laporan perancangan pembangunan pendidikan di malaysia

24
8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 1/24  FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KURSUS : KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR TUGASAN KUMPULAN ARTIKEL ILMIAH : PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA AHLI KUMPULAN : D20111047925 D20111047937 D20111047947 KUMPULAN : N PENSYARAH : CIK IZAZOL BINTI IDRIS TARIKH HANTAR : MINGGU KE-7

Upload: nazurah-razak

Post on 05-Apr-2018

304 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 1/24

 

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KURSUS : KPF 3012

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR

TUGASAN KUMPULAN

ARTIKEL ILMIAH : PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

AHLI KUMPULAN :

D20111047925

D20111047937

D20111047947

KUMPULAN : N

PENSYARAH :

CIK IZAZOL BINTI IDRIS

TARIKH HANTAR :

MINGGU KE-7

Page 2: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 2/24

 

2

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PERANCANGAN PENDIDIKAN4

3 RANCANGAN MALAYSIA :

RANCANGAN MALAYSIA KE-8 5 - 8

RANCANGAN MALAYSIA KE-9 9 - 13

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 14 - 18

RANCANGAN MALAYSIA KE-10 19 - 22

4 KESIMPULAN 23

5 RUJUKAN 24

Page 3: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 3/24

 

3

PENGENALAN

Faktor pendidikan adalah elemen paling penting dalam pembangunan sumber manusia.Kepentingan dan peranan faktor pendidikan dalam pembangunan sumber manusia telah

menyebabkan masyarakat dunia memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan pendidikan.

Pelaburan dalam pendidikan memberi impak besar ke atas pembangunan ekonomi sesebuahnegara. Di Malaysia, pembangunan pendidikan dijadikan strategi utama Dasar Ekonomi Baruyang bermatlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Masyarakat

mempunyai harapan besar terhadap pendidikan yang memberi peluang kepada generasi akandatang untuk mobiliti sosial dan sekaligus bebas daripada belenggu kemiskinan . Setiap lima

tahun sekali kerajaan pasti memperuntukkan sejumlah besar daripada bajet yang diperuntukkanuntuk membangunkan pendidikan di Negara kita dalam belanjawan Negara, ini bertujuan

membangunkan pendidikan di negra kita bagi melahirkan modal insan yang lebih berkualiti.

Pendidikan adalah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkanfizikal,intelek,sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan

kemahiran,kebolehan,pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberkegembiraan,faedah dan kemajuan dalam kehidupannya,membantu dan mendorongnya bertindak 

dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat,bangsa dan Negara. Perancanganpembangunan adalah penting bagi kebanyakan negara membangun. Bagi memastikan segala

perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik. Sistem pendidikan harus mampumemenuhi kehendakkomersil dan industri, dan boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya

dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Dalam setiap perancangan lima tahunMalaysia, unsur pendidikan dan latihan sangat ditekankan dan peruntukan perbelanjaan yang

tinggi telah disalurkan untuk sektor ini.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) pula memberi penekanan kepada perancanganuntuk mempertingkatkan tenaga kerja professional dan mahir dalam bidang sains dan industri

kerana bilangan pekerja dalam bidang sains, teknologi dan pengurusan perniagaan di peringkatdiploma dan ijazah tidak mencukupi. Dalam Rancangan Malaysia Keempat (RMK4), PSM

dianggap input penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial kerana pertumbuhan ekonomitahun 1970an dikaitkan dengan peningkatan produktiviti pekerja (Malaysia 1981). Konsep 3M

iaitu kebolehan membaca, menulis dan mengira di perkenalkan diperingkat sekolah rendah.Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) pula merupakan rancangan lima tahun terakhir bagi DEB

dan berhasrat untuk melahirkan tenaga manusia yang berkualiti dan produktif seiring dengankeperluan pasaran ekonomi. Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) merupakan permulaan DPN

yang bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja dan berdisiplin dan produktif melalui pengukuhansains dan teknologi (S&T) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Rancangan Malaysia

Ketujuh (RMK7) meliputi bahagian kedua DPN pula mengiktiraf kepentingan sumber manusiabagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh produktiviti. Rancangan Malaysia

Ketujuh (RMK7) meliputi bahagian kedua DPN pula mengiktiraf kepentingan sumber manusiabagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh produktiviti. Rancangan Malaysia

Kelapan (RM8) (Malaysia 2001) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RM9) (Malaysia 2006) juga sangat menekankan pendidikan dan latihan untuk pembangunan ekonomi negara.

Page 4: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 4/24

 

4

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

Hasrat wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia yang bersatu padu.Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan usaha bagi memastikan matlamt

perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan. Antaranya :

1)  Memperkenalkan sekolah wawasan untuk mewujudkan perpaduan. Konsep SekolahWawasan ialah usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan

negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yangdahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik 

dalam satu ruang yang sama. Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain dapatberinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu akan lahir satu generasi

Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.

2)  Perancangan kearah ICT melalui wawasan 2020. Sekolah akan dibekalkan dengankemudahan ICT bagi membolehkan melahirkan pelajar-pelajar yang celik IT.

3)  Melahirkan modal insan yang bijak intelek dan bersahsiah. Memperkenalkan mata

pelajaran Sivik dan Kenegaraan pada tahun 2003 dan Pendidikan Moral diperingkatrendah dan menengah bertujuan untuk member kesedaran kepada para pelajar tentang

hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnyasemangat patriotism,kesejahteraan dan keharmonian kaum.

4)  Memberi peluang kepada individu yang tidak menunjukkan kecemerlangan dalam

bidang akademik. Mewujudkan aliran teknik dan vokasional kepada mereka. KemahiranTEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri

yang berkaitan.

5)  Melahirkan 60 % pelajar aliran sains dan 40 % pelajar aliran sastera. Menubuhkansekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster. Sekolah berprestasi tinggi adalah sekolah

yang terbaik di Malysia ,dipilih mengikut keperluan,berupaya untuk bersaing diperingkatantarabangsa. Sekolah kluster pula terbahagi kepada dua iaitu sekolah kluster akademik 

dan sekolah kluster kecemerlangan. Sekolah kluster akademik hanya cemerlang dalamakademik sahaja. Manakala sekolah kluster kecemerlangan pula cemerlang dalam semua

bidang.

Page 5: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 5/24

 

5

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMKe-8) 2001-2005

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001-2005 merupakan

fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3),2001-2010. DasarWawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan

negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya

tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar dan strategidalam tempoh RMK-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya

tahan.

Konsep Sekolah Wawasan bertujuan memupuk integrasi antara kaum, serta merupakantempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah Wawasan

menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsungkerana mereka berkongsi segala kemudahan di sekolah seperti kantin, padang permainan, dewan

dan kemudahan lain di dalam sekolah. Secara tidak langsung mereka dapat membesar dengansikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum-kaum yang lain tanpa perasaan

syak wasangka. Secara tidak langsung dapat memupuk persefahaman kaum dan mewujudkanintegrasi nasional. Selain itu, kemahiran murid-murid untuk bertutur dalam bahasa ibunda dan

bahasa inggeris dapat diasah kerana untuk berkomunikasi dengan berlainan kaum, dua bahasaitu merupakan bahasa yang sering digunakan.

Perluasan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah antara yang disentuh

dalam RMK 8. Hal ini kerana ICT mempunyai peranan strategik dalam mempercepatkan prosespertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti semua sektor dalam

ekonomi. Usaha akan diambil untuk mempercepatkan pelaksanaan program dan projek berkaitanICT. Di samping itu, usaha turut dilaksanakan bagi mempercepatkan pembangunan Koridor

Raya Multimedia (MSC) dan membantu melaksanakan aplikasi perdana MSC supaya Malaysia

dapat dibangunkan sebagai hub ICT dan multimedia global. PKS berasaskan ICT akan dibangununtuk menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam masa yang sama, penggunaan ICTdalam pengajran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar

mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer sertakaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer, terutamanya di sekolah luar

bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, danBahasa Inggeris akan dipergiatkan manakala perisian untuk mata pelajaran lain akan

dibangunkan. Dalam tempoh terdekat, sebanyak 8,000 sekolah akan dibekalkan dengankomputer.

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitumemerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenagakerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif, dan kreatif serta bersedia untuk turut serta

dalam ekonomi globalisasi merupakan antara yang ingin digarap dan ingin diwujudkan dalamSekolah Bestari. Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi

Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamatkerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat

prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.

Page 6: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 6/24

 

6

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secarasistematik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu

kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah sepertiberikut:

  Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

  Sistem Pengurusan Sekolah Bestari

  Polisi

  Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap

  Teknologi

  Proses

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan satu komponen yang terdapat dalam PenyelesaianBersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data

maklumat sekolah. Sistem ini telah diwujudkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunanpangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat

Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku danDisplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (SIS). Penseragaman sistem-

sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data DictionarySektor Awan (DDSA).

Memandangkan sumber manusia menjadi faktor utama dalam pertumbuhan ekonomi

berasaskan pengetahuan, usaha bersepadu adalah perlu untuk meningkatkan penawaran tenagamanusia berpengetahuan serta berkemahiran tinggi melalui penambahan kapasiti pendidikan dan

latihan. Tenaga manusia berpengetahuan merujuk kepada mereka yang berupaya memperolehi,mengguna, menggabung dan menghasilkan ilmu pengetahuan. Selaras dengan peningkatan

keperluan untuk tenaga manusia berpengetahuan, kapasiti institusi latihan dan pendidikan akanditingkatkan melalui pembesaran dan naik taraf institusi sedia ada serta penubuhan institusi baru

oleh sektor awam dan swasta. Dalam hubungan ini, pelaksanaan projek pendidikan dan latihanakan dipercepatkan untuk menambah bilangan tempat bagi membolehkan lebih banyak tenaga

buruh mendapat pendidikan tertiari dan pengalaman bekerja di industri.

Sistem pendidikan akan diubahsuai dengan memperkemas kurikulum dan kaedah

pengajaran untuk membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan yang nyata serta kemahiranberfikir dan keusahawanan yang tinggi. Keupayaan sistem pendidikan untuk menambah

penawaran tenaga manusia berpengetahuan sebahagian besarnya bergantung kepada bilanganguru terlatih dan bermotivasi. Dalam hubungan ini, bagi menarik pelajar cemerlang menyertai

bidang perguruan, pakej saraan akan dikaji semula dan diperbaiki.

Sektor swasta dijangka mempergiatkan penglibatan mereka dalam penyediaan pendidikandan latihan terutamanya dalam pelbagai bidang pengetahuan dan bidang baru seperti

bioteknologi dan bioinformatik. Selaras dengan peningkatan permintaan untuk pekerjaberkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan proses pengeluaran yang lebih kompleks, lebih

banyak pusat latihan di peringkat tinggi dalam bidang yang khusus termasuk dua universititeknikal akan ditubuhkan dalam tempoh Rancangan. Graduan yang telah mengikuti latihan

kemahiran perindustrian serta pekerja yang mempunyai pengalaman kerja di industri yangberkaitan akan berpeluang meningkatkan kerjaya melalui latihan di institusi tersebut.

Page 7: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 7/24

 

7

Di samping itu, menambah peluang pendidikan dan latihan berkualiti turut terangkumdalam RMK-8. Usaha akan terus diambil untuk menambah peluang pendidikan di semua

peringkat bagi meningkatkan keupayaan menjana pendapatan dan kualiti hidup. Bagimeningkatkan kehadiran dan prestasi pelajar terutamanya di kawasan luar bandar, keutamaan

akan diberi bagi menaikkan kadar enrolmen di kalangan kumpulan umur bersekolah. Pembinaan

sekolah berpusat di kawasan pendalaman juga akan memperluaskan peluang pendidikan danseterusnya meningkatkan kehadiran pelajar. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memperbaiki prestasi pelajar luar bandar termasuk penyediaan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang mencukupi, infrastruktur dan guru yang terlatih. Langkah ini akanmengurangkan jurang perbezaan prestasi antara pelajar di kawasan bandar dan luar bandar. Bagi

mendapatkan guru yang berkualiti untuk berkhidmat di sekolah-sekolah ini, insentif dan faedahseperti elaun perumahan dan elaun kesusahan akan dikaji semula dan ditambah. Peluang yang

lebih juga akan diberi kepada pelajar yang kurang berkemampuan dengan meningkatkan danmenaik taraf kemudahan di sekolah berasrama penuh dan sekolah premier.

Di peringkat pendidikan tertiari, sektor swasta akan digalak untuk meningkatkan kapasitimereka dan menubuhkan kampus baru bagi menampung pertambahan bilangan pelajar.

Pemberian pinjaman kepada pelajar di kolej dan universiti swasta akan dikaji semula untuk menambah bilangan penerima dan memastikan kadar pinjaman bersesuaian dengan kos

pengajian mereka. Di samping itu, Skim Simpanan Pendidikan akan dilancarkan dengansumbangan daripada Kerajaan sebanyak RM100 juta bagi menggalakkan ibu bapa menabung

untuk pendidikan anak-anak mereka.

Peranan sektor swasta dalam membantu institusi latihan awam terutamanya dalammenyediakan kursus teknikal dan industri adalah penting. Pelaksanaan Tabung Pembangunan

Latihan Kemahiran (TPLK) akan dipercepat dan liputannya diperluas bagi merangkumi pelatihdi institusi latihan swasta. Kerajaan juga akan menubuhkan kolej komuniti di seluruh negara bagi

menyediakan latihan kepada pelajar yang tercicir, lepasan sekolah, pekerja dan orang awam.

Selain itu, meningkatkan kualiti sistem penyampaian pendidikan dan latihan yangmeliputi usaha yang ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem

penyampaian pendidikan dan latihan bagi memastikan penawaran tenaga kerja berkualiti tinggiyang mencukupi. Bagi memupuk daya cipta dan inovasi serta kemahiran berfikir, kurikulum dan

kaedah semasa penilaian prestasi pelajar semasa akan dikaji semula. Pendekatan pembelajaranyang berpusat kepada pelajar akan diperkukuhkan. Di samping mengekalkan penguasaan Bahasa

Malaysia yang baik, kemahiran dalam bahasa Inggeris akan diperbaiki. Lebih banyak matapelajaran akan diajar dengan menggunakan sumber berasaskan komputer dan teknologi

multimedia. Mata pelajaran, kursus dan program baru akan dibentuk bagi menghasilkan tenagakerja yang mampu belajar dan menyesuaikan diri dengan cepat kepada perubahan teknologi di

samping memenuhi permintaan pasaran bagi kemahiran baru. Dalam hubungan ini, institusiawam akan diberi lebih kelonggaran untuk melaksanakan kajian dan merangka kursus dengan

kerjasama sektor swasta. Sebuah pusat untuk memupuk inovasi dan daya cipta akan ditubuhkanuntuk pelajar yang mempunyai bakat dan kebolehan istimewa.

Bagi memastikan program latihan adalah selaras dengan keperluan ekonomi, MLVK

sebagai agensi penyelaras dan pemantau akan diperkukuhkan. Selain daripada itu, kurikulumserta bahan pengajaran dan pembelajaran akan diseragamkan bagi meningkatkan keberkesanan

kos dan memastikan latihan adalah berkualiti. Institusi latihan kemahiran juga akan meningkat

Page 8: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 8/24

 

8

dan memperbaiki latihan dalam bidang kemahiran yang dapat meningkatkan kecekapanmelaksanakan tugas seperti komunikasi, seliaan, pengurusan dan penyelesaian masalah. Usaha

untuk meningkatkan penawaran tenaga pengajar yang berkelayakan merangkumi peluasan NITPdan program latihan tenaga pengajar yang lain oleh CIAST serta pengendalian latihan tenaga

pengajar oleh pusat latihan kemahiran di peringkat tinggi lain terutama dalam bidang teknologi

baru. Di samping itu, skim perkhidmatan tenaga pengajar akan dikaji semula bagi menyediakanpakej saraan yang lebih baik untuk mengekalkan tenaga pengajar yang berkelayakan danmenarik lebih ramai calon yang berkualiti. Skim perantisan di bawah MPSM juga akan

diperluaskan bagi meliputi bidang latihan baru seperti kimpalan, penyenggara elektrik untuk kenderaan serta kawalan dan peralatan industri. Institusi latihan awam akan digalakkan untuk 

bekerjasama dengan industri dalam skim perantisan bagi menyediakan latihan dalam aspek teori.

Seterusnya, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk membangunkan budaya

yang mengutamakan pemerolehan pengetahuan secara berterusan di kalangan rakyat selarasdengan perubahan teknologi yang pesat dan peningkatan tahap pengetahuan dalam ekonomi.

Pembelajaran sepanjang hayat akan digalak untuk meningkatkan produktiviti dan keupayaanbekerja melalui penggunaan ICT, antara lain melalui pendidikan jarak jauh dan pembelajaran

menerusi laman web bagi memenuhi keperluan individu. Pelbagai kursus lagi akan ditawarkandalam program pendidikan jarak jauh untuk menampung tahap pencapaian pendidikan dan minat

yang berbeza. Institusi pendidikan tinggi awam termasuk kolej komuniti akan digalak untuk mengendali lebih banyak kursus sambilan dan mempromosikan pembelajaran menerusi laman

web. Perkhidmatan sokongan dalam bentuk perpustakaan awam terutamanya perkhidmatanperpustakaan bergerak akan ditambah. Masyarakat setempat akan digalak menggembleng tenaga

untuk menubuh dan menyelenggara perpustakaan dalam kawasan mereka. Di samping itu,syarikat swasta akan digalak untuk membantu dan menyumbang kepada perpustakaan

masyarakat ini.

Page 9: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 9/24

 

9

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMKe-9) 2006-2010

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan

objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional” bertemakan “Bersama Ke Arah

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. RMK -9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina

kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarahnegara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arahtahun 2020. 

Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan,

pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima terasyang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan

modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arahkegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai

matlamat RMK-9.

Sebagai panduan bagi perjalanan seterusnya, kerajaan telah menggubal dan akan melaksanakanMisi Nasional iaitu satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan

langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang. MisiNasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa

kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama,antaranya ialah :-

  Teras 1 : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi

  Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta

memupuk “minda kelas pertama” 

  Teras 3 : Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusansecara membina dan produktif 

  Teras 4 : Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup  Teras 5 : Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Dalam membangunkan pendidikan di Malaysia,teras 2 yang terdapat di dalam misi nasional

menerangkan tentang mempertingkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara sertamemupuk “minda kelas pertama”. Dimana, kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu

modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajardengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara

secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional.Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha

penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepadausaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Page 10: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 10/24

 

10

a)  Meningkatkan Akses Dan Kualiti Sistem Pendidikan Di Semua Peringkat

i.  Kurikulum Dan Pengajaran

Dalam tempoh Rancanagan, pelaksanaan Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan akan dipercepatkan untuk memastikan keseragaman dankualiti. Di peringkat sekolah, aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum akandikaji semula bagi memastikan asas yang kukuh dalam pembangunan

kompetensi teras dan bersesuaian keperluan yang sentiasa berubah.Kurikulum bagi latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya

untuk menambahbaik kandungan mata pelajaran, meningkatkankemahiran pedagogi dan membolehkan penggunaan ICT yang lebih

meluas dalam bidang pendidikan.

Di peringkat tertiari, kerjasama antara industri dengan institusi pengajiantinggi akan dipertingkat untuk lebih responsif kepada keperluan pasaran

dan mengurangkan ketidaksepadanan kemahiran. Kursus baru akandiperkenalkan selaras dengan keperluan pasaran buruh yang sentiasa

berubah. Bagi meningkatkan keupayaan siswazah tempatan mendapatpekerjaan, keperluan bagi program latihan praktikal dan penempatan

industry akan diperkukuh. Penambahbaikan kurikulum yang bersesuaianakan juga dilaksanakan.

Program latihan akan direka semula selaras dengan keperluan industri

yang sentiasa berubah. Sistem Latihan Dual Kebangsaan akan diperbaik melalui perundingan lebih kerap dengan pihak berkepentingan termasuk 

persatuan industri, manakala Majlis Penasihat Kebangsaan bagiPendidikan dan Latihan akan ditubuh bagi member panduan mengenai

dasar dan strategi berkaitan pendidikan dan latihan industri.

ii.  Infrastruktur dan Kemudahan

Akses kepada pendidikan prasekolah akan diperluas dengan penyediaanlebih banyak kelas prasekolah, terutama di kawasan luar bandar. Bagi

pendidikan peringkat rendah dan menengah, kemudahan yang lebih baik akan disediakan di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak. Lebih

banyak bilik darjah akan dibina untuk memastikan pencapaian pendidikanrendah yang sejagat. Di samping itu, kapasiti pendidikan universiti dan

latihan kemahiran lanjutan akan diperluas.

b)  Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sebagai Sekolah Pilihan

Bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran disekolah kebangsaan akan dipertingkat dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan

25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelangtahun 2010. Lebih banyak peluang latihan dalam perkhidmatan juga akan disediakan

Page 11: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 11/24

 

11

kepada guru. Bagi melahirkan pekerja berpengetahuan pada masa depan yang mahirmenggunakan teknologi dan ICT, usaha akan diambil bagi menjadikan semua sekolah

kebangsaan sebagai sekolah “bestari” melalui Program Pembestarian Sekolah. Peluangpendidikan untuk kanak-kanak istimewa dan yang ketakbolehan belajar di sekolah

kebangsaan akan juga dipertingkatkan. Bagi mengurangkan jurang prestasi antara

kawasan luar bandar dengan bandar, pelbagai inisiatif akan diambil termasuk menyediakan kemudahan pendidikan dan kemudahan asas yang lebih baik. Kualitipengajaran akan dipertingkatkan melalui penempatan lebih ramai guru berpengalaman ke

sekolah di luar bandar. Di samping itu, program sokongan pelajaran akan terusdisediakan bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

c)  Melahirkan Institusi Tertiari Bertaraf Antarabangsa

Usaha akan diambil untuk meningkatkan kualiti pendidikan tertiari bagi mencapai taraf 

antarabangsa. Sehubungan ini, institusi pengajian tinggi tempatan akan ditanda arasmengikut piawai antarabangsa dan satu sistem penarafan akan diperkenal. Institusi

pengajian tinggi juga perlu mematuhi piawai prosedur jaminan kualiti yang telahditetapkan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Bagi menyokong pelaksanaan

MQF dan menubuhkan sistem jaminan kualiti bersepadu, Agensi Kelayakan Malaysiaakan ditubuhkan pada tahun 2006. Kualiti ahli akademik akan dipertingkat melalui lebih

banyak program pembangunan untuk mereka. Di samping itu, bilangan ahli akademik yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah di universiti awam akan ditambah bagi

mencapai sasaran 60 peratus daripada jumlah ahli akademik menjelang tahun 2010. Bagimeningkatkan kualiti dan pandangan global universiti dan ahli akademik, jalinan

kerjasama dengan institusi terkemuka antarabangsa akan diusahakan termasuk melaluikerjasama penyelidikan.

d)  Memupuk Keupayaan Penyelidikan Dan Pembangunan Serta Saintifik Dan Inovasi

Yang Berkualiti Tinggi

i.  Memperkukuh Komitmen Dasar

Dalam tempoh Rancangan, kerajaan akan member penekanan kepada bina upayasumber manusia dan mengukuhkan Sistem Inovasi Kebangsaan. Majlis Inovasi

Kebangsaan akan ditubuhkan bagi memberi panduan dalam merangka dasar danstrategi utama untuk merangsang budaya berinovasi di Negara ini.

ii.  Meningkatkan Keupayaan Penyelidikan Dan Pembangunan

Pada peringkat awalnya program ini akan memberikan tupuan kepada modal

insane sains dan teknologi. Pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi barumuncul akan ditubuhkan dan kapasiti R&D universiti dan institusi penyelidikan

akan dipertingkat. Di samping itu, sektor swasta akan digalak untuk menyediakanlebih banyak biasiswa, geran dan dana endowmen bagi penyelidikan dalam

bidang keutamaaan dan strategic termasuk membangunkan produk berinovatif untuk pengkomersialan.

Page 12: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 12/24

 

12

iii.  Menggalakkan Usahawan Teknologi Dan Perusahaan Berdasarkan Teknologi

Program Inkubator Teknologi akan dipertingkat untuk membangunkan sebilangan

usahawan teknologi tempatan dan syarikat berasaskan teknologi yang mampan.

Program ini akan dirangkumkan dalam strategi yang lebih luas untuk mempertingkatkan penggunaan pengetahuan dan teknologi baru yang dihasilkanoleh universiti dan institusi penyelidikan. Memandangkan pembiayaan merupakan

satu faktor utama ke arah kejayaan, langkah akan diambil bagi memperbaik mekanisme dan akses kepada pembiayaan. Bagi menggalakkan lagi inovasi,

pemindahan teknologi dan pengkomersialan, rangka kerja harta intelek (IP) yangsedia ada akan diperkukuh untuk meningkatkan kemudahan sokongan IP serta

memendekkan proses kelulusan IP. Program pembangunan usahawan teknologi juga akan digunakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk 

Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera.

e) 

Memperkasa Wanita Dan Belia

Bagi terus memajukan wanita, lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akandisediakan bagi meningkatkan peluang untuk mereka mendapat pekerjaan. Di samping

itu, bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam perniagaan ,akses kepada pembiayaanakan dipertingkat. Langkah juga akan diambil untuk menambah penyediaan kemudahan

penjagaan kanak-kanak dan menggalakkan waktu bekerja yang fleksibel bagimemudahkan penyertaan lebih ramai wanita dalam tenaga buruh. Kerajaan akan

mengurangkan kadar kemiskinan terutama di kalangan isi rumah yang diketuai olehwanita. Dari segi keadilan gender, semua undang-undang dan peraturan yang mempunyai

potensi mendiskriminasi wanita akan dikaji semula. Di samping itu, kerajaan dengankerjasama sektor swasta dan bukan kerajaan (NGO) akan terus mengambil langkah yang

bersesuaian dalam menangani keganasan terhadap wanita.

Program belia akan menumpukan kepada kumpulan yang mudah terpengaruh termasuk belia yang tercicir daripada sistem pendidikan dan yang menganggur. Akses kepada

pendidikan dan latihan kemahiran akan dipertingkat manakala program lain yangmembina kepemimpinan, keyakinan diri serta memupuk nilai murni seperti program

Rakan Muda dan Khidmat Negara akan diteruskan.

f)  Menyemai Nilai Murni Dalam Masyarakat

i.  Memupuk Prestasi Tinggi

Membangunkan budaya berprestasi tinggi memerlukan pengukuran danpenekanan prestasi dalam semua aspek. Sehubungan itu, lebih banyak 

unsure berasaskan prestasi akan diterapkan ke dalam pelbagai bidangseperti geran R&D, program pembangunan usahawan dan guna tenaga

sector awam. Pendekatan berasaskan prestasi juga dijadikan aspek utama

Page 13: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 13/24

 

13

dalam memantau projek RMKe-9, termasuk pengukuran dan pengesananKPI.

ii.  Menerapkan Penampilan Progresif Serta Nilai Moral Dan Beretika

Penampilan yang progresif serta moral, etika dan nilai murni akan menjadikomponen uatama dalam membangunkan modal insan. Program di bawahPelan Integriti Nasional (PIN) akan dilaksana secara lebih meluas meliputi

semua lapisan masyarakat. Selain itu, usaha untuk menggalakkan IslamHadhari sebagai asas kepada penampilan pembangunan yang progresif 

akan dipergiatkan. Dalam sistem persekolahan, program j-QAF bagipelajar Islam akan diperluas ke semua sekolah rendah. Pendidikan Moral

akan diajar kepada semua pelajar. Mata pelajaran Sivik danKewarganegaraan akan ditambahbaik dan diperluas kepada semua murid

Tahun 4 hingga Tahun 6 dan semua peringkat pendidikan menengah. Diperingkat komuniti, program yang memupuk semangat kesukarelaan akan

ditingkatkan dan NGO serta institusi keagamaan juga digalakkan untuk memainkan peranan lebih penting bagi memupuk nilai positif.

Page 14: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 14/24

 

14

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010

KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan

menjadi garis panduan kepada pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjangtempoh 5 tahun dalam Rancangan Malaysia Ke-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan

pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh yang meliputi tigaaspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP adalah untuk 

menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai,dua pendekatan utama telah dikenal pasti iaitu:

  Dalam pendekatan pertama, komitmen KPM adalah untuk memastikan rakyat mendapatpeluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum ataupun daripada

kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. KPM akan memastikansemua pelajar menguasai kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan

mengira dan tidak ada pelajar yang tercicir dari sistem pendidikan akibat kemiskinan,berada di kawasan luar Bandar atau pedalaman. Peluasan kesemua jenis sekolah dan

lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT

khususnya capaian kepada internet.  Dalam pendekatan kedua, komitmen KPM adalah untuk memberi perhatian khusus ke

atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja iadapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu mempertingkatkannya ke tahap

yang lebih tinggi. KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster SekolahKebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP),

Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah KebangsaanAgama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah

Putrajaya dan Cyberjaya. Seterusnya, KPM akan memperkenalkan pelbagai programyang dapat membantu meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing

sekolahsekolah dalam kluster ini.

Enam teras strategik PIPP telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara

iaitu;

  Teras Pertama: Membina Negara BangsaMemberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasratuntuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal,

patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dankesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan

memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan RancanganIntegrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan

sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

  Teras Kedua: Membangunkan Modal Insan Dalam usaha membangunkan modal insan KPM memberi tumpuan kepada system nilai,aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan

pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif sertakebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik,

Page 15: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 15/24

 

15

membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dankeselamatan.

  Teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-

sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolahkebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi danberkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan

dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokonganmengikut keperluan.

  Teras keempat: Merapatkan Jurang PendidikanPenekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum,

 jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkanperbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan

pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru, KPM akan membangunkan infrastruktur dan

kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikansemua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akanmemperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan

minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupimengikut opsyen di kawasan luar Bandar dan pedalaman.

  Teras Kelima: Memartabatkan Profesion KeguruanUsaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini

dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkandalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf Maktab Perguruan kepada

Institut Pendidikan Guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM

 juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dankebajikan guru.

  Teras Keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi PendidikanUsaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau

bidang-bidang khusus (niche areas). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akandirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai

peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate dan menjadisekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan

penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha

membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Page 16: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 16/24

 

16

Kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia  bolehdiringkaskan seperti dalam Rajah 1. 

Rajah 1. Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP)Kementerian Pelajaran Malaysia

ASAS PEMBANGUNAN

  Misi Nasional

  Dasar PembangunanNegara

  Dasar PendidikanKebangsaan

  Islam Hadhari

  Pelan Integrasi Nasional

PENDEKATAN

  Kesamarataan PeluangPendidikan

  Kecemerlangan InstitusiPendidikan

TERAS STRATEGI PIPP

  Membina Negara Bangsa

  Membangunkan Modal Insane

 Memperkasakan SekolahKebangsaan

  Merapatkan Jurang Pendidikan

  Memartabatkan ProfesionKeguruan

  Melonjakkan KecemerlanganInstitusi Pendidikan

FAKTOR KRITIKAL

KEJAYAAN

  Kerjasama dan Komitmen

  Warga Pendidikan

  Kerjasama dan Komitmen

  Pihak Berkepentingan

  Sistem Pemantauan dan

penilaian

TERAS DAN ASAS

PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

  Akses

  Ekuiti

  Kualiti

  Kecekapan dan

Keberkesanan PengurusanPendidikan

MATLAMAT

PendidikanBerkualiti

Untuk Semua

Page 17: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 17/24

 

17

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Sistem Pendidikan Kebangsaan Malaysia di peringkat sekolah di bawah Kategori InstitusiPendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

  Pendidikan Prasekolah

  Pendidikan Rendah  Pendidikan Menengah

  Pendidikan Lepas Menengah

a)  Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasiyang kukuh sebelum mendapatkan pendidikan formal. Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan (KPK) digubal dalam tahun 2003 membolehkan kanakkanak berumur 5+tahun memperoleh asas yang kukuh dalam komunikasi, social dan kemahiran-kemahiran

lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Semua kelas prasekolah sama ada anjuran

Kementerian, agensi kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan kelas-kelas anjuran pihak swasta digalakkan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

b)  Pendidikan RendahPendidikan di peringkat rendah bermula apabila kanak-kanak mencapai umur 6+ dan

mengambil masa lima hingga tujuh tahun. Sebagai sebuah negara yang penduduknyaberbilang kaum, pendidikan rendah terdiri daripada dua jenis sekolah iaitu Sekolah

Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK Cina, dan SJK Tamil). SekolahKebangsaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala Sekolah

Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

Pendidikan peringkat ini merupakan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu darisegi struktur, pendekatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Iniadalah untuk membolehkan perkembangan yang menyeluruh dan sembang dar segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani kanak-kanak.

Kurikulum peringkat rendah dibahagikan kepada dua tahap. Tahap I bermula pada Tahun1 hingga Tahun 3 yang menekankan penguasaan kemahiran asas 3M serta memupuk nilai

dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga Tahun 6, penekanan diberi kepadapengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan sikap, nilai dan bakat, penguasaan ilmu

serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran membaca dan menulisdalam Jawi juga diberi penekanan. Di akhir Tahap II murid-murid akan menduduki Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidangakademik.

c)  Pendidikan Menengah

Pendidikan peringkat menengah menawarkan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berusia 12+ tahun hingga 17+ tahun

dengan menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Page 18: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 18/24

 

18

i.  Pendidikan Peringkat Menengah Rendah

Pendidikan peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hinggaTingkatan 3. Pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang tidak 

mencapai keputusan memuaskan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan

menduduki Kelas Peralihan yang bertujuan bagi meningkatkan penguasaanBahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah. Mulaitahun 2003, pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di ajar

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai persediaan ke arah persangan global.

Mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah rendah meliputi Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam (pelajar Islam), Pendidikan Moral (pelajar

bukan Islam), Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup,Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan

dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pelajar akan mendudukiPeperiksaan Menengah Rendah (PMR) di akhir persekolahan menengah rendah.

ii.  Pendidikan Peringkat Menengah Atas

Bermula di Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 yang menawarkan mata pelajaranpengkhususan kepada pelajar berdasarkan keputusan PMR. Malaysia

mengamalkan dasar kenaikan automatik ke tingkatan 4 di mana pelajar bolehmenduduki tingkatan 4 tanpa mengambil kira keputusan PMR. Ini bertujuan

untuk memastikan pelajar berada dalam sistem pendidikan selama 11 tahun bagimembolehkan mereka menguasai kemahiran dalam bidang tertentu sebagai

persediaan ke alam pekerjaan. Pelajar sekolah menengah boleh mengikutipelajaran di Sekolah Menengah Akademik, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah

Menengah Agama, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Sukan.

Berdasarkan pilihan dan kelayakan, pelajar boleh memilih untuk mengikutipengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal atau agama. Semua

pelajar dari sekolah menengah sama ada akademik, teknik, vokasional, agamaserta pendidikan khas akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) Pensijilan Terbuka.

d)  Pendidikan Lepas MenengahPelajar Lepasan SPM yang dapat memenuhi syarat tertentu, berpeluang melanjutkan

pelajaran ke Tingkatan Enam di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. Pada akhirtempoh dua tahun, pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM) bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang yang memenuhi syarat berpeluangmengikuti program Matrikulasi iaitu program persediaan untuk melayakkan mereka

mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Perakaunan diUniversiti awam.

Page 19: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 19/24

 

19

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10) 2010-2015 (berterusan

sehingga sekarang)

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripadapendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan

dengan melaksanakan strategi berikut:

1)  Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengansignifikan;empat strategi akan diguna pakai dalam tempoh rancangan ini:

a)  Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama,meletakkan sasaranpencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau

tempat. Kedua,menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokonganyang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan.

i)  Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak iaitu

program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah(PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapan

negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal.

ii)  Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan iaitu , umur bagi memulakan

persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+.

iii)  Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi untuk mengurangkan kadar

keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikutipembelajaran. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah

bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dannumerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah.

iv)  Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris.

Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalamproses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas

pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. ProgramMBMMBI akan juga memperkukuh pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris

melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utamakemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan seni

bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah

daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dandaripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkatsekolah rendah.

Page 20: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 20/24

 

20

b ) Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar

i)  Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti

Sekolah Secara Menyeluruh. Merupakan usaha yang menyeluruh dengan harapandan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada

semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolahberprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Peningkatan prestasi sekolah

melalui program sekolah berprestasi tinggi. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh

mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.

ii)  Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah. Guru besar ataupengetua memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan

memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Anatarnya, memperkenalkan bai’ia atau tawaran baru bagi guru besar dan pengetua sekolah seperti ganjaran

kewangan atau bukan kewangan. Selain itu,peningkatan sokongan dan bimbingankepada guru besar dan pengetua.

iii)  Meningkatkan daya tarikan keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Antarnya,

mempertingkatkan kualiti guru baru secara signifikan,menjadikan profesionkeguruan pilihan utama, pengukuhan latihan perguruan melalui latihan

praktikum,penghapusan jaminan penempatan guru pelatih, peralihan kepada“sistem terbuka” dalam latihan guru, tawaran baru untuk semua guru bagi

meningkatkan kualiti perkhidmatan.

iv)  Transformasi Keberkesanan Penyampaian. Sistem penyampaian yang cekap danberkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang

lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan

dengan efektif. Antaranya, pengukuhan penyampaian perkhidmatan untuk menyokong kemajuan sekolah,pelaksanaan kurikulum baru untuk memupuk kreativiti dan inovasi, pendidikan asas dan prasekolah, perkongsian awam-swasta

dalam pembangunan prasekolah dan pendidikan asas.

2)  Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran;

a)  Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal danLatihan Vokasional yang Berkualiti (TEVT). enrolmen dalam pendidikan teknikaldan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan

dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja.

TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melaluipenyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungandan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. Model ini membolehkan

pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yangmempunyai prospek kerjaya yang setara. Dalam tempoh Rancangan, empat strategi

berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepadaTEVT yang berkualiti:

Page 21: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 21/24

 

21

i)  Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar.ii)  Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif.

iii)  Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengankeperluan industri.

iv)  Memperkemas penyampaian TEVT.

b)  Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki PasaranPekerjaan. Siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang

diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerjaprofesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan

kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mempertingkatkompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi, iaitu

dengan :

i)  Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan. kursus berorientasikanpasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran

pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya.Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan

institusi penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama dalam

bidang teknologi baru

ii)  Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budayaberprestasi tinggi. Pemberian autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap

prestasi cemerlang merupakan elemen kritikal bagi membolehkan universiti diMalaysia standing dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu

bertanggungjawab terhadap prestasi yang dicapai memandangkan sebahagianbesar keperluan kewangan dibiaya oleh peruntukan awam. Mengukuh Budaya

Berprestasi Tinggi di Universiti. Sistem Penarafan Institusi Pengajian TinggiMalaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada universiti awam dan akan

diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang menawarkan pengajiandi peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan

seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi,dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi.

Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek kebolehpasaransiswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan diperluas untuk 

meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta khidmatsokongan kepada pelajar. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen

berikut iaitu pembiayaan kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan denganSETARA, peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran

kepada berasaskan-permintaan,dan pengurangan kadar pembiayaan kerajaankepada universiti.

iii)  Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan

akademik dan soft skills. Kurikulum institusi pendidikan tertiari perlumemberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills pelajar selaras

Page 22: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 22/24

 

22

dengan maklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajaryang kini dikenali sebagai Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan

ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi siswazah dalam soft skills.Ujian ini akan dilaksana mulai Julai 2010.

iv)  Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik. Usaha akan dipergiatuntuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Proses

pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. . Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua

staf akademik baru. Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf akademik,mereka yang telah bersara dan pensyarah luar negara akan digalakkan untuk 

berkhidmat di universiti awam secara kontrak.

3)  Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatantinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama:

a)  Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel. Sistem pasaran pekerjaan yang cekap

merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan,mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan.

kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telahmengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai

tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modalinsan tempatan.

b)  Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada. Bagi

memastikan bidang ini memcapai matlamat kerajaan mengalalkan perkongsian koslatihan, menggerakkan industri bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja, menaik 

taraf dan memperluas akses kepada komuniti

c)  Memperkukuhkan keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan

terbaik. Usaha bersepadu akan diambil untuk meningkatkan daya tarikan Malaysiasebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing.

Malaysia juga akan secara aktif berusaha mendapatkan modal insan berkepakaranyang kritikal untuk negara. Antaranya,mempermudahkan prosedur dan menyedia

insentif lebih baik untuk menarik modal insan asing yang berkepakaran, menjadikanBandar lebih menarik kepada modal insane berkepakaran, mewujudkan

kesinambungan pembangunan modal insan berkepakaran untuk masa hadapan.Penglibatan diaspora rakyat Malaysia dan menubuhkan Talent corporation bagi

membekalkan Negara dengan modal insan berkepakaran yang diperlukan.

Page 23: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 23/24

 

23

KESIMPULAN

Dapat dirumuskan di sini bahawa kewujudan Rancangan Malaysia adalah bertujuan

untuk membangunkan sistem pendidikan negara supaya selaras dengan arus pembangunannegara. Maka, Perancangan Pembangunan Pendidikan di Malaysia adalah salah satu perubahan

yang dibawa untuk menaikkan nama negara di persada dunia. Di samping memperbaiki sistempendidikan negara kepada tahap yang memuaskan berbanding dengan negara yang lain.

Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang

Pertama (RRJP1) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang meliputidasar utama pembangunan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional

(DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan

memperkukuhkan system pendidikan negara dan membina perpaduan social, ekonomi danpolitik. DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara.

Sebelum tahun 1970, sebilangan besar bumiputera lemah dalam pendidikan

menyebabkan hanya segelintir sahaja yang mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaanbagi memenuhi gunatenaga mahir manusia dalam pelbagai profesion yang diperlukan. Kajian

mendapati dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun bermula dari Rancangan MalaysiaPertama hingga ke rancangan terkini, aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia

memang sentiasa ditekankan.

Dalam tempoh RMK-8 dilaksanakan sepanjang tempoh 5 tahun (2001-2005), keutamaan

yang difokuskan adalah lebih ke arah memperkasakan ICT di sekolah-sekolah supaya pelajartidak buta IT bahkan celik IT. Di samping mewujudkan jenis-jenis sekolah wawasan dan sekolah

bestari. RMK-9 merupakan antara RMK yang memberi impak kepada pembangunan negarasehingga diperkukuhkan lagi dalam RMK-10. Maka, dapat dilihat di sini bahawa RMK-9 lebih

menfokuskan kepada pembangunan modal insan dalam jatidiri masyarakat Malaysia. Seterusnya,RMK-10 lebih kepada memperkukuhkan usaha yang dijalankan dalam RMK-8 dan RMK-9, iaitu

rancangan kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial.

Page 24: Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

8/2/2019 Laporan Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-perancangan-pembangunan-pendidikan-di-malaysia 24/24

 

24

RUJUKAN.

http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf 

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf 

Rancangan Malaysia Ke-9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, KementerianPelajaran Malaysia (KPM) ,Edisi Pelancaran PIPP 2006. Dalam 

http://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-

2010%20Malaysian.pdf, Mac 2012.

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010,

http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/html/bahasa.htm

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006-2010) ,

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/284-rancangan-

malaysia/1354-rancangan-malaysia-kesembilan.html 

http://www.moe.edu.my/btp/ 

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RM8.pdf