peranan syarikat freight & forwarding dalam...

14
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2 nd CTOM Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018 45 PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM MEMUDAHCARA PROSES IMPORT EKSPORT DI NEGERI KELANTAN MALAYSIA Mohd Azian bin Husin @ Che Hamat Kolej Komuniti Pasir Mas [email protected] ABSTRAK Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eksport yang berkaitan dengan agensi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Negeri Kelantan. Kajian kes ini menggunakan kaedah temu bual yang bersifat kualitatif bagi mengumpul data deskriptif ke atas pengurus syarikat freight & forwarding iaitu DLSB dengan melihat kepada aspek peranan freight & forwarding dan Maqis, masalah yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan kepada kelancaran proses import eskport. Hasil dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa pihak Maqis perlu mengeluarkan satu standard khusus untuk memudahkan proses penyelarasan kerja dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight & forwarding yang terdapat di Negeri Kelantan khususnya yang berurusan dengan import eksport produk dari Thailand. Selain itu pihak Maqis juga hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau yuran yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Untuk melancarkan proses import dan eksport, pihak pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek maklumat pendaftaran dan kadar bayaran sebelum berurusan dengan Maqis, agen freight & forwarding dan Kastam. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan cadangan ke arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen freight & forwarding. Cadangan kepada pengkaji akan datang perlu melihat aspek keberkesanan proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat Maqis dari aspek kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Kata kunci: freight dan forwarding, import eksport, kitaran pembekalan. ABSTRACT This case study discusses the role of freight & forwarding companies in facilitating the export import process related to the Malaysian Quarantine and Inspection Service (Maqis) agency under the Ministry of Agriculture and Agro-based in Kelantan. This case study used qualitative interviewing methods to collect descriptive data on freight and forwarding companies, DLSB by looking at the aspects of freight & forwarding and Maqis role, problems faced and suggestions for improvement on the smoothness of the

Upload: tranthien

Post on 12-Mar-2019

335 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

45

PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM

MEMUDAHCARA PROSES IMPORT EKSPORT DI NEGERI KELANTAN

MALAYSIA

Mohd Azian bin Husin @ Che Hamat

Kolej Komuniti Pasir Mas

[email protected]

ABSTRAK

Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam

memudahcara proses import eksport yang berkaitan dengan agensi Jabatan Perkhidmatan

Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas

Tani di Negeri Kelantan. Kajian kes ini menggunakan kaedah temu bual yang bersifat

kualitatif bagi mengumpul data deskriptif ke atas pengurus syarikat freight & forwarding

iaitu DLSB dengan melihat kepada aspek peranan freight & forwarding dan Maqis,

masalah yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan kepada kelancaran proses import

eskport. Hasil dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa pihak Maqis perlu

mengeluarkan satu standard khusus untuk memudahkan proses penyelarasan kerja

dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight &

forwarding yang terdapat di Negeri Kelantan khususnya yang berurusan dengan import

eksport produk dari Thailand. Selain itu pihak Maqis juga hendaklah memaklumkan

secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau yuran yang terkandung dalam

proses pemeriksaan dan persampelan produk. Untuk melancarkan proses import dan

eksport, pihak pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek

maklumat pendaftaran dan kadar bayaran sebelum berurusan dengan Maqis, agen freight

& forwarding dan Kastam. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan

cadangan ke arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen

freight & forwarding. Cadangan kepada pengkaji akan datang perlu melihat aspek

keberkesanan proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat

Maqis dari aspek kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan.

Kata kunci: freight dan forwarding, import eksport, kitaran pembekalan.

ABSTRACT

This case study discusses the role of freight & forwarding companies in facilitating the

export import process related to the Malaysian Quarantine and Inspection Service

(Maqis) agency under the Ministry of Agriculture and Agro-based in Kelantan. This case

study used qualitative interviewing methods to collect descriptive data on freight and

forwarding companies, DLSB by looking at the aspects of freight & forwarding and

Maqis role, problems faced and suggestions for improvement on the smoothness of the

Page 2: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

46

import and esport process. The findings of this case study show that the Maqis need to

issue a specific standard to facilitate the process of aligning the work by informing the

Standard Operating Procedures (SOP) to freight & forwarding agents located in

Kelantan, particularly those dealing with imported export of products from Thailand. In

addition, the Maqis shall also disclose in detail the incremental costs or fees incurred in

the process of inspection and sampling of the product. To launch the import and export

process, the customer must refer to the ministry involved in the registration information

and payment rates before dealing with Maqis, freight & forwarding agents and Customs.

This case study can contribute in terms of ideas and suggestions towards continuous

improvement either the Maqis or the freight & forwarding agency. Suggestions for future

researchers need to see the effectiveness of the export import process among customers

who use Maqis services from aspects of customer satisfaction and service quality.

Keywords: freight, forwarding, export import, supply chain

PENGENALAN

Logistik dan pengangkutan kebiasaannya dikaitkan dengan proses melancarkan

penghantaran barangan dalam negeri mahupun luar negeri. Walau bagaimanapun, apabila

urusan perdagangan dan pengangkutan telah mula berkembang sehingga peringkat

antarabangsa, justeru pengangkutan memerlukan syarikat freight & forwarding untuk

menguruskan proses pengiriman barangan agar lebih sistematik (rujuk rajah 1, berkenaan

dengan kebaikan syarikat freight & forwarding. Perkhidmatan freight & forwarding

menawarkan khidmat nasihat, penyediaan kertas kerja dan panduan untuk menguruskan

proses barangan door to door. Setiap pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih

kaedah yang sesuai dengan peruntukan seperti yang dicadangkan oleh syarikat freight &

forwarding. Syarikat kebiasaannya memilih aspek menjimatkan kos dan masa untuk

kepuasan pelanggan tanpa menggunakan vendor tunggal seperti berhubung secara terus

dengan syarikat trak, pengangkutan udara dan laut. Kajian kes ini akan membincangkan

peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eskport melalui

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah

Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Negeri Kelantan.

Page 3: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

47

Rajah 1

Kebaikan syarikat freight & forwarding

Latarbelakang kajian

Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam melancarkan

proses import dan eksport bagi sempadan Malaysia – Thailand khususnya melalui agensi

Maqis. Jabatan ini berperanan untuk mengadakan perkhidmatan bersepadu yang

berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen

kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan,

binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah dan mikrooganisma dan termasuk

pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkara-

perkara yang berkaitan dengannya. Menurut Norhafizah & Norshamliza (2016), negara

Malaysia mengalami peningkatan dalam pengimportan makanan dari luar khususnya

daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan

makanan. Menurut statistik dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,

peningkatan permintaan berlaku dari tahun 2010 berjumlah 3,568,000 tan metrik,

dijangka meningkat kepada 11,175,000 tan metrik pada tahun 2020. Defisit permintaan

untuk pengeluaran ternakan akan berlaku berjumlah 3,615,000 tan metrik kepada

14,790,000. Ini menunjukkan Malaysia amat bergantung kepada pengimportan produk

ternakan dari negara Australia, New Zealand, India dan Thailand untuk memastikan

bekalan daging memenuhi permintaan penduduk Malaysia. Proses pengimportan atau

pengeksportan akan melibatkan pihak Maqis sebagai jabatan yang mengawalselia proses

berkenaan. Justeru kajian kes ini melibatkan pemantauan dan temubual bersama pengurus

DLSB menunjukkan bahawa penubuhan Maqis mempunyai kesan pro dan kontra kepada

proses import mahupun eksport. Untuk menghuraikan kajian kes dengan lebih terperinci,

bab yang berikutnya akan membincangkan peranan DLSB, pernyataan masalah dan

kajian literatur.

Profil syarikat

Syarikat yang dijadikan sebagai kajian kes ini adalah sebuah syarikat perkhidmatan

logistik iaitu DLSB yang beralamat di Lot 2147, Taman Jaya Indah, 17200 Rantau

Panjang, Kelantan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 11 September 2001 yang bertujuan

untuk menyediakan perkhidmatan sebagai agen import dan eskport yang dilantik oleh

Page 4: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

48

Kastam Diraja Malaysia. Syarikat ini beriltizam untuk menjadi sebuah syarikat yang

relevan, berkualiti dan berdaya saing dalam menawarkan perkhidmatan dan jualan

produk kepada pelanggan. Syarikat ini bermatlamatkan untuk memberi perkhidmatan

logistik nasihat pertanian yang terbaik melalui penjualan produk-produk pertanian

bermutu tinggi dan juga menyediakan sewaan jentera berat industri yang terkini dan

efisien. Berikut merupakan perkhidmatan dan perniagaan yang dijalankan:

i. Perkhidmatan logistik dengan pelbagai kapasiti saiz.

ii. Agen berdaftar untuk import dan eskport oleh Kastam Diraja Malaysia.

iii. Perkhidmatan nasihat pertanian / pengimport / pembekalan input pertanian.

iv. Penyewaan kenderaan dan jentera berat.

Pernyataan masalah

Hasil pemantauan terhadap perjalanan syarikat DLSB menunjukkan beberapa masalah

dihadapi dalam aspek pengurusan berkaitan dengan import dan eskport yang dijadikan

sebagai kajian kes. Syarikat DLSB sebagai pemudahcara untuk melancarkan proses

import dan eskport barangan seperti haiwan, sayuran dan perikanan yang memerlukan

pemeriksaan dokumen lengkap khususnya melalui e-permit atau e-pelesenan atau e-sijil

3P yang perlu dipatuhi. Setelah pemeriksaan dokumen selesai, proses pemeriksaan fizikal

dan persampelan perlu dilakukan. Akibat daripada proses ini, menyebabkan berlaku

kelewantan dan penangguhan kepada proses import / eksport.

Antara kos yang perlu dibayar oleh pelanggan dalam proses import / eksport seperti

yuran pendaftaran permit, kos pemeriksaan fizikal, kos persampelan dan sijil pelesenan.

Kos tambahan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Maqis, sekiranya berlaku

penangguhan dalam proses berkenaan seperti kos kuarantin atau sampel bermasalah akan

dikena caj tambahan yang bergantung kepada kos sehari. Justeru masalah ini menjadi

ketidakselesaan pelanggan dalam berurusan dengan pihak Maqis. Rajah 2 menunjukkan

carta alir proses pelaksanaan pemeriksaan barangan yang import atau eksport yang

dijadikan sebagai pernyataan masalah kajian kes ini.

Page 5: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

49

Rajah 2

Carta alir proses pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal dan persampelan mengikut

garis panduan Maqis

Penubuhan Maqis juga dianggap sebagai mengambil alih peranan pihak-pihak dan

agensi-agensi kerajaan yang lain dalam proses pemeriksaan dan persampelan terhadap

produk dan barangan yang akan dieksport / diimport. Kebanyakan maklumat yang

diajukan oleh pelanggan kepada pihak Maqis kurang mendapat maklum balas, sering

tertangguh dan pegawai yang bertugas kurang yakin dengan maklumat yang ada. Ini

menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan mahupun agen yang berurusan dengan pihak

Maqis.

KAJIAN LITERATUR

Peranan Maqis

Maqis merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan agenda

melancarkan proses import atau eksport khususnya dalam produk makanan, ternakan,

perikanan, tumbuhan dan haiwan melalui pemeriksaan dokumen, fizikal dan persampelan

Tidak

- 10% dibuka secara

rambang

Pendaftaran e-

permit

(RM10.00)

Ya

Ya

Tidak

Tidak

Ya

1) Pemeriksaan Dokumen

2) Pemeriksaan Fizikal

3) Persampelan

Terima

Semak

- Dokumen import

- Daftar dalam e-permit /

e-pelesenan / e-sijil 3P

- Invois, Sijil kesihatan,

K1 , CITES dan SKP1 Lengkap

Periksa

Buka Bungkusan

Patuh

Tahan

(Larang

masuk /

Musnah)

Rawat

Sampel

Pelepasan

Patuh

- Spesis / kuarantin

- Borang penerimaan

sampel

- Serah ke makmal

- Patuh dan telah

diperiksa dan diberi

pelepasan

- No. pengenalan / Spesis

/ Jantina / Kuantiti

Kos

Pemeriksaan

(RM50.00)

- Bayaran untuk

sampel

bergantung

kepada jenis

haiwan (cth

RM2.00 utk

seekor)

- Sijil Pelesenan

(RM20.00)

Page 6: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

50

untuk memastikan kualiti produk terkawal sebelum sampai kepada pengguna terakhir.

Menurut Ho & Vu (2014), Malaysia dan Thailand merupakan negara contoh oleh

kebanyakan negara Asean lain seperti Vietnam dalam amalan pengurusan yang baik dan

pematuhan korporat dalam Technical Barriers to Trade (TBT) dan Sanitary and

Phytosanitary (SPS) khusus kepada pengimportan industri pertanian.

Merujuk kepada tujuan penubuhan Maqis adalah seperti berikut:

Untuk memastikan industri pertanian Negara bebas dari ancaman perosak, penyakit

dan bahan cemar terhadap tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti kuarantin,

pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian,

tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar

Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan dan

keselamatan makanan melalui penguatkuasaan undang-undang bertulis yang

berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin.

Untuk membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan dengan laluan pasaran

dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui perkhidmatan yang

bersepadu; dan

Untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui

penggunaan sumber yang lebih cekap dan bersepadu.

Merujuk kepada Seksyen 11 Akta Maqis, telah menggariskan komoditi yang dikenakan

permit adalah seperti berikut:

i. Binatang dan produk binatang import/eksport, ikan dan produk ikan

import/eksport, tumbuhan dan produk tumbuhan eksport.

ii. Bagi komoditi kawalan, permit diluluskan berdasarkan kebenaran daripada

Jawatan Kuasa Tadbir Permit dan Lesen.

iii. Syarat import ditentukan oleh Jabatan dasar (Jabatan Pertanian, Jabatan

Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, FAMA dan LKIM)

Semua komoditi ini diberi tempoh sah permit selama 30 hari atau 60 hari atau 90 hari.

Maqis juga merujuk kepada Akta 728 berkaitan dengan peraturan perkhidmatan kuarantin

dan pemeriksaan seperti berikut:-

i. Pendaftaran Pengimport, Pengeksport dan Ejen P.U.(A) 112

ii. Pengeluran Permit, Lesen dan Peraturan P.U.(A) 113

iii. Tatacara Kuarantin P.U.(A) 114

iv. Fi dan Caj P.U.(A) 115

v. Kuarantin dan Pemeriksaan P.U.(A) 116

vi. Syarat-syarat import/eksport dari Jabatan Dasar.

vii. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012

viii. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012

ix. SOP yang berkaitan

Peranan Maqis di pintu masuk sempadan antara Malaysia – Thailand khususnya Rantau

Panjang adalah: -

i. Pengeluaran Permit Import/Eksport.

Page 7: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

51

ii. Menahan Konsainan.

iii. Pemeriksaan Dokumen. (Permit Import/Export)

iv. Pemeriksaan Fizikal.

v. Pemeriksaan Bagasi Penumpang.

vi. Pemeriksaan Pengangkut.

vii. Pemeriksaan Mel dan Kiriman

viii. Pemeriksaan Transit

ix. Pengambilan Sampel dan Menghantar Sampel untuk Ujian dan Analisa

Makmal (PEQ).

x. Pengawasan Keatas Tindakan Rawatan.

xi. Pengawasan Tindakan Pemusnahan.

Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686)

Kesinambungan daripada peranan Maqis, Malaysia telah menggubal mekanisma kawalan

berbentuk perundangan melalui Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis

Terancam (Akta 686) yang berkuatkuasa mulai 28 Disember 2009 rentetan daripada

konvensyen yang dikuatkuasakan ke atas Malaysia bermula pada 18 Januari 1988. Akta

ini digubal untuk mengawal pihak pengimport dan pengeksport daripada melakukan

kesalahan yang boleh disabitkan dengan pemerdagangan spesis terancam. Menurut akta

ini, jika disabitkan kesalahan orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu

ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan

haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta

ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau

kedua-duanya. Pihak berkuasa Convention on International Trade in Endangered Species

(CITES) telah ditubuhkan untuk memantau penyeludupan binatang liar atau spesis

terancam yang diwakili oleh 175 kontrak dari seluruh negara.

Pelaksanaa akta ini amat bergantung kepada peranan staf Maqis tentang kesedaran

penggunaan CITES. Menurut Mulualem et al., (2017), kajian yang dibuat ke atas

kakitangan pentadbiran pusat pemeriksaan, menunjukkan bahawa garis panduan CITES

amat diperlukan oleh kakitangan dalam memantau pemerdagangan spesis terancam

mereka walaupun kadar penggunaan sebanyak 66.7%. Justeru menjadi peranan kerajaan

untuk meningkatkan kesedaran staf Maqis untuk memastikan staf menggunakan

sepenuhnya rujukan CITES dalam menjalankan tugas. Menurut kajian Challender (2015),

terdapat beberapa intervensi yang perlu dilakukan dalam memperkasakan pelaksanaan

CITES iaitu:

i. Faktor yang melemahkan urus tadbir perdagangan hidupan liar diperingkat

kebangsaan

ii. Menentukan kemampanan kadar penuaian untuk pengurusan penyesuaian spesis

CITES,

iii. Memperoleh pembelian dalam komuniti negeri untuk pelaksanaan CITES,

iv. Campur tangan pasaran berasaskan penawaran dan permintaan,

v. Cara menentukan perdagangan haram; dan

vi. Peranan politik dan pengaruh dalam CITES

Page 8: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

52

Negara kita telah mengeluarkan garis panduan berkenaan peranan pihak berkuasa

pengurusan mengikut spesis dan kawasan yang ditetapkan (rujuk rajah 3). Manakala rajah

4 menunjukkan prosedur pemeriksaan import oleh Maqis.

Rajah 3

Jadual Pihak Berkuasa CITES (Sumber: Maqis 2017)

Page 9: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

53

Rajah 4

Prosedur Pemeriksaan Import

Peranan Kastam

Syarikat DLSB merupakan agen berlesen kepada pihak Kastam dalam menyediakan

perkhidmatan penyediaan dokumen kastam yang perlu dipatuhi mengikut Akta Kastam

1967. Menurut Mirza (2016) kebanyakan agen Kastam telah menguatkuasakan amalan

pematuhan supaya ejen Kastam membayar duti import dan cukai yang sewajarnya serta

perlu mengikut sekatan dan pematuhan yang telah digariskan oleh Kastam. Pihak Kastam

juga perlu mengeluarkan satu standard professional untuk rujukan ejen Kastam yang

terdapat di Malaysia (Mirza, 2016).

Mengikut panduan pengimportan barangan melalui laut, udara dan darat adalah

menggunakan Borang Kastam No. 1, samada mengikrar sendiri atau melalui agen

penghantaran yang dibenarkan di bawah Seksyen 90 Akta Kastam 1967, berserta dengan

dokumen-dokumen sokongan. Pengikraran boleh dibuat menggunakan kemudahan Kedai

EDI atau melalui sistem Antaramuka SMK-DagangNet (SMK-DagangNet interface).

Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport melalui laut dan udara pengikraran

hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan barang menurut keperluan

Seksyen 78(1) Akta Kastam 1967. Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport

melalui darat hendaklah diikrar dan dijelaskan duti/cukai semasa ketibaan. Duti/cukai

hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat belas hari selepas diluluskan oleh Kastam.

Sekiranya pengikraran tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai kastam

yang hak boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pengimport samaada dengan

sendiri atau melalui agennya supaya menyerahkan akuan pengimportan dalam tempoh

tiga hari dari penerimaan notis itu. Sekirannya pengakuan import gagal dibuat dalam

tempoh yang ditetapkan, Pegawai Kastam yang hak boleh menyita barangan menurut

peruntukan yang diberi di bawah seksyen 114 Akta Kastam 1967, dan melucut hak

Page 10: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

54

menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 126 Akta Kastam 1967, dan boleh

dilelong menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 128 Akta Kastam 1967, untuk

mendapatkan jumlah duti/cukai yang terlibat. Bab yang berikutnya menerangkan kaedah

metodologi yang digunakan sepanjang kajian kes ini melalui teknik temubual.

KAEDAH METODOLOGI

Kajian kes adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan teknik mengutip data deskriptif

melalui temu bual (Merriam & Tisdell, 2016). Penggunaan teknik temu bual

membolehkan penyelidik mengumpul pendapat, pemikiran, pandangan dan pengalaman

dalam bentuk pernyataan langsung daripada responden kajian. Kajian ini memilih temu

bual semi berstruktur sebagai cara mendapatkan data kerana ia lebih sistematik dan

terarah. Menurut Merriam & Tisdell (2016), teknik temu bual merupakan cara yang cepat

untuk mendapatkan maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat, sama ada

menggunakan teknik secara bersua muka, melalui telefon, dalam talian atau campuran

ketiga-tiga teknik. Pengutipan dan pengumpulan maklumat juga dibuat melalui rujukan

dokumen Kastam dan e-Permit yang digunakan oleh DLSB dalam proses import eksport.

Dokumen ini akan memperkukuhkan lagi data-data yang diperolehi dalam sesi temu bual.

Kajian kes ini menggunakan teknik temu bual dan bukti dokumen untuk dijadikan

sebagai kaedah metodologi. Temu bual telah dibuat bersama pihak pengurusan DLSB

iaitu En. Azlan bin Abdullah (Pengurus Pentadbiran & Kewangan). Rajah 5

menunjukkan carta alir pelaksanaan kajian kes ini.

Rajah 5

Carta alir pelaksanaan kajian kes

Mula

Pengumpulan bahan dan kajian literatur

Penyediaan Protokol Temubual

Sesi Temubual

Dapatan dan Perbincangan

Cadangan

Tamat

Page 11: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

55

Protokol temubual

Soalan temubual adalah berdasarkan kepada aspek seperti berikut:

i. Peranan DLSB

Apakah peranan syarikat DLSB dalam membantu pelanggan dalam aspek import dan

eskport?

ii. Peranan MAQIS

Terangkan peranan Maqis dalam membantu syarikat sebagai pemudahcara pelanggan

dalam urusan import dan eskport.

iii. Permasalahan Pelanggan

Apakah masalah utama yang dihadapi oleh pelanggan apabila berurusan dengan Maqis?

iv. Cadangan Penambahbaikan

Berikan cadangan untuk penambahbaikan kepada pelaksanaan sistem kerja di Maqis.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan daripada temubual yang telah dijalankan menunjukkan aspek-aspek berikut yang

diberi perhatian adalah seperti peranan syarikat DLSB, peranan Maqis, permasalahan

pelanggan dan cadangan penambahbaikan.

Peranan DLSB

Syarikat DLSB berperanan sebagai agen perkhidmatan yang memudahcarakan pelanggan

dalam melancarkan import eksport barangan khususnya antara Malaysia dan Thailand.

Semenjak DLSB ditubuhkan hampir 17 tahun, syarikat ini mampu bertahan dengan

memberi khidmat agen freight dan forwarding berbentuk Door to Door untuk pelanggan

seperti import produk dari Thailand seperti buku-buku agama dan Al-Quran, kosmetik,

ikan, dan juga eksport kayu gergaji. DLSB juga menguruskan dokumen kastam melalui

e-declare dan juga e-permit untuk urusan Maqis (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan

Pemeriksaan Malaysia).

DLSB juga menjalankan perkhidmatan seperti seafreight (Pelabuhan Klang) dan juga

airfreight (KLIA) mengikut kepada permintaan pelanggan. Namun kedua-dua jenis ini

bergantung kepada kos dan kesesuaian produk. Pihak DLSB akan memberi cadangan

yang sesuai dengan jenis produk dan kos yang sanggup dibayar oleh pelanggan. DLSB

juga menjalankan perkhidmatan sewa lori dan peralatan untuk keperluan pelanggan

dalam proses import dan eskport.

Page 12: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

56

Peranan Maqis

Maqis merupakan jabatan yang mengumpul agensi-agensi dan kementerian seperti

Kementerian Kesihatan, Jabatan Vateriner, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perikanan dan

Jabatan Farmasi. Kesemua jabatan ini membantu melancarkan peranan Maqis dalam

meningkatkan kualiti dan pematuhan kepada import / eskport produk. Aktiviti yang

dijalankan oleh Maqis adalah seperti pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal produk /

haiwan / tumbuhan serta membuat persampelan.

Maqis telah mengeluarkan kadar yuran pengeluaran permit, caj dan fee haiwam serta caj

kuarantin kepada agen-agen freight dan forwarding untuk memudahkan proses

permohonan import eskport. Proses pemeriksaan dokumen dilakukan dengan menyemak

dokumen seperti invois, sijil kesihatan, K1, CITES dan SKP1. Setelah selesai proses

pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal akan dijalankan oleh Maqis dengan memilih

10% dari produk yang diimport / eskport untuk diperiksa. Setelah selesai proses

pemeriksaan, proses persampelan akan dibuat sekiranya produk tersebut berbentuk

perikanan dan makanan. Proses persampelan memerlukan masa sebelum sijil pelesenan

dikeluarkan. Setelah selesai proses persampelan, maka produk berkenaan boleh diberi

pelepasan dan sedia untuk diimport / eskport kepada pelanggan. Justeru peranan Maqis

amat penting untuk membantu memudahcara proses kerja di DLSB sebelum

memasukkan data dalam e-declare (Sistem Kastam) untuk proses seterusnya untuk import

dan eksport.

Permasalahan pelanggan

Masalah yang dihadapi apabila berurusan dengan Maqis adalah dari segi kadar dan yuran

yang dikenakan adalah pelbagai sehingga pihak agen sukar untuk mengenalpasti caj

berkenaan. Penetapan kadar dan caj adalah dikeluarkan oleh pihak Maqis namun

kebanyakan pelanggan tidak mengambiltahu berkenaan kadar dan caj. Pihak pelanggan

hanya menyerahkan urusan kepada pihak agen untuk menyelesaikan proses import /

eksport. Namun hakikatnya terdapat banyak kos, kadar dan yuran yang perlu ditanggung

oleh pelanggan.

Pihak Maqis juga mengenakan caj tambahan ke atas barangan yang mengalami masalah

dalam proses persampelan dan caj ini bergantung kepada kos sepanjang proses

persampelan dibuat. Penubuhan Maqis juga dianggap sebagai mengambil alih peranan

pihak-pihak dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam proses pemeriksaan dan

persampelan terhadap produk dan barangan yang akan dieksport / diimport. Kebanyakan

maklumat yang diajukan kepada pihak Maqis kurang mendapat maklum balas. Terdapat

juga maklumat yang ditanya disambungkan kepada pihak agensi lain. Ini menimbulkan

kekeliruan kepada pelanggan mahupun agen yang berurusan.

Cadangan penambahbaikan

Pihak Maqis perlu menyelaraskan proses kerja dengan memaklumkan Prosedur Operasi

Standard (SOP) kepada agen-agen freight dan forwarding yang terdapat di Malaysia

Page 13: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

57

khususnya yang berurusan dengan import / eksport produk dari Thailand. Maqis juga

hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau fee

yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Ini mampu

membantu agen dan juga pelanggan dalam membuat anggaran kos sebelum meneruskan

proses import atau eksport. Peranan pihak agen freight dan forwarding untuk

menyediakan maklumat lengkap berkenaan dengan urusan bersama Maqis dan

memastikan info terkini diselaraskan dari masa ke semasa.

Secara keseluruhannya bahagian ini telah membincangkan dapatan daripada sesi

temubual dengan seorang pengurus DLSB berkenaan aspek seperti peranan syarikat,

Maqis, permasalahan pelanggan dan juga cadangan penambahbaikan ke arah yang lebih

baik dalam pengurusan import / eskport. Bahagian yang terakhir membincangkan

cadangan yang sesuai untuk meningkatkan peranan Maqis sebagai jabatan yang

melancarkan proses import / eksport barangan dan peranan DLSB sebagai agen freight

dan forwarding atau pemudahcara.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian kes ini mencadangkan beberapa tindakan yang perlu dilakukan pada masa

hadapan. Antaranya ialah pihak DLSB merupakan agen dan konsultan kepada pelanggan

yang memerlukan perkhidmatan pengimportan / pengeksportan barangan ke luar negara.

Pihak agen memerlukan info terkini yang berkaitan dengan proses import / eskport

melalui Maqis dari masa ke semasa. Pihak Maqis perlu menyelaraskan proses kerja

dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight dan

forwarding yang terdapat di Malaysia khususnya yang berurusan dengan import / eksport

produk dari Thailand.

Peranan Maqis juga hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan

kos-kos atau fee yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Ini

mampu membantu agen dan juga pelanggan dalam membuat anggaran kos sebelum

meneruskan proses import atau eksport dan juga mengelak daripada berlaku penangguhan

dan kelewatan proses berkenaan. Untuk melancarkan proses import / eksport, pihak

pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek maklumat

pendaftaran dan kadar bayaran contohnya untuk mengeksport lembu dan haiwan ternakan

perlu merujuk kepada Kementerian Pertanian & Asas Tani (Jabatan Veteriner) dan

Kementerian Kesihatan. Apabila dokumen dan maklumat sudah diperolehi, ini akan

memudahkan pihak agen meneruskan proses pendaftaran dengan pihak Kastam dan pihak

MAQIS.

Secara keseluruhannya peranan agen freight dan forwarding yang terdapat di Malaysia

adalah amat penting dalam melancarkan proses pengimportan / pengeksportan barangan

ke luar negara. Agen merupakan konsultan yang membantu Maqis untuk menjadi

pemudahcara kepada pelanggan melaksanakan proses import / eskport. Melalui kajian

kes ini dapat memberi penerangan dan penjelasan berkenaan dengan peranan Maqis dan

juga agen dalam membantu meningkatkan kualiti kerja khususnya proses pengimportan /

Page 14: PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM …stmlportal.net/2ndCTOM/index.php/eProc/pdf/p45.pdf · daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan makanan

Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM

Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018

58

pengeksportan. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan cadangan ke

arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen freight dan

forwarding.Untuk kajian yang akan datang perlu untuk melihat aspek keberkesanan

proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat Maqis dari aspek

kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan.

RUJUKAN

Challender, D.W.S., Harrop, S.R. & MacMillan, D.C. (2015). Towards informed and

multi-faceted wildlife trade interventions. Global Ecology and Conservation, 3,

129-148.

Ho, N.T. & Vu, N.K. (2014). Improving the compliance of Vietnamese export with

importing WTO member SPS/TBT measures: Learning experiences from

Malaysia and Thailand. Global Trade and Customs Journal, 9(4). 74-86.

Merriam, S.B & Tisdell, E.J. (2016). Qualitative Research: A Guide to Design and

Implementation (4th Edition). Jossey-Bass Publishers, San Francisco.

Mirza, M. (2016). Import tax compliance: a study of customs agents in Malaysia utilising

the theory of planned behaviour. PhD thesis, University of Nottingham. Retrieved

from

website:http://eprints.nottingham.ac.uk/33450/1/Customs%20Agents%20Complia

nce_Thesis_Mirza.pdf.

Mulualem, G., Mesfin, M., Alene, N., Nigussie, H., Tesfahunegny, W. & Yirga, G.

(2017). Knowledge, attitude and practice of custom staffs on illicit wildlife

trafficking in four checkpoints of Northeastern Ethiopia. 12(4). 82-91.

Norhafizah, S. & Norshamliza, C. (2016). Agricultural policies effect on livestock

industry – perspectives from Malaysia and New Zealand. International Journal of

Agriculture, Forestry and Plantation, 2, 77-83.

http://www.Maqis.gov.my

http://www.customs.gov.my

http://www.slideshare.net/LillyandAssociates/why-use-a-freight-forwarder.