bab 7 penyesuaian tumbuhan pada habitat

25
BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT Biologi Tingkatan 5 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, johor

Upload: others

Post on 23-Dec-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Biologi Tingkatan 5 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, johor

Page 2: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

7.1 PenyesuaianTumbuhan

Page 3: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Penyesuaian Tumbuhan

• Adaptasi merupakan penyesuaian organisma terhadap persekitaran

• Semua organisma beradaptasi.

• Haiwan dan tumbuhan mempunyai struktur dan bentuk yang unik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran bagi memastikan kemandirian spesies.

Page 4: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Penyesuaian Tumbuhan

• Bagi tumbuhan, adaptasi ini dapat diperhatikan pada bentuk daun, akar dan batang, bagi menyesuaikannya hidup di dalam habitatnya.

Page 5: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Pengelasan Tumbuhan Berdasarkan Habitat

• Tumbuhan dalam habitat yang berbeza mempunyai adaptasi yang berbeza.

• Oleh itu, tumbuhan dapat dikelaskan kepada mesofit, hidrofit, halofit dan xerofit

Page 6: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Halofit

• Tumbuhan yang hidup di habitat berpaya seperti di muara sungai, tempat pertembungan air tawar danair laut.

• Kawasan paya ini kaya dengan kandungan garam.

• Contoh:Pokok bakau

Page 7: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Halofit

• Tumbuhan yang hidup di habitat berpaya seperti di muara sungai, tempat pertembungan air tawar danair laut.

• Kawasan paya ini kaya dengan kandungan garam.

• Contoh:Pokok bakau

Page 8: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Hidrofit

• Tumbuhan yang hidup di habitat berair, sama ada hidup di permukaan air atau tenggelam di dalam air.

• Contoh:Teratai dan Elodea sp.

Page 9: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Mesofit• Tumbuhan yang hidup dihabitat

yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu berair serta dihabitat dengan bekalan air yang mencukupi

• Kebanyakan tumbuhan ialahtumbuhan mesofit.

• Contoh:Pokok mangga,pokokbunga raya dan pokok getah

Page 10: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Xerofit• Tumbuhan yang hidup dihabitat

yang panas dan kering dengan kehadiran air yang sangat minimum, iaitu tempat yang mempunyai suhu yang sangat panas seperti di kawasan gurun.

• Contoh:Pokok kaktus dan pokok kurma

Page 11: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Halofit

• Tumbuhan halofit adalahtumbuhan yang dapat hidupdalam habitat yang mengandungi kepekatangaram yang tinggi dan kandungan oksigen yang rendah

• Pokok bakau yang hidup dikawasan paya bakau ialahcontoh tumbuhan halofit.

Page 12: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Halofit

• Kawasan paya bakau ini juga terdedah kepada keamatan cahaya yang tinggi.

• Pokok bakau yang hidup di sini mempunyai ciri-ciri penyesuaian tertentu untuk beradaptasi dengan keadaan persekitaran

Page 13: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Daun• Daun berkutikel tebal serta stoma yang

terbenam dapat mengurangkan kadar transpirasi.

• Daun sukulen yang dapat menyimpan air.

• Daun mempunyai struktur khas yang dikenalisebagai Daun hidatod untuk menyingkirkan garam berlebihan.

• Daun yang tua dapat menyimpan garam danakan gugur apabila kepekatan garam yang disimpan terlalu banyak.

Page 14: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Akar

• Sistem akar yang bercabang luas danwujud dalam pelbagai bentuk dan saiz:

• Memberi sokongan untuk terus hidup dalam tanah yang lembut dan berlumpur.

• Mengelakkan tumbuhan daripada tumbang akibat tiupan angin kuat.

• Sistem akar pokok bakau jugamenghasilkan ratusan akar pernafasanyang tumbuh tegak di atas permukaan tanah yang disebut pneumatofor.

Page 15: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Akar• Pada akar ini terdapat banyak liang yang

disebut lentisel untuk membenarkan pertukaran gas dengan atmosfera.

• Sap sel akar pokok bakau mempunyaikandungan garam yang lebih tinggi daripada air laut

• Oleh itu, sap sel akar tidak kehilangan air melalui osmosis.

• Sebaliknya, pokok bakau memperoleh air dan garam mineral melalui air laut yang memasuki akar.

Page 16: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Hidrofit

Page 17: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Hidrofit

• Tumbuhan terapung seperti pokok teratai, merupakan tumbuhan yang tumbuh terapung di permukaan air dengan akar yang tidak mencecah dasar kolam.

• Daun yang lebar, nipis dan rata membantu tumbuhan ini menyerap cahaya matahari yang maksimum untuk fotosintesis.

Page 18: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Hidrofit• Stoma bertaburan kebanyakannya

pada epidermis atas daun.

• Epidermis atas daun juga diliputikutikel berlilin yang kalis air untukmemastikan stoma sentiasaterbuka.

• Batang tumbuhan ini terdiridaripada tisu yang ringan denganbanyak ruang udara di antara selyang dikenali sebagai tisuaerenkima

Page 19: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Hidrofit

• Tumbuhan tenggelam seperti Elodea sp., merupakan tumbuhan yang tumbuh di dalam air sepenuhnya.

• Tumbuhan ini mempunyai daun yang nipis dan kecil untuk meningkatkan jumlah luaspermukaan per isi padu dan meningkatkankadar resapan air, garam mineral dan gas terlarutsecara terus ke dalam tumbuhan melaluiepidermis

Page 20: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Hidrofit

• Tumbuhan tenggelam ini tidak mempunyai stoma dan kutikel berlilin pada daunnya.

• Batangnya yang kecil membantu tumbuhan ini tegak terapung di dalam air serta dapat mengurangkan rintangan aliran air.

Page 21: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Xerofit

• Berbeza dengan tumbuhan hidrofit,tumbuhan xerofit hidup di gurun, iaitu kawasan yang menerima taburan hujan yang sangat sedikit.

• Walaubagaimanapun,tumbuhan xerofit mampu mengatasi masalah kekeringan yang melampau

• Kebolehan beradaptasi inilah yang akanmenentukan kemandirian tumbuhan xerofit.

Page 22: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Xerofit

• Akar tumbuhan xerofit tumbuh secara meluas serta dapat menembusi jauh ke dalam tanah untuk menyerap air dan garam mineral.

• Air yang diserap disimpan di dalam akar, batang dan daun.

Page 23: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Xerofit

• Selain itu, batang pokok kaktus menjalankan proses fotosintesis.

• Kaktus mempunyai daun yangkecil da nkutikel tebal berlilin di batang serta daun.

• Ada juga daun yang diubah suai menjadi duri.

Page 24: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

Ciri Penyesuaian Tumbuhan Xerofit

• Ciri ini dapat mengurangkan jumlah luas permukaan yang terdedah kepada matahari

• .Kehadiran duri juga dapat membantu kaktus mendapatkan bekalan air dengan mengumpulkan embun.

• Embun akan menitis ke atas tanah dan diserap oleh akar.

• Selain itu, duri juga dapat menghalang tumbuhan ini daripada dimakan oleh haiwan. Stoma pokok kaktus pula terbenam untuk mengurangkan penyejatan air daripada daun.

Page 25: BAB 7 PENYESUAIAN TUMBUHAN PADA HABITAT

TAMAT