penyataan profesional

4
PENYATAAN PROFESIONAL i) Sebelum Praktikum Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untukmengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM.Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu hingga semester empat. Ia merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum.Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh Unit Praktikum IPG Kampus Raja Melewar.. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-kurangya dua hingga tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap opsyen. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shanghai, Seremban, Negeri Sembilan. Saya bersama seorang lagi rakan sekelas saya telah diberi sekolah ini sebagai sekolah untuk menjalani Praktikum 1. Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, pada 21 Jun 2015 jam 8.30 pagi.Sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya telah meninjau lokasi sekolah tersebut. Saya juga telah mengambil catatatan masa 1

Upload: nzismail

Post on 18-Aug-2015

27 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyataan profesional

PENYATAAN PROFESIONAL

i) Sebelum Praktikum

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam

program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar

untukmengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif

dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat

ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan

bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian

pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM.Sebelum menjalani tempoh

latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu hingga semester empat. Ia

merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani

praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai

hal ini iaitu latihan praktikum.Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh Unit

Praktikum IPG Kampus Raja Melewar.. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya

dibenarkan sekurang-kurangya dua hingga tiga orang sahaja untuk satu sekolah

bagi setiap opsyen. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Jenis

Kebangsaan Tamil Ladang Shanghai, Seremban, Negeri Sembilan. Saya

bersama seorang lagi rakan sekelas saya telah diberi sekolah ini sebagai

sekolah untuk menjalani Praktikum 1.

Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, pada 21 Jun

2015 jam 8.30 pagi.Sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya telah

meninjau lokasi sekolah tersebut. Saya juga telah mengambil catatatan masa

perjalanan dari rumah ke sekolah. Ini bagi memudahkan saya untuk merancang

perjalanan ke skolah bagi menjalani praktikum. Perjalan dari rumah ke sekolah

mengambi lmasa lebih kurang 30 minit, dan jarak perjalanan lebih kurang 20

kilometer. Selain itu, saya telah membeli buku Rancangan Pengajaran Harian di

Koperasi IPG Kampus Raja Melewar. Harga buku tersebut ialah RM28. Setiap

guru pelatih wajib membeli buku Rancangan Pengajaran untuk dibawa ke

sekolah untuk merekod segala persediaan mengajar sepanjang menjalani

praktikum.

1

Page 2: Penyataan profesional

ii. Semasa Praktikum

Saya Nurzaimah Binti Ismail telah menjalani latihan praktikum 1 di

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shanghai, Seremban. Praktikum ini

mengambil masa selama sebulan (22hb Jun hingga 17 Julai 2015) dan saya

akan mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu

tersebut.Antara tujuan program Praktikum ini adalah untukmembolehkan

pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat

pendedahan awal pembelajaran murid. Saya telah dipertanggungjawabkan

untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu tahun 4 . Jumlah masa bagi

matapelajaran Bahasa Melayu tahun 4 ialah sebanyak 9 waktu seminggu.

Selain itu saya telah diberi dua masa tambahan untuk mengajar murid tahun

1 daripada kelas pemulihan untuk membuat latihan menulis dan membaca.

Kumpulan murid ini sangat lemah dan sentiasa memerlukan bantuan guru

untuk belajar asas menulis dan membaca.

Berdasarkan pemerhatian saya, murid berbangsa India di sekolah ini

boleh memahami dan bertutur Bahasa Malaysia dengan baik. Namun masih

terdapat sebilangan kecil murid yang memerlukan bimbingan yang lebih

daripada guru untuk membantu mereka agar dapat berkomunikasi dalam

Bahasa Malaysia dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang

kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid kaum

India terutamanya dalam matapelajarn Bahasa Malaysia. Selain itu, saya juga

dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui

buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga

membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan

kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina

keyakinan diri seseorang guru pelatih selain mempersiapkan saya sebagai

salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga,

guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik

darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan refleksi.Secara

keseluruhannya, pendedahan awal saya semasa praktikum 1 di Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shanghai ini sememangnya memberikan

impak yang positif kepada saya dalam membentuk keperibadian, sahsiah dan

kualiti sebagai seorang guru di masa akan datang.

2

Page 3: Penyataan profesional

iii. Selepas Praktikum

Banyak pengalaman baru yang telah saya lalui sendiri sepanjang

praktikum ini antaranya ialah membuat rancangan pengajaran harian,

mingguan, semester untuk tujuan P&P. Selain itu, saya perlu mengajar dan

membina Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran untuk memudahkan

proses penyampaian ilmu kepada murid-murid. Akhir sekali, data-data

dianalisis, dinilai dan dilaporkan melalui refleksi yang dibuat. Satu portfolio

yang lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar

kepada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan Unit Praktikum untuk

Tugasan Profesional. Portfolio itu mengandungi hasil tugasan Praktikum yang

telah dilaksanakan. Sesi refleksi dan interaksi bersama pensyarah akan

dilakukan untuk membincangkan hasil Praktikum ini.

3