panduan menanam ubi

Upload: puteri12

Post on 07-Apr-2018

342 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    1/21

    PANDUAN MENANAM UBI

    TANAMAN UBI

    (UBI KAYU, UBI KELEDEK, UBI SENGKUANG)

    UBI KAYU

    Nama Botani : Manihot esculenta

    Famili : Euphorbiaceae

    Merupakan tanaman jangka pendek. Jenis ubi kayu yang ditanam adalah untuk

    dimakan ialah Ubi Medan (jenis manis - untuk makanan manusia) dan untuk

    pengeluaran komersil seperti Black Twig dan C5 (jenis pahit - untuk perusahaan),

    Perintis dan Klon MM 92. Lain-lain jenis ubi ialah Ubi Batang Hijau, dan jenis manis

    seperti Ubi Putih, Kekabu, Berat, Betawi, Jurai, Pulut dan Batang Putih.

    Varieti:

    Black Twig

    Jenis pahit, untuk diproses. Kulit ubi putih perang kemerahan tua, isi putih, hasil 30-

    40 hektar. Kandungan kanji 28-30%. Tempoh matang 10-14 bulan.

    C 5

    Ubi pahit untuk diproses. Kulit ubi berwarna perang muda. Isi berwarna putih krim.

    Kandungan kanji 26%. Hasil 30-35 tan/hektar. Tempoh matang 10 bulan.

    Medan

    Ubi jenis manis. Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih, kandungan

    kanji 28-35%. Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12 bulan.

    CM 982-7

    Ubi jenis pahit yang didapati sesuai untuk ditanam di tanah gambut. Hasilnya lebih

    tinggi daripada Black Twig (40-45 tan/hektar) tetapi kandungan kanji ialah hanya

    19%. Kulit ubi berwarna perang muda dan isinya putih krim.

    http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=425:panduan-menanam-ubi&catid=68:manual-tanamanhttp://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=425:panduan-menanam-ubi&catid=68:manual-tanamanhttp://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=425:panduan-menanam-ubi&catid=68:manual-tanaman
  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    2/21

    Klon MM 92

    Hasil ubi kayu klon ini boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam. Dengan itu

    penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Klon ini cepat matang,

    keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan ubi kayu lain

    seperti Black Twig. Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh diusahakan tanpapembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali bagi setiap tiga tahun.

    Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36 tan/ha di tanah gambut dan 40

    tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau yang panjang).

    Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan

    Nama Biasa

    Bilangan

    pokok

    sebatas

    100 kaki

    persegi

    Bilangan

    biji

    sebatas

    100 kaki

    persegi

    BahanTanaman

    Jarak

    Tanaman

    (antara

    pokok &

    barisan)

    Hasil

    MulaDipetik

    (minggu)

    Carrot (Lobak Merah) -

    Damcus carota

    Sengkuang - Pachyrhizus

    erosus

    Lobak (radish) China -

    Raphanus sativusvar.Horlensis

    Keladi (Yam) - Colocasia

    esculenta

    Halia (Ginger) - Zingiber

    officinale

    365

    34

    100-

    75

    730

    68

    200

    -

    75

    rhizomes

    Biji

    Biji

    BijiUmbisi

    Rhizome

    4" x 9"

    16" x 30"

    12" x 12"12" x 48"

    !2" x 18"

    12

    24-28

    8-1248

    48

    PENYEDIAAN TANAH

    Tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman besar-besaran. Tanah dibajak 2kali dan disisir sekali. Buatlah batas dengan jarak 1m di antara batas.

    PENANAMAN

    Benih

    Benih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang. Batang

    ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan. Sebanyak 1,545

    batang ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605 batang/ekar).

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    3/21

    Jarak Tanaman

    Selalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2 kaki)

    dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki).

    Cara Menanam

    Keratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan

    terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan

    pertumbuhan yang lebih tinggi.

    PENJAGAAN

    Mengawal Rumpai

    Merumput yang pertama dilakukan 3-4 minggu selepas menanam dan kali kedua 3bulan selepas merumput pertama. Panduan mengawal rumpai dengan racun herba

    adalah seperti berikut:-

    Membaja

    Baja ditabur dekat barisan 3 minggu selepas menanam. Di tanah gambut baja

    ditabur semasa menanam. Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah gambut

    tabur kapur sebanyak 1.3 - 2.5 t.m/hektar dalam jangkamasa 2-4 minggu sebelum

    menanam.

    Tanah Lanar Pesisir (Coastal Alluvial Soils)

    Tanaman Pertama:

    67 kg/ha (60 lb/ekar) baja Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.

    23 kg/ha (20 lb/ekar) baja Phosphorus seperti CIRP.

    Tanaman Kedua dan Seterusnya:

    90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.

    34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti CIRP.45 kg/ha (40 lb/ekar) baja Kaliam seperti Muriate of Potash.

    112 kg/ha (100 lb/ekar) serbuk batu kapur (GML).

    Tanah-tanah Tinggi Asal Setempat (Upland Sedentary Soils)

    Tanaman Pertama:

    67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.

    51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP + 34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti

    Double super phosphate

    56 kg/ha (50 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    4/21

    Tanaman Kedua dan Seterusnya:

    90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.

    51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP

    90 kg/ha (80 lb/ekar) Kaliam Muriate of Potash225 kg/ha (200 lb/ekar) GML.

    Tanah Gambut (Pest Soils)

    Tanaman Pertama (sebelum menanam)

    1.3-2.5 tan/hektar (0.5-1 tan/ekar) GML atau serbuk batu kapur.

    34 kg/ha. (30 lb/ekar) Copper sulfate bercampur dengan 67 kg/ha (60 lb/ekar) CIRP.

    67 kg/ha (60 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

    Selepas Menanam:

    449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)

    Selepas 3 bulan:

    67 kg/ha (60lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.

    Tanaman Kedua dan Seterusnya:

    449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)

    67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen pada 3 bulan

    225 kg/ha (200 lb/ekar) serbuk batu kapur atau GML

    Catatan: Nitrogen untuk tanah jenis asal setempat (sedentary soils) dan pesisir

    (coastal) boleh dibahagikan untuk dua kali pembajaan, seperti diberi semasa

    menanam dan bakinya selepas 3 bulan menanam.

    MENINGKATKAN PENDAPATAN DARIPADA HASIL

    (sumber: Agromedia Bil. 6 1999)

    Dalam proses pengeluaran, tenaga buruh merupakan komponen kos yang tinggi,

    apabila permintaan melebihi bekalan. Dua operasi ladang yang paling banyak

    menggunakan tenaga buruh ialah menanam dan memungut hasil. Namun, kedua-

    dua operasi ini boleh dijenterakan apabila ubi kayu ditanam di tanah biasa. Ini

    bermakna jentera boleh menggantikan tenaga manusia bagi menjalankan kerja yang

    menjerihkan ini. Malangnya jentera tidak boleh digunakan apabila ubi kayu ditanam

    di tanah gambut. Berat jentera tidak boleh ditampung oleh tanah gambut yang

    lembut. Walau bagaimanapun di tanah gambut, kos masih boleh dijimatkan dengan

    menanam tanpa pembajakan. Amalan ini sangatlah sesuai untuk tanah gambut

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    5/21

    yang begitu peroi. Selepas ubi dicabut, tanah sedia gembur dan penanaman boleh

    dilakukan dengan serta merta.

    Jika varieti MM 92 ditanam ditanah gambut, kadar baja yang diperlukan hanya

    separuh daripada yang biasa digunakan untuk Black Twig. Kadar separuh yang

    diperlukan ini hanya berselang musim dan dapat mengurangkan kos baja tanpa

    menjejaskan hasil ubi. Di tanah gambut, kos membaja memang tinggi. Tanah ini

    kekurangan banyak nutrien penting, sama ada kandungannya rendah ataupun diikat

    kuat dalam tanah sehingga tidak dapat diserap oleh pokok. Contohnya nitrogen.

    Sungguhpun nutrien ini banyak terdapat dalam bahan organik seperti tanah gambut,

    nitrogen diikat oleh kandungan karbon yang juga tinggi. Jadi, semua nitrogen yang

    diperlukan untuk pertumbuhan ubi terpaksa dibekalkan dalam bentuk baja. Dengan

    penggunaan semula bahan hampas kilang membuat kanji, jumlah baja dapat

    dikurangkan. Ini boleh menjimatkan kos serta sekaligus dapat mengatasi masalah

    pembuangan hampas. Hasil ubi yang tinggi harus dipertahankan daripadakerugian. Kerugian yang mungkin berlaku boleh dielakkan. Cara yang terbaik

    adalah mengurus rumpai, perosak dan penyakit secara lebih rapi. Rumpai akan

    bersaing dengan pokok tanaman bagi mendapatkan bekalan nutrien, air dan cahaya

    matahari. Oleh itu, tanah harus dibaja dengan sempurna supaya ladang bebas

    daripada rumpai semasa menanam. Ini diikuti dengan penyemburan racun herba

    pracambah supaya biji benih rumpai yang ada dalam tanah tidak bercambah.

    Racun rumpai boleh digunakan ialah 2 liter alanchor atau metolachlor dicampur

    dengan 2 kg fluometuron sehektar. Rumpai yang lewat tumbuh boleh dihapuskan

    dengan menggunakan racun herba sentuhan. Serangga perosak dan penyakit tidak

    banyak menimbulkan masalah dalam penanaman ubi kayu di negara ini

    Cara meningkatkan pendapatan daripada penanam ubi kayu

    Perlu dilakukan Boleh diharapkan

    Menggunakan varieti yang berhasil

    tinggi seperti Perintis

    Pendapatan lebih tinggi kerana hasil

    ubi yang lebih tinggi.

    Menggunakan varieti yang memberi

    hasil lebih awal

    seperti MM92

    Pendapatan lebih tinggi kerana hasil

    penanaman dua kali lebih tinggi

    daripada hasil penanaman sekali.

    Menggunakan jentera untuk

    menanam & memungut hasil

    Mengurangkan kos dengan

    mengurangkan keperluan buruh.

    Mengikut amalan tanpa pembajakanMengurangkan kos dengan

    menyingkirkan penyediaan tanah.

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    6/21

    Menggunakan baja yang sedikit

    dengan varieti yang

    memberi hasil lebih awal

    Mengurangkan kos baja.

    Menggunakan semula bahanhampas kilang kanji

    Mengurangkan kos kerana kurang bajadigunakan.

    Mengawal rumpaiPendapatan lebih tinggi kerana

    kerugian hasil dapat dikurangkan.

    Mengawal perosak mamaliaPendapatan lebih tinggi kerana

    kerugian hasil dikurangkan.

    Memproses ubi secepat mungkin

    selapas dipungut

    Pendapatan lebih tinggi kerana

    kerosakan ubi dikurangkan.

    (sumber: Agromedia Bil. 6 1999).

    MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT

    Tiada musuh yang merbahaya dan musuh biasa monyet, tikus dan babi hutan.

    MENGAWAL PENYAKIT DENGAN MENGGUNAKAN RACUN KIMIA

    Bintik daun (leaf spot)

    Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.

    Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia. Buang dan bakar kapar-

    kaparan selepas pengambilan hasil. Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di

    tempat yang sama.

    Hawar bakteria (bacterial angular leaf spot/blight)

    Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.

    Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia. Buang dan bakar kapar-

    kaparan selepas pengambilan hasil. Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di

    tempat yang sama.

    Penyakit akar putih (white root disease)

    Penyakit ini diketahui sekali sekala menyebabkan kerosakan dalam kawasan

    tanaman getah lama atau tanah yang baru dibuka di mana terdapat tunggul-tunggul

    akar yang tidak dibuang semuanya. Buang dan musnah semua tunggul-tunggulatau akar-akar sebelum menanam. Periksa kawasan tanaman, buang dan bakar

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    7/21

    pokok-pokok yang berpenyakit. Buang dan bakar semua kapar-kaparan selepas

    pengambilan hasil tanaman. Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat

    yang sama.

    MEMUNGUT HASIL

    Black Twig dipungut selepas 12 bulan dan C5 boleh dipungut 9 bulan selepas

    menanam. Hasil purata 24-40 ton metrik/hektar. Medan dipungut 12 bulan selepas

    menanam dan hasilnya 20-30 ton metrik/hektar.

    UBI KELEDEK (Ipomoea batatas L.)

    Nama Saintififk : Ipomoea batatas LKeluarga : Convovulaceae.

    Nama tempatan : ubi stella dan ubi jalur

    Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan

    karotena. Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika

    Latin. Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut,

    tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina,

    riboflavin, niasin dan asid askorbik.

    Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di

    dalam air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh

    digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet

    turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan. Kanji

    dari ubi keledek juga digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan

    alkohol atau sirap.

    Diantara varieti-varieti keledek yang ditanam di negara ini ialah Serdang 1, Empat

    Bulan, Large White, Bukit Naga dan Klon MSP 94.

    KULTIVAR YANG DISYORKAN

    Klon yang disyorkan ialah Bukit Naga, Serdang 1 dan Keledek Gendut (PSP 94).

    1. VirtAto

    Pucuk daun sedikit ungu. Gagang daun hijau dengan bintik unggu di pangkal daun.

    Urat daun sebahagian unggu. Daun berbentuk segi tiga. Batang berwarna hijau.

    Ubi berbentuk bujur panjang, kulit ubi berwarna oren muda dan licin. Isi ubiberwarna oren.

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    8/21

    Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah bris, tanah bekas lombong

    dan tanah asid sulfat. Hasil boleh mencapai 40 m. tan/ha. Kelebihan VitAto ialah ia

    mengandungi B-karotena yang tinggi, lebih dari 2,000 bagi setiap 100 gm ubi. B-

    karotena dikekalkan apabila menjadi tepong dan tepong ini lebih berkhasiatberbanding tepung gandum dari segi serat, vitamin C dan B-karotena.

    2. Gendut (MSP94)

    Mempunyai kelebihan berbanding dengan Bukit Naga dan Serdang 1 dari segi rupa

    dan citarasa. Kulit ubi keledek Gendut berwarna perang kekuningan merupakan

    warna yang digemari di pasaran tempatan. Isi ubi keledek gendut pula lebih sedang

    dimakan apabila direbus, digoreng atau dimasak kerana ianya lebih pejal dan tidak

    berair. Klon MSP 94 tidak begitu manis, rasanya hampir sama dengan kentang.

    Warna isinya juga menyerupai warna ubi kentang. Ubi keledek ini sesuai ditanamsama ada di tanah biasa (mineral), tanah sawah, tanah BRIS, tanah bekas lombong

    mahupun di tanah gambut yang mempunyai saliran. Penghasilannya tinggi, iaitu

    diantara 20-30 tan/hektar.

    3. Bukit Naga:

    Kulit ubi berwarna ungu tua dan isi berwarna kuning. Hasil 20-30 tan/ha. Tempoh

    matang 4 bulan. Kultivar jenis besar.

    4. Serdang 1

    Kulit ubi berwarna ungu tua. Isi putih kekuningan. Hasil 15-20 tan/ha. Tempoh

    matang 4 bulan. Kultivar jenis besar.

    5. Large White

    Warna kulit merah samar, isi kuning pucat. Hasil 12-15 tan/ha. Tempoh matang 4

    bulan. Kultivar jenis besar.

    6. Kuala Bikam

    Kulit berwarna kuning pucat, isi berwarna krim. Hasil 25-25 tan/ha. Tempoh matang

    4 bulan. Kultivar jenis kecil.

    Keperluan khas penanaman:

    Memerlukan cahaya matahari penuh untuk penghasilan yang tinggi disamping

    keperluan suhu 24-32 darjah C. Sesuai dengan berbagai keadaan tanah, tetapi tidak

    tahan keapda keadaan terendam kerana ubi akan menjadi busuk. Secara amnya,

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    9/21

    keledek memerlukan tanah peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan

    organan seperti tanah lom dan tanah lempung berpasir.

    Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih

    boleh digunakan. Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk

    menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di

    peringkat ladang.

    Penyediaan Tanah

    Keledek ditanam di atas batas. Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x

    30-40 cm tinggi mengikut kultivar keledek. Didapati penghasilan keledek yang akan

    meningkat selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi

    yang semakin bertambah. Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.

    Untuk menanam keledek di kawasan tanah yang baru dibuka, tanah hendaklah

    dibajak piring sedalam 20-25 cm dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibajak

    putar kali pertama. Keadaan ini dapat menolong di dalam mengurangkan masalah

    penyakit dan perosak keledek yang terdapat dalam tanah. Kapur sebanyak 2.5 m

    tan/ha hendaklah ditabur 2 minggu sebelum bajak putar kali kedua.

    Bagi penanaman di ladang,keratan benih ditanam di batas

    dengan sudut 45o sedalam 15-

    20cm. Jarak tanaman adalah 25-

    30 cm di dalam barisan dan 90-

    120 cm antara barisan, mengikut

    jenis kultivar keledek samada dari

    jenis yang kecil ataupun besar.

    Kultivar dari jenis yang kecil

    memerlukan sejumlah 44,444

    keratan benih (0.25 m x 0.9 m)

    manakala kultivar dari jenis yang

    besar pula sebanyak 27,777

    keratan benih (0.3 m x 1.2 m)

    untuk penanaman sehektar

    keledek.

    Keledek boleh ditanam secara

    tanaman tunggal atau secara

    tanaman selingan di kebun-kebun

    getah atau kelapa sawit yang baru

    Sistem Penanaman Keledek

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    10/21

    dibuka bagi meningkat

    penggunaan sumber sedia ada

    dan keuntungan projek.

    Penanaman keledek dilakukan di

    waktu petang.

    Penyiraman dilakukan selepas setiap penanaman agar pertumbuhannya tidak

    terencat dan kejayaan penanaman lebih terjamin.

    Penjagaan Sulur

    Bagi mendapatkan pembentukan ubi keledek yang elok di bahagian pangkal pokok,

    sulur-sulur keledek hendaklah diangkat dua kali bagi setiap penanaman. Masa yang

    sesuai dilakukan adalah 30 dan 55 hari selepas tanam. Aktiviti ini hendaklahdilakukan sebelum kerja-kerja pembajaan dan pengawalan rumpai. Sekiranya tidak

    dilakukan, akar sisi akan membesar dan menghasilkan ubi-ubi kecil yang tidak

    sesuai untuk pasaran. Pembentukan ubi utama di pangkal pokok juga akan terjejas

    dan kurang sempurna tumbesarannya.

    Pembajaan

    Pengesyoran pembajaan yang sempurna bergantung kepada tiga jenis tanah

    setempat. Secara amnya pembajaan keledek menggunakan baja organik

    (12:12:17:2) dan baja organik (tahi ayam). Baja organik digaul ke dalam batas 3-4

    hari sebelum penanaman.

    Pengurusan Air

    Memerlukan air terutamanya di peringkat 2 bulan pertama penanaman. Ketika ini

    pokok sedang membesar dengan cepat dan kekurangan air akan membantutkan

    pertumbuhan dan seterusnya mengurangkan penghasilan. Pengairan bolehdilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sekiranya

    tiada sistem pengairan yang sempurna, penanaman keledek hendaklah disesuaikan

    dengan kedatangan musim hujan di peringkat penanaman. Sistem perparitan

    diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran dengan membina parit

    ladang.

    Berapakah jumlah air yang diperlukan?

    (Sumber: Agromedia Bil. 11, 2001)

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    11/21

    Bergantung kepada keadaan tanah dan jenis pokok. Bagi tanaman ubi keledek

    yang kawasan akarnya antara 30-40 cm di bawah permukaan tanah, jumlah air

    siraman yang diperlukan di tanah liat berpasir (mineral) lebih kurang 40 meter padu

    sehektar bagi sekali siraman. Pada peringkat awal penanaman, dicadangkan

    tanaman disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi danpetang. Kuantiti air juga bergantung pada keadaan pembesaran dan saiz kanopi

    pokok. Semakin besar saiz kanopi semakin kurang pemeruapan air tanah melalui

    pancaran terus cahaya matahari, tetapi pengambilan air oleh pokok akan

    bertambah. Keadaan ini menyebabkan kapasiti air yang diperlukan untuk siraman

    mungkin akan bertambah, bergantung pada kelembapan tersedia dalam tanah

    (boleh ditentukan melalui jangka tekanan lembapan pengairan 'irrometer'). Apabila

    bacaan jangka tekanan lembapan melebihi 60 centibar, siraman boleh dilakukan

    sehingga bacaannya kembali ke titik asal antara 10-0 centibar. Bagi mereka yang

    berpengalaman, pengairan boleh dilakukan melalui pemerhatian keadaan tanah dan

    pokok keledek tersebut.

    Kos peralatan pengairan

    Harga sesuatu sistem pangairan bergantung pada jenis alat pengairan yang dipilih.

    Bagi kawasan ladang yang besarnya melebihi 10 hektar, dicadangkan sistem "mini

    gun spray" digunakan kerana garispusat kawasan renjisan melebihi 90 meter bagi

    setiap unit. Sehektar 7-10 unit bergantung pada keadaan dan bentuk tanah. Bagi

    ladang keledek yang besar dan jika operasi ladangnya dijalankan secarapenggunaan jentera sepenuhnya, pemilihan sistem pengairan yang sesuai sangatlah

    penting. Sekiranya tersalah pilih, banyak masa kerja akan terbuang untuk

    memasang dan membuka semula sistem pengairan tersebut ketika operasi

    menggunakan mesin ladang hendak dijalankan. Pengairan cucur, titis dan mikro

    renjis melibatkan banyak kerja ketika operasi penjagaan tanaman dan pungutan

    hasil dilakukan di ladang. Jentera ladang akan merosakkan sistem penghantaran air

    dan pemancarnya melainkan sistem tersebut dibuka dan digulung untuk disimpan

    dan digunakan semula apabila perlu. Kadang-kadang keadaan ini akan merosakkan

    peralatan sistem penghantar air dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi.

    Bagi sistem "mini gun spray", sistem penghantaran airnya boleh ditanam di dalam

    tanah ke aras 1 m dan pemancar airnya boleh dinaikkan ke atas permukaan tanah

    melebihi 1 m. Jarak antara pemancar ialah 15-20 m supaya keseluruhan pokok

    dapat disiram apabila perlu. "Mini gun spray" boleh dipasang dan ditanggalkan

    apabila tidak diperlukan. Sistem penghantaran airnya tidak menggganggu

    penggunaan jentera di ladang. Bagi sistem pengairan pemercik mudah alih, sistem

    ini juga sesuai tetapi memerlukan tenaga buruh untuk memasang dan

    menanggalkan semula sistem tersebut apabila kerja penjagaan tanaman dan

    pungutan hasil hendak dilakukan secara berjentera. Bagaimanapun, kos peralatanberubah-ubah mengikut keadaan semasa.

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    12/21

    Penyakit Ubi Keledek serta langkah-langkah kawalan

    Penyakit/musuh Kesan dan Langkah Kawalan

    Kulat

    Bintik daun keledek

    (cercospora

    batatae/Periconia

    byssoides)

    Daun berbintik coklat dan serangan teruk

    mengakibatkan daun menjadi

    berkerengkok. Sembur racun kulat benomyl pada

    kadar 0.015- 0.03%

    bahan aktif selang 5-7 hari sekiranya perlu.

    Kulat

    Reput ubi keledek

    (ceratocystisparadoxa/rhizopus

    oryzae)

    Ubi keledek menjadi reput dan busuk. Elakkan

    kecederaan ubi semasa

    memungut hasil. Jalankan proses pengesaran kulit ubi

    keledek selepas

    pungutan hasil. Simpan ubi didalam keadaan kering.

    Kulat

    Keruping (elsinoe

    batatas)

    Simptom penyakit ini terdapat pada urat daun, tangkai

    dan batang. Terdapat

    bintik-bintik perang pada daun dan batang. Ia menjadi

    gabus atau

    bersatu membentuk keruping. Daun bergulung /

    berkedut, mengecil danberubah bentuk serta batang dan tangkai berpintal.

    Langkah kawalan: Gunakan keratan benih yang bebas

    penyakit.

    Amalkan tanaman giliran dan kebersihan kebun.

    Kaedah mengangkat daun

    dapat membantu mengurangkan jangkitan penyakit ini.

    Proses mengangkat

    daun dapat memperbaiki pengudaraan dan

    mengurangkan kelembapan

    persekitaran tanaman. Pancaran terus cahaya

    matahari ke bahagian yang

    terjangkit secara tidak langsung dapat membantu

    mengurangkan jangkitan.

    Pengawalan secara semburan kimia ialah dengan

    mengggunakan Benomyl

    pada kadar yang disarankan. Semburan hanya perlu

    dilakukan sekiranyasimptom awal penyakit dalam dilihat. Selepas

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    13/21

    semburan ini, penanam boleh

    memilih sama ada meneruskan penyemburan atau

    tidak bergantung pada

    simptom yang dilihat. Hasil kajian mendapati bahawa

    gabungan semburanselepas mengangkat daun akan memberikan

    pengawalan yang lebih baik.

    Serangga

    Kumbang pengorek ubi

    (cylas formicarius)

    Kumbang ini membiak di dalam ubi keledek dan

    menurunkan kualiti ubi

    sehingga hasil tiada nilai pasaran. Serangan yang

    teruk boleh mengakibat

    kan kerugian sehingga 90& hasil.

    Amalkan sistem giliran tanaman dan kebersihan

    kebun. Tabur butiran racun

    carbofuran pada kadar 1.5 kg/ha bahan aktvif semasapenanaman boleh

    mengurangan serangan

    Serangga

    Ulat Pengorek Batang

    (omphisa

    anastomosaslis)

    Batang dan sulur keledek dikorek oleh larva

    kadangkala sehingga ke ubi

    keledek. Giliran penanaman dan kebersihan kebun

    dijalankan.

    Vertebrate

    Tikus

    Memakan ubi keledek. Amalkan kebersihan ladang.

    Umpan dengan racun brodifacoum di peringkat umurpenanaman dua bulan dapat mengurangkan kejadian

    serangan.

    Tempoh Dilarang Mengutip Hasil

    Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan

    kepada tempoh dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir seperti berikut:-

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    14/21

    Racuntempoh larang kutip (bil

    hari)

    benomyl

    carbofuran

    14

    30

    Kematangan dan Pengutipan Hasil

    Boleh dipungut 3-5 bulan selepas menanam. Kematangan boleh ditentukan apabila

    daun-daun bawah pucuk keledek kelihatan kekuningan dan beransur menjadi layu.

    Sekiranya ubi keledek dibelah, cecair yang keluar dari ubi tersebut tidak bertukar

    kepada warna kehitaman dengan cepat.

    Daun dan batang keledek dipotong terlebih dahulu. Ubi dikorek dan dikeringkan di

    peringkat ladang sebelum dibakulkan untuk pemasaran. Ini bertujuan untuk proses

    pengerasan kulit ubi tersebut bagi memulihan calar-calar dan luka ketika proses

    memungut hasil dilakukan. Sekiranya tidak dilakukan, calar-calar ini sering dijangkiti

    oleh agen-agen penyakit terutama kulat yang boleh menyebabkan keledek menjadi

    cepat busuk. Ubi keledek hendaklah disimpan di tempat teduh yang terbuka agar

    sentiasa kering bagi mengelakkan reput ubi oleh serangan kulat. Keadaan kering

    juga dapat menghalang proses pertumbuhan ubi keledek di mana ianya boleh

    menurunkan kualiti dan harga ubi di pasaran.

    Perosak Ubi Keledek serta langkah-langkah kawalan

    Ulat Pengorek Batang (Omphisa anastomosalis)

    Ulat mengorek dan memakan bahagian dalam batang dan sulur keledek. Boleh juga

    menyerang ubi jika kehabisan batang. Amalkan giliran tanaman. Tanaman yang

    baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.

    Kumbang Belalai (Cylas formicarius)

    Lundi memakan bahagian dalam batang dan ubi. Kumbang dewasa pula memakandaun, mengorek permukaan ubi. Amalkan giliran tanaman. Tanaman yang baru

    hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.

    POTENSI KERATAN PUCUK SEBAGAI BAHAN TANAMAN KELEDEK

    (Sumber: Teknotani Jilid 10 Bil. 1/96)

    Amalan menanam ubi keledek menggunakan keratan batang adalah amalan biasa di

    kalangan petani. Bagaimanapun terdapat satu lagi kaedah menanam iaitu denganmenggunakan keratan pucuk. Berdasarkan pemerhatian awal yang telah dijalankan

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    15/21

    di Pusat Pembangunan Komoditi, Besut pada tahun 1994, penggunaan keratan

    pucuk menunjukkan potensi yang menggalakkan. Hasil pemerhatian berkenaan

    telah menunjukkan bahawa menanam ubi keledek menggunakan keratan pucuk

    lebih menguntungkan berbanding dengan keratan batang. Ini dapat diperhatikan

    daripada peningkatan hasil yang amat ketara iaitu 7.25 tan/hektar bagi varieti KualaBikam dan 6.75 tan/hektar bagi varieti V5.

    UBI SENGKUANG

    Nama Botani

    Famili

    -

    -

    Pachyrhizus erosus (Yam Bean)

    Leguminosae

    Sengkuang adalah sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi.

    Pokoknya tumbuh melilit/memanjat, mempunyai daun dan batang sedikit berbulu.

    Iklim dan Tanah

    Sesuai ditanam dalam kawasan yang lembap dan panas dengan suhu hariannya

    diantara 21o-30oC. Ubi ini boleh jua ditanam di kawasan tanah tinggi selama 1800

    m.p.a.1.

    Penyediaan Tanah

    Tanah perlu dibajak sebanyak dua pusingan dan kemudian diikuti dengan

    pembuatan batas, berukuran 60 sm lebar dan 30 sm tinggi.

    Menanam

    Biji benih sengkuang ditanam terus ke batas sebanyak 2 biji selubang. Biji benih

    yang diperlukan ialah 9 kg/hektar. Jarak tanaman ialah 20 sm antara baris dan 15

    sm dalam baris (dua baris sebatas).

    Cantasan Dahan dan BungaKerja mencantas dahan dan membuang daun dan bunga, perlu dijalankan sekurang-

    kurang 4 kali dalam tempoh tanaman sengkuang untuk mengelakkan daun yang

    berlebihan dan menggalakkan pertumbuhan ubi. Hanya 3 dahan ditinggalkan

    sepokok dan dahan yang terlalu panjang (lebih 60 sm) dicantas. Satu pokok

    sengkuang mestilah mempunyai kira-kira 12 helai daun dan daun yang berlebihan

    dibuang.

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    16/21

    Pembajaan

    Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

    Pusingan Masa Jenis BajaKadar/Hektar (650

    batas)

    1 sebelum menanam Baja organan 4 tan

    2 3 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg

    3 6 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg

    4 10 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg

    KAWALAN RUMPAI

    Racun rumpati pracambah alachlor (Lasso) pada kadar 4 liter/hektar disembur ke

    atas batas sebelum menanam biji benih. Kerja-kerja merumput selepas itu tidak

    diperlukan kerana ianya tidak akan menganggu pertumbuhan ubi.

    KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

    Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman ssengkuang ialahulat pemakan daun dan cengkerik yang boleh dikawal dengan racun Carbaryl.

    Penyakit yang kadang-kadang menyerang tanaman sengkuang ialah reput umbisi

    dan mozek duan, yang mana tidak merbahaya dan boleh dikawal dengan

    pengurusasn tanaman yang baik.

    TEMPOH MENGUTIP HASIL:

    Hasil ubi sengkuang boleh dipungut selepas 4 - 4 1/2 bulan ditanam. Pokok yang

    cukup matang daunnya berwarna kekuning-kuningan. Kerja-kerja yang perlu

    dilakukan ialah mencabut, memotong, mengumpul dan mengisi ke dalam bakul.Hasil yang dijangka ialah 25 tan/hektar.

    Pengendalian Lepas Tuai

    Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai

    PENANAMAN UBI SENGKUANG DI TANAH BEKAS LOMBONG

    Nilai pH tanah di kawasan tanah lombong dilaporkan sedikit beralkali (7.5 B.J.Kho).Untuk memperbaiki kesuburan tanah, tabur baja tahi ayam sebanyak 550 beg

    http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=352:pengendalian-lepas-tuai-sayur-sayuran&catid=68:manual-tanaman&Itemid=385http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=352:pengendalian-lepas-tuai-sayur-sayuran&catid=68:manual-tanaman&Itemid=385http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=352:pengendalian-lepas-tuai-sayur-sayuran&catid=68:manual-tanaman&Itemid=385
  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    17/21

    (anggaran 30 kilogram bagi sehektar) yang ditabur 2 kali. Kali pertama ditabur

    semasa penyediaan tanah dan kali kedua ditabur di atas batas selepas menanam.

    Penambahan bahan organan akan membaiki struktur dan tekstur tanah dari segi

    pemegangan air dan nutrien untuk pertumbuhan pokok. Batas berukuran 75 cm

    lebar dan 22 cm tinggi pula dinaikkan. Jarak diantara batas adalah 160 cm.

    Pengairan

    Kolam-kolam di persekitaran kawasan lombong boleh digunakan sebagai bekalan

    air. Gunakan alat sprinkler jenis 'jet sprayer' untuk mengairkan tanaman. Setiap unit

    berkeupayaan untuk mengairkan kawasan sehingga seluas 0.4 hektar. Pam air

    yang menggunakan kuasa 'PTO' dari traktor menyedut air daripada kolam untuk

    menyiram pokok.

    Menanam

    Biji benih ditanam terus di atas batas dengan kadar 9 kilogram sehektar.

    Penanaman 2 baris sebatas diamalkan dengan jarak tanaman 30 cm antara baris

    dan 15 cm antara pokok. Sebanyak satu biji ditanam pada setiap lubang. Biji benih

    akan bercambah 10 hari selepas menyemai. Program membaja yang diamalkan

    adalah seperti berikut:-

    Baja Asas

    400 beg tahi ayam - ditabur rata di permukaan tanah sebelum dibajak.

    Baja Sisi

    (i) 200 kg. baja sulphate of ammonia - ditabur di batas 14 hari selepas anak benih

    tumbuh.

    (ii) 150 beg tahi ayam - ditabur di atas 21 hari selepas anak benih

    tumbuh.

    (iii) 300 kg. baja sebahatian 15:15:15 - ditabur 40 hari selepas anak benih tumbuh.

    (iv) 300 kg. baja sebatian 15:15:15 - ditabur 60 hari selepas anak benih tumbuh.

    Perhatian: Tambah 1-2 kali jika diperlukan dengan kadar yang sama setiap 20 hari.

    Mencantas Dahan Dan Bunga

    Mencatas dilakukan pada masa pokok berumur 50 hari selepas menanam dan

    dilakukan sebanyak 4 kali. Cara mencantas batang ialah dengan membuang dahan-

    dahan utama yang berlebihan dengan hanya meninggalkan 3-4 cabang. Pucuknya

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    18/21

    dicantas sehingga batang berukuran 45-50 cm. Kesemua jambak bunga hendaklah

    dicantas.

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    19/21

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    20/21

    Hasil sengkuang boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam. Mutu ubi akan menurun jika

    dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan. Tanda-tanda pokok yang matang adalah

  • 8/3/2019 PANDUAN MENANAM UBI

    21/21

    daun berwarna kekuningan. Aktiviti mengutip hasil termasuklah mencabut,

    memotong, menyusun ubi ke dalam bakul dan mengangkut bakul ke atas lori.