penyediaan baja hidroponik dan cara menanam

Upload: muhdnazri

Post on 04-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hidroponik

TRANSCRIPT

PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM

Bekas takungan yang siap diisi dengan benih sayuran

Petua PertamaMasukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.

Petua KeduaSediakan 18 liter air dan masukkan kedalam bekas takungan hidroponik.Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air tadi.Kacau hingga sebati.Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.

Petua KetigaMedia: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik.Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan.Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik.Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.

Petua KeempatMemasukkan benih sayuran ke dalam bakul mediaMasukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media.Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.Anda telah sedia untuk memulakan tanaman hidroponik.

Petua KelimaLetakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse' .Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.Elakkan daripada air hujan terus masuk kedalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan) .

Perhatian1. Pastikan lubang bakul media ditutup rapat untuk mengelakkan kemasukan dan pembiakan nyamuk ke dalam bekas takungan.

2. Selepas 3 minggu atau bila air kelihatan berkurangan, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.Kak Wan sedang memeriksa paras air dalam takungan

3. Oleh kerana jangkamasa matang bagi setiap jenis sayur berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takungan disyorkan.Contoh:

Jenis SayuranJangkamasa matangKangkong3 mingguSawi4 mingguCili6 mingguBayam4 minggu

4. Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.

5. Setelah dipungut hasil, basuh takungan, penutup dan bakul media. Gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru Air baja yang telah digunakan boleh dicurah / disiram pada pokok bunga atau tanaman lain kerana masih ada lagi saki baki baja .

6. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan terencat / bantut dan lambat membesar, daun akan kekuningan nipis dan tidak melengkung.Bayam, Sawi dan Kailan mudah ditanamSayuran ditanam secara berperingkat untuk bekalan yang berterusan

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI

KEKURANGAN UNSUR PEMAKANAN TUMBUHAN Disebabkan oleh : Suhu larutan nutrien yang meningkat.Suhu yang sesuai adalah diantara 25C - 29CSumbu media tidak mencecah air baja.

GANGGUAN FIZIKAL KEPADA TUMBUHAN Disebabkan oleh : Kedudukan tanaman yang tidak stabil / seimbang.Sokongan yang kurang kuat.Tiupan angin.Serangan ulatKurang mendapat cahaya matahari.Apa sekali pun, jika anda bertekun dan sering mengambil cakna terhadap tanaman anda, insyaALLAH hasil yang membanggakan akan didapati akhirnya.