peranan-guru-pendidikan-moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

15
Peranan guru dan tanggungjawab Pendidikan Moral dalam merealisasikan kod etika perguruan. a) Intipati kod etika perguruan. Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia : Tanggungjawab terhadap pelajar 1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal- hal lain. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka surat 245. 2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243. 6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Upload: gyheng

Post on 07-Feb-2016

101 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

Peranan guru dan tanggungjawab Pendidikan Moral dalam merealisasikan kod etika perguruan.

a) Intipati kod etika perguruan.

Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal

kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan

atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional

harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping

mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam

menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia :

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk

Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka

surat 245.

2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,

politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-

mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun

2001) muka surat 243.

6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar

supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan

berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumahtangga.

2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan

keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan

mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

Page 2: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan

berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab

sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang

kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi

pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecendiakawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani

kehidupan seharian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat

sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan

bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam

profesion perguruan

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Page 3: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Maksud Etika

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)

2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional

1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Page 4: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

Page 5: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

Niat yang betul

Perlakuan yang baik

Pengerak ke arah kebaikan

Memperkotakan apa yang dikatakan

Berdisiplin dan beradab

Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah:

Amanah

Benar

Bijaksana

Bersyukur

Dedikasi

Page 6: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

Ihklas

Penyayang

Akauntabiliti keguruan

1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

3.1 Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya

Page 7: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

3.2 Diri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.3 Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun

Page 8: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion Keguruan

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 Penutup

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Peranan Guru Pendidikan Moral

Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada

pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam

arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam

konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau

Page 9: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa,

khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah

melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan

Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit

persoalan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. 

Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat

tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus

perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai

dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin.

Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003)  di mana Guru

Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah

sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.

Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan Moral

Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang

memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan

ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang

lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa

perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada perkembangan karaktor

moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu

juga, istilah ‘perkembangan’ memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan

yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka

perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggap matang

dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).

Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi

terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini.

Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional

memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja

(Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut  melaporkan bahawa

sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni

dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai.

Namun, Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan

suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber

pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu

ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak

lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam

Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di

sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga.

Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian,

pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman,

Page 10: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan

pelajar yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan

tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan

nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru

Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar

yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah vandalisme di

sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar

selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi kesan kepada

masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di

sekolah.

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975)

mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang

menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting

yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.  Kohlberg

membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham

dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru

Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan

pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang

bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah

penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-

nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.

Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif

seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di

bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata

pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain.[1] Selaras

dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada

prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara

menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan,

pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta

mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan

perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral

judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan

terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang

nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia

dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan

tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri. Sejajar

dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika Profesion

Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab ini. Ikrar

dalam EPP, ‘.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak

muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima

Page 11: Peranan-guru-Pendidikan-Moral-dalam-menjayakan-kod-etika-perguruan.docx

tatasusila berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas

penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan

kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan

mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar

menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam

ataupun sekolah.

Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat “berminda kelas pertama” adalah

masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang,

berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan

menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya.

Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah

dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan

kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan

kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan

diterapkan. Menyentuh tentang konsep ‘Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara’ di

mana telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika

Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk

membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role model) dalam

mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada

para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah

dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan  dalam kalangan

pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat

dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab

dan berwawasan.