penyesuaian sosial presentation tajuk 10

Upload: fatimah-nabilah

Post on 08-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penyesuaian sosial yang harus diketahui

TRANSCRIPT

Penyesuaian sosial

Penyesuaian sosialFatimah Nabilah Binti IsmailTaamarai Selvi A/P Samy Nathan

Kemahiran InterpersonalDefinisi kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. (Frames of Mind, Howard Gardner (1983))

membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain

Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain

Salah satu cara mendefinisikan kemahiran interpersonal ialah dengan cara meneliti :(a)Bilangan individu yang terlibat; (b)Jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar; (c)Jumlah saluran deria yang terlibat; dan (d)Maklum balas yang disediakan.

Mentoring Membuat keputusanPenurunan kuasa Memotivasi orang lainKeyakinan diriMembangunkan hubungan yang berkesanMentoringKerja kumpulanPenurunan kuasakolaborasikepimpinanPemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh mempengaruhi ahli-ahli di dalam kumpulannya menjayakan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mempengaruhi orang lain, memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi seperti mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan adanya suasana hormat menghormati antara ahli.

Jaringan perhubunganKemahiran mencari, mengenal pasti dan membina hubungan yang berkesan dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini untuk kebaikan kedua-dua pihak. Di dalam mengukuhkan hubungan ini, kemahiran-kemahiran membangunkan hubungan dan memotivasi turut diguna pakai.

Kerja berpasukanBekerja di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Kemahiran ini termasuklah kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli lain, menerima idea orang lain, menggunakan pendekatan kolaboratif di dalam pembelajaran dan bertanggungjawab berusaha mencapai matlamat kumpulan.

empat prinsip kemahiran interpersonalTidak boleh dielakkanTidak boleh undur ke belakang (irreversible)Rencam (complicated)Kontekstual (contextual)Kemahiran intrapersonalDefinisikeupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.kebolehan memahami diri dan dapat membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan perasaan diri sendiriKemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.

Isu-isu perkongsian maklumatMelalui ict :Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu.

Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog,. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

Isu gender dalam kecemerlangaan akademikPenguasaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan. Biarpun sistem pendidikan yang diguna pakai tiada bezanya untuk mengukur kapasiti pencapaian dua gender, mengapa pencapaian pelajar lelaki tetap tidak setara?Ini menimbulkan persepsi, pelajar lelaki memang mempunyai tahap kepandaian rendah berbanding pelajar perempuan hingga menjadikan mereka populasi yang semakin mengecil dalam pencapaian akademik.

Berdasarkan kajian seorang profesor pada 2008, pelajar perempuan secara biologikal memang mempunyai potensi menyerlahkan kematangan pada usia tertentu biarpun di sekolah rendah.

Kematangan pelajar perempuan, katanya, boleh dilihat apabila mereka sangat teliti sewaktu membuat kerja sekolah, sering membawa buku dan khusyuk di dalam kelas.Sebaliknya pelajar lelaki lebih banyak bermain, bergurau senda dengan mengusik kawan dan hanya mampu memberi perhatian pada pelajaran pada 15 minit pertama.

Tapi kematangan lelaki dalam berfikir boleh menjadi sangat pantas apabila berada pada tahap tertentu. Pada waktu itu, lelaki berfikir menggunakan akal tapi perempuan menggunakan emosi, katanya.

Kemampuan lelaki menyerap maklumat, memahami proses pembelajaran dan mengulang kaji tidak sama dengan pelajar perempuan. Tapi mereka tetap boleh fokus.lelaki sering ditafsirkan sebagai golongan yang banyak memikul tanggungjawab dan melihat proses pembelajaran itu lebih bersifat fizikal. Perempuan pula melihat proses pembelajaran itu seperti satu seni dan perlu dilakukan atas dasar tanggungjawab.

Malah, kajian itu membuktikan pelajar lelaki lebih berminat kepada aspek teknikal, sains dan matematik tetapi bermasalah dalam subjek Bahasa Melayu dan Inggeris.tapi kecemerlangan itu tidak hanya diukur melalui tahap pencapaian akademik semata-mata. Mungkin pencapaian akademiknya sederhana tapi kerana ada pengetahuan teknikal, itu satu kelebihan.