penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses...

21
1 PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU DI UNIVERSITI Oleh Maria Chong Abdullah (Ph.D) Habibah Elias (Ph.D) Rahil Mahyuddin (Ph.D) Jegak Uli (Ph.D) Abstrak PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU DI UNIVERSITI Oleh Maria Chong Abdullah (Ph.D) Habibah Elias (Ph.D) Rahil Mahyuddin (Ph.D) Jegak Uli (Ph.D) Abstrak Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di universiti memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan mereka di universiti. Kajian lalu menunjukkan salah satu punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian mereka adalah disebabkan oleh masalah penyesuaian. Pelajar ini didapati tidak dapat menangani pelbagai cabaran dan tuntutan di kampus lalu mengalami pelbagai masalah penyesuaian sehingga ada di antara mereka yang gagal meneruskan pengajian ke semester yang seterusnya. Penyesuaian di universiti merangkumi empat dimensi iaitu: penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi, dan dimensi komitmen matlamat/perapatan institusi. Keempat-empat dimensi penyesuaian ini dapat diukur dengan menggunakan Soal Selidik Penyesuaian Pelajar di Universiti yang dibina oleh Baker dan Siryk (1999). Keupayaan menyesuaiankan diri di kampus mempunyai hubungan dengan keupayaan psikososial yang dimiliki oleh pelajar. Antara keupayaan psikososial yang mempunyai impak yang positif dan penting ke atas penyesuaian pelajar ialah kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial. Ketiga-tiga keupayaan psikososial ini didapati memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar melaksanakan penyesuaian di universiti. Justeru, pihak universiti harus mengambil langkah yang proaktif untuk memupuk keupayaan kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar baharu untuk meningkatkan tahap penyesuaian mereka. Kata Kunci: Penyesuaian, Pelajar, Universiti

Upload: truongdang

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU DI UNIVERSITI

Oleh

Maria Chong Abdullah (Ph.D) Habibah Elias (Ph.D)

Rahil Mahyuddin (Ph.D) Jegak Uli (Ph.D)

Abstrak

PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU DI UNIVERSITI

Oleh

Maria Chong Abdullah (Ph.D) Habibah Elias (Ph.D)

Rahil Mahyuddin (Ph.D) Jegak Uli (Ph.D)

 

Abstrak

Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di universiti memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan mereka di universiti. Kajian lalu menunjukkan salah satu punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian mereka adalah disebabkan oleh masalah penyesuaian. Pelajar ini didapati tidak dapat menangani pelbagai cabaran dan tuntutan di kampus lalu mengalami pelbagai masalah penyesuaian sehingga ada di antara mereka yang gagal meneruskan pengajian ke semester yang seterusnya. Penyesuaian di universiti merangkumi empat dimensi iaitu: penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi, dan dimensi komitmen matlamat/perapatan institusi. Keempat-empat dimensi penyesuaian ini dapat diukur dengan menggunakan Soal Selidik Penyesuaian Pelajar di Universiti yang dibina oleh Baker dan Siryk (1999). Keupayaan menyesuaiankan diri di kampus mempunyai hubungan dengan keupayaan psikososial yang dimiliki oleh pelajar. Antara keupayaan psikososial yang mempunyai impak yang positif dan penting ke atas penyesuaian pelajar ialah kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial. Ketiga-tiga keupayaan psikososial ini didapati memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar melaksanakan penyesuaian di universiti. Justeru, pihak universiti harus mengambil langkah yang proaktif untuk memupuk keupayaan kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar baharu untuk meningkatkan tahap penyesuaian mereka.

   

  Kata Kunci: Penyesuaian, Pelajar, Universiti

Page 2: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

 

Adjustment amongst fresh students in the university play an important role in determining their success in university. Previous studies have demonstrated that one of the reason students fail to complete their study is due to adjustment problems. These students are found to be unable to overcome various challenges and demands in campus causing them to experience adjustment problems to the extent that some of them fail to continue their study in the following semester. Adjustment in university includes four dimensions which are: academic adjustment, social adjustment, personal-emotional adjustment, and the goal commitment/institutional dimension. All the four adjustment dimensions were measured using the Student Adaptation to College Questionnaire established by Baker and Siryk (1999). The ability to adjust in campus is associated with the psychosocial abilities possessed by students. Among the psychosocial abilities that show possible and important impact on students’ adjustment are: emotional intelligence, coping, and social support. All these three psychosocial abilities are found to play an important role in helping students to adjust themselves in university. Thus, universities should take proactive steps to inculcate emotional intelligence, coping, and social support amongst fresh students to enhance their adjustment level.

   

  Key Words: Adjustment, Students, University

1.0 Pendahuluan

Melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sewajarnya merupakan satu

pengalaman yang amat memberangsangkan dan memberikan kepuasan kepada

pelajar. Namun begitu, ramai pelajar baharu didapati kurang mampu menghadapi

corak dan cabaran kehidupan di kampus sehingga ada yang tidak dapat

menyempurnakan pengajian mereka. (Gerdes & Mallinckrodt, 1994; Martin Jr.,

Swartz, & Madson, 1999; Tinto, 1996). Kajian lepas menunjukkan ramai pelajar

Page 3: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

tidak dapat meneruskan pengajian mereka ke semester kedua kerana tidak mampu

menangani berbagai-bagai masalah yang dihadapi di kampus. Sebagai contoh,

Tinto (1996) melaporkan bahawa 40% daripada pelajar yang mengikuti program

pengajian empat tahun di Amerika Syarikat gagal memperoleh ijazah, dan 57%

meninggalkan universiti sebelum tiba sesi pengajian tahun kedua. Satu kajian

longitudinal yang dijalankan oleh Wintre dan Bowers (2007) di sebuah universiti di

Kanada (944 orang pelajar) pula menunjukkan 57.9% daripada pelajar di universiti

tersebut bergraduat, 9% masih berdaftar sebagai pelajar, manakala 33.1% tidak

berdaftar dan juga tidak bergraduat.

Apakah yang menyebabkan pelajar seperti yang disebutkan di atas gagal

menyumpurnakan pengajian mereka, sedangkan mereka adalah terdiri daripada

pelajar yang telah berjaya dipilih ke program pengajian yang ditawarkan di universiti

berdasarkan keputusan yang baik atau cemerlang dalam peperiksaan di peringkat

pengajian pra universiti? Kajian lepas menunjukkan kegagalan pelajar meneruskan

pengajian ke semester yang seterusnya di universiti adalah disebabkan oleh

masalah penyesuaian (Tinto, 1996; Martin Jr., Swartz, & Madson, 1999). Menurut

Tinto (1996), terdapat tujuh punca utama yang menyebabkan pelajar menarik diri

daripada pengajian yang diikukti iaitu: masalah akademik, masalah penyesuaian,

matlamat yang kabur, komitmen yang rendah, masalah kewangan, ketidakserasian

antara pelajar dengan institusi, dan pengasingan (isolation).

Kajian yang yang dijalankan oleh Cantor, Norem, Niedenthl, Langston, dan Bower

(1987) dan Perry, Hladkyj, Pekrun, danPelletier (2001) turut melaporkan bahawa

peralihan daripada pendidikan menengah ke pendidikan tinggi merupakan satu

pengalaman yang menyukarkan bagi kebanyakan pelajar tahun satu, dan keadaan

ini menyebabkan mereka menghadapi masalah menyesuaikan diri di kampus

(Sennett, Finchilescu, Gibson, & Strauss, 2003). Pelajar baharu ini didapati sering

menghadapi berbagai-bagai cabaran personal dan interpersonal ketika baru masuk

universiti. Cabaran-cabaran ini meliputi keperluan untuk membina perhubungan

Page 4: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

yang baharu di kampus (terutamnya jika kampus pelajar jauh dari tempat

tinggalnya), mengubahsuai hubungan dengan ibu bapa serta ahli keluarga yang

lain, dan membentuk tabiat belajar baru selaras dengan persekitaran akademik

yang baru (Parker, Summerfeldt, Hogan, & Majeski, 2004). Kegagalan menangani

cabaran-cabaran ini merupakan punca utama pelajar meninggalkan universiti

(Gerdes & Mllinckrodt, 1994) atau menjejaskan pencapaian akademik mereka di

universiti (Sennett, et al., 2003; Wintre & Bowers, 2007).

Cabaran-cabaran lain yang turut menjadi punca tekanan kepada pelajar baharu

adalah seperti merancang untuk masa depan, bergelut dengan peperiksaan dan

tugasan, menangani tuntutan dan cabaran daripada para profesor atau pensyarah,

memilih bidang pengkhususan, dan belajar untuk berdikari daripada segi kewangan

dan emosi (Smith & Renk, 2007). Justeru, boleh dianggap bahawa hampir semua

pelajar baharu melalui fasa penyesuaian ketika masuk universiti (Blimling &

Miltenberger, dalam Dyson & Renk, 2006). Malahan, kajian menunjukkan bahawa

enam minggu yang pertama di kampus merupakan satu tempoh yang kritikal dalam

menentukan pengekalan (retention) pelajar di universiti (Molnar, 1993).

Kajian Tinto (1993), dan Martin Jr. et al. (1999) telah menunjukkan bahawa

kegagalan mahasiswa menyempurnakan pengajian mereka di universiti adalah

disebabkan oleh masalah penyesuaian. Masalah penyesuaian yang serius boleh

mendatangkan tekanan kepada pelajar lalu menjejaskan pencapaian akademik

mereka di universiti (Baker & Siryk, 1999; Sennett, et al., 2003; Wintre & Bowers,

2007).

2.0 Definisi dan Konsep Penyesuaian di Universiti Huraian tentang konsep penyesuaian yang awal telah diberi oleh Arkoff (1968) yang

menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan

persekitarannya. Menurut Arkoff (1968), setiap individu sentiasa berusaha untuk

memenuhi keperluannya, dan mencapai matlamatnya dalam sesuatu persekitaran.

Page 5: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

Pada masa yang sama ia juga menghadapi tekanan dalam persekitaran tersebut

yang memerlukan ia melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, penyesuaian adalah

satu proses individu menyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menangani

tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran

tersebut. Pandangan Arkoff telah disokong oleh Grasha dan Kirschenbaum (1980)

yang menyifatkan penyesuaian sebagai keupayaan seseorang menangani masalah

dan tuntutan dalam sesuatu persekitaran dengan jayanya. Petunjuk bagi

penyesuaian yang baik ialah kualiti peribadi atau corak tingkah laku yang

mempunyai nilai yang dikehendaki dalam sesuatu persekitaran (Arkoff, 1968).

Arkoff (1968) seterusnya memberi definisi terhadap ‘penyesuaian universiti yang

baik’ dengan merujuk kepada pencapaian akademik dan perkembangan peribadi

pelajar. Menurut Arkoff (1968), pelajar yang berjaya menyesuaikan diri di universiti

adalah mereka yang mempunyai gred yang memuaskan, lulus dalam kursus yang

diikuti, dan berjaya bergraduat. Sebaliknya, pelajar yang mempunyai masalah

penyesuaian juga memperoleh gred yang tidak memuaskan, hampir gagal atau

gagal terus dalam pengajiannya, dan berhenti atau diberhentikan daripada

pengajiannya sebelum bergraduat. Jadi, penyesuaian akademik pelajar mengikut

pandangan Arkoff (1968) boleh dinilai dari segi purata nilaian gred yang dicapai

oleh pelajar pada akhir semester. Selain pencapaian, penyesuaian di universiti

juga dilihat daripada segi perkembangan peribadi yang meliputi potensi bukan

akademik seperti kreativiti, kepimpinan, dan bakat dalam bidang muzik (Arkoff,

1968). Penyesuaian pelajar di universiti mengikut Arkoff (1968) bergantung kepada

dua faktor. Faktor pertama adalah berkaitan dengan sejauh mana keperluan

pelajar ini dipenuhi, manakala faktor kedua pula berhubung dengan sejauh mana

pelajar dapat memenuhi tuntutan di universiti. Oleh itu, seseorang pelajar yang

menghadapi masalah di sesebuah universiti mungkin tidak mempunyai masalah di

universiti lain.

Page 6: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

Definisi penyesuaian di universiti yang lebih terperinci pula dikemukakan oleh Baker

dan Siryk (1984, 1986, & 1999). Penyelidik tersebut mengatakan bahawa

penyesuaian di universiti adalah terdiri daripada pelbagai dimensi yang melibatkan

jenis dan darjah tuntutan yang berbeza-beza. Tuntutan ini memerlukan usaha daya

tindak yang pelbagai dan berbeza daripada segi keberkesanannya. Baker dan Siryk

(1984) seterusnya mengemukakan empat dimensi penyesuaian yang harus dilalui

oleh pelajar di universiti iaitu, (1) penyesuaian akademik, (2) penyesuaian sosial, (3)

penyesuaian peribadi-emosi, dan (4) komitmen matlama/perapatan institusi.

Penyesuaian akademik (PA) adalah terdiri daripada tuntutan pendidikan yang perlu

dipenuhi oleh pelajar yang meliputi aspek seperti: Motivasi (sikap dan motivasi

terhadap matlamat dan tugasan akademik), aplikasi (sejauh mana motivasi

ditunjukkan dalam usaha akademik yang sebenar atau kejayaan pelajar memenuhi

keperluan akademik), prestasi (keberkesanan fungsi akademik), dan persekitaran

akademik (kepuasan terhadap persekitaran akademik di universiti). Penyesuaian

Sosial (PS) pula meliputi tuntutan daripada aspek penglibatan dalam aktiviti sosial,

hubungan dengan orang lain di kampus, hubungan dengan ahli keluarga setelah

berjauhan dengan mereka, dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di universiti

yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang

ditawarkan di universiti. Selain tuntutan akademik dan sosial, pelajar juga

berhadapan dengan tuntutan daripada aspek psikologi dan fizikal. Kedua-dua

aspek ini boleh dinilai melalui dimensi penyesuaian ketiga iaitu dimensi

penyesuaian peribadi-emosi (PPE). Daripada aspek psikologi pelajar, tuntutan

yang perlu dipenuhi oleh pelajar adalah seperti kestabilan emosi, pengawalan

perasaan dan fikiran, tekanan, dan kebimbangan. Daripada aspek fizikal pula,

tuntutan yang dihadapi oleh pelajar pula meliputi aspek seperti kecergasan fizikal,

waktu tidur, selera makan, dan keadaan berat badan. Dimensi penyesuaian terakhir

yang perlu dipenuhi oleh pelajar ialah dimensi komitmen matlamat/perapatan

institusi (KMPI). Dimensi ini memerlukan pelajar membentuk satu darjah kepuasan

terhadap pendidikan secara umum dan terhadap universiti pelajar belajar secara

khusus. Darjah kepuasan ini dinilai berdasarkan komitmen pelajar terhadap

Page 7: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

matlamat pendidikan dan institusi, dan kualiti hubungan yang terbina antara pelajar

dengan universiti.

Keempat-empat dimensi penyesuaian di atas dapat diukur dengan menggunakan

Soal Selidik Penyesuaian Pelajar di Universiti (SSPPU) atau Student Adapatation to

College Qeustionnaire (SACQ) yang dibina oleh Baker dan Siryk (1999). SSPPU

merupakan satu skala penilaian kendiri yang mengukur persepsi pelajar, khususnya

pelajar baharu, terhadap keberkesanan mereka menyesuaikan diri dengan

kehidupan di universiti. SSPPU mengandungi 67 item dan ditadbir dengan

menggunakan kertas dan pensil. Setiap item merupakan satu kenyataan yang

dijawab dengan menggunakan skala Likert 1 hingga 9 yang disusun dari darjah

penyesuaian yang paling (1 mata) rendah kepada darjah penyesuaian yang paling

tinggi (9 mata). SSPPU dibahagikan kepada empat sub skala utama yang memberi

fokus kepada empat dimensi penyesuaian iaitu, dimensi penyesuaian akademik,

penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi, dan komitmen

matlamat/perapatan institusi.

3.0 Masalah Penyesuaian Dalam Kalangan Pelajar Baharu di Universiti

Banyak kajian yang lalu telah menunjukkan pelajar di universiti mengalami pelbagai

masalah penyesuaian. Masalah yang dialami oleh pelajar ini banyak berkaitan

dengan rakan sekuliah, persekitaran pembelajaran dan rangkaian sosial yang baru

akibat peralihan dari sekolah ke universiti, dan tekanan peperiksaan (Spangler,

Perkrun, Kramer, dan Hofmann, 2002). Kajian Ann (1994) melaporkan bahawa

masalah yang sering dialami oleh pelajar baru adalah seperti perasaan merindui

keluarga dan kesunyian, yang banyak mencetuskan tekanan khususnya pada

minggu pertama di universiti. Justeru, pelajar baharu ini memerlukan bantuan

tambahan daripada segi penyesuaian peribadi dan akademik. Ko, Kua, dan Fones

(1999) pula melaporkan bahawa 263 orang pelajar di National University Hospital,

Singapura mempunyai masalah daripada aspek pengurusan masa, tugasan

akademik dan tutorial, penguasaan isi kuliah, persaingan daripada rakan sebaya,

Page 8: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

dan masalah hubungan. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tempoh tahun

pertama pengajian bagi pelajar ini telah digunakan khusus untuk melakukan

penyesuaian diri dengan persekitaran universiti yang bercirikan persaingan dan

kadar pembelajaran yang tinggi. Dalam keadaan sedemikian, pelajar yang tidak

berjaya menangani tekanan yang berpunca daripada masalah penyesuaian akan

terus rasa tertekan.

Kajian tentang masalah penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di universiti

tempatan menunjukkan pelajar di universiti tempatan juga tidak dapat lari daripada

masalah penyesuaian. Ahmad, Noran Fauziah, Azemi, dan Mohd. Zailani, (2002)

melaporkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar baharu di Universiti

Utara Malaysia (UUM) ialah masalah kewangan, diikuti dengan masalah akademik,

masalah kesihatan, masalah sosial, dan masalah peribadi. Masalah akademik

yang dihadapi oleh pelajar UUM adalah seperti tidak dapat mendaftarkan kursus,

masalah memahami buku teks dalam bahasa Inggeris, dan masalah menghadiri

kuliah pada jam lapan pagi. Selain itu, mereka juga didapati mempunyai masalah

kesihatan dan masalah mendapatkan penjagaan kesihatan yang baik.

Masalah penyesuaian seperti yang disebutkan di atas dikatakan boleh menjejaskan

pencapaian akademik pelajar sekiranya tidak dapat ditangani secara berkesan.

Banyak kajian yang lepas menunjukkan penyesuaian pelajar baharu merupakan

peramal yang signifikan terhadap pencapaian akademik mereka di universiti

(Ruhani Mat Min, 1998; Sennett, et al., 2003). Pelajar yang banyak menghadapi

masalah penyesuaian didapati cenderung memperoleh pencapaian akademik yang

rendah yang mungkin menyebabkan mereka diberhentikan daripada pengajian

yang sedang diikuti di universiti.

Memandangkan kebanyakan pelajar yang berjaya diterima masuk ke universiti

adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai keupayaan intelek dan pencapaian

Page 9: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

 

akademik yang tinggi, kegagalan mereka menyempurnakan pengajian di universiti

merupakan satu kerugian yang besar terhadap negara dan bangsa. Kegagalan

pelajar ini mencapai kejayaan di universiti juga akan menjejas Teras Kedua Misi

Nasional 2006-2020 menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) yang

bertujuan melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berketrampilan, kreatif,

inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis (Nik Mustapha, 2007). Justeru,

usaha yang lebih giat harus dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah

penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di universiti serta faktor-faktor yang

berkaitan dengan penyesuaian pelajar ini.

4.0 Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Penyesuaian Di Universiti Terdapat beberapa faktor yang dapat dihubungkaitkan dengan kejayaan dan

kegagalan pelajar menyesuaikan diri di universiti. Antara faktor ini ialah pencapaian

akademik yang lepas (sebelum memasuki universiti), faktor keupayaan atau IQ,

faktor motivasi, dan faktor pembelajaran dan pengajaran (Arkoff, 1968). Faktor-

faktor lain pula meliputi aspek personaliti (Lidy & Kahn, 2006), pembelajaran aturan-

kendiri (Ley & Young, 1998), pengurusan masa, orientasi matlamat dan advokasi

kendiri (Byrd & Macdonald, 2005), kecerdasan emosi atau emotional

intelligence/EQ (Ciarrochi, Deane, & Anderson, 2002; Ciarrochi & Scott, 2006;

Izard, 2001), daya tindak atau coping (Dyson & Renk 2006; Park & Adler, 2003) dan

sokongan sosial (Eldeleklioğlu, 2006; Smith & Renk, 2007).

Antara faktor psikososial seperti yang disebutkan di atas, faktor yang paling banyak

diperkatakan dalam hubungannya dengan penyesuaian di universiti ialah faktor EQ,

daya tindak dan sokongan sosial. Sebagai contoh, kepentingan EQ dan daya

tindak dalam penyesuaian pelajar telah ditegaskan oleh Parker et al. (2002) yang

mengatakan bahawa keupayaan intrapersonal (salah satu komponen EQ) dan

kemahiran menggunakan strategi daya tindak yang realistik dan luwes merupakan

faktor yang penting dalam membantu pelajar menempuhi zaman peralihan daripada

Page 10: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

10 

 

peringkat persekolahan menengah ke peringkat universiti. Manakala sokongan

sosial pula dikatakan sebagai peramal yang signifikan terhadap penyesuaian

(Delistamati et al., 2006; Eldeleklioğlu, 2006; Smith & Renk, 2007) dan pencapaian

akademik (DeBerard, Spielmans, & Julka, 2004) pelajar di universiti. Justeru,

Ketiga-tiga faktor ini didapati menyumbang kepada aspek penyesuaian pelajar

tatkala belajar di institut pengajian tinggi atau IPT. Perbincangan yang seterusnya

adalah bertumpu terhadap hubungan antara EQ, daya tindak, dan sokongan sosial

dengan penyesuaian pelajar baharu di universiti.

4.1 Kecerdasan Emosi dan Penyesuaian di Universiti “Kecerdasan emosi merupakan keupayaan untuk membuat persepsi dan ekspresi

emosi, mengasimilasi emosi dalam pemikiran, memahami dan mentaakul emosi,

dan mengatur emosi dalam diri sendiri dan dalam diri orang lain” (Mayer, Salovey,

& Caruso, 2000, hlm. 401). Ringkasnya, kecerdasan emosi (EQ) dilihat sebagai

satu keupayaan yang bertanggungjawab terhadap ketepatan seseorang

menyampaikan emosi serta bagaimana ketepatan ini membantu mereka

memahami emosi, dan seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah yang

lebih baik dalam kehidupan emosi mereka (Mayer, Salovey & Caruso, 2000).

Mayer dan Salovey (1997) telah membahagikan EQ kepada empat cabang EQ

yang disusun mengikut hirarki iaitu : (1) persepsi, penilaian, dan penyampaian

emosi, (2) emosi sebagai pemudah cara pemikiran (3) pemahaman dan analisis

emosi, dan penggunaan pengetahuan emosi, dan (4) pengaturan emosi secara

reflektif untuk menggalakkan perkembangan emosi dan intelek.

Goleman (2001) pula mengasaskan Model EQ yang mengandungi 20 kompeten EQ

yang masing-masing tergolong dalam empat domain atau dimensi EQ, iaitu domain

kesedaran kendiri, kesedaran sosial, pengurusan diri, dan pengurusan hubungan

(Boyatzis et al., 2000; Goleman, 2001). EQ Menurut Bar-On (1997) pula

merupakan faktor bukan kognitif yang penting dalam menentukan keupayaan

seseorang untuk memperoleh kejayaan dalam hidup dan untuk melaksanakan daya

Page 11: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

11 

 

tindak dalam kehidupan sehari-hari (Gowing, 2001). Bar-On (1997) seterusnya

mencadangkan satu model EQ yang terdiri daripada lima kategori kemahiran utama

iaitu: (1) Kemahiran Intrapersonal, (2) Kemahiran Interpersonal, (3) Keupayaan

Penyesuaian atau Adaptability, (4) Pengurusan Tekanan, dan (5) Keadaan emosi

atau mood. Setiap kemahiran utama pula mengandungi beberapa kemahiran yang

khusus.

Konsep EQ mutakhir ini menunjukkan EQ memainkan peranan yang positif dalam

penyesuaian (Ciarrochi, et al., 2002; Izard, 2001). EQ juga dikatakan boleh

melindungi manusia daripada tekanan dan membawa kepada penyesuaian yang

lebih baik (Ciarrochi et al., 2002). EQ dikatakan sebagai satu keupayaan

penyesuaian dengan persekitaran dan satu keupayaan untuk melaksanakan fungsi

sosial dan emosi. Justeru, EQ dikatakan dapat meramal hasil penyesuaian pelajar

pada masa akan datang (Mathews & Zeidner, 2000). Sebagai contoh, keupayaan

melaksanakan persepsi dan penyampaian emosi yang tepat dalam diri sendiri dan

orang lain merupakan kemahiran interpersonal yang amat diperlukan oleh pelajar

untuk membina perhubungan dengan orang lain dan melaksanakan penyesuaian

sosial dan emosi di kampus. Selain itu, keupayaan mengubah keadaan emosi diri

(mood shifting) iaitu salah satu keupayaan EQ dikatakan dapat menghasilkan

pemikiran yang positif yang dapat membantu individu membuat pertimbangan dan

pemilihan perspektif yang pelbagai dalam proses penyelesaian masalah (Mayer,

2001). EQ juga dikatakan dapat mempengaruhi secara langsung kesejahteraan

emosi seseorang (Gowing, 2001) yang amat diperlukan untuk melaksanakan

penyesuaian peribadi-emosi berdasarkan Model Penyesuaian Baker dan Siryk

(1999).

Peranan EQ dalam penyesuaian turut dibuktikan dalam beberapa kajian yang lalu.

Kajian Ciarrochi et al. (2002) melaporkan bahawa EQ merupakan satu konstruk

yang penting untuk memahami hubungan antara EQ dengan kesihatan mental.

Individu yang menguasai komponen EQ pada tahap yang tertinggi iaitu peringkat

Page 12: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

12 

 

mengurus emosi diri dan emosi orang lain didapati kurang mempunyai

kecenderungan membunuh diri serta kurang mengalami kemurungan dan perasaan

putus asa. Dapatan kajian tersebut membawa implikasi bahawa pelajar yang

memilik EQ kurang mengalami simptom psikologi dan mempunyai kesihatan mental

yang lebih baik. Hubungan antara EQ dengan kesejahteraan atau penyesuaian

psikologi terus diteroka oleh Ciarrochi dan Scott (2006) dalam satu kajian yang

melibatkan 163 pelajar tahun satu di universiti. Kajian tersebut melaporkan bahawa

EQ yang rendah mendahului peristiwa kemerosotan kesejahteraan seseorang.

Beberapa kajian lain menunjukkan masalah penyesuaian dalam kalangan pelajar

mempunyai hubungan dengan kekurangan dalam EQ (Salovey & Mayer, 1990).

4.2 Daya Tindak dan Penyesuaian di Universiti Selain EQ, daya tindak merupakan salah satu faktor yang penting dalam

menentukan keupayaan pelajar menghadapi cabaran dan masalah di universiti

(Dweck & Sorich, 1999). Daya tindak merupakan satu proses yang melibatkan

penggunaan satu siri kemahiran dan strategi yang dipilih bagi menghadapi sesuatu

situasi yang mempunyai tekanan atau kesulitan (Lazarus & Folkman, 1984).

Folkman dan Lazarus (1985) mendefinisikan daya tindak sebagai usaha kognitif

dan tingkah laku yang sentiasa berubah untuk menguruskan tuntutan khusus luaran

dan/atau dalaman yang dinilai sebagai suatu yang membebankan, atau di luar

kemampuan individu. Ringkasnya, daya tindak adalah terdiri daripada usaha

kognitif dan perlakuan untuk menguruskan tekanan psikologi (Lazarus, 1993).

Keberkesanan sesuatu strategi daya tindak pula boleh dinilai berasaskan

keupayaan strategi tersebut mengurangkan tekanan yang wujud, dan pada masa

yang sama menyumbang kepada kesejahteraan psikologi yang bersifat jangka

panjang. Justeru, daya tindak merupakan satu mekanisme yang penting dalam

kehidupan pelajar yang sentiasa berhadapan dengan keadaan dan situasi yang

boleh menimbulkan pelbagai tekanan kepada diri mereka. Malah, daya tindak

Page 13: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

13 

 

dikatakan memainkan peranan utama dalam proses penyesuaian (Lazarus, 1994),

dan mahasiswa memerlukan strategi daya tindak untuk menyesuaikan diri dengan

kehidupan di kampus (Rojanah, Mohd. Sharani, Sa’odah, & Jayaletchumi, 2001).

Pelajar yang mempunyai kemahiran untuk melaksanakan daya tindak terhadap

situasi atau persekitaran baharu dikatakan kurang bermasalah dalam melakukan

peralihan ke universiti berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai

kemahiran daya tindak (Tinto, 1993). Kesan daya tindak ke atas penyesuaian

dapat dilihat dalam Model EQ Matthews dan Zeidner (2000) yang menunjukkan

hasil penyesuaian yang meliputi aspek pencapaian matlamat, kesejahteraan,

pembelajaran, dan kesihatan dipengaruhi oleh proses pemilihan strategi daya

tindak individu.

Sebagai rumusan, daya tindak dikatakan dapat membantu penyesuaian dengan

memberi perlindungan melalui mekanisme mengubah suai keadaan yang

mencetuskan tekanan untuk membolehkan kesan emosi diuruskan (Zeidner &

Hammer, 1990), dan individu yang dapat menggunakan strategi daya tindak yang

sesuai dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dengan tekanan hidup, dan

kurang mengalami masalah psikologi (Holahan, Moos, & Schaefer, 1996). Justeru,

penggunaan strategi daya tindak yang kerap dan berkesan dalam menangani

tekanan dan cabaran di kampus dalam kalangan pelajar baharu memainkan

peranan yang penting dalam membantu mereka menyesuaikan diri di kampus, yang

seterusnya membawa kepada kejayaan dalam bidang akademik.

4.3 Sokongan Sosial dan Penyesuaian di Universiti Sokongan sosial merujuk kepada persepsi pelajar terhadap sokongan yang boleh

didapati di kampus yang meliputi sokongan material, sokongan kepunyaan,

sokongan penilaian, dan sokongan penghargaan kendiri (Cohen, Mermelstein,

Kamarck, & Hoberman, 1985). Kepentingan sokongan sosial dalam proses

penyesuaian telah diakui secara umum oleh para ahli psikologi yang mengatakan

Page 14: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

14 

 

bahawa akses kepada hubungan sokongan sosial dan persepsi tentang sokongan

emosi adalah penting untuk mengurangkan kesan psikologi yang negatif daripada

pengalaman yang tertekan (Kessler, Price, & Wortman, 1985). Sokongan sosial

juga dikatakan peramal yang signifikan terhadap penyesuaian (Delistamati et al.,

2006; Eldeleklioğlu, 2006; Smith & Renk, 2007) dan pencapaian akademik

(DeBerard, Spielmans, & Julka, 2004; Spitzer, 2000) pelajar di universiti.

Kesan sokongan sosial terhadap penyesuaian individu turut ditegaskan oleh Thoits

(1985) yang menyatakan bahawa sokongan sosial mempunyai impak yang

langsung ke atas simptom psikologi. Malah, istilah ‘sokongan sosial’ merupakan

satu konsep yang dijana berdasarkan pengaruhnya ke atas kesihatan fizikal dan

psikologi yang berperanan sebagai penentang kepada peristiwa dalam kehidupan

yang mencetuskan tekanan (Eskin, 1993). Sokongan sosial juga didapati

menyumbang kepada penyesuaian yang positif dan perkembangan peribadi yang

baik (Sarason, Levine, Basham, & Sarason, 1983). Menurut Thoits (1986), bantuan

yang diberikan kepada seseorang untuk mencegah kesan patogenik dan tekanan.

Sokongan sosial yang dimaksudkan oleh Thoits (1986) mempunyai pelbagai

dimensi, dan sokongan sosio-emosi merupakan peramal yang paling berkuasa bagi

mengurangan tekanan atau gangguan psikologi.

Hubungan antara sokongan sosial dengan penyesuaian turut dibuktikan dalam

kajian Cauce Mason, Gonzales, Hiraga, & Liu (1994) yang melibatkan 144 remaja

bangsa Afro-Amerika. Kajian tersebut menunjukkan semakin tinggi darjah

kepuasan sokongan pelajar semakin kurang simptom kemurungan yang dialami

oleh mereka, dan semakin tinggi kompeten sosial dan nilai kendiri yang ada pada

mereka. Hubungan antara sokongan sosial dengan penyesuaian turut diteroka oleh

Eldeleklioğlu (2006) dalam kajian beliau tentang hubungan antara sokongan sosial

dengan tahap kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan 325 pelajar dari

beberapa buah universiti di Turki. Kajian Eldeleklioğlu (2006) telah menunjukkan

Page 15: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

15 

 

semakin banyak sokongan sosial yang dipersepsi oleh pelajar, semakin kurang

simptom kemurungan yang ditunjukkan oleh pelajar. Dapatan kajian di atas

disokong oleh kajian Smith dan Renk (2007) yang melaporkan bahawa sokongan

sosial yang diberi oleh orang lain yang dianggap penting merupakan peramal yang

signifikan (β = 0.34, t = 2.19, p = 0.03) terhadap tekanan akademik yang dialami

oleh pelajar. Dengan kata lain, sokongan sosial membantu pelajar melaksanakan

penyesuaian akademik di universiti.

Sebagai rumusan, kajian-kajian di atas telah menunjukkan bahawa sokongan sosial

yang dipersepsikan oleh pelajar memainkan peranan yang penting dalam

membantu pelajar baharu mencegah dan mengatasi tekanan di kampus lalu

membawa kepada penyesuaian yang lebih baik di kampus. Justeru, aspek

sokongan sosial harus diberi perhatian yang khusus dalam usaha membantu

pelajar meningkatkan tahap penyesuaian mereka di universiti.

5.0 Kesimpulan dan Cadangan Secara keseluruhan, penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu merupakan satu

aspek yang amat penting dalam meramal kejayaan mereka di universiti. Pelajar

yang gagal menyesuaikan diri di universiti cenderung menghadapi masalah

penyesuaian dalam aspek-aspek seperti akademik, sosisl, emosi, dan komitmen.

Mereka juga cenderung memperoleh pencapaian akademik yang lebih rendah atau

berada pada status ‘gagal berhenti’ yang mungkin menyebabkan mereka gagal

meneruskan pengajian yang sedang diikuti. Memandangkan penyesuaian

mempunyai implikasi yang besar terhadap masa depan pelajar, pihak universiti

harus mengambil langkah yang proaktif dan komprehensif bagi memastikan semua

pelajar baharu mempunyai tahap penyesuaian yang tinggi.

Kajian lalu telah menunjukkan keupayaan dan kemahiran psikososial seperti EQ,

daya tindak, dan sokongan sosial memainkan peranan yang penting dalam

Page 16: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

16 

 

menyumbang kepada proses penyesuaian pelajar baharu di universiti. Justeru,

pihak universiti harus mengambil langkah yang proaktif dan positif khususnya dalam

menyediakan perkhidmatan dan program intervensi yang diperlukan untuk

membantu pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan sistem akademik dan

sosial di universiti. Pihak universiti harus melaksanakan pemantauan yang

berterusan terhadap kualiti kemudahan dan program sokongan yang dirancang

untuk pelajar seperti yang disarankan dalam ‘Pelan Tindakan Pendidikan Tertiari’

dalam Pembangunan pendidikan 2001-2010. Sehubungan itu, penambahbaikan

terhadap program sokongan tersebut harus dilaksanakan dari semasa ke semasa

untuk memastikan kemudahan program sokongan yang disediakan menepati kualiti

yang dikehendaki.

Pihak universiti, khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar, fakulti dan unit kaunseling

boleh mengadakan beberapa program intervensi untuk membantu pelajar yang

mengalami masalah penyesuaian yang ketara. Antara program intervensi yang

boleh dianjurkan adalah seperti intervensi kaunseling dan program pemulihan.

Dalam hal ini, Perhatian yang khusus harus diberi terhadap pemupukan keupayaan

EQ, daya tindak, dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar baharu dalam usaha

meningkatkan penyesuaian mereka.

Bibliografi

Ahmad Khamis, Noran Fauziah Yaakub, Azemi Shaari, Mohd. Zailani Mohd. Yusoff. (2002). Adjustment to college life and academic performance among Universiti Utara Malaysia students. Manuskrip yang tidak diterbitkan, Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Arkoff, A. (1968). Adjustment and mental health. New York: McGraw-Hill. Baker, R. W., & Siryk B. (1984). Measuring adjustment to college. Journal of

Counseling Psychology, 31(2), 179-189. Baker, R. W., & Siryk B. (1986). Exploratory intervention with a scale measuring

adjustment to college. Journal of Counseling Psychology, 33(1), 31-38. Baker, R. W., & Siryk B. (1999). SACQ: Student adaptation to college questionnaire

manual (Edisi ke-2). Los Angeles: Western Psychological Services.

Page 17: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

17 

 

Bar-On, R. (1997). Bar-On emotional quotient inventory (eq-i): technical manual. Toronto, Canada: Multi-Health Systems.

Boyatzis, R., Goleman, D., & Rhee, K. (2000). Clustering competence in emotional intelligence. Dlm. R. Bar-On & j. D. Parker (Editor), The handbook of emotional intelligence: Theory, development, assessment, and application at home, school, and in the workplace (hlm.343-362). San Francisco: Jossey-Bass.

Byrd, K. L., & Macdonald, G. (2005). Defining college readiness from the inside out: First-generation college student perspectives [Versi elektronik]. Community College Review, 33(1), 22-37.

Cantor, N., Norem, J. K., Niedenthl, P. M., Langston, C. A., & Bower, A. M.(1987). Life tasks, self-concept ideals, and cognitive strategies in a life transition. Journal of Personality and Social Psychology, 53(.6), 1178-1191.

Cauce, A. M., Mason, C., Gonzales, N., Hiraga, Y., & Liu, G. (1994). Social support during adolscence: methodological and theoretical considerations. Dlm. Frank Nestmann & Klaus Hurrelmann (Editor). Social networks and social support in childhood and adolescence (hlm. 89-108). Berlin: Walterde Gruyter.

Ciarrochi, J., Deane, F. P., & Anderson, S. (2002). Emotional intelligence moderates the relationship between stress and mental health. Personality and Individual Differences, 32(2), 197-209.

Ciarrochi, J., & Scott, G. (2006). The link between emotional competence and well-being: a longitudinal study [Versi elektronik]. British Journal of Guidance & Counselling, 34(2), 231-243.

Cohen, S., Mermelstein, R., Kamarck, T., & Hoberman, H. M. (1985). Measuring the functional components of social support. Dlm. I. G., Sarason & B. R., Sarason, (Editor). Social support: Theory, research, & application (hlm. 73-94). Dordrecht: Martinus Nijhoff Publishers.

DeBerard, M. C., Spielmans, G. I., & Julka, D. C. (2004). Predictors of academic achievement and retention among college freshmen: a longitudinal study [Versi elektronik]. College Student Journal, 38(1), 66-80.

Delistamati, E., Samakouri, M. A., Davis, E. A., Vorvolakos, T., Xenitidis, K. & Livaditis, M. (2006). Interpersonal Support Evaluation List (ISEL) – College Version: Validation and application in a Greek sample [Versi elektronik]. International Journal of Social Psychiatry, 52(6), 552-560.

Dweck, C. S., & Sorich, L. A. (1999). Mastery-oriented thinking. Dlm. C. R. Snyder (Editor). Coping: the psychology of what works (hlm. 232-251). New York: Oxford University Press.

Dyson, R, & Renk, K. (2006). Freshmen adaptation to university life: depressive symptoms, stress, and coping [Versi elektronik]. Journal of Clinical Psychology, 62(10), 1231-1244.

Eldeleklioğlu, J. (2006). The relationship between the peceived social support and the level of depression and anxiety in university students [Versi elektronik]. Educational Science: Theory & Practice, 6(3), 742-752.

Eskin, M. (1993). Reliability of the Turkish version of the perceived social support from friends and family scales, scale for interpersonal behavior, and suicide

Page 18: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

18 

 

probability scale [Versi elektronik]. Journal of Clinical Psychology, 49(4), 515-522.

Gerdes, H., & Mallinckrodt, B. (1994). Emotional, social, and academic adjustment of college students: a longitudinal study of retention [Versi elektronik]. Journal of Counseling & Development, 72 (3), 281-288.

Goleman, D. (2001). An EI-based theory of performance. Dlm. C. Cherniss & D. Goleman (Editor). The Emotionally intelligent workplace: how to select for, measure, and improve emotional intelligence in individuals, groups, and organizations (hlm. 27-44). San Francisco: Jossey-Bass.

Gowing, M. K. (2001). Measurement of individual emotional competence. Dlm. C. Cherniss & D. Goleman (Editor). The emotionally intelligent workplace: how to select for, measure, and improve emotional intelligence in individuals, groups, and organizations (hlm. 83-131). San Francisco: Jossey-Bass.

Grasha, A. F., & Kirschenbaum, D. S. (1980). Psychology of adjustment and competence: An applied approach. Cambridge: Winthrop Publishers, Inc.

Holahan, C. J., Moos, R. H., & Schaefer, J. A. (1996). Coping, stress resistance, and growth: Conceptualizing Adaptive Functioning. Dlm. M. Zeidner & N. S. Endler (Editor). Handbook of coping: theory, research, applications (hlm. 24-43). New York: John Wiley & Sons Inc.

Izard, C. E. (2001). Emotional intelligence or adaptive emotions [Versi elektronik]? Emotion, 1(3), 249-257.

Kessler, R. C., Price, R. H., & Wortman, C. B. (1985). Social factors in psychopathology: Stress, social support, and coping processes [Versi elektronik]. Annual Review of Psychology, 36, 531-572.

Ko, S. M., Kua, E. H., & Fones, C. S. L. (1999). Stress and the undergraduates. Singapore Medical Journal, 40, (10). Diakses pada 13 September, 2003, daripada http://www.sma.org.sg/smj/4010/articles/4010a2.htm.

Lazarus, R. S. (1993). Coping theory and research: Past, present, and future [Versi elektronik]. Psychosomatic Medicine, 55(3), 234-247.

Lazarus, R. S. (1994). Coping. Dlm. R. J. Corsini (Editor), Encyclopedia of psychology (Edisi Kedua; Vol 1, hlm. 326-329). New York: John Wiley & Sons.

Lazarus, R. S. & Folkman, S. (1984). Stress, appraisal and coping. New York: Springer.

Ley, K., & Young, D. B. (1998). Self-regulation behaviors in underprepared (developmental) and regular admission college students [Versi elektronik]. Comtemporary Educational Psychology, 23(1), 42-62.

Lidy, K. M., & Kahn, J. H. (2006). Personality as predictor of first-semester adjustment to college: The mediational role of perceived social support [Versi elektronik]. Journal of College Counseling, 9(2), 123-134.

Martin Jr.,W. E., Swartz, J. L., & Madson, M. (1999). Psychosocial factors that predict the college adjustment of first-year undergraduate students: implications for college counselors [Versi elektronik]. Journal of College Counseling, 2(2), 121-133.

Matthews, G., & Zeidner, M. ((2000). Emotional intelligence, adaptation to stressful encounters, and health outcomes. Dlm. R. Bar-On & J. D. A. Parker (Editor),

Page 19: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

19 

 

The handbook of emotional intelligence: Theory, development, assessment, and application at home, school, and in the workplace (hlm. 459-489). San Francisco: Jossey-Bass.

Mayer, J. D. (2001). Emotion, intelligence, and emotional intellingence. Dlm. J. P. Forgas, (Editor), Handbook of affect and social cognition. (hlm. 410-431). Mahwah, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Mayer, J. D., & Salovey, P. (1997). What is emotional intelligence? Dlm. P. Salovey & D. Sluyter (Editor). Emotional development and emotional intelligence: Educational implications (hlm. 3-31). New York: Basic Books.

Mayer, J. D., Salovey, P., & Caruso, D. (2000). Models of emotional intelligence. Dlm. R. Sternberg (Editor), Handbook of intelligence (hlm. 396-420). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press.

Molnar, D. (1993). The impact of mission effectiveness on student retention. Annual Forum of the Association for Institutional Reserch, Chicago, Il. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 360940)

Nik Mustapha R. Abdullah (2007). Institusi pengajian tinggi penjana pembangunan modal insan kelas pertama. Monograf Pengajaran & Pembelajaran IPTA, 5, 1-14.

Park, C. L., & Adler, N. E. (2003). Coping style as a predictor of health and well-being across the first year of medical school [Versi elektronik]. Health Psychology, 22(6), 627-631.

Parker, J. D. A, Summerfeldt, L. J., Hogan, M. J., & Majeski, S. A. (2004). Emotional Intelligence and academic success: examining the transition from high school to university. Personality and Individual Differences, 36(1), 163-173.

Perry, R. P., Hladkyj, S., Pekrun, R. H., & Pelletier, S. T. (2001). Academic control in the achievement of college students: a longitudinal field study. Journal of Educaitonal Psychology, 93(4), 776-789.

Rojanah Kahar, Mohd. Sharani Ahmad, Saodah Ahmad, & Jayaletchumi Mottan. (2001). Penyesuaian hidup di kampus. Dlm. Mohamad Shatar Sabran, Mansor Abu Talib, Rojanah Kahar, & Abdullah Al-Hadi Haji Muhamed (Editor), Ke arah mahasiswa cemerlang: strategi

Ruhani Mat Min (1998). Hubungan penyesuaian dengan pencapaian akademik pelajar di institusi pengajian tinggi. Tesis Master, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Salovey, P., & Mayer, J. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition, and Personality, 9(3), 185-211.

Sarason, I. G., Levine, H. M., Basham, R. B., & Sarason, B. R. (1983). Assessing social support: The Social Support Questionnaire. Journal of Personality and Social Psychology, 44(1), 127-139.

Sennett, J., Finchilescu, G., Gibson, K., & Strauss, R. (2003). Adjustment of black students at a historically white south African university [Versi elektronik]. Educational Psychology, 23(1), 107-116.

Smith, T., & Renk, K. (2007). Predictors of academic-related stress in college students: An examination of coping, social support, parenting, and anxiety [Versi elektronik]. NASPA Journal, 44(3), 405-431.

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, NotItalic, English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt,Portuguese (Brazil)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,Portuguese (Brazil)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt,Portuguese (Brazil)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted ... [1]

Formatted ... [2]

Formatted ... [3]

Formatted ... [4]

Formatted ... [5]

Formatted ... [6]

Formatted ... [7]

Formatted ... [8]

Formatted ... [9]

Formatted ... [10]

Page 20: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

20 

 

Spangler, G., Pekrun, R., Kramer, K., & Hofmann, H. (2002). Students’ emotions, physiological reactions, and coping in academic exams [Versi elektronik]. Anxiety, Stress and Coping, 15(4), 413-432.

Spitzer, T. M. (2000). Predictors of college success: a comparison of tradisional and nontradisional age students [Versi elektronik]. NASPA Journal, 38(1), 82-98.

Thoits, P. A. (1985). Social support and psychological well-being: Theorical possibilities. Dlm. I. Sarason & B. Sarason, (Editor). Social support: theory, research, & application (hlm. 51-72). Dordrecht: Martinus Nijhoff Publishers.

Thoits, P. A. (1986). Social support as coping assistance [Versi elektronik]. Journal of Counseling and Clinical Psychology, 54(4), 416-423.

Tinto, V. (1993). Leaving college: Rethinking the Causes and Cures of Student Attrition (Edisi Ke-2). Chicago: University of Chicago Press.

Tinto, V. (1996). Reconstructing the first year of college [Versi elektronik]. Planning for Higher Education, 25(1), 1-6.

Wintre, M. G., & Bowers, C. D. (2007). Predictors of persistence to graduation: Extending a model and data on the transition to university model [Versi elektronik]. Canadian Journal of Behavioural Science, 39(3), 220-234.

Zeidner, M., & Hammer, A. L. (1990). Life events and coping resources as predictors of stress symtoms in adolescents. Personality and Individual Differences, 11(7), 693-703.

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, NotItalic, English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic,English (U.S.)

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, English(U.S.)

Page 21: PENYESUAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHARU … 09.pdf · menyifatikan penyesuaian sebagai proses interaksi antara individu dengan ... penyesuaian diri dengan persekitaran universiti

Page 19: [1] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic, English (U.S.)  

Page 19: [2] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, English (U.S.)  

Page 19: [3] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic, English (U.S.)  

Page 19: [4] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, English (U.S.)  

Page 19: [5] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, English (U.S.)  

Page 19: [6] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, English (U.S.)  

Page 19: [7] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, Swedish (Sweden)  

Page 19: [8] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, Swedish (Sweden)  

Page 19: [9] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic, Swedish (Sweden)  

Page 19: [10] Formatted Pn Maria 2/25/2008 8:50:00 PM

Font: (Default) Arial, 12 pt, Swedish (Sweden)