peranan dan tanggungjwab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan berkualiti

8
Peranan dan tanggungjwab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan berkualiti. Dalam era moden kini, tugas dan peranan seorang guru semakin berat untuk dipikul. Semakin hari kita didedahkan dengan pelbagai perlakuan yang tidak bermoral di kalangan pelajar sekolah. Terlalu banyak usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk melahirkan insan yang bermoral selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan setiap perkembangan moral rakyatnya,tetapi apa yang berlaku kini? Ramai pelajar telah menjadi manusia yang tidak bermoral dengan melakukan pelbagai gejala yang tidak sihat. Bahkan ada yang pelajar yang sanggup membunuh demi kepuasan dirinya. Satu persoalan yang timbul, kenapakah pelajar dahulu dan sekarang mempunyai nilai yang jauh berbeza sehinggakan mereka kini terpaksa diajar subjek Pendidikan Moral dan Nilai-Nilai Murni dalam Bahasa Melayu Penulisan. Sesungguhnya apakah faktor- faktor yang menjadi penyebab kepada kemerosotan nilai dalam kehidupan masyarakat pelajar pada masa kini?. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita untuk melahirkan pelajar yang berwawasan serta mempunyai etika dan kemoralan yang tinggi. Setiap guru harus sedar bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya mengajar, tapi perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk USER 1

Upload: noor-aimah-nulhasan

Post on 28-Nov-2015

108 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

z

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Dan Tanggungjwab Guru Dalam Melahirkan Generasi Yang Berwawasan Dan Berkualiti

Peranan dan tanggungjwab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan

berkualiti.

Dalam era moden kini, tugas dan peranan seorang guru semakin berat untuk dipikul.

Semakin hari kita didedahkan dengan pelbagai perlakuan yang tidak bermoral di kalangan

pelajar sekolah. Terlalu banyak usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk

melahirkan insan yang bermoral selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang

menitikberatkan setiap perkembangan moral rakyatnya,tetapi apa yang berlaku kini? Ramai

pelajar telah menjadi manusia yang tidak bermoral dengan melakukan pelbagai gejala yang

tidak sihat. Bahkan ada yang pelajar yang sanggup membunuh demi kepuasan dirinya. Satu

persoalan yang timbul, kenapakah pelajar dahulu dan sekarang mempunyai nilai yang jauh

berbeza sehinggakan mereka kini terpaksa diajar subjek Pendidikan Moral dan Nilai-Nilai

Murni dalam Bahasa Melayu Penulisan. Sesungguhnya apakah faktor-faktor yang menjadi

penyebab kepada kemerosotan nilai dalam kehidupan masyarakat pelajar pada masa kini?.

Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita untuk melahirkan

pelajar yang berwawasan serta mempunyai etika dan kemoralan yang tinggi. Setiap guru

harus sedar bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya mengajar, tapi perlu

menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Sistem

hubungan dua hala antara guru dan pelajar bukan sekadar melibatkan masalah akademik

tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala

yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.

a. Guru sebagai role model.

Harus diingat bahawa, pelakuan seharian kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan dan

seringkali ditiru oleh pelajar. Seorang guru harus menunjukkan contoh yang terbaik supaya

kita menjadi role model kepada setiap pelajar kita. Guru lelaki yang menasihati pelajarnya

agar tidak merokok ibarat ketam mengajar anaknya berjalan, sekiranya guru itu sendiri

merokok di khalayak ramai seperti di kantin sekolah, di padang ataupun di tempat-tempat

lain yang kononnya tersembunyi. Begitu juga dengan sebahagian guru wanita yang

menasihati anak muridnya supaya tidak berkuku panjang sedangkan dia sendiri yang berkuku

panjang. Jadi, haruslah diingat di sini bahawa, sebagai seorang guru, kita seharusnya

user 1

Page 2: Peranan Dan Tanggungjwab Guru Dalam Melahirkan Generasi Yang Berwawasan Dan Berkualiti

memperbetulkan dan merperindahkan dulu budi pekerti dan kemoralan diri kita sebelum

menasihat atau menegur pelajar supaya pelajar menyanjung dan memartabatkan kita sebagai

role model terbaik untuk dirinya.

b. Kaedah pengajaran

Dewasa ini, mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral sering

dianggap sebagai subjek pelengkap di kalangan pelajar. Dengan kata lain, subjek ini

dipelajari hanya disebabkan subjek ini adalah mata pelajaran wajib yang diambil kira dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru itu, para

pelajar kurang penghayatan terhadap subjek ketika proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Kurang penghayatan dalam mata pelajaran kerohanian ini akan memberikan

pelbagai implikasi negatif yang membimbangkan. Antaranya, wujud gejala sosial dan

keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang membabitkan kes-kes jenayah terutama salah laku

seksual. 

Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral merupakan satu-satunya

mekanisme yang mampu membina jiwa, membentuk kerohanian dan memupuk akhlak mulia

dalam diri pelajar, guru-guru sewajarnya memainkan peranan mencegah salah laku seksual

ataupun pelbagai gejala negatif lain yang tidak bermoral dengan menekankan penghayatan

subjek-subjek ini kepada pelajar di sekolah. Guru seharusnya mempelbagaikan kaedah

pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Guru

seharusnya cuba berusaha mendekati pelajar, membimbing dan menjadi rakan terbaik kepada

pelajar supaya pelajar merasakan diri mereka hampir dengan guru agar segala

permasalahannya dapat diluahkan.

Kelemahan kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran boleh menghapuskan minat

seseorang pelajar terhadap pelajaran tersebut. Sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan

maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sahaja, perlu

diperbetulkan. Dalam apa juga mata pelajaran di sekolah, guru boleh menerangkan mengenai

pengajaran dan ikhtibar yang boleh diambil daripada sesuatu perkara yang diajar. Pelbagai

peristiwa dalam sejarah boleh digunakan sebagai contoh. Tayangan video ataupun VCD

user 2

Page 3: Peranan Dan Tanggungjwab Guru Dalam Melahirkan Generasi Yang Berwawasan Dan Berkualiti

tentang apa sahaja yang berkaitan dengan moral boleh ditayangkan kepada pelajar demi

menarik mereka terhadap pelajaran tersebut. Dalam erti kata lain, guru di zaman globalisasi

kini seharusnya lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian kaedah pengajaran supaya

pelajar lebih cenderung ke arah perlakuan yang lebih beretika dan bermoral.

c. Pemupukan nilai-nilai murni

Nilai-nilai murni merujuk kepada perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh

seseorang itu. Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi

penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang. Cuma perkara yang dikesalkan dalam aspek

ini ialah pelajar pada zaman ini sudah mula melupakan nilai-nilai murni ini. Mereka sudah

melupai jati diri mereka yang seharusnya menghormati ibu bapa, beradap sopan apabila

berbicara, bersikap jujur dan amanah dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang lain, yang kian

hari kian lenyap dalam diri mereka. 

Pemantapan komponen akhlak dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dapat

membantu pelajar dalam penghayatan nilai-nilai murni tersebut. Guru dikehendaki

menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak Islam ketika menerangkan adab dan amalannya

dalam kehidupan pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri seperti amalan berdisiplin,

adil, bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalam diri mereka. Ini kerana,

pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan

melahirkan manusia yang baik. Agama Islam sebagai ad-Deen atau cara hidup amat

menekankan kepada pendidikan akhlak. Selain itu, Pendidikan Moral juga merupakan satu

program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia

dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran, perasaan moral dan tingkah laku

moral. 

d. Melayan pelajar sebagai pelanggan

user 3

Page 4: Peranan Dan Tanggungjwab Guru Dalam Melahirkan Generasi Yang Berwawasan Dan Berkualiti

Kualiti diertikan sesuatu yang memenuhi kehendak pelanggan iaitu apa-apa yang pelanggan

(pelajar) mahu dari kita. Keperluan pelajar sepatutnya dipenuhi dan bagaimana keperluan

pelajar itu dilihat sebagai faktor penting terhadap kejayaan. Keperluan-keperluan yang

dimaksudkan di sini boleh terdiri dari perkhidmatan dan layanan yang ingin diterima oleh

pelajar. Antara ciri-ciri guru yang baik pada pandangan pelajar ialah guru bukan sahaja boleh

menyampaikan isi pelajaran tetapi juga dapat memahami pelajar sebagai individu, sentiasa

disenangi dan mudah dibawa berbincang. Setiap kehendak pelajar harus diikuti asalkan

kehendaknya itu tidak melampaui batasan. Guru seharusnya bersabar dengan karenah pelajar

yang “macam-macam”. Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yang menggambarkan

sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing,

memberi sokongan dan pengiktirafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan

tugas dengan perasaan gembira dan menyeronokkan. 

Di samping itu, sifat-sifat seperti ini juga dapat mempengaruhi perlakuan dan tingkah

laku pelajar. Guru yang bermoral dan beretika, dapat melahirkan pelajar yang lebih

bertanggungjawab dan berwawasan kerana guru sebegitu adalah idola pelajarnya. Guru

bagaikan ibu bapa kepada murid atau pelajar. Kalau ibu bapa kandung memberi tempat

tinggal, pakaian dan makan minum, guru pula memberikan ilmu, didikan, budi dan akhlak

serta membentuk kepandaian dalam kehidupan. Guru yang penyayang akan mengambil tahu

masalah muridnya serta sedia mendengar dan memberi perhatian kepada muridnya. Murid

yang lemah dikasihani, yang silap ditegur dengan baik. Kecemerlangan pelajar adalah

kejayaannya. Sebarang bantuan diperlukan oleh pelajar akan dibantu guru. Itulah guru yang

penyayang. Guru seumpama itu akan disanjung dan diingati oleh pelajarnya. Pelajar akan

terasa rindu untuk ke sekolah. Pelajar akan mengikut arahan dan meniru peribadinya. Pendek

kata guru itu akan menjadi idola kepada pelajarnya. Hasil jalinan kasih sayang ini, sekolah

akan menjadi model pendidikan yang terbaik. Kejayaan dalam bidang akademik dan

kokurikulum akan dapat dicipta oleh sekolah tersebut hasil kerjasama erat. Dalam masa yang

sama akhlak dan etika pelajar juga dapat dibentuk, digilap dan dibajai dengan secukupnya

supaya menjadi generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan.

Penutup

user 4

Page 5: Peranan Dan Tanggungjwab Guru Dalam Melahirkan Generasi Yang Berwawasan Dan Berkualiti

Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan dalam mencorakkan

kualiti moral dan akhlak yang mulia seperti yang dituntut oleh masyarakat. Melalui sistem

pendidikan, pelajar akan melalui proses sosialisasi moral dan proses pembesaran yang

diorientasikan dan diperkukuhkan dengan pelbagai tanggungjawab sosial. Pembangunan

serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan di

sekolah bagi memenuhi pelajar sesuai dengan keadaan sekeliling. Kita perlu memikirkan

kembali sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan kita pada hari ini memandangkan

isu gejala sosial remaja semakin hari semakin menular. 

Perkembangan manusia yang sempurna perlu dilengkapkan dengan penguasaan emosi dan

insaniah sejajar dengan kepentingan akademik. Kedua-dua bentuk kurikulum (formal atau

tidak formal) di dalam dan di luar bilik darjah, perlu digunakan sepenuhnya dan secara

bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni berhasil dan berkesan. Penilaian

terhadap pelajar perlulah menyeluruh. Kualiti pendidikan dapat ditegakkan dengan cara

membina benteng ketahanan dalam diri seseorang pelajar melalui penggarapan nilai-nilai

moral dan etika. Penggarapan nilai-nilai moral dan etika mampu untuk membebaskan

masyarakat daripada sebarang gejala buruk dan menjadi asas kepada pembentukan

masyarakat yang bebas dari gejala jenayah dan keruntuhan moral. Oleh yang demikian,

seluruh kaum pendidik hendaklah mempunyai visi, wawasan dan keterampilan bagi

menghadapi cabaran alaf akan datang. Mereka wajar mempunyai ciri-ciri kecemerlangan dan

melakukan anjakan paradigma bagi membolehkan mereka diiktiraf, sekaligus berperanan

bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berwawasan dan berkualiti.

http://cikguskskr.blogspot.com/2012/06/proses-sosialisasi.html

user 5