perancangan program latihan kepada atlet

37

Upload: yussuff84

Post on 24-Jun-2015

3.280 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

di buat semasa ceramah klinik olahraga SMK Beaufort 2010

TRANSCRIPT

Page 1: perancangan program latihan kepada atlet
Page 2: perancangan program latihan kepada atlet

PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN

PERIODISASI LATIHAN

PEMBOLEHUBAH PERIODISASI

PERSEDIAAN UNTUK

PERTANDINGAN

PENGENALAN

MERANCANG SESI LATIHAN

PEMANTAUAN LATIHAN

Page 3: perancangan program latihan kepada atlet

1. Keberkesanan satu program latihan dapat diukur melalui beberapa faktor seperti:pencapaian atlet secara berterusanpencapaian organisasi melahirkan atlet

berprestasi tinggi.

2. Sebuah program latihan memerlukan satu pelan latihan tahunan atau periodisasi yang dibentuk melalui beberapa fasa latihan.

Page 4: perancangan program latihan kepada atlet

1. Satu proses pembahagian perancangan latihan kepada beberapa fasa latihan khusus.

2. Tujuan periodisasi latihan ialah:- Memudahkan penyediaan sesuatu program latihan.Menentukan sasaran pencapaian sesuatu matlamatMenjadi garis panduan kepada pencapaian yang

betul.Membantu jurulatih dan atlet melaksanakan latihan

dengan lebih sistematik.Memudahkan proses penilaian dan pemantauan

keberkesanan program latihan yang dilakukan.

Page 5: perancangan program latihan kepada atlet

Fasa latihan.

Fasa latihan dibahagikan kepada tiga iaitu:-Fasa persediaan.Fasa pertandinganFasa transisi.

Page 6: perancangan program latihan kepada atlet

Fasa persediaan.

1. Mempengaruhi hala tuju keseluruhan program latihan yang telah dirancang.

2. Perancangan yang tidak mencapai objektif dalam fasa persediaan ini merosakkan fasa-fasa latihan yang berikutnya.

3. Fasa persediaan dibahagikan kepada dua subfasa iaitu:

i. Persediaan umum.• Menumpukan kepada pembinaan komponan

kecergasan fizikal (tahap kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan asas)

Page 7: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

• Ciri-ciri latihan memfokuskan kepada isipadu latihan maksimum ( 85% hingga 100%) dari kemampuan sedia ada, intensiti rendah (40% hingga 70%) kemampuan maksimum

• Jangka masa latihan adalah antara enam hingga empat belas minggu bergantung dengan jenis sukan.

• Latihan tempoh singkat adalah bagi sukan-sukan berkemahiran seperti ping-pong, badminton, bola tampar etc manakala bagi sukan yang berasaskan kemampuan fizikal adalah sukan tempoh lama seperti olahraga dan renang.

Page 8: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

ii. Persediaan khusus• Memfokuskan kepada pengkhususan latihan mengikut

bidang sukan yang diceburi.• Bagi acara yang berasaskan daya tahan seperti pelari jarak

jauh, isipadu latihan masih tinggi (semasa persediaan umum) dan intensiti latihan di tingkatkan sehingga 90% kemampuan sedia ada.

• Bagi sukan yang berasaskan kepada kekuatan seperti pelari pecut, isipadu dikurangkan kepada 65% hingga 80% sementara bagi intensiti di tingkatkan sehingga 95% kemampuan maksimum.

• Jangka masa bagi latihan ini adalah enam hingga sepuluh minggu.

Page 9: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

• Bagi sukan yang berasaskan kepada daya tahan, kaedah latihan seperi Long Slow Distance (LSD), Fartlek, litar dan bebanan perlu dilakukan secara kerap manakala bagi sukan yang berasaskan kepada kelajuan dan kekuatan, kaedah latihan seperti jeda jarak sederhana dan dekat, pecutan berulang, litar, bebanan dan pliometrik digunakan bagi meningkatkan kuasa.

Page 10: perancangan program latihan kepada atlet

Fasa pertandingan.

Latihan dalam fasa ini terbahagi kepada dua iaitu:-

i. Prapertandingan• Latihan dalam fasa ini memfokuskan kepada

komponan kemahiran yang terdapat dalam bidang sukan yang diceburi.

• Latihan yang bertujuan mengekalkan tahap kecergasan dilakukan dalam bentuk permainan kecil, permainan sebenar dan simulasi.

Page 11: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

• Bagi acara-acara yang berasaskan kepada daya tahan, isipadu latihan masih lagi kekal tinggi dan intensiti mengikut keperluan khusus sukan tersebut manakala bagi sukan yang berasaskan kepada kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah rendah (60% hingga 70%) tetapi intensiti adalah 100% kemampuan maksimum.

• Selain dari latihan kemahiran khusus, latihan latihan fizikal (pecutan berulang, jeda jarak dekat, pliometrik) diteruskan bagi mendapatkan kecergasan optimum.

• Jangka masa bagi latihan ini adalah enam hingga lapan minggu.

Page 12: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

ii. Pertandingan• Memfokuskan kepada mengekalkan kecergasan

dan tahap kemahiran secara optimum.• Apabila hampir kepada tarikh dan musim

pertandingan, isipadu dan intensiti perlu melalui peringkat tapering off yang bertujuan atlet berada pada peringkat prestasi puncak semasa pertandingan sebenar.

Page 13: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

• Penilaian terhadap kecergasan dilakukan dalam permainan sebenar atau melalui ujian (mengikut sukan).

• Pada fasa ini aktiviti latihan fizikal yang terdapat dalam fasa pertandingan boleh diaplikasikan tetapi mengurangkan kekerapan latihan.

Page 14: perancangan program latihan kepada atlet

Fasa transisi.

• Fasa ini juga dikenali sebagai fasa peralihan iaitu memfokuskan kepada pemulihan terhadap fisiologi, psikologi, rehabilitasi kecederaan dan mengatasi kebosanan oleh atlet.

• Rehat aktif sangat digalakkan kepada atlet bagi mengelakan penurunan tahap kecergasan yang teruk.

• Tahap kecergasan perlu dikekalkan kepada 40% hingga 60% daripada kemampuan maksimum.

• Fasa ini juga membolehkan penilaian terhadap program latihan yang telah dilakukan bagi proses training editing dilakukan oleh jurulatih dan atlet.

Page 15: perancangan program latihan kepada atlet

PEMBOLEHUBAH PERIODISASI.

Terdapat empat pembolehubah yang mempengaruhi periodisasi iaitu:

i. Isipadu• Merujuk kepada kuantiti latihan/aktiviti yang

dilakukan semasa latihan• Gabungan dari aspek jangka masa latihan, jarak,

beban dan kekerapan latihan.

Page 16: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

ii. Intensiti• Merujuk kepada tahap kerja yang dilakukan oleh

atlet semasa melakukan latihan.• Jangka masa dan kadar kerja yang diberi dalam

sesuatu latihan.• Konsep inteksiti ialah lebih banyak kerja/aktiviti

yang dilakukan dalam satu jangka masa spesifik, semakin tinggi inteksiti latihan tersebut.

• Intensiti diukur melalui kadar kelajuan (jarak) dan berat beban bagi aktiviti rintangan.

Page 17: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

iii. Prestasi• Merujuk kepada tahap pencapaian atlet semasa

pertandingan.• Pembolehubah bagi tahap prestasi ialah intensiti

latihan kerana kedua-dua faktor ini adalah berhubung kait.

• Latihan-latihan berintensiti tinggi perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasi tetapi dilakukan secara beransur-ansur berlandaskan kepada prinsip latihan kecergasan.

Page 18: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

iv. Super compensation.• Satu tahap peningkatan prestasi yang dicapai oleh

atlet setelah melalui proses pemulihan (kelesuan) semasa latihan, pertandingan.

• Proses super compensation ini berlaku apabila dalam satu keadaan, sistem biologi beradaptasi dengan latihan/pertandingan sehingga menyebabkan badan berada pada tahap lesu kemudian semasa proses pemulihan (berehat) daripada peringkat kelesuan, tubuh badan tiba-tiba menghasilkan satu kemampuan diluar paras keupayaan.

Page 19: perancangan program latihan kepada atlet

PERSEDIAAN UNTUK PERTANDINGAN.

Terdapat empat komponan utama dalam persediaan untuk pertandingan iaitu:

i. persediaan fizikal• persediaan fizikal memfokuskan kepada latihan

yang mengkhususkan kepada bidang/sukan yang diceburi yang bertujuan untuk meningkatkan keupayan fizikal dan lakuan motor berada pada tahap optimum.

Page 20: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

• Ciri-ciri latihan yang dilakukan adalah berunsurkan kepada penyesuaian sistem tenaga.

• Contoh: sistem tenaga anaerobik alaktik adalah dominan dengan acara melontar peluru maka latihan lebih berfokuskan kepada aktiviti latihan kekuatan dan kuasa.

Page 21: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

ii. persediaan teknikal• merujuk kepada kaedah latihan spesifik yang

bertujuan meningkatkan tahap penguasaan sesuatu kemahiran.

• Contoh: ingin mendapatkan kecondongan 45 darjah rejaman lembing, latihan yang mefokuskan kepada penguasaan merejam lembing kecondongan 45 darjah dilakukan secara kerap sehingga mahir.

Page 22: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

iii. persediaan taktikal• merujuk kepada strategi dan perancangan yang

akan digunakan semasa pertandingan.• Taktikal memerlukan pengumpulan maklumat dari

pesaing-pesaing lain bagi mendapat ruang mencapai kejayaan.

Page 23: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

• Contoh: bagi acara 4X400m, kedudukan pelari adalah mengikut prestasi. Pelari ketiga seharusnya pelari terbaik 400m, pelari terakhir adalah kedua terbaik 400m, pelari pertama adalah keempat terbaik 400m dan pelari kedua adalah pelari ketiga terbaik 400m.

Page 24: perancangan program latihan kepada atlet

Samb…

iv. persediaan psikologi.• Persediaan ini memfokuskan kepada aktiviti

seperti kemahiran penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri.

• Ini adalah satu proses saintifik iaitu pelengkap kepada persediaan fizikal, teknikal dan taktikal.

Page 25: perancangan program latihan kepada atlet

MERANCANG SESI LATIHAN

1. Sesi latihan adalah unit terkecil dalam periodisasi.

2. Jangka masa latihan adalah 1 hingga 3 jam.3. Sesi latihan merangkumi:-

- Pengenalan dan memanaskan badan.- Objektif khusus- Menyejukan badan dan perbincangan.

Page 26: perancangan program latihan kepada atlet

Pengenalan dan memanaskan badan

Berdasarkan kepada jadual sesi latihan.

Page 27: perancangan program latihan kepada atlet

PEMANTAUAN LATIHAN

Ada tiga cara untuk memastikan perjalanan latihan yang sistematik iaitu: Masa aktivitiPeratusan Kadar Denyutan Nadi (KDN)Peratusan daripada bebanan maksimum (1RM).

Page 28: perancangan program latihan kepada atlet

MASA AKTIVITI

• Pengurangan masa untuk sesuatu aktiviti akan mewujudkan peningkatan terhadap intensiti

• Contoh: latihan jeda jarak sederhana 60 meter dilakukan 8 saat bagi satu larian dikurangkan kepada 7 saat bagi satu larian.

Page 29: perancangan program latihan kepada atlet

PERATUSAN KADAR NADI

• Terdapat tiga jenis kadar nadi yang perlu diketahui oleh seorang atlet iaitu: Kadar Nadi Rehat (KNR)Kadar Nadi Latihan (KNL)Kadar Nadi Maksimum (KNM)

Page 30: perancangan program latihan kepada atlet

Kadar Nadi Rehat (KNR)

• Di ambil semasa tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal

• Waktu yang paling sesuai untuk mengambil KNR ialah selepas bangun dari tidur.

• Ambil selama 10 saat denyutan nadi pada ketika itu kemudian darabkan dengan 6, jumlah tersebut akan menunjukan kadar nadi rehat anda selama 1 minit.

Page 31: perancangan program latihan kepada atlet

Kadar Nadi Latihan (KNL)• Diambil semasa melakukan aktiviti fizikal.• Cara pengambilan KNL adalah berbeza dan di ambil dengan

langkah-langkah berikut.1.Tolak kadar nadi maksimum seorang manusia (220 dsm) dengan

umur anda.contoh: 220-17=203 dsm

2. Kirakan kadar nadi semasa bersenam mengikut formula berikut: anda

Page 32: perancangan program latihan kepada atlet

Formula: 60% x KNM=?contoh: 60/100 x 203=122 dsm (KNL)

3. Kira limit bahagian atas dan bawah zon kadar nadi yang dikehendaki (THR).

Formula: KNM x 0.8=?/6 (UL-THR) KNM x 0.6=?/6 (LL-THR)

contoh: 203 x 0.8=162/6=27 (UL-THR) 203 x 0.6=122/6=20 (LL-THR)

Page 33: perancangan program latihan kepada atlet

contoh: 203 x 0.8=162/6=27 (UL-THR) 203 x 0.6=122/6=20 (LL-THR)

• UL-THR ialah 162 dsm dengan denyutan kadar nadi sebanyak 27 kali dalam 10 saat.

• LL-THR ialah 122 dsm dengan denyutan kadar nadi sebanyak 20 kali dalam 10 saat.

Page 34: perancangan program latihan kepada atlet

UL-THR

• Upper limit target heart rate.• Sekiranya kadar nadi berada pada tahap ini

selepas pemanasan badan, isipadu dan intensiti perlu dikurangkan kerana KNM hanya dicapai selepas aktiviti yang isipadunya dan intensitinya adalah tinggi.

Page 35: perancangan program latihan kepada atlet

LL-THR

• Lower limit target heart rate.• Sekiranya kadar nadi berada pada tahap ini

selepas pemanasan badan, isipadu dan intensiti perlu tambah kerana aktiviti yang dilakukan tidak mencapai tahap pemanasan badan yang sepatutnya berdasarkan kepada KNM.

Page 36: perancangan program latihan kepada atlet

PERATUSAN DARIPADA BEBANAN MAKSIMUM (1 RM)

• 1 Repetition maximum.• Bertujuan untuk memantau latihan bebanan

mengikut objektif latihan.• 1 RM bermaksud rintangan maksimum yang

dapat diangkat/digerakkancontoh: 90% adalah sebagai objektif latihan

5 RM beban yang telah dilakukan“90 / 100 x 5=4.5 (Bebanan maksimum)”

Page 37: perancangan program latihan kepada atlet