buku panduan - penternakan cacing vermikompos

Upload: dagangputra

Post on 30-May-2018

287 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    1/20

    1

    PAKEJ PENGELUARAN VERMIKOMPOS

    Pendahuluan

    Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur

    adalah proses membiak cacing untuk penghasilan

    vermikompos

    Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses

    atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan

    organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke

    atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan

    berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini

    tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan

    dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang

    sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.

    Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos

    kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos

    dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang

    terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki

    struktur tanah.

    Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan

    enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam

    perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok.

    Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan

    populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan

    pokok.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    2/20

    2

    Cacing Kompos

    Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan

    dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam

    bahan organan yang separuh reput.

    Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing

    kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

    Suka memakan lapisan atasSifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa

    menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di

    mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca

    setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga

    memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan

    vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip

    hasil.

    Selera makan yang tajam

    Cacing kompos makan mengikut berat badannya.

    Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi,

    jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm

    seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih

    kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot

    penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakantelah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa.

    Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang

    digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk

    digunakan.

    Membiak dengan cepat

    Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan

    cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    3/20

    3

    kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3

    ekor anak cacing.

    Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada

    beberapa spesis seperti berikut:-

    . Lumbricus rubellus (Cacing merah)

    . Eisenia fetida (Cacing harimau)

    . Perionyx excavatus (Cacing biru)

    Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    4/20

    4

    Penyediaan Tapak Pembiakan

    Penyediaan Bekas CacingCacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang

    digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang

    untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh

    diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang

    bersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacing

    perlulah diletakkan di tempat yang teduh.

    Kotak cacing diperbuat daripada

    kayu

    Kotak cacing diperbuat daripada

    polistirena

    Penyediaan Bangsal CacingUntuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal

    atau rumah cacing dengan palung-palungnya perlu

    disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palung-

    palungnya adalah untuk melindungi cacing daripada

    cahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dari

    serangan musuh .

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    5/20

    5

    Bangsal cacing

    Palung cacingPalung cacing berukuran 8 x 3 boleh diperbuat daripada

    kayu atau bata dengan dasar konkrit yang mencondong 80

    darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakung

    dalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan.

    Biasanya air lebihan ini yang dikenali sebagai asid humik

    boleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai baja

    pada tanaman sayur-sayuran.

    Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana proses

    pengeluaran vermikompos boleh dilakukan semula setiap

    kali kompos dikutip.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    6/20

    6

    Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit

    Binca cacing

    Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini

    juga sebagai makanan cacing.

    Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang

    boleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklah

    membolehkan air siraman mengalir dengan baik. Binca-

    binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah

    melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    7/20

    7

    Penyediaan Bahan BincaBahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam proses

    penghasilan vermikompos termasuk :-

    - Jerami padi

    - Batang jagung

    - Baja kandang

    - Carikan Kertas dan Peat Moss

    Jerami padiKerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituai

    dengan menggunakan baler supaya jerami dapat disimpan

    dengan banyak serta dapat menampung sehingga musim

    menuai akan datang.

    Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytank

    diperlukan untuk proses mereputkan jerami . Pastikan

    tempat merendam jerami tidak terdiri daripada bekas-bekasyang boleh berkarat.

    Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jerami

    dimasukkan ke dalam tangki tersebut.

    Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputan

    jerami tersebut. Jika jerami yang direndam terdiri daripada

    jerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasa

    merendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacing

    adalah lebih panjang iaitu sehingga 10-14 hari tetapi jika

    jerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama di

    mana keadaan jerami telah sedikit reput jangkama

    merendam ialah 7-10 minggu.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    8/20

    8

    Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supaya

    kereputannya sekata. Jerami yang hendak dimasukkan ke

    dalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkanterlebih dahulu ke dalam raga.

    Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredam

    hendaklah disejatkan dan diperam terlebih dahulu supaya ia

    melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

    Jerami padi Merendam jerami padi

    dalam tangki air

    menyejatkan air

    sebelum diperam

    Memeram Jerami padi selepas diperam

    Batang Jagung

    Batang jagung dikumpulkan dari ladang dan pastikan bahan

    binca ini mencukupi untuk proses seterusnya.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    9/20

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    10/20

    10

    Baja kandang, tahi lembu Mengambil tahi lembu

    Carikan Kertas dan Peat Moss (Tanah Semaian)

    Carikan Kertas dan Peat Moss adalah sesuai untuk bekas

    cacing. Kertas perlu dicarik-carikan dan dibasahkan supaya

    lembap sebelum digunakan.

    Bahan Makanan

    Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman

    rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing.

    Sisa Ladang

    Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh

    digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran

    vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti

    jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput

    kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah

    diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang

    sesuai digunakan.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    11/20

    11

    Jadual 1: Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan

    untuk cacing ialah :-

    Yang disyorkan Tidak disyorkan/ Elakkan

    Sisa-Sisa Dapur

    - Reja-reja sayur

    - Kulit buah-

    buahan

    - Surat khabar

    - Kulit telur

    Sisa Halaman

    - Rumpai

    - Keratan rumput

    halaman

    - Daun-daun

    Sisa Ladang- Jerami padi

    - Batang jagung

    Baja Kandang

    - Tahi lembu

    - Tahi kuda

    - Tahi kambing dan

    tahi haiwan yang

    makan rumput

    - Daging

    - Makanan tenusu

    - Telur

    - Makanan berminyak

    - Garam dan cuka

    - Bawang dan bawangputih

    - Buah-buahan jenis

    limau

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    12/20

    12

    Sisa dapur

    Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh

    dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakansisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah

    perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai

    bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing.

    Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut

    mengikut keperluan makanan untuk cacing.

    Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut beratbadannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca

    perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada.

    Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk

    cacing adalah seperti dalam Jadual 1.

    Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di

    atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya keranaada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan

    yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan

    mati atau lari dari tempat yang disediakan.

    Pengeluaran Vermikompos

    Penyediaan bahan makanan

    Sisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dan

    direndam sekurang-kurangnya 24 jam dan reputkan terlebih

    dahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut.

    Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing boleh

    dicampur dengan sisa bahan pertanian bagi

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    13/20

    13

    mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia juga

    dapat menambah kuantiti dan kualiti vermikompos.

    Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perludiperam 2 3 hari sebelum digunakan.

    Pelepasan CacingPelepasan cacing dalam palung

    Bahan binca seperti jerami padi yang telah direndam

    perlulah diletakkan di atas lantai konkrit dalam palung

    selama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripadaketebalan asal 6 inch kepada 3 inch.

    Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan di

    atas konkrit tadi ditutup dengan jaring plastik seperti tolinet

    supaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan kering,

    penyiraman perlu dilakukan.

    Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakansebagai bahan binca ia perlu disiram dengan air secukup-

    cukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum

    cacing dilepaskan ke dalamnya.

    Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjang

    tengah palung yang telah tersedia bahan binca tadi.

    Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikit

    vermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supaya

    cacing yang dimasukkan akan bergerak serata kawasan

    palung.

    Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadi

    dengan menarik semula binca yang dikais untuk dijadikan

    parit kecil tadi.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    14/20

    14

    Tahi lembu dimasukan ke dalam

    palung

    Membuat parit kecil di sepanjang

    tengah palung

    Cacing dilepaskan ke dalam parit

    kecil

    Menutup semula parit kecil

    dengan binca seperti jerami padiatau potongan batang jagung

    Penutup BatasBinca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutup

    dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapauntuk memelihara kelembapan dan mengekalkan suasana

    gelap yang disukai oleh cacing.

    Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapat

    menghalang musuh-musuh seperti tikus kasturi dan burung

    memasuk ke dalam palung memakan cacing.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    15/20

    15

    Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tanduk

    bertelur dan membiak dalam palung.

    Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutupdengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa.

    Penjagaan

    MenyiramBahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untuk

    pengeluaran vermikompos perlu disiram 1-3 kali seminggu

    bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan dan

    binca yang digunakan.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    16/20

    16

    Menyiram dengan paip air

    Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepada

    pengomposan menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman

    perlulah ditetapkan supaya waktu dan hari menyiram tidak

    berubah-ubah.

    Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan binca

    daripada baja kandang haruslah dikekalkan pada 30 hingga

    40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisa

    ladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %.

    Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidak

    basah. Cara mengenalpasti kelembapan yang sesuai untuk

    cacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut.

    Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulah

    kelembapan yang diperlukan tetapi sekiranya air perahan

    tersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    17/20

    17

    terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulu

    sebelum dimasukkan ke dalam plot untuk makanan cacing.

    Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhati-

    hati supaya kelembapan yang dibekalkan tidaklah

    berlebihan dari yang diperlukan oleh cacing.

    Memberi cacing makanPemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secara

    perlahan. Haruslah dipastikan bahawa jumlah makananyang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah cacing yang

    ada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberi

    terlalu berlebihan ia akan memberi mudarat kepada cacing

    di mana makanan yang tidak dimakan oleh cacing ini akan

    menjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlalu

    berlebihan juga proses permentasi akan berlaku yang akan

    menaikkan suhu dalam bahan binca.

    Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untuk

    keselamatan cacing dan tidak perlu risau tentang cacing

    yang kelaparan.

    Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan binca

    dengan kadar yang nipis supaya tidak berlaku proses

    permentasi.

    Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan,

    baja kandang atau najis haiwan seperti najis kuda, kambing,

    arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan atas yang

    melitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Ia

    bertujuan memberi makanan tambahan kepada cacing di

    samping dapat menambah kandungan zat makanan dalam

    vermikompos berkenaan.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    18/20

    18

    Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanan

    supaya seimbang dengan jumlah yang perlu untuk cacing.

    Pada prinsipnya populasi cacing yang padat memerlukanpemberian makanan yang berat dan kerap

    Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakan

    tadi telah nampak banyak dimakan dan bertukar kepada

    vermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulu

    sebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm.

    Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanan

    dilakukan lebih kerap sehingga masa untuk mengutip hasil.

    Sukatan suhu & pHTentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung atau

    kotak tidak melebihi 30C. Sekiranya melebihi 30C

    siramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perlu

    disukat dan dijaga pada paras pH 67. Taburkan sedikitkapur sekiranya pH di bawah 6.0.

    Penjagaan Dari Musoh / PerosakTempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulah

    dijaga dari dimasuki burung, ayam, tikus kasturi dan juga

    semut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing.

    Memungut hasil

    Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnyaHasil boleh dipungut 34 bulan sekali apabila bahan

    makanan yang diberikan kepada cacing tadi telah berubah

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    19/20

    19

    menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan ini

    juga bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang ada

    dalam palung.

    Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungan

    dalam palung/bekas telah menyusut agak banyaknya. Binca

    dalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk asal

    lagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap.

    Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yangdigunakan juga telah bertukar warna kepada coklat gelap

    dan kelihatan serupa tanah.

    Kaedah memungut komposSebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulah

    dipisahkan terlebih dahulu.

    Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacingsebelum memungut kompos. Langkah pertama sebelum

    kerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberi

    makanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu.

    Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untuk

    memudahkan kerja-kerja membungkus dan menimbang

    kompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat serta

    berada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik.

    Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :-

    1. Kompos yang telah menjadi itu hendaklah

    dihimpunkan di sebelah bahagian palung sahaja.

    2. Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi,

    bahagian yang kosong akan dimasukkan binca baru.

  • 8/14/2019 Buku Panduan - Penternakan Cacing Vermikompos

    20/20

    3. Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secara

    perlahan-lahan.

    4. Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu danselepas itu kompos tersebut bolehlah dipungut .

    Kompos yang telah menjadi

    dihimpunkan di sebelah bahagian

    palung

    Binca baru dimasukan ke bahagian

    palung yang kosong

    Pembungkusan

    Vermikompos yang telah dipungut kemudiannyadimasukkan ke dalam beg-beg muatan 2 kilo sekiranya

    untuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakan

    di ladang kemudiannya.