gaya kepimpinan guru besar dan motivasi guru… binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar...

40
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU: KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR KOTA TINGGI SHAMBANI BINTI MAHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lykiet

Post on 31-Jan-2018

280 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU:

KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR KOTA TINGGI

SHAMBANI BINTI MAHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU: KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR KOTA TINGGI

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

SHAMBANI BINTI MAHAMAD (MP111314)

Saya _______________________________________________________________ (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:S.K. FELDA LOK HENG, KOTA TINGGI, JOHOR DR. KHADIJAH BT DAUD ____________________________________________ Nama Penyelia

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : ……………………...............

Nama Penyelia : Dr. Khadijah bt Daud

Tarikh : ………………

Page 4: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU:

KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR

BANDAR KOTA TINGGI

SHAMBANI BINTI MAHAMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 5: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………..

Nama Penuh : SHAMBANI BINTI MAHAMAD

Tarikh :

Page 6: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

i

DEDIKASI

Buat Suami Tersayang

Hafis Firdaus bin Mat Radi terima kasih kerana memahami dan mengizinkan diri ini untuk

meneruskan perjuangan. Buat anakanda yang menjadi sumber inspirasi Zara Madihah

jadikan usaha ini sebagai panduan untuk menempuh kejayaan di masa hadapan. .

Buat ayahanda bonda dan ahli keluarga, terima kasih atas doa dan dorongan yang diberikan,

sesungguhnya kalian amat bermakna buat diri ini.

Juga

Pihak Pentadbir dan Rakan-Rakan Di SK Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor yang

bertimbang rasa, memahami keadaan dan memberi kelonggaran untuk mengikuti

kelas pada hujung minggu.

Penyelia yang dihormati Dr. Khadijah Binti Daud yang sentiasa memantau

serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar dari masa ke semasa.

Rakan-rakan kuliah yang banyak membantu.

Terima kasih kerana telah memberiku semangat untuk meneruskan perjuangan

yang tiada noktahnya ini..

Page 7: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

ii

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, syukur di atas limpahan rahmat dan kurniaan-Nya memberi ketabahan

dan kesabaran kepada penulis untuk menyempurnakan kajian ini. Ucapan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Khadijah Binti Daud selaku penyelia kajian ini di

atas nasihat, teguran,dorongan dan keikhlasan beliau amat penulis hargai.

Tidak lupa juga, penghargaan diberikan kepada guru-guru sekolah yang terlibat

sebagai responden kajian. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir

Sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng dan Sekolah Kebangsaan LKTP Lok Heng Selatan di

daerah Kota Tinggi kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian.

Akhir sekali terima kasih kepada rakan seperjuangan yang telah bersama-sama

mengharungi segala mengharungi pahit manis, kegembiraan dan kepayahan sepanjang proses

pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan keikhlasan, saling bantu- membantu serta sedia

berkongsi maklumat akan menjadi penguat semangat untuk berjuang meneruskan misi bagi

menyiapkan tesis ini. Semoga kejayaan menjadi inspirasi untuk kecemerlangan kalian di

masa depan. Semoga Allah melimpahi kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan kepada kita

semua selamanya. Amin.

Page 8: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

iii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan guru

besar dan motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar di daerah Kota Tinggi.

Seramai 50 orang guru di sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng dan Sekolah

Kebangsaan LKTP Lok Heng Selatan di daerah Kota Tinggi telah dipilih sebagai

responden. Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian

yang dibuat telah menggunakan pendekatan tinjauan soal selidik sebagai alat kajian

kuantitatif. Data-data dijana menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Daripada

análisis yang diperoleh, penyelidik telah mendapati dapatan soal selidik menunjukkan

bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan

menyokong iaitu dengan min sebanyak 16.5, diikuti dengan kepimpinan penglibatan

dengan jumlah min sebanyak 15.8.Seterusnya kepimpinan mengarah dengan min

sebanyak 15.18 dan akhir sekali kepimpinan berorientasikan kejayaan sebanyak 14.9.

Daripada analisa tersebut juga mendapati bahawa tahap motivasi guru juga berada di

tahap yang tinggi. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa terdapat hubungan

antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap motivasi guru.

Page 9: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

iv

ABSTRACT

The aim of this research is to study the headmaster’s leadership style and

teachers‘ motivation in two primary schools in Kota Tinggi District. There were 50 teachers

in Felda Lok Heng and LKTP Felda Lok Heng Selatan primary school chosen as respondens.

All data were analysed by Statistical Package For Social Science (SPSS) version 16.0. To

achieve the aim of the research, it is carried out by using Questionaire Observation Approach

as quantitative research tool. The data is generated by using descriptive statistical and

inferens. Based on analysis made, the researcher found the questionares result shown, the

headmaster leadership style was at the top level was supportive leadership which its mean

represented 16.5 involment leadership with the total of mean at 15.8. then, instructional

leadership with mean of 15.18 and the final level is succesfull-oriented leadership with 14.9.

It is also shown that teachers‘ motivation was also at the top level. The result of that Pearson

Correlation Test shown that there was significant relationship between headmaster leadership

style and teachers‘ motivation level.

Page 10: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

v

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK

PENGAKUAN

DEDIKASI i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v

SENARAI RAJAH x

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1. PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 9

1.3 Objektif Kajian 11

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Hipotesis Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Kearngka Teori dan Kerangka Konsep

1.8.1 Kerangka Teori Kajian 14

Page 11: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

vi

1.8.2 Kerangka Konsep Kajian 15

1.8 Batasan Kajian 16

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Pemimpin 17

1.9.2 Kepimpinan 18

1.9.3 Gaya Kepimpinan 19

1.9.4 Guru Besar 19

1.9.5 Motivasi 20

1.9.6 Guru 21

1.10 Kesimpulan 21

2. SOROTAN PENULIS

2.0 Pendahuluan 22

2.1 Pengenalan 22

Kepimpinan

2.1.1 Konsep Kepimpinan 22

2.1.2 Teori – Teori Kepimpinan 23

2.1.2.1 Teori X dan Teori Y 23

2.1.2.2 Teori Kontenjensi Fiedler 24

2.1.2.3 Teori Situasi Hersay – Blanchard 24

2.1.2.4 Teori Tingkah Laku 25

2.1.2.5 Teori Tret 25

2.1.3 Teori Laluan Matlamat 26

2.1.3.1 Kepimpinan Mengarah 30

2.1.3.2 Kepimpinan Menyokong 31

2.1.3.3 Kepimpinan Penglibatan 31

2.1.3.4 Kepimpinan Orientasi Kejayaan 32

2.1.4 Dapatan Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Gaya 32

Kepimpinan

2.1 Motivasi Guru

Page 12: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

vii

2.2.1 Konsep Motivasi 36

2.2.2 Teori-Teori Motivasi

2.2.2.1 Teori Pandangan Awal Motivasi 37

2.2.2.2 Teori Awal Motivasi 38

2.2.2.3 Teori Masa Kini Motivasi 39

2.2.3 Teori Dua Herzberg 40

2.2.3.1 Peluang Pembangunan Diri 42

2.2.3.2 Pengiktirafan 42

2.2.3.3 Tanggungjawab 43

2.2.3.4 Pencapaian 44

2.2.4 Dapatan Kajian Lepas Berkaitan Motivasi 44

Guru

2.2 Kajian Lepas Gaya Kepimpinan Dengan Motivasi 45

Guru

2.3.1 Kajian Dalam Negeri 45

2.3.2 Kajian Luar Negara 47

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 49

3.2 Reka Bentuk Kajian 50

3.3 Lokasi Kajian 51

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 52

3.5 Instrumen Kajian 52

3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 55

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 58

4.2 Analisis Aspek Demografi Responden 59

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 59

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 60

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 60

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 61

Page 13: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

viii

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh 62

Perkhidmatan

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Status 62

Perkahwinan

4.3 Analisis Dapatan Kajian

4.3.1 Analisis Persoalan 1 63

4.3.2 Analisis Persoalan 2 64

4.3.3 Analalis Persoalan 3 65

4.3.3.1 Persoalan Kajian Bagi H01 66

4.3.3.2 Persoalan Kajian Bagi H02 67

4.3.3.3 Persoalan Kajian Bagi H03 67

4.3.3.4 Persoalan Kajian Bagi H04 68

4.4 Kesimpulan 70

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Rumusan Kajian 72

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 74

5.3.1 Tahap Gaya Kepimpinan Guru Besar ( Mengarah) 74

Di Sekolah Rendah

5.3.1.1 Gaya Kepimpinan Mengarah 75

5.3.1.2 Gaya Kepimpinan Menyokong 76

5.3.1.3 Gaya Kepimpinan Penglibatan 78

5.3.1.4 Gaya Kepimpinan Orientasi Kejayaan 80

5.3.2 Gaya Kepimpinan Guru Besar Yang Paling Dominan 81

5.3.3 Tahap Motivasi Guru 82

5.3.3.1 Pembangunan Diri 83

5.3.3.2 Pengiktirafan 84

5.3.3.3 Tanggungjawab 85

5.3.3.4 Pencapaian 86

5.3.4 Ciri Guru Yang Bermotivasi 87

5.3.5 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dan Motivasi 88

Guru di Sekolah Rendah

Page 14: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

ix

5.4 Implikasi Dapatan Kajian 91

5.4.1 Implikasi Kepada Gaya Kepimpinan Guru Besar 92

5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model Kepimpinan 93

Guru Besar

5.4.3 Implikasi Kepada Guru Besar 94

5.4.4 Implikasi Kepada Guru 94

5.5 Cadangan Tindakan 94

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 95

5.7 Penutup 96

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 15: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

x

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

1. Rajah 1.1 Kerangka Teori Kajian 14

2. Rajah 1.2 Kerangka Konsep Kajian 16

3. Rajah 2.1 Kepimpinan Laluan Matlamat 28

House

4. Rajah 2.2 Teori Dua Faktor Herzberg 41

Page 16: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

Jadual 3.1 Jumlah responden 52

Jadual 3.2 Jadual spesifikasi soal selidik 53

Jadual 3.3 Skor skala likert dalam kajian 54

Jadual 3.4 Taburan pengagihan soal selidik 55

kajian

Jadual 4.1 Taburan bilangan dan peratusan 59

responden mengikut jantina

Jadual 4.2 Taburan bilangan dan peratusan 60

responden mengikut bangsa

Jadual 4.3 Taburan bilangan dan peratusan

responden mengikut umur

Jadual 4.4 Taburan bilangan dan peratusan 61

responden mengikut tahap pendidikan

Jadual 4.5 Taburan bilangan dan peratusan 62

responden mengiku tempoh perkhidmatan

Jadual 4.6 Taburan bilangan dan peratusan 63

responden mengikut status perkahwinan

Jadual 4.7 Min keseluruhan bagi gaya kepimpinan 64

guru besar

Jadual 4.8 Min keseluruhan motivasi guru 65

Jadual 4.9 Kekuatan nilai pekali korelasi 65

Jadual 4.10 Analisis korelasi hubungan gaya 66

kepimpinan (mengarah) guru besar

dan motivasi guru

Jadual 4.11 Analisis korelasi hubungan gaya 67

kepimpinan (menyokong) guru besar

dan motivasi guru

Page 17: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

xii

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

Jadual 4.12 Analisis korelasi hubungan gaya 68

kepimpinan (penglibatan) guru besar

dan motivasi guru

Jadual 4.13 Analisis korelasi hubungan gaya 69

kepimpinan (orientasi kejayaan) guru

besar dan motivasi guru

Jadual 4.14 Analisis korelasi hubungan gaya 70

kepimpinan dengan motivasi guru

Page 18: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

xiii

SENARAI SINGKATAN

GB : Guru Besar

IAB : Institut Aminuddin Baki

JPN : Jabatan Pelajaran Negeri

JPNJ :Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah

PPD : Pejabat Pelajaran Daerah

SPSS : Statistical Package For Social Science

Page 19: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A : Borang Soal Selidik 101

B : Surat kebenaran untuk menjalankan kajiaan 104

daripada UTM dan PPD Kota Tinggi.

C : Senarai sekolah-sekolah yang terlibat dalam 106

kajian ini.

D : Data analisis ststistik deskriptif dan inferansi. 107

Page 20: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan merupakan suatu bidang yang sering diperkatakan daripada

dahulu hingga ke abad 21 ini. Pendidikan sentiasa berubah mengikut era globalisasi dan

akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Namun, dalam arena pendidikan ini

sering timbul isu-isu yang sentiasa hangat diperkatakan. Misalnya dengan adanya

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan baru-baru ini

dianggap menambah kerja dan beban para guru. Akibatnya, guru-guru tidak berpuashati

dan kurang bermotivasi untuk menjalankan tugas mereka dengan kreatif dan efektif .

Apatah lagi dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, pasti ianya terpikul

di bahu para pendidik untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan mampu

berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Kepimpinan guru besar merupakam satu proses di mana seorang pemimpin

organisasi perlu untuk mendapatkan kerjasama daripada orang lain agar dapat mencapai

Page 21: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

2

sesuatu matlamat di dalam situasi yang tertentu. Menurut Lim dalam Lokman dan Ai

Ling (2011), peranan guru besar bukan sahaja sebagai pentadbir sekolah, namun mereka

juga adalah pendidik dan pemimpin profesionalisme kepada guru-guru di sekolah.

Kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah adalah terpikul di bahu mereka. Mereka

bertanggungjawab untuk menaikkan nama sekolah ke persada pendidikan di pelbagai

peringkat sama ada daerah, negeri, kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Di

sinilah mereka perlu memainkan peranan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa

dan mampu mengekalkan prestasi demi kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru itu,

gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang guru besar adalah amat penting.

Menurut Azizi, Noordin dan Tim Heng daripada kajian Ab. Majid (2008),

mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar di empat buah sekolah rendah di Daerah

Hulu Terengganu telah mendapati gaya kepimpinan yang paling dominan daripada

persepsi guru-guru ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti oleh gaya

kepimpinana partisipatif dan menyokong dan terakhir sekali gaya kepimpinan mengarah.

Oleh itu, gaya kepimpinan guru besar amat penting demi bagi kejayaan sesebuah

sekolah.

Namun begitu, guru yang bermotivasi akan menyumbang sesuatu di dalam

bidang pendidikan supaya ianya akan lebih cemerlang. Cemerlang, sederhana atau

lemah sesuatu kerja adalah bergantung kepada kualiti kerja yang disumbangkan oleh

guru-guru. Sekiranya motivasi kerja mereka tinggi pasti akan menghasilkan sesuatu

yang baik dan begitulah sebaliknya. Seseorang pemimpin organisasi juga perlu

menentukan objektif, misi dan visi sekolah, namun keberkesanan semua itu adalah

bergantung kepada kesanggupan guru-guru untuk mencurahkan usaha dan tenaga

mereka. Dalam erti kata lain, kekuatan motivasi individu akan menyumbangkan usaha

ke arah pembentukan tenaga kerja yang kolektif (Teow Chong & Yim Lean, 2005).

Justeru itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 1 April 2010, di mana

setelah NUTP telah membuat aduan supaya mengkaji beban tugas guru yang terpaksa

melakukan kerja yang berlebihan termasuk dalam hal ehwal pentadbiran dan

perkeranian sehingga mengganggu tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik

Page 22: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

3

(Berita Harian, 1 April 2010). Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius isu

ini kerana beban tugas yang berlebihan akan mengakibatkan guru-guru bermotivasi

rendah dalam melaksanakan tugas mereka. Selain itu juga, pengagihan kerja yang tidak

adil menyebabkan mereka tidak berpuas hati terhadap pemimpin organisasi. Sekiranya

keadaan ini berterusan, sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang buruk terhadap

sesebuah sekolah. Oleh itu, motivasi adalah satu perkara yang sangat penting dan perlu

diberi perhatian yang sewajarnya untuk meningkatkan kecemerlangan dan kualiti

perkhidmatan yang merangkumi kelakuan dan tingkah laku guru-guru.

Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dijalankan untuk melihat apakah gaya

kepimpinan guru besar berperanan mempengaruhi motivasi kerja guru supaya sesebuah

organisasi pendidikan di sekolah berjaya dan cemerlang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Demi mencapai matlamat organisasi, pelbagai gaya kepimpinan telah diamalkan

oleh guru besar. Penumpuannya ialah untuk meningkatkan produktiviti modal insan

yang biasanya menjadi keutamaan dan matlamat sesebuah organisasi. Manakala, guru-

guru pula dilihat sebagai penyumbang utama dan berperanan penting dalam

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Keperluan dan kebajikan para

guru seharusnya diberi perhatian agar motivasi dan kepuasan bekerja kekal dalam diri

mereka supaya tidak berlaku rasa tidak puashati dan kemerosotan tahap komitmen guru

terhadap tugas dan organisasi (Lokman dan Anuar, 2011) . Seringkali juga kita terdengar

rungutan dan keluhan tentang ketidakpuasan hati para guru terhadap gaya kepimpinan

yang diamalkan oleh guru besar. Antaranya ialah guru-guru kurang keyakinan diri,

matlamat kerja yang tidak jelas, kekurangan cabaran kerja dan ganjaran yang tidak

Page 23: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

4

menepati kehendak mereka (Abd Ghani et.al, 2008). Justeru itu, apakah guru-guru akan

bermotivasi untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan berdasarkan gaya

kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar?

Hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa gaya kepimpinan guru besar sering

menjadi isu utama dalam pendidikan. Amalan kepimpinan yang dilaksanakan akan

mempengaruhi organisasi di bawah pimpinannya sama ada akan terus maju ke hadapan

atau sebaliknya. Seharusnya, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap gaya

kepimpinan yang diaplikasi dalam pengurusan organisasi. Satu kajian oleh Abd Ghani

et.al (2008) merumuskan bahawa terdapat empat amalan kepimpinan guru besar iaitu

gaya kepimpinan menyokong, mengarah, berorientasikan pencapaian dan penyertaan.

Dengan adanya kepimpinan sebegini, secara tidak langsung akan mewujudkan budaya

yang positif dan kondusif bagi sesebuah organisasi di sekolah.

Mohd Hizam dan Zafir (2003) mengatakan seseorang pemimpin yang berwibawa

perlu mengatasi apa jua cabaran yang mendatang. Mereka perlu peka terhadap

perubahan persekitaran dan sentiasa mencari peluang untuk melakukan perubahan,

pengembangan dan kemajuan. Percubaan dan penyelidikan perlu dilakukan dengan teliti

supaya dapat mengurangkan risiko yang yang akan diterimanya nanti. Selain itu juga,

mereka harus mendorong diri untuk perkongsian matlamat dengan cara merancang

sesuatu yang baru supaya guru-guru lebih bermotivasi untuk menyertai dan

melaksanakannya. Justeru, gambaran terhadap objektif yang dirancang perlu diberikan

kepada guru-guru dengan sejelasnya agar membolehkan mereka bertindak ke arah

pencapaian matlamat tersebut.

Menurut Mohd Hizam dan Zafir (2003), pada masa ini, semakin ramai pengurus

menonjol dengan memberi kebebasan kepada para pekerjanya membuat keputusan.

Terdapat jutaan pekerja dan kumpulan pekerja membuat keputusan operasi untuk

Page 24: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

5

organisasi yang secara langsung memberi kesan dalam kerja harian mereka. Penyediaan

belanjawan, perangkaan jadual kerja, pengawalan iventori, penyelesaian masalah kualiti

dan sebagainya pada masa ini telah menjadi sebahagian kerja pengurusan. Terdapat dua

punca yang menyebabkan perkara ini berlaku iaitu keperluan untuk membuat keputusan

dengan cepat oleh mereka yang peka terhadap sesuatu isu dan keadaan ekonomi pada

akhir 80-an dan 90-an telah menyebabkan banyak organisasi mengecilkan saiz mereka

(penyusutan) sehingga menyebabkan kerja para pengurus bertambah. Dengan cara ini,

pengurus atau pemimpin telah memberi peluang kepada ahli di dalam organisasinya

untuk membuat keputusan secara bebas supaya mereka tidak berasa terkongkong dengan

peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung mereka akan berasa

mereka dihargai oleh pihak atasan dan motivasi kerja akan menjadi bertambah baik.

Sebagai contoh dalam hal ehwal dalam membuat keputusan di dalam pengajaran dan

pembelajaran, para guru diberi kebebasan atau hak untuk menggunakan apa jua kaedah

untuk kecemerlangan murid. Apatah lagi dengan latarbelakang murid yang pelbagai

aras, budaya dan agama akan menyebabkan para guru terpaksa membuat keputusan

sendiri dengan menggunakan kaedah yang pelbagai supaya mereka menguasai apa yang

telah dipelajari. Oleh itu, pemimpin perlu mengendalikan sumber tenaga para guru

dengan bijak supaya mereka dapat menggembleng tenaga ke arah mencapai satu

matlamat bagi memenuhi objektif organisasi.

Selain itu, Sabda S (2008) mengatakan ramai pekerja jadi malas kerana suasana

sekeliling tidak mendorong mereka berdedikasi, kreatif, bermotivasi dan tidak komited

dengan objektif organisasi. Ramai pekerja tidak suka dengan gaya kepimpinan

organisasi yang diamalkan oleh guru besar. Pastinya ramai tenaga pengajar yang mahir

dan berpengalaman akan memohon untuk bertukar sekolah dan meninggalkan organisasi

kerana sikap pengurus dan pemimpin yang bodoh sombong. Ini adalah disebabkan gaya

pemimpin yang tidak disenangi oleh kebanyakkan pegawai dan kakitangannya seperti

mengamalkan gaya kepimpinan autokratik dan sentiasa mengarah, bersikap menekan

orang bawahan untuk memuaskan hatinya, tidak tetap pendirian hingga memeningkan

kebanyakan guru serta suka mengambil kesempatan hasil daripada kerja mereka.

Page 25: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

6

Lokman Mohd Tahir et. Al (2012), kajian kepimpinan dilihat tidak mampu diasingkan

dengan penggunaan kuasa dalam organisasi oleh pemimpin. Ini kerana pemimpin yang

menitikberatkan kuasa didapati lebih gemar memilih stail autokratik berbanding stail

kemanusiaan. Akibatnya, menurut Mohd Rasit Asan (2009), ramai di kalangan guru

besar tidak sedar bahawa wujudnya pelbagai dimensi sokongan yang boleh digunakan

untuk menyenangkan hati para guru dan menyelesaikan masalah yang timbul, tetapi

kebanyakan pengetua berfikiran ortodoks, tidak melayan guru dengan baik, marah-

marah tanpa sebab dan sambil lewa tanpa menggunakan kebijaksanaan sebagai

pemimpin yang tertinggi dalam sekolah. Terdapat kajian yang mengatakan beban tugas

guru sangat berat dan membebankan sehingga boleh mengganggu fikiran mereka.

Justeru itu, sebagai seorang pemimpin seseorang guru besar perlu ada gaya kepimpinan

yang disenangi supaya matlamat dan objektif sekolah dapat dicapai bersama seterusnya

ke arah menempa kejayaan dalam arena pendidikan.

Di dalam Berita Semasa (6 April 2011) melaporkan kes kematian seorang murid

tahun satu yang bernama Saiful Syazani Saiful Sopfidee kerana telah dibelasah oleh

seorang guru agama di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis. Berita Harian (15

Disember 2005), melaporkan bahawa seorang guru yang bernama Patricia Barbara

Shanta telah ditahan kerana mendera seorang murid tahun 3 sehingga menyebabkan

murid tersebut mengalami kecederaan fizikal. Seterusnya berkaitan pelajar perempuan

yang dipaksa berendam di dalam kolam ikan yang kotor selama sejam oleh seorang guru

akibat membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas (Berita Harian, 18 Julai 2007).

Kes-kes sebegini tidak akan berlaku sekiranya amalan kepimpinan yang diamalkan

menjadikan guru selesa bertugas di dalam organisasi tersebut. Sebagaimana yang kita

tahu, guru besar merupakan agen perubahan dalam mempengaruhi dan mengubah sikap

dan motivasi orang bawahnya. Beliau perlu bijak bertindak sebagai seorang penggerak

untuk menerima sesuatu yang baru dan mempengaruhi orang lain menerimanya (Newel,

1978).

Page 26: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

7

Kajian Sri Vel (2012), sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 1 April

2010 setelah mendapat aduan daripada NUTP bagi mengkaji beban tugas guru yang

terpaksa melakukan kerja yang berlebihan termasuk dalam hal ehwal perkeranian dan

pentadbiran sehingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. Jawatankuasa ini

telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, iaitu Tan Sri Alimudin

Mohd Dom dan turut dianggotai oleh beberapa orang pegawai pelajaran serta wakil

daripada NUTP. Sebenarnya, Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius

perkara ini. Beban tugas yang berlebihan akan menyebabkan guru-guru kurang

bermotivasi dalam melakukan tugas masing-masing. Ini sedikit sebanyak akan

memberikan impak yang buruk terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah. Di sini

jelaslah bahawa motivasi merupakan satu elemen dalam meningkatkan kecemerlangan

dan kualiti perkhidmatan yang juga merangkumi kelakuan dan tingkah laku para guru.

Dalam mana-mana organisasi, kita memang maklum bahawa tidak ada pekerja

yang malas dan tidak ada pekerja yang tidak tahu melakukan kerja. Pekerja yang malas

boleh diberi motivasi dan pekerja yang tidak tahu melakukan kerja boleh diberi latihan

dan kursus. Persoalan yang timbul ialah terdapat beban tugas kerja yang tidak sama rata

( Sabda S, 2008). Warisan melambat-lambatkan kerja berpunca daripada ‘ kepimipnan

melalui teladan’. Guru Besar, Encik Jaul AK Bunyau yang berkhidmat di Sekolah

Kebangsaan Ulu Lebai, Sarawak telah dianugerahkan anugerah Guru Besar Cemerlang

dalam perayaan Hari Guru peringkat negeri (Harian Metro, 26.5.2011). Ini adalah kerana

komitmen luarbiasa yang telah ditonjolkan menyebabkan sekolah tersebut Berjaya

mencatat kelulusan seratus peratus di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

selama lima tahun berturut-turut sehingga 2010. Sekolah tersebut juga pernah menerima

dua anugerah peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 pada

peringkat negeri dan 46 peringkat bahagian dan daerah. Kecemerlangan ini wujud

daripada usaha para guru yang bermotivasi tinggi hasil daripada kepimpinan guru besar

tersebut.

Page 27: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

8

Ab. Aziz et.al (2004), mengatakan beberapa simptom yang menjadi petunjuk

kepada subordinat yang mempunyai motivasi kerja yang rendah. Di antaranya ialah

produktiviti yang rendah dan terus menurun, ketidakhadiran yang terus meningkat,

kehadiran ke tempat kerja lewat dan meninggalkan tempat kerja lebih awal, kadar lantik

henti yang tinggi, kualiti kerja yang rendah, peningkatan rungutan pelanggan, semangat

kerja berpasukan yang rendah, konflik antara perorangan dalam organisasi, konflik

dengan pengurus, sikap yang terlalu jumud terhadap perubahan dan hubungan yang

tidak baik dengan bahagian lain dalam organisasi. Selain itu juga, Teow Chong dan Yim

Lean (2005) mengatakan produktiviti rendah adalah akibat daripada tahap motivasi yang

rendah dan mereka yang demotivasi. Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang pemimpin

berusaha ke arah mewujudkan kecemerlangan organisasi. Dalam hal ini motivasi

insaniah harus difahami, diteliti dan diperhalusi untuk mengoptimumkan motivasi di

dalam organisasi di mana satu rangka strategi kepimpinan dan pengurusan harus ada

penerapan unsur-unsur motivasi.

Wan Noraini dan Nooraini (2011), menyatakan guru menghadapi tekanan kerana

sentiasa berdepan dengan tingkah laku pelajar dan permintaan yang tinggi terhadap guru

di sekolah, di mana guru-guru yang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat sarjana

turut mengalami tekanan melalui perubahan mereka kembali menjadi pelajar. Sulaiman

(2002), menyatakan bahawa adalah perlu seseorang pelajar untuk menganalisis tugas

dan membahagikan masa secara terperinci untuk mengelakkan bebanan dan tekanan

yang berlebihan. Maka di sinilah guru yang juga berperanan sebagai pelajar perlu bijak

dalam menguruskan bebanan dan masa mereka bagi mengelakkan tekanan. Manakala

Abdul Ghani dan Tang (2006) menyatakan, cabaran yang dihadapi oleh pengurus

pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding sebelumnya kerana harapan

masyarakat dan tuntutan tanggungjawabpengetua menjadi semakin meningkat. Bagi

menangani cabaran tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan

budaya cemerlang dalam pengurusannya agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai

dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan memperkasa pengamalan serta

penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara kolaboratif

Page 28: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

9

bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem pengurusan masa kini kerana budaya

kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah

corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth 2002). Sekolah yang mengamalkan

budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan

untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja

yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan

amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan

pembelajaran guru (Gable 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru

(Johnson 2003). Menurut Yusof Boon (2012), motivasi sangat berkait rapat dengan

keupayaan individu untuk membuat keputusan sendiri dalam segala tindakan yang

diambil. Oleh itu, segala keputusan untuk melakukan perubahan adalah atas diri sendiri

dengan adanya motivasi yang tinggi serta gaya kepimpinan yang diamalkan oleh

pemimpin organisasi.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pada situasi pendidikan masa kini yang sentiasa mengalami

perubahan dan harapan masyarakat terhadap institusi sekolah, usaha-usaha digembleng

ke arah meningkatkan mutu di sekolah. Atas dasar itu Datuk Seri Najib Tun Razak,

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan di dalam pembentangan bajet 2013, satu

bulan setengah gaji kepada semua penjawat awam di Malaysia termasuklah golongan

pendidik sebagai imbuhan dan motivasi. Namun, menawarkan kepada seorang guru

yang kuat bekerja dengan ganjaran yang rendah adalah seperti menghina (John West dan

Fergus, 2010). Keperluan guru sebagai pelaksana harus diberi perhatian selari dengan

bebanan tugas dan kelayakan mereka. Beban tugas yang semakin bertambah akan

menyebabkan guru-guru tidak berpuashati dan berasa kurang bermotivasi untuk

melaksanakannya. Apatah lagi jika pengagihan kerja dan tugas yang diberikan oleh guru

Page 29: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

10

besar adalah tidak adil. Menurut Mohd Taib dan Hamdan (2006), berdasarkan kajian

yang telah dijalankan oleh University of Manchester Institute Sience & Technology

mendapati bahawa bidang profesion guru mempunyai kadar tekanan yang tinggi iaitu

pada skala 6.2 daripada tekanan 0 hingga 10. Tahap stress guru yang tinggi ini

disumbangkan oleh perubahan dan persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era

globalisasi. Guru terpaksa menjalankan tugas bagi memenuhi kehendak pelbagai pihak

seper ti kehendak organisasi sekolah, guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar, ibu

bapa, masyarakat dan negara. Kadar tekanan yang tinggi ini akan menyebabkan guru-

guru kurang bermotivasi dan mereka tidak akan bersungguh-sungguh ketika

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Daripada kajian Sri Vel (2012) mendapati bahawa peranan guru besar amat

penting. Guru besar perlu bertindak sebagai penyederhana tekanan kerja guru. Corak

kepimpinan guru besar yang sesuai akan dapat meningkatkan prestasi kerja guru.

Seterusnya dengan cara ini akan meningkatkan keberkesanan dan kecemelangan

organisasi sekolah. Sebaliknya, jika guru besar mengamalkan corak kepimpinan yang

tidak sesuai akan mewujudkan hubungan yang kurang baik dengan guru. Akibatnya,

akan menjadi punca tekanan terhadap guru tersebut. Kajian menunjukkan tekanan yang

berlebihan kepada pekerja boleh menjejaskan keberkesanan dan kecemerlangan

sesebuah organisasi.

Page 30: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

11

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh guru besar

di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota Tinggi.

1.4.2 Mengenalpasti tahap motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar

daerah Kota Tinggi.

1.4.3 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara gaya kepimpinan guru besar

dengan motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota

Tinggi.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan diamalkan oleh guru

besar di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota Tinggi?

1.5.2 Apakah tahap motivasi guru di dua buah sekolah rendah luar bandar daerah Kota

Tinggi?

1.5.3 Adakah terdapat hubungan signifikan antara gaya kepimpinan guru besar dengan

motivasi guru?

Page 31: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

12

1.6 Hipotesis Kajian

Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (mengarah) guru

besar dengan motivasi guru.

Ho 2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (menyokong)

guru besar dengan motivasi guru.

Ho 3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (penglibatan)

guru besar dengan motivasi guru.

Ho 4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan (orientasi

Kejayaan) guru besar dengan motivasi guru.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian berkaitan gaya kepimpinan guru besar di sekolah amat penting

memandangkan ia berkait rapat dalam mempengaruhi motivasi kerja guru-guru di

sekolah yang dikaji. Kajian dalam bidang ini dapat memberi maklumat untuk

mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar yang diamalkan selari dengan peredaran

masa kini. Walaupun terdapat banyak kajian berkaitan gaya kepimpinan guru besar,

namun secara jelasnya dapat dilihat bahawa personaliti pekerja seperti keperluan

peribadi, kebolehan pekerja dan kawalan diri serta situasi tugas seperti struktur tugas,

peraturan dan sistem kuasa masa kini sentiasa mempengaruhi keputusan kajian. Justeru,

untuk melihat keberkesanan sesuatu kepimpinan ianya dapat dilihat melalui kepuasan

bekerja, pekerja bermotivasi dan kepimpinan yang diamalkan diterima oleh pekerja atau

tidak.

Page 32: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

13

Kajian ini juga penting untuk meningkatkan motivasi para guru. Penyusunan

kerja yang sistematik seperti polisi pentadbiran, penyeliaan kerja, gaji, keadaan tempat

kerja, perhubungan dengan rakan sekerja, kebajikan guru, bebanan tugas perlu diberi

perhatian sewajarnya. Begitu juga halnya dengan kandungan kerja yang ditetapkan

seperti pencapaian tujuan kerja, tanggungjawab, pengiktirafan, peluang pembangunan

diri dan kenaikan pangkat perlu dititikberatkan. Di samping itu, kajian ini juga sedikit

sebanyak dapat memberi maklumat kepada pihak berkaitan untuk melihat tahap motivasi

para guru pada masa kini terhadap arena pendidikan adalah tinggi atau sebaliknya.

Motivasi guru sering diperkatakan dan menjadi isu di dalam organisasi sesebuah

di sekolah. Di harap melalui kajian ini, dapat membantu para pentadbir terutamanya

guru besar mendapatkan maklumat berkaitan beban tugas para guru yang tidak seimbang

dan mengakibatkan motivasi kerja menurun dan seterusnya akan memberi kesan yang

negatif di dalam institusi pendidikan. Oleh itu, motivasi kerja guru dianggap penting

demi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan seterusnya akan membantu

meningkatkan prestasi organisasi sekolah.

Selain itu juga,di harap kajian ini dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk

dijadikan sumber bahan rujukan berkaitan gaya kepimpinan guru besar dapat

mempengaruhi motivasi guru di peringkat sekolah. Maklumat kajian ini juga dapat

membantu mereka dalam menambah baik kajian berkaitan isu ini. Guru merupakan

sumber penting dalam melahirkan modal insan justeru itu keperluan guru adalah berubah

mengikut peredaran masa, justeru itu kajian berkaitan pengurusan sumber manusia ini

perlu diteruskan dan kajian ini diharap dapat memberi panduan dan input tambahan pada

kepada pengkaji akan datang.

Page 33: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

14

1.8 Kerangka Teori dan Kerangka Konsep

Kerangka kajian ini terdiri daripada kerangka teori dan kerangka konsep.

1.8.1 Kerangka Teori Kajian

Kerangka teori kajian ini terdiri daripada dua teori iaitu model kepimpinan iaitu

Teori Laluan Matlamat oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971) dan Teori Dua

Faktor Herzberg oleh Frederick Herzberg (1959).

Rajah 1.1: Kerangka teori kajian

Daripada Rajah 1.1 di atas menunjukkan bahawa pengkaji menggunakan Teori

Laluan Matlamat oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971) untuk melihat gaya

kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di sekolah. Manakala, untuk mengesan

tahap motivasi guru, Teori Dua Faktor Herzberg oleh Frederick Herzberg (1959)

digunakan.

Kepimpinan Laluan Matlamat

Teori Laluan Matlamat(Martin G. Evans dan Robert J. House 1971)

Motivasi guru

Teori Dua Faktor Herzberg(Frederick Herzberg, 1959)

Page 34: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

15

1.8.2 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian telah dibina berdasarkan dua teori yang telah dijelaskan

di atas. Kerangka konsep dalam kajian ini adalah daripada pemboleh ubah bebas yang

mengandungi teori gaya kepimpinan di mana ia merupakan pemboleh ubah bebas. Ianya

terdiri daripada empat dimensi yang dinyatakan oleh Martin G. Evans dan Robert J.

House iaitu kepimpinan berasaskan arahan, berorientasikan kejayaan, sokongan dan

penglibatan. Manakala pemboleh ubah bersandar kajian ini terdiri daripada dua

komponen yang dinyatakan oleh Herzberg iaitu faktor hygiene dan faktor motivator.

Namun, pengkaji hanya mengkaji dari faktor motivator sahaja.

Kerangka kajian mengenai gaya kepimpinan guru besar di sekolah seringkali

menjadi tajuk yang sentiasa hangat diperkatakan. Walaupun, zaman telah berlalu dan

keadaan sentiasa berubah namun, amalan kepimpinan terus menjadi isu dan terus

diperkatakan. Pelbagai gaya kepimpinan telah dipraktikkan oleh guru besar tidak kira

yang baru dinaikkan pangkat mahupun yang telah lama berkhidmat.

Justeru itu, kajian ini menggunakan model gaya kepimpinan guru besar seperti di

rajah 1.2 kerana ianya diguna pakai untuk melihat hubungannya dengan tahap motivasi

guru. Model ini digunakan untuk mengesan pengaruh motivasi guru terhadap

kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar sama ada berorientasikan arahan, sokongan,

penglibatan atau pun kejayaan.

Page 35: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

16

Rajah 1.2: Kerangka konsep kajian

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan guru-guru di dua sekolah rendah di kawasan luar

bandar, daerah Kota Tinggi. Sekolah-sekolah yang dipilih terdiri daripada sekolah

rendah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan (Felda ) Lok Heng dan Sekolah

Kebangsaan LKTP Lok Heng Selatan. Penyelidikan ini melibatkan 50 orang guru iatu

seramai 25 orang dari setiap sekolah. Guru yang dipilih mempunyai tahap pendidikan

yang berbeza iaitu di peringkat diploma dan ijazah. Latarbelakang pendidikan guru di

sekolah ini akan menyebabkan perbezaan dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Selain itu juga, tempoh perkhidmatan guru di sekolah tersebut juga diambil kira.

Keputusan kajian ini dijalankan di sekolah luar bandar dan kemungkinan tidak mewakili

semua guru serta tidak boleh digenaralisasikan untuk guru-guru di sekolah bandar.

Namun, kajian ini mungkin sesuai untuk keperluan masa kini dan hasil dapatan yang

diperolehi boleh diguna pakai untuk kajian berkaitan bidang ini.

Gaya Kepimpinan

* Arahan * Menyokong * Penglibatan* Orientasi kejayaan

Faktor Motivasi

(pendorong)

Page 36: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

17

1.10 Definisi Istilah

1.10.1 Pemimpin

Menurut Mohd Hizam dan Zafir (2008) pemimpin adalah seorang yang boleh

mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat dan menentukan arah tujuan

organisasi serta memotivasikan pekerja bagi menangani masalah dan menggerakkan

organisasi ke arah masa depan yang cerah.

Greenberg dan Baron di dalam buku Abd Aziz et.al (2004) mendefinisikan

pemimpin sebagai seorang yang menentukan matlamat sesuatu organisasi dan strategi-

strategi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Mereka juga menjelaskan

kepimpinan merupakan satu proses yang saling mempengaruhi di antara pemimpin dan

pengikut. Pemimpin mempunyai kuasa namun, kekuatan pengaruh pemujukan akan

lebih berkesan berbanding sistem paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan

pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan bertujuan untuk mencapai matlamat secara

kolektif.

Ab. Aziz et. al (2004) juga mendefinisikan pemimpin sebagai pengurus yang

bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh subordinatnya.

Kejayaan atau kegagalan subordinat mencerminkan pemimpin itu sendiri. Oleh itu,

seseorang pengurus perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan untuk memotivasi,

membimbing, mengarah, menyediakan ganjaran dan mendisiplinkan subordinat.

Page 37: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

18

1.10.2 Kepimpinan

Lokman et.al (2012) mengatakan kepimpinan merupakan proses abstrak yang

berupaya mengadunkan banyak faktor di dalamnya seperti kebijaksanaan pemimpin,

ilmu pemimpin, budaya organisasi dan penerimaan pemimpin terhadap kepimpinan

pemimpin.

Bass di dalam buku Lokman et.al (2012) menjelaskan definisi kepimpinan dilihat

dan dinilai dari pelbagai pendekatan dan perspektif. Ianya dilihat daripada pelbagai

sudut dan kepelbagaian dalam pentafsiran kepimpinan menggambarkan perspektif

kepimpinan yang begitu komprehensif dan meluas. Burns (1970), mentakrifkan

kepimpinan sebagai satu proses yang saling digerakkan oleh orang-orang yang

mempunyai motif dan nilai-nilai yang tertentu, pelbagai sumber ekonomi, politik dan

lain-lain. Northouse (2004) pula melihat kepimpinan sebagai suatu proses untuk

mempengaruhi orang lain dengan menggunakan kuasa yang ada padanya. Ianya turut

meliputi konsep moral dan etika dalam pembentukan sahsiah pemimpin yang beretika

dan bermoral tinggi berlandaskan norma-norma yang diterima oleh masyarakat.

Amin Senin (2005) menyatakan kepimpinan sekolah yang dapat memupuk

pembelajaran organisasi ialah pemimpin yang prihatin dalam membina visi, memupuk

penerimaan matlamat kumpulan dan menyediakan rangsangan intelektual. Di samping

prihatin untuk membantu setiap individu dalam organisasi berhadapan dengan cabaran

perubahan dalam amalan profesionalisme dan menunjukkan penghargaan yang tinggi

apabila mereka mempelajari sesuatu yang baru.

Ahmad Redzuwan (2003) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu cara

mengorganisasikan kegiatan manusia melalui pemusatan kuasa untuk mencapai sesuatu

matlamat.

Page 38: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

19

1.10.3 Gaya Kepimpinan

Menurut Mohd Hizam dan Zafir (2008) menyatakan gaya kepimpinan adalah

merujuk kepada cara seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pekerjanya.

Kebiasaannya pengurus menggunakan lebih daripada satu gaya kepimpinan dan ianya

bergantung kepada masalah yang ingin diselesaikan. Terdapat tiga gaya kepimpinan

yang sering digunakan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan bebas (laissez

faire).

Mohd Najib dan Tamyis (2008) mengatakan kepimpinan pengetua dapat

menetapkan polisi dan prosedur para guru dan kakitangan lain menjalankan tugas.

Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada kejayaan pemimpin dalam menguruskan

organisasi dengan baik. Gaya kepimpinan banyak mempengaruhi keberkesanan

sesebuah organisasi dan kepimpinan yang baik adalah bergantung kepada gaya

kepimpinan yang diamalkan. Kebiasaannya gaya kepimpinan sering dikaitkan dengan

cara penggunaan kuasa yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Sebagai seorang

pemimpin, amat wajar bagi seseorang guru besar menggunakan kuasa dalam

menguruskan gaya kepimpinannya.

1.10.4 Guru Besar

Guru besar ialah mereka yang dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan

sekolah di bawah peruntukan Peraturan Sekolah Umum 1951. Menurut Mohd Nor

Jaafaar (2004), guru besar ialah ketua eksekutif dan merupakan pemimpin bagi sesebuah

sekolah rendah. Mereka ini telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

mengetuai sesebuah sekolah dan bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan

memimpin sekolah. Sabri Salleh (1998) menyatakan guru besar adalah orang yang

Page 39: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

20

bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan sesebuah sekolah.

Penampilan guru besar yang hebat dan disegani berkait rapat dengan stail kepimpinan

yang diamalkannya.

1.10.5 Motivasi

Abd Aziz et.al (2004) mendefinisikan motivasi sebagai proses psikologi yang

merangsang dan mendorong individual dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Dalam

erti kata lain, ia adalah kesanggupan dalam menggunakan tahap keupayaan tinggi yang

berjaya dibangunkan oleh pengurus bagi memastikan subordinat bekerja ke arah

pencapaian matlamat organisasi. Motivasi bukan sesuatu yang bercirikan peribadi tetapi

ia adalah hasil interaksi antara individu, pengurus, organisasi dan situasi.

Menurut Morey Stettner (2005), terdapat dua jenis motivasi iaitu jangka pendek

dan jangka panjang. Matlamat motivasi jangka pendek adalah untuk memastikan ahli

melakukan tugasan yang terdekat dengan penuh semangat dan dedikasi. Manakala

matlamat motivasi jangka panjang pula ialah memastikan ahli ingin kekal bersama

pasukan yang disertainya. Mereka merasakan keberadaan mereka bersama pasukan

tersebut begitu bermakna dan mendorongnya untuk menjadi lebih berjaya.s

Menurut Dennis Child dalam Mohammad Shattar et.al (2006), motivasi

merupakan satu keperluan untuk merangsang kita ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Sebagai guru, kita perlu bermotivasi bagi memenuhi standard profesionalisme yang

tinggi di dalam pendidikan.

Page 40: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN MOTIVASI GURU… Binti... · bahawa gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi ialah kepimpinan ... 5.4.2 Implikasi Kepada Pembentukan Model

21

1.10.6 Guru

Menurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau

penuntut. Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab

atau universiti. Pelajar pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah

dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah

menengah ataupun sekolah rendah”. Mok Soon Sang (1990), menyatakan guru

merupakan ahli masyarakat yang mempunyai hubungan sosial dan saling berkait rapat

dengan masyarakat serta merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Di dalam Akta

Pendidikan 1996, Akta 550 menyatakan guru ialah seseorang yang mengajar murid di

sesuatu institusi pendidikan.

1.11 Kesimpulan

Sebagai pemimpin organisasi di sekolah guru besar perlu ada sifat tertentu yang

unggul daripada sudut kapasiti profesionalisme dalam menangani dan menyelesaikan

masalah, berintegriti tinggi, berwibawa dan berpengetahuan luas untuk menguruskan

organisasinya secara berkesan dan membangunkan sumber manusia ke arah peningkatan

yang berterusan dan reformasi sekolah secara berkesan dan cemerlang ( Hussien Ahmad.

2008). Justeru itu, penggunaan sumber kuasa mengikut gaya kepimpinan yang tepat oleh

guru besar akan membentuk kecemerlangan akademik di sekolah dan secara tidak

langsung akan meningkatkan motivasi di kalangan guru-guru (Lokman dan Ai Ling,

2011).