perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

10
KERTAS KERJA MINGGU PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK POLITEKNIK PORT DICKSON SESI JUN 2016 Motto ‘ PELAJAR BERWAWASAN PENERAJU MASA DEPAN” KELOLAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK POLITEKNIK PORT DICKSON DENGAN KERJASAMA JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JABATAN PERDAGANGAN TARIKH: 15 -18 OGOS 2016 TEMPAT: DEWAN WAWASAN

Upload: politeknik-port-dickson

Post on 14-Apr-2017

205 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

KERTAS KERJA

MINGGU PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK POLITEKNIK PORT DICKSON

SESI JUN 2016

Motto ‘ PELAJAR BERWAWASAN PENERAJU MASA DEPAN”

KELOLAAN

SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK POLITEKNIK PORT DICKSON

DENGAN KERJASAMA

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JABATAN PERDAGANGAN

TARIKH:

15 -18 OGOS 2016

TEMPAT:

DEWAN WAWASAN

Page 2: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

1. NAMA PROGRAM Minggu Program Penasihatan Akademik Sesi Jun 2016

2. PENDAHULUAN

2.1 Pelajar yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan supaya terus mengekalkan kecemerlangan di samping mengukuhkan keperibadian mereka, maka Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD). mengambil inisiatif dengan menganjurkan “Minggu Program Penasihatan Akademik” yang julung-julung kali diadakan.

2.2 Minggu Program Penasihatan Akademik merupakan platform utama bagi memperkenalkan Modul Inspirasi Diri (MinD) dan merealisasikan penggunaannya dikalangan pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan yang menyeluruh mengenai Modul MinD.

2.3 Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Yang Berusaha Tuan Pengarah bagi melaksanakan Minggu Program Penasihatan Akademik selama 4 hari yang merangkumi 4 Bengkel Modul Inspirasi Diri (MinD) di bawah kelolaan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) dengan kerjasama Jabatan Induk Akademik.

3. RASIONAL

3.1 Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) mengambil peluang melaksanakan program ini bagi meningkatkan. kesedaran dalam aspek kehidupan dan pembelajaran kepada semua pelajar agar lebih bersedia dan berdaya saing selepas bergraduat nanti.

3.2 Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) cuba membantu membina keyakinan diri dan meletakkan Modul MinD sebagai asas pembentukan minda dan sahsiah diri.

3.3 Kejayaan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) hanya akan berterusan apabila mendapat sokongan padu dari semua warga Politeknik Port Dickson bagi melahirkan pelajar yang berwawasan dan berkarisma.

4. OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini diharapkan :

3.1 Pelajar dapat membuat perancangan yang baik dalam melaksanakan aktiviti

pembelajaran dan kehidupan secara efektif.

3.2 Pelajar dapat mengenalpasti potensi diri dalam mengenalpasti kemahiran kreatif

dan inovatif yang ada pada diri mereka.

3.3 Pelajar dapat berdikari dan mampu mengurus diri (self management) dengan

bijaksana.

3.4 Pelajar dapat menetapkan matlamat mereka selepas bergraduat dalam kerjaya

idaman.

Page 3: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

5. BUTIRAN PROGRAM:

5.1 Bilangan Peserta

Semua pelajar berstatus aktif di Politeknik Port Dickson dari kesemua empat jabatan Induk Akademik berjumlah 5051 orang pelajar.

TARIKH/HARI JABATAN

JKE JKM JP JKA JUMLAH

15/8 - ISNIN 274 479 485 236 1474

16/8 - SELASA

122 117 216 138 593

17/8 - RABU 166 346 236 179 927

18/8 - KHAMIS

358 566 715 418 2057

JUMLAH 920 1508 1652 971 5051

.

5.2 Tarikh Cadangan dan Tempat

15 hingga 18 Ogos 2016 di Dewan Wawasan

5.3 Jangkamasa Perlaksanaan

8.0 pagi – 1.00 tengahari

5.4 Motto “Pelajar Berwawasan Peneraju Masa Depan”

dipilih bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja hebat dalam akademik tetapi juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

5.5 Strategi Program Bagi memastikan sistem penasihatan akademik di Politeknik Port Dickson dapat memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan dan sahsiah pelajar, pihak SPAK telah merangkumkan semua Modul MinD dalam bengkel program penasihatan akademik dengan begitu rapi untuk setiap semester. Penekanan tidak sahaja tertumpu kepada bidang akademik, malah seluruh aspek kehidupan pelajar semasa berada di Politeknik.

Page 4: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

PROGRAM SEMESTER 1

Bengkel Pengurusan Diri Cemerlang

SLOT AKTIVITI CATATAN

Gerbang kampus „SPAks dan MInD‟

Informasi berkenaan: 1. Fungsi SPAk 2. Penggunaan Modul MinD

Bagaimanakah Penasihat Akademik boleh membantu pelajar?

Mind setting sebagai Mahasiswa

Mengembalikan citra mahasiswa. Bagaimana memanafaatkan masa menjadi mahasiswa?

i-Smart Toward Learning SLT/LO

Menerapkan konsep i-smart dalam diri pelajar.

Bagaimanakah i-smart boleh memberi impak maksimum dalam akademik pelajar.

Target Kejayaan Setkan matlamat untuk mencapai cita-cita.

Bagaimana untuk tetapkan target kejayaan?

PROGRAM SEMESTER 2

Bengkel Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Pelajar

SLOT AKTIVITI CATATAN

Interpretasi SWOT dalam Inovasi Pembelajaran

Meningkatkatkan motivasi pelajar melalui SWOT.

Bagaimana SWOT dapat merancang inovasi pembelajaran.

Memperkasa Mahasiswa

Mendedahkan pelajar terhadap pembangunan kendiri.

Bagaimana melahirkan mahasiswa unggul dan berkepimpinan?

Explorasi jati diri dalam Ko-Kurikulum

Memantapkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap pentingnya penglibatan yang aktif dalam ko-kurikulum.

Bagaimana ko-kurikulum boleh membentuk keyakinan dan jati diri pelajar?

Super VAKS

Pelajar didedahkan dengan kaedah sistem ransangan Visual, Audio dan Kinestetik dan Spritual.

Bagaimana mengenalpasti konsep belajar yang sesuai dengan individu?

Page 5: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

PROGRAM SEMESTER 3

Bengkel Membangunkan Kemahiran Insaniah di kalangan pelajar

SLOT AKTIVITI CATATAN

Idea dan Inspirasi Jana Pendapatan

Informasi berkenaan: 1. Keusahawanan dan pelajar 2. Peluang jana pendapatan

Bagaimanakah melatih diri berdikari?

Kemahiran Insaniah dalam Program Baktisiswa

Mengalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Bagaimana khidmat bakti mampu membentuk jati diri mahasiswa?

Aplikasi Ilmu dan kehidupan untuk Masa Depan

Perkembangan ilmu dan kehidupan berkembang pesat seiring dengan era globalisasi.

Bagaimana pelajar dapat memahami konsep ini dengan jelas?

Pemikiran Kreatif dan Inovatif

Mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar institusi.

Bagaimana pelajar boleh meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka?

PROGRAM SEMESTER 4,5, dan 6

BengkelSelangkah ke Alam Kerjaya

SLOT AKTIVITI CATATAN

Interaksi Sosial dan Komunikasi

Meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi

Bagaimana pergaulan mampu mengasah kemahiran berkomunikasi?

Ketrampilan Diri dalam Kerjaya. Persiapan menghadiri temuduga

Bagaimana ketrampilan memberi kredit dalam penilaian temuduga ?

Strategi Kecemerlangan Kerjaya

Perancangan masa depan dan matlamat hidup

Bagaimana untuk memilih kerjaya yang sesuai?

Page 6: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

6. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Yusma binti Yusof Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Port Dickson

Pengerusi : Maya Sofa bt Ismail Penyelaras Penasihatan Akademik Politeknik

Politeknik Port Dickson

Setiausaha : PPAJ JKM Bendahari : PPAJ JKE

Penyelaras Bengkel 1 : PPAJ JKM AJK : Team JKM Penyelaras Bengkel 2 : PPAJ JKE AJK : Team JKE Penyelaras Bengkel 3 : PPAJ JKA AJK : Team JKA Penyelaras Bengkel 4 : PPAJ JP AJK : Team JP

7. Kewangan

6.1 Sumber Kewangan Nyatakan ...

Anggaran Perbelanjaan

PERINCIAN

1. Makan minum peserta pagi

2. Makan minum peserta

tengahari

3 Back Drop dan Banner

2. Peralatan Aktiviti dan

Dokumentasi

3. Hadiah dan Cenderahati

JUMLAH BESAR

Page 7: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

6.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK.

Sekiranya pelajar-pelajar politeknik Port Dickson tidak diberi sokongan dan peransang kemungkinan besar mereka tidak mengetahui peranan penasihat akademik (PA) dan fungsi Spak sebenarnya. PA dapat memberi garis panduan dan bimbingan bagi membantu pelajar melalui kehidupan dikampus dengan jaya sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka ke tahap yang membanggakan.

7.0 PENUTUP

Dengan ini adalah dimohon Yang Berusaha Tuan Pengarah untuk mempertimbang dan meluluskan usul cadangan menganjurkan “Minggu Program Penasihatan Akademik” kelolaan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) dengan kerjasama Jabatan Induk Akademik.

Disediakan oleh:

…………………………………………..

(PN. MAYA SOFA BT ISMAIL ) Pengerusi Program

Disokong oleh:

…………………………………

(PN. YUSMA BINTI YUSOF)

Penasihat Program

Diluluskan oleh:

……………………………………….………………………

(TN HJ MOHD KHARIR BIN MOHD IBRAHIM)

Pengarah

Politeknik Port Dickson

Disahkan oleh: ………………………………………….. ( ) Ketua Jabatan Awam

Disahkan oleh: ………………………………………….. ( ) Ketua Jabatan Elektrik

Disahkan oleh: ………………………………………….. ( ) Ketua Jabatan Mekanikal

Disahkan oleh:

………………………………………….. ( ) Ketua Jabatan Perdagangan

Page 8: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

LAMPIRAN 1

Aturcara Program

Hari ke 1 (15 – OGOS 2016) - Team In Charge (JKM)

Jadual 1: Program Semester 1

Bengkel Pengurusan Diri Cemerlang

MASA AKTIVITI CATATAN

08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran

08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa Pengerusi Majlis

08.45 pagi Gerbang kampus ‘SPAks dan MInD’ Oleh PPAP - Pn Maya

09.30 pagi Mind setting sebagai Mahasiswa Oleh Dr Zuraidah

10.15 pagi Rehat/Minum Pagi

10.30 pagi i-Smart Toward Learning SLT/LO Oleh KP/KJ (JKM)

11.15 pagi Target Kejayaan Oleh Peg PEP

12.00 tgh. Makan Tengahari dan Bersurai

Hari ke 2 ( 16 – OGOS 2016) - Team In Charge (JKE)

Jadual 2: Program Semester 2

Bengkel Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Pelajar

MASA AKTIVITI CATATAN

08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran

08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa Pengerusi Majlis

08.45 pagi Interpretasi SWOT dalam Inovasi Pembelajaran

Oleh KJ/KP (JKE)

09.30 pagi Memperkasa Mahasiswa Oleh KJ/Pegawai HEP

10.15 pagi Rehat/Minum Pagi

10.30 pagi Explorasi jati diri dalam Ko-Kurikulum Oleh KJ/Peg. Sukan

11.15 pagi Super VAKS Oleh PPsi

12.00 tgh. Makan Tengahari dan Bersurai

Page 9: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

Hari ke 3 (18 – OGOS 2016) - Team In Charge (JKA)

Jadual 3: Program Semester 3

Bengkel Membangunkan Kemahiran Insaniah di kalangan pelajar

MASA AKTIVITI CATATAN

08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran

08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa Pengerusi Majlis

08.45 pagi Idea dan Inspirasi Jana Pendapatan Oleh Peg. Keusahawanan

09.30 pagi Kemahiran Insaniah dalam Program Baktisiswa

Oleh Peg Kebajikan (HEP)

10.15 pagi Rehat/Minum Pagi

10.30 pagi Aplikasi Ilmu dan kehidupan untuk Masa Depan

Oleh KJ/KP (JKA)

11.15 pagi Pemikiran Kreatif dan Inovatif Oleh Dr Isham

12.00 tgh Makan Tengahari dan Bersurai

Hari ke 4 (18 – OGOS 2016) - Team In Charge (JP)

Jadual 4: Program Sem 4,5,6

Bengkel Selangkah ke Alam Kerjaya

MASA AKTIVITI CATATAN

08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran

08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa

08.45 pagi Interaksi Sosial dan Komunikasi Oleh Pensyarah Komunikasi

09.30 pagi Ketrampilan Diri dalam Kerjaya. Oleh Penceramah MSU

10.15 pagi Rehat/Minum Pagi

10.30 pagi Strategi Kecemerlangan Kerjaya Oleh TPA – Pn Yusma Yusof

11.30 pagi Ucapan Perasmian dan Penutup Oleh TN HJ GHAUS/ Tn Pengarah PPD

12.15 Makan Tengahari dan Bersurai

Page 10: Perancangan kertas kerja program pa poli pd (1)

LAMPIRAN 2

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA BENGKEL 1. Jawatankuasa Urus setia/Protokol

o Memastikan program lancar dan tersusun. o Bekerjasama dengan,jawatankuasa dokumentasi,cenderahati dan siaraya. o Menyusun aturcara perasmian pembukaan dan penutup. o Menyediakan teks juruacara dan perasmi. o Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa. o Menguruskan pendaftaran peserta

3. Jawatankuasa Aktiviti

o Menghantar surat jemputan pada penceramah

o Mengatur taklimat untuk penceramah

o Menyediakan slot aktiviti

o Menyelaras dan memantau perjalanan aktiviti yang dijalankan

4. Jawatankuasa Makanan

o Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat

o Memastikan tahap kualiti makanan terjamin

o Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi

o Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan

o Menentukan lokasi penyediaan makanan

5. Jawatankuasa Dokumentasi dan Cenderahati o Menyediakan sijil penghargaan untuk semua penceramah dan AJK bertugas.

o Mengedarkan dan menyerahkan sijil selepas bengkel selesai.

o Menguruskan cabutan bertuah, cenderamata perasmi dan penceramah.

o Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian cenderahati.

o Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian cenderahati.

6. Jawatankuasa Persiapan Tempat

o Menyediakan carta alir acara.

o Menyediakan/ Menanda tempat mengikut jabatan dan jantina

o Memastikan peraturan di dewan dipatuhi setiap masa

o Memastikan dewan bersih selepas majlis selesai.

o Menyediakan plastik sampah yang mencukupi bagi lelaki dan perempuan

7. Jawatankuasa Siaraya dan Publisiti

o Menyediakan petugas siaraya

o Memastikan sistem siaraya berfungsi dengan baik sepanjang program.

o Menyediakan banner dan backdrop yang sesuai dengan motto program.

o Mewar-warkan dalam web site polipd seminggu sebelum program bermula.

o Memaparkan memo di semua sudut tumpuan pelajar di jabatan masing masing.

o Gunakan “whatsapp group PA” untuk maklumkan pada pelajar.

8. Jawatankuasa Kawalan Pelajar

o Membuat jadual PA bertugas pada mengikut slot.

o Memastikan keadaan terkawal sepanjang aktiviti dijalankan.