manual penternakan lembu fidlot

Upload: junidomar

Post on 11-Jul-2015

1.172 views

Category:

Documents


110 download

TRANSCRIPT

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT[ Pengenalan ] [ Pemasaran ] [ Pemilihan Ternakan ] [ Pengurusan ] [ Infrastruktur ] [ Pemakanan ] [ Kesihatan ] [ Sisa Buangan Fidlot ] [ Ekonomi ] [ Penutup ]

1.0 PENGENALAN "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot. Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja. Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot. Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang "standard" 1.1 Definasi fidlot "Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu. Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil. Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum 1.2 Sistem Fidlot Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia: i. Sekali masuk - Sekali keluar Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya ii. Masuk-Keluar Berterusan Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan. 1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. adalah :i. Faktor ternakan a. Harga belian feeder b. Harga jualan finisher c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan ii. Faktor makanan (harga) Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan. Mark et Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam Faktor berkenaan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

1/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTsistem fidlot ini. Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang standard 2.0 PEMASARAN Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya maju atau sebaliknya. Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau sebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin. 2.1 Jenis-jenis Pemasaran Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot: i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher) ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah iii. Jualan lembu hidup untuk korban iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar) Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih. Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan. Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan. Jadual 1 menunjuk k an contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringk at untuk tempoh pengemuk an 4 bulan (120 hari) pada k adar peningk atan berat badan harian 1k g/hari:Kumpulan@ Peringkat Pertama Kedua Bulan Ternakan Masuk Ogos Oktober Sepanjang masa Berat Masuk (kg) 230-260 kg 180-230 kg Peningkatan Target Berat Berat Badan Jualan (kg) harian (Kg/hari) 1.0 kg/hari 1.0kg/hari 350-380 kg 300-350 kg Target Jualan (bulan) Hari Raya Aidil Fitri Hari Raya Korban (Februari) Jualan hidup/daging segar (Jan-Dis)

Ketiga

230-260 kg

1.0kg/hari

350-380 kg

2.2 Networking Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan. Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada. Dengan mengamalkan network ing sedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik. 2.3 Penjualan Secara Tunai Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

2/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada pelanggan secara jualan tunai. Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan. Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan khas. Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan. 3.0 PEMILIHAN TERNAKAN 3.1 Asas Pemilihan Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah: i. Permintaan . keperluan pasaran ii. Penetapan berat awal iii. Peningkatan berat badan iv. Target berat akhir atau berat jualan 3.2 Baka dan Jantina Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti : i. Baka import Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore. ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)* * Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembulembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik. 3.3 Umur dan Berat Badan Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut: i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki) Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan) Peningkatan Berat Tempoh Berat Badan Harian Pemeliharaan Akhir (kg) (kg/hari) (hari) 1.0 120 320 1.0 120 350

Berat Awal 200 230 3.4 Status Kesihatan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama: i. Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

hawar berdarah dan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

3/32

4/4/2011ii. iii.

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTPastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan

Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan sihat, bebas jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat 4.0 PENGURUSAN Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum. 4.1 Pengurusan Personel Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut: i. Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut: a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor ii. Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

4.2 Pengurusan Ternakan Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi. Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merkod berat akhir sebelum jualan.

Pengurusan lembu fidlot yang cekap menjamin kejayaan dan keuntungan pengusaha 4.3 Pengurusan Kandang Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

4/32

4/4/2011disebelah pagi.

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTKandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku. 4.4 Pengurusan Pemakanan Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian,. Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian. Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang. Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

Lembu Fidlot perlu diberi makanan berkualiti yang secukupnya secara cekap dan ekonomik

4.5 Pengurusan Kenderaan Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

4.6 Pengurusan Rekod Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian. Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot: i. ii iii iv v vi vii Rekod pembelian lembu 'feeder' Rekod pemberian makanan harian Rekod peningkatan berat badan harian Rekod kesihatan dan kematian Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot Rekoid personel Rekod kewangan

Contoh rekod stok ternakan. rekod purata kenaikan berat badan (ADG), rekod jualan ternakan dan rekod tunai ternakan boleh dijadikan panduan

CONTOH REKOD STOK TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________ KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________ TARIKH MASUK :______________________________________

MATI TARIKH BELIAN MASUK (ekor) SINGKIR (ekor)

JUAL STOK SEMASA (ekor) CATATAN

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

5/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT(ekor) (ekor)

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________ DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH REKOD PURATA KENAIKAN BERAT BADAN (ADG)

NAMA LADANG :______________________________________ KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________ TARIKH MASUK :______________________________________

BIL

NO. TAG

BERAT AWAL (kg)

BERAT PERBEZAAN SEKARANG (kg) BERAT BADAN (kg)

TEMPOH PELIHARA (Hari)

ADG (kg)

CATATAN

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________ DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH REKOD JUALAN TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________ KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________ TARIKH MASUK :______________________________________

TARIKH

NO. TAG

JANTINA

PEMBELI (NAMA & BERAT BADAN (kg) HARGA JUALAN (kg)

CATATAN

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

6/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTALAMAT)

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________ DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH REKOD TUNAI (CASH FLOW) TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________ KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________ TARIKH MASUK :______________________________________

TARIKH

BILANGAN STOK BILANGAN JUAL BILANGAN MATI & AWAL (ekor) (ekor) SINGKIR (ekor)

BILANGAN STOK SEMASA (ekor)

JUALAN TUNAI (RM)

KOS OPERASI SELURUH (RM)

UNTUNG RUGI (RM)

5.0 INFRASTRUKTUR 5.1 Lokasi Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis. Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan. Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

7/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

Tapak projek lembu fidlot perlu dikawasan yang strategik dari aspek topografi, persekitaran dan kemudahan prasarana 5.2 Topografi Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping mengurangkan masalah tanah berbecak. Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit. 5.3 Bekalan Air Dan Elektrik Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot. Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air. Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal. 5.4 Reka Bentuk Kandang Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan. Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.

Contoh rekabentuk kandang yang praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot skala sederhana (semi-komersil) 5.5 Kandang Kurungan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

8/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTPembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan infrastruktur yang 'standard' seperti berikut:

i. Bumbung Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan semasa hujan dan panas. Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutup keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantai kandang, bergantung pada modal yang ada. Kandang yang di tutup sebahagiannya dengan bumbung membolehkan cahaya matahari mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap, asbestos dan lapisan getah tar. Lantai ii. Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau berlumpur. Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara di tempat yang berbecak kerana keadaan sebegini akan memudahkan serangan penyakit. Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 10cm(4 inci) dan ini juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2% menghala ke parit.

iii

Rekabentuk kandang menunjukkan bumbung dan lantai konkrit yang praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot komersil iv Sistem Saliran Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat disalirkan dengan sempurna Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot. v Palung Makanan Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian makanan mudah dijalankan. Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm (18inci) tinggi. Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak. Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang. vi Palung Air Minuman Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan diantara petak. Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

9/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTUntuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.

Contoh rekabentuk palung makanan dan air minuman yang praktikal dan ekonomik vii Kolam Takungan Najis Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan dapat dikumpulkan setempat. Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dan kegunaannya, (maklumat terperinci, sila rujuk Chapter 8: Sisa Buangan Fidlot) . viiiTempat Rawatan Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan ternakan dan boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.

Kandang lembu fidlot perlu dilengkapi dengan loading ramp & travis untuk kemudahan memunggah dan mengawal lembu

Tangki air perlu disediakan bagi menjamin bekalan air bersih yang berterusan dan mencukupi untuk minuman lembu

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

10/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

RAJAH A

RAJAH B

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

11/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

CONTOH PELBAGAI RUPA BENTUK BUMBUNG

CONTOH PALUNG MAKANAN DAN MINUMAN6.0 PEMAKANAN Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap adalah kritikal. 6.1 Keperluan Nutrien Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu adalah

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

12/32

4/4/2011seperti berikut:i. Air

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTmengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam tubuh dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan pengemukkan Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti tubuh Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu } Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel darah A - Membantu dalam penglihatan D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakan E - Untuk menguatkan otot

ii iii iv v vi

Protein Karbohidrat Lemak Galian Vitamin

Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum. Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum makanan yang diberikan. Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:

Zat protein Tenaga Metabolisma Zat Galian Kalsium Zat Galian Fosforus Garam Vitamin A & D Zat serat Air 6.2 Jenis Bahan Makanan

- Minima 14% - Minima 10.6 Mj/kg - Minima 0.65% - Minima 0.45% - Diantara 0.50 - 1.0% - MInima 2200 dan 300 i.u/kg - Minima 15% - Semahunya

Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakan lembu fidlot. Umpamanya foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :i) Foraj ii) Bijirin iii) Bahan protein iv) Bahan sisa pertanian Kelapa sawit Padi Tebu Kelapa Sisa dapur Jagung manis Ikan Koko Rumbia 6.3 Jumlah Makanan Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa. Secara purata mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan. Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg. Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari. Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa, Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat. Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian - Rumput segar, rumput kering, silaj - Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi - Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau -: Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit Dedak padi, beras hancur, jerami padi Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu Dedak kopra Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan Batang jagung (Dipotong, di silaj) Ikan baja Lenggai koko Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

13/32

4/4/2011yang tinggi.

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTPemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat. Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri dengan mudah dan pada kos yang lebih murah. Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu dipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada 15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminan memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan kepada ternakan adalah seperti berikut:i. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga dan berbagai jenis Vitamin B Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur dengan vitamin komersil (tambahan) . Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.

ii

iii

6.4 Bahan-Bahan Makanan Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek. Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3. Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4. Jadual 3 menunjukkan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot:

Berat Kadar Pengambilan Protein Tenaga Kalsium Lembu Tumbesaran Bahan (kg) Metabolisma (kg) (g/sehari) Kering (kg) 100 500 2.8 0.361 30.0 150 500 4.0 0.476 39.4 200 700 5.8 0.640 52.7 250 700 6.3 0.718 61.2 300 700 7.3 0.777 64.6 350 800 7.4 0.811 73.3 400 600 9.0 0.902 83.6 450 600 9.5 0.898 91.3

(g) Fosforus (g) 16 18 21 23 24 26 27 28 8 11 14 17 18 19 21 22

Vitamin A (i.u) 4200 6400 8500 10600 12700 12700 17000 19100

Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya : Nama Bahan Makanan Rumput Napier R.Napier, silaj Petai Belalalng Jerami padi Pucuk Tebu Hampas barli Dedak gandum Dedak sawit (Exp) Dedak sawit (Sol) Jagung kisar Dedak soya Tenaga Bahan Protein Metabolisma Kalsium Kering (%) (%) (Mj/kg) 18.4 12.2 8.0 0.30 30.0 6.6 7.0 0.25 19.1 40.4 6.7 0.37 98.8 6.7 4.9 0.10 30.9 6.2 7.3 0.26 25.4 26.6 7.5 0.67 88.0 14.4 11.2 0.20 91.8 88.2 89.7 88.4 15.3 16.8 9.3 45.5 10.1 10.30 12.48 11.20 0.20 0.21 0.32 0.33

Fosforus 0.24 0.30 0.51 0.10 0.11 0.53 0.68 0.52 0.61 0.35 0.75

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

14/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTDedak padi 91.6 Cip ubi kayu 88.2 Kepala bilis 34.6 Batang jagung 37.6 B.jagung, silaj 23.2 Hampas tauhu 15.5 Pelepah sawir 36.4 Enapcemar sawit 91.1 Beras hancur 89.1 Hampas sagu 14.7 Hampas tebu 45.9 Gula hitam 76.4 Najis ayam 85.6 6.5 Rangsum Makanan Lembu Fidlot Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5: Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:Jadual 5 menunjukkan contoh kiraan rangsum makanan unutk lembu fidlot: Bahan Dedak Isirong sawit Hampas soya Hampas sagu rumbia Batang jagung, diracik JUMLAH Jumlah Basah (kg) 3.4 3.2 10.1 4.0 Persamaan Berat Kering (kg) 3.0 0.5 1.5 0.5 5.8 kg 12.0 2.4 54.7 12.2 8.2 30.4 4.1 11.1 11.2 2.4 2.0 4.2 24.0 9.03 13.00 5.18 7.50 7.82 11.90 4.89 6.52 11.78 11.11 6.93 11.21 8.32 0.10 0.20 4.00 0.32 0.37 0.41 0.32 0.70 0.03 0.19 0.10 0.91 5.16 0.49 0.10 0.43 0.34 0.86 0.32 0.10 0.50 0.43 0.04 0.03 0.09 1.11

Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlotyang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa. Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini. Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6. Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa. Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot : Jenis Bahan Trikalsium fosfat Garam biasa Kapur (Ground limestones) JUMLAH Peratus 40% 40% 20% 100% atau Rumusan 10 kg Rumusan 100 kg 4.0 40.0 4.0 40.0 2.0 10.0 kg atau 20.0 100.0 kg

Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka. 6.6 Bahan Makanan Tambahan i. Galian Jilat: Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara adlibitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi. ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block) Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

15/32

4/4/2011sebagai perangsang selera.

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakan program-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati piawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan. i. Kaedah Formulasi Makanan Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah: a) Kaedah Silang (Pearson Square Method) b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation) c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation) ii. Contoh Kaedah Silang Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan dibawah. Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%) dan hampas sagu rumbia (Protein 2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%. Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi 14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti berikut :-

Dedak isirong sawit (16%)

11.5

11.5 x 100 13.5 = 85.0%

Hampas sagu rumbia (2.5% Protein)

2.0 13.5

2x100 = 15.0% 13.5 100%

Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:Dedak isirong sawit : 85% Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah) Jumlah : : 100.00% Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut: Dedak isirong sawit Hampas sagu rumbia Trikalsium fosfat Garam Kapur (Ground limestone) Jumlah 83.5% 14% 1.0% 1.0% 0.5% 100%

Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna. 6.8 Pemprosesan Makanan Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

16/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOThalus seperti bijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti kacang soya dan kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus atau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk (mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan empat segi berukuran 1" x 1" x 1" Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk abuk sahaja bagi menjimatkan kos. Makanan dalam bentuk abuk hanya memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya. 6.9 Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot. Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah sperti disenaraikan di Jadual 7. Jadual 7 menunjukkan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot: Pemberian untuk lembu 200 kg Campuran (Bersamaan 5.8 kg bahan Jenis Bahan (%) kering) Formulasi 1 : Dedak isirong sawit Hampas sagu rumbia (Basah) Hampas soya (Tauhu, basah) Trikalsium fosfat Garam biasa Kapur (Ground limestone) Formulasi 2 : Dedak isirong sawit Dedak padi Gula hitam (Molas) Beras hancur Campuran 3 galian Formulasi 3 : Dedak padi Beras hancur Hampas kacang hijau Campuran 3 galian Formulasi 4 : Dedak isirong sawit Enapcemar sawit Gula molas Corn gluten feed Campuran 3 galian Formulasi 5 : Corn gluten feed Hampas kacang hitam Dedak padi Gula molas Campuran 3 galian

50.0 30.0 17.5 1.0 1.0 0.5 47.5 20.0 5.0 25.0 2.5

2.9 kg 11.6 kg 6.8 kg 58.0 g 58.0 g 29.0 2.76 kg 1.16 kg 0.29 kg 1.45 kg 145 g

42.5 30.0 25.0 2.5 47.5 20.0 5.0 25.0 2.5 32.5 30.0 30.0 5.0 2.5

2.50 kg 1.75 kg 1.45 kg 145 g 2.75 kg 1.16 kg 0.29 kg 1.45 kg 145 g 1.90 1.75 1.75 0.29 145 g

Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot. Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus, campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian. Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan sekali dan tidak perlu dibuat setiap hari Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot tidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari. Sebagai contoh, untuk lembu yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia makan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiap hari. Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan. Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan dengan cekap.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

17/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi kepada lembu fidlot samada secara 100% makanan lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan pertanian seperti hampas sagu atau soya

7.0 KESIHATAN

7.1 Sebelum Menerima Ternakan Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk. Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan : Lindores Omnicide Mefarol Lysol Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot: Jenis rawatan Contoh Ubat-Ubatan i Rawatan luka Tinktur iodin 2% Gusanex Spray Serbuk Negasunt ii Rawatan Antistress - Stress Pak sokongan Catasol/fercobsang/Tonophosphan/ Fercobsang/Vitamin B12/Dextrose Rawatan Kaolin, pectin iii antidirea Beacosin/ Scourban Plus/Scour-X Antiinflamatori Dexa-tomanol iv (Rawatan Dexadresson bengkak) Rawatan sakit mats v Terramycine Eye ointment pink eye spray Rawatan Bloat remedy vi kembung vii Antibiotik Oxytetracycline berspektrum Penicilin luas Streptomycine 7.2 Sewaktu Menerima Ternakan Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:a. Diarea b. Pernafasan tidak normal c. Cecair daripada hidung (nasal discharge) d. Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar e. Bulu tidak kemas dan pudar f. Kehadiran kutu pada badan ternakan g. Tanda-tanda lain yang tidak normal Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini. Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pak ) 7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan. Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut: i. Pemberian ubat cacing (deworming)

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

18/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTDilaksanakan jika perlu berdasarkana. Tanda-tanda bebanan cacing seperti : Kurang selera makan Kurus/lemah Berak cair/diarea Najis berbau Bulu tidak kemas dan pudar Perut buncit/abdomen besar Selaput basah pucat Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C) bilangan telur cacing dalam tinja Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral : Systemic.Synantic Chanaverrn Plus ii. Pembasmian kutu (Deticking) Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan. Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan- Asuntol, Melathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray, Bayticol : secara pour-on, Ivomec : secara suntikan Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis iii. Rawatan Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik. 7.4 Penyakit-penyakit yang lazim a. Diarea (cirit-birit) Etiologi (Agen penyebab) Pengurusan : pemakanan tidak sesuai Peralatan/air tidak bersih Parasit : cacing Bahan kimia : keracunan Penyakit : bakteria, viris, protozoa Tanda klinikal Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi Pyrexia (demam), septicaemia, toxemia Anorexia (tiada selera, lemah) Najis cair/lembik, berubah bau/warna

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

19/32

4/4/2011Diagnosis

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTPemeriksaan klinikal Perubahan pada najis Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber makanan (Ujian di makmal hubungi JPH) Rawatan Antidiarea : contoh kaolin, pectin Antibiotik : contoh neomycin (Scour-X, Scourban Plus mengandungi kaolin dan neomycin) Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 % (untuk rawatan diarea akibat coccidiosis) Rawatan sokongan: Elektolit/cecair : contoh dextrose, Metabolic stimulant /haematinic; contoh Catasol, Fercobsang, Tonophosphan Kawalan Kawal pergerakan keluar masuk ternakan/orang/kenderaan untuk mencegah sebaran penyakit Jaga kebersihan kandang, program disinfectan Perbaiki sakit. pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih, asingkan ternakan

b. Pneumonia Etiologi (Agen penyebab) Virus, bakteria, parasit, bahan kimia Tanda klinikal Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea) Demam (pyrexia) Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal discharge) Lemah, kurus, tiada selera (anorexia) Diagnosis Bunyi paru-paru Pemeriksaan klinikal Rawatan Jangkitan bakteria: Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (brad spectrum) seperti oxytetracycline 20% Kawalan Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded) Asingkan ternakan sakit Pengudaraan kandang (ventilasi) baik Rawat tanda-tanda awal penyakit

c. Luka berulat

Etiologi (Agen penyebab) Kesan luka yang tidak dirawat Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu. Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.

Tanda Klinikal Terdapat luka yang berulat ternakan gelisah, gatal Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

20/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTDiagnosis Pemeriksaan/tanda klinikal

Rawatan Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen perok sida 3%) Keluarkan ulat ( dengan forcep) Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunt Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil Cegah lalat dengan Semburan Gusanex Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkita kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A

Kawalan Elakkan ternakan daripada luka Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka

d. Kembung (bloat) Etiologi (agen penyebab) Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar. Kadar gas yang dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan : Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement ) atau radang perut (gastritis) Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat

Tanda klinikal Pembesaran bahagian kiri abdomen Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk Kurang selesa, sakit bahagian abdomen Kadar penafasan meningkat Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan Dyspnea (kesukaran bernafas)

Diagnosa Pemeriksaan /tanda klinikal

Rawatan Pemberian ubat penahan kembung: Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oral Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan pengeluaran gas. Halia dan turpentine juga boleh digunakan Pengeluaran gas daripada rumen: Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus ke dalam rumen

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

21/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTBagi keadaan serius, guna tochar dan canula untuk menebuk lubang di bahagian para-lumbar fossa di bahagian kiri abdomen.

Kawalan Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC NOTA: Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit. Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis). Kecederaan fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang. Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan. Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan. Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik.

8.0

SISA BUANGAN FIDLOT

Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan merupakan sesuatu yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas, maka pengurusan sisa buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisen adalah sangat penting. 8.1 Piawaian Air Buangan Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahi lembu. Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 - mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen, Kumbahan dan Indsutri, 1979 Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta Kualti Alam Sekeliling adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 9. Jadual 9 menunjukkan had-had parameter penting Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Parameter Suhu, Celsius PH BOD (Permintaan oksigen biokimia) Suspended solids (Pepejal terapung) Oil and grease COD (Permintaan oksigen kimia) Piawaian A 40 6.0-9.0 20 mg/L 50 mg/L Not detected 50 mg/L Piawaian B 40 5.5-9.0 50 mg/L 100 mg/L 10 mg/L

Nota : Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasan tadahan Piawaian B - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasan tadahan 8.2 Ciri-ciri Buangan Fidlot i. Ciri-Ciri Tahi Lembu Kandungan tahi lembu bergantung kepada kandungan bahan makanan yang telah diberi. Walau bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri tahi lembu fidlot adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 10 Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri tahi lembu Total solids, % Total volatile solids, % TS Total Kjeldahl nitrogen, % Cellulose, % Lignin, % 3-6 80 - 90 2-4 15 - 20 5 - 10

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

22/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTHemicellulose, % ii. Ciri-ciri Air Buangan Air buangan terbentuk daripada air kencing dan air cucian najis/tahi lembu dari kandang fidlot. Setengah bahan terlarut dalam air dan apa yang dikeluarkan ialah "slurry" Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan yang biasa dihasilkan oleh ladang ternakan lembu fidlot. Jika dibandingkan dengan piawaian yang terkandung dalam Jadual 9 di atas, potensi pencemaran air buangan adalah sangat tinggi. Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan ladang fidlot : Total solids, % BOD, mg/L COD, mg/L Total Kjeldahl nitrogen, mg/L Ammoniacal nitrogen, mg/L 3-6 5000- 9000 30000 - 60000 2000 - 3000 500 8.3 Pengolahan Sisa Buangan Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal" atau "air buangan" Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah minimum. Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan tahi supaya boleh digunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan potensi pencemaran di sungai atau saliran i. Pembuatan Kompos Di ladang ternakan yang mempunyai sistem untuk mengumpulkan najis, pembuatan kompos boleh dilakukan sebagai saru cara untuk mengawal pencemaran. Proses kompos melibatkan aktiviti mengurai bahan organik secara aerobik dan termofilik sehingga terdapat humus yang agak stabil. Suhu kompos yang tinggi akan memusnahkan organisma patogen, benih rumput dan juga larva serangga. Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien yang telah dipertingkatkan. Nutrien akan diserap ke dalam akar tumbuhan secara perlahan jika dibandingkan dengan baja kimia yang mudah dilarut lesap Di samping itu, baja kompos juga boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepasa akar tanaman. Pengairan didalam tanah juga boleh diperbaiki supaya air tidak bertakung. Satu cara yang mudah untuk membuat kompos daripada najis yang berbentuk pepejal ialah dengan mengumpulkan najis supaya menjadikan satu longgokan yang berukuran 1.5m tinggi, 2m lebar dan 2m panjang. Proses pembentukan kompos dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasukklah kandungan lembapan, pengudaraan dan nisbah karbon nitrogen. Kandungan lembapan yang sesuai untuk pembuatan kompos ialah antara 40% dan 60% Jika bahan mentah terlalu kering, air boleh disiramkan. Jika terlalu basah pula, keadaan anaerobik akan terjadi. Untuk mengetahui samada kandungan lembapan mencukupi atau tidak ialah dengan meramaskan bahan tersebut dengan tangan. Jika bahan kompos melekat pada tangan, kandungan lembapan boleh dikatakan terlalu tinggi. Sekiranya bahan itu peroi, ini menunjukkan bahawa kandungan air sudah mencukupi. Pengudaraan diperlukan untuk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma aerobik. Pengudaraan boleh dilakukan dengan membalikkan longgokan atau menggunakan kaedah mekanikal. Pada minggu yang pertama dan kedua, kompos perlu dibalikkan setiap tiga hari sekali. Ini adalah kerana suhu yang tinggi boleh menurunkan kuantiti oksigen yang terdapat dalam longgokan tersebut. Pembalikan selanjutnya dibuat hanya semiggu sekali hingga kompos menjadi matang. Kompos akan matang dalam tempoh 40-60 hari jika keadaan sesuai. Pengudaraan secara mekanikal boleh menyingkatkan masa yang diperlukan kepada 2-3 minggu. Pengudaraan secara mekanikal boleh dilakukan dengan mengepamkan udara ke dalam longgokan atau menggunakan jentera untuk membalikkan longgokan. ii. Sistem Lagun Untuk Pengolahan Air Buangan Salah satu kaedah bagi mengurangkan pencemaran air buangan ialah dengan menggunakan sistem lagun. Pengurangan bahan pencemar berlaku melalui dua proses, iaitu pengenapan pepejal dan penstabilan bahan organik. Beberapa jenis lagun berbentuk bergantung kepda ejnis-jenis penjelmaan biologi. a. Lagun Aerobik Di dalam lagun aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik secara simbiosis. Oleh keranan cahaya matahari sangat mustahak dalam pengeluran oksigen dan alga, kekeruhan air dan kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi lagun aerobik. 20 - 25

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

23/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTOleh itu, kedalaman lagun aerobik biasanya tidak melebihi 1.5m. tumbuh adalah terhad pada jarak 50 cm dari permukaan air. b. Lagun Yang Diudarakan Apabila kandungan lagun diudarakan, pemindahan oksigen ke dalam air akan bertambah dan kedalaman lagun boleh ditambah sehingga 4m. Pengudaraan boleh dilakukan dengan mengepam air ke udara atau pun mengepam udara ke dalam air. Kebanyakan alat pengudaraan yang terapung mengepam air ke udara. Sebahagian besar daripada bahan pepejal menenap ke bawah lagun tempat berlakunya penuraian anaerobik. Pengudaraan boleh mengurangkan bau busuk yang biasanya di wujudkan dari lagun anserobik. Walu bagaimanapun, kos alat pengudaraan serta kos penyelenggaraan adalah tinggi c. Lagun Fakultatif Lagun fakultatif mengandungi dua zon, iaitu zon aerobik di bahagian atas dan zon anaerobik di bahagian bawah. Di lapisan aerobik, alga yang berfotosintesis menghasilkan oksigen. Bakteria aerobik menggunakan oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Lebih banyak lagi karbon akan dihapuskan di zon anaerobik melalui fermentasi dan penghasilan metana. Kedalaman lagun fakultatif adalah antara 1.2 hingga 2.5 m. d. Lagun Anaerobik Lagun anaerobik menerima air buangan yang banyak mengandungi bahan organik sehingga zon aerobik tidak terwujud. Penguraian bahan organik berlaku melalui pencernaan anaerobik di mana bakteria menurunkan asid meruap kepada karbon dioksida dan gas metana. Umumnya, lagun anaerobik digunakan untuk bahan organik dan bukan untuk membersihkan air. Lagun anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi sebaik=baiknya tidak menebusi aras air tanah. iii. Pengeluaran Biogas Pencernaan anaerobik yang dapat menghasilkan biogas juga boleh mengurangkan BOD air buangan, Biogas ialah satu bahan bakar yang boleh digunakan untuk memasak dan memasang lampu. Nilai kalori biogas lebih tinggi daripada kayu dan arang. Biogas ialah gas yang dihasilkan oleh mikrob apabila bahan organik mengalami proses fermentasi dalam satu keadaan anaerobik yang sesuai daripada segi sushu, kandungan kelembapan dan keasidan. Komponen utama biogas ialah metana (CH4)(60 - 70%) dan karbon dioksida (CO2). Selain daripada gas tersebut, biogas mengandungi sedikit hidrogen sulfida, nitrogen, hydrogen dan karbon monoksida. Untuk menghasilkan biogas, logi atau alat penghadam diperlukan. Ianya merupakan satu tanki tempat proses fermentasi dijalankan. Penghadaman mestilah berlaku didalam keadaan tidak telap udara dan tidak telap air. Alat penghadam boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut cara bahan baungan tersebut dimasukkan ke dalam penghadam, iaitu samada secara berperingkat (batch-fed) atau secara berterusan (continuous-fed) Dalam penghadaman secara berperingkat, bahan mentah dimasukkan sekali gus sehingga penuh, kemudian alat penghadam ditutup untuk proses fermentasi dan pengelauran gas. Lama kelamaan, pengeluaran biogas akan berkurangan dan akhirnya berhenti disebabkan kekurangan bahan mentah. Pada masa itu, penghadam dikosongkan dan kemudian dipenuhkan semula dengan bahan mentah yang baru. Dalam penghadaman secara berterusan, alat penghadam pada mulanya dipenuhkan dengan bahan mentah, kemudian sejumlah bahan mentah yang tertentu dimasukkan setiap hari. Bahan harian akan mengeluarkan bahan yang telah dihadam bersamaan dengan isipadu yang dimasukkan. Tangki gas juga diperlukan untuk menyimpan biogas. Tangki gas dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tangki tetap (fixed dome gas holder) dan tangki terapung (floating gas holder) Dalam tangki tetap, alat penghadam juga digunakan sebagai penyimpan gas. Isipadu kebuk penyimpan tersebut (Iaitu bahagian di atas aras bahan yang di fermentasikan) tetap dan tidak berubah mengikut isipadu gas yang ada. Tangki terapung pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah tangki yang diletakkan di atas bahan mentah yang sedfang berfermentasi di dalam alat penghadam. Jenis kedua ialah tangki yang diletakkan di atas air dalam satu tangki yang berasingan. Tiang-tiang penunjuk perlu digunakan supaya tangki terapoung tidak senget. iv. Kegunaan Keladi Bunting Salah satu daripada cara mengurangkan potensi pencemaran air buangan ialah menggunakan tumbuhan seperti keladi bunting. Keladi bunting (Eichornia crassipes) didapati boleh mengurangkan BOD air buangan. Tumbuhan ini boleh digunakan bersama sistem lagun. Di samping mengawal pencemaran, hasil biojisim (dianggarkan sebanyak 66 tan.ha tahun) boleh diperolehi. Keladi bunting boleh digunakan sebagai makanan ternakan, atau dikomposkan bersama-sama dengan najis ternakan. v. Integrasi Dengan Pengeluaran Ikan Kedalaman air tempat alga

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

24/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTPengeluaran ikan yang menggunakan najis ternak (itik, ayam dan babi) telah lama dipraktikkan di Asia. Kajian menunjukkan bahawa najis ruminan juga boleh digunakan untuk pengeluaran ikan. Satu sistem integrasi yang melibatkan kambing dan ikan berdasarkan 400 ekor kambing/ha dapat menghasilkan sebanyak 5.5 hingga 7 tan/ha tahun. Sebahagian daripada najis ternakan yang dipelihara secara intensif boleh digunakan di dalam kolam ikan. Pengusaha yang berminat menggunakan sistem berkenaan boleh merujuk kepada pihak yang pakar seperti Jabatan Perikanan atau Technology Park Malaysia (TPM) yang juga ada menjalankan kajian secara saintifik dalam teknologi integrasi ternakan dengan pengeluaran ikan. vi. Sistem Bersepadu Kawalan pencemaran di sesuatu ladang ternakan tidaklah terhad kepada satu cara pengolahan sahaja. Sistem bersepadu yang merangkumi beberapa kaedah adalah digalakkan. Prinsip yang harus diamalkan ialah dengan menganggap najis/tahi ternakan sebagai bahan mentah sekunder dan menggunakan sumber-sumber lain yang terdapat di ladang ternakan secara maksimum. Satu contoh sistem bersepadu ialah sebagaimana yang ada diamalkan di Filipina. Di ladang tersebut, najis ternakan digunakan untuk pengeluaran biogas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu, pam, alat-alat pembancuh dan penghancur di kilang makanan dan juga alat pembakar. Selepas pencernaan anaerobik, sistem lagun digunakan sebagai baja untuk tanaman. Sebahagian daripada enapcemar juga digunakan sebagai bahan makanan. vii. Pengeringan Pengeringan ialah pembuangan air yang terdapat pada najis untuk menghalang aktiviti mikrob supaya menghasilkan bahan sampingan (berbentuk baja atau humus) yang stabil dan berisipadu rendah. Kos input bagi kaedah ini adalah tinggi kerana tenaga (bahan bakar) yang banyak diperlukan untuk menurunkan kelembapan daripada najis. Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu, pembaungan air sebanyak 54.2 loter dikehendaki, ini tidak termasuk air basuhan. Pengeringan boleh dilakukan dalam tanur pengering. Berbagai-bagai jenis alat pengeringan tersebut boleh didapati dalam pasaran. Walau bagaimanapun, oleh sebab kos modal yang sangat tinggi penggunaan cara ini adalah kurang ekonomik, kecuali sekiranya ladang fidlot diusahakan secara komersil (besar-besaran) dan hasil baja dapat dijual dengan harga yang agak tinggi. viii. Penunuan Penunuan atau insinerasi ialah proses pembakaran najis sehingga bahan organik yang asal dijadikan gas-gas dan abu. Cara ini tidak memerlukan kawasan yang besar, tetapi mempunyai dua kelemahan. Pertama, kos modal yang amat tinggi dan kedua, tidak ada peluang untuk menghasilkan bahan sampingan (baja atau humus). Kaedah punuan hanya boleh dipertimbangkan apabila kaedah-kaedah lain tidak dapat diamalkan secara pratikal.

8.4 Penggunaan Enapcemar Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanya digunakan untuk salah satu daripada a. Penggunaan tanaman : sebagai baja atau pengkondisi tanah dan juga pembuatan kegunaan berikut:"potting mixture" Pemulihan tanah:enapcemar digunakan unutk menmabah bahan organik kepada b tanah seperti tanah lombong c Ditaburkan di kawasan hutan d Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai baja untuk alga

Rajah C menunjukkan lakaran plan susunatur dan rekabentuk lagun (oxidation pond) untuk pengolahan air buangan fidlot

9.0 EKONOMI Selain daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan, perancangan projek yang cekap akan menentukan kejayaan dan keuntungan sesuatu projek fidlot yang diusahakan. Aspek ekonomi merupakan faktor utama yang sangat penting dan perlu dikaji dengan teliti oleh pengusahapengusaha fidlot sebelum membuat keputusan untuk meneruskan projek yang dirancang atau sebaliknya. Parameter yang perlu diambil kira dalam menentukan kos projek fidlot dengan model yang dinyatakan (200 ekor lembu setiap pusingan) adalah seperti ditunjukkan di Jadual 12.

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

25/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTPerancangan projek fidlot memerlukan kajian teliti beberapa aspek ekonomi yang penting seperti berikut:a. Unjuran aliran fizikal ternakan (Jadual 13) Bahagian ini meliputi unjuran aliran fizikal ternakan bulanan dan tahunan b. Unjuran aliran tunai (Jadual 14) c. Unjuran penyata pendapatan (Jadual 15) d. Analisis kepekaan (Jadual 16) e. Analsis margin kasar (Jadual 17) Kajian dan penelitian mengenai aspek-aspek diatas sangat perlu terutamanya dalam menentukan dayamaju projek, seterusnya membuat keputusan untuk membuat pelaburan dalam bidangusaha ternakan lembu fidlot atau sebaliknya. 9.1 Dayamaju Projek (Projek Viability) a. Dayamaju Teknikal (Technical Viability) Dayamaju teknikal lebih menekankan kepada aspek-aspek teknikal dalam projek yang dirancangkan. Ia lebih menitikberatkan pengurusan projek secara teknikal. Parameter penting yang perlu diambil kira adalah seperti kadar kematian, jumlah muatan stok, berat ternakan, kadar tumbesaran (peningkatan berat badan) dan tempoh pemeliharaan. Ia juga perlu mengambilkira sumber-sumber yang ada serta boleh diperolehi seperti tanah, buruh, modal dan pengurusan supaya projek boleh dijalankan. (technically feasible) (Rujuk Jadual 13a & b : Unjuran Aliran Fizikal Ternakan) b. Dayamaju Kewangan (Financial Viability) i. Aliran Tunai Bersih (Net cash flow) Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan samada angka positif atau negatif pada aliran tunai bersih. Lebih banyak tahun-tahun yang menunjukkan angka positif memberikan petunujk projek itu lebih berdayamaju. (Rujuk Jadual 14a, b & c : Unjuran Aliran Tunai ). ii. Tempoh Pulangan Balik Modal (Pay-back period) Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan lebihan atau kurangan terkumpul pada setiap tahun. Angka positif pada tahun tertentu akan menunujkkan tahun dimana berlaku tempoh pulangan balik modal. Dalam contoh yang diberikan, tempoh pulangan balik modal adalah pada tahun keenam. (Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai) iii. Nilai Kini Bersih : NKB (Net present value : NPV) NKB adalah satu nilai aliran tunai bersih yang telah didiskaunkan dengan satu kadar diskaun, untuk sesuatu tempoh perancangan projek. yang dicadangkan dianggap berdaya maju. Semakin tinggi nilai NKB semakin berdayamaju projek yang dicadangkan. Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman, NKB pada kadar diskaun 10% adalah RM 486,106.97 dan pada kadar diskaun 15% adalah RM 243,937. Nilai NKB adalah positif dalam kedua-dua keadaan dan projek dianggap berdayamaju (Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Aliran Tunai.) iv. Kadar Pulangan Dalaman : KPD (Internal rate of return : IRR) KPD adalah satu kadar yang menyamakan Nilai Kini Bersih (NKB) dengan sifar (0). Semakin tinggi nilai KPD semakin berdayamaju projek dari segi ekonomi. Biasanya KPD akan dibandingkan dengan kadar faedah semasa (base lending rate). Sekiranya KPD lebih tinggi dibandingkan dengan kadar faedah semasa, projek adalah berdayamaju. Dalam Contoh yang diberikan, KPD adalah 20.63% tanpa pinjaman dan 23.33% dengan pinjaman. Kedua-duanya adalah melebihi kadar faedah semasa (6%) dan projek dianggap berdayamaju ( Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai) v. Nisbah Faedah Kos : NPK (Benefit-cost ratio : BCR) Nisbah faedah kos adalah satu nilai yang menunjukkan nilai pulangan kepada setiap RM kos setelah mengambilkira faktor NKB dan kadar diskaun. Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman bank NFK pada kadar faedah 10% adalah 1.07 dan pada kadar faedah 15% NFK adalah 1.05. Manakala dengan

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

26/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTpinjaman bank NFK pada kadar faedah 10% adalah 1.05 dan NFK pada kadar faedah 15% adalah 1.03 Semakin tinggi kadar faedah semakin rendah NFK dan semakin tidak berdayamaju projek yang dirancangkan. Secara umumnya, NFK yang melebihi 1(satu) menunjukkan projek boleh dijalankan dan berdayamaju (Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Aliran Tunai) vi. Penyata Pendapatan (Income statement) Penyata pendapatan menunjukkan keuntungan/kerugian tahunan yang dijangka dalam projek yang dicadangkan. Ia mengambilkira jualan, kos tetap serta kos operasi tahunan sesuatu projek yang dirancangkan. Penyata pendapatan juga akhirnya akan membolekhan pengusaha mengirakan kos pengeluaran ternakan serta membuat strategi harga jualan supaya mendatangkan margin keuntungan yang dikehendaki. Dalam contoh rancangan projek yang diberikan, projek secara puratanya akan memberikan keuntungan tahunan sebanyak RM178,437 atau RM 14,870 sebulan bermula dari tahun pertama projek (Rujuk Jadual 15 : Unjuran Penyata Pendapatan) vii. Analisis kepekaan (Sensitivity analysis) Analisis kepekaan adalah satu kaedah mengukur dayamaju projek sekiranya berlaku perubahan harga input atau output dalam projek yang dicadangkan. Ukuran dayamaju akan dikirakan melalui petunjuk ekonomi aitiu KPD, NKB, NFK dan tempoh pulang balik modal. Beberapa parameter kritikal diambilkira seperti harga anak lembu, makanan ternakan, tenaga kerja dan harga jualan lembu ex-farm. Secara umumnya sekiranya harga input meningkat sementara faktor lain adalah tetap projek semakin tidak berdayamaju. Sekiranya harga output meningkat sementara faktor lain tetap projek semakin berdayamaju. Biasanya pinjaman bank akan menjadikan projek lebih berdayamaju tetapi sekiranya berlaku penurunan harga output dan peningkatan harga input, risiko kewangan projek semakin besar iaitu projek semakin tidak berdayamaju (Rujuk Jadual 16 : Analisi Kepekaan) viii. Analisis MArgin Kasar : AMK (Gross Margin Analysis) AMK adalah perkiraan kasar yang mengambilkira Hasil dan Kos Berubah sahaja. Hasil akan ditolakkan dengan kso berubah untuk mendapatkan Margin/Keuntungan Kasar. Kegunaan utama AMK adalah untuk mendapatkan gambaran kasar mengenai untung-rugi projek bagi setiap unit pengeluaran. Ia juga penting untuk menentukan sasaran pendapatan bulanan seseorang pengusaha. Dalam contoh yang diberikan, Margin Kasar seekor lembu fidlot dengan parameterparameter yang dicadangkan adalah RM170.20/ekor/pusingan (tempoh penggemukkan 6 bulan). Ini bermakna untuk mendapatkan pendapatan tetap bulanan sebanyak RM2,000 sebulan, seseorang pengusaha perlu memelihara sebanyak (minimum) 70 ekor lembu fidlot dalam sesuatu ,masa/pusingan (Rujuk Jadual 17 : Analisis Margin Kasar)

JADUAL 12 Parameter digunakan untuk pengiraan ekonomi Lembu Fidlot Parameter Input anak lembu Bilangan pusingan pemeliharaan Purata tempoh pemeliharaan Purata berat awal anak lembu Purata berat akhir lembu Purata kenaikan berat Kadar kematian Harga jualan (ex-farm) Purata pengambilan makanan (PKC) Purata pengambilan makanan (bahan lain) Purata pengambilan foder (Napier) Harga anak lembu Harga makanan PKC Harga purata kesemua bahan makanan Garam Vitamin 200 6 200 200 350 0.75 2% RM5.00 6 1 10 RM1,000.00 RM 0.30 RM0.32 5.00 4.00 kg/hari se kg kg/ekor/hari kg/ekor/hari seekor se kg se kg seekor/pusingan seekor.pusingan ekor pusingan ekor pusingan kali setahun hari kg kg

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

27/32

4/4/2011Perubatan Tenaga kerja Utiliti & Bahanapi

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT2.00 23.17 4.28 6.92 1.70 15.55 12.73 seekor/pusingan seekor/pusingan seekor/pusingan seekor/pusingan seekor/pusingan seekor/pusingan seekor/pusingan

Pembaikan dan senggaraan Baja & bahan kimia Pelbagai Belanja pengurusan Kos Modal/Pelaburan Sewa tanah Persediaan tapak Penanaman foder II Prasarana Kandang Kuarters pekerja Kandang pengendalian (Control yard) Ambin pemungahan (Loading ram) Stor Tangki air Perpaipan Rumah pam Jalan & Pemagaran Sistem pembuangan najis III Mesin & peralatan Pam air Alat penimbang Traktor Gerabak pengangkut makanan (Feeding wag) Pemotong rumput (chopper) Peralatan-peralatan lain

RM12,000 RM8,000 RM10,000

RM70,000.00 RM30,000.00 RM10,000.00 RM5,000.00 RM12,000.00 RM6,000.00 RM7,000.00 RM1,000.00 RM5,000.00 RM15,000.00

RM1,800.00 RM 12,000.00 RM40,000.00 RM15,000.00 RM7,000.00 RM5,000.00

PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 1 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN

JADUAL 13(a)

Parameter teknikal Kemasukan ternakan Berat awal Berat akhir Kadar kematian

200 ekor / 2 bulan 200 kg 350 kg 2%

Baka Kadar tumbesaran Tempoh penternakan

Kacukan 0.75 kg/hari 200 hari

JADUAL 1.1 : ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN ( BULANAN )

PUSINGAN/BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 PENGELUARAN JUMLAH STOK

1 200

3 197 200

5 196 197 200

7 0 196 197 200

9 0 0 196 197 200

11 0 0 0 196 197 200

13 0 0 0 0 196 197 200

15 0 0 0 0 0 196 197 200

17 0 0 0 0 0 0 196 197 200

19 0 0 0 0 0 0 0 196 197 200

21 0 0 0 0 0 0 0 0 196 197 200

23 0 0 0 0 0 0 0 0 0 196 197 200

0 200

0 397

0 593

196 593

196 593

196 593

196 593

196 593

196 593

196 593

196 593

196 593

JADUAL 1.2 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN (TAHUNAN)

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

28/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTJADUAL 13(b)

Tahun Jumlah Pembelian (ekor) Stok akhir (ekor) Jumlah kematian (ekor) Jumlah jualan (ekor) Jumlah jualan (kg) Jumlah kenaikan berat badan (kg)

1 1200 593 18 589 206227 142748

2 1200 593 18 1178 412453 172453

3 1200 593 18 1178 412453 172453

4 1200 593 18 1178 412453 172453

5 1200 593 18 1178 412453 172453

6 1200 593 18 1178 412453 172453

7 1200 593 18 1178 412453 172453

8 1200 593 18 1178 412453 172453

9 1200 593 18 1178 412453 172453

10 1200 593 18 1178 412453 172453

PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 2 : UNJURAN ALIRAN TUNAI TAHUN

A. 1. 2

TUNAI MASUK Jualan Nilai lupus

Berat (kg) 350

harga/unit RM 5.00 RM/kg

0 0 0 1031134 1031134

1 2062267 2062267

2 2062267 2062267

3 2062267 2062267

4 2062267 2062267

5 2 2

Jumlah Tunai masuk

B B1 1 2 3

TUNAI KELUAR KOS MODAL Sewa tanah Persediaan tapak Penamanan foder II Prasarana Kuantiti 12 10 10 1000 RM/ekar 800 RM/ekar 1000 RM/ekar 12000 8000 10000

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 III 1 2 3 4 5 7 8

Kandang Kuarters pekerja Kandang pengendalian (Control yard) Ambin pemungahan (Loading ram) Stor Tangki air Perpaipan Rumah pam Jalan & Pemagaran Sistem pembuangan najis Mesin dan peralatan Pam air Alat penimbang Traktor Gerabak pengangkut makanan (Feeding wagon) Pemotong rumput (chopper) Peralatan-peralatan lain Jumlah Kos Modal

70000 30000 10000 5000 12000 6000 7000 1000 5000 15000

1800 12000 40000 15000 7000 5000 271800 0 0 0 0

18000 12000

7000 5000 25800 0

B.2 1 2

KOS OPERASI Anak Lembu Makanan lembu Garam Vitamin Perubatan Tenaga kerja Utiliti & Bahapi Pembaikan Baja & Bahan kimia Pelbagai Pengurusan Jumlah kos operasi Jumlah Tunai Keluar (B1 + B2) 250 RM/ekar/th 0 0 0 0 271800 200 1 1 1 1 1 RM 5.00 RM0.32 5 4 2 3000 500 RM/kg RM/kg RM/ekor RM/ekor RM/ekor RM/bulan RM/bulan 0 0 0 0 0 0 0 1200000 383078 4129 3540 1870 39000 6000 8154 2500 16483 20000 1684753 1684753 1200000 527940 5892 4714 2357 40950 6300 8154 2500 17988 20000 1836795 1836795 1200000 527940 5892 4714 2357 42998 6615 10872 2500 18039 20000 1841927 1841927 1200000 527940 5892 4714 2357 45147 6946 10872 2500 18064 20000 1844432 1844432 1200000 527940 5892 4714 2357 47405 7293 10872 2500 18090 20000 1847063 1872863 1 5 5 4 2 4 7 1 2 1 2 1 1

C

Aliran Tunai Bersih Lebihan/Kurangan Lebihan/Kurangan Terkumpul

-271800 -271800

-653619 -925419 225472 -699947 220341 -479607 217835 -261772 189404 -72367 2 1

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

29/32

4/4/2011D DAYAMAJU KEWANGAN (TANPA PINJAMAN)

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) NILAI KINI BERSIH (NBK) df 10.00% 15.00% (NPV) RM 486,106.97 RM 198,239.55

20.63% NISBAH FAEDAH KOS (NFK) 1.07 1.05

E

Pinjaman Bayaran balik pinjaman (5 tahun) Bayaran Faedah (baki akhir) Jumlah bayaran balik Pinjaman

80%

217440 43488 43488 6958.08 50446.08 1887241.38 2062267.2 175026 -585139 43488 5218.56 48706.56 1890633 2062267 171634 -413505 43488 3479.04 46967.04 1891399.1 2062267.2 170868 -242636.8 43488 1739.52 45227.52 1918090 2062267 144177 -98459.9 1 2 2 1

4%

8697.6 52185.6 271800 217440 -54360 -54360 1736938 1031133.6 -705805 -760165

F. G H I

Jumlah kos termasuk pinjaman Hasil (dengan pinjaman) Lebihan/kurangan (dengan pinjaman) Lebihan/Kurangan terkumpul (dengan pinjaman)

J

DAYAMAJU KEWANGAN (DENGAN PINJAMAN)

KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) df NILAI KINI BERSIH (NKB) NPV 10% 15% 514790 243937

23.33% NISBAH FAEDAH KOS (NFK) 1.05 1.03

JADUAL 3 : UNJURAN PENYATA PENDAPATAN 1 A B JUALAN KOS JUALAN + Stok permulaaan +Pembelian - Stok Akhir C D D1 UNTUNG KASAR KOS OPERASI Kos Tetap (Susutnilai) Sewa tanah & foder Bangunan & Prasarana Mesin dan peralatan Traktor & gerabak 10% 5% 20% 10% /tahun /tahun /tahun /tahun 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3 8 5 5 0 1200000 792605 623739 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 7 1 7 8 1031134 2 2062267 3 2062267 4 2062267 5 2062267 6 2062267 7 2062267 8 2

Jumlah kos tetap D2 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kos langsung Makanan lembu Garam Vitamin Perubatan Tenaga kerja Utiliti dan Bahanapi Pembaikan Baja & bahan kimia Pelbagai Faedah pinjaman Jumlah kos langsung D3 Kos pengurusan Jumlah kos operasi (D1 + D2 + D3 )

21710

21710

21710

21710

21710

21710

21710

2

383078 4129 3540 1870 39000 6000 8154 2500 16483 8698 473450 20000 515160

527940 5892 4714 2357 40950 6300 8154 2500 17988 6958 623753 20000 665463

527940 5892 4714 2357 42998 6615 10872 2500 18039 5219 627145 20000 668855

527940 5892 4714 2357 45147 6946 10872 2500 18064 3479 627911 20000 669621

527940 5892 4714 2357 47405 7293 10872 2500 18090 1740 628802 20000 670512

527940 5892 4714 2357 49775 7658 10872 2500 18117 0 629825 24000 675535

527940 5892 4714 2357 52264 8041 10872 2500 18146 0 632725 24000 678435

5 5 4 2 5 8 1 2 1 0 6 2 6

UNTUNG / RUGI (C-D)

108578

196804

193412

192646

191755

186732

183832

1

PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 4 : ANALISIS KEPEKAAN JADUAL 16

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

30/32

4/4/20111 Harga jualan lembu (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% - 10% + 10% - 10% 2 Kos anak lembu (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% - 10% + 10% - 10% 3 Kos makanan lembu (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% - 10% + 10% - 10% 4 Kos tenaga pekerja (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% + 20% + 10% + 20% Parameter asal (tanpa pinjaman) Parameter asal (dengan pinjaman)

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTKPD % 44.54% - 3.89% 55.77% - 449.00% 5.98% 36.79% 6.18% 45.41% 14.34% 27.06% 15.74% 31.35% 20.05% 21.21% 22.62% 24.05% 20.63% 23.33% NKB@10% (RM) 1,580,645.00 (608,431.00) 1,609,329.00 (579,749.00) (190,912.00) 1,163,126.00) (162,229.00) 1,191,810.00 200,343.00 771,870.00 229,027.00 800,554.00 449,465.00 512,748.00 488,149.00 541,432.00 486,106.00 514,790.00 NFK 1.18 0.96 1.15 0.95 1.01 1.15 0.99 1.12 1.04 1.10 1.02 1.08 1.07 1.07 1.05 1.05 1.07 1.05 Tempoh pulang balik modal (tahun) 3.90 9.02 2.80 tiada 9.50 3.40 9.45 1.20 7.20 4.30 7.30 4.30 5.5 5.3 5.6 5.4 5.6 5.5

PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 5 : ANALISIS MARGIN KASAR Kemasukan ternakan Berat permulaan Berat akhir Kadar kematian 200 ekor/ 2 bulan 200 kg 350 kg 2% Baka Kadar tumbesaran Tempoh pemeliharaan Kacukan 0.75 kg/hari 200 hari

JADUAL 17 Unit A. HASIL Jualan lembu fidlot B B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 KOS BERUBAH Feeder Cattle Pembelian makanan Garam Vitamin Perubatan Tenaga kerja Utiliti & Bahanapi Pembaikan dan senggaraan Baja dan Bahan kimia Pelbagai Belanja pengurusan Kos faedah pinjaman Jumlah kos berubah C D MARGIN KASAR JUMLAH MARGIN KASAR RM/ekor RM/ladang/tahun kg/ekor kg/ekor "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" 200 1400 5892 4714 2357 40950 6300 8154 2500 17988 20000 5219 5.00 0.32 1000.00 448.00 5.00 4.00 2.00 34.75 5.35 6.92 2.12 15.26 16.97 4.43 1544.80 170.20 204,239.37 kg/ekor 343 5.00 1715.00 Kuantiti Harga/unit RM/ekor/pusingan

10.0

PENUTUP

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

31/32

4/4/2011

MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOTProjek ternakan lembu fidlot sekiranya diusahakan secara komersil (tahap komersil adalah sekurang-kurangnya 600 ekor setahun) menggunakan hasil buangan industri pertanian sebagai sumber makanan dengan penggunaan teknologi terkini dan secra mekanikal adalah berdaya maju dan menguntungkan. Pihak atau individu yang berhasrat untuk mengusahakan projek ternakan lembu fidlot disaran supaya meneliti dan merujuk "Manual Penternakan Lembu Fidlot" sebagai panduan. Sepertimana yang dimaklumkan, manual ini disediakan hanya sebagai panduan secara umum sahaja. Penternak atau bakal pengusaha dinasihatkan supaya menghubungi dan merujuk pegawai di pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan (Negeri atau Daerah) yang terdekat untuk mendapatkan penerangan dan maklumat yang lebih terperinci. Khidmat nasihat secara berterusan adalah penting bagi menjamin kemapanan dan dayamaju projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan untuk berdaya saing bukan sahaja bagi pasaran tempatan bahkan jua untuk pasaran eksport. Pengusaha atau penternak juga dinasihatkan supaya merujuk buku panduan "Amalan Baik Penternakan Fidlot (GAHP Fidlot)" yang diterbitkan oleh Jabtan Perkhidmatan Haiwan sebelum mengusahakan projek/ladang ternakan lembu fidlot.

[ Menu Utama ]

www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm

32/32