peranan motivasi terhadap pembentukan · pdf file15 peranan motivasi terhadap pembentukan...

9
15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan pengertian motivasi, peranan motivasi dalam tingkahlaku manusia serta keperluan dan matlamat yang mendorong tingkahlaku seseorang manusia. Data dalam artikel ini dikumpul menerusi metode dokumentasi. Seseorang manusia bertingkahlaku didorong untuk memenuhi kehendak dan keperluan yang lahir pada diri. Dorongan-dorongan tersebut adalah pertama; keperluan dan matlamat agama. Kedua; keperluan dan matlamat biologi seperti dorongan naluri serta pengekalan kestabilan diri. Ketiga; keperluan dan matlamat psikososial seperti pemberian insentif, kepuasan dalaman, mendapat apa yang dijangkakan dan persekitaran. Keempat; keperluan dan matlamat biopsikososial yang mengadunkan keperluan biologi dan psikososial. Proses motivasi yang dilaksanakan perlu berupaya mewujudkan rasa keperluan terhadap matlamat-matlamat tersebut dalam diri seseorang manusia. Pelaksanaan proses motivasi perlu memberi tunjuk arah kepada seseorang manusia tentang kaedah ke arah mencapai matlamat dengan betul dan tepat seterusnya diikuti dengan proses bimbingan bagi memastikan seseorang itu dapat kekal iltizam dalam tingkahlaku dilakukan. Kata kunci : Motivasi, Keperluan dan Matlamat Manusia, Dorongan Tingkahlaku Manusia 1.0 PENGENALAN Tingkahlaku manusia tidak berlaku secara kebetulan tetapi digerakkan, didorong atau dimotivasikan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran daripada diri seseorang manusia. Dorongan tingkah laku manusia yang cemerlang banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti aspek kerohanian dan keagamaan serta faktor luaran iaitu persekitaran dan komunikasi yang berkesan (Ahmad Zabidi Razak, 2006). Motivasi yang tinggi dalam budaya kerja atau budaya organisasi sangat berperanan membantu peningkatan tingkahlaku seseorang pekerja di sesebuah organisasi (Ida Ayu Brahmasari & Agus Suprayetno, 2008). Kajian lepas mendapati bahawa matlamat kepuasan kerja dapat menggerakkan motivasi pekerja supaya melibatkan dirinya secara aktif dalam pekerjaan dan menjadi pekerja yang cemerlang dan terus menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap organisasi (Noorhafeza Herliani Adey & Ferlis Hj. Bahari, 2010). Oleh itu, artikel ini membincangkan berkaitan peranan motivasi terhadap tingkahlaku manusia dalam kehidupan sehariannya. 2.0 PENGERTIAN MOTIVASI Motivasi berasal daripada perkataan Latin movere iaitu to move. Kamus Dewan mendefinisikan motivasi sebagai keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang

Upload: danghuong

Post on 06-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

15

PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA

Mariam binti Abdul Majid

Zanariah binti Dimon

Abstrak

Artikel ini membincangkan pengertian motivasi, peranan motivasi dalam tingkahlaku manusia

serta keperluan dan matlamat yang mendorong tingkahlaku seseorang manusia. Data dalam

artikel ini dikumpul menerusi metode dokumentasi. Seseorang manusia bertingkahlaku didorong

untuk memenuhi kehendak dan keperluan yang lahir pada diri. Dorongan-dorongan tersebut

adalah pertama; keperluan dan matlamat agama. Kedua; keperluan dan matlamat biologi

seperti dorongan naluri serta pengekalan kestabilan diri. Ketiga; keperluan dan matlamat

psikososial seperti pemberian insentif, kepuasan dalaman, mendapat apa yang dijangkakan dan

persekitaran. Keempat; keperluan dan matlamat biopsikososial yang mengadunkan keperluan

biologi dan psikososial. Proses motivasi yang dilaksanakan perlu berupaya mewujudkan rasa

keperluan terhadap matlamat-matlamat tersebut dalam diri seseorang manusia. Pelaksanaan

proses motivasi perlu memberi tunjuk arah kepada seseorang manusia tentang kaedah ke arah

mencapai matlamat dengan betul dan tepat seterusnya diikuti dengan proses bimbingan bagi

memastikan seseorang itu dapat kekal iltizam dalam tingkahlaku dilakukan.

Kata kunci : Motivasi, Keperluan dan Matlamat Manusia, Dorongan Tingkahlaku Manusia

1.0 PENGENALAN

Tingkahlaku manusia tidak berlaku secara kebetulan tetapi digerakkan, didorong atau

dimotivasikan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran daripada diri seseorang manusia. Dorongan

tingkah laku manusia yang cemerlang banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti aspek

kerohanian dan keagamaan serta faktor luaran iaitu persekitaran dan komunikasi yang berkesan

(Ahmad Zabidi Razak, 2006). Motivasi yang tinggi dalam budaya kerja atau budaya organisasi

sangat berperanan membantu peningkatan tingkahlaku seseorang pekerja di sesebuah organisasi

(Ida Ayu Brahmasari & Agus Suprayetno, 2008). Kajian lepas mendapati bahawa matlamat

kepuasan kerja dapat menggerakkan motivasi pekerja supaya melibatkan dirinya secara aktif

dalam pekerjaan dan menjadi pekerja yang cemerlang dan terus menunjukkan komitmen yang

tinggi terhadap organisasi (Noorhafeza Herliani Adey & Ferlis Hj. Bahari, 2010). Oleh itu,

artikel ini membincangkan berkaitan peranan motivasi terhadap tingkahlaku manusia dalam

kehidupan sehariannya.

2.0 PENGERTIAN MOTIVASI

Motivasi berasal daripada perkataan Latin movere iaitu to move. Kamus Dewan mendefinisikan

motivasi sebagai keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang

Page 2: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

16

mendorong untuk berusaha melakukan sesuatu tujuan bagi mencapai kejayaan (Kamus Dewan,

1991). Motivasi didefinisikan juga sebagai keadaan dalaman yang menggerakkan dan memberi

arah kepada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. Ia merupakan keadaan yang menggerak dan

mengawal tingkah laku ke arah pencapaian sesuatu matlamat (Ma’rof Redzuan & Haslinda,

2002). Motivasi boleh difahami sebagai suatu usaha gerakan tindakan atau tingkahlaku seseorang

yang berorientasi kepada sesuatu matlamat yang disasarkan.

1.0 MOTIVASI DAN TINGKAHLAKU MANUSIA

Motivasi berpengaruh terhadap tingkahlaku seseorang manusia sama ada ianya wujud, kekal atau

diabaikan. Ia turut berupaya mendorong pilihan tingkahlaku yang perlu dibuat oleh seseorang

manusia (Bernard Weiner, 1992). Terdapat pelbagai teori yang menerangkan perkaitan di antara

aspek motivasi dengan faktor-faktor yang mendorong tindakan atau tingkahlaku seseorang

manusia.

Teori-teori dalam motivasi menjelaskan bahawa setiap tingkahlaku manusia mempunyai sebab

dan bukan berlaku secara kebetulan (Ma’rof Redzuan, 2001). Proses motivasi bermula dengan

lahirnya keinginan atau wujudnya keperluan dalam diri seseorang manusia. Keinginan dan

keperluan yang wujud dalam diri seseorang mendorong untuk bertindak bagi memenuhi

keperluan tersebut. Perasaan kepuasan muncul dalam diri seseorang apabila keperluan tersebut

dapat dipenuhi (Karen Huffman, 1994). Keperluan yang wujud dapat menentukan matlamat yang

hendak dicapai oleh seseorang manusia. Matlamat yang jelas berupaya menggerakkan

tingkahlaku seseorang manusia bagi mencapai sesuatu matlamat yang dikehendaki atau

diharapkan (M.G. Husain, 1997). Rajah 1 dibawah menjelaskan proses motivasi terhadap

tingkahlaku seseorang manusia.

Rajah 1 : Kitaran Motivasi

Keperluan

Matlamat

Tingkahlaku

Keperluan

Tercapai

(Rasa Kepuasan)

Page 3: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

17

Sumber : Karen Huffman, Mark Vernoy & Judith Vernoy (1994)

Pencapaian sesuatu matlamat yang disasarkan oleh seseorang manusia merupakan titik noktah

kepada suatu kitaran motivasi sekaligus berupaya meletakkan individu itu berada dalam perasaan

puas hati. Sebaliknya, jika sesuatu matlamat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu

terus akan berusaha bertindak sehingga dapat mencapai matlamat yang telah disasarkan.

4.0 KEPERLUAN DAN MATLAMAT DALAM MOTIVASI TINGKAHLAKU MANUSIA

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa motif seseorang individu merupakan matlamat yang

ingin dicapai. Matlamat tersebut direalisasikan menerusi tindakan yang dizahirkan oleh

tingkahlaku seseorang manusia. Kebiasaannya, seseorang akan memberikan sepenuh komitmen

dalam usaha mencapai sesuatu matlamat yang memberi makna pada dirinya (Charles S. Carver

& Michael F. Scheier, 2003). Ahli psikologi menjelaskan antara matlamat yang wujud pada diri

individu sekaligus memberi motivasi terhadap tindakan atau tingkahlaku seseorang manusia.

Berikut adalah keperluan dan matlamat yang mendorong tingkahlaku seseorang manusia;

4.1 Agama

Agama merupakan fokus utama sebagai keperluan dan matlamat dalam tingkahlaku seseorang

manusia. Agama juga merupakan satu panduan yang menentukan tindakan yang diambil oleh

seseorang manusia. Aspek kepercayaan kepada Tuhan, kewujudan hari Pembalasan, keyakinan

terhadap takdir dan ketentuan daripada Tuhan dan perkara-perkara ghaib merupakan agen

pemangkin utama terhadap pergerakan dan tingkahlaku seseorang manusia (Achmad Mubarok,

1999). Individu yang mempunyai pegangan agama mempunyai panduan dan ruang lingkup yang

menentukan serta membataskan tingkahlaku dan tindakan manusia.

4.2 Matlamat Untuk Memenuhi Keperluan Biologi

Seseorang manusia sentiasa akan berusaha untuk memenuhi keperluan biologi diri. ialah

(Mahmood Nazar Mohamed, 1992). Antara keperluan bagi memenuhi matlamat biologi manusia

ialah memenuhi keperluan naluri dan mengekalkan kestabilan diri;

4.2.1 Memenuhi Keperluan Naluri

Teori motivasi naluri mengemukakan bahawa seseorang manusia akan melakukan sesuatu untuk

memenuhi keperluan atau tuntutan nalurinya. Tenaga naluri yang ada pada diri menjadi

pendorong kepada tindakan seseorang manusia. Naluri merupakan sesuatu yang tidak dipelajari

tetapi diperolehi melalui fitrah atau semulajadi. Matlamat untuk memenuhi keperluan naluri ini

digambarkan apabila seorang ibu yang berusaha mendapatkan ubat bagi menyembuhkan

penyakit yang dialami oleh anaknya yang sakit. Tindakan mencari ubat bagi merawat penyakit

yang dialami anak itu didorong oleh perasaan kasih sayang seorang ibu secara semulajadi. Ibu

Page 4: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

18

akan merasa puas apabila usahanya untuk mendapatkan ubat yang boleh menyembuhkan

penyakit yang dialami anaknya tercapai sebaliknya akan terus berusaha mencari ubat yang lain

sekiranya matlamat untuk menyembuhkan penyakit anaknya belum berhasil (Ma`rof Redzuan &

Haslinda Abdullah, 2002). Seseorang manusia boleh bertindak kerana dorongan naluri yang

miliki.

4.2.2 Mengekalkan Kestabilan Diri

Mengekalkan kestabilan diri juga merupakan antara matlamat yang mendorong tingkahlaku

seseorang manusia. Manusia berusaha untuk mengurangkan dorongan-dorongan wujud yang

dialaminya. Kewujudan dorongan berpunca apabila berlaku sesuatu kekurangan pada diri

seseorang. Proses pengurangan dorongan ini tertumpu kepada mekanisme-mekanisme motivasi

dalaman. Teori pengurangan dorongan dalam motivasi menjelaskan bahawa seseorang manusia

mempunyai motivasi untuk mengurangkan dorongan mekanisme dalaman yang dialaminya

(Mahmood Nazar Mohamed, 1992)

Dorongan yang dialami dalam diri menjadi kurang apabila sesuatu kehendak itu telah dapat

dipenuhi (Ma`rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2002). Seseorang yang lapar akan berusaha

memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan makanan. Dorongan untuk mendapatkan makanan

akan meningkat selagi makanan yang dicari belum ditemui untuk mengurangkan dorongan

kelaparannya. Rasa kepuasan akan dialami apabila makanan telah diperolehi dan rasa lapar yang

dialami telah dipenuhi. Ini bermakna dorongan untuk mencapai matlamat mengekalkan

kestabilan diri telah dapat dikurangkan kerana kehendak untuk makan telah dapat dipenuhi. Diri

merasa puas hati apabila segala kekurangan dalam keperluannya telah dapat dipenuhi. Manusia

akan terdorong untuk memenuhi matlamat biologi iaitu bagi memenuhi keperluan naluri dan

mengekalkan kestabilan diri. Tingkahlaku atau tindakan seseorang manusia termotivasi dengan

kedua keperluan biologi tersebut.

4.3 Matlamat Memenuhi Keperluan Psikososial

Manusia sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat psikososial seperti untuk mendapat

penghargaan dan menerima pemberian. Antara bentuk keperluan psikososial seseorang manusia

ialah untuk ialah (Mahmood Nazar Mohamed, 1992);

4.3.1 Memperolehi Insentif

Insentif merupakan satu rangsangan luaran yang memotivasikan sesuatu tingkahlaku individu.

Seseorang yang telah kenyang menyebabkan dorongannya untuk mendapatkan makanan berada

pada tahap yang paling bawah, namun kewujudan sesuatu makanan yang kelihatan sedap masih

lagi berupaya merangsang seseorang berkeinginan untuk makan. Justeru, menurut teori insentif

dalam motivasi, rangsangan luaran berupaya mendorong tingkahlaku seseorang.

Terdapat beberapa kriteria insentif yang boleh merangsang tindakan seseorang. Insentif yang

lebih diperlukan adalah lebih diterima berbanding insentif yang tidak diperlukan manakala

insentif yang positif lebih didekati berbanding yang negatif. Seseorang yang tidak mempunyai

Page 5: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

19

kawan akan duduk dan menikmati juadah yang disediakan dalam sesebuah majlis, sebaliknya

seseorang yang mempunyai ramai kawan akan menggunakan kesempatan untuk berbual dengan

kawan-kawan lamanya tanpa mengendahkan juadah yang terhidang kerana aktiviti berbual

dengan kawan lama lebih penting baginya pada waktu itu. Justeru, pemilihan dilakukan oleh

seseorang manusia berdasarkan tarikan insentif sedia ada dan keperluan pada masa itu. Dalam

masa yang sama, sesuatu perkara atau peristiwa yang pernah menyakitkan seseorang itu pada

masa lalu adalah insentif negatif yang pasti dijauhi oleh seseorang (Ma`rof Redzuan & Haslinda

Abdullah, 2002).

Teori peneguhan dalam motivasi menjelaskan bahawa kebanyakan tingkahlaku manusia boleh

dibentuk melalui peneguhan positif atau negatif. Motivasi tidak hanya tertakluk kepada faktor

berupaya melakukan sesuatu tindakan dengan baik dan berkesan tetapi turut melibatkan faktor

peneguhan seperti pemberian ganjaran selepas sesuatu usaha yang baik serta produktif

dilaksanakan. Ganjaran merupakan salah satu bentuk insentif bagi perlaksanaan sesuatu

tingkahlaku. Jika seseorang berpuashati mendapat ganjaran selepas sesuatu kerja dilakukan

dengan jujur dan sempurna, maka lazimnya ia akan bermotivasi untuk melakukannya lagi bagi

mendapatkan ganjaran tersebut.

4.3.2 Mencapai Kepuasan Dalaman

Teori kognitif dalam motivasi memisahkan antara motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Motivasi

intrinsik mendorong seseorang manusia melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kepuasan

dalaman hasil perlaksanaan aktiviti tersebut manakala motivasi ekstrinsik memberi dorongan

seseorang manusia melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kepuasan luaran seperti ganjaran.

Kajian dilakukan mendapati seseorang manusia akan bekerja lebih kuat, rajin dan tekun serta

menghasilkan kualiti yang baik apabila motivasi tugas tersebut adalah dorongan intrinsik

berbanding ekstrinsik (Asmawati Desa, 2002). Seseorang yang terdorong melaksanakan sesuatu

tindakan disebabkan motivasi intrinsik akan merasai kepuasan dalaman setelah dapat

menyempurnakannya atau merasai kepuasan hati hasil perlaksanaannya.

4.3.3 Mencapai Jangkaan Yang Diharapkan

Seseorang manusia terdorong melakukan sesuatu tindakan apabila melihat sesuatu yang

dijangkakan itu dapat dicapai. Fenomena ini dijelaskan dalam motivasi melalui teori pencapaian

oleh McClelland. Berdasarkan teori ini, seseorang manusia bermotivasi melakukan sesuatu jika

merasakan sesuatu matlamat yang diharapkan dapat dicapai. Sebaliknya jika pada jangkaannya

sesuatu hasil tidak dapat dicapai maka ia akan mengelakkannya. Seseorang itu akan merasa

kepuasan apabila sesuatu yang diharapkan akan dapat dicapai (David C. McClelland et.al,1953).

Rasa kepuasan turut dirasai apabila seseorang itu mendapat sesuatu yang diharapkan atau apabila

sesuatu jangkaan yang diandaikan menjadi kenyataan. Teori Victor Vroom dalam teori

pengharapannya atau espectancy theory menyatakan bahawa tingkahlaku seseorang adalah

gambaran keputusan yang diambilnya. Terdapat tiga faktor yang menentukan sejauh mana

seseorang itu sanggup berusaha melakukan sesuatu tugas iaitu pengharapan, prestasi dan hasil

(Mohd Dahlan et.al, 2000). Seseorang individu akan membuat keputusan untuk melangsungkan

perkahwinan jika keadaan itu pada jangkaannya akan membawa kebaikan sebaliknya jika tidak

maka keputusannya untuk meneruskan perkahwinan tersebut akan dibatalkannya.

Page 6: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

20

Demikianlah mengikut teori ini, seseorang manusia mempunyai harapan dan ramalan berkenaan

apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kebiasaannya segala keputusan yang diambil oleh

seseorang adalah berdasarkan apa yang diharap dan diramalkan akan berlaku hasil keputusan

yang diambilnya. Apabila sesuatu tugas yang telah terlaksana itu memberi banyak kebaikan, rasa

kepuasannya akan meningkat sebaliknya sekiranya tugas tersebut tidak banyak membawa

kebaikan, rasa ketidakpuasan akan meningkat. Seseorang manusia bertindak atau bertingkahlaku

kerana wujudnya dorongan pemberian insentif, kepuasan dalaman dan yakin mendapat sesuatu

yang dijangkakan.

4.3.4 Persekitaran

Dr. Achmad Mubarok dalam bukunya Psikologi Dakwah menambah faktor persekitaran

merupakan antara faktor yang turut menggerakkan tingkahlaku manusia seseorang manusia.

Objek yang melingkungi seseorang manusia seperti aspek ekologi, arkitektur, keadaan waktu

serta faktor sosial dan psikososial seperti kedudukan dalam masyarakat, tahap pendidikan serta

fahaman politik adalah unsur persekitaran yang turut menyumbang terhadap tingkahlaku

seseorang manusia (Achmad Mubarok, 1999). Persekitaran turut mendorong sesuatu tindakan

serta tingkahlaku seseorang manusia bagi menyesuaikan diri dalam lingkungan persekiran

sekitar.

4.4 Memenuhi Matlamat Biopsikososial

Matlamat biopsikososial merupakan satu teori dalam motivasi yang menggabungkan dua

keperluan matlamat iaitu matlamat biologi dan psikososial. Teori Abraham Maslow merupakan

contoh teori yang menjelaskan matlamat biopsikososial seseorang manusia. Teori ini

mengutarakan motif keperluan seseorang manusia tersusun dalam bentuk piramid dan

membentuk klasifikasi dalam bentuk hierarki. Maslow menyatakan bahawa manusia harus

memenuhi setiap kehendak pada setiap tahap dalam hierarki tersebut. Kehendak ini bermula

pada tahap terbawah sekali iaitu keperluan fisiologi seperti makanan, air, udara, tempat tinggal,

pakaian dan lain-lain keperluan yang paling asas. Selepas itu, keperluan manusia bergerak ke

peringkat kedua iaitu kehendak stimulasi. Tahap keperluan ketiga ialah jaminan dan

keselamatan. Tahap ini menentukan kesejahteraan diri seseorang manusia seperti mempunyai

pekerjaan yang tetap atau mempunyai rumah yang baik seterusnya tahap keperluan keempat

ialah kehendak kasih sayang dan kepunyaan. Pada tahap ini manusia akan memenuhi keperluan

disayangi dan menyayangi serta mempunyai serta dipunyai. Tahap kelima ialah keperluan

penghargaan diri iaitu manusia akan bermotivasi untuk memenuhi kehendak ini dengan mencari

kepuasan hidup dan kerja sehingga dihormati sebagai seorang yang berkebolehan dan telah

menyumbang sesuatu kepada masyarakatnya. Akhir sekali ialah tahap keperluan manusia untuk

mendapat kesempurnaan diri. Hierarki kelima yang disarankan oleh Maslow mencatatkan

manusia didorong untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya dan keinginan

yang paling tinggi adalah keinginan untuk kesempurnaan kendiri. Usaha untuk mencapai sesuatu

yang lebih bermakna dalam hidup ini merupakan satu pendorong atau motivasi yang sangat kuat

(Fillmore H. Sanford, 1965).

Page 7: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

21

Rajah 2 dibawah adalah teori Abraham Maslow:

(Sumber : Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2002)

Menurut Maslow, manusia akan berusaha untuk memenuhi lima keperluan diri iaitu keperluan

fisiologi, keselamatan, sosial, estim dan kasih sayang serta realisasi diri. Kegagalan seseorang

dalam memenuhi keperluan-keperluan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu merasa tidak

selesa dan terus berusaha untuk memenuhinya. Kemuncak kepada keperluan diri seseorang

manusia ialah realisasi diri iaitu seseorang itu berkeinginan menjadi sebagaimana yang

diidamkan. Seandainya seseorang itu gagal memenuhi keperluan ini, dia akan menderita

sebaliknya apabila seseorang itu dapat memenuhi keperluan tersebut, dia akan berasa hidupnya

betul-betul bermakna dan merasa puas (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2002).

Menurut Maslow, terdapat dua motif yang mendorong seseorang manusia untuk mencari makna

hidup iaitu motif kekurangan dan motif pertumbuhan. Motif kekurangan ialah dorongan manusia

bagi mendapatkan sesuatu yang diperlukan iaitu mendapatkan sesuatu yang tidak ada pada

dirinya. Seseorang yang bersedih dan bersendirian memerlukan orang lain untuk membantu

menghilangkan kesunyian hidupnya. Konsep ini sama dengan keadaan seseorang yang

kekurangan makanan atau minuman yang akan berusaha mengurangkan keperluan tersebut.

Motif pertumbuhan merupakan dorongan untuk mendapatkan sesuatu yang berguna dan

bermakna dan tidak didasarkan kepada keperluan. Seseorang akan belajar bersungguh-sungguh

kerana didorong oleh rasa untuk memperolehi ilmu pengetahuan bagi membantu anggota

Keperluan Jaminan

Keselamatan

Keperluan

Penghargaan

Diri Keperluan

Psikososial Keperluan Kasih Sayang

Dan Penghargaan

Keperluan Stimulasi

Keperluan Fisiologi

Keperluan Biologi

Page 8: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

22

masyarakat yang memerlukan. Membantu anggota masyarakat yang memerlukan akan

melahirkan kepuasan hati kerana sumbangan khidmat yang dihulurkan seterusnya merasai hidup

lebih bermakna. Seseorang yang ingin mencapai kesempurnaan diri akan melakukan sesuatu

yang mempunyai erti kepada kehidupan dan keadaan ini akan memuaskan hati dan jiwa mereka

(Asmawati Desa, 2002). Teori Maslow menunjukkan kompleksiti keperluan manusia dan

menekankan bahawa apabila keperluan asas biologi manusia belum dipenuhi secara relatifnya

tidak akan memperdulikan keperluan-keperluan lain yang lebih tinggi.

5.0 KESIMPULAN

Seseorang manusia sentiasa berusaha melakukan tindakan serta tingkahlaku untuk memenuhi

segala matlamat kehendak dan keperluan yang lahir pada diri. Ahli psikologi telah

mengemukakan pelbagai teori berkaitan keperluan dan matlamat diri manusia yang berupaya

mendorong atau memotivasikan seseorang untuk bertindak atau bertingkahlaku.

Aspek-aspek yang berperanan memotivasikan tindakan serta tingkahlaku seseorang manusia

iaitu pertama; aspek keperluan dan matlamat agama. Kedua; aspek keperluan dan matlamat

biologi seperti dorongan naluri serta pengekalan kestabilan diri. Ketiga; keperluan dan matlamat

psikososial seperti pemberian insentif, kepuasan dalaman serta mendapat apa yang dijangkakan

serta persekitaran yang melingkungi diri. Keempat; keperluan dan matlamat biopsikososial yang

mengadunkan keperluan biologi dan psikososial seseorang manusia sangat perlu dititikberatkan

dan diberi perhatian.

Proses motivasi perlu menitikberatkan aspek dorongan bagi mewujudkan rasa keperluan dalam

diri seseorang manusia. Keperluan yang wujud berupaya menunjukkan seseorang manusia

kepada suatu matlamat yang perlu disasarkan. Pelaksanaan suatu proses motivasi perlu menunjuk

arah kepada suatu matlamat yang betul dan tepat kepada seseorang manusia. Matlamat yang

betul dan tepat akan melahirkan tindakan yang benar dan jauh daripada kebatilan atau kesalahan.

Suatu proses motivasi turut perlu diikuti dengan proses membimbing tingkahlaku seseorang

manusia menerusi tindakan susulan bagi menjamin tindakan yang betul dilaksanakan.

Pelaksanaan proses bimbingan ini dapat memberi manfaat apabila segala cabaran dan masalah

yang dihadapi seseorang dapat dikenalpasti kerana cabaran dan halangan tersebut merupakan

satu halangan utama dalam menjamin tercapainya sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Matlamat suatu proses motivasi bertujuan memastikan seseorang itu dapat iltizam dengan

tingkahlaku sehingga dapat merasai perasaan kepuasan iaitu keadaan kelegaan yang tinggi pada

diri seseorang manusia yang akhirnya mewujudkan sifat iltizam dan istiqamah dengan

tingkahlaku positif yang diharapkan.

6.0 RUJUKAN

Achmad Mubarok (1999), Psikologi Dakwah, Jakarta:Pustaka Firdaus.

Asmawati Desa (2002), Psikologi Untuk Golongan Profesional, Malaysia: McGraw Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Page 9: PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN · PDF file15 PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA Mariam binti Abdul Majid Zanariah binti Dimon Abstrak Artikel ini membincangkan

23

Azlina Abu Bakar @ Mohd (2002), Psikologi Personaliti Individu, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Bernard Weiner (1992), Human Motivation: Metaphors, Theories And Research, U.S.A.: Sage

Publications, Inc.

Charles S. Carver & Michael F. Scheier (2003), “Three Human Strengths”, A Psychology Of

Human Strengths: Fundamental Questions And Future, USA.: American Psychology

Association.

David C. McClelland, John W. Atkinson, Russel A. Clark & Edgar L. Lowell (1953), The

Achievement Motive, U.S.A.: Appleton Century Crofts, Inc.

Fillmore H. Sanford (1965), Psychology:A Scientific Study Of Man, c. 2, U.S.A.: Wadsworth

Publishing Company.

Kamus Dewan (1991), c.2. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karen Huffman et. al (1994), Psychology In Action, c. 3, U.S.A.: John Wiley & Sons, Inc.

M.G.Husain (editor) (1997), Psychology And Society In Islamic Perspective, “Human Motivation

In Islamic Perspective”, Kuala Lumpur: S. Abdul Majid.

Ma`rof Redzuan & Haslinda Abdullah (2002), Psikologi, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia)

Sdn. Bhd.

Ma`rof Redzuan (2001), Psikologi Sosial, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mahmood Nazar Mohamed (1992), Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa

Dan Tingkah Laku Manusia, c. 2, K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Dahlan Hj. A. Malek, Beddu Salam Baco & Chua Bee Seok (2000), Teori-teori Motivasi

Dalam Psikologi Industri Dan Organisasi, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.