penulisan jurnal praktikum

8
Penulisan jurnal praktikum JURNAL 1 (21/6/2009-25/6/2009) MASALAH AWAL : MURID DAN SEKOLAH MASALAH Pada praktikal KPLI-SR ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu pemulihan untuk kelas, 3 Firus di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT). Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (kelas arus perdana) pula, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar di Kelas 3 Berlian. Pertama kali mengajar murid di kelas sebenar menimbulkan perasaan yang pelbagai yang sukar untuk dinyatakan. Sebenarnya, saya tiada pengalaman mengajar murid dalam bidang ini, namun saya yakin setiap pengalaman itu akan ditimba dan dipraktikkan dari masa ke semasa. Saya risau memikirkan bahawa sekolah ini terletak tengah bandar dan merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan kebangsaan . Pelbagai masalah dihadapi terutamanya bagi merapatkan jurang perbezaan murid pemulihan dengan murid kelas arus perdana. Selain itu, kemudahan di kelas pemullihan di sekolah ini juga agak terhad seperti kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) dan keadaan bilik pemulihan yang serba kekurangan. Prestasi akademik di sekolah ini juga agak kurang memuaskan sejak kebelakangan ini. Hal ini terutamanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Oleh yang demikian, saya memikul cabaran yang sukar dan mencabar sekali sebagai guru pelatih disini. Masalah-masalah tersebut seharusnya tidak dijadikan alasan bagi saya untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Pada minggu pertama di SKSAT ini, saya berkesempatan mengenali kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal saya ajar bagi tempoh 3 bulan ini. Sesungguhnya 3 bulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari serta menguasai sistem pengajaran yang konsisten mampan. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid. Dalam hal yang lainnya, masalah yang berpunca dari kalangan murid terhadap kelas juga telah difikirkan dan dapat dilihat. Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah

Upload: lina-abu-bakar

Post on 14-Apr-2016

19 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan jurnal praktikum

Penulisan jurnal praktikumJURNAL 1 (21/6/2009-25/6/2009)MASALAH AWAL : MURID DAN SEKOLAH

MASALAH

Pada praktikal KPLI-SR ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu pemulihan untuk kelas, 3 Firus di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT). Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (kelas arus perdana) pula, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar di Kelas 3 Berlian. Pertama kali mengajar murid di kelas sebenar menimbulkan perasaan yang pelbagai yang sukar untuk dinyatakan. Sebenarnya, saya tiada pengalaman mengajar murid dalam bidang ini, namun saya yakin setiap pengalaman itu akan ditimba dan dipraktikkan dari masa ke semasa. Saya risau memikirkan bahawa sekolah ini terletak tengah bandar dan merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan kebangsaan . Pelbagai masalah dihadapi terutamanya bagi merapatkan jurang perbezaan murid pemulihan dengan murid kelas arus perdana. Selain itu, kemudahan di kelas pemullihan di sekolah ini juga agak terhad seperti kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) dan keadaan bilik pemulihan yang serba kekurangan. Prestasi akademik di sekolah ini juga agak kurang memuaskan sejak kebelakangan ini. Hal ini terutamanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Oleh yang demikian, saya memikul cabaran yang sukar dan mencabar sekali sebagai guru pelatih disini. Masalah-masalah tersebut seharusnya tidak dijadikan alasan bagi saya untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.

Pada minggu pertama di SKSAT ini, saya berkesempatan mengenali kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal saya ajar bagi tempoh 3 bulan ini. Sesungguhnya 3 bulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari serta menguasai sistem pengajaran yang konsisten mampan. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid. Dalam hal yang lainnya, masalah yang berpunca dari kalangan murid terhadap kelas juga telah difikirkan dan dapat dilihat. Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Sifat kenakalan yang sebegini tidak boleh di benarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Page 2: Penulisan jurnal praktikum

Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedure”.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan. 

ANALISIS MASALAH 

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan dalam kelas.2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas. 

Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek matematik turut menyukarkan murid untuk memahami perkara yang diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat bising. 

CADANGAN 

Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri

Page 3: Penulisan jurnal praktikum

mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah. 

Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru. 

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

TEMPOH PENYELESAIAN 21/6/2009 hingga 9/7/2009 ( 2 minggu)

TINDAKAN SUSULANSaya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya

Page 4: Penulisan jurnal praktikum

URNAL REFLEKSI

MINGGU 6 ( 07 Mac 2011 – 11 Mac 2011)

MASALAH

Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.

Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya.

Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman).

” Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta

yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu ’ bekerja ’, mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar. ”

Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan pendekatan bermaian walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya pada hari ini. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya.

Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut

Page 5: Penulisan jurnal praktikum

Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).

ANALISIS MASALAH

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu :

Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ?

Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ?

Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ?

Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ?

Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ?

Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

 Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang.

Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil

Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama.

Murid-murid tidak berminat dengan subjek Penidikan Islam.

Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.

CADANGAN

Page 6: Penulisan jurnal praktikum

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :

- Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid

- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai

- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati

- Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid

- Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.

- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

- Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai

- Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

- Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar

- Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

TEMPOH PENYELESAIAN

21 Mac 2011 – 01 April 2011 (2 Minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Page 7: Penulisan jurnal praktikum

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid yang istimewa dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus.

Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak.

Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru.

Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar.

KESIMPULAN

Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logikal – matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya.