contoh penulisan jurnal mingguanmurid kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran.docx

29
KURANG MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP PELAJARAN Masalah Saya mengajar di Kelas 2 Nilam bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid-murid didalam kelas ini sangat aktif dan menunjukkan minat terhadap pelajaran yang diajar. Namun begitu,terdapat seorang murid lelaki yang murang menunjukkan minat terhadap mata pelajaran yang diajarguru. Ketika guru memberikan penerangan didapati murid ini kurang memberikan tumpuanterhadap demonstrasi serta penerangan yang diberikan guru. Murid ini juga kelihatan mempunyaisikap yang agak pasif.Sikap murid berkenaan menyebabkan dirinya sentiasa disisih oleh rakan-rakan yang lain,mereka menganggapnya lemah dan lembab. Keadaan ini menyebabkan murid merasa rendah diridan tidak menunjukkan minat untuk bermain bersama rakan yang lain .Menurut J.B. Watson (1878-1958)emosi manusia senantiasa berubah. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Tingkah laku murid ini dipengaruhi oleh tingkah laku negatifnya yang menyebabkan muridini menjadi pasif dan tidak suka menonjolkan diri serta tidak aktif seperti rakannya yang lain.Dalam pada itu, Watson(1878-1958) juga turut menjelaskan peranan guru dalam prosespengajaran. Guru hendaklah menggunakan ransangan yang boleh memotivasikan murid supaya minat belajar dan mengelakkan penggunaan ransangan yang membawa kesan negative.Saya akan menggunakan pelbagai pendekatan supaya dapat mengubah persepsi negativemurid ini

Upload: kam-yeng-chin

Post on 13-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KURANG MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP PELAJARAN

MasalahSaya mengajar di Kelas 2 Nilam bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid-murid didalam kelas ini sangat aktif dan menunjukkan minat terhadap pelajaran yang diajar. Namun begitu,terdapat seorang murid lelaki yangmurang menunjukkan minat terhadap mata pelajaran yang diajarguru. Ketika guru memberikan penerangan didapatimurid ini kurang memberikan tumpuanterhadap demonstrasi serta penerangan yang diberikan guru. Murid ini juga kelihatan mempunyaisikap yang agak pasif.Sikap murid berkenaan menyebabkan dirinya sentiasa disisih oleh rakan-rakan yang lain,mereka menganggapnya lemah dan lembab. Keadaan ini menyebabkan muridmerasa rendah diridan tidak menunjukkan minat untuk bermain bersama rakanyang lain.Menurut J.B. Watson (1878-1958)emosi manusia senantiasa berubah.Manusia mewarisitiga jenis emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.Tingkah laku murid inidipengaruhi oleh tingkah laku negatifnya yang menyebabkan muridini menjadi pasif dan tidak suka menonjolkan diri serta tidak aktif seperti rakannya yang lain.Dalam pada itu,Watson(1878-1958)juga turut menjelaskan peranan guru dalamprosespengajaran. Guru hendaklah menggunakan ransangan yang boleh memotivasikan muridsupaya minat belajar dan mengelakkan penggunaan ransangan yangmembawa kesan negative.Saya akan menggunakan pelbagai pendekatansupaya dapat mengubahpersepsi negativemurid ini kepada pemikiran yang positif. Murid ini tiada mengalami sebarang kecacatan diri danseharusnya murid ini menjadi aktif seperti rakan-rakannya yanglain.Analisis MasalahMenurut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujukkepada proses perbincangan diantara seorang kaunselor dengan seorang kliennya di manakaunselorini berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yangdihadapi sehingga dapat membuat pertimbangandan mengambilkeputusan daripada pilihan-pilihan yang dapat membantunya mengatasimasalah.Sikap yang ditunjukkan oleh muridyang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasatmasalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Antara soalan-soalan yang timbul di dalam di dalampemikiran saya ialah:-Adakah murid tidak minat langsung terhadap mata pelajaran yang saya ajar?-Mengajar murid ini bersikap sedemikian ?-Apakah latar belakang sebenar murid ini ?-Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini ?-Mungkinkah kerana factor persekitaran?-Bagaimanakah penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini ?Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temubualdengan guru-guru danrakan yang tinggalberdekatan dengan rumah murid ini, saya dapat merumuskan bahawaterdapatbeberapa faktor penyebab kepada permasalahan ini, iaitu:-Murid ini dari kumpulan yang lemah-Murid ini berasal dari golongan yang kurang berada-Tiada sebarang kecacatan diri-Takut untuk berinteraksi dengan rakan yanglebih menonjol-Sentiasa memerlukan tunjuk ajar-Sikapnya yang pasif menyebabkan murid inisenantiasa disisihkan rakan-Tidak yakin dengan diriHasil daripada pemerhatian yang dibuat, muridini menghadapi masalah disebabkan factorpersekitaran iaitu lebih merujuk kepada suasana di dalamkelas tersebut. Sikap rakan-rakanyang menyisihkan murid ini menjadikan murid ini lebih bersifat pasif dan takut untuk terlibatsama melakukan aktiviti.CadanganBagi mengubah sikapmurid ini daripada terusmenjadi pasif ,sayatelah membuatbeberapacadangan yang boleh membantunya untuk aktif sama seperti rakannya yang lain. Antara cadangansaya adalah seperti berikut:-Meminta rakan agar tidak menyisihkan murid ini-Memberikan kata-kata perangsang supaya murid ini lebih berkeyakinanuntukmemajukan diri-Membimbing murid ini untuk bersama-sama melakukan aktiviti-Menggalakkan murid lain memberikan sokongan kepadanya-Menyuruh murid ini melakukan aktivitisambil menilai tahap kemampuannya.Menurut Galton (1865) ,telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasanyang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan antara individubolehdiperhatikan daripada prestasimurid di dalam sesuatu kelas.Menurutnya , ibubapa yangcerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar.Tempoh Penyelesaian14 Julai 2008- 1 Ogos 2008 (3 minggu)Tindakan SusulanSebagai gurusaya bertanggungjawab untuk senantiasa memberikan dorongan sertatunjuk ajar. Hasil daripada pembacaan dan kajian yang dibuat , bagi menangani masalahmurid ini saya telahmerujuk kepada konsep kendiripositif yang perlu adadi dalamdiriseseorang murid bagi mendorongnya menjadi lebih yakin terhadapkemampuan dirinya.H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) berpendapatkonsep diriterdiri daripada persepsi kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khususdipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.Hasil daripada kajian yang dilakukan didapati konsep kendiri ini dibentuk daripadainteraksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakansebaya dan masyarakat serta pengalamandan penyesuaian diri dengan persekitaran.Murid ini akan diajar langkah demi langkah daripada pergerakan yang asas kepadayang lebih sukar. Rakan-rakan digalakkanuntuk turut sama memberikan sokongankepadanya. Sikap mementingkan diri dan memilih kawandilarang sama sekali oleh guru.Semua ktiviti perlu dilakukan secarabersama oleh semua murid.

KesimpulanMenurut kajian yang dilakukan oleh H.V Perkins, didapati bahawa konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam bidangakademik atau ko kurikulum.Sekiranya seseorang murid ingin mencipta kejayaannya, diahendaklah mensepsikan dirinyasebagai seorang murid yang berkebolehan dan mepmpunyai penghargaan diriyang tinggi.Murid-murid perlulah diberi peluang untuk memupuk nilai dirinyasendiri. Murid juga perlumengekalkan hubungan yang sihat sesama rakan dan menggalakkan interaksi positif dalamkalangan rakan sebaya.MINGGU PERTAMA

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan praktikum selama 12 minggu pada semester kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah.

Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan. Sayacubagagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satu semester yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan sekolah selama dua minggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu.Namun begitu hati saya turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan berjumpa dengan guru besar yang baru. Setelah melaporkan diri di pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah diminta untuk menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di Dataran Bestari.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima memo untuk meggantikan kelas yang ketiadaan guru sementara menunggu guru penolong kanan menyusun jadual untuk saya nanti. Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki kelas secara tiba-tiba merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk berdepan dengan murid-murid. Terdetik juga di hati bagaimana agaknya keadaan murid kelas ketika itu... Saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan karenah murid yang pelbagai.

Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal. Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan. Sukarnya seorang guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi dengan masalah suara saya yang kurang kuat menyebabkan beberapa kali saya cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam. Terasa betapa peritnya keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah. Kelas pada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan sesama murid.

Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk menggantikan guru yang tidak hadir. Lain kelas lain kerenah murid-muridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula lebih gemar bertanya dan bersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya mengadakan sesi teka teki. Semua soalan yang ditanya kebanyakkannya semua dapat dijawab dengan banyak jawapan. Terlintas difikiran...bijak juga murid-murid kelas ni....

Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam hati berkata bagaimana pula dengan murid-murid dari tahun 4 pula? Macamana aku nak kawal murid-murid dari tahun 4? Tahun 5 pun boleh tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi Tahun 4 kelas yang dikategorikan tahap sederhana. Bagi mengawal kelas dari terus membuat bising saya telah mengarahkan agar murid-murid membersih dan mengemas meja mereka mengikut susunan yang betul. Akhir sekali saya telah mengajak mereka bersama untuk menyanyikan lagu Goreng Pisang bersama-sama. Ternyata mereka semua terhibur.

Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen yang diperlukan.

MINGGU KEDUA

Hari ini merupakan hari yang kedua aku akan diselia oleh guru pembimbingku iaitu En. Suzili bin Mohamed. Walaupun pernah melalui pengalaman diselia kali pertama namun aku tetap berdebar juga sehingga berpeluh-peluh terutamanya semasa melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah. Aku cuba mententeramkan diriku agar sentiasa bertenang dan alhamdulilah aku dapat melaksanakan segala aktiviti pengajaran dengan lancar.

Namun disebabkan aku terlalu leka dengan memberi penerangan pada langkah pertama menyebabkan pengurusan masaku untuk langkah-lanagkah seterusnya terpaksa dipendekkan. Walaupun begitu objektif yang dirancangkan tetap tercapai dengan jayanya. Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sepanjang proses p&p berjalan.

Setelah selesai penyeliaan aku sempat bertemu dengan guru pembimbingku untuk mendapatkan komen-komen dari beliau. Ternyata anggapanku tepat iaitu kelemahan dari segi pengurusan masa.

Aku akan cuba menepati setiap masa yang telah aku ranacangkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi akan datang.22 Julai 2008 (Selasa)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.15 pagi 1.15 petang

Sepatutnya pada hari ini akau juga akan diseliakan oleh guru pembimbingku bagi kali pertama bagi opsyen minorku iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa aku menuggu guru pembimbingku masuk ke kelas tetapi guru pembimbingku tidak masuk juga. Aku meneruskan sesi pengajaranku seperti biasa walaupun persediaan telah dibuat.

Pada sesi p & p pada hari ini aku telah meracangkan pengajaran tajuk yang baru bagi unit yang ke sembilan iaitu Tema Kebudayaan. Murid-murid begitu berminat dan seronok mendengar aku memberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Objektif pengajaranku pada hari ini adalah untuk mengajar murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isi tersirat berdasarkan gambar rajah yang terdapat di dalam buku teks.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian murid-murid yang dapat mencapai hasil pembelajaran pada akhir sesi p & p. Sebagai menguji kefahaman mereka aku telah memberikan tugasan kepada mereka untuk membuat ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan dalam buku teks.

Aku pulang pada jam 1.30 petang.23 Julai 2008 (Rabu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.25 pagi 1.15 petang

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu hari ini merupakan hari pertama aku akan diseliakan oleh pensyarah pembimbingku iaitu Dr. Rashidah bt.O.A Rajak. Takut, gementar, malu dan semuanya berkecemuk dalam diriku. Tak tergambar dalam hatiku seakan mahu terluruh jantungku...

Aku cuba menguatkan diriku..beristighfar kepada Allah Taala agar dapat menenangkan diriku. Mungkin disebabkan aku tidak yakinkan diri untuk melaksanakan pengajaranku terutamanya semasa dalam kelas 5 Gigih yang aku rasakan susah untuk aku mengawal keadaan kelas tersebut. Ternyata pada permulaan pengajaran aku begitu gugup dalam memberikan penerangan kepada murid-murid.

Satu kesilapan yang aku lakukan adalah semasa pembahagian tugasan kepada murid-murid di mana aku telah meletakkan terlebih awal kad tugasan di dalam kotak menyebabkan murid-murid tidak lagi mendengar arahan dariku..Ini merupakan percubaan pertamaku dalam pembahagian kad tugasan kepada setiap kumpulan. Sebelum ini tidak aku lakukan pada mana-mana kelas. Namun pada kelas ini ku lakukan sebagai menjimatkan masa dan dalam mengawal keadaan murid agar tidak bergerak ke sana ke mari bertanya apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Harapanku pada kelas ini agar mereka tidak membuat bising dan merebut-rebut untuk mendapatkan kad soalanku.. Ternyata rancanganku menjadi sebaliknya..

Komen-komen dari pensyarah pembimbingku aku jadikan pedoman dan panduan kepada rakan seperjuanganku yang akan diseliakan pada keesokan harinya agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman pertama diselia oleh pensyarah dan juga nasihat yang diberikan akan aku terapkan bagi mengatasi segala kelemahanku sebelum ini dan akan kujadikan segala komen-komen yang membina dari pensyarah pembimbingku sebagai panduan untuk aku merancang dan melaksanakan p &p pada sesi pengajaran yang akan datang.

24 Julai 2008 (Khamis)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 2.15 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 12.35 tengahari iaitu waktu terakhir sekali sebelum sesi pembelajaran pada hari tersebut tamat. Pada waktu pagi yang senggang itu aku cuba menambah sedikit sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber yang akan digunakan pada sesi p & p di dalam kelas nanti.

Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka apabila aku meminta beberapa orang murid untuk melakonkan watak yang telah aku rangkakan. Boleh dikatakan secara keseluruhannya objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif yang diingini.

Pada hari ini juga selepas waktu sekolah aku telah dijemput untuk menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang akan diadakan di bilik gerakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan berkenaan dengan peranan dan tugas-tugas ahli jawatankuasa sempena sambutan Israk Mikraj yang akan diadakan pada 30hb Julai ini dan juga Khemah Ibadah dan Motivasi Anak Soleh yang akan diadakan pada 2hb Ogos sehingga 3hb Ogos ini. Keterlibatan semua guru termasuk aku dan rakanku juga perlu dalam menjayakan lagi program ini.

Aku pulang jam 2.15 petang setelah mesyuarat tamat.26 Julai 2008 (Sabtu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.15 petang

Hari ini kelas ganti diadakan bagi menggantikan hari persekolahan yang diambil sempena cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Oktober nanti. Kelas ganti pada hari ini akan menggunakan jadual pada hari Isnin. Kelas pada hari berjalan seperti biasa walaupun ada segelintir murid-murid yang seakan tidak bersemangat untuk belajar pada hari cuti minggu. Pengajaranku pada hari ini adalah di kelas 5 Gigih bagi mata pelajaran Kajian Tempatan dan kelas 5 Harmoni bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kedua-dua kelas tersebut. Walaupun masa yang singkat bagi pengajaran Kajian Tempatan bagi kelas 5 Gigih lantaran kelas bermula selepas waktu rehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum masuk ke kelas. Masa pengajaran hanya tinggal cuma 15 hingga 20 minit sahaja. Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang diajar.

Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi diriku untuk mengawal keadaan kelas. Kerana mereka semuanya agak berdisiplin semasa di dalam bilik darjah. Pengajaranku berjalan dengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku rangka dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.1. MasalahMasalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjahdi mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

2. AnalisisMasalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca darip & pyang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.

3. Cadangan untuk memperbaikiTerdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:(a)Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah.(b)Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.(c)Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid-muridbelajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.(d)Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.

4. Tempoh masaSaya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaanSaya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-muriddari sebelumnya.

6. Tindakan susulanSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

MINGGU KETIGA

28 Julai 2008 (Isnin)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30 petang

Proses p & p pada hari ini berjalan seperti biasa di kedua-dua kelas iaitu kelas 5 Gigih dan kelas 5 Harmoni. Bagi kelas 5 Gigih objektif yang dirancangkan sesuai dengan masa yang dirangka. Boleh dikatakan objektif yang ingin dicapai telah tercapai dengan jayanya, walaupun tidak banyak aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan ekoran masa yang singkat iaitu tidak sampai setengah jam ekoran kelambatan murid-murid yang masuk lambat ke kelas selepas waktu rehat.

Manakala bagi kelas 5 Harmoni sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan menyeronokkan di mana kedua-dua objektifnya tercapai. Suasana dan keadaan murid yang cerdik dan mudah mendengar arahan memudahkan aku untuk mengawal keadaan bilik darjahdan ini sekaligus melancarkan lagi proses p & p berjalan dengan lancar.

Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan sesi p & p pada hari ini.

29 Julai 2008 (Selasa)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30 petang

Pada hari ini saya tidak mempunyai rancangan p & p ekoran aku telah menukarkan jadual dengan guru pembimbingku, cikgu Suzili kerana bagi memudahkan kepada pensyarah pembimbingku untuk datang menyeliaku bagi matapelajaran minorku iaitu Bahasa Melayu. Biasanya matapelajaran Bahasa Melayu pada hari Selasa, kali ini aku telah menukarkannya pada hari Khamis.

Namun begitu, masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk merangka rancangan pengajaran pada keesokkan harinya.

30 Julai 2008 (Rabu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 2.00 petang

Pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertmepat di dewan terbuka Sek. Seksyen 6 Kota Damanasara telah diadakan satu majlis sambutan sempena Israk mikraj yang jatuh pada hari Rabu bersamaan dengan 27 Rejab 1429 iaitu tarikh berlakunya peristiwa israk dan mikraj ini. Semua murid dari tahun 1, 4, 5 dan 6 terlibat dalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kelas bagi proses p & p di 5 Gigih tidak dapat dilaksanakan ekoran murid-murid terlibat dengan majlis tersebut sehingga jam 9.35 pagi.

Namun begitu masa yang tinggal cuma 10 minit aku gunakan untuk mengawal keadaan murid yang tidak terkawal ketika baru memasuki ke kelas sementara menunggu guru seterusnya masuk ke kelas tersebut. Pada hari itu juga aku telah dijemput oleh anak muridku untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir dirinya. Terasa diri ini disayangi dan disukai oleh murid kerana sudi menjemputku dan merupakan antara tiga guru yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambutan kecil harijadi di dalam kelas sewaktu waktu rehat.

Kelas yang kedua bagi p&p yang seterusnya adalah di kelas 5 Jujur bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Proses p & p berjalan dengan lancar dengan objektif tercapai dan murid-murid tekun dalam mendengar penerangan dariku berkenaan dengan sejarah pembukaan Kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan ternyata murid-murid seronok berbincang bersama-sama rakan mereka. Bagiku apa yang penting murid-murid seronok belajar dan objektif dapat dicapai dengan jayanya.

30 Julai 2008 (Khamis)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 8.15 pagi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Harmoni. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Bagiku perancangan yang dirangka untuk mata perlajaran Bahasa Melayu berbeza dengan mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Di mana Bahasa Melayu memerlukan ketig-tiga kemahiran bahasa diterapkan kesemua bagi satu sesi p & p iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis. Aku cuba menerapkan kesemua kemahiran bahasa ini dalam kelas 5 Harmoni dan diharapkan kesemua murid mendapat kesemua kemahiran tersebut. Secara keseluruhannya objektif yang dirangka mencapai objektif yang telah dirangkakan.

Kelas yang terakhir ialah kelas bagi mata pelajaran Kajian Tempatan di kelas 5 Gigih. Murid-murid seperti tidak dapat dikawal lantaran mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah maklumlah waktu terakhir pembelajaran menyebabkan keadaan mereka tidak terkawal. Aku cuba mengawal dan mententeramkan keadaan pelajar. Setelah itu barulah sesi p & p dapat dilaksanakan walaupun seketika cuma.

Aku pulang pada jam 1.30 tengahari.

1 Ogos 2008 (Jumaat)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 12.15 Tengahari

Pada hari Jumaat jadual saya tidak mempunyai sebarang kelas pengajaran dan pembelajaran. Masa yang terluang aku ingin memanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang akan ku gunakan pada pengajaran yang akan datang.

Pagi itu juga kami berdua berbincang dalam merangka rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu hadapan.

Sesi pembelajaran pada hari Jumaat tamat pada jam 12.00 tengahari bagi memberi laluan kepada guru-guru lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

1. MasalahMasalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah.

2. AnalisisMasalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga mahu ke koperasi sekolah untuk membeli peralatan alat tulis dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.

3. Cadangan untuk memperbaikiTerdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:-(a)Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan.(b)Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

4. Tempoh masaSaya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti.

5. Penilaian kejayaanDi dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk keluar telah berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p & p.

6. Tindakan susulanSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

kata kunci : contoh refleksi praktikum, bahan pendidikan, contoh sebenar refleksi praktikum, refleksi praktikum pismp dan jqaf, kertas kerja ipg, ipgm malaysia, cara mengajar, guru mengajar, kaedah pnp berkesan, contoh lengkap jurnal praktikum, jurnal praktikum,,,JURNAL REFLEKSIMinggu 2 (07 Februari 2011 11 Februari 2011)Masalah:Setelah mendaftar dan melapor diri di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri, Perlis. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Sharifah Naziran binti Syed Taha dan guru pembimbing iaitu Puan Normah binti Yusoff untuk mengajar Pendidikan Agama Islam Tahun 3 dan Tahun 4. Hasil perbincangan dengan mereka, maka saya menerimanya dan bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.Analisis:Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh: Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah. Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap murid. Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas. Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas. Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.Cadangan: Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa. Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran. Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam. Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh dan bersesuaian.Tempoh Masa:14 Februari 2011 25 Februari 2011 (2 Minggu)Tindakan Susulan:Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.Penilaian Kejayaan:Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini bermula. Iaitu pada 18 Februari 2011 dan 25 Februari 2011.;;PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU PERTAMA

( 21 JANUARI 2013 25 JANUARI 2013)

ISU : PENGURUSAN MASA

1.Masalah :Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.

Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :Apa yang dapat saya lihat masalah ini bermula dari hari pertama saya mendapat jadual waktu kelas di mana saya juga mempunyai masalah untuk menguruskan masa di antara waktu kelas Kemahiran Hidup dan juga kelas Bahasa Melayu kerana saya memerlukan masa yang lebih awal untuk kelas Kemahiran hidup kerana untuk menyediakan peralatan tangan untuk murid-murid.

3. Analisis :Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktivitidan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 4 Tekun yang mempunyai masalah pembelajaran yang ketara.

Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan.

Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.

Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak sedar akan masa yang bergerak pantas.

Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka.

4. Kajian lampau yang berkaitan isu :Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab.

Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang ingin diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.

5. Cadangan :Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa.

Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan matapelajaran Kemahiran Hidup dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

6. Tempoh masa:Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

7. Tindakan susulan:Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

8. Penilaian kejayaan/ Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan:Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing saya untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.Pelaksanaan penambahbaikan : Mengkaji kesilapan Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

9. Kesimpulan/Refleksi :Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

Menjadi persoalan sekiranya tidak dapat menguruskan masa dengan baik adakah segala perancangan yang telah diatur a