penternakan rusa

19
1.0 PENGENALAN Penternakan adalah merupakan satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Aktiviti ini telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pada zaman Neolitik, manusia mula tinggal menetap di satu tempat, ini menyebabkan kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding pada zaman sebelumnya yang hanya tertumpu hanya kepada daging untuk dijadikan sebagai makanan. Setelah itu, manusia mula menternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya dan digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dengan tujuan yang berbeza-beza. Kini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor ekonomi. Oleh yang sedemikian, industri penternakan di Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam pembangunan pertanian di negara ini. Industri ini melibatkan aktiviti penternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik pedaging, dan juga yang terkini burung walit. Sektor ini telah menyumbangkan berbillion ringgit nilai pengeluaran setahun dan negara mempunyai bekalan mencukupi untuk bekalan daging ayam, telur ayam dan burung walet. Namun begitu, aktiviti penternakan lain seperti arnab, rusa, ayam belanda dan puyuh digalakkan bagi meningkatkan bekalan untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Secara umumnya, penternakan rusa ini telah dimulakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi tujuan pemuliharaan dan pembiakan. Namun begitu, penternakan rusa ini mula berkembang apabila terdapatnya permintaan yang banyak dalam pasaran. Antara contoh ternakan rusa yang terdapat di Malaysia adalah seperti rusa sambar, rusa chital atau pun dikenali sebagai rusa bintik dan juga rusa sunda sambar. Penternakan rusa adalah amat berpotensi untuk dimajukan berbanding dengan penternakan yang lain. Hal ini kerana, masih ramai yang belum menceburi penternakan rusa ini jika dibandingkan dengan ternakan lembu dan kambing. Badan-badan bertanggungjawab seperti PERHILITAN dan Jabatan Pertanian Malaysia telah memainkan peranan dalam memperluaskan lagi penternakan rusa dan juga produk berasaskan rusa. Di mana beberapa program telah dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat melakukan kegiatan penternakan. Program- program yang dijalankan bukan sahaja untuk menggalakkan penternakan rusa malah turut menerangkan dan cara penjagaan dan pemasaran rusa sekali gus 1

Upload: mshah5737

Post on 11-Nov-2015

824 views

Category:

Documents


164 download

DESCRIPTION

Penternakan Rusa

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPenternakan adalah merupakan satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Aktiviti ini telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pada zaman Neolitik, manusia mula tinggal menetap di satu tempat, ini menyebabkan kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding pada zaman sebelumnya yang hanya tertumpu hanya kepada daging untuk dijadikan sebagai makanan. Setelah itu, manusia mula menternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya dan digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dengan tujuan yang berbeza-beza. Kini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor ekonomi.Oleh yang sedemikian, industri penternakan di Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam pembangunan pertanian di negara ini. Industri ini melibatkan aktiviti penternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik pedaging, dan juga yang terkini burung walit. Sektor ini telah menyumbangkan berbillion ringgit nilai pengeluaran setahun dan negara mempunyai bekalan mencukupi untuk bekalan daging ayam, telur ayam dan burung walet. Namun begitu, aktiviti penternakan lain seperti arnab, rusa, ayam belanda dan puyuh digalakkan bagi meningkatkan bekalan untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.Secara umumnya, penternakan rusa ini telah dimulakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi tujuan pemuliharaan dan pembiakan. Namun begitu, penternakan rusa ini mula berkembang apabila terdapatnya permintaan yang banyak dalam pasaran. Antara contoh ternakan rusa yang terdapat di Malaysia adalah seperti rusa sambar, rusa chital atau pun dikenali sebagai rusa bintik dan juga rusa sunda sambar. Penternakan rusa adalah amat berpotensi untuk dimajukan berbanding dengan penternakan yang lain. Hal ini kerana, masih ramai yang belum menceburi penternakan rusa ini jika dibandingkan dengan ternakan lembu dan kambing. Badan-badan bertanggungjawab seperti PERHILITAN dan Jabatan Pertanian Malaysia telah memainkan peranan dalam memperluaskan lagi penternakan rusa dan juga produk berasaskan rusa. Di mana beberapa program telah dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat melakukan kegiatan penternakan. Program-program yang dijalankan bukan sahaja untuk menggalakkan penternakan rusa malah turut menerangkan dan cara penjagaan dan pemasaran rusa sekali gus dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu pemikiran masyarakat tentang penternakan rusa seperti cara penjagaan dan penternakan rusa.Ramai yang tidak menyangka dan masih berpendapat bahawa pekerjaan sektor pertanian ini tidak menguntungkan dan memerlukan modal serta perhatian untuk menternak haiwan. Namun sebenarnya, pekerjaan dalam sektor pertanian ini mendatangkan keuntungan yang besar. Walau pun tidak ramai yang mahu menceburi sektor penternakan dan pertanian namun sedikit sebanyak ianya dapat memberi sumbangan kepada pendapatan negara.Umum mengetahui, peningkatan ekonomi negara bukan sahaja berpunca daripada sektor perindustrian tetapi sektor pertanian juga turut memberi sumbangan dalam meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berlaku apabila, sektor pertanian membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan kursus penternakan, memberi suntikan modal dan galakan bagi menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam sektor penternakan.

2.0 PENTERNAKAN RUSA2.1 KawasanPenyediaan kawasan bagi penternakan rusa meliputi empat eleman penting antaranya ialah konsep ladang, tanah, sumber makanan (rumput), dan pokok serta kolam. Kawasan merupakan aspek yang amat penting dalam bidang penternakan oleh itu, pihak pengurusan atau pemilik ladang ternakan hendaklah mempunyai strategi dan konsep yang difikirkan sesuai bagi mengusahakan peternakannya. Konsep tersebut haruslah bersesuaian dengan habitat rusa contohnya, rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan. Oleh itu, persekitaran kawasan bagi ternakan rusa haruslah mengguna pakai konsep rimbanya yang redup dan sunyi. Pengusaha juga boleh menjadikan ladang ternakan sebagai taman ala-safari. Ia mampu menarik minat pengunjung dan menyediakan kawasan ragutan bebas yang lebih luas untuk habitat rusa. Selain itu, terdapat juga konsep penternakan rusa di dalam kurungan yang bersaiz kecil. Konsep ini amat terkenal diguna pakai oleh penternak persendirian bagi tujuan menarik minat pengunjung. Antara kelebihan konsep ini ialah rusa yang diternak secara kurungan adalah lebih jinak dan mudah didekati. Sistem pengurusan dan pengendaliannya juga lebih sistematik kerana ia bersaiz kecil.Selain daripada konsep tersebut, terdapat juga beberapa konsep lain contohnya konsep feedlot dan konsep tertutup. Contoh bagi konsep ini dapat dilihat di ladang DParadise Deer Valley yang terletak di bukit beruntung,Rawang yang mempunyai keluasan 10 hektar. Konsep feedlot yang digunakan adalah lebih kurang sama dengan konsep rusa diternak secara dalam kurungan manakala, kaedah konsep tertutup pula adalah dengan menternak rusa dalam rumah kedai yang telah diubah menjadi kandang. Selain menjadi pusat ternakan, ladang ini juga menawarkan kelainan di mana ia menawarkan pakej pelancongan agro yang membolehkan pengunjung memberi makanan dan bermain dengan rusa jinak. Antara ladang ternakan rusa yang terbesar di Malaysia ialah pusat ternak haiwan lenggong, perak dengan keluasan 200 hektar. Pemilihan tanah yang sesuai merupakan aspek penting dalam proses pembangunan ladang ternakan. Para penternak perlulah bijak memilih jenis tanah yang sesuai bagi menanam rumput tertentu sebagai sumber makanan rusa. Kerja-kerja penyediaan tanah yang sesuai melibatkan beberapa proses. Tahap pertama ialah pembersihan sekeliling yang melibatkan jentera pertanian seterusnya, proses pembajakan tanah yang bertujuan untuk memecahkan ketulan tanah disamping menghapuskan rumput yang tidak dikehendaki. Selepas itu, kerja pembersihan tanah dijalankan dengan membuang benda asing yang tidak dikehendaki contohnya batu, tunggul kayu serta akar kayu. Selepas kawasan tersebut dibersihkan baharulah proses penanaman rumput yang menjadi makanan rusa sesuai untuk ditanam.Walaupun kajian mendapati bahawa rusa merupakan spesis yang tidak terlalu memilih jenis makanan dan boleh makan apa sahaja jenis rumput. Namun, adalah amat penting bagi penternak memikirkan faktor makanan sebagai perkara yang penting. Hal ini kerana, pemakanan yang sihat menjamin tumbesaran, pembiakan dan kesihatan ternakan. Antara rumput yang sesuai dijadikan sebagai sumber makanan bagi rusa ialah rumput pastura, rumput signal, rumput gajah dan rumput kuda. Rumput-rumput tersebut merupakan sumber makanan yang paling ideal bagi ternakan rusa. Kawasan yang dipenuhi rumput tersebut juga sesuai dijadikan sebagai ladang ternakan. Kawasan ladang juga haruslah mempunyai pokok yang besar dan renek. Hal ini kerana , pokok-pokok tersebut mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas. Selain itu, pokok-pokok yang ingin ditanam di ladang ternakan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang. Hal ini kerana sifat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok dan boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tempoh matang. Selain itu, persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air. Infarstruktur asas yang disediakan kepada rusa juga mampu menyumbang kepada persekitaran ternakan yang ideal.Secara keseluruhannya, pemilihan kawasan sebagai tempat untuk aktiviti penternakan rusa bukan hanya soal keluasan sesuatu kawasan tetapi, ia juga merangkumi beberapa eleman penting seperti konsep ladang, tanah, sumber makanan (rumput) dan pokok serta kolam. Keempat-empat eleman tersebut perlu berada dalam senarai semak pihak pengurusan atau pemilik ladang sekiranya hendak melakukan pemilihan kawasan ternakan yang sesuai.

2.2 ProdukPenternakan rusa merupakan aktiviti pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang lumayan. Langkah kerajaan memperkenalkannya sebagai haiwan ternakan komersial sejak tahun 1980-an telah membuka peluang yang luas kepada penduduk tempatan dalam mengusahakan penternakan rusa. Secara umumnya, rusa merupakan haiwan liar eksotik yang mudah dijaga, tahan lasak terhadap penyakit dan tidak cerewet dalam soal pemakanan. Penternakan rusa juga mampu menghasilkan pelbagai produk yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang dihasilkan ialah daging rusa, tanduk rusa, kraftangan serta kulit rusa.Penyelidikan yang dibuat di ladang ternakan rusa membuktikan bahawa daging rusa mempunyai peratusan protein yang tinggi tetapi kandungan lemak dan kalorinya rendah. Seperti yang diketahui umum, daging merupakan hasil utama penternakan rusa. Ia mempunyai pasaran yang agak luas dan permintaan tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoren-restoren, pemborong tempatan mahupun luar negara. Namun, bekalan daging rusa keluaran tempatan yang ada jelas tidak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna. Oleh sebab itu, negara kita juga turut mengimport daging rusa dari negara luar untuk menampung permintaan pengguna.Selain daripada daging rusa, tanduk rusa juga mempunyai pasaran yang istimewa di peringkat tempatan dan antarabangsa. Tanduk muda rusa digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional khususnya ubat tradisi cina atau lebih dikenali sebagai Velvet. Velvet merupakan serbuk tanduk muda rusa yang dipercayai mempunyai khasiat yang mampu meyembuhkan pelbagai jenis penyakit contohnya, mengawal penyakit tekanan darah tinggi, melancarkan tekanan darah mengatasi masalah kencing tidak lawas dan sebagainya. Ia mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan timur tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Selain digunakan sebagai perubatan, tanduk rusa yang agak matang dijadikan sebagai barang perhiasan terutama dalam menghiasi dinding kediaman contohnya, tempat menyangkut topi, tongkat, payung, jaket, trofi dan sebagainya. Ia juga boleh dipotong dan dibentuk menjadi rantai kunci yang unik dan menarik. Pada masa dahulu, tukang besi turut menggunakan tanduk matang rusa sebagai hulu badik atau hulu pisau. Kulit rusa juga mempunyai nilai pasaran yang tinggi dalam bidang pembuatan kraf tangan. lazimnya, kulit rusa yang telah sempurna di awet dibingkaikan dan dijadikan hiasan dinding atau alas lantai yang menarik. Selain daripada itu, ia juga boleh diproses untuk dijadikan beg, tas tangan, kasut tali pinggang dan jaket. Ramai yang tidak mengetahui bahawa kulit rusa juga boleh dijadikan gendang atau kompang. Terdapat juga sebilangan pengusaha yang mempelajari teknik yang berasal dari Indonesia dalam memproses kulit rusa untuk dijadikan keropok yang rangup dan enak.. Pada masa dahulu, dipercayai kulit rusa ini dijadikan sebagai alas tidur kerana ia baik untuk kesihatan. Bukan itu sahaja, gigi serta kuku rusa juga mendapat permintaan ramai daripada pengguna antarabangsa contohnya gigi rusa dieksport ke luar negara seperti jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain. Secara keseluruhannya, Produk yang dihasilkan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu produk ketara (tangible products) yang merangkumi hasil yang dapat dipandang contohnya penjualan rusa hidup, daging, kulit, tanduk, kepala dan sebagainya. Kategori yang kedua ialah produk tidak ketara (intangible product) pula merangkumi pengalaman, pengetahuan, penyelidikan, peluang pekerjaan, idea baharu dan sebagainya. Namun, penternakan rusa yang kurang diminati dan diceburi oleh penduduk tempatan meyebabkan sektor ini dimonopoli oleh pasaran asing. Hal ini mungkin disebabkan modal yang tinggi pada peringkat permulaannya, tetapi keuntungan yang diperolehi amat memberangsangkan.

2.3 PROGRAM2.3.1. Program Pembiakbakaan.Dasar Pembiakbakaan Ternakan Malaysia berhasrat untuk menjadikan Malaysia negara peneraju dalam pembiakbakaan tropikal yang dijangka mampu dicapai melalui pembangunan teknologi pembiakbakaan ternakan yang berkualiti menggunakan prinsip dan amalan genetik yang baik. Usaha ini perlu bagi menjamin keperluan ekonomi industri ternakan yang mampan dan memenuhi permintaan pasaran. Malaysia kini mempunyai pelbagai spesies ternakan dan baka termasuklah baka asli, baka yang diubah suai dan baka yang diimport secara berterusan.Dalam penternakan rusa, Malaysia telah mengimport rusa merah dari New Zealand bagi tujuan pembiakbakaan rusa komersial untuk penghasilan daging dan aktiviti rekreasi. Amalan pembiakbakaan semasa bagi ternakan rusa dilaksanakan melalui beberapa cara seperti rusa diperlihara dalam berbagai-bagai situasi berbeza daripada kawasan tertutup yang kecil dalam taman fauna atau ladang rusa intensif dalam ladang rumput yang besar pada kadar stok rendah. Rusa juga diternak untuk mendapatkan dagingnya tetapi ada juga beberapa ladang yang mengambil dan menjual tanduk serta kulit rusa bagi tujuan perubatan. Terdapat juga taman rusa di negara ini yang membiakkan rusa untuk tujuan agro-pelancongan. Rusa Tropika tidak mempunyai waktu pembiakbakaan yang nyata kenara rusa ini boleh beranak sepanjang tahun. Pembiakbakaan hanya akan dilakukan secara semulajadi disebabkan oleh sifatnya yang liar dan di bawah sistem pengawanan yang terhad, rusa jantan dipisahkan dari rus betina dan disatukan pada musim mengawan.Pada awalnya ladang kerajaan telah ditubuhkan untuk berfungsi sebagai stesen pembiakbakaan dan mengagihkan bahan genetik dalam bentuk haiwan hidup kepada peladang. Seterusnya teknologi diperkenalkan dan diaplikasikan seperti permainan beradas, penghasilan mani beku, ovulasi berganda dan program pemindahan embrio. Sektor ternakan mampu mempengaruhi status sosio-ekonomi negara dan persekitaran dalam membangunkan dasar pembiakbakaan ternakan yang lengkap dan bersepadu.

2.3.2 Program Pengawasan dan Pengawalan PenyakitPenternak umumnya telah mengetahui berkenaan dengan kejadian penyakit yang berlaku kepada ternakan. Antara penyakit yang penting ialah Brucelossis, Hawar Berdarah, Penyakit Kuku dan Mulut, kecacingan, penyakit kulit, Johne's, cirit birit, kembung dan penyakit bawaan vektor. Melalui program ini, usaha akan dilaksanakan untuk mencapai status negara bebas penyakit Kuku dan Mulut (FMD) melalui program pemvaksinan dan program penakaian dengan mewujudkan zon bebas penyakit termasuk kawasan kepungan penyakit akan diwujudkan untuk mengawal penyakit.Keberkesanan kawalan penyakit termasuk penyakit rentas sempadan dan zoonotik akan dimantapkan melalui pengukuhan program pengawasan, pemvaksinan, diagnosis penyakit dan persediaan awal. Dalam hubungan ini, khidmat pengembangan akan ditingkatkan selaras dengan perkembangan industry ternakan rusa. Kerjasama antara jabatan dengan pengamal veterinary swasta akan digalakkan bagi menyediakan perkhidmatan dalam program kawalan penyakit. Oleh itu, mekanisme bagi menggalakkan kesihatan rusa akan diwujudkan.2.3.3 Rumah Penyembelihan dan Kesihatan Awam VeterinarLoji penyembelihan berpusat dwujudkan bagi menjamin penyembelihan yang halal, selamat dan bersih di samping mengurangkan pencemaran di kawasan bandar. Amalan penyembelihan di pasar basah dan di luar bandar secara kecil-kecilan akan diberhentikan secara berperingkat. Pihak swasta akan digalakkan membangunkan dan menguruskan loji penyembelihan mengikut garis panduan, kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan serta menyediakan perkhidmatan pemeriksaan daging dan kawan kualiti mengikut piawaian yang diiktiraf.Dari segi penguatkuasaan, Jabatan Veterinar menjalankan penyeliaan serta pemeriksaan daging di rumah-rumah sembelih luar bandar. Kawalan kemasukan ternakan serta daging-daging yang tidak sah dari kawasan luar dan pemeriksaan bilik-bilik sejuk di kawasan tersebut bagi tujuan pengimportan daging.

2.4 MASALAH DAN USAHAPemeliharaan ternakan rusa yang teratur dan berjadual merupakan satu tugas mencabar yang perlu dilaksanakan dengan baik oleh penternak. Pemeliharaan rusa merangkumi aspek kesihatan, pembiakan dan keselamatan.

2.4.1 KesihatanAspek kesihatan haiwan ternakan hendaklah dijalankan dari masa ke masa dengan pemberian ubat cacing dilakukan setiap tiga bulan atau empat bulan sekali. Kawalan kesihatan lazimnya dijalankan melalui pemeriksaan najis haiwan tersebut dengan bantuan pegawai makmal daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.Rusa yang mengalami luka kecil boleh merawat lukanya sendiri dengan cara menjilat bahagian yang cedera. Melalui cara ini luka yang dialami oleh rusa berkenaan akan cepat sembuh. Tabiat dan kebolehan yang sebegini sememangnya dimiliki oleh kebanyakan haiwan liar termasuk rusa sama ada yang diternak ataupun rusa liar. Penternak seharusnya peka dan mengambil langkah bijak bagi memastikan ternakan rusa terhindar daripada serangan penyakit berjangkit. Walaupun rusa di dalam kurungan kurang dijangkiti penyakit kerana usaha pemantauan yang rapi oleh penternak, namun tiada jaminan bahawa rusa itu akan sentiasa selamat. Bagi membasmi serangan cacing, penternak akan memberikan rawatan cacing kepada rusa setiap tiga bulan sekali. Penyakit yang dibawa oleh parasit seperti kutu boleh dibasmi dengan semburan antikutu yang dilakukan sebulan sekali. Bagi penyakit kuku dan mulut pula dapat dicegah dengan memberikan ubat perlalian. Kebanyakan penyakit ini dipercayai berasal daripada kambing, biri-biri dan lembu. Oleh itu, penternak tidak seharusnya mencampuradukkan ternakan rusa dengan haiwan tersebut untuk mengelakkan serangan penyakit ini.Cara pemeriksaan kesihatan yang lebih rapi ke atas ternakan rusa boleh dilakukan dengan alat pasungan atau kekunci di dalam rumah gelap. Melalui cara ini, ternakan rusa akan merasa tenang dan tidak bertindak ganas apabila dirawat. Oleh itu, proses rawatan akan lebih mudah dan rusa boleh pulih dengan cepat. Keadaan ini membuktikan bahawa rusa yang diternak di dalam kurungan mampu untuk hidup lebih lama berbanding dengan rusa yang diternak di padang ragut secara bebas.

2.4.2 PembiakanTerdapat beberapa peringkat pembiakan yang perlu dipantau oleh penternak iaitu pemantauan semasa musim mengawan, pemeliharaan rusa bunting dan pemeliharaan anak rusa. Rusa menjadi lebih agresif dan garang dan sering membuat bunyi bising apabila tiba musim mengawan. Rusa jantan akan bergaduh sesama sendiri dan sekiranya tidak diasingkan boleh menyebabkan kecederaan. Oleh itu, tindakan memotong tanduk rusa jantan sebelum tiba musim mengawan adalah satu langkah yang dapat mengelakkan kecederaan rusa jantan lain.Selepas mengalami proses mengawan, rusa betina akan bunting selama enam hingga tujuh bulan. Apabila rusa ini hendak beranak, haiwan ini akan mengasingkan diri jauh daripada kumpulannya dan ibu rusa perlu dibiarkan bersendiriaan tanpa gangguan manusia atau haiwan lain. Rusa juga suka menyembunyikan anaknya di dalam semak dan di kawasan terpencil. Anak rusa yang baru lahir hendaklah dibiarkan bersama-sama ibunya sekurang-kurangnya selama 72 jam.Pemerhatian yang teliti harus dibuat oleh penternak untuk memastikan anak rusa mendapat susu yang cukup untuk pembesaran serta memastikan bahagian pusat anak rusa ini terhindar daripada penyakit dan tidak dihurung oleh semut atau serangga lain. Terdapat juga ibu rusa yang tidak dapat menyusukan anaknya kerana tidak mempunyai bekalan susu yang mencukupi. Masalah ini adalah antara faktor yang menjadikan anak rusa tidak dapat membesar dengan sempurna. Oleh itu, penternak harus mengambil langkah proaktif dengan menyusukan anak rusa yang terbiar ini menggunakan susu gantian yang merupakan susu tepung yang halus dan perlu dibancuh. Meskipun begitu, ada juga anak rusa yang bercerai susu hanya selepas 24 jam dilahirkan dan diberi susu gantian.

2.4.3 KeselamatanSelain penyakit, aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan. Oleh kerana rusa merupakan haiwan yang berdaging lazat dan istimewa, kemungkinan berlaku kecurian bukanlah suatu hal yang luar biasa. Pihak yang tidak bertanggungjawab akan mencuri rusa dewasa yang telah sedia untuk dijual. Di samping itu, haiwan pemangsa seperti anjing liar, babi hutan dan lain-lain lagi merupakan ancaman besar ternakan terutamanya anak rusa yang kecil. Oleh itu, binaan pagar hendaklah selalu diperiksa untuk mengesan sebarang kebocoran atau kecacatan yang boleh menjejaskan keselamatan ternakan. Menara kawalan atau bumbun yang dilengkapi teropong boleh digunakan untuk mencegah kecurian selain dapat mengawasi pergerakan ternakan.Bunyi salakan yang kuat dan serangan anjing liar boleh menyebabkan rusa terperanjat dan terlalu takut. Akibatnya, rusa akan berlari dan melompat tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Kecederaan mungkin berlaku akibat berlanggar sesama sendiri atau dengan objek lain yang berbahaya. Oleh sebab itulah keanjalan pagar sangat diutamakan untuk mengatasi masalah ini dengan membina pagar setinggi dua meter atau tujuh kaki yang mempunyai lapisan dawai berduri di sebelah bawah dan sebelah atas yang boleh menjadi halangan kepada haiwan pemangsa atau individu yang ingin mencuri ternakan.Sebuah ladang ternakan di Selangor pernah kehilangan beberapa ekor rusa apabila bahagian bawah pagar dirosakkan dan disingkap akibat sondolan babi hutan. Namun, ancaman babi hutan ini dapat diatasi setelah lapisan dawai berduri dipasang di bahagian paling bawah pagar.

3.0 PENTERNAKAN LAIN YANG DIUSAHAKAN DI MALAYSIA 3.1 Penternakan ArnabArnab atau nama saintifiknya 0rytolagus Cuniculus merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam keluarga Leporidae yang tergolong dalam Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia. Dalam kalangan masyarakat, arnab masih dianggap sebagai haiwan kesayangan. Namun, sejak kebelakangan ini ramai yang telah menceburkan diri dalam bidang penternakan arnab yang berpotensi sebagai sumber daging negara.Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, penternakan arnab di Malaysia mempunyai peluang yang baik apabila wujudnya peluang pasaran dan kos pengeluaran yang boleh berdaya saing. Perkara ini menunjukkan bahawa penternakan arnab dapat di komersialkan dan member keuntungan kepada penternak. Jika dahulu, arnab hanya dipelihara sebagai haiwan kesayangan, namun haiwan ini kian menjadi pilihan dalam bidang penternakan. Untuk memelihara arnab sebagai haiwan ternakan, baka yang sesuai perlu dipilih kerana tidak semua baka arnab baik untuk diternak. Baka arnab yang terbaik untuk dijadikan haiwan ternakan adalah seperti baka New Zealand white, Californian white dan Standard Rex. Angora, Himalayan dan pelbagai lagi. Kesemua baka ini dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti kulit, bulu, hobi dan daging.Baka jenis Crey Flemish Giant dan Standard Rex adalah sesuai untuk industri kulit dan bulu. Kulit dan bulu arnab boleh dibuat fur tanning untuk perhiasan di meja, penanda kunci, pakaian, topi dan lain-lain. Bagi industri pedaging pula baka New Zealand White, Californian white, Carolina, New Simonare dan Sepanyol adalah sesuai diternak. Harga daging arnab bersih di pasaran tempatan adalah kira-kira RM15.00/kg. Menurut MARDI, 1995 daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi, kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid urik yang rendah, mempunyai kandungan air tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam, lembu atau biri-biri. Selain itu, daging arnab juga dapat merawat dan mengubati pelbagai masalah seperti masalah pencernaan, tekanan darah tinggi dan gout, penyakit demam malaria, penyakit asma, masalah kencing tidak lawas dan banyak lagi. Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya dimakan hempedunya oleh wanita ia baik untuk kesuburan. Selain itu, najis arnab juga boleh dibuat sebagai baja untuk pertanian. Kandungan tinjanya merupakan antara yang terbaik dibuat baja organic sama ada di kompos atau tidak di proses. Ini menunjukkan bahawa penternakan arnab, mempunyai nilai komoditi yang dapat dikomersialkan.Ternakan arnab boleh dilakukan dengan skala kecil atau skala besar. Ternakan arnab pada permulaannya boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab dengan pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab mungkin akan beranak sebulan sekali. Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Ternakan secara besar-besaran pula, memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh sebab penghasilan anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Dengan cara ini tidak akan berlaku lebihan arnab di ladang. Penternakan arnab mempunyai potensi yang luas untuk diusahakan. Justeru itu, langkah-langkah yang dapat menyokong perkembangan industry arnab ini haruslah dilaksanakan. Oleh itu, jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Peladang, Jabatan Industri Desa dan Asas Tani dan jabatan-jabatan lain yang bertanggungjawab perlulah sentiasa mengadakan dan memperbanyakkan lagi kursus ternakan arnab bagi menarik minat golong-golongan muda untuk berkecimpung di dalam bidang penternakan arnab yang dapat memberi pulangan yang lumayan kepada penternak arnab. Di samping itu, penglibatan yang lebih meluas dari pihak swasta dan pelabur persendirian juga penting supaya industri ini bukan sahaja boleh menjadi lebih maju malah dapat terus berkembang maju. Penglibatan golong muda di dalam bidang penternakan arnab ini, harus digalakkan dan diberi pujian agar mereka lebih bersemangat untuk meneruskan usaha mereka dengan berkecimpung di dalam bidang penternakan.

3.2 Penternakan Burung WaletWalet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat suka meluncur. Burung ini berwarna coklat tua, terbang pantas dengan ukuran tubuh sedang atau kecil. Sayapnya berbentuk sabit yang sempit dan runcing. Sayap walet ini sangat kuat dan kakinya sangat kecil dan lemah sehingga burung jenis ini tidak pernah hinggap di pohon. Paruhnya sangat kecil. Dari segi fizikalnya, burung wallet banyak persamaan dengan burung layang-layang (Hirundinidae), burung pipit (Passeride) dan burung walet rumah. Burung walet biasanya boleh didapati di habitat yang berkayu, di pinggir hutan dan kawasan pantai. Burung walet berasal daripada keluarga Apodidae. Nama saintifiknya apous yang bermakna tanpa kaki. Burung walet ini mempunyai kaki yang sangat pendek dan tidak boleh mendarat di atas tanah secara sengaja sebaliknya biasa mendarat dipermukakan menegak seperti dinding gua atau papan sarang di mana mereka membuat sarang.Burung walet menetap di Asia Tenggara, kawasan benua India dan Selatan China. Ia merupakan burung yang tinggal di dalam gua sama ada gua bukit mahupun gua pantai dan adakalanya di kawasan terbuka serta pekan. Kebiasaannya burung walet senang untuk hidup secara berkelompok, suka tolong-menolong dan induknya selalu memerhatikan anaknya. Kadangkala, walet juga suka menyendiri terutama musim mengawan. Kawasan yang sering menjadi tumpuan burung walet untuk mencari makannan ialah sekitar kawasan sawah, padang rumput, hutan dan danau. Ketika musim membuat sarang dan bertelur, burung ini akan segera pulang ke sarangnya. Istimewanya tentang burung walet ini, semasa ia memburu cara terbangnya adalah lurus dan sewaktu hendak pulang ke rumah, ia akan terbang berputar-putar mengelilingi rumah. Saiz lubang masuk walet yang minimum adalah lebar 15cm.Untuk membangunkan rumah burung walet adalah penting dalam mengambil kira beberapa aspek ini seperti membina di tanah pertanian, kawasan perkilangan ringan atau di dalam kompleks komersial. Kawasan kediaman adalah harus dielakkan bagi menjamin keselesaan orang ramai. Untuk kedudukan rumah kedai pula, tingkat bawah tapak kedai tidak patut digunakan untuk penternakan burung walet kerana semua kedai akan kelihatan seperti ditutup dan ia akan memberikan imeh buruk terhadap kawasan persekitaran. Menurut Dr. Christopher Lim (2009; 59) menyatakan terdapat empat kawasan penternakan burung walet utama di Malaysia berdasarkan rekod oleh Persatuan Peladang Burung Walet di Malaysia pada Jun 2005 iaitu Johor, Kuantan, Seremban dan Selangor. Burung walet membuat sarangnya daripada cecair yang dikeluarkan dari kalenjar yang terdapat bersebelahan dengan kalenjar salivanya. Ia akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara. Ia memberi manfaat dari segi penjagaan kesihatan selain daripada ia mempunyai harga yang tinggi. Produk berasaskan sarang burung walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah, meningkatkan metabolismem dan dapat menghaluskan kulit selain menjaga kecantikan abadi kerana kologen di dalamnya yang tinggi. Dipercayai juga pengguna yang sedang hamil apabila menggunakan produk berasaskan sarang burung walet akan dapat meningkatkan gizi dan kesihatan secara keseluruhannya untuk ibu dan bayi dalam kandungan . Mengikut sejarah, sarang burung walet menjadi sumber makanan yang istimewa semenjang zaman Dinasti Ming (1368-1644). Banyak restoran gaya masakan cina menyajikan menu istimewa yang menggunakan sarang burung walet sebagai menu masakan. Misalnya masakan sup sarang burung yan dicampurkan dengan sirip yu yang mampu mencecah harga raturan ringgit semangkuk. Hidangan sarang burung walet boleh dinikmati di restoran khususunya sewaktu sarapan, makan tengahari dan makan malam.Dalam pasaran di Malaysia, terdapat banyak produk yang berasaskan sarang burung walet semakin mendapat perhatian pengguna. Antara syarikat pengeluar yang mengeluarkan produk berasaskan sarang burung walet ialah Walit Gold dan DNA Global .Dalam usaha mengembangkan sayap peniagaan yang berasaskan sarang burung walet, syarikat pengeluar Walit Gold turut mempelbagaikan produk rangkaiannya antaranya Double Nest, GR8 Nest, Q10, Walit Plus, Femina, LosKiloss dan I-Quit. Produk yang paling mendapat sambutan dalam Walit Gold ialah Double Nest yang merupakan produk yang mempunyai tahap kepekatan tertinggi dalam kalangan rangkaian produk Walit Gold yang lain. Ia digabungkan dengan serbuk mutiara, ekstrak akar lalang, kolegen marin dan dimasukkan dengan ekstrak ros bagi memberikan aroma serta rasa yang pasti digemari ramai. Sasaran penggunanya pula daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira daripada bayi hinggalah ke peringkat warga emas. Produk dalam syarikat pengeluar Walit Gold juga ada menyediakan produk bagi membantu mengurangkan ketahihan merokok dan membantu dalam membersihkan sisa tar serta nikotin dalam badan iaitu I-Quit. Berbeza dengan syarikat pengeluar berasaskan sarang burung walet iaitu DNA Global hanya memfokuskan kepada dua produknya iaitu Walet Ginseng dan Walit Stevia.Dari segi menjana pendapatan, penternak burung walet mampu membuahkan hasil dan pengusahanya mampu menjadi jutawan senyap dalam masa yang singkat. Hal ini kerana menurut Dr. Christopher Lim dalam bukunya Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet ada menyatakan bahawa kos operasi bulanan adalah sangat rendah. Berdasarkan pengalaman beliau, bil utilitinya tidak sampai pada harga RM75 sebulan untuk sebuah tapak kedai dua tingkat berukuran 20 X 70 kaki selain daripada ia merupakan salah satu pelaburan di mana boleh mendapatkan kembali wang pelaburan dalam masa tiga tahun. Selainitu, pendapatan melalui jualan sarang burung yang berjaya juga boleh mencecah pada paras sekitar RM350 ribu setahun.Kejayaan menternak burung walet oleh Mohd Razali Abd Rahman merupakan salah satu bukti kejayaan beliau apabila beliau sekadar mencuba-cuba untuk berkecimpung dalam industri penternakan burung walet. Kini jumlah burung walet yang datang berteduh di premis yang diubah suai untuk dijadikan perumah haiwan tersebut telah mencecah lebih 1000 ekor. Beliau turut menambah, proses memungut sarang burung walet dilakukan tiga hingga empay kali setahun dan beliau membahagikan sarang burung tersebut kepada gred A Super, gred AB dan gred C.Walaupun penternakan sarang burung walet mampu mencecah ribuan ringgit, namun ianya tetap memberikan masalah kepada pengusaha. Bagi sesetengah spesies burung walet seperti Chaetura Pelagica mampu memberikan masalah kepada penternak kerana dengan kehadiran burung spesies ini akan menyebabkan matlamat mereka untuk menternak sarang burung walet akan tergendala. Hal ini kerana, burung seperti Chaetura Pelagica secara amnya tidak merosakan struktur yang dibina oleh pengusaha namun, mereka akan menginap di kawasan berkenaan pada waktu dan masa yang tidak sesuai di samping banyak wang yang diperlukan untuk menghalaunya keluar. Menurut Encik Razali, musuh utama burung walet dalam bangunan ialah burung hantu dan tikus kerana selain membunuh burung tersebut, ia juga memakannya.

4.0 KESIMPULANKesimpulannya, sektor penternakan ini merupakan satu bidang pekerjaan yang baik dan mendatangkan pendapatan yang lumayan jika melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Tambahan pula tidak ramai masyarakat daripada golongan muda yang sanggup mengambil risiko untuk menceburi bidang ini walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai usaha bagi menggalakkan penduduk menceburi bidang penternakan ini. Hal ini kerana, mereka berpendapat bahawa pekerjaan dari sektor penternakan ini tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan serta memerlukan tenaga dan perhatian yang sepenuhnya. Sebenarnya, sektor penternakan ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana daripada penternakan seperti penternakan rusa pelbagai produk dapat dihasilkan seperti tempat menyangkut topi, tongkat, payung, jaket, trofi dan sebagainya. Setiap bidang pekerjaan mempunyai masalah yang tersendiri begitu juga dengan sektor penternakan. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan. Badan-badan yang bertanggungjawab seperti PERHILITAN dan Jabatan Pertanian Negara turut memainkan peranan dalam memberi galakan kepada masyarakat untuk menceburi dalam sektor penternakan ini. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan serta memberi perhatian dalam memajukan sektor penternakan sama ada penternakan rusa, arnab, burung walet, lembu, kambing, dan penternakan lain yang terdapat di dalam negara ini. Tambahan pula sektor penternakan ini juga turut memberi sumbangan kepada pendapatan negara dalam membangunkan ekonomi negara.

RUJUKAN Animal Diversity Web. Diperoleh pada Mac 12, 2014 daripada http://animaldiversity.ummz.umich.edu/accounts/Chaetura_pelagica/#economic_importance_negativeDNA Global. Diperoleh pada Mac 16, 2014 daripada https://dnaglobal2u.com/products/Dr. Christopher Lim (2009). Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet: Sebuah Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: True Wealth Sdn. Bhd.Harian Metro: Agro. Diperoleh pada Mac 12, 2014 daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Inapdesaburungwalet/ArticleJabatan Perkhidmatan Veterinar. Penternakan Arnab. Putrajaya: KementerianPertaniandanIndustriAsasTaniKhairul Azman Arshad (2002). Penternakan Rusa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Harry K. Nugroho & Arief Budiman (2012). Suksess Mengurus Industri Ternak Burung Walet. Kuala Lumpur: S.A.Majeed & Co. Sdn Bhd. MARDI (1995). Penternakan Arnab. Selangor.Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.http://www.dvs.gov.my/Sinar Harian (2012). Usahawan Muda Arnab. Diperoleh pada Mac 12, 2014 daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/usahawan-muda-arnab Sinar Harian (2012). Potensi Ternakan Rusa, Mudah dan Jimat. Diperoleh pada Febuari 8, 2014 daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/potensi-ternakan-rusa-mudah-dan-jimatSarang Walet. Diperoleh pada Mac 12, 2014 daripada http://artikelsarangwalet.blogspot.com/2010/12/kandungan-nutrisi-sarang-walet-yang.htmlWalit Gold. Diperoleh pada Mac 16, 2014 daripada http://www.walit-gold.com/Laman_Utama.html

12