penyelesaian kemungkiran dalam kontrak hutang...

17
259 Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang Perbankan Menurut Perspektif Islam Mat Noor Mat Zain, Norwajia Umi Ismail, Salmy Edawati Yaacob & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kemungkiran kontrak sering berlaku dalam pembiayaan hutang, terutamanya dalam melunaskan hutang. Hal ini menyebabkan institusi-institusi perbankan sentiasa meneliti dan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah menganalisis kaedah penyelesaian masalah kemungkiran dalam pembiayaan hutang menurut Islam. Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan melalui analisis dokumen. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh pihak pemuitang untuk mengurangkan masalah mungkir dalam membayar hutang dalam kalangan penghutang namun masih ia terpulang kepada pihak pemuitang dalam membuat penilaian kaedah- kaedah yang terbaik yang boleh digunakan dalam kes kemungkiran ini. Pengenalan Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai jenis kontrak dengan pelbagai bentuk kemungkiran dan perlanggaran. Namun, dalam perbankan perkara ini sering terjadi di dalam pembiayaan yang berasaskan hutang. Masalah ini sedikit sebanyak telah membebankan institusi perbankan apabila terpaksa menanggung kerugian disebabkan kemungkiran tersebut, terutamanya dalam kes penghutang lewat melunaskan hutang. Pihak bank perlu mencari solusi bagi menangani masalah ini dan sebaik-baiknya kaedah penyelesaian tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan hukum Syarak dengan tidak berlaku kezaliman, penindasan, terutamanya tidak mempunyai unsur riba kerana bank konvensional telah mengambil langkah mengenakan riba sejak bermula berlaku kelewatan tanpa mengira penghutang terbabit mampu atau tidak untuk menyelesaikan hutangnya. Terdapat beberapa kaedah yang telah dibincangkan para ulama dan pakar undang-undang bagi menangani permasalahan ini dan masih terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama terhadap kaedah-kaedah yang dicadangkan. Oleh itu, perbincangan akan dilakukan mengenai kemungkiran kontrak yang berlaku dalam institusi perbankan dan kaedah penyelesaiannya. Konsep Hutang Hutang menurut Kamus Dewan (2005) digunakan dengan dua maksud; Pertama, wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain. Hutang belian atau jualan adalah yang bayarannya ditangguhkan. Kedua, kewajiban (perasaan berkewajiban) membayar balik sesuatu yg diterima. Sementara hutang piutang pula adalah wang yang dipinjam daripada orang lain dan yang dipinjamkan kepada orang lain.

Upload: vuongkhuong

Post on 06-Feb-2018

299 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

259

Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang

Perbankan Menurut Perspektif Islam

Mat Noor Mat Zain, Norwajia Umi Ismail, Salmy Edawati Yaacob

&

Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kemungkiran kontrak sering berlaku dalam pembiayaan hutang, terutamanya dalam

melunaskan hutang. Hal ini menyebabkan institusi-institusi perbankan sentiasa

meneliti dan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani

permasalahan ini. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah menganalisis kaedah

penyelesaian masalah kemungkiran dalam pembiayaan hutang menurut Islam.

Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan melalui analisis dokumen. Kajian ini

menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh pihak pemuitang untuk

mengurangkan masalah mungkir dalam membayar hutang dalam kalangan penghutang

namun masih ia terpulang kepada pihak pemuitang dalam membuat penilaian kaedah-

kaedah yang terbaik yang boleh digunakan dalam kes kemungkiran ini.

Pengenalan

Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai jenis kontrak dengan pelbagai

bentuk kemungkiran dan perlanggaran. Namun, dalam perbankan perkara ini sering

terjadi di dalam pembiayaan yang berasaskan hutang. Masalah ini sedikit sebanyak

telah membebankan institusi perbankan apabila terpaksa menanggung kerugian

disebabkan kemungkiran tersebut, terutamanya dalam kes penghutang lewat

melunaskan hutang. Pihak bank perlu mencari solusi bagi menangani masalah ini dan

sebaik-baiknya kaedah penyelesaian tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan

hukum Syarak dengan tidak berlaku kezaliman, penindasan, terutamanya tidak

mempunyai unsur riba kerana bank konvensional telah mengambil langkah

mengenakan riba sejak bermula berlaku kelewatan tanpa mengira penghutang terbabit

mampu atau tidak untuk menyelesaikan hutangnya. Terdapat beberapa kaedah yang

telah dibincangkan para ulama dan pakar undang-undang bagi menangani

permasalahan ini dan masih terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama terhadap

kaedah-kaedah yang dicadangkan. Oleh itu, perbincangan akan dilakukan mengenai

kemungkiran kontrak yang berlaku dalam institusi perbankan dan kaedah

penyelesaiannya.

Konsep Hutang

Hutang menurut Kamus Dewan (2005) digunakan dengan dua maksud; Pertama, wang

dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain. Hutang belian atau jualan adalah

yang bayarannya ditangguhkan. Kedua, kewajiban (perasaan berkewajiban)

membayar balik sesuatu yg diterima. Sementara hutang piutang pula adalah wang

yang dipinjam daripada orang lain dan yang dipinjamkan kepada orang lain.

Page 2: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

260

Sementara hutang dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan ‘al-dayn’ (الدين), iaitu

lawan kepada perkataan ain atau ‘al-cayn’ (العين). Ibn Manzur (1990) memberi maksud

hutang sebagai setaip sesuatu yang tidak ada di hadapan mata. Selain itu, al-dayn juga

boleh digunakan dengan maksud sesuatu perbuatan meninggalkan sebahagian haknya

kepada yang lain (al-Tabari 1992, al-Raghib 1997). Sementara Fayyumi (2000)

menyatakan bahawa hutang digunakan dari segi bahasa bagi maksud pinjaman dan

harga barang.

Hutang menurut istilah secara umum adalah bermaksud setiap hak atau

tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk harta

atau tidak seperti solat, puasa, nazar, haji dan sebagainya (Ibn Humam 2003; al-

Dakhil 2012). Istilah hutang secara khusus pula adalah lebih menjurus kepada harta

iaitu hutang adalah sesuatu yang sabit atas tanggungan sesuatu harta beserta sebab-

sebab yang membawa kepada tanggungan tersebut (al-Mazid 2010). Tanggungan yang

dimaksudkan ini adalah meliputi semua aspek hutang dalam harta seperti dalam

penentuan harga barang, penentuan mahar, bayaran sewa pinjaman, jual beli secara

tangguh juga hutang manusia dengan Allah iaitu zakat. Oleh yang demikian,

tanggungan hutang ini tadi boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu kontrak yang

melibatkan pertukaran yang memberikan adanya hak pemilikan terhadap harta

tersebut, pinjaman dan tanggungjawab terhadap kerosakan harta tersebut (al-Hamawi

1985).

Sebab-Sebab Hutang

Dari segi prinsip, setiap individu adalah bebas daripada menanggung sebarang hutang,

obligasi, tanggungan dan tanggungjawab sama ada berkaitan perkara sivil atau

jenayah. Namun demikian, seseorang itu akan menanggung bebanan tersebut apabila

berlaku sesuatu sebab yang membentuknya. Faktor yang boleh membentuk bebanan

hutang itu banyak sebagaimana dinyatakan dalam al-Muwsucah al-Fiqhiyyah. Secara

ringkasnya adalah (Lihat al-Muwsucah al-Fiqhiyyah; Qalcah Ji, 2000):

i- Pembentukan sesuatu obligasi atau iltizam sesuatu harta melalui sesuatu akad

tertentu seperti akad jual beli, sewaan, pinjaman, perkahwinan dan

seumpamanya. Begitu juga melalui tindakan secara berseorangan (peribadi)

membentuk obligasi seperti melakukan nazar sesuatu harta dan menjanjikan

untuk memberikan sesuatu ganjaran tertentu (al-jucalah).

ii- Sesuatu tindakan yang tidak dibenarkan oleh syarak yang kemudiannya

menyebabkan wujud tanggungan hutang ke atas pelaku seperti pembunuhan

yang mewajibkan adanya diyat, jenayah yang mewajibkan pampasan,

menghilangkan harta orang lain, pecah amanah sesuatu harta dan cuai dalam

penjagaan sesuatu yang diserahkan. Sekiranya seseorang melakukan salah satu

daripada perkara tersebut maka telah menyebabkan beliau menanggung hutang

di atas dirinya.

iii- Kerosakan harta pada pegangan penerima, jika pegangan itu berbentuk jaminan

(kena bayar ganti rugi jika rosak) walau apa pun sebab kerosakan itu, meskipun

tanpa sengaja dan cuai seperti kerosakan barang yang dirampas pada pegangan

perampas, hilang barangan pada pegangan pekerja umum mengikut pandangan

jumhur ulama dan penerima barang dalam belian berasaskan tawar menawar.

Page 3: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

261

Jika harta dalam keadaan tersebut hilang atau rosak maka wajib membayar

nialiannya sebagai hutang yang di atas tanggungan.

iv- Wujud sebab asas yang dijadikan oleh syarak bagi membentuk sesuatu hak

harta seperti cukup haul bagi nisab zakat, penyerahan wanita kepada suami

dalam mewujudkan nafkah dan keperluan oleh waris terdekat dalam

mewujudkan nafkah kaum kerabat. Jika berlaku sebab tersebut maka seseorang

mukalaf akan memikul bebanan hutang secara langsung.

v- Pemerintah mewajibkan pihak-pihak yang kaya/mampu memberikan sejumlah

harta bagi menyempurnakan kemaslahatan umum umat Islam dalamsituasi

baitulmal tidak mampu membiayainya, menyertai bantuan bencana alam,

membantu mangsa gempa bumi, puting beliung, kebakaran dahsyat, peperangan

dan seumpamanya dengan syarat ditentukan keperluan, tindak tanduk

pemerintah berasaskan keadilan, membelanjakan harta berdasarkan keperluan

dan maslahat. Punggutan itu dilakukan terhadap yang mampu tanpa

memudaratkan dan prejudis.

vi- Penunaian sesuatu yang disangka wajib oleh seseorang tetapi terbukti

sebaliknya dia bebas, maka ia adalah hutang kepada pihak yang telah dibayar.

vii- Pembayaran kewajipan orang lain berbentuk harta berasaskan permintaannya

seperti seseorang menyuruh beliau menjelaskan hutangnya, maka pihak yang

membayar mempunyai hak hutang di atas pihak yang dibayar.

viii- Tindakan yang dibolehkan oleh syarak semasa darurat/terdesak jika

mengakibatkan kehilangan harta orang lain seperti orang yang makan hak orang

lain dalam keadaan terdesak maka bayar balik kerana keadaan terdesak tidak

membatalkan pemilikan orang lain maka ia menjadi hutang ke atasnya.

ix- Melakukan sesuatu kerja bermanfaat kepada orang lain tanpa izinnya seperti

seseorang memberi nafkah wajib bagi pihak orang lain atau menuanaikan

hutang tanggungan pihak lain tanpa permintaanya dan beliau tidak meniatkan

pembayaran itu sebagai tabarruk. Dengan ini, apa yang diberikannya itu dikira

hutang ke atas pihak tersebut mengikut mazhab Maliki dan Hanbali.

Semua sebab dan punca hutang tersebut berlaku dalam pelbagai aspek khidupan

seharian tetapi punca hutang yang paling banyak berlaku dengan pilihan dan kerelaan

pihak-pihak terbabit adalah punca yang pertama, iaitu sebarang pembentukan

tanggungan dan obligasi berasaskan kontrak atau akad. Ia juga paling banyak berlaku

dalam produk-produk di institusi kewangan Islam terutamanya perbankan.

Kontrak Hutang Piutang Dalam Perbankan Islam

Terdapat dua jenis pembiayaan yang ditawarkan dalam sistem perbankan iaitu

pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. Pembiayaan ekuiti bermaksud suatu

bentuk pembiayaan yang memerlukan kerjasama di antara dua belah pihak dengan

bermatlamatkan keuntungan. Keuntungan yang diperolehi dibahagi berdasarkan

nisbah keuntungan yang telah dipersetujui. Pembiayaan hutang pula merujuk kepada

suatu bentuk kontrak pertukaran di antara dua pihak yang berkontrak yang melibatkan

pembayaran bertangguh (Sudin Haron 2005). Oleh yang demikian, faktor berlakunya

Page 4: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

262

hutang sudah semestinya wujud di dalam pembiayaan ini. Antara kontrak-kontrak

berasaskan pembiayaan ekuiti yang terdapat di bank-bank Islam adalah seperti seperti

musharakah mutanaqisah (MM), ijarah mausufah fi zimmah dan istisnac (Hussin

Salamon 2009). Sementara kontrak pembiayaan hutang adalah seperti seperti bayc

bithaman ajil (BBA), Murabahah (Helmi Haris 2007). Semua produk yang berbentuk

pembiayaan yang melibatkan pembayaran salah satu subjek akad dikira kontrak

hutang, termasuklah yang berasaskan kontrak salam, istina’ dan juga al-qard al-

hasan.

Bai bithaman ajil (BBA) adalah kontrak jualan dengan bayaran bertangguh yang

telah dipersetujui. Kontrak ini berlaku antara dua pihak di mana barangan yang

dijualkan itu diserahkan semasa majlis akad tetapi pembayarannya ditangguhkan

mengikut masa yang telah ditetapkan. Ia digunakan sangat meluas di Malaysia

terutamanya di dalam kontrak pembiayaan rumah, kenderaan dan sebagainya. Bayaran

secara bertanangguh itu yang menjadikan pembeli berhutang kepada bank (Abdul

Halim el Muhammady 2002).

Sementara bayc al-cinah pula adalah kontrak jual beli barang yang kemudiannya akan

kembali semula kepada penjual. Menurut al-Dasuki dinamakan ‘inah kerana bertujuan

untuk memberi baantuan (cinah) pembeli yang sedang terdesak untuk mendapatkan

sesuatu (al-Dasuki 1980). Ia ditakrifkan sebagai seseorang menjual milikannya dengan

harga tertangguh kemudiannya membelinya semula dalam majlis yang sama dengan

harga tunai yang berbeza kadarnya untuk mengelakkan daripada berlakunya riba

(Azizi Abu Bakar 2009).

Prinsip kontrak ini melibatkan kontrak jualan oleh penjual kepada pembeli dan pada

masa yang sama penjual bersetuju membeli semula barangan tersebut daripada

pembeli. Penjual akan menjual dengan kredit kepada pembeli dan kemudiannya

membeli semula dengan cara tunai barangan yang dijualnya itu dengan harga belian

semula ini biasanya lebih rendah dari harga jualan pertama yang dibuat secara kredit

(Sudin Haron 2005). Struktur bai al-Inah ini banyak diaplikasikan dalam produk

pembiayaan hutang di Malaysia seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan modal

kerja, kad kredit, sukuk BBA dan murabahah, overdraf Islam dan murabahah trade

financing (Zaharuddin Abd Rahman 2009). Penjualan semula oleh penjual secara

kredit itu akan menyebabkan pembeli, iaitu pelanggan akan berhutang dengan penjual.

Ia adalah BBA tetapi dalam sturktur bayc al-cinah.

Sementara musyarakah mutanaqisah adalah kontrak pensyarikatan di antara pembiaya

sebagai rakan kongsi dan telah memberikan hak kepada pihak yang ingin memiliki

aset dengan sekali atau bayaran secara beransur-ansur berdasarkan kepada syarat

yang telah dipersetujui kedua belah pihak (al-Sawi 1990). Maka kontrak ini terbentuk

untuk menentukan perpindahan hak milik daripada satu pihak kepada pihak yang lain

hingga berakhir dengan pemilikan sepenuhnya. Kontrak ini turut dikenali sebagai

kontrak hybrid (campuran) kerana terdapat tiga kontrak yang digunakan di dalamnya

iaitu al-musyarakah, al-ijarah dan al-Bayc.

Sementara jual beli al-salam atau al-salaf pula adalah jual beli dengan membayar

wang sepenuhnya atau sebahagian besarnya terlebih dahulu untuk mendapatkan

barangan yang masih belum wujud sekarang tetapi pada waktu yang telah ditentukan

Page 5: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

263

pada masa hadapan. Contohnya melanggan majalah. Bayar dahulu, majalah masih

belum wujud untuk setahun atau dua tahun akan datang. Biasanya harga lebih murah

berbanding jika beli pada waktu selepas majalah terbit. Ijmak mengharuskan jual beli

sebegini tetapi wang itu mesti diberi sekarang dan tidak ditangguhkan. Mazhab Maliki

membenarkan wang ditangguhkan tetapi untuk sekadar tiga hari sahaja.

Kontrak al-istisnac adalah jual beli berbentuk tempahan dengan pembeli membayar

setelah tamat tempahan, atau membayar sedikit modal pada awal tempahan, kemudian

melangsaikan sebahagian lagi bayaran selepas barangan siap. Sepakat para fuqaha

mengganggap kontrak ini adalah harus sekalipun barangan masih lagi belum wujud

pada waktu tempahan.

Sementara kontrak al-qard adalah kontrak yang jelas membentuk hutang sebab ia

adalah akad pemberian harta kepada pihak lain sebagai pinjaman dan dibalas semula

pada tempoh yang dijanjikan dengan nilai yang sama tanpa apa-apa tambahan

ganjaran atau manfaat yang dijanjikan atau tidak dijanjikan tetapi pada kebiasaannya

diberikan. Kontrak ini harus di sisi Syariah dengan syarat tidak dijanjikan apa-apa

manfaat kepada si pemberi pinjam. Sebarang bentuk manfaat yang diperoleh oleh

pemberi pinjam yang dijanjikan atau pada kebiasaannya perlu diberikan, dianggap

riba dan haram di sisi Syariah.

Maksud Kemungkiran Kontrak

Mungkir menurut kamus dewan (2005) ialah tidak mengakui, menyangkal, ingkar dan

menolak perjanjian. Manakala dalam bahasa Arab perkataannya adalah ‘al-matl’ (مطل)

yang bermaksud berdolak–dalih atau mengelak daripada menunaikan hak dan

tanggungjawabnya. Selain itu, al-matl bi al-dayn pula bermaksud menangguhkan atau

memanjangkan tempoh pembayaran hutang atau memungkiri janji untuk melunaskan

pembayaran hutang mengikut waktu yang ditetapkan (Fayruzabadi 1952; Ibrahim et.

al 1973).

Dari segi istilah, tidak terdapat banyak perbezaan dengan bahasa dan sebahagian

ulama telah membahagikan takrifannya dari sudut umum dan khusus. Kemungkiran

menurut istilah secara umum ditafsirkan sebagai halangan untuk melaksanakan

sesuatu perkara yang sepatutnya ditunaikan (al-Nawawi 1987). Merujuk kepada

perkara hutang, halangan itu adalah dengan melewatkan pembayaran hutang mengikut

waktu yang ditetapkan setelah diminta untuk membayarnya (al-Dakhil 2012). Menurut

istilah secara khusus pula ialah melewatkan pembayaran hutang tanpa sebab yang

munasabah walaupun selepas diminta untuk membayarnya. Lafaz khusus ini adalah

merujuk kepada sabda nabi SAW yang menyebut seseorang yang mampu untuk

membayar hutangnya tetapi sengaja melengah-lengahkannya adalah zalim.

Tindakan Yang Boleh Dikenakan Kepada Penghutang Yang Mungkir.

Kaedah Penguatkuasaan.

Sebelum meneliti tindakan-tindakan yang boleh dikenakan ke atas penghutang ini,

perlulah diketahui di dalam Islam apabila berlakunya urusan di antara dua pihak yang

berkontrak dan adanya elemen hutang maka hutang yang ada itu perlulah direkodkan

dan akadnya disaksikan jika ia melibatkan hutang yang bertempoh. Langkah ini

dianggap sebagai suatu kuat kuasa yang dijalankan pihak yang berkontrak agar patuh

Page 6: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

264

terhadap syarat-syarat yang telai dinyatakan di dalam kontrak. Kaedah ini disebut

sebagai dokumentasi (al-Tauthik) . Firman Allah S.W.T:

ى فاكتبوه وليكتب بينكم كاتب يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسم 23 بالعد

Maksudnya:

Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu

urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu

masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa

bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu

menulisnya dengan adil (benar).

Ayat ini telah memberikan peringatan kepada kita agar merekodkan segala urusan

hutang supaya rekod simpanan hutang tersebut boleh menjadi bukti kepada pemiutang

untuk menuntut kembali hutang tersebut sekiranya salah seorang daripada pihak yang

berkontrak ini terlupa untuk menunaikan obligasi ini. Sebahagian ulama menyatakan

proses merekodkan hutang serta adanya saksi adalah sunat bahkan ada juga yang

mewajibkan proses merekodkan hutang tersebut (Ibn al-cArabi 2002).

Dalam ayat yang seterusnya pula menyarankan agar merekodkan hutang menerusi

gadaian ( al-rahn). Firman Allah S.W.T:

ا فليؤد ال ربه وإن كنتم على سفر ولم تجدوا كاتبا فرهان مقبوضة فإن أمن بعضكم بعض ذي اؤتمن أمانته وليتق للا

بما تعملون عليم وال تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه وللا24

Maksudnya:

Dan jika kamu berada Dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi

hutang Yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka

hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang Yang

memberi hutang). kemudian kalau Yang memberi hutang percaya kepada

Yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian),

maka hendaklah orang (yang berhutang) Yang dipercayai itu menyempurnakan

bayaran hutang Yang diamanahkan kepadaNya, dan hendaklah ia bertaqwa

kepada Allah Tuhannya. dan janganlah kamu (Wahai orang-orang Yang

menjadi saksi) menyembunyikan perkara Yang dipersaksikan itu. dan sesiapa

Yang menyembunyikannya, maka Sesungguhnya ia adalah orang Yang

berdosa hatinya. dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan apa Yang

kamu kerjakan.

Berdasarkan ayat ini sebahagian ulama menyatakan, gadaian hanya akan berlaku

apabila penghutang sedang musafir dan tidak wujud di tempat berkenaan (Ammar

1984). Namun begitu mengikut aplikasi masa kini, bagi kes hutang yang tidak dibayar

mengikut tempoh yang ditetapkan, pemiutang berhak untuk menuntut setelah harta

pihak tersebut dicagarkan atau pemiutang boleh menjual terus harta yang dicagarkan

itu bagi membolehkannya menyelesaikan baki hutang oleh penghutang tersebut dan

23 al-Quran,al-Baqarah 2:282

24 al-Quran,al-Baqarah 2:283

Page 7: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

265

jika terdapat lebihan daripada cagaran tersebut pihak pemiutang terbabit hendaklah

mengembalikan semula lebihan itu (Ibn Rushd 2004; Ibn Abidin 2003).

Selain gadaian, tindakan merekodkan hutang menerusi jaminan (kafalah) iaitu

menggabungkan tanggungjawab penjamin terhadap penghutang dalam menanggung

hutang. Kaedah ini memerlukan komitmen daripada pihak penjamin dan pihak yang

dijamin. Perkara ini juga menjadikan seseorang yang bersetuju untuk bersama-sama

menanggung hutang tersebut perlulah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang

akan berlaku ke atasnya sekiranya penghutang itu tadi berniat untuk mengelak

daripada menjelaskan hutang. Kaedah ini juga pada masa kini menjadi antara syarat-

syarat yang telah diletakkan di dalam dokumen perjanjian untuk memeterai kontrak.

Apabila syarat sedemikian diletakkan di dalam dokumen perjanjian, ini dapat

menimbulkan rasa tanggungjawab ke atas penghutang agar tidak membebankan pihak

penjamin semata-mata ingin menanggung hutang yang sengaja tidak dlunaskan.

Berikut adalah beberapa syarat dan tindakan daripada resolusi Akademi Fiqh Islam

dan piawaian AAOIFI terhadap penghutang yang menangguhkan pembayaran

hutangnya (Majallah Majma` al-fiqh al-Islami 2004):

i. Harus mengisytiharkan nama pihak yang sengaja menangguhkan pembayaran

hutangnya di media massa.

ii. Bagi pembelian barang menerusi kontrak murabahah, sekiranya barang

tersebut masih ada dan penghutang menangguhkan pembayaran hutang dan

kemudian menjadi muflis, pihak bank berhak untuk menuntut barangan

tersebut. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding campur tangan untuk

memufliskan penghutang tersebut.

iii. Bank boleh mendapatkan segala kerugian dan perbelanjaaan tanggungan atas

sebab kelewatan pembayaran hutang.

iv. Harus meletakkan jaminan terhadap penghutang untuk kerugian kerana susut

nilai matawang berpunca daripada inflasi.

v. Menyelesaikan masalah menerusi jaminan kontrak pada permulaan kontrak

dimeterai di antara kedua belah pihak dan diistilahkan sebagai syarat balasan

(syart al-jaza’i).

vi. Pihak bank dan penghutang boleh melakukan kerjasama dengan membuat

perkongsian bagi aset tidak alih (‘aqar) dengan nilaian hutang. Melalui

perkongsian ini, pihak bank boleh mendapatkan semula hutangnya melalui

sewaan aset tersebut. Kaedah ini bersesuaian bagi penghutang yang tidak

mampu dari segi kewangan namun berazam untuk melunaskan hutangnya.

vii. Pihak bank boleh menuntut ganti rugi disebabkan kerugian terhadap

penghutang yang enggan membayar hutangnya sepanjang tempoh urusan

mengeluarkan keputusan daripada mahkamah atau proses penghakiman.

Kaedah Pemulihan.

Kaedah pemulihan ini boleh dikenakan apabila diketahui penghutang mula lewat

untuk membayar hutang. Langkah ini boleh diambil bagi memastikan keadaan sebenar

penghutang itu sama ada benar-benar berada di dalam kesusahan atau sengaja

melengah-lengahkan waktu pembayaran hutangnya. Berikut adalah antara kaedah

pemulihan yang boleh dilaksanakan:

Page 8: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

266

i. Syarat Balasan (Syart al-Jaza’i)

Syarat balasan atau syart al-jaza’ bermaksud persetujuan di antara dua pihak dalam

penentuan awal bagi ganti rugi yang mana pemiutang berhak menuntut apabila

penghutang tidak melaksanakan kewajipannya atau terlewat dalam pembayaran (al-

Badrawi 1971).

Syarat balasan yang terdapat di dalam kontrak pada masa kini adalah penting kerana

dengan adanya syarat balasan ini, ia dapat melindungi pihak yang berkontrak

sekiranya dalam tempoh kontrak berjalan, akan berlakunya kemungkiran kontrak.

Syarat balasan juga berlaku dalam dua bentuk kontrak (al-Qaradaghi 2007), iaitu:

1. Syarat balasan dalam kontrak bukan hutang. Syarat balasan ini

mengandungi nilaian ganti rugi yang ditentukan berdasarkan kepada kontrak

yang tidak berkait dengan hutang contohnya kelewatan pelaksanaan kerja-

kerja atau tiada langsung pelaksanaan kerja kontrak pembuatan/ tempahan

(istisna). Nilaian ganti rugi tersebut adalah mengandungi tempoh kelewatan

pelaksanaan kerja. Kadarnya ditentukan berdasarkan kepada berapa hari atau

bulan yang dikira hasil daripada tempoh kelewatan itu. Selain itu, syarat

balasan juga diletakkan di dalam kontrak kerja atau upah. Syarat ini terpakai

jika pekerja tidak melaksanakan kerja yang telah ditetapkan ke atasnya maka

syarat balasan dikenakan dengan menetapkan bayaran berdasarkan hari atau

tempoh bulanan yang lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan. Ini dikenali

dalam undang-undang sebagai terma-terma pekerjaan. Syarat balasan dalam

kontrak ini adalah harus dan wajib disempurnakan berdasarkan perjanjian dan

syarat yang telah disepakati.25

2. Syarat balasan dalam kontrak hutang. Syarat balasan dalam kategori ini

pula mengandungi nilaian ganti rugi hasil daripada kelewatan melunaskan

hutang dan berlaku di dalam kontrak pembiayaan yang berasaskan hutang

seperti murabahah, Bai’ bithaman al-ajil (BBA), al-Ijarah Thumma al-Bai’

(AITAB) dan seumpama dengannya. Penetapan syarat balasan telah menjadi

fokus perbincangan ulama bagi keadaan penghutang yang enggan melunaskan

hutang. Tindakan penghutang tersebut adalah dianggap zalim kerana telah

membebankan pihak bank menanggung hutang pelanggan tersebut dan

menyebabkan pihak bank menanggung kerugian. Sebahagian ulama

berpendapat tindakan mengenakan denda di atas kelewatan melunaskan

hutang adalah haram kerana perbuatan ini termasuk di dalam riba’ al-

Jahiliyyah. Namun begitu, ada juga ulama yang mengharuskan adanya syarat

balasan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Setiap nilaian ganti rugi hendaklah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau

hakim dan bukannya ditentukan oleh individu atau pihak bank. Hasil kutipan

itu nanti juga tidak boleh disalurkan kepada pihak bank atau pemiutang namun

perlu diserahkan kepada badan-badan kebajikan kerana tindakan sedemikian

boleh menghindari daripada berlakunya riba’. Selain itu, syarat balasan jika

ketetapan yang dibuat melibatkan hutang ke atas seseorang tidak diharuskan

adanya persetujuan awal untuk melunaskan bayaran tambahan akibat

25 “Diharuskan untuk memasukkan syarat balasan dalam kontrak istisna’ berdasarkan apa yang

telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berakad iaitu sebagaimana tidak wujud keadaan yang

mendesak” Resolusi Akademi Fiqh Islam ke-7.

Page 9: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

267

berlakunya kelewatan kerana ia adalah salah satu bentuk riba secara

bertangguh.

ii. Denda (Gharamah)

Denda (al-Gharamah) pula dari segi bahasa ialah sesuatu perkara yang mesti

dilakukan oleh seseorang yang pada asalnya tidak wajib untuk menunaikannya.

Sebahagian ulama menyatakan bahawa denda (al-Gharamah) ialah apa yang diambil

daripada harta mereka dan mesti ditunaikan sebagai hukuman disebabkan kerugian

dan kekurangan ( Hammad 1995).

Denda yang dikenakan juga dianggap sebagai hukuman dan bukan untuk

memberikan ganti rugi kepada pihak yang menerima kesan kerugian. Selain itu, denda

juga dihadkan atas kelewatan penghutang melunaskan bayaran sehingga pihak yang

satu lagi mengalami kerugian. Kerugian atau mudarat ini hendaklah berpunca

daripada kemudaratan yang benar-benar ditanggung oleh pihak yang terjejas itu.

Namun begitu, hasil daripada denda tersebut tidak boleh dimanfaatkan bank tetapi

sebaliknya hendaklah disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan

(BNM 2010).

iii. Ganti rugi (al-Ta’widh)

al-Ta’widh atau ganti rugi berasal daripada perkataan al-cIwad yang bermaksud ganti.

Dari segi istilah pula ganti rugi ialah harta yang diambil sebagai hukuman ke atas

orang yang melakukan kemudaratan terhadap harta atau jiwa orang lain (Busak 1999).

Terdapat sebahagian ulama meletakkan kaedah ganti rugi ini sebagai satu bentuk

hukuman ta’zir dengan harta (Mani' 1985). Ta’zir dengan harta pula bermaksud

mengambil harta pesalah sebagai suatu hukuman ke atasnya. Bagi maksud harta (al-

mal), ulama telah berbeza pendapat di dalam menentukan maksud al-mal (harta),

menurut mazhab Hanafi, al-mal ialah suatu nama bagi selain manusia, diciptakan

untuk kemaslahatan manusia boleh dijaga dan boleh digunakan ketika dikehendaki

(al-Kasani 2003). Namun begitu, ada juga ulama tidak menetapkan bahawa ia sebagai

ta’zir tetapi lebih kepada hukuman ganti rugi itu sendiri. Berkenaan hukuman ta’zir

dengan harta atau ganti rugi, terdapat sebahagian ulama yang tidak mengharuskan

penggunaannya kerana hukuman seperti ini adalah menghampiri riba (Hammad 1985)

Konsep umum di dalam masalah ganti rugi ialah menghilangkan kemudaratan

secara hakiki seperti membaiki sesuatu barangan yang telah rosak, sekiranya sukar

untuk berbuat demikian maka pihak tersebut perlu membayar ganti rugi dengan

sejumlah wang menyamai kadar yang perlu diperolehinya. Prinsip asas ganti rugi di

dalam Islam adalah haramnya memakan harta orang lain secara batil (al-Khafif 1973).

Ini secara jelas menunjukkan kehendak Syariah untuk menjaga kemaslahatan manusia

dengan menjaga harta. Perintah ini dapat kita lihat di dalam firman Allah S.W.T:

ام لتأكلوا فريقا من أموا 26الناس باإلثم وأنتم تعلمون وال تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل وتدلوا بها إلى الحك

Maksudnya:

26 al-Quran, al-Baqarah 2:188

Page 10: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

268

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain)

di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu

menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim

kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta

manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Ayat di atas menjelaskan bahawa haram bagi sesiapa yang mengambil harta

manusia yang lain secara batil (Busak 1999). Oleh itu, Islam membenarkan kaedah

ganti rugi bagi mengelakkan daripada berlakunya kezaliman. Selain itu, kaedah ganti

rugi juga dapat menutup pintu kemudaratan yang berlaku secara melampaui batas.

Kadar ganti rugi ini juga hanyalah diambil pada mudarat yang sebenar sahaja tanpa

ada berlakunya sebarang pengurangan atau penambahan. Oleh itu, ia hendaklah

dibayar dengan kadar yang tertentu atau yang dipersetujui bersama.

iv. Penjadualan semula (I’adah Jadual).

Kaedah penjadualan semula merupakan satu kaedah pemulihan yang diperlukan oleh

penghutang yang lewat membayar hutang. Kaedah ini diperlukan bagi meringankan

bebanan penghutang dengan mengurangkan kadar bayaran bulanan dan menambah

tempoh pembayaran hutang. Penghutang perlu menjelaskan keadaan mereka agar

pihak pemiutang tidak perlu mengambil tindakan yang keras terhadap mereka

sedangkan ada cara yang boleh diselesaikan dengan baik (al-Dakhil 2012). Selain itu,

kaedah penjadualan semula ini juga amat digalakkan bagi sesiapa yang menghampiri

muflis.

Terdapat dua keadaan penjadualan semula dijalankan iaitu:

1. Penjadualan semula hutang dengan pertambahan kadar. Keadaan ini

tidak diharuskan kerana ia boleh membawa unsur riba jahilyyah27. Ini

dikuatkan lagi melalui resolusi Majma’ fiqh al-Islami yang tidak

membenarkan ba’i al-dayn dengan kadar yang lebih tinggi daripada

jumlah hutang sebenar kerana ia jelas menggambarkan adanya riba

(Majallah Majma` al-fiqh al-Islami 2004).

2. Penjadualan semula tanpa adanya pertambahan kadar. Kaedah ini

bermaksud memberi kelonggaran dan keringanan kepada penghutang

untuk melunaskan hutang dan ia adalah diharuskan. Ia juga dianggap

sebagai suatu tindakan yang baik untuk dilaksanakan terutama bagi

penghutang yang mampu dan lewat untuk membayar hutangnya. Malah

amat baik jika kaedah ini turut disarankan oleh pihak pemiutang sendiri

kerana ini merupakan di antara kaedah sulh yang perlu diambil kira (Ibn

Taimiyyah 2002; al-Dakhil 2012).

27 Rujuk hlm 74.

Page 11: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

269

Kaedah Penyelesaian Semasa Yang Diaplikasikan Oleh Bank Negara Malaysia

(BNM)

Sebelum meneliti kaedah penyelesaian semasa, setiap pihak yang terbabit iaitu pihak

bank dan pelanggan perlulah mengetahui tanggungjawab dan batasan yang boleh

dikenakan kepada mana-mana pihak. Sebagai penghutang, ada beberapa

tanggungjawab yang mesti dipatuhi mereka apabila bersetuju untuk memohon sesuatu

pembiayaan. Selain itu, setiap pelanggan yang datang kepada bank haruslah sedar

bahawa setiap bank yang beroperasi di Malaysia sama ada Islam mahupun

konvensional bertujuan untuk menjalankan perniagaan dan mendapatkan keuntungan.

Oleh yang demikian, pihak bank berhak mengenakan apa jua tindakan yang

bersesuaian dengan kehendak Syarak dan melalui apa yang telah dipersetujui di dalam

kontrak. Berikut adalah beberapa tanggungjawab bagi seorang penghutang sekiranya

mereka menangguhkan pembayaran hutang mereka:

i. Haram bagi penghutang yang mampu sengaja melewatkan pembayaran

hutangnya.

ii. Harus bagi penghutang yang tidak mampu untuk menangguhkan pembayaran

hutangnya, pemiutang hanya boleh menuntut hutang tersebut apabila

penghutang tersebut telah terbukti mampu untuk melunaskan hutangnya.

iii. Pemiutang berhak untuk mengisytiharkan nama penghutang yang sengaja

melewatkan bayaran hutang kepada umum.

iv. Penghutang berhak untuk diberi peringatan terhadap hutang yang belum

dijelaskannya. Peringatan ini boleh dilakukan oleh pemiutang melalui

panggilan telefon, surat-menyurat dan sebagainya. Keadaan ini memberi ruang

kepada pemiutang untuk mengenal pasti keadaan penghutang tersebut sama

ada individu terbabit prihatin atau sambil lewa terhadap masalah hutang yang

dialaminya (Mohammad Akram Laldin 2006).

v. Penghutang juga harus mengetahui bahawa pemiutang berhak meletakkan

syarat membenarkan penjualan barang gadaian untuk melunaskan bayaran

hutang tersebut.

vi. Sekiranya penghutang masih lagi enggan atau mengemukakan

ketidakmampuannya untuk melunaskan hutang, maka pemiutang berhak

mendakwanya di mahkamah dan penghutang hendaklah menanggung segala

kos pendakwaan mahkamah.

Bagi pihak bank pula boleh memulakan beberapa langkah sebagai usaha memberi

peringatan kepada pihak yang lewat menjelaskan hutang mereka. Langkah-langkah

ini juga dilihat sebagai satu usaha yang komited cuba dilakukan pihak bank bagi

mengurangkan risiko berlakunya masalah kemungkiran kontrak ini. Antara langkah-

langkah awal yang boleh di ambil ialah:

i. Meneliti latar belakang ekonomi pelanggan yang memohon pembiayaan sama

ada individu atau syarikat.

ii. Mendokumentasikan dokumen permohonan pembiayaan tersebut dan

memasukkan klausa gadaian (ar- rahnu) dan jaminan (al- kafalah). Cara ini

juga bertepatan dengan apa yang disarankan di dalam surah al-Baqarah ayat

282 supaya menulis setiap hutang yang diberikan kepada seseorang.

iii. Pihak institusi kewangan dan kerajaan perlu saling bantu-membantu di antara

satu sama lain dalam pertukaran maklumat terhadap pelanggan yang

Page 12: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

270

bermasalah. Kaedah membolehkan nama individu terbabit disenaraihitamkan

dengan tujuan memberi amaran kepada individu terbabit. Selain itu, Akademi

fiqh Islami juga membolehkan untuk menjual harta (gadaian) golongan ini

sekiranya masih lagi berdegil untuk melunaskan hutangnya (al-Qaradaghi

2007).

iv. Memberi surat peringatan atau menghubungi pelanggan tersebut melalui

telefon peribadi atau pejabat sebagai peringatan awal untuk tidak

menangguhkan pelunasan hutang.

v. Pihak bank berhak untuk menuntut barang atau aset yang dijual serta menolak

baki akaun simpanan bagi pelanggan tersebut.

Selepas melalui proses-proses tersebut, sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi

kemungkinan keengganan penghutang untuk melunaskan hutang mereka Majlis

Penasihat Syariah di Malaysia telah memilih pendapat yang mengharuskan kaedah

pengenaan ganti rugi dan denda dalam aktiviti kewangan Islam di Malaysia meliputi

aspek kemungkiran pelunasan pembiayaan, hutang penghakiman dan penyelesaian

hutang awal (Bank Negara Malaysia 2010). Umum mengetahui bahawa dalam sistem

kewangan konvensional, masalah kemungkiran kontrak hutang telah ditangani

menerusi pengenaan faedah atau riba terhadap pelanggan. Hal ini sangat bertentangan

dengan prinsip Syarak. Sehubungan itu, dua kaedah ini telah dipilih bagi memastikan

bahawa masalah kemungkiran kontrak ini dapat diselesaikan sejajar dengan hukum

Syarak.

Dalam konteks pembiayaan, ta`widh ialah ganti rugi yang dikenakan ke atas kerugian

sebenar yang dialami oleh pembiaya kesan kelewatan pembayaran pembiayaan oleh

penerima biaya. Gharamah pula ialah penalti atau denda yang dikenakan kerana

kelewatan melunaskan hutang, tanpa perlu pembuktian kewujudan kerugian sebenar

(Bank Negara Malaysia 2010). Majlis Penasihat Syariah Bank Negara telah

bermesyuarat sebanyak tiga kali bagi membincangkan kaedah penyelesaian bagi

mengatasi masalah kemungkiran kontrak dengan beberapa syarat yang telah

dipersetujui iaitu:

i. Ganti rugi boleh dikenakan ke atas kelewatan pembayaran obligasi kewangan

yang terhasil daripada kontrak-kontrak pertukaran (mu’awadhat).

ii. Ganti rugi hanya boleh dikenakan selepas tamat tempoh pelunasan hutang yang

dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak yang berkontrak.

iii. Institusi perbankan Islam boleh mengiktiraf ganti rugi sebagai pendapatan atas

dasar ia dikenakan sebagai ganti rugi di atas kerugian sebenar yang dialami oleh

pihak bank.

iv. Denda (gharamah) tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan akan tetapi

sebaiknya perlu disalurkan kepada badan-badan kebajikan tertentu.

Asas pertimbangan penggunaan kaedah ini adalah berpandukan kepada dalil hadis

Rasulullah S.A.W yang menyifatkan pelanggan yang mungkir dan enggan

melunaskan hutang telah melakukan kezaliman. Kezaliman yang dimaksudkan ialah

keengganan mereka telah menyebabkan pihak bank mengalami kerugian dan hilang

manfaat modal. Tindakan ini juga telah memudaratkan keadaan pihak bank kerana

perlu menanggung kos kerugian seperti bayaran perbelanjaan untuk mengeluarkan

notis dan surat, yuran guaman dan bayaran lain yang berkaitan dengannya. Ganti rugi

yang dikenakan juga hendaklah tidak melebihi kadar satu peratus daripada jumlah

Page 13: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

271

pembiayaan. Selain itu, masalah kemungkiran kontrak oleh pelanggan yang mungkir

ini juga telah diqiyaskan dengan hukum rampasan harta secara tidak sah yang mana

keduanya berkongsi illah28 yang sama iaitu menghalang penggunaan harta dan

memanipulasikannya secara zalim. Setiap manfaat harta yang dirampas adalah dalam

jaminan dan perlu dibayar ganti rugi (al-Khafif 1973)

Berdasarkan penilaian, keharusan kaedah pengenaan ganti rugi dan denda ini menjadi

khilaf di kalangan ulama kerana boleh menjerumuskan seseorang ke dalam riba al-

Jahiliyyah. Walaupun garis panduan telah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara

Malaysia, ketidakseragaman pelaksanaannya masih lagi berlaku di antara bank bank

di Malaysia terutama kepada pembahagian hasil kutipan ganti rugi. Penentuan maksud

kerugian sebenar pula adalah mengikut kehendak pihak bank asalkan tuntutannya

masih lagi di bawah satu peratus. Masalah seumpama sedikit sebanyak boleh

menimbulkan kekeliruan dikalangan pelanggan khususnya apabila berdepan dengan

masalah ini (Anuar Elias 2013). Justeru, bagi memastikan kelangsungan

pelaksanaannya pihak bank perlu bersedia dengan beberapa alternatif penyelesaian

masalah lewat bayar dan mungkir.

Kesimpulan

Secara umumnya, masalah kemungkiran kontrak adalah melibatkan isu hak dan

keadilan di antara kedua belah pihak. Masalah ini juga berkemungkinan berlaku

dalam pelbagai cara sama ada atas sebab yang positif atau negatif. Oleh yang

demikian, bentuk-bentuk kemungkiran kontrak yang berlaku ini kebiasaannya

memberikan kesan yang berbeza dari segi hukuman kerana setiap bentuk-bentuk

kemungkiran kontrak mempunyai justifikasi yang berbeza.

Masalah kemungkiran kontrak dalam kewangan Islam kebiasaannya akan berlaku di

dalam pembiayaan yang berasaskan hutang kerana hampir semua bentuk pembiayaan

yang digunakan dalam sistem kewangan Islam sekarang adalah secara hutang.

Sehubungan itu, para cendiakawan Islam telah berusaha mencari alternatif atau

kaedah penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan kemungkiran kontrak ini.

Antara kaedah yang telah dibincangkan ialah hukuman ta’zir pada individu dan harta.

Ulama berselisih pendapat pada hukuman ta’zir harta ataupun ganti rugi kerana

hukuman seperti ini menyamai riba secara praktikalnya yang mengenakan hukuman

ganti rugi dan denda kepada pelanggan yang mungkir dan lewat dalam melunaskan

hutangnya.

Namun begitu, terdapat juga golongan yang mengharuskan penggunaan ganti rugi atas

fakotr kemaslahatan terutamanya bagi pihak bank yang terpaksa menanggung

kerugian disebabkan masalah kemungkiran kontrak ini. Berdasarkan analisis terhadap

beberapa permasalahan kaedah ganti rugi dan denda, kaedah ini menjadi pilihan

kebanyakan bank atas kewajarannya dalam praktis perbankan Islam pada masa kini

termasuk di Malaysia sekalipun terdapat segelintir yang menolak kaedah ini namun

adalah lebih baik pendekatan berhikmah digabungkan dengan kaedah ganti rugi

supaya dapat melancarkan usaha mencegah berlakunya kemungkiran. Selain itu,

penilaian terhadap kaedah lain yang dilihat berpotensi seperti kaedah sulh dan

28 Illah bermaksud suatu pernyataan atau sebab kewujudan hukum yang sama dengannya. (al-

Jurjani, Mu’jam al-Ta’rifat ms:130)

Page 14: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

272

penjadualan semula boleh menjadi alternatif kepada kaedah ganti rugi perlu diberi

perhatian agar dapat mengharmonikan peranan bank Islam itu sendiri dalam

menangani permasalahan ini. Justeru, dalam bab seterusnya beberapa alternatif akan

dibincangkan sesuai dengan prinsip yang telah digariskan Syarak.

Rujukan

al-Qur`an

Abadi al-Azim. 2001. cAwn al- Macbud Sharh Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar al-Fikr.

Abdul Aziz Husin. 1990. Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim el Muhammady. 2002. Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya

kepada Produk-produk Perbankan Islam. Selangor: Aras Mega.

Anuar Elias. 2013. Alternatif kaedah penyelesaian masalah lewat bayar dan mungkir,

Kuala Lumpur, BIMB. Temu bual 21 Mac

Azizi Abu Bakar.2009. "Pelaksanaan Bay al-Inah dalam Pembiayaan Peribadi di

Malaysia." International Conference on Corporate Law (ICCL). Surabaya,

Indonesia.

al-Badrawi, Abd al-Mun'im. 1971. al-Nazariyat al-Ammah li'l Ittizamat al-Ahkam.

Lubnan: Dar al-Fikr.

al-Bahuti, Mansur bin Yunus bin Idris.1999. Kasyaf al-Qina'. Beirut: Dar Ihya' al-

Turath al-'Arabi.

al-Baji, Abi al-Walid Sulaiman bin Khalaf bin Saad bin Ayub. 1999. Al-Muntaqa

Syarh Muwatta' Malik. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

BNM. 2010. Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam. Kuala Lumpur: Bank Negara

Malaysia.

Darir, Muhammad Siddiq al-Amin . 1985. al-Ittifaq 'ala Ilzam al-Madin al-mu'sir bi

Ta'widh Darar al- Mumatil. Jeddah: Majallah Abhas al-Iqtisod al-Islami.

al-Dakhil, Salman bin Soleh. 2009. al-Ta'widh an al-Adrar al-Mutaratabah ala al-

Mumatilah fi al-Duyun. Riyadh: Dar al-Ulum.

al-Dakhil, Salman bin Soleh. 2012. Al-Mumatalah fi al-Duyun Dirasat Fiqhiah

Ta’siliah Tatbiqiah. Riyadh: Dar Kanuz Ishbiliya.

al-Darimi, Muhammad Abdullah bin Abdul Rahman bin al-Fadl. 1996. Sunan al-

Darimi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

al-Dasuki, Shamsuddin Muhammad Arif. 1980. Hashiah al-Dusuki 'ala al-Syarh al-

Kabir. Beirut: Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiah.

Page 15: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

273

Fayyumi, Ahmad bin Muhammad bin Ali. 2000. al-Misbah al-Munir. Kaherah: Dar

al-Hadis.

al-Hamawi, Ahmad bin Muhammad Husaini. 1985. Ghamz al-'uyun al-Basoir Syarh

kitab al-ashbah wa al-Nazoir. Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Hammad, Nazih Kamal. 1985a. al-Muayyidat al-Shar'iyah li Haml al-Madin al-

Mumatil 'ala al-Wafa'. Jeddah.

Hammad, Nazih Kamal. 1985b. Mu'jam al- Mustolahat al- Iqtisodiah fi

Lughatilfuqaha'. Riyadh: Dar al- 'Alamiah lil Kitab al-Islami.

Hammad, Nazih Kamal. 2001. Qodhoya fiqhiah mu'asarah fi al-Mal al- Iqtisod.

Syria: Dar al-Qalam.

Helmi Haris. 2007. Pembiayaan Kepemilikan Rumah (Sebuah Inovasi Pembiayaan

Perbankan Syari`ah).

Hussin Salamon. 2009. Perkembangan Pasaran Modal Islam dalam Pembangunan

Ekonomi Negara. Jurnal Teknologi. 50(E).

Ibn al-cArabi, Abu Bakr Muhammad bin Abdullah. 2002. Ahkam al-Qu'ran. Beirut:

Dar al-Kutub al-cIlmiah.

al-Kasani, Alauddin Abu Bakar bin Mas'ud. 2003. Bada'i al-Sonai' fi tartib al-Syarai'.

Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah.

al-Khafif, Sheikh Ali. 1973. al-Daman fi al-Fiqh al-Islami. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Abidin, Muhammad Amin. 2003. Raddu al-mukhtar ‘ala al-Dar al-Mukhtar.

Riyadh: Dar Alim al-Kutub.

Ibn Hazm, Abi Muhammad Ali Bin Muhammad Bin Said Bin. 1996. Muhalla. Beirut,

Lubnan: Dar Jil.

Ibn Manzur, Muhammad Makram. 1990. Lisan al-cArab. Cet. 1. Beirut : Dar al-Sadir.

Ibn Rushd, Abi al-Walid Muhammad bin Ahmad. 1970. al-Muqaddimat al-

Mumahhidat. Baghdad: Maktabah al-Musanna.

Ibn Rushd, Abi al-Walid Muhammad bin Ahmad. 2004. al-Bidayah al-Mujtahid wa

al-Nihayah al-Mujtahid. Kaherah: Dar al Hadis.

Ibn Taimiyyah, Taqi alDin Ahmad Ibn Abdul Halim. 2002. Majmu’ al-Fatawa Sheikh

al-Islam Ibn Taimiyyah. Riyadh: Dar alam al-Kutub.

Kharofa, Ala' Eddin. 2007. Transaksi dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Page 16: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

274

Laldin, Mohammad Akram. 2006. Isu-isu Semasa dalam Perbankan Islam: Prosiding

Dialog Cendiakawan Syariah Antarabangsa 2006. Putrajaya, Kuala Lumpur:

Bank Negara Malaysia.

Manic, Abdullah bin Sulaiman .1985. Matl al-Ghaniy Zulmun wa annahu yuhillu

Irduhu wa uqubatahu. Riyadh: Majmu' al-Fatawa wa buhuth.

Mazid, Ibrahim Soleh. 2010. Istifaa al-Duyun fi Fiqh al-Islami. Arab Saudi:Dar Ibnu

al-Jauzi. Mazid, Ibrahim Soleh. 2010. Istifaa al Duyun fi Fiqh al-Islami. Arab Saudi:Dar Ibnu al

Jauzi.

Mohd Sollehudin bin Shuib et al .2011. "Musyarakah Mutanaqisah Home Financing

Products: an Implementation Analysis, product Advantages and Issues at

Citibank(Malaysia) Berhad." Journal of Techno Social, 2011: 43-53.

al-Misri, Rafiq Yunus. 1986. al-Nizom al-Masrafi al-Islami bahs fi dirasat fi al-

Iqtisod al-Islami. Jeddah: al-Markaz lil Abhath al-Islami.

al-Munawi, Abdul Raouf bin Tajul Arifin. 1972. Faidul Qadir: Syarh al-Jamic al-

Soghir. Beirut : Dar al-Ma’rifah.

Qalcah Ji, Muhammad Rawwas. 2000. al-Mawsucah al-Fiqhiyyah al-Muyasarah.

Beirut: Dar al-Nafa`is.

al-Qaradaghi, Ali Muhyi al-Din . 2002. Mabda' al-Ridho fi al- Uqud. Beirut: Dar al-

Bashair al-Islamiah

al-Qaradaghi, Ali Muhyi al-Din. 2007. Buhuth fi Fiqh al-Bunuk al-Islamiah. Beirut:

Dar al- Bashair al-Islamiah.

al-Raghib, Abi al-Qasim al-Hussin bin Muhammad bin Mufaddal al-Asfhani. 1997.

Mucjam Mufradat Alfaz al-Qu'ran. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

al-Sawi. 1990. Musykilah al-Istithmar fi al-Bunuk al-Islamiyah. Kaherah: Dar al-Wafa

Salleh Buang & Nordin Torji. 1992. Undang-undang Kontrak di Malaysia. Kuala

Lumpur: Central law Book.

Saudah Sulaiman. 2000. Pengenalan Undang-undang Kontrak dan Agensi. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsiah Mohamad, Asmak Ab Rahman, Iman Salleh. 2010. Bay al-Tawarruq dan

Aplikasinya dalam Pembiayaan Peribadi di Malaysia. Jurnal Syariah,

010:333-360.

al-Shirbini, Muhammad Khatib. 1978. Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifah Ma'ani alfaz al-

Minhaj. Mesir: Dar al-Fikr

Page 17: Penyelesaian Kemungkiran Dalam Kontrak Hutang …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/21-Mat-Nor.pdf · Kemungkiran kontrak boleh berlaku dalam pelbagai ... dalam mewujudkan

275

Shubair, Muhammad Uthman. 2001. al-Mua'malat al-Maliah al-Mu'asoroh fi al-Fiqh

al-Islami. Jordan: Dar al-Nafais.

Sudin Haron. 2005. Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala

Lumpur Business School Sdn Bhd.

Syacban, Zakiyuddin. 1989. Ta’liq Bahs Mustafa Ahmad al-Zarqa “ Hal

YaqbalSyar’an al-Hukm ‘ala alMadin al-Mumatil bi al-Ta’widh ala ad-Dain.

Jeddah: Majalah al-Iqtisod.

al-Tabari, Abi Jaafar Muhammad bin Jarir. 1992. Jami' al-Bayan fi Ta'awil al-Qu'ran.

Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Zaharuddin Abd Rahman. 2009. Panduan Perbankan Islam Kontrak dan Produk

Asas.Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Zaharuddin Abd Rahman. 2010. Riba dan Isu Kewangan Semasa. Selangor: Telaga

Biru.

al-Zarqa, Mustafa Ahmad. 1985. Hawla Jawaz Ilzam al-Madin al-Mumatil bi Ta'widh

al- Dayn. Jeddah: Majallah Abhas Iqtisod al- Islami.

al-Zuhayli, Wahbah. 1985. al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr.