assignment penternakan salina reply

40
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SPH – SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) SPL 4222 prinsip pengeluaran ternakan Ahli-ahli kumpulan: 1. Wong cheng yun sx070872phj01 2. Salina binti tumin sx105728phd01 3. NAMA PENSYARAH : Page 1

Upload: zaharin-nordin

Post on 02-Jan-2016

339 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

untuk student utm. mengisahkan kajian penternakan haiwan. kaedah penternakan, kaedah penjagaan lembu. penyakit-penyakit lembu dan masalah-masalah penternakan lembu

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPH – SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

SPL 4222prinsip pengeluaran ternakan

Ahli-ahli kumpulan:

1. Wong cheng yun sx070872phj012. Salina binti tumin sx105728phd013.

NAMA PENSYARAH :

tuan haji baharum bin sulmanIsi Kandungan:

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1 Pengenalan

Penternakan Ikan Air Tawar

Page 1

Page 2: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Penternakan Ikan Siakap

Penternakan Ikan Talapia

2 Pengurusan Ikan Siakap

Pemindahan ikan separa matang

Makanan

Menuai ikan siakap matang

3 Pengurusan Kesihatan Ikan

Jenis-jenis penyakit

a) Parasit

b) Kulat

c) Bakteria

d) Virus

e) Punca-punca lain

f) Pengawalan Penyakit

4 Pemakanan Ikan

Cara-cara pemberian makanan

Penjagaan ikan

5 Langkah-langkah pengurusan penternakan ikan

siakap di pusat penternakan ikan gelang patah

Penerimaan benih ikan

Pengasuhan benih-benih ikan

Pengredan ikan

6 Penutup

PENGENALAN

Penternakan Ikan Air Tawar

Page 2

Page 3: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Penternakan ikan air tawar mula mendapat perhatian terutama masyarakat

desa. Kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pihak media massa telah memberi satu

dimensi baru terhadap industri ini. Penternakan ikan air tawar merujuk ikan yang dibela di

kawasan sungai dengan menggunakan kolam – kolam khas. Industri ini sudah mendapat

perhatian masyarakat terutama penduduk kampung  kerana mampu menghasilkan

pulangan yang lumayan kepada mereka. Namun, industri ini turut memiliki pelbagai masalah

yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Antara ikan air tawar yang

boleh diternak ialah : -

IKAN BAWALIKAN SEPAT

IKAN PUYU IKAN SIAKAP

Penternakan ikan siakap

Ikan siakap atau nama sintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae

merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar.

Berikutan permintaan yang baik dan teknologi yang agak kehadapan berbanding ikan marin

Page 3

Page 4: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

lain, aktiviti menternak spesis siakap terus mendahului dalam komoditi akuakultur ikan marin

Negara ini.

Di Malaysia, spesies ini adalah satu spesies yang paling banyak diternak di sangkar-

sangkar terapung dan juga kolam air payau sama ada di perairan Semenanjung atau pun

Sabah dan Sarawak. Ia diternak di sangkar terapung sama ada di laut terbuka, muara sungai,

teluk, lagun dan juga hilir sungai. Selain itu, ikan dari jenis pemangsa ini juga cepat

membesar dan boleh mencapai saiz antara 1.5 kilogram hingga dua kilogram dalam tempoh

setahun.

Ikan siakap putih adalah bersifat hemaprodite protandri iaitu ia berlaku pertukaran

jantina pada peringkat umur dan saiz tertentu. Ikan siakap putih matang dengan jantina jantan

dahulu dan akan bertukar menjadi betina.

Pada berat antara 1.5 hingga 2.5 kilogram kebanyakan ikan siakap putih adalah jantan

namun apabila ia mencapai berat antara empat dan enam kilogram kebanyakan akan bertukar

menjadi betina. Dari segi fizikal muncung ikan, siakap putih jantan sedikit berlengkok

sementara ikan siakap putih betina berbentuk lurus. Bentuk badan ikan jantan lebih pipih

berbanding ikan betina.

Ikan Talapia

Ikan Talapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari

puak biologi tilapiine cichlid. Talapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-

sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai,

tasik, dan muara. Kebanyakan ikan talapia merupakan haiwan maserba dengan

kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah talapia

merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam

akuakultur di sekeliling dunia. Di mana talapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak

sengaja. Antara genus ikan talapia adalah:

Alcolapia

Danakilia

Page 4

Page 5: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Iranocichla

Oreochromis

1. Talapia Hitam ( Oreochromis mossambicus )

2. Talapia Merah ( Oreochromis niloticus )

3. Talapia Biru ( Oreochromis aureus )

Sarotherodon

Steatocranus

Stomatepia

Talapia

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Mossambi

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : Talapia mossambics (Peters)

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Mossambi Talapia

Nama Indonesia (Indonesian Name) : Ikan Moedjair

Nama Cina (Chinese Name) C : Fei Chow Yee

Page 5

Page 6: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Nile

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : Talapia nilotica (Linn.)

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Nile Talapia

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Kacukan (jantan)

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Talapia Hybrid (male)

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Kacukan (betina)

Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics

Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm

Nama Lain (Other Names) : Talapia Hybrid (female)

Page 6

Page 7: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

PENGURUSAN IKAN SIAKAP BERUKURAN LEBIH 4 – 5 INCI.

TANGKI TERNAKAN

Bagi ikan siakap yang telah diasuh selama satu bulan bermula dari saiz 1 inci hingga

mencapai saiz 4 – 5 inci akan mengalami pengurusan yang lain. Anak ikan yang sudah

mencapai saiz 4 inci tersebut samada akan dijual kepada penternak – penternak setempat atau

ke luar negara iaitu Singapura, atau dipelihara hingga matang dan dijual kepada penduduk

setempat, ke jabatan kerajaan dan sekolah. Ikan siakap yang akan dipelihara akan di

keluarkan dari tempat asuhan dan diasingkan ke tangki penjagaan ikan yang khas.

Anak ikan siakap yang hendak dipelihara tersebut akan dipilih yang sihat dari

penyakit –penyakit ikan serta bersih seluruh badannya sebelum dimasukkan ke dalam tangki

– tangki yang diperbuat dari fiber. Tangki – tangki permulaan untuk ikan yang hendak

dipelihara berbentuk segi empat tepat bersaiz lebih kurang 500 liter padu air yang boleh

memuatkan sebanyak 100 ekor anak ikan ke dalamnya.

Rajah : Tangki berbentuk segi empat tepat yang menempatkan anak ikan siakap yang

berukuran antara 4 – 5 inci.

PEMINDAHAN IKAN SEPARA MATANG

Page 7

Page 8: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Ikan sikap yang dipelihara lebih kurang 1 bulan di dalam tangki peliharaan akan

membesar ke saiz 8 – 10 inci. Dengan saiz ini ikan sekali lagi ikan yang separa matang ini

akan dipilih dan dimasukkan ke dalam tangki yang lebih besar dan luas. Tangki yang

berbentuk silinder tersebut ditempatkan di bangunan yang berbumbung sama juga seperti

tangki – tangki asuhan dan tangki – tangki peliharaan yang lain. Ia bagi mengelakkan

sekiranya hujan turun dan air hujan tersebut akan memasuki ke dalam kelong atau tangki

tempat ikan siakap di ternak.

Air hujan yang turun dikuatiri akan menjejaskan kesihatan ikan dan mengelakkan

tekanan kepada ikan disebabkan oleh kandungan asid atau cemaran lain yang terkandung di

dalam air hujan tersebut. Selain itu juga, ia bagi mengawal suhu air di dalam tangki ternakan

tersebut.

Rajah : Tangki yang digunakan untuk menyimpan ikan siakap yang sudah besaiz >10 inci.

Setiap satu tangki tersebut berukuran 1000 liter padu yang boleh memuatkan 100 ekor

anak ikan untuk setiap satu tangki. Anak ikan siakap tersebut akan dipelihara hingga

mencapai ke saiz matang. Saiz matang yang dianggarkan adalah antara 500 hingga 600gram

seekor. Terdapat juga tangki-tangki yang memelihara ikan siakap hingga ke saiz 1 hingga

1.2 kilogram.

Tangki yang lebih luas dan besar ini bagi memberi keselesaan kepada ikan untuk

berenang bebas. Walaupun ikan sudah mencapai ke saiz yang besar dan mempunyai daya

ketahanan diri yang lebih tinggi, namun keselesaan tetap diutamakan bagi mengelakkan

tekanan kepada ikan tersebut. Ini kerana tangki yang sempit akan menyebabkan ikan akan

berlanggar sesama sendiri atau ke dinding – dinding tangki dan mengakibatkan gegaran pada

otaknya yang boleh menyebabkan tekanan dan penyakit kemurungan. Seterusnya ikan tidak

Page 8

Page 9: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

aktif dan tidak berupaya untuk merebut makanan dan akhirnya akan mati. Selain itu,

jangkitan kulat pada sisik ikan juga akan membuatkan ikan menjadi tidak aktif dan akhirnya

mati.

Rajah : Ikan yang mengalamai jangkitan kulat pada badannya

MAKANAN

Ikan-ikan siakap ini diberi makanan ikan yang dipanggil pallet. Pallet ini

mengandungi khasiat untuk ikan membesar dengan sempurna dan sihat. Pallet yang

diberikan kepada ikan ini mengandungi karbohidrat serta protein yang tinggi bagi membantu

ikan ini membesar ke saiz yang dikehendaki. Terdapat juga vitamin di dalam pallet ini bagi

menjamin kesihatan kepada ikan.

Ikan peliharaan akan diberi makan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu

petang. Pallet-pallet tersebut akan diberi lebih kurang satu baldi kecil yang akan ditabur

dipermukaan air dan ikan-ikan akan timbul serta menangkap pallet-pallet yang ditabur itu.

Pada ketika itu, air akan berkocak kuat dek sambaran ikat terhadap makanannya.

Page 9

Page 10: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Rajah : Ikan yang diberi makan pallet oleh salah seorang pekerja.

MENUAI IKAN SIAKAP MATANG

Setelah menempoh masa selama 1 bulan ke satu bulan setengah di dalam tangki

ternakan, ikan siakap tersebut sudah sesuai untuk dituai iaitu ditangkap dan dijual ke pembeli

setempat atau jabatan-jabatan yang berminat. Ikan siakap ini akan dijual terus setelah

ditangkap dari dalam tangki dalam keadaannya masih hidup. Pembeli akan memperoleh ikan

siakap yang masih segar dari ladang. Saiz ikan siakap pada ketika itu antara 15- 18 inci

dengan anggaran berat 600-700 gram seekor. Ada di antaranya mencapai berat hingga 1

kilogram seekor.

Ikan siakap yang dipelihara di Biotech ini mempunyai sisik yang putih dan bersih

serta berkilau kerana airnya dijaga dan ikan akan dipindahkan ke tangki yang lain setelah

mencapai ke saiz yang telah ditentukan oleh pihak biotech. Rasa isi ikan juga amat sedap

kerana ia tidak makan makanan yang sembarangn kecuali pallet khas yang telah dijamin

berkualiti dan membantu ikan untuk membesar dengan sempurna dan sihat.

Rajah : Ikan siakap yang sudah matang sedia untuk ditangkap dan dijual kepada pelanggan.

Pengurusan Kesihatan Ikan

JENIS-JENIS PENYAKIT

Penyakit Ikan Dan Rawatan

Page 10

Page 11: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Kematian ikan adalah satu faktor yang menyebabkan kerugian dalam aktiviti

perikanan. Ikan merupakan organisme poikiloterma yang mana suhu badannya bergantung

kepada suhu sekitar (air). Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat ia akan

menyebabkan renjatan dan seterusnya menyebabkan ikan menjadi lemah. Populasi ikan yang

terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kemerosotan mutu air. Makanan yang kurang atau

tidak sesuai boleh melemahkan dan menyebabkan kematian ikan.

Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh pathogen (agen-

agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :-

a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit)

b) Kulat

c) Bakteria

d) Virus

e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran

i) Penyakit Primer

Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini

berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun

mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kerana ikan

tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu

dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit

primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak.

ii) Penyakit sekunder

Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan

menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu penyakit) senang diserang oleh

patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen

tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi

lemah dan daya ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen.

Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti berikut: Perbezaan ikan sakit & ikan sihat

a) Perubahan Kelakuan

Ikan Sihat Ikan Sakit

Page 11

Page 12: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

•Cergas•Makan seperti biasa•Berenang seperti

  biasa

•Lemah/tidak aktif•Tidak makan/kurang

  selera•Berenang pantas atau

  berpusing-pusing•Mengesel badan•Hilang keseimbangan

•Mulut & insang terbuka

  luas & cepat bernafas

b) Perubahan Morfologi

Kemerahan di kawasan badan dan kepala

Luka/kudis pada badan/ekor

Reput sirip/ekor/sisik tanggal

Perut / abdomen membesar

kesan-kesan penyakit Kematian Pembantutan tumbesaran & perubahan tempoh ternakan yang panjang

Nisbah pertukaran makanan yang rendah

Tahap kadar kepadatan maksimum yang rendah

Kos penghasilan yang tinggi

I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT

Page 12

Page 13: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit).

Definasi Parasit: 

Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam luar badan organisma yang lain

tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.

Ukuran 0.5 – 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia)

1. Penyakit Bintik Putih (white spot)

Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis. Semua jenis

ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel

tisu dan darah.

Tanda-tanda penyakit

- Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut (peringkat

Permulaan);

- Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan;

- Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan insang dan

menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul kepermukaan untuk

bernafas;

- Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar;

- Ikan tidak makan (peringkat serius);

- Mata menjadi kelabu.

Cara-cara rawatan

(i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangka

masa yang singkat.

- Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil.

- Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas beberapa minit.

- Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan

kepada ikan

Page 13

Page 14: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

(ii) Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangka masa yang

panjang.

- Dos ubat yang digunakan adalah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan

- Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan sembuh dan

kesan ubat akan hilang dengan sendirinya.

- Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari.

2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella

Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala besar dan Lampan

jawa.

Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit

- Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm)

akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok.

- Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus );

- Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.

Rawatan

Page 14

Page 15: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal dan

mencegah penyakit daripada berlaku.

3. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang)

Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus. Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak

dan Kap kepala besar. Parasit yang matang melekat pada insang bertelur.

Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit

- Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal );

- Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup

dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.

4. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)

Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus

Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang bahagian permukaan

badan sahaja.

Tanda-tanda penyakit

Sama dengan penyakit bintik putih

Rawatan

Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.

5. Argulosis (kutu ikan )

Disebabkan oleh: Parasit Argulus

Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garis pusat. Argulus

boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan. Ikan yang diserang adalah kap

rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian

luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

Page 15

Page 16: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit

- Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit;

- Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat;

- Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.

6. Lernaesis (cacing sauh )

Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp.

Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap kepala besar

dan kap biasa.

Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit

- terdapat tanda-tanda merah pada badan;

- Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat

badan.

II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman)

Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah.

Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah:

i) Trematoda Digenetik

ii) Nematoda ( cacing gelang )

Page 16

Page 17: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

iii) Cestoda (cacing peta)

1. Trematoda Digenetik

Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea

akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva

cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan

tersebut buta

2. Nematoda dan cestoda

- Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus

dan di dalam mata;

- Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh

digunakan sebagai induk;

- Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian

berlaku, ianya tidak serentak.

Rawatan

Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan mencegah

parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.

III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT

1. Saprolegniasis

Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti kesesakan

ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka pada badan ikan

apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa pengendaliannya

Tanda-tanda penyakit

- Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan;

- Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat;

- Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga

menyerang telur-telur ikan.

Page 17

Page 18: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

IV. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud, bakteria

akan menyebabkan penyakit.

Tanda-tanda penyakit

- Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahan-

merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser;

- Ikan tidak berselera untuk makan;

- Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak;

- Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak;

Rawatan

Furanace 0.05ppm sehingga sembuh

V. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS

Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat

dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan

tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit

bakteria.

VI. PENGAWALAN PENYAKIT

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan

menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu

merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan

cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.

ii) Sumber dan Mutu Air

Page 18

Page 19: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran

organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak

melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar

akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh

memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan.

Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya

menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami

tekanan.

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan

zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2

kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Banyaknya makanan tambahan

yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara

berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai

sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak

dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.

C) Pengawalan Patogen

- Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan

kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat

mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.

Page 19

Page 20: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

- Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh

patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang

digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

- Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-

20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang

terdapat di luar badan ikan.

- Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan di

dalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai

sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

- Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan

penyakit primier.

- Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu

dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan

menjangkiti anak ikan.

- Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan

boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

PEMAKANAN IKAN

Teknik & amalan yang betul akan menghasilkan penggunaan makanan & pengeluaran

ikan yang baik. Oleh itu, seseorang penternak mestilah mengetahui tentang jumlah,

kekerapan dan cara pemberian makanan yang bersesuaian dengan sistem pengeluarannya.

Kadar atau banyaknya makanan yang harus diberi merupakan satu perkara penting yang

kami beri perhatian di hatceri ini. Jika terlalu sedikit makanan diberi akan mengakibatkan

perbezaan saiz yang besar di antara setiap ikan pada waktu yang ditangkap. Pada asasnya,

pemberian makanan kami buat dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Tujuan

utamanya ialah untuk memberi peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan

tersebut.

Makanan adalah antara faktor terpenting dalam pengurusan kolam ternakan. Benih-benih

ikan perlu diberi makan empat kali sehari dari pagi hingga petang sehingga kenyang atau ad

libitum (sehingga ikan kenyang atau berhenti makan). Teknik pemberian makanan adalah

penting bagi memastikan pengambilan makanan yang sempurna oleh ikan. Pemberian

Page 20

Page 21: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

makanan yang lebih kerap dengan kuantiti yang sama adalah digalakkan untuk memberi

peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan tersebut.

Jenis makanan yang sesuai adalah pelet terapung yang mengandungi antara 40 dan 45

peratus protein sesuai dengan tabiat ikan siakap yang suka mengambil makanan di ruang air

dan juga makanan yang terapung di permukaan. Ikan Talapia adalah daripada jenis

“Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan

juga tumbuhan). Iaitu:

a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll

b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi

(pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

Cara pemberian makanan :

1. Pemberian makanan di bahagian kolam yang tetap

Antara kebaikan memberi makanan di satu bahagian kolam yang tetap ialah:

a) dapat mengelakkan pembaziran makanan

b) dapat memerhatikan kelakuan ikan & mengawasi pemberian makanan

2. Jadual serta kekerapan pemberian makanan

3. Masa yang sesuai untuk memberi ikan makan ialah:

    i. 9 - 11 pagi

    ii. 2 - 4 petang

- Kekerapan pemberian makanan secara amnya 2 kali sehari dan 6 hari seminggu

- Bagi anak-anak ikan pula adalah lebih baik jika diberi makan sebanyak 2- 4 kali

sehari

4. Cara Cuba-cuba

makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun

demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.

PENJAGAAN IKAN

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi

mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang

Page 21

Page 22: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

perlu ialah:

1. Memberi makanan

2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas

3. Memeriksa kualiti air.

4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar

5. Mengawal rumpair

6. Mengawal pemangsa

7. Membuat catatan harian

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PENTERNAKAN IKAN SIAKAP DI PUSAT PENTERNAKAN IKAN GELANG PATAH

A. PENERIMAAN BENIH IKAN

Kebanyakan benih-benih ikan di Pusat Asuhan Ikan Gelang Patah ini diperolehi dari

pelbagai sumber sama ada dari dalam negara ataupun dari luar negara.Di pusat ini benih-

benih ikan seperti ikan siakap diperolehi dari Terengganu dan Singapura.Pelepasan benih-

benih ikan yang baru sampai biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang. Ini

kerana pada ketika itu suhu berada di tahap yang sederhana dan tidak terlalu tinggi ( panas ).

Benih-benih ikan ini akan dipindahkan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk

mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap ikan tersebut. Beg-beg plastik yang

mengandungi benih-benih ikan terlebih dahulu akan diapungkan di atas permukaan air

selama lebih kurang 30 minit agar suhu airnya hampir menyamai suhu air di dalam palong.

Kemudian, benih-benih ikan ini akan dilepaskan ke dalam kanvas ( hapa ) yang berisi air

kolam. Manakala, saliniti ( kadar kemasinan ) air kolam akan ditingkatkan kepada 30ppt

dengan menggunakan garam. Sejenis alat iaitu refraktomter digunakan untuk menentukan

kadar saliniti air palung takungan.

Pada peringkat ini,benih-benih ikan yang baru dilepaskan dikuarantinkan bagi tujuan

mengenalpasti benih-benih ikan yang berpenyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh

parasit.Mengikut pegawai yang bertugas di situ,benih-benih ikan yang berpenyakit akan

Page 22

Page 23: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

dirawat dan dipantau terlebih dahulu sebelum dilepaskan bersama benih-benih ikan yang

lain.Benih-benih ikan tersebut akan diberi makanan yang khusus mengikut jadual.

Gambar: Pegawai bertugas memberikan penerangan di pusat asuhan ikan Gelang Patah

B. PENGASUHAN BENIH-BENIH IKAN

Setelah ikan yang dikuarantin pada awalnya disahkan sihat dan bebas daripada

penyakit yang boleh berjangkit oleh pegawai yang bertugas, Benih-benih ikan tersebut akan

ditukarkan ke dalam palong-palong yang berlainan.Terdapat beberapa palong yang digunakan

di tempat asuhan ikan ini bagi menampung ikan-ikan yang diterima.Palong-palong tersebut

perlu dibersihkan setiap hari bagi memastikan palong berada dalam keadaan yang bersih dan

seterusnya dapat mengelakkan penyakit. Di pusat asuhan ternakan ikan ini, Sistem Bio Filter

digunakan bagi mendapatkan kualiti air yang bersih.

Page 23

Page 24: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Ikan-ikan yang diletakkan di dalam palong yang berlainan

Semasa dalam proses asuhan, ikan-ikan sentiasa dipantau dengan teliti. Kualiti air di

dalam palong juga sentiasa dijaga.Untuk memastikan ikan-ikan tersebut terdedah kepada

jangkitan penyakit, pekerja dan para pelawat dilarang menyentuh air yang terdapat di dalam

palong dengan menggunakan tangan.Biasanya ikan-ikan yang dikenalpasti bermasalah akan

diasingkan.Ikan-ikan yang bermasalah biasanya menunjukkan ciri-ciri seperi kurang aktif

atau tidak mahu makan. Di pusat asuhan ikan ini,Puan Aziana merupakan pegawai khas yang

bertugas mengenalpasti ikan berpenyakit dan merawat ikan tersebut akan sehingga pulih.

Aktiviti memandikan anak ikan merupakan salah satu daripada cara atau teknik merawat ikan

yang terkena penyakit. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti rutin atau harian

yang boleh mengawal anak ikan daripada terkena pelbagai jenis penyakit akibat parasit,

jangkitan kuman atau bakteria. Kaedah memandikan anak ikan ini adalah dengan cara

merendamkam anak ikan tersebut dengan air tawar selama 20 hingga 30 minit mengikut jenis

ikan. Ia juga boleh dilakukan sebanyak 2 hingga 3 hari sekali atau pun mengikut keperluan

yang dikehendaki.

Biasanya aktiviti memandikan anak ini dijalankan selepas aktiviti pembersihan

palong. Di mana semasa air kotoran yang dibuang dari palong tinggal sedikit, maka air tawar

akan dimasukkan dengan segera ke dalam palong sehingga ¼ daripada isipadu palong.

Page 24

Page 25: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Seterusnya anak ikan tersebut akan dibiarkan berada dalam air tawar tersebut sepenuhnya

selama beberapa minit sebelum air masin yang bersih dimasukkan semula ke dalam palong

ikan. Proses ini secara tidak langsung boleh menyahkan parasit, kuman atau sebagainya yang

melekat pada ikan dan seterusnya dapat mengelakan ikan daripada terkena sebarang penyakit

yang tidak dingini. Formalin juga boleh digunakan semasa proses ini dijalankan sekiranya

terdapat tanda-tanda jangkitan yang serius pada ikan dengan sukatan yang tertentu.

Gambar:Contoh ikan yang berpenyakit

Gambar: Ikan yang direndam di dalam air tawar semasa proses rawatan ikan.

Untuk memastikan ikan-ikan di sini selamat dari serangan penyakit, palong-palong

akan dibersihkan setiap hari. Palong ikan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap

hari mengikut keperluan bagi memastikan air ikan di dalam palong berada dalam keadaan

bersih dan sesuai untuk tumbesaran anak ikan. Sisa makanan ikan yang melekat pada palong

boleh menyebabkan palong ikan berlumut dan airnya menjadi kotor dan tercemar. Alatan

yang biasa digunakan untuk membersihkan palong ialah berus sabut dan berus tandas.

Manakala salur getah pula digunakan untuk mengeluarkan air kotoran di dalam palong.

Page 25

Page 26: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Kerja-kerja membersihkan palong ikan

Gambar: Pusat Asuhan Ikan

Semasa dalam proses asuhan, ikan-ikan diberi makanan pallet dan juga plankton. Untuk

tujuan itu, Pusat asuhan ikan di Gelang Patah ini memelihara ikan talapia untuk tujuan

membekalkan sumber makanan plankton kepada benih-benih ikan tersebut.Selain itu juga,

ikan-ikan diberikan makanan pallet yang telah diproses terlebih dahulu.

Gambar: Tangki ternakan ikan tilapia sebagai sumber plankton benih ikan

Gambar: Pallet yang diproses di dalam alat khas

Page 26

Page 27: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

C. PENGGREDAN IKAN

Pengredan ikan dilakukan setiap tiga hingga tujuh hari. Ikan-ikan tersebut akan

diasingkan mengikut saiznya. Menggred anak ikan adalah salah satu aktiviti atau tugas yang

sangat penting dalam pengurusan menternak ikan akuakultur menggunakan kaedah palong

ini. Tujuan utama anak ikan ini digredkan adalah untuk memastikan anak-anak ikan yang

diternak berada dalam kumpulan yang sama atau hampir sama dari segi saiz ikan tersebut.

Kelewatan aktiviti menggred ini boleh menjadi salah satu punca yang menyebabkan banyak

anak ikan mati akibat ia makan sesama sendiri. Hal ini berlaku di mana ikan yang bersaiz

besar akan memakan ikan yang lebih kecil dalam palong yang sama apabila kita lewat

memberi makanan kepada anak-anak ikan tersebut. Selain itu, tujuan lain anak-anak ikan ini

digredkan adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan aktiviti pemasaran apabila anak-

anak ikan tersebut telah mencapai saiz tertentu yang dikehendaki oleh pembeli. Biasanya

anak ikan akan digredkan mengikut saiz-saiz tertentu bergantung kepada saiz anak ikan

keseluruhannya pada ketika itu yang boleh diasingkan mengikut kumpulan yang sama dan

sesuai seperti ½ inci, 1 inci, 2 inci, 4 inci dan sebagainya. Penapis / besen menggred yang

mempunyai lubang-lubang dan saiz tertentu akan digunakan bagi memudahkan proses

menggred ini dijalankan.

Aktiviti menggred anak ikan mengunakan penapis penggred

Bekas / Besen penggred jenis plastik

Ikan-ikan dipalong-palong asuhan yang telah mencapai saiz 4 inci akan

dikeluarkan daripada palong asuhan sama ada untuk dijual kepada pembeli-pembeli atau

ikan-ikan tersebut terus dibela di kolam-kolam yang terdapat di pusat asuhan ini.Sekiranya

ikan-ikan tersebut terus dibela, prosedur yang hampir sama juga dilakukan ke atas ikan-ikan

tersebut supaya ikan dapat membesar dengan sihat dan seterusnya membolehkan ikan

tersebut dijual kelak.

Page 27

Page 28: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Ikan-ikan yang terus dibela di dalam kolam

PENUTUP

Bermula dari tempat asuhan anak ikan siakap kami telah diberi keterangan serba

sedikit tentang pengurusan benih ikan siakap yang diterima dari pihak pembekal di kelong –

kelong yang disediakan khas sebagai tempat asuhan benih ikan sehingga mencapai saiz 4

inci. Kami juga di beri taklimat oleh pegawai yang bertugas tentang operasi pengendalian

ikan yang mati ketika proses asuhan. Anak-anak ikan yang mati ini disebabkan oleh keadaan

ikan yang tidak dapat menyesuaikan dirinya ketika dipindahkan dari tempat pembiakan

daripada pembekal ke dalam kelong asuhan benih ikan. Ini kerana pihak biotech tidak tahu

hal sebenar tentang benih ikan yang diterima kerana terdapat benih ikan siakap yang

bercampur dengan pelbagai penternak yang menghasilkan dengan pelbagai cara pembiakan

benih ikan siakap daripada induknya.

Namun begitu, penjagaan rapai serta rawatan ke atas ikan sentiasa dilakukan. Air di

dalam kelong akan di tukar semingu sekali selama lebih kurang 1 bulan bagi mengekalkan

kebersihan air serta kesihatan ikan dijamin dari jangkitan kulat. Kebersihan air dijaga bukan

sahaja ketika ikan diasuh malah sehingga ikan siakap sedia untuk dituai.

Pemakanan ikan ini juga dijaga dan mengikut jadual pemakanan yang teratur bagi

tumbesaran yang sihat dan berkualiti. Makanan ikan siakap ini terdiri dari pallet yang

mengandungi karbohidrat dan protein untuk membesar dan sedikit vitamin untuk kesihatan.

Ikan yang mengalami jangkitan kulat serta sakit akan diasingkan.

Lawatan Biotech di gelang patah ini telah membawa banyak manfaat kepada kami

sekumpulan. Haraplah pihak berkenaan dapat terus-menerus menjalankan penyelidikan agar

ikan siakap ini dapat dipelihara dengan secara besar-besaran dan dapat dijual ke luar Negara.

Page 28

Page 29: Assignment Penternakan Salina Reply

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Bibliografi

1. Anon (1995), Sistem Ternakan Ikan Dalam Tangki Gentian Kaca (Fibreglass), Risalah Perikanan Bil-61, Jababatan Perikanan Malaysia, Kuala Lumpur.

2. Dr.Yahya Buntat (2009), Prinsip Pengeluaran Ternakan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

3. Eko Budi Kuncoro (2004), Akuarium Laut, Penerbit Karnisius, Yogyakarta.

4. M.Ghufran H. Kordik (2010), Panduan Lengkap Memelihara Ikan Air Tawar Di Kolam Terpal, Lily Publisher, Yogyakarta.

5. M.Ghufran H. Kordik (2010), Budi Daya Ikan, Lily Publisher, Yogyakarta.

6. http://roporsuck.blogspot.com/2011/12/penggunaan-teknologi-moden-dalam- bidang.html

7. http://www.arc.com.my/info/pki.html

8. http://coretan-csc.blogspot.com/2011/03/penternakan-ikan-air-tawar.html

9. http://tilapia-cichild.blogspot.com/2008/11/tilapia-tilapiine-cichlid.html

Page 29