penternakan itik

10
PENTERNAKAN ITIK Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunya yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusa mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya henda diperolehi. Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:- mempunyai daya hidup yang tinggi bebas dari kecacatan penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun menghasilkan telur yang berkualiti berat antara 65 - 75 gm sebiji kulit telur adalah keras warna kuning telur kemerah-merahan saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas. Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Australia. Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:- Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jan rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bag dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih ku paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lap pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reba hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang bole menyebabkan telornya kotor dan hilang. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah pentern masuk membersih, merawat dan mengumpul telur. Induk palsu antaranya: Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,

Upload: marrlina-maklin

Post on 22-Jul-2015

558 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PENTERNAKAN ITIKPenternakan Itik Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam. PEMILIHAN BAKA Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi. Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:

mempunyai daya hidup yang tinggi bebas dari kecacatan penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun) menghasilkan telur yang berkualiti berat antara 65 - 75 gm sebiji kulit telur adalah keras warna kuning telur kemerah-merahan saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia. PERUMAHAN DAN PERALATAN Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN Induk palsu antaranya:

Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,

Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam) Sarang bertelur Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

PEMAKANAN Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek. Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

Makanan komersil Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan. Umur Jenis Makanan Kandungan Protin 0 - 2 minggu 2 - 3 minggu 4 - 16 minggu 16 minggu dan semasa bertelur Duck Starter Duck Starter dicampur Duck Grower Duck Grower Layer Tenaga

20 % 2700-3000 16 % 17 % 2500 2800 2600 2900

2. Makanan Campuran Sendiri Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik. Bahan-bahan:Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain . Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:Umur 0 - 4 minggu 5 minggu - 22 minggu 1.2 kg. - 1.6 kg. 11.0 kg - 11.8 kg

22 minggu ke atas (semasa bertelur)

160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg). KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:

Menjaga kebersihan ladang setiap masa Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat antistress harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari. Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anakanak itik yang baru Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari. 2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:

Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap. Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi. Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:

Persediaan sebelum ketibaan anak itik Pemeliharaan semasa perindukan

Pengurusan semasa membesar Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik) Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci. Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan

Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan. Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan. Beri antistress selama 3 hari. Beri makanan duck starter crumble tanpa had Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian. Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar

Keluarkan alat pemanas dan pembentung Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat . Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :

Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl. Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur. Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor. Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri) Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik) Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :Telur Itik Segar Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0. Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar. Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.

PENGURUSAN REKOD Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan. Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

Rekod pemeliharaan/pengurusan Rekod kewangan

Menternak itik Khaki Campbell

JIKA diberi pilihan untuk bekerja di bilik berhawa dingin atau berpanas terik di bawah mentari, tentu ramai yang lebih rela bekerja di bilik berhawa dingin. Namun begitu, masih terdapat segelintir siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik. Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara. Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini. "Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor. "Saya belajar teknik memelihara itik mulai anak yang baru menetas sehingga itik bertelur," katanya ketika ditemui di ladang ternakan itiknya di Kesang Pajak, Jasin, Melaka. Beliau memilih untuk menternak itik kerana haiwan itu tahan serangan penyakit dan tidak banyak kerenah.

"Saya memilih ternakan itik kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari, berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu," katanya. Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam. Cuma, katanya, sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain. Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu. Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur. Beliau dibantu 12 orang pekerja bagi mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan dikelilingi kebun getah serta hutan. Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik pada setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan itik dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur. Elly Yuza berkata, kaedah Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan pencemaran lain. Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladangnya dua kali seminggu. Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya pada setiap hari dan dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu, pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak. Mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ. Telur yang dikutip itu kemudiannya dikumpul di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin. Telur yang telah dibersihkan tanpa menggunakan air itu, kemudiannya akan disusun di dalam rak telur. Elly Yuza berkata, melalui syarikatnya, Bella Projek Sdn Bhd, telur berkenaan dijual di seluruh negara

MEMBUAT TELUR MASIN BASAH

Umumnya telur akan rosak setelah disimpan lebih 2 minggu di ruang terbuka. kerosakan kebanyakkan berpunca dari kotoran yang terdapat dilapisan kulit telur dan penurunan mutu telur disebabkan dengan kelembapan persekitaran. prinsip pengawetan telur adalah bertujuan untuk mencegah peranan bakteria serta keluarnya air dari dalam telur. justeru pengawetan telur penting untuk menjaga meningkatkan kualiti dan nilai tambah telur segar tersebut. salah satu cara yang ekonomik ialah menjadikannya sebagai telur masin.

Ciri-ciri telur masin yang baik ialah:

Memiliki kuning telur berwarna kuning cerah dan berminyak posisi kuning telur berada ditengah-tengah, tidak banyak terdapat rongga.

CARA MEMBUAT TELUR MASIN BASAH Bahan-bahan: 1. 2. 3. 4. 5. 10 biji telur itik (saiz yang sekata dan baik) 250 gram garam dapur 1 liter air bersih kertas pasir/berus halus - untuk membersihkan kotoran pada telur 1 bekas plastik yang kedap udara

Cara membuat: 1. cuci atau lap telur dengan air suam hingga bersih dan kemudiannya dikeringkan. 2. kemudian gosok secara sekata ( tidak terlalu kuat dan sekadar 1 pusingan) permukaan telur dengan menggunakan kertas pasir/ berus halus bagi memastikan liang-liang telur terbuka. 3. buat larutan air garam yang terdiri dari air dan garam dapur 1:4 dan masukkan larutan tersebut di dalam bekas plastik yang berpenutup kedap udara 4. masuk telur yang dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas dengan penutup kedap udara 5. simpan telur selama 15-18 hari sebelum digunakan. Tips: A. Direndam dalam larutan teh. Setelah jadi telur masin mentah biasanya dicuci dan direbus hingga masak. Namun ada juga yang merendam telur pada larutan teh terlebih dahulu sebelum telur masin mentah tersebut direbus. perendaman dalam larutan teh dilakukan selama 4-8 hari.

Penggunakan ekstrak daun teh ini bertujuan agar zat tanin yang terkandung dalam daun teh dapat menutupi pori-pori telur serta memberikan warna coklat muda yang menarik. malah dapat memberi aroma kepada telur masin. B Telur Masin dengan lain-lain aroma. Dalam khalayak umum sudah pernah ada yang bereksperimen membuat telur asin dengan membubuhi berbagai macam aroma dan rasa, seperti telur masin rasa halia, cili, juga jeruk. Cara membuat ekstrak halia tersebut adalah dengan mengupas bersih halia, kemudian dikisar dengan air secukupnya, lalu ditapis dan jadikan ekstrak halia. kaedah yang sama boleh digunakan untuk hasil ekstrak selain halia.Kemudian ekstrak ini akan dicampurkan kedalam larutan garam dan dikacau dengan rata. Kemudian rendam telur itik ke dalam larutan tersebut selama 7-10 hari. Langkah selanjutnya sama seperti pada pembuatan telur masin biasa. Percampuran ekstrak rasa ke dalam larutan garam untuk merendam telur hanya akan mempengaruhi rasa masin dari telur tersebut, namun tidak mempengaruhi warna baik putih maupun kuning telurnya. Jadi bila kita menambahkan ekstrak halia, maka rasa telur masin akan rasa seperti halia. Begitu juga untuk ekstrak rasa yang lain.

PENYEDIAAN KANDANG ITIK PETELUR

Sumber Gambar: http://bebekpedaging.com Pemeliharaan itik petelur secara intensif perlu disediakan kandang yang memadai sesuai kebutuhan ternaknya. Dibidang peternakan, bahwa ternak itik merupakan salah satu komoditi unggas yang mempunyai peran cukup penting sebagai penghasil telur dan daging untuk mendukung ketersediaan protein hewani yang murah dan mudah didapat. Di Indonesia, itik umumnya diusahakan sebagai penghasil petelur namun ada pula yang diusahakan sebagai penghasil daging. Peternakan itik didominasi oleh peternak dengan sistem pemeliharaan yang masih tradisional di mana itik digembalakan di sawah atau tempat-tempat yang banyak airnya, namun dengan cepat mengarah pada pameliharaan/budidaya secara intensif yang sepenuhnya terkurung. Saat ini, pergeseran pola/sistem budidaya/pemeliharaan itik ini disebabkan oleh berkurangnya tempat penggembalaan antara lain karena makin intensifnya penanaman padi sawah, konvensi atau alih fungsi lahan persawahan menjadi daerah pemukiman dan

industri. Selain itu juga karena meningkatnya kesadaran peternak untuk mencegah dan menularnya penyakit unggas seperti Avian Influenza. Dengan adanya, pergeseran ini menunjukkan bahwa usaha peternakan itik bukan hanya sekedar sambilan akan tetapi sudah memiliki orientasi bisnis yang diarahkan dalam suatu kawasan, baik sebagai cabang usaha maupun sebagai usaha pokok, karena mengusahakan budidaya itik cukup menguntungkan dan dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Pemeliharaan itik petelur secara intensif perlu disediakan kandang yang memadai sesuai kebutuhan ternaknya. Karena kandang diperlukan sebagai tempat berkurungnya (hidupnya) itik sepanjang hari dan malam, pembuatan kandang itik harus memenuhi persyaratan terjaminnya peredaran udara yang baik, terhindar dari tiupan angin langsung dan panasnya terik matahari, mudah pengawasan dan pembersihan. Berhubung kandang itik selalu basah dan kotorannya lembek, untuk memudahkan pembersihan, kandang itik sebaiknya dibangun bertingkat (bentuk panggung), atau kalau langsung di tanah, lantai di beton (semen) . Bahan untuk pembuatan kandang dianjurkan yang mudah diperoleh, murah tahan terhadap air (tidak mudah lapuk) dan tidak membahayakan kesehatan baik terhadap manusia maupun ternaknya. Dalam usaha budidaya/memelihara itik ada beberapa sistem kandang . Adapun sistem kandang itik ada 3 (tiga) macam, yaitu : A. Kandang Sistem Postal/litter. Pada sistim ini itik-itik dipelihara dalam suatu ruangan. Alas kandang itik bisa menggunakan litter dengan susunan : pasir kering 6 bagian, sekam kering 4 bagian, kapur mati 1 bagian. Hal-hal yang perlu diperhatikan adalah : 1) Luas lantai untuk setiap ekor itik dewasa petelur ialah 5 ekor per m, 2) Luas bak makanan untuk setiap ekor itik petelur dewasa ialah 7,5 20 cm panjang, 3) Bak minum 3 - 5 cm untuk setiap ekor; 4) Akan lebih baik bila disediakan tempat bermain (pelataran) yang berada di depan atau disamping kandang. B. Kandang Sistem Batery. Kandang sistem batery terdiri petak-petak yang dibuat berderetderet seperti batery. Pada musim ini tiap satu ruangan disediakan untuk 1 ekor itik, setiap petak ruangan berukuran : panjang 40 cm, lebar 30 cm, tinggi 40 cm. Sedangkan tempat makan dan minum ditaruh di luar kandang. C. Kandang Sistem Lantai/kisi. Lantai dibuat dari bilah papan atau bambu, dipasang jarang antara 1 - 1,5 cm (untuk itik dewasa) dan 0,5 - 1 cm untuk itik dara dan anak. Bila memelihara itik dalam jumlah ratusan, kandang di petak-petak dengan sekat tinggi 40 -50 cm. Tiap petak yang dibuat disediakan untuk 20 - 30 ekor itik dewasa. Luas lantai kandang menurut umur itik (untuk 100 ekor) : itik umur 1 hari - 1 minggu diperlukan luas lantai kandang 1 - 2 m, itik umur 1 - 2 minggu diperlukan luas lantai kandang 2 - 4 m, itik umur 2 - 4 minggu diperlukan luas lantai kandang 4 - 6 m, itik umur 4 - 6 minggu diperlukan luas lantai kandang 6 - 8 m, itik umur 6 - 8 minggu diperlukan luas lantai kandang 8- 10 m. Ukuran kandang itik berdasarkan umur dan jumlahnya (daya tampung), sebagai berikut : untuk umur 1 minggu dengan daya tampung 50 ekor/m, untuk umur 1 - 2 minggu dengan daya tampung 20 ekor/m, untuk umur 2 - 3 minggu dengan daya tampung 12 ekor/m, untuk umur 3 - 7 minggu dengan daya tampung 5 - 9 ekor/m. Kandang anak itik di petak-petak dengan diberi sekat setinggi 20 - 30 cm. Sekat ini dapat dipindah-pindahkan untuk menyesuaikan petakan sesuai dengan patokan (umur itik). Bila anak itik yang dipelihara hanya dalam jumlah kecil, cukup dibuat kotak (box) sebagai induk tiruan.

Peralatan kandang itik petelur yang diperlukan, sebagai berikut : 1) Tempat pakan dan minum hendaknya dari bahan tidak mudah berkarat dan penempatannya mudah dijangkau, mudah dipindahkan, diganti, ditambah isinya dan mudah dibersihkan; 2) Alat pembersih kandang harus lengkap, alat pembersih dari kandang isolasi tidak boleh digunakan pada kandang lainnya; 3) Alat pemanas berfungsi sebagai induk buatan anak itik, berupa lampu minyak atau listrik dan pemanas ini digunakan untuk anak itik umur 1 hari - 1 bulan; 4) Alat penerangan memberikan rasa nyaman dan aman; 5) Alat penanganan telur seperti : alat pembersih, alat sortir, alat penyimpanan sementara dan alat pengepakan siap angkut; 6) Alat penghapus hama (hand sprayer) dengan masker.