usahawan penternakan itik

15
PENGAJIAN AM SKW 3141 KEMAHIRAN INSANIAH 2 TOKOH USAHAWAN EN. JEFFRY ONN HAMZAH DISEDIAKAN OLEH: SAMRI SAYFUL ANSAR (S01SPE13F004) MUHD HAFIZAN (S01SPE13F0 ) MUHD HAFIZ ALMANSYAH (S01SPE13F0 ) MUHD KHAIRUL AZHAR (S01SPE13F0 )

Upload: iwan-saputra

Post on 01-Sep-2014

424 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kenali usahawan penternak itik yang berjaya

TRANSCRIPT

Page 1: Usahawan Penternakan Itik

PENGAJIAN AM

SKW 3141KEMAHIRAN INSANIAH 2

TOKOH USAHAWANEN. JEFFRY ONN HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH:SAMRI SAYFUL ANSAR (S01SPE13F004)

MUHD HAFIZAN (S01SPE13F0 )

MUHD HAFIZ ALMANSYAH (S01SPE13F0 )

MUHD KHAIRUL AZHAR (S01SPE13F0 )

KAHARUDDIN HANANU (S01SPE13F0 )

LUKMAN (S01SPE13F0 )

Page 2: Usahawan Penternakan Itik

LATAR BELAKANG PERIBADI

Jeffry Onn Hamzah dilahirkan pada tahun 1979. Beliau memulakan pendidikan awal sekitar tahun 1985 hingga 1990 di SRK ST. Patrick bermula dari darjah 1 sehingga darjah 6. Pada tahun 1991 sehingga 1996, beliau menyambung pelajaran di SM Holy Trinity untuk menduduki Sijil Pelajaran Menengah dan mengambil keputusan 2 tahun lagi untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di SMK Kuhara sehinggalah tahun 1998. Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kini merupakan kakitangan di Open University Malaysia (OUM). Walaupun beliau amat sibuk bertugas dalam bidang pemasaran di OUM dan sering memberi taklimat kepada pelajar lepasan SPM, lawatan ke tempat lading ternakan tidak pernah dilupakan kerana bidang Agro dan Penternakan merupakan bidang yang amat di minati.

Page 3: Usahawan Penternakan Itik

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Jeffry Onn Hamzah mendapat bantuan dan kursus sepenuhnya daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah (JPHPT) untuk menjadi seorang usahawan ternakan yang berjaya. Beliau begitu bersyukur dan gembira apabila terpilih untuk menjalani kursus dan bimbingan sepenuh masa suatu ketika dulu. Justeru itu, beliau dapat menjalankan projek ternakan itik penelur untuk dipasarkan diseluruh sabah dan kawasan sekitar.

Usaha murni JPHPT ini harus diberikan pujian kerana Berjaya melahirkan usahawan muda dalam bidang pertanian dan penternakan. Projek yang dijalankan oleh En. Jeffry Onn Hamzah ini sentiasa mendapat tinjauan daripada JPHPT agar matlamat menjadikan usahawan tani berjaya dibentuk.

Beliau yang memiliki tanah seluas 50 ekar yang diwarisi daripada ibubapa terletak di Batu 24, Bukit Quin Hill, Tawau, Sabah amat bersyukur dapat mengusahakan tanah yang terbiar itu dengan sepenuhnya hasil dorongan isteri dan keluarga.

Page 4: Usahawan Penternakan Itik

PERKEMBANGAN PERNIAGAAN

1) TERNAKAN ITIK

Penternakan itik telah dimulakan seawal tahun 2009 dengan memulakan pembelian anak itik sehingga menjadi dewasa. Setelah itu, telur-telur itik akan dimasukkan kedalam Inkubator Pengeram dan Penetas Telur sehinggalah telur itik tersebut menetas. Anak-anak itik akan dijual kepada pembeli yang dating dari segenap negeri Sabah.

Walaupun kesibukan En. Jeffry Onn bertugas di OUM, namun beliau masih dapat mengekalkan komiten terhadap projek ternakan itik walaupun pada tahap optimum.

Pada masa ini, ternakan itik beliau di Bukit Quin Hill telah mencapai 1000 ekor dengan 800 daripadanya adalah itik betina yang mana menjadi sasaran kepada semua pengusaha itik penelur yang berorientasikan pasaran telur masin. Itik jantan sebelum ini ada lebih kurang 400 ekor. Justeru itu bagi mengurangkan kos makanan, separuh daripada jumlah itu telah pun di jual di pasaran tempatan.

Setakat ini jumlah tertinggi telur itik yang dapat di hasilkan ialah 245 biji sehari , dan jumlah itu pastinya akan bertambah tidak lama lagi sekiranya 400 ekor lagi itik betina cukup matang untuk bertelur. Faktor cuaca akan mempengaruhi bilangan telur yang bakal dihasilkan oleh itik – itik tersebut lebih-lebih lagi cuaca hujan tidak menentu dikawasan bukit.

Inkubator Pengeram dan Penetas Telur

Page 5: Usahawan Penternakan Itik

Kolam yang tersedia untuk habitat itik

Anak itik yang sedia untuk dijual

Itik yang berusia 3 minggu

Page 6: Usahawan Penternakan Itik

Itik berusia 1 hari setelah keluar dari Inkubator

Itik tua yang berusia 20 – 22 minggu dan telah menghasilkan telur

Page 7: Usahawan Penternakan Itik

Itik-itik tua jantan dan betina

2) TERNAKAN KAMBING

Baka kambing Boer satu-satunya jenis kambing yang telah dibekalkan kepada En. Jeffry Onn Hamzah untuk dibiakkan kerana ketahanan kambing ini terhadap perubahan cuaca.

Kambing Boer

Page 8: Usahawan Penternakan Itik

Kandang kambing

Page 9: Usahawan Penternakan Itik

3) TERNAKAN AYAM

Projek ternakan ayam dimulakan pada tahun 2010 dan merupakan yang terbaru daripada En. Jeffry Onn Hamzah. Ayam ternakan adalah jenis baka kampung kacukan yang mendapat permintaan tinggi ketika musim perayaan.

Baka ayam ini di keluarkan oleh JPHPT yang berpusat di Bantayan, TUARAN. Ayam kacukan yang diberikan oleh pihak JPHPT ini antara ayam kampung tulen dan ayam telur, ayam kampung jenis ini lebih berisi dan jauh lebih gemuk dari ayam kampung yang tulen.

Semasa mengikuti kursus di Bantayan, Tuaran pada Oktober tahun lepas, En. Jeffry Onn Hamzah sempat mendapatkan baka ayam kampung kacukan tersebut sebanyak 80 ekor.

Selepas 6 bulan, ayam ternakan telah bertambah menjadi 60 ekor. Sebagai langkah awal untuk menambah bilangan ayam kacukan yang sedia ada, semua telur yang terhasil lebih kurang 13 biji sehari akan dimasukkan terus ke Inkubator bagi tujuan pengeraman.

Beliau berharap akan menjadi pembekal utama telur ayam kampung kepada warga Sabah suatu hari nanti.

Ayam kampung kacukan

Page 10: Usahawan Penternakan Itik

Ayam kampung didalam kandang

MODAL DAN SUMBER BIAYA

En. Jeffry Onn Hamzah telah mendapat modal dan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah melalui peruntukkan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah.

Modal yang diberi akan dibayar balik secara ansuran tahunan dan bantuan tetap akan diberikan dari masa ke semasa.

KEDUDUKAN KEWANGAN

Pendapatan kasar bulanan yang diterima oleh En. Jeffry Onn agak lumayan dan boleh mencecah RM5000 hingga ke RM8000 sebulan bergantung pada musim. Musim perayaan akan meningkatkan permintaan daripada penguasa-pengusaha ternakan ayam untuk dijual kepada pengguna.

Kos operasi bulanan pula mencecah sekitar RM6000 sebulan termasuk membayar gaji pekerja, membeli makanan ternakan, dan proses mengurus kandang ternakan. Kos tahunan mencecah RM72 000.

Page 11: Usahawan Penternakan Itik

MATLAMAT PERNIAGAAN

En. Jeffry Onn Hamzah amat komited untuk meneruskan projek ternakannya itu kerana beliau mempunyai matlamat yang amat jelas dalam menjalankan perniagaan.

Matlamat perniagaan:

i. Ingin menjadi usahawan berjaya sehingga dapat membantu usahawan lain yang ingin berjaya.

ii. Memperbaiki taraf kehidupan yang lebih baik dari segi kewanganiii. Menyediakan haiwan ternakan yang berkualiti kepada warga tempataniv. Meningkatkan hasil ternakan berkali ganda

FAKTOR KEJAYAAN

Kejayaan En. Jeffry Onn dipengaruhi oleh ibubapa dan keluarga selain galakan dan bimbingan daripada JPHPT itu sendiri. Kepuasan pelanggan juga menjadi teras fokus kepada apa diusahakannya selama ini.

PANDANGAN BELIAU TENTANG USAHAWAN MUDA HARI INI

Beliau berpendapat, anak mudah hari ini berminat untuk menjadi usahawan walaupun secara kecil-kecilan. Beliau juga berpendapat bahawa anak muda hari ini berfikiran jauh kerana menggunakan apa sahaja medium untuk mempromosikan perniagaan terutamanya melalui media sosial.

Page 12: Usahawan Penternakan Itik

SEKITAR LADANG TERNAKAN

Rumah rehat di ladang

Rumah pekerja dan kandang itik

KESIMPULAN

“Rezeki tidak datang bergolek, kita harus mencarinya kerana rezeki itu telah tersedia didepan mata”. En. Jeffry Onn sentiasa berpegang teguh pada matlamat dalam kehidupan agar tidak mudah berputus asa.