contoh perjanjian tender perkhidmatan … lampiran h... · kepada kerajaan suatu bon pelaksanaan...

45
Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur 1 Kod Tender: INTAN(E): 1/2018 CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN DAN MEMBEKALKAN MAKANAN BERMASAK DI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) JALAN ELMU, KUALA LUMPUR PERJANJIAN ini dibuat pada _____ haribulan _______ tahun 2018. ANTARA KERAJAAN MALAYSIA, yang mana bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang beralamat di Institut Tadbiran Awam Negara, Jalan Elmu, 59100 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) sebagai satu pihak; DAN ........................................................................., sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai pejabat berdaftar di ............................................................................................... (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kontraktor”) sebagai pihak yang satu lagi. (pihak Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihakatau secara bersesama sebagai “Pihak-Pihak”). BAHAWASANYA: A. Kerajaan berhasrat melantik Kontraktor untuk melaksanakan Tender Perkhidmatan Menyediakan Dan Membekalkan Makanan Bermasak Di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai Perkhidmatan”) seperti dalam Lampiran ...... kepada Perjanjian ini daripada Kontraktor. LAMPIRAN H

Upload: truongngoc

Post on 30-Mar-2019

314 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

1

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

CONTOH PERJANJIAN

TENDER PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN DAN MEMBEKALKAN MAKANAN BERMASAK DI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)

JALAN ELMU, KUALA LUMPUR

PERJANJIAN ini dibuat pada _____ haribulan _______ tahun 2018.

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA, yang mana bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh Institut

Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang

beralamat di Institut Tadbiran Awam Negara, Jalan Elmu, 59100 Kuala Lumpur

(kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) sebagai satu pihak;

DAN

........................................................................., sebuah syarikat yang diperbadankan

di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai pejabat berdaftar di

............................................................................................... (kemudian daripada ini

disebut sebagai “Kontraktor”) sebagai pihak yang satu lagi.

(pihak Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak”

atau secara bersesama sebagai “Pihak-Pihak”).

BAHAWASANYA:

A. Kerajaan berhasrat melantik Kontraktor untuk melaksanakan

Tender Perkhidmatan Menyediakan Dan Membekalkan Makanan

Bermasak Di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Jalan Elmu, Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai

“Perkhidmatan”) seperti dalam Lampiran ...... kepada Perjanjian ini

daripada Kontraktor.

LAMPIRAN H

Page 2: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

2

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

B. Kontraktor telah bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan itu

berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam

Perjanjian ini.

DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI YANG BERIKUT:

FASAL 1 – DEFINISI DAN TAFSIRAN

1.1 Definisi

Bagi maksud Perjanjian ini, istilah-istilah berikut hendaklah ditakrifkan

sedemikian melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

(a) “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan di mana bersesuaian,

Pengarah INTAN atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh

Kerajaan Malaysia secara bertulis untuk mentadbirkan pelaksanaan

Perjanjian ini;

(b) “Kontraktor” ertinya ..................................................... dan

termasuklah wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti dan

penerima pindah milik;

(c) “Pegawai Penguasa” ertinya Pengarah INTAN yang bertindak bagi

pihak dan atas nama Kerajaan Malaysia untuk mentadbirkan

pelaksanaan Perjanjian ini;

(d) “Wakil Pegawai Penguasa” ertinya Ketua Kluster atau mana-mana

pegawai yang dilantik oleh Pegawai Penguasa secara bertulis yang

bertindak bagi pihak dan atas nama Kerajaan Malaysia;

(e) “Pegawai Penyelia” ertinya Pegawai Tadbir Kluster atau wakilnya

selaku pegawai yang memantau Perkhidmatan;

Page 3: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

3

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

(f) “Diluluskan” ertinya kelulusan bertulis daripada Pegawai

Penguasa, Wakil Pegawai Penguasa atau Pegawai Penyelia di

pihak INTAN Jalan Elmu;

(g) “Diarahkan” ertinya arahan bertulis oleh Pegawai Penguasa, Wakil

Pegawai Penguasa atau Pegawai Penyelia di pihak INTAN Jalan

Elmu;

(h) “Perkhidmatan” ertinya membekalkan Perkhidmatan Menyediakan

Dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam

Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur; dan

(i) “Menu” ertinya senarai jenis hidangan yang telah ditetapkan dalam

Tender.

1.2 Tafsiran

Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran dalam Perjanjian ini adalah

seperti yang berikut:

(a) resital-resital, fasal-fasal, lampiran-lampiran dan apa-apa dokumen

yang dirujuk dalam Perjanjian ini hendaklah diambil kira, dibaca dan

ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;

(b) perkataan yang membawa maksud satu adalah juga merujuk

kepada jumlah majmuk dan juga sebaliknya;

(c) perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang perseorangan

adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat,

perbadanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan

ataupun tidak diperbadankan;

Page 4: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

4

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

(d) apa-apa perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam

Perjanjian ini adalah juga termasuk olahan tatabahasa dan

ungkapan perkataan yang ditakrifkan;

(e) rujukan kepada fasal hendaklah bermaksud rujukan kepada fasal-

fasal dalam Perjanjian ini;

(f) perkataan “Perjanjian”, “Kontrak” atau perkataan lain yang sama

hendaklah mengandungi fasal yang terkandung dalam Perjanjian

ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan, atau

modifikasi dan kontrak tambahan secara bertulis padanya;

(g) rujukan kepada undang-undang adalah termasuk peruntukan

undang-undang yang telah dipinda, disemak, atau dicetak semula;

(h) tajuk-tajuk dan juga tajuk-tajuk kecil kepada fasal-fasal dalam

Perjanjian ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan

sahaja dan tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat dalam

Perjanjian ini;

(j) apa-apa jadual, lampiran, dokumen, nota atau penerangan yang

dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan,

penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah

ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;

(j) semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk

hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan

hari kelepasan am Negeri-Negeri yang berkenaan melainkan

dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara

bertulis oleh Kerajaan;

(k) apa-apa syarat teknikal yang tidak ditarifkan secara khusus dalam

Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau

Page 5: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

5

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

definisi yang biasa diterima oleh mereka yang terlibat dalam

profesion ini di Malaysia;

(l) apa-apa rujukan kepada kaedah secara bertulis atau notis adalah

termasuk sebarang komunikasi yang dihantar secara pos berdaftar

berbayar, kabel, transmisi faks, mel elektronik atau cara lain yang

sama dengannya;

(m) apa-apa rujukan kepada “kelulusan” atau “kebenaran” adalah

bermaksud kelulusan atau kebenaran secara bertulis;

(n) mana-mana rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau “tahun”

adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan atau tahun

tersebut menurut kalendar Gregory;

(o) sekiranya rujukan berkaitan dengan masa bagi sesuatu perbuatan

yang harus dilakukan atau sesuatu persetujuan dicapai atau

kebenaran diberikan, rujukan tersebut harus dianggap dibaca

bersama ungkapan tersebut atau mana-mana tempoh yang

dipersetujui secara bertulis antara Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini

dari semasa ke semasa; dan

(p) sebutan mengenai salah satu Pihak kepada Perjanjian ini atau

mana-mana dokumen atau kontrak lain hendaklah termasuk

penggantinya dan pemegang serah haknya yang dibenarkan.

FASAL 2 – SKOP PERJANJIAN

Kontraktor akan melaksanakan Perkhidmatan seperti yang ditentukan dalam

Lampiran .......... kepada Perjanjian ini dan Kontraktor akan mengendalikan

Perkhidmatan itu mengikut terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.

Page 6: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

6

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

FASAL 3 – SKOP KERJA DAN PERKHIDMATAN

3.1 Kontraktor dikehendaki untuk memberikan Perkhidmatan kepada Kerajaan

mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam Syarat-Syarat Khas dan

Skop Perkhidmatan serta melaksanakannya dengan sempurna.

3.2 Kontraktor hendaklah menjalankan Perkhidmatan itu ‘jika dan apabila’

dikehendaki oleh Kerajaan.

3.3 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyempurnakan Perkhidmatan

itu menurut spesifikasi dalam Lampiran ....... kepada Perjanjian ini.

3.4 Sepanjang masa Perjanjian ini berkuat kuasa, Kontraktor hendaklah

menyediakan pekerja-pekerja mahir, bahan-bahan, alat-alat, mesin-mesin,

dan lain-lain keperluan yang sesuai dengan secukupnya untuk

melaksanakan Perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan kepada

Kerajaan.

3.5 Kontraktor akan memberi jaminan penuh sepanjang tempoh Perkhidmatan

dan kesemua kos yang terlibat adalah di bawah tanggungan Kontraktor.

FASAL 4 – TEMPOH PERJANJIAN

Tanpa mengambil kira tarikh Perjanjian ini ditandatangani, Perjanjian ini hendaklah

berkuat kuasa mulai dari ................. dan akan tamat pada ................... untuk

tempoh selama Lapan Belas (18) Bulan (kemudian daripada ini disebut sebagai

“Tempoh Perjanjian”).

FASAL 5 – NILAI PERJANJIAN

5.1 Bagi maksud Perjanjian ini dan tertakluk kepada kepatuhan Kontraktor

kepada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah,

sebagai balasan kepada Perkhidmatan, membayar kepada Kontraktor

Page 7: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

7

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

sejumlah Ringgit Malaysia ......................... (RM................) sahaja (Nilai

Perolehan: RM............... + GST 6%: RM.................. = RM.................)

(kemudian daripada ini disebut sebagai “Nilai Perjanjian”) dengan kadar

bulanan berjumlah Ringgit Malaysia ............................. (RM....................)

sahaja.

5.2 Nilai Perjanjian hendaklah, melainkan diperuntukkan sebaliknya secara

khusus, termasuk semua duti dan cukai barang dan perkhidmatan menurut

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] dan apa-apa kos

dan caj yang berkaitan dan bersampingan dengan Perkhidmatan.

FASAL 6 – PERUBAHAN NILAI PERJANJIAN

6.1 Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Fasal 5.1 Perjanjian ini adalah tetap

dan apa-apa permohonan bagi tujuan kenaikan harga oleh Kontraktor tidak

akan dibenarkan melainkan dipersetujui sebaliknya melalui pindaan kepada

Perjanjian ini.

6.2 Sekiranya terdapat perubahan harga yang memerlukan kerja tambahan

yang tidak termasuk dalam skop kerja yang dipersetujui seperti dalam

Lampiran .......... selepas Perjanjian ini ditandatangani, pihak Kontraktor

boleh mengemukakan harga kenaikan itu kepada Kerajaan untuk

dipertimbangkan.

6.3 Walau apa pun Fasal 6.2, perubahan atau kekurangan pada Nilai

Perjanjian ini hanya akan dibuat terhadap Perkhidmatan yang dilakukan

selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

FASAL 7 – BON PELAKSANAAN

7.1 Sebelum Perjanjian ini ditandatangani, Kontraktor hendaklah menyerahkan

kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank yang

dikeluarkan oleh bank yang berdaftar di Malaysia sebanyak Ringgit

Page 8: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

8

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Malaysia ............................ (RM...................) sahaja (kemudian daripada

ini disebut sebagai “Bon Pelaksanaan”) seperti dalam Lampiran ......

kepada Perjanjian ini yang merupakan lima peratus (5%) daripada jumlah

Nilai Perjanjian setahun sebagai jaminan terhadap apa-apa pelanggaran

atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat

dalam Perjanjian ini.

7.2 Sekiranya Bon Pelaksanaan tidak diserahkan kepada Kerajaan seperti

yang ditetapkan, maka Kerajaan boleh membatalkan Perjanjian ini dan

Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini dianggap tidak mempunyai sebarang

ikatan seperti sebelum Perjanjian ini ditandatangani.

7.3 Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah sehingga .......................

iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat Perjanjian atau selepas

pelaksanaan Perkhidmatan akhir sekali mengikut mana yang terkemudian.

Tempoh ini hendaklah dilanjutkan apabila diminta oleh Kerajaan.

7.4 Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan yang

menyebabkan jumlah jaminan bank itu berkurangan daripada jumlah yang

dinyatakan dalam Fasal 7.1, Kontraktor hendaklah menggunakan suatu

Bon Pelaksanaan tambahan supaya nilai Bon Pelaksanaan yang dipegang

oleh Kerajaan bersamaan dengan nilai lima peratus (5%) daripada Nilai

Perjanjian ini.

7.5 Selain daripada remedi-remedi lain yang sedia terkandung dalam

Perjanjian ini, Kerajaan berhak melepaskan atau mendapatkan kesemua

atau apa-apa jumlah wang yang terkumpul dalam Bon Pelaksanaan itu

sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana terma atau syarat yang

terkandung dalam Perjanjian ini oleh Kontraktor tanpa perlu memberikan

sebarang notis.

Page 9: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

9

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

7.6 Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan sesudah Perjanjian diselesaikan

dengan memuaskan dan pihak Kontraktor telah berjaya menyelesaikan

semua hutang dengan Kerajaan (jika ada).

FASAL 8 – PEMBEKALAN PERKHIDMATAN

8.1 Kontraktor hendaklah memberi Perkhidmatan sehingga memuaskan hati

Kerajaan di tempat atau tempat-tempat dan waktu atau waktu-waktu seperti

ditetapkan dalam Perjanjian ini.

8.2 Pesanan Perkhidmatan yang sebenar akan dibuat oleh INTAN Jalan Elmu

terus kepada Kontraktor. Segala Perkhidmatan yang diminta oleh INTAN

Jalan Elmu dari semasa ke semasa adalah disifatkan seperti telah dibuat

oleh Kerajaan.

8.3 Kontraktor hendaklah, atas permintaan Kerajaan yang dibuat melalui

INTAN Jalan Elmu, membekalkan Perkhidmatan yang ditentukan dalam

Perjanjian ini dengan nilai-nilai yang ditentukan dalam Lampiran ......

kepada Perjanjian ini di tempat dan masa yang dikehendaki.

8.4 Walau apa pun perkara di atas, Kerajaan berhak meminda mengikut

keperluan, memberi arahan, menambah bidang tugas, spesifikasi tugas dan

kawasan kerja tanpa apa-apa bayaran kepada Kontraktor. Keputusan

Kerajaan adalah muktamad.

FASAL 9 – PEMBAYARAN

9.1 Semua pembayaran adalah dalam matawang Ringgit Malaysia.

9.2 Kontraktor boleh membuat tuntutan pembayaran setelah Kerajaan berpuas

hati akan Perkhidmatan itu dan permohonan tuntutan bayaran dipersetujui

oleh Kerajaan melalui proses yang berikut:

Page 10: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

10

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

(a) perkhidmatan yang dilaksanakan mengikut skop kerja terperinci

tanpa ada kelewatan dalam Lampiran ........ kepada Perjanjian ini

dan Laporan Perkhidmatan yang diperakukan oleh Pegawai

Penguasa atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa untuk

memperakukan Perkhidmatan yang sempurna merangkumi skop

Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Perjanjian ini; dan

(b) Permohonan tuntutan diluluskan oleh Pegawai Penguasa atau

Wakil Pegawai Penguasa.

9.3 Pembayaran bagi Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kontraktor

akan diproses oleh Kerajaan setelah menerima invois dan semua dokumen

yang dinyatakan dalam Fasal 9.2 daripada Kontraktor. Kesemua dokumen

itu perlu dihantar kepada:

KETUA KLUSTER

Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi,

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Jalan Elmu,

59100 Kuala Lumpur.

9.4 Kerajaan akan membuat bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari

selepas menerima invois daripada Kontraktor dengan syarat semua

dokumentasi tuntutan adalah lengkap dan betul.

9.5 Kerajaan juga berhak untuk mempertikaikan invois yang dikemukakan

oleh Kontraktor disebabkan oleh sebarang kemungkiran atau

ketidaksempurnaan yang belum diremedi sewajarnya dalam Perjanjian ini

oleh Kontraktor. Dalam hal yang demikian, Kerajaan akan memaklumkan

Kontraktor secara bertulis mengenai pertikaian itu, termasuk menyatakan

sebab-sebab pertikaian.

Page 11: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

11

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

9.6 Semua pertikaian hendaklah diselesaikan sebelum sebarang pembayaran

boleh dilaksanakan oleh Kerajaan. Sekiranya pertikaian itu tidak dapat

diselesaikan di antara Pihak-Pihak, ia boleh dirujuk kepada timbang tara

mengikut Fasal 27 Perjanjian ini.

9.7 Kerajaan boleh menahan pembayaran dengan memberi notis kepada

Kontraktor pada bila-bila masa, sekiranya Kerajaan berpendapat bahawa

kemajuan dan hasil kerja Kontraktor tidak mengikut spesifikasi yang

ditetapkan seperti dalam Lampiran ........ kepada Perjanjian ini.

9.8 Melainkan ditetapkan selainnya oleh Kerajaan, pembayaran akan dibuat

oleh Kerajaan kepada Kontraktor secara elektronik dan fi perkhidmatan

akan dikenakan ke atas Kontraktor sebanyak kosong perpuluhan empat

peratus (0.4%) mengikut setiap nilai invois yang dikemukakan kepada

Kerajaan, tertakluk kepada had maksimum Ringgit Malaysia Empat Ribu

Lapan Ratus (RM4,800.00) sebagaimana yang dinyatakan dalam

1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) (PK 5 – Perolehan Secara Elektronik).

9.9 Bagi maksud pengenaan fi perkhidmatan di bawah Fasal ini, Kerajaan

berhak memotong terus daripada jumlah pembayaran yang akan dibuat

kepada Kontraktor.

FASAL 10 – HARGA MAKANAN DAN MINUMAN

10.1 Kontraktor hendaklah membekalkan makanan bermasak dan minuman bagi

Kursus, Majlis Khas dan Mesyuarat. Harga tawaran Petender hendaklah

berdasarkan menu bagi kursus-kursus di INTAN Jalan Elmu seperti di

Jadual I, II, III, IV, V, VI dan VII sahaja.

10.2 Kontraktor dikehendaki membuat tawaran menurut menu yang ditetapkan

bagi tiga kategori di atas dan sebarang kenaikan harga selepas kontrak

ditawarkan adalah tidak dibenarkan. Perubahan kepada menu adalah

tertakluk kepada had harga yang ditetapkan oleh Petender bagi menu yang

Page 12: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

12

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

berkenaan. Mana-mana item yang ditawarkan oleh kontraktor yang berjaya

yang tidak disenaraikan dalam menu hendaklah terlebih dahulu mendapat

kelulusan Pengarah INTAN atau wakilnya.

FASAL 11 – ANGGARAN KUANTITI

11.1 Kontraktor hendaklah menyediakan anggaran kekerapan sajian sebulan

sebanyak 2,000 kali sajian masing-masing bagi minum pagi dan makan

tengah hari dan sebanyak 500 sajian masing-masing bagi sarapan pagi

dan makan malam bagi Menu Kursus, bergantung kepada permintaan dari

semasa ke semasa.

11.2 Anggaran kuantiti Majlis Khas dan Mesyuarat adalah tertakluk kepada

keperluan dari masa ke semasa.

11.3 Kuantiti yang ditetapkan adalah anggaran sahaja dan Kerajaan boleh

menambah atau mengurangkannya mengikut keperluan.

11.4 Pada kebiasaannya, sajian tidak diperlukan pada bulan Ramadan serta

pengurangan tempahan sajian akan berlaku pada bulan Disember dan

Januari bagi tujuan penutupan akaun dan penyaluran peruntukan bagi

tahun kewangan baharu.

FASAL 12 – TEMPAT DAN JADUAL WAKTU

12.1 Semua sajian makanan hendaklah dimasak di dapur sedia ada di Dewan

Makan INTAN Jalan Elmu, Kuala Lumpur.

12.2 Jadual waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

Sajian

Hari

Sarapan

Pagi

Minuman

Pagi Makan Tengahari Makan Malam

Isnin hingga

Khamis

7.00 - 8.00

pagi

10.30 - 11.00

pagi

12.30 tengah hari

- 2.00 petang

6.30 petang -

8.00 malam

Page 13: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

13

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Jumaat 7.00 - 8.00

pagi

10.30 - 11.00

pagi

12.00 - 1.15

tengah hari

6.30 petang -

8.00 malam

Sabtu 7.00 - 8.00

pagi -

12.30 tengah hari

- 2.00 petang

6.30 petang -

8.00 malam

Ahad 7.00 - 8.00

pagi -

12.30 tengah

hari - 2.00

petang

6.30 petang -

8.00 malam

Jadual ini boleh diubah atas permintaan Pengarah INTAN atau wakilnya dari masa ke

semasa.

12.3 Sajian makan malam tidak perlu disediakan bagi jumlah tempahan

kurang daripada 20 sajian kecuali atas permintaan khas Pengarah INTAN

atau wakilnya.

FASAL 13 – PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PIHAKPIHAK

BERKUASA

13.1 Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak adalah

tertakluk kepada semua undang-undang, garis panduan dan peraturan

semasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

13.2 Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua makanan

dan minuman yang dibekalkan adalah halal dari segi agama Islam.

FASAL 14 – PERATURAN MEMBEKALKAN MAKANAN

14.1 Makanan yang disediakan hendaklah jenis hidangan orang Islam dan untuk

memastikan syarat ini dilaksanakan, maka bahan-bahan makanan tersebut

hendaklah dimasak dan disediakan oleh tukang-tukang masak yang

beragama Islam. Garis panduan seperti di Lampiran G3 dan G4 hendaklah

dipatuhi. Atas permintaan Pengarah INTAN atau wakilnya, Menu Khas

(seperti sajian vegetarian) hendaklah disediakan.

14.2 Makanan bermasak ini hendaklah disediakan mengikut tempahan di tempat-

tempat yang disedia dan ditetapkan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya.

Page 14: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

14

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Tempat-tempat penyediaan ini hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan

bersih, kemas dan selamat.

14.3 Makanan yang disediakan hendaklah sentiasa bertutup dengan ‘cling film’

dan sebagainya. Kontraktor adalah dimestikan menggunakan ‘food warmer’.

14.4. Kontraktor juga hendaklah mematuhi peraturan-peraturan terkini mengenai

kesihatan, kebersihan dan kehalalan ketika melaksanakan perkhidmatan

seperti:

a) Garis Panduan Makanan, Minuman dan Bahan-Bahan Gunaan Orang

Islam (JAKIM);

b) Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (Wilayah Persekutuan) 1979;

c) Panduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan;

d) Guidelines Mass Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia;

e) Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, Kementerian Kesihatan

Malaysia, 2005;

f) Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

g) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009;

h) Garis Panduan Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BESS) bagi

Pengusaha Premis Makanan; dan

i) Lain-lain Garis Panduan/Dokumen-dokumen yang berkaitan penyediaan

makanan yang berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak.

Page 15: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

15

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

FASAL 15 – LAYANAN OLEH PRAMUSAJI

Kontraktor hendaklah menitikberatkan pematuhan kaedah dan peraturan layanan

makanan mengikut Garis Panduan Tanggungjawab dan Tatakelakuan Pramusaji

seperti di Lampiran G3 melainkan diarah sebaliknya.

FASAL 16 – PERALATAN DAN PENYENGGARAAN

16.1 Peralatan-peralatan seperti peti sejuk, kerusi, meja, alat pemusnah lalat

dan kelengkapan utama dapur adalah disediakan oleh pihak Kerajaan

(INTAN). Peralatan ini hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan

sempurna. Sebarang kerosakan yang berlaku hendaklah dibaiki sendiri

oleh kontraktor di atas dayausaha, ikhtiar dan perbelanjaannya sendiri

melainkan dipersetujui sebaliknya.

16.2 Kemudahan-kemudahan lain seperti alat-alat masakan, pinggan mangkuk,

garpu, sudu, cawan, alas meja, pewangi dan lain-lain kelengkapan,

keperluan tenaga buruh dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab

kontraktor untuk menyediakan dengan secukupnya bagi menguruskan

kerja-kerja di bawah kontrak ini. Barang/alat tersebut hendaklah juga

sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik, bersih dan boleh

digunakan sepanjang masa.

FASAL 17 – PERALATAN DAN PENYENGGARAAN

17.1 Segala harta benda Kerajaan yang digunakan oleh kontraktor untuk

menguruskan kontrak ini adalah hak milik Kerajaan dan penggunaannya

adalah dihadkan kepada kerja-kerja di bawah kontrak ini sahaja. Kontraktor

adalah bertanggungjawab ke atas harta benda ini termasuk

penyelenggaraan, pembaikan dan menggantikannya jika hilang atau rosak.

17.2 Kontraktor dikehendaki menyemak senarai harta benda Kerajaan dan

kebolehfungsiannya semasa penyerahan dilaksanakan dan jika Pengarah

Page 16: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

16

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

INTAN atau wakilnya tidak menerima apa-apa kemusykilan dalam masa

dua (2) bulan daripada kontraktor terhadap perkakas/barang Kerajaan itu,

maka adalah ditafsirkan bahawa perkakas/barang tersebut adalah dalam

keadaan baik dan sempurna.

17.3 Kontraktor hendaklah mengembalikan semua perkakas/barang kepunyaan

Kerajaan dalam keadaan baik dan sempurna setelah perkhidmatannya di

bawah kontrak ini tamat atau ditamatkan. Sekiranya didapati ada di antara

barang/perkakas tersebut telah rosak atau hilang, maka kontraktor adalah

bertanggungjawab sepenuhnya membayar segala kerugian itu dengan

segera tidak kira bagaimana ianya berlaku.

17.4 Kontraktor adalah dikehendaki membuat laporan kerosakan harta benda

Kerajaan (equipment shutdown), bekalan air, eletrik atau kemudahan-

kemudahan lain kepada Unit Domestik, INTAN Jalan Elmu.

FASAL 18 – BAHAN-BAHAN PEMBERSIHAN

Kontraktor adalah dikehendaki menyediakan bahan-bahan pembersihan (termasuk

sabun pencuci tangan untuk peserta) dengan secukupnya untuk digunakan bagi

tujuan membersihkan pinggan, mangkuk, alat-alat dapur dan sebagainya.

FASAL 19 – KEBERSIHAN

19.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan ruang bangunan

yang digunakan iaitu termasuk ruang dapur, bilik stor, bilik pejabat, tempat-

tempat pekerja dan dewan makan, tempat pembuangan sampah dan

keadaan di sekelilingnya dan juga kebersihan alat kelengkapan serta

bahan-bahan makanan yang digunakan.

19.2 Kontraktor juga hendaklah memastikan tempat menghidang makanan

selain daripada Dewan Makan seperti Bilik Mesyuarat, Dewan Kuliah dan

Page 17: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

17

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

lain-lain tempat hendaklah dikemas dan dibersihkan selepas majlis/program

selesai.

19.3 Kontraktor hendaklah memastikan segala sisa makanan, sampah sarap

dibungkus, diikat dan dibuang di tempat membuang sampah luar dari

kawasan INTAN setiap hari dan tidak membiarkannya di dalam keadaan

terdedah atau menjadi punca lain-lain masalah. Ini adalah bagi mengelak

daripada menjadi tarikan kepada tikus, kucing, burung, lalat, ular dan

sebagainya. Sampah sarap tidak boleh disimpan di waktu malam di dalam

kawasan Dewan Makan atau di mana-mana kawasan INTAN termasuk

tempat pembuangan sampah INTAN. Kontraktor hendaklah menyediakan

tong sampahnya sendiri dan membawa keluar sampah sarap tersebut dari

INTAN setiap hari.

19.4 Kontraktor hendaklah memastikan segala sisa-sisa makanan dan lain-lain

jenis sampah tidak dibuang ke dalam sinki atau longkang atau lain-lain

tempat seumpamanya yang boleh menyebabkan tersumbatnya saliran-

saliran air atau longkang.

19.5 Memastikan keadaan pinggan, mangkuk dan lain-lain peralatan bagi

penyediaan makanan berada dalam keadaan baik, bersih dan tersusun

kemas pada setiap masa terutamanya di Dewan Makan.

19.6 Kebersihan lantai dan dapur adalah tanggungjawab Kontraktor. Kontraktor

hendaklah memastikan keadaan lantai dan dapur sentiasa bersih dan

dicuci dan dimop pada setiap hari. Bagi kawasan yang berkarpet hendaklah

divakum sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pengarah INTAN atau

wakilnya akan membuat pemeriksaan dari masa ke semasa dan boleh

mengarahkan Kontraktor membersihkan mana-mana kawasan di bangunan

Dewan Makan pada bila-bila masa sahaja.

Page 18: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

18

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

19.7 Semua pekerja hendaklah menggunakan sarung tangan, penutup hidung,

mulut dan penutup kepala semasa penyediaan makanan. Undang-Undang

dan peraturan yang berkaitan hendaklah dipatuhi

FASAL 20 – PENGGUNAAN AIR, ELEKTRIK DAN GAS

20.1 Bekalan air paip dan tenaga eletrik yang digunakan bagi melaksanakan

kontrak ini akan ditanggung oleh kontraktor. Kerajaan akan mengenakan

bayaran sebanyak RM200.00 sebulan untuk elektrik dan RM100.00

sebulan untuk air. Kontraktor dikehendaki berjimat cermat

menggunakannya.

20.2 Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan bekalan dan

membayar gas dapur yang digunakan bagi melaksanakan kontrak ini.

FASAL 21 – STOR MAKANAN

Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk menyediakan stor makanan (bahan

makanan kering dan basah) secukupnya supaya bekalan makanan tidak terputus.

Bahan-bahan makanan yang disimpan di dalam stor ini tidak boleh mengandungi

apa-apa barang makanan yang haram di sisi agama Islam. Garis Panduan

Penyimpanan Bahan-Bahan Makanan seperti Lampiran G4 hendaklah dipatuhi.

FASAL 22 – TENAGA KERJA

22.1 Kontraktor mestilah menyediakan bilangan pekerja minimum yang

mencukupi berdasarkan kepada tempahan sajian seperti berikut:

Kriteria

Peranan

Bilangan Minimum Pekerja

bagi Tempahan Sajian di

antara 1-100

Bilangan Minimum Pekerja

bagi Tempahan Sajian di

antara 101 dan ke atas

Penyelia 1 1

Pramusaji 3 6

Tukang Masak 1 2

Page 19: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

19

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Pembantu Tukang

Masak 1 2

Pencuci 2 2

Jumlah 8 13

22.2 Semua tenaga pekerja yang menguruskan kerja-kerja kontrak ini hendaklah

terdiri daripada Warganegara Malaysia dan beragama Islam.

22.3 Satu salinan surat pelantikan pekerja serta butiran lanjut mengenai gaji,

elaun dan KWSP hendaklah dikemukakan kepada Pengarah INTAN atau

wakilnya dalam masa sebulan selepas mereka diambil bekerja.

22.4 Tukang masak hendaklah mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dengan

penyediaan makanan bermasak daripada mana-mana institusi yang

diperakui.

FASAL 23 – KESIHATAN DAN DISIPLIN TENAGA PEKERJA

23.1 Kontraktor hendaklah memastikan bahawa pekerja-pekerjanya adalah

sentiasa berpakaian bersih dalam keadaan yang sihat dan bebas dari

penyakit berjangkit (contagious dan infectious).

23.2 Sebelum pekerja-pekerja itu dibenarkan bekerja di tempat ini, kontraktor

hendaklah memastikan mereka diberikan suntikan vaksin typhoid (TY2)

serta menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala. Bukti suntikan

typhoid perlu diserahkan apabila berlaku pertukaran pekerja Sesalinan

laporan pemeriksaan perubatan untuk setiap pekerja hendaklah diserahkan

kepada Pengarah INTAN atau wakilnya dalam masa sebulan selepas

mereka diambil bekerja.

23.3 Sekiranya bakal-bakal pekerja yang dicadangkan untuk bekerja atau

pekerja-pekerja yang telah bertugas didapati tidak layak dari segi kesihatan

Page 20: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

20

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

untuk berkhidmat, maka ianya akan dilarang untuk bekerja di tempat

tersebut.

23.4 Pekerja-pekerja hendaklah berambut pendek, berkuku pendek dan

kemas/bersih. Pekerja yang tidak sihat atau mempunyai jangkitan di kulit

tidak dibenarkan bertugas.

23.5 Pekerja-pekerja tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan INTAN Jalan

Elmu selepas waktu bertugas. Kontraktor hendaklah memastikan semua

pekerja-pekerja meninggalkan premis INTAN selepas bertugas. Kontraktor

mestilah menyediakan segala keperluan pengangkutan pergi dan balik

yang diperlukan pada tiap-tiap hari bagi tujuan kontrak ini. Semua pekerja

dikehendaki keluar dari premis INTAN Jalan Elmu selewat-lewatnya 11.30

malam kecuali dengan kebenaran Pengarah INTAN atau wakilnya.

23.6 Kontraktor hendaklah memberhentikan dengan segera mana-mana pekerja

yang diarahkan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya, sekiranya didapati

bahawa pekerja berkenaan merupakan ancaman keselamatan kepada

Kerajaan atau terlibat dalam kegiatan jenayah atau penyalahgunaan dadah

atau berkelakuan yang tidak senonoh. Sekiranya berlaku, maka segala

pembayaran dan perbelanjaan (jika ada) hendaklah ditanggung

kesemuanya oleh Kontraktor.

FASAL 24 – PAKAIAN SERAGAM

24.1 Kontraktor hendaklah memastikan pakaian seragam seperti berikut

digunakan:

24.1.1 Kemeja putih (lengan panjang) dan berseluar slack hitam berserta

dengan penutup kepala bagi pramusaji lelaki.

24.1.2 Kemeja putih (lengan panjang) dan berkain hitam / berseluar slack

hitam berserta dengan penutup kepala bagi pramusaji wanita.

Page 21: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

21

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

24.1.3 Kemeja putih dan berseluar slack hitam berserta dengan penutup

kepala bagi tukang masak dan pencuci lelaki.

24.1.4 Kemeja putih (lengan panjang) dan berkain hitam / berseluar slack

hitam berserta dengan penutup kepala bagi tukang masak dan

pencuci wanita.

24.1.5 Tukang masak dan pencuci hendaklah pakai apron putih semasa

bertugas.

24.1.6 Semua pekerja diwajibkan memakai kasut semasa bertugas.

24.2 Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali dan pihak INTAN

berhak mengarahkan pekerja yang melanggar syarat ini meninggalkan

kawasan INTAN dengan serta-merta.

24.3 Contoh pakaian tersebut hendaklah terlebih dahulu dipersetujui dan

diluluskan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya.

FASAL 25 – MEMERIKSA KEBERSIHAN

25.1 Kontraktor hendaklah membenarkan Pengarah INTAN atau wakilnya

memasuki pada bila-bila masa tempat-tempat yang digunakan oleh

kontraktor dan kakitangannya dengan tujuan memeriksa keadaan

kebersihan dan tempat tersebut. Mereka juga adalah berhak untuk

memeriksa kebersihan seseorang pekerja itu jika difikirkan perlu.

FASAL 26 – PROSES PENGENALAN TUGAS

26.1 Satu proses pengenalan tugas selama dua (2) hari akan diadakan

seminggu sebelum kerja bermula tanpa sebarang bayaran. Proses

pengenalan tugas hendaklah dilakukan bersama dengan Pengarah INTAN

atau wakilnya. Di antaranya perkara-perkara yang akan dilakukan ialah:

Page 22: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

22

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

a) Menyenaraikan senarai pekerja;

b) Menyenaraikan bidang tugas;

c) Keterangan tentang skop kerja dan standard kualiti kerja;

d) Keterangan tentang peranan penyelia;

e) Semakan perkakasan dan lokasi sajian; dan

f) Membuat jadual kerja.

26.2 Perincian Perkara 27.1. hendaklah dikemukakan oleh kontraktor.

FASAL 27 – PENERIMAAN BEKALAN BARANG BASAH MENTAH

27.1 Semua bekalan barang basah hendaklah dibekalkan sehari sebelum sajian

berkaitan disediakan.

27.2 Semua bekalan barang basah hendaklah segar dan dalam keadaan baik

mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

27.3 Semua penerimaan bekalan basah akan dibuat oleh wakil INTAN bersama

wakil dari syarikat. Bekalan yang tidak menepati spesifikasi akan ditolak

serta merta dan perlu diganti dengan bekalan baru pada hari yang sama

tanpa melibatkan sebarang kos pada Kerajaan.

FASAL 28 – KEROSAKAN KE ATAS HARTA BENDA KERAJAAN

28.1 Kontraktor hendaklah sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan

atau kecederaan dari berlaku ke atas harta benda Kerajaan, peserta

kursus, pekerja-pekerja dan pelawat INTAN Jalan Elmu. Kontraktor akan

dipertanggungjawabkan untuk mengganti atas perbelanjaannya sendiri,

apa-apa kerosakan atau kecederaan yang berlaku terhadap harta benda

Kerajaan, peserta kursus dan pelawat INTAN Jalan Elmu semasa

menjalankan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini serta Kontraktor akan

juga dipertanggungjawabkan di atas segala kerugian atau kerosakan yang

berlaku dengan apa jua yang disebabkan oleh alat keperluan Kontraktor

Page 23: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

23

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

yang dibawa ke dalam kawasan Kerajaan berhubung dengan pelaksanaan

Perjanjian ini.

28.2 Kontraktor adalah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian seperti

kecurian, kebakaran atau kerosakan dalam apa jua keadaan sekali pun ke

atas harta benda Kerajaan yang disebabkan oleh kecuaian atau dilakukan

oleh Kontraktor, pekerja atau kakitangan Kontraktor.

28.3 Jika kerosakan harta benda Kerajaan yang jumlah harganya lebih besar

daripada bayaran atau cagaran, maka pihak Kontraktor bertanggungjawab

membayar ganti rugi seperti yang dinilai.

FASAL 29 – INSURANS DAN TANGGUNG RUGI

29.1 Kontraktor hendaklah menerima tanggungan dan hendaklah menanggung

rugi Kerajaan terhadap apa-apa tanggungan, tuntutan dan/atau prosiding:

(a) mengenai kecederaan diri atau kematian mana-mana orang;

dan/atau

(b) mengenai kerosakan terhadap apa-apa harta dalam apa bentuk

sekali pun dan/atau yang dipunyai oleh sesiapa pun,

jika ini disebabkan oleh kecuaian atau perbuatan atau keingkaran sengaja

oleh Kontraktor di mana kecederaan, kematian atau kerosakan itu

disebabkan oleh atau berbangkit daripada atau dalam masa Kontraktor

melaksanakan atau menjalankan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.

29.2 Tanpa menjejaskan tanggungan untuk menanggung rugi Kerajaan seperti

yang tersebut di atas, sekiranya difikirkan perlu, Kontraktor bolehlah atas

perbelanjaan sendiri, pada setiap masa, menyenggara insurans-insurans

bagi melindungi pekerja-pekerjanya di bawah Fasal 30 dengan mana-mana

syarikat insurans yang diiktiraf oleh Kerajaan. Satu salinan polisi insurans

berkenaan hendaklah diserahkan kepada Kerajaan.

Page 24: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

24

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

FASAL 30 – INSURANS PEKERJA

30.1 Kontraktor hendaklah mengambil dan menyenggara dalam Tempoh

Perjanjian ini, suatu insuran pampasan pekerja dan/atau insurans liabiliti

pekerja atau sebarang insuran yang terpakai bagi pekerja dan/atau ejennya

sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia.

30.2 Apa-apa insuran yang diambil oleh Kontraktor di bawah Fasal 30

hendaklah diambil dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor.

30.3 Kontraktor hendaklah menyerahkan sesalinan polisi insuran di bawah

Fasal 30 kepada Kerajaan sebaik sahaja polisi insuran yang berkenaan

diperolehi.

30.4 Kontraktor hendaklah membayar premium dan apa-apa jumlah lain yang

sepatutnya dibayar berkenaan apa-apa polisi insuran di bawah Fasal ini

apabila jumlah berkenaan menjadi kena bayar dan mengemukakan resit

atau salinannya kepada Kerajaan sebagai bukti pembayaran.

30.5 Kontraktor hendaklah memberikan maklumat yang betul dan tepat kepada

syarikat insuran berkenaan apa-apa perkara di mana sebarang

ketaksahihan maklumat boleh menjejaskan atau memprejudiskan apa-apa

polisi insuran yang diambil di bawah Fasal ini atau pembayaran apa-apa

tuntutan insuran.

30.6 Kontraktor hendaklah memastikan apa-apa polisi insurans hanya boleh

dibatalkan selepas tamatnya tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh

syarikat insurans memberikan notis menasihatkan Kontraktor supaya polisi

insurans dibatalkan.

30.7 Kontraktor hendaklah tidak, pada bila-bila masa, membenarkan atau

menyebabkan suatu tindakan atau perkara dilakukan yang boleh

mengakibatkan polisi insuran menjadi tidak sah atau terbatal atau boleh

Page 25: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

25

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

batal atau kadar premium menjadi lebih tinggi. Dalam hal ini, di mana

Kerajaan meluluskan apa-apa cadangan Kontraktor untuk menaikkan

liputan risiko, Kontraktor hendaklah membayar apa-apa premium tambahan

berdasarkan penambahan risiko yang perlu diinsuranskan.

30.8 Dalam hal di mana apa-apa kerosakan atau kehilangan berlaku dalam

Tempoh Perjanjian, Kontraktor hendaklah, daripada jumlah insuran yang

dituntut atau jika tidak mencukupi, dengan menggunakan sumbernya

sendiri, membaiki, mengganti atau membaik pulih kerosakan atau

kehilangan itu.

FASAL 31 – REPRESENTASI DAN WARANTI

Kontraktor dengan ini memberi representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa:

(a) ia adalah sebuah perniagaan yang sah diwujudkan dan didaftarkan di bawah

undang-undang Malaysia;

(b) ia diberi kuasa untuk memasuki dan melaksanakan obligasi di bawah

Perjanjian ini dan untuk memberikan/menjalankan Perjanjian ini seperti yang

termaktub di bawah Perjanjian ini;

(c) ia telah mengambil segala langkah-langkah perlu bagi memasuki dan

pelaksanaan Perjanjian ini dan untuk menjalankan segala transaksi di bawah

Perjanjian ini;

(d) pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani, tiada apa-apa pelaksanaan atau

transaksi di bawah Perjanjian ini yang melanggar peruntukan-peruntukan

terutamanya berkaitan–

(i) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau

(ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya;

Page 26: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

26

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

(e) tiada litigasi, arbitrari, tuntutan cukai, pertikaian atau prosiding pentadbiran

yang sedang atau masih bertangguh atau dalam pengetahuan Kontraktor,

yang boleh mengakibatkan kesan (adverse effect) atas Kontraktor atau

kebolehan Kontraktor untuk melaksanakan obligasi kewangan atau obligasi

lain di bawah Perjanjian ini;

(f) Perjanjian ini adalah satu obligasi Kontraktor menurut undang-undang, sah

dan mengikat Kontraktor dan dikuatkuasakan menurut terma dan syarat-

syarat Perjanjian; dan

(g) Kontraktor mempunyai keupayaan kewangan dan teknikal untuk menjalankan

Perkhidmatan dan kerja-kerja di bawah Perjanjian ini,

dan Kontraktor dengan ini mengaku bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian

ini berdasarkan representasi dan waranti Kontraktor seperti dinyatakan di sini.

FASAL 32 – KEGAGALAN MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN

32.1 Kontraktor akan ditakrifkan sebagai gagal menyempurnakan Perjanjian ini

sekiranya tidak dapat membekalkan sepenuhnya Perkhidmatan ini seperti

yang ditetapkan oleh Kerajaan.

32.2 Jika Kontraktor telah gagal melaksanakan Perkhidmatan sebagaimana

yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, maka pihak Kerajaan sentiasa

berhak:

(a) memotong apa-apa wang yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada

Kontraktor bagi setiap kegagalan melaksanakan kerja-kerja; dan/atau

(b) menamatkan Perjanjian.

32.3 Hak Kerajaan dalam Fasal ini ialah sebagai tambahan kepada dan tanpa

menyekat hak-hak Kerajaan yang lain ada secara nyata atau tersirat dalam

Perjanjian ini atau di sisi undang-undang untuk menuntut ganti rugi

Page 27: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

27

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

daripada Kontraktor kerana gagal melaksanakan tanggungjawab di bawah

Perjanjian ini.

FASAL 33 – DENDA DAN PEMBAYARAN DENDA

33.1 Sekiranya Kontraktor gagal menyempurnakan Perjanjian ini seperti yang

dinyatakan dalam Fasal 32 atau lain-lain sebab yang berpunca dari pihak

Kontraktor, maka Kerajaan boleh mengenakan denda ke atas Kontraktor

seperti yang berikut:

a) Makanan bermasak lewat dibekalkan iaitu lebih daripada 15 minit

dari jadual yang ditetapkan di perenggan 12.2 dan jumlah potongan

adalah bersamaan dengan 100% (tiada bayaran) daripada nilai

tempahan yang lewat; atau

b) Tidak menghantar pekerja secukupnya seperti yang telah dinyatakan

di dalam perenggan 22.1. Kegagalan kontraktor untuk menyediakan

jumlah pekerja minimum layak dikenakan pemotongan ke atas tuntutan

bulanan yang dikemukakan mengikut asas pengiraan pemotongan

seperti berikut:

Peranan

Pemotongan Jika Tidak

Memenuhi Jumlah Pekerja

Minimum

(RM / orang / hari)

Penyelia 100

Pramusaji 60

Tukang Masak 80

Pembantu Tukang Masak 70

Pencuci 60

c) Sekiranya kontraktor gagal menyediakan dan membekal makanan

berkualiti seperti yang ditetapkan atau hasil kerja yang tidak

memuaskan seperti yang ditetapkan dalam spesifikasi, INTAN boleh

Page 28: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

28

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

membuat pemotongan sebanyak maksimum 10% dari tuntutan

bayaran mengikut tempahan sajian yang terlibat. Hasil kerja yang

tidak memuaskan di sini bermaksud seperti berikut:

(i) Menukar menu tanpa memaklumkan dan mendapat kelulusan

daripada Pengarah INTAN atau wakilnya;

(ii) Menukar bahan asas yang telah ditetapkan (seperti menukar ikan

kepada daging atau sebagainya);

(iii) Menukar cara kaedah masak yang telah ditetapkan dalam menu

(seperti mengukus kepada membakar atau sebagainya);

(iv) Membekal makanan yang tidak berkualiti (buah-buahan yang kecil

atau kecut, basi, nasi dan lauk mentah atau sebagainya);

(v) Tidak memasang api kepada food warmer;

(vi) Lantai Dewan Makan dan dapur kotor dan berbau serta tidak

kemas;

(vii) Pramusaji tidak memakai pakaian seragam yang lengkap seperti

yang dikehendaki dalam tender dan kebersihan peribadi yang

lemah;

(viii) Hasil kerja lain yang tidak memuaskan berdasarkan kepada

aduan yang diterima daripada mana-mana sumber yang disahkan

oleh Pengarah INTAN atau mana-mana wakilnya;

(ix) Tenaga pekerja yang bertingkah-laku tidak memuaskan termasuk

melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah INTAN atau

mana-mana wakilnya;

(x) Kontraktor tidak mematuhi penghantaran bekalan mentah seperti

di perenggan 27.

d) Pemotongan bagi kegagalan menyediakan bekalan secukupnya

mengikut bilangan sajian yang ditempah oleh pihak INTAN yang

seterusnya menyebabkan pengurangan kuantiti sajian akan dibuat

mengikut asas pengiraan berikut:

Page 29: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

29

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Pemotongan Asas Pengiraan Pemotongan Jika

Kuantiti Bekalan Tidak Mencukupi

30% bagi kekurangan

satu menu dalam satu

sajian

Pemotongan sebanyak 30% daripada

tuntutan yang dikemukakan bagi

tempahan sajian tersebut.

Contoh :

Tempahan sajian = Makan tengah hari

Tuntutan makan tengah hari =

RM1,000.00

Potongan 30% = RM300.00

Bayaran kontraktor = RM700.00

Kekurangan kuantiti

sajian dalam satu menu

Kuantiti Kurang Pemotongan

1-10 sajian RM100

11-20 sajian RM125

21-30 sajian RM150

31-40 sajian RM175

41-50 sajian RM200

51 sajian dan ke

atas

Sajian dianggap

tidak lengkap dan

dianggap

kekurangan satu

menu.

Tertakluk kepada

pemotongan 30%

daripada

tuntutan yang

dikemukakan bagi

tempahan.

e) Pemotongan ini boleh dibuat melalui tuntutan bil bulanan yang

dikemukakan oleh kontraktor.

33.2 Kontraktor perlu memberi penjelasan secara bertulis kepada Kerajaan

sekiranya terdapat kesalahan yang disabitkan dalam tempoh tujuh (7) hari

Page 30: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

30

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

bekerja dari tarikh surat/notis amaran dikeluarkan. Jika Kerajaan tidak

menerima sebarang penjelasan atau penjelasan yang diberikan adalah

tidak munasabah, maka Kerajaan berhak untuk mengenakan denda seperti

dalam Fasal 33.1 dan apabila tiga (3) surat/notis amaran dikeluarkan, maka

Kerajaan sentiasa berhak menamatkan Perjanjian seperti yang dinyatakan

dalam Fasal 36 Perjanjian ini.

FASAL 34 – KERJA-KERJA DI LUAR PERJANJIAN

Jika Kontraktor gagal melaksanakan Perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan

dalam Lampiran ...... kepada Perjanjian ini dengan memuaskan, Kerajaan sentiasa

berhak mendapatkan pelaksanaan Perkhidmatan itu daripada kontraktor lain

sebagaimana yang difikirkan wajar tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran

daripada Kontraktor dan dengan itu Kerajaan mempunyai hak untuk menuntut

daripada Kontraktor apa-apa jumlah perbelanjaan berlebihan yang dikenakan

terhadap Kerajaan bagi mendapatkan Perkhidmatan itu daripada kontraktor lain

berserta kos pentadbiran sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah

perbelanjaan sebenar yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan.

FASAL 35 – GANTI RUGI

Jika Kontraktor gagal melaksanakan Perkhidmatan sebagaimana disyaratkan dalam

Lampiran ...... kepada Perjanjian ini mengikut kepuasan Pegawai Penguasa

dan/atau dalam masa satu (1) bulan selepas Perjanjian ini ditandatangani, gagal

memberikan Perkhidmatan itu, Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini

dan berhak dibayar ganti rugi bernilai keseluruhan Bon Pelaksanaan seperti dalam

Fasal 7.1.

FASAL 36 – PENAMATAN PERJANJIAN

36.1 Jika Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dan

syarat Perjanjian ini, Kerajaan boleh, dengan memberi notis bertulis

(kemudian daripada ini disebut sebagai “Notis Kemungkiran”) kepada

Page 31: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

31

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Kontraktor dengan menyatakan kegagalan atau kemungkiran yang

dilakukan Kontraktor dan mengkehendaki Kontraktor meremedikan

kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh masa yang dinyatakan

dalam Notis Kemungkiran atau suatu tempoh lain sebagaimana yang

dipersetujui oleh Kerajaan. Sekiranya Kontraktor gagal meremedikan

kegagalan atau kemungkiran itu, Kerajaan boleh, dengan memberikan

notis bertulis tiga puluh (30) hari kepada Kontraktor, menamatkan

Perjanjian ini.

36.2 Walau apa pun Fasal 36.1, jika pada bila-bila masa:

(a) Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila

Kontraktor iaitu adalah firma, mana-mana pekongsi firma itu) pada

bila-bila masa menjadi bankrap atau sesuatu perintah penerimaan,

atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya, atau membuat

sesuatu penyelesaian, atau perkiraan dengan atau bagi faedah

pemiutang atau jika Kontraktor itu syarikat meluluskan suatu

ketetapan atau Mahkamah membuat suatu perintah bahawa

syarikat itu digulung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud

penyusunan atau penyatuan) atau jika seorang penerima atau

pengurus bagi seorang pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan

yang memberi hak kepada Mahkamah membuat sesuatu perintah

penggulungan;

(b) Kontraktor menjadi bankrap atau memberhentikan perniagaan;

(c) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor

atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi

pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kerajaan),

membuat tawaran, memberi atau bersetuju untuk memberi mana-

mana pegawai Kerajaan apa-apa pemberian dalam bentuk balasan

atau hadiah sebagai dorongan untuk/atau kerana melakukan atau

bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan yang berkaitan

Page 32: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

32

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

dengan perolehan atau pelaksanaan Perjanjian ini dengan

Kerajaan; atau

(d) Kontraktor melakukan apa-apa perkara yang melanggar undang-

undang sama ada berkaitan dengan Perjanjian ini atau tidak,

Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta.

36.3 Walau apa pun yang tersebut dalam Fasal 36.1 di atas, Kerajaan adalah

sentiasa berhak menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab

dengan memberi tiga puluh (30) hari notis kepada Kontraktor.

36.4 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan menurut Fasal 36:

(a) Kerajaan berhak melantik kontraktor lain untuk melaksanakan

Perkhidmatan dan Kontraktor tidak berhak menerima pampasan

dan/atau bayaran balik bagi apa-apa perbelanjaan yang telah

ditanggung bagi pelaksanaan Perjanjian ini setakat bayaran

Perkhidmatan yang telah diberikan;

(b) Kontraktor hendaklah menanggung apa-apa kerugian dan

kerosakan yang dialami dan/atau ditanggung oleh Kerajaan akibat

penamatan Perjanjian ini; dan

(c) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan dalam Fasal 36.1,

36.2 dan 36.3, penamatan Perjanjian ini tidak akan

memprejudiskan sebarang hak yang telah sedia ada bagi Pihak-

Pihak di bawah Perjanjian ini, dengan syarat sentiasa bahawa

penamatan Perjanjian ini tidak akan menyentuh hak-hak Kerajaan

yang sedia terakru di bawah Perjanjian ini.

Page 33: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

33

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

FASAL 37 – PENAMATAN KONTRAK ATAS KEPENTINGAN NEGARA

37.1 Tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini,

Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan

memberi notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari kepada

Kontraktor (tanpa perlu memberi apa-apa sebab) sekiranya Kerajaan

berpendapat penamatan itu perlu dilaksanakan atas kepentingan negara,

kepentingan keselamatan negara atau bagi tujuan polisi Kerajaan atau

polisi awam.

37.2 Bagi maksud Fasal ini, perkara yang berjumlah kepada “kepentingan

negara”, “kepentingan keselamatan negara”, “polisi Kerajaan” dan “polisi

awam” hendaklah diputuskan oleh Kerajaan sahaja dan keputusan itu

adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

37.3 Pihak-Pihak bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak untuk menuntut

sebarang kerugian termasuk kehilangan perolehan pendapatan,

pampasan, tuntutan, ganti rugi atau sebagainya atas penamatan Perjanjian

ini.

FASAL 38 – PENAMATAN ATAS RASUAH, AKTIVITI TIDAK SAH DAN

MENYALAHI UNDANG-UNDANG

38.1 Penamatan

Tanpa menjejaskan hak-hak Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor,

kakitangannya, agennya atau seorang yang diambil bekerja olehnya

disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan terlibat dengan rasuah di bawah

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] atau

aktiviti tidak sah dan menyalahi undang-undang berhubung dengan

Perjanjian ini atau apa-apa kontrak lain yang dimasuki oleh Kontraktor

dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada

Page 34: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

34

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

bila-bila masa, dengan memberikan notis bertulis kepada Kontraktor yang

akan berkuat kuasa serta-merta.

38.2 Akibat daripada Penamatan

(a) Atas penamatan itu, Kerajaan berhak ke atas semua kehilangan,

kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan

tidak langsung) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat dari

penamatan itu.

(b) Bagi mengelakkan kekeliruan atau was-was, Pihak-Pihak dalam

Perjanjian ini bersetuju bahawa Kontraktor tidak mempunyai hak

untuk mendapatkan balik apa-apa ganti rugi termasuk kehilangan

keuntungan, pampasan, tuntutan atau apa-apa ganti rugi lain

setelah Perjanjian ini ditamatkan.

FASAL 39 – FORCE MAJEURE

39.1 Tiada Kemungkiran

(a) Sekiranya pelaksanaan Perjanjian ini tidak dapat diteruskan oleh

Kontraktor seperti mana skop Perkhidmatan yang dipersetujui

bersama dalam Perjanjian ini akibat peperangan, gempa bumi,

bencana alam, pemberontakan, rusuhan, kekacauan awam,

mogok, pertikaian buruh, kebakaran, bahaya-bahaya laut atau

bahaya-bahaya lain yang berlaku di luar kawalan pihak Kontraktor,

maka pihak Kontraktor adalah berkewajipan memberitahu kepada

Kerajaan secara bertulis dalam masa empat puluh lapan (48) jam

dari masa berlakunya kejadian itu sekiranya pihak Kontraktor

memerlukan pengubahsuaian terhadap skop Perkhidmatan yang

sedia ada bagi tujuan pelaksanaan Perjanjian ini. Dalam hal ini,

pihak Kerajaan akan menjalankan penyiasatan sendiri secepat

mungkin bagi mengenal pasti kejadian itu adalah suatu Force

Page 35: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

35

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Majeure dan jika munasabah, akan membenarkan pelaksanaan

skop Perkhidmatan baru yang berkenaan.

(b) Walaupun skop Perkhidmatan yang baru diluluskan oleh Kerajaan,

namun pihak Kontraktor hendaklah sentiasa berusaha

mengelakkan apa-apa kelewatan daripada berlaku sehingga

menjejaskan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini. Kelulusan skop

Perkhidmatan yang baru tidak akan diberi sekiranya kelewatan

pelaksanaan Perkhidmatan berkenaan adalah disebabkan apa-apa

kerosakan alat atau perkakas Kontraktor yang digunakan bagi

tujuan pelaksanaan Perjanjian ini.

(c) Pihak Kerajaan atau Kontraktor adalah tidak bertanggungjawab

bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan

Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada

keadaan Force Majeure, dengan syarat Pihak-Pihak bersetuju

bahawa keadaan Force Majeure telah berlaku.

(d) Sekiranya salah satu Pihak tidak bersetuju bahawa keadaan Force

Majeure telah berlaku, pertikaian ini hendaklah dirujuk kepada

pihak pengurusan atasan dan seterusnya pihak timbang tara

seperti yang dinyatakan dalam Fasal 40.

39.2 Kelewatan atau Gangguan Kerja

Mitigasi

(a) Sekiranya keadaan Force Majeure berlaku dan menyebabkan

Kontraktor tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam

Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah memaklumkan pihak Kerajaan

dan mengambil tindakan mitigasi dan menjalankan segala usaha

untuk mengatasi kelewatan atau gangguan terhadap

tanggungjawabnya.

Page 36: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

36

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

(b) Sekiranya keadaan Force Majeure berlaku dan menyebabkan

Kerajaan tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam

Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah memaklumkan pihak Kontraktor

dan mengambil tindakan mitigasi dan menjalankan segala usaha

untuk mengatasi kelewatan atau gangguan terhadap

tanggungjawabnya.

39.3 Penamatan

(a) Sekiranya pihak Kerajaan atau Kontraktor tidak dapat

menyempurnakan Perjanjian ini akibat keadaan Force Majeure

yang berpanjangan secara berterusan selama tidak kurang dari tiga

(3) bulan, dan jika keadaan Force Majeure berada pada tahap

serius sehingga menjejaskan kemungkinan Perjanjian ini

disempurnakan, Pihak-Pihak boleh menamatkan Perjanjian ini

dengan syarat ia di atas persetujuan bersama yang dinyatakan

secara bertulis. Dalam hal yang demikian, tiada Pihak yang

bertanggungjawab kepada Pihak yang lainnya, kecuali bagi

sebarang pelanggaran Perjanjian yang berlaku sebelumnya.

(b) Kontraktor akan mematuhi semua arahan atau panduan Kerajaan

sekiranya Perjanjian ini tamat mengikut kehendak Fasal 26.3.

(c) Walau apa pun yang dinyatakan dalam Fasal 26.3, Kerajaan

sentiasa mempunyai hak untuk–

(i) menamatkan Perjanjian ini; atau

(ii) mendapatkan Perkhidmatan daripada punca-punca lain.

Page 37: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

37

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

39.4 Penyambungan Tempoh

Tertakluk kepada Fasal 26 Perjanjian ini, Kerajaan boleh membenarkan

penyambungan Tempoh Perjanjian ini sekiranya pihak Kerajaan bersetuju

bahawa keadaan Force Majeure telah berlaku. Dalam hal yang demikian,

Kontraktor hendaklah mengambil semula langkah dan tindakan yang perlu

dan sesuai bagi mengatasi sebarang kelewatan.

39.5 Kewajiban Berterusan

Bagi tujuan mengelakkan sebarang kekeliruan, Pihak-Pihak akan terus

menjalankan tanggungjawab masing-masing yang tidak terganggu oleh

keadaan Force Majeure itu, dan kewajiban Pihak-Pihak akan diteruskan

sehingga mendapat sebarang keputusan penamatan atau lain-lainnya,

berkaitan Fasal 26.3.

FASAL 40 – TIMBANG TARA

40.1 Apa-apa pertikaian yang timbul antara Kerajaan dengan Kontraktor

mengenai tafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini atau hak

dan/atau tanggungan Pihak-Pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang

timbul daripadanya atau berhubung dengannya hendaklah, pada mulanya,

dirujuk kepada pihak pengurusan atasan Pihak-Pihak untuk penyelesaian.

40.2 Sekiranya apa-apa pertikaian gagal diselesaikan dalam tempoh tiga puluh

(30) hari setelah ianya dirujuk kepada pihak pengurusan atasan maka

pertikaian itu bolehlah dirujuk oleh mana-mana Pihak kepada seorang

penimbang tara yang dilantik oleh Pengarah, “Regional Centre for

Abitration”, Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan seperti itu hendaklah

dianggap sebagai suatu persetujuan kepada timbang tara dalam ertikata

Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] dan kaedah-kaedah timbang tara

“Regional Centre for Abitration”, Kuala Lumpur hendaklah terpakai.

Page 38: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

38

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

40.3 Setiap Pihak akan menanggung kos prosiding timbang tara masing-masing.

40.4 Keputusan timbang tara muktamad dan Pihak-Pihak adalah terikat dengan

keputusan itu.

40.5 Rujukan ke penimbang tara atau sambungan sebarang prosiding timbang

tara tidak boleh dijadikan sebab bagi mengenepikan kewajipan Pihak-Pihak

menjalankan tanggungjawab dalam Perjanjian ini.

FASAL 41 – INDEMNITI

41.1 Kontraktor hendaklah mengganti rugi Kerajaan daripada dan terhadap

segala bayaran tuntutan, belanja ganti rugi, tanggungan kerugian dan/atau

kos perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas

Kerajaan akibat yang langsung atau tidak langsung daripada pelanggaran

apa-apa syarat Perjanjian ini oleh Kontraktor, ejen atau pekerjanya semasa

melaksanakan Perkhidmatan.

41.2 Kontraktor hendaklah mengganti rugi Kerajaan jika berlakunya sebarang

kecederaan kepada individu daripada atau terhadap tanggungan, kerugian,

bayaran tuntutan dan perbicaraan yang timbul di sisi undang-undang jika

Kontraktor gagal melaksanakan tanggungjawab ke atas Perkhidmatan

melainkan disebabkan oleh kecuaian individu itu.

41.3 Kontraktor bertanggungjawab dan hendaklah mengganti rugi Kerajaan jika

berlaku sebarang kerosakan atau kecederaan kepada harta benda,

daripada dan terhadap segala tanggungan, kerugian, bayaran tuntutan,

perbicaraan dan atas kecederaan atau kerosakan yang timbul akibat

kegagalan Kontraktor melaksanakan Perkhidmatan sama ada yang berlaku

pada harta alih atau sebaliknya serta disebabkan akibat kecuaian atau

ketidaksempurnaan Perkhidmatan oleh Kontraktor, ejen, pekerja, sub-

kontraktor dan mana-mana keadaan di bawah kawalan Kontraktor.

Page 39: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

39

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

41.4 Kontraktor boleh tidak menggantirugikan Kerajaan seperti mana yang

dinyatakan dalam Fasal 41.1, 41.2 dan 41.3 jika kerugian, kerosakan,

kematian dan kecederaan yang berlaku disebabkan oleh tunjuk perasaan

dan situasi yang menghalang pelaksanaan kerja, kebakaran atau letupan,

kecurian, bencana banjir, keadaan huru hara, peperangan,

ketidaktenteraman awam, kerosakan atau kerugian yang disengajakan

serta keadaan-keadaan yang di luar kawalan Kontraktor.

41.5 Jika bilangan Kontraktor itu sebagai syarikat dua (2) orang atau lebih

daripada dua (2) orang, maka tanggungan bagi mereka di bawah Perjanjian

ini hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan berasingan.

41.6 Tanpa menyentuh tanggungjawab Kontraktor dalam Fasal 41.1, pihak

Kontraktor bolehlah mengadakan suatu insurans atas perbelanjaan sendiri

bagi meliputi segala tanggungjawab berkenaan dengan sebuah syarikat

insurans yang diiktiraf oleh Kerajaan.

41.7 Tertakluk kepada Kerajaan, jika suatu keputusan Mahkamah telah dibuat

atau suatu keputusan telah dipersetujui sebagaimana dalam Fasal 40

Perjanjian ini, Kerajaan boleh tidak mengarahkan Kontraktor mengganti

rugi Kerajaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 41.1 jika ganti

rugi itu adalah disebabkan kejadian yang berlaku yang bukan disebabkan

oleh pelanggaran syarat Perjanjian ini oleh Kontraktor.

FASAL 42 – NOTIS

42.1 Jika mengikut peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian ini, satu notis

diperlukan, ia hendaklah diberi secara bertulis dan dihantar dengan pos

berdaftar atau diserahkan ke alamat yang berikut:

(a) bagi pihak Kerajaan:

Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi,

Page 40: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

40

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Jalan Elmu,

59100 Kuala Lumpur.

(b) bagi pihak Kontraktor:

SYARIKAT ..................

(No. Syarikat: .....................)

(Alamat Syarikat)

42.2 Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis dalam masa empat belas (14)

hari kepada Kerajaan, jika berlaku pertukaran alamat atau entiti Kontraktor.

FASAL 43 – PELAKSANAAN PERJANJIAN

Kontraktor hendaklah melaksanakan Perjanjian ini mengikut terma dan syarat yang

ditetapkan oleh Kerajaan.

FASAL 44 – PEMAJAKAN ATAU PERJANJIAN KECIL

44.1 Kontraktor tidak boleh memberi perjanjian kecil Perjanjian ini atau apa-apa

bahagiannya kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu

mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.

44.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi perjanjian

kecil kepada mana-mana pihak lain dengan persetujuan bertulis Kerajaan,

Kontraktor bersetuju tanpa syarat untuk terus bertanggungjawab secara

berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan kontraktor

kecil mematuhi terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

44.3 Sebarang isu yang timbul antara Kontraktor dan kontraktor kecil mengenai

Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.

Page 41: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

41

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

FASAL 45 – PEMBERIAN MILIK

Kontraktor tidak boleh memberi milik kesemua atau mana-mana bahagian

Perjanjian ini atau menerima milik, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa

jua daripada wang yang kena dibayar atau yang genap masanya untuk dibayar di

bawah Perjanjian ini atau apa-apa faedah yang terbit atau yang mungkin terbit

daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis

Kerajaan.

FASAL 46 – PENEPIAN HAK

46.1 Kegagalan pihak Kerajaan dan/atau Kontraktor untuk menjalankan

penguatkuasaan mana-mana hak, remedi atau peruntukan bawah

Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu

penepian hak, melainkan jika ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu.

46.2 Sebarang penepian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah

dirujuk dan dipersetujui oleh Kerajaan.

FASAL 47 – KEBOLEHASINGAN

Jika mana-mana fasal daripada Perjanjian ini didapati menyalahi undang-undang,

tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang sekarang atau

undang-undang masa hadapan, fasal itu hendaklah diasingkan sepenuhnya dan

Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuatkuasakan seolah-olah fasal yang

menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak

pernah terkandung sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan fasal-fasal lain

hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan seolah-olah

Perjanjian ini telah diikat tanpa fasal yang menyalahi undang-undang, tidak sah

atau tidak boleh dikuatkuasakan itu.

Page 42: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

42

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

FASAL 48 – KERAHSIAAN

48.1 Kontraktor tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana pihak apa-apa

maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud

pelaksanaan Perjanjian ini antara Pihak-Pihak.

48.2 Fasal 48.1 hendaklah terus berkuat kuasa walaupun setelah Perjanjian ini

ditamatkan atas sebarang sebab.

FASAL 49 – PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

49.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-

undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang

kuasa Mahkamah-mahkamah di Malaysia.

49.2 Pihak-Pihak pada Perjanjian ini bersetuju untuk mematuhi segala

peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau

kehendak yang diberikan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk

berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang

berkuat kuasa di Malaysia.

49.3 Kontraktor hendaklah memastikan kontraktor kecil turut mematuhi segala

peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau

kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk

berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang

berkuat kuasa di Malaysia.

FASAL 50 – PINDAAN

50.1 Kerajaan boleh, dalam tempoh berkuat kuasanya Perjanjian ini, mengkaji

dan jika perlu, dengan persetujuan Kontraktor mengubah dari semasa ke

semasa spesifikasi yang terkandung dalam Perjanjian ini atau lampiran-

lampiran dan jadual-jadual yang menjadi sebahagian daripada Perjanjian

Page 43: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

43

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

ini. Mulai dari tarikh perubahan itu, semua Perkhidmatan yang dibekalkan

mestilah mengikut spesifikasi yang diubah itu dengan syarat tidak

berlakunya perubahan dari segi Nilai Perjanjian.

50.2 Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat

secara bertulis dalam bentuk perjanjian tambahan dan ditandatangani oleh

Pihak-Pihak.

50.3 Jika sesuatu pindaan atau perubahan itu menyebabkan perubahan dari

segi perbelanjaan pengeluaran atau tempoh yang dikehendaki bagi

pengeluaran, maka Nilai Perjanjian dan tempoh Perkhidmatan yang terlibat

oleh perubahan itu bolehlah diubah dengan persetujuan bertulis Pihak-

Pihak.

FASAL 51 – IKLAN

Tiada iklan mengenai Perjanjian ini boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar,

majalah atau apa-apa alat pengiklanan yang lain melainkan jika pengiklanan itu

telah terlebih dahulu memperolehi kelulusan bertulis Kerajaan.

FASAL 52 – DUTI SETEM DAN KOS

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan Perjanjian ini

hendaklah diurus dan ditanggung oleh Kontraktor sepenuhnya.

FASAL 53 – MASA

Masa, di mana-mana disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan intipati

kepada Perjanjian ini.

Page 44: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

44

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

FASAL 54 – DOKUMEN-DOKUMEN

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dibaca serta disifatkan sebagai sebahagian

daripada Perjanjian ini iaitu:

(a) Syarat- Syarat Khas

- Lampiran .....

(b) Syarat- Syarat Tambahan

- Lampiran .....

(c) Skop dan Spesifikasi Kerja

- Lampiran .....

(d) Spesifikasi Bahan-Bahan Mentah - Lampiran .....

(e) Jadual Harga - Lampiran .....

(f) Bon Pelaksanaan - Lampiran .....

(g) Surat Setuju Terima - Lampiran .....

(h) Pendaftaran Syarikat/Perniagaan oleh Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM)

- Lampiran .....

(i) Garis Panduan Anggaran Keperluan

- Lampiran .....

(j) Garis Panduan Tanggungjawab dan Tatakelakuan

Pramusaji

- Lampiran .....

(k) Garis Panduan Penyimpanan Bahan-Bahan

Makanan

- Lampiran .....

(l) Jadual Menu - Lampiran .....

Page 45: CONTOH PERJANJIAN TENDER PERKHIDMATAN … Lampiran H... · kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam ... atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian

Tender Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur

45

Kod Tender: INTAN(E): 1/2018

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, maka Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini

telah menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun mula-mula

yang tertulis di atas.

Ditandatangani Oleh: Disaksikan Oleh:

_________________________ _________________________

(Untuk dan Bagi Pihak Kerajaan Malaysia)

Ditandatangani Oleh: Disaksikan Oleh:

_________________________ _________________________

(Untuk dan Bagi Pihak Kontraktor)

Nama :____________________

No. K/P :____________________

Jawatan :____________________

Cop Rasmi :

Nama :____________________

No. K/P :____________________

Jawatan :____________________

Cop Rasmi :

Nama :____________________

No. K/P :____________________

Jawatan :____________________

Cop Rasmi :

Nama :____________________

No. K/P :____________________

Jawatan :____________________

Cop Rasmi :