tanaman hidroponik
DESCRIPTION
2015TRANSCRIPT
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 1/19
Sk st. Francis
Folio kemahiran hidup
Tahun 6
PENANAMAN HIDRPNI!
NAMA : AKHILAN A/L LOGA NATHAN
KELAS : 6 NEPTUNE
NAMA GURU : PN. AZWANI BT. MOHAMMAD
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 2/19
ISI KANDUNGAN
Penghargaan ........................................................................................3
Pendahuluan .........................................................................................4
Faedah menanam sayuran secara hidroponik .....................................5
Jenis sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik ........................6
Peralatan sistem hidroponik ................................................................7
Cara memasang peralatan hidroponik ................................................9
Cara menyemai bii benih .................................................................!!
Cara menyediakan larutan nutrient ...................................................!4
"esimpulan .......................................................................................!#
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 3/19
Penghargaan
Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih
saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan Azwani,
ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahu pun tidak bagi menyumbangkan idea,
kerjasama dan sokongan sepanjang penghasilan folio ini.
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 4/19
Pendahuluan
Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tumbuh-
tumbuhan tanpa tanah. Perkataan Hidroponik adalah gabungan
dua perkataan Greek iaitu perkataan ‘hydro’ bermaksud ‘air’ dan
‘ponos’ bermaksud ‘kerja’. Secara amnya hidroponik adalah
aktiviti kerja air. Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di
atas tanah dikenali sebagai ’geoponics’.
Tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan mendapat zat
makanan dan air dalam bentuk larutan.Dalam sistem
hidroponik, makanan dibekalkan kepada pokok melalui larutan
baja yang dikenali sebagi larutan nutrien. Bekalan larutan
nutrien yang seimbang membolehkan akar tumbuh dengan
sempurna dan sihat. Ini akan menggalakan tumbesaran
tumbuh-tumbuhan bagi pengeluaran daun dan pucuk. Namun
demikian, pertumbuhan tanaman masih dipengaruhi pelbagai
faktor seperti cahaya matahari, suhu, karban dioksida dan
kelembapan persekitaran.
Penanaman hidroponik hendaklah ditanam di dalam rumah
tanaman atau rumah pelindung hujan. Hal ini dilakukan untuk
mengelakkan larutan baja daripada dimasuki air hujan.
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 5/19
Bumbungnya pula dipasang dengan plastic lut sinar supaya
cahaya matahari yang cukup dapat menembusinya.
Terdapat beberapa teknik penanaman sayuran secarahidroponik iaitu :
- Hidroponik taking - Nutrien dalam
- Nutrien cetek - Aeroponik
Faedah menanam sayuran secara hidroponik
Penanaman melalui hidroponik telah banyak memberi faedah.
Diantara faedah-faedah adalah seperti yang berikut:-
• sesuai bagi kawasan tanahnya terhad atau di kawasan yang
sempit
• hasil tuaian lebih berkualiti
• jangkitan penyakit dan rumpai mudah dikawal
• penanaman ini dapat diusahakan sepanjang masa
• pemasangan dan penyediaan alatan mudah dan cepat
• tidak memerlukan kerja pembajakan tanah dan penyediaan
batas
• bersifat mesra alam
• tiada masalah rumpai
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 6/19
Jenis sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik
Sayuran yang sesuai ditanam melalui kaedah ini adalah :-
• sayuran jenis berdaun – contohnya sawi. bayam, kailan dan
kubis
• sayuran jenis buah – contohnya tomato, timun, terung, dan
cili
• tanaman jenis ulam – contohnya pegaga, pudina, dan ulam
raja
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 7/19
Peralatan sistem hidroponik
Peralatan yang perlu disediakan adalah seperti yang berikut :
• Takung
Berfungsi untuk menakung air yang
mengandungi larutan nutrien.
• Penutup taking
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 8/19
Berfungsi untuk memegang raga tanaman dan
menutup taking.
• Medium semaian
Dijadikan sebagai medium percambahan biji
benih. Span, kapas dan bebenang digunakan sebagai medium
semaian.
• Larutan nutrient
Sebagai sumber nutrien kepada pokok.
• Raga tanaman
Berfungsi untuk mengisi medium
semaian seperti bebenang atau span.
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 9/19
Cara memasang peralatan hidroponik
Berikut adalah cara memasang dan menyediakan peralatan
hidroponik taking adalah seperti yang berikut:
i. Masukkan bebenang atau span ke dalam raga semaian
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 10/19
ii. Tutup taking dengan menggunakan penutup taking
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 11/19
iii. Letakkan raga tanaman anak benih yang telah bercambah
pada lubang penutup takung.
*Pastikan takung hidroponik ditutup rapat untuk mengelakkan
pembiakan nyamuk
Cara menyemai biji benih
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 12/19
Biji benih sayur mestilah disemai terlebih dahulu sebelum
ditanam. Untuk menyemai biji benih, kita harus menggunakan
bahan yang sesuai sebagai medium semaian. Span dan
bebenang ialah medium yang sesuai digunakan kerana bolehmenyerap air. Medium ini akan dimasukkan ke dalam raga
tanaman. Kemudian raga tanaman akan disusun di dalam
takung sebagai tempat percambahan. Langkah menyemai biji
benih adalah seperti yang berikut:
i. Masukkan dua hingga lima biji benih ke dalam setiap raga
tanaman.
ii. Basahkan medium semaian. Susun raga semaian di dalam
takung dan tutup rapat.
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 13/19
iii. Peram biji benih yang telah disemai
iv. Biji benih akan bercambah dalam masa dua hari
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 14/19
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 15/19
Cara menyediakan larutan nutrient
Larutan nutrien perlu disediakan apabila anak benih mula
bercampah dan perlu dipindahkan ke takung. Nutrien yang
seimbang perlu untuk tumbesaran sayuran yang ditanam.
Sumber nutrien boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk
seperti cecair, kristal dan butiran.
Cecair Butiran
Larutan nutrien perlu disediakan dengan teliti dan berhati –
hati bagi menentukan kepekatannya. Penyediaan sukatan yang
tidak betul akan menyebabkan tanaman sayuran tidak subur
atau akan mati. Kita haruslah mengikuti arahan yang terdapat
pada label larutan baja. Berikut adalah cara menyediakan
larutan nutrient untuk hidroponik takung:
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 16/19
i. Masukkan air ke dalam takung mengikut sukatan
ii. Masukkan pati larutan baja mengikut sukatan yang
ditentukan
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 17/19
iii. Kacau pati larutan baja
iv. Tutup takung. Pindahkan anak benih yang telah
bercambah ke takung tanaman yang disediakan. Pilih anak
benih yang sihat sahaja.
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 18/19
v. Biarkan dua hingga tiga anak benih yang sihat sahaja pada
setiap raga tanaman untuk membesar.
7/17/2019 Tanaman Hidroponik
http://slidepdf.com/reader/full/tanaman-hidroponik 19/19
Kesimpulan
Sistem hidroponik ini telah mula memberi sumbangan
kepada kemajuan industri dan pengeluaran sayur-sayuran.
Penanaman secara hidroponik merupakan satu kaedah
pengeluaran sayuran moden dan berteknologi tinggi yang
berpotensi untuk berkembang lebih maju di Malaysia sejajar
dengan arus pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai
negara maju menjelang tahun 2020.
Dapat disimpulkan bahawa tanaman hidroponik adalah
suatu cara yang sesuai ditanam tanpa menggunakan media
tanah, melainkan dengan menggunakan larutan mineral bernutrisi atau bahan lainnya seperti sabut kelapa, serat
mineral, pasir, pecahan batu bata, serbuk kayu, dan lain-lain
sebagai pengganti media tanah.