terbahagi

kepada tiga kelompok peringkat dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan bersandarkan kepada dasar-dasar kerajaan yang memerintah.

Dalam konteks ini, Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) telah menggariskan dengan jelas tiga kelompok peringkat yang dimaksudkan iaitu jentera-jentera kerajaan di peringkat :Kerajaan Persekutuan.Kerajaan Negeri.Kerajaan Tempatan.

Page 3: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Secara umumnya, Pejabat Daerah merupakan jentera pentadbiran Kerajaan yang amat penting khususnya sebagai perantaraan untuk melaksanakan segala dasar dan program-program Kerajaan di peringkat daerah. Ia juga merupakan nadi dan penghubung langsung antara Kerajaan dengan orang ramai terutamanya di peringkat akar umbi. Sementara itu,Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia pula adalah ditaklukkan pewujudnya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang antara lainnya mengawalselia aspek perkhidmatan perbandaran di peringkat PBT. PBT di Sabah dan Sarawak pula diwujud berdasarkan peruntukan-peruntukan ordinan bagi negeri masing-masing.

Page 4: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Pejabat Daerah &Pihak Berkuasa TempatanBermula sebagai sebuah institusi yang memainkan peranan

penting dalam pelaksanaan undang-undang, menjaga ketenteraman awam serta sebagai pemungut cukai utama kerajaan, peranannya telah berkembang menjadi agensi penyelarasan pembangunan yang dinamik dan seterusnya bertindak sebagai penggerak, perancanagutama serta pelaksana kemajuan ekonomi dan pembangunan di peringkat daerah.

Era 90’an telah memperlihatkan negara ini beralih ke arah pembangunan perindustrian, teknologi tinggi dan perbandaran yang pesat. Ini mengakibatkan fungsi dan peranan Pejabat Daerah juga telah berubah dan bertambah dari semasa ke semasa.

pentadbiran kedua-dua institusi ini melambangkan imej pentadiran kerajaan.

Page 5: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Pejabat Daerah &Pihak Berkuasa TempatanPejabat Daerah dan PBT adalah dua agensi kerajaan yang berlainan

dari segi kewujudan dan perundangannya.

Pejabat Daerah diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri sebagai “decentralised units of adminstration” dan proses ini disebut sebagai “deconcentration”

PBT (Semenanjung Malaysia) pula ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 (Akta 171) sebagai “devolved units of goverment” dan prosesnya dinyatakan sebagai “devolution”.

Fungsi yang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan PBT pada umumnya adalah berlainan. Walau bagaimanapun, di dalam beberapa aspek pembangunan, kedua-dua instiusi ini merupakan nadi dan penghubung langsung antara kerajaan dengan orang ramai dan keberkesanan pentadbiran kedua-dua institusi ini melambangkan imej pentadiran kerajaan.

Page 6: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Pejabat Daerah

Pentadbiran daerah adalah di tahap ketiga dalam sistem pentadbiran negara dan PBT pula meupakan peringkat ketiga dalam sistem kerajaan dan kedua-duanya terletak di peringkat tempatan/daerah. Pentadbiran PBTpada hakikatnya terletak di bawah kawasan pentadbiran daerah.

Terdapat dua atau tiga PBT berada dalam sesuatu pentadbiran daerah.

Bagi Majlis-Majlis Daerah yang kecil, Pegawai Daerah dilantik menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua Majlis Daerah tersebut.

Page 7: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Struktur organisasi Pejabat Daerah pernah disusun semula pada tahun 1995, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) pada 10 Jun 1994 yang telah bersetuju dengan kaedah penentuan kategori sesebuah daerah secara objektif.

Kaedah ini telah mengambil kira 9 faktor atau kriteria utama seperti berikut :

i. Skop tanggungjawab Pegawai Daerah.ii. Pengurusan kakitangan.iii. Pengurusan kewangan dan hasil.iv. Saiz dan bilangan penduduk daerah.v. Sisio politik.vi. Kedudukan sisio ekonomi.vii. Pertumbuhan ekonomi.viii. Beban tugas.ix. Peruntukan pembangunan serta potensi pembangunan

daerah-daerah tersebut.

Page 8: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Pejabat Daerah mempunyai 3 program utama iaitu :Pentadbiran Daerah/Am.Pentadbiran tanah.Pembangunan.

Page 9: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bagi pentadbiran di peringkat PBT pula, ia terbahagi kepada 3 jenis

iaitu Majlis/Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis daerah. Kriteria yang diguna pakai bagi penentuan status PBT adalah seperti berikut :

Majlis/Dewan Bandaraya.a) Pusat pentadbiran sesebuah negeri.b) Penduduknya tidak kurang dari 300,000 orang.c) Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil tahunannya tidak

kurang dari RM 80 juta.d) Mengalami perkembangan dan dan pembangunan ekonomi yang pesat.e) Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institut

kewangan yang kukuh.f) Merupakan pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab-maktab,

universiti-universiti dan perpustakaan.g) Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat

aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting.

Page 10: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Majlis Perbandarana) Bandar utama seperti pusat pentadbiran sesebuah negari

atau daerah.b) Penduduknya tidak kurang daripada 100,000 orang.c) Jumlah hasil tahunannya mesti tidak kurang dari RM 10 juta.d) Mempunyai pusat pentadbiran yang sedia ada.e) Keperluan penduduknya lebih kepada perkhidmatan

perbandaran yang berkualiti berbanding dengan projek-projek pembangunan prasarana.

f) Ciri-ciri lain yang dianggap perlu ada bagi sesebuah Majlis Perbandaran termasuk tahap kecekapan pengurusan yang tinggi berasaskan perkara seperti pungutan cukai, penguatkuasaan dan pemberian perkhidmata.

Page 11: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Majlis Daeraha) Lain-lain kawasan selain bandar-bandar

utama.b) Penduduknya kurang 100,000 orang.c) Jumlah hasil tahunannya kurang dari RM 10

juta.d) Keperluan penduduk lebih kepada projek-

projek pembangunan prasana berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.

Page 12: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Berdasarkan kepada model-model tadi, pada umumnya PBT mempunyai 6 program utama seperti yang ditunjukkan dalam carta fungsi PBT iaitu :a) Khidmat Pengurusan.b) Perbendaharaan.c) Penilaian.d) Perancangan, Pembangunan dan Lanskap.e) Kawalan Bangunan.f) Perkhidmatan Masyarakat dan Perbandaran.

Page 13: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Antara undang-undang yang dikenalpasti ialah :a) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).b) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133).d) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984.e) Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997 (Akta 572).

Kesemua PBT adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Sungguhpun demikian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras PBT-Pbt tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan , memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Page 14: Perancangan  Program  di  Malaysia

Dr. HaninaHH

Cabaran Pentadbiran Daerah dan PBT.Ekonomi.Sosial budaya.Politik dan pentadbiran.Teknologi.

Isu dan masalah :a) Organisasi “Right-size”.b) “Flatter vs Hierarchical Organisation”.c) Pengurusan Sempadan.d) Status “Incongruence”.e) Kualiti Kepimpinan.f) Fungsi “Conflicting” dan “Overlapping”.g) Beban Tugas.h) “Diminishing Function”.i) Sistem Penyampaianj) Kepakaran dan “Learning Curve”