penternakan cacing vermikompos

21
1 PENTERNAKAN CACING VERMIKOMPOS

Upload: dagangputra

Post on 09-Jun-2015

1.498 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penternakan Cacing Vermikompos

1

PENTERNAKAN

CACING

VERMIKOMPOS

Page 2: Penternakan Cacing Vermikompos

2

PAKEJ PENGELUARAN VERMIKOMPOS

Pendahuluan

Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikulturadalah proses membiak cacing untuk penghasilanvermikompos

Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada prosesatau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahanorganic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial keatas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkanberlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan initamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dandikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yangsebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.

Vermikompos ini adalah lebih baik daripada komposkerana, selain daripada faedah yang terdapat pada komposdalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yangterdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaikistruktur tanah.

Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon danenzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalamperut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok.

Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis danpopulasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhanpokok.

Page 3: Penternakan Cacing Vermikompos

3

Cacing Kompos

Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposandinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalambahan organan yang separuh reput.

Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacingkompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atasSifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasamenjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos dimana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas bincasetiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini jugamemudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing danvermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutiphasil.

Selera makan yang tajamCacing kompos makan mengikut berat badannya.Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi,jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gmseekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebihkerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plotpenghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakantelah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa.Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yangdigunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untukdigunakan.

Membiak dengan cepatSalah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengancepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji

Page 4: Penternakan Cacing Vermikompos

4

kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3ekor anak cacing.

Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripadabeberapa spesis seperti berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)

. Eisenia fetida (Cacing harimau)

. Perionyx excavatus (Cacing biru)

Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida

Page 5: Penternakan Cacing Vermikompos

5

Penyediaan Tapak Pembiakan

Penyediaan Bekas CacingCacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yangdigunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubanguntuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia bolehdiperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yangbersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacingperlulah diletakkan di tempat yang teduh.

Kotak cacing diperbuat daripadakayu

Kotak cacing diperbuat daripadapolistirena

Penyediaan Bangsal CacingUntuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsalatau rumah cacing dengan palung-palungnya perludisedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palung-palungnya adalah untuk melindungi cacing daripadacahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dariserangan musuh .

Page 6: Penternakan Cacing Vermikompos

6

Bangsal cacing

Palung cacingPalung cacing berukuran 8’ x 3’ boleh diperbuat daripadakayu atau bata dengan dasar konkrit yang mencondong 80

darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakungdalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan.Biasanya air lebihan ini yang dikenali sebagai asid humikboleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai bajapada tanaman sayur-sayuran.

Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana prosespengeluaran vermikompos boleh dilakukan semula setiapkali kompos dikutip.

Page 7: Penternakan Cacing Vermikompos

7

Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit

Binca cacing

Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca inijuga sebagai makanan cacing.

Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yangboleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklahmembolehkan air siraman mengalir dengan baik. Binca-binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telahmelepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

Page 8: Penternakan Cacing Vermikompos

8

Penyediaan Bahan BincaBahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam prosespenghasilan vermikompos termasuk :-

- Jerami padi- Batang jagung- Baja kandang- Carikan Kertas dan Peat Moss

Jerami padiKerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituaidengan menggunakan baler supaya jerami dapat disimpandengan banyak serta dapat menampung sehingga musimmenuai akan datang.

Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytankdiperlukan untuk proses mereputkan jerami . Pastikantempat merendam jerami tidak terdiri daripada bekas-bekasyang boleh berkarat.

Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jeramidimasukkan ke dalam tangki tersebut.

Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputanjerami tersebut. Jika jerami yang direndam terdiri daripadajerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasamerendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacingadalah lebih panjang iaitu sehingga 10-14 hari tetapi jikajerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama dimana keadaan jerami telah sedikit reput jangkamamerendam ialah 7-10 minggu.

Page 9: Penternakan Cacing Vermikompos

9

Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supayakereputannya sekata. Jerami yang hendak dimasukkan kedalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkanterlebih dahulu ke dalam raga.

Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredamhendaklah disejatkan dan diperam terlebih dahulu supaya iamelepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

Jerami padi Merendam jerami padidalam tangki air

menyejatkan airsebelum diperam

Memeram Jerami padi selepas diperam

Batang JagungBatang jagung dikumpulkan dari ladang dan pastikan bahanbinca ini mencukupi untuk proses seterusnya.

Page 10: Penternakan Cacing Vermikompos

10

Seterusnya, batang jagung ini akan dimasukkan ke dalammesin bagi menghancurkan supaya mudah lembut apabilaproses memeram dijalankan dalam tong dram.

Batang jagung

Batang jagung dipotong dengan mesinpenyiat

Batang jagung selepasdiperam dalam tong dram

Baja KandangBaja kandang yang paling sesuai adalah baja tahi lembuyang separuh reput. Ia merupakan bahan binca danmakanan yang amat digemari oleh cacing kompos.

Page 11: Penternakan Cacing Vermikompos

11

Baja kandang, tahi lembu Mengambil tahi lembu

Carikan Kertas dan Peat Moss (Tanah Semaian)Carikan Kertas dan Peat Moss adalah sesuai untuk bekascacing. Kertas perlu dicarik-carikan dan dibasahkan supayalembap sebelum digunakan.

Bahan Makanan

Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halamanrumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing.

Sisa LadangKebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman bolehdigunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaranvermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah sepertijerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumputkering dan baja kandang yang separuh reput atau telahdiperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurangsesuai digunakan.

Page 12: Penternakan Cacing Vermikompos

12

Jadual 1: Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkanuntuk cacing ialah :-Yang disyorkan Tidak disyorkan/

ElakkanSisa-Sisa Dapur

- Reja-reja sayur- Kulit buah-

buahan- Surat khabar- Kulit telur

Sisa Halaman- Rumpai- Keratan rumput

halaman- Daun-daun

Sisa Ladang- Jerami padi- Batang jagung

Baja Kandang- Tahi lembu- Tahi kuda- Tahi kambing dan

tahi haiwan yangmakan rumput

- Daging- Makanan tenusu- Telur- Makanan berminyak- Garam dan cuka- Bawang dan bawang

putih- Buah-buahan jenis

limau

Page 13: Penternakan Cacing Vermikompos

13

Sisa dapurSisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan bolehdijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakansisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalahperlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagaibahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing.

Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebutmengikut keperluan makanan untuk cacing.Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut beratbadannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam bincaperlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada.

Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untukcacing adalah seperti dalam Jadual 1.

Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan diatas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya keranaada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaanyang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akanmati atau lari dari tempat yang disediakan.

Pengeluaran Vermikompos

Penyediaan bahan makananSisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dandirendam sekurang-kurangnya 24 jam dan reputkan terlebihdahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut.

Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing bolehdicampur dengan sisa bahan pertanian bagi

Page 14: Penternakan Cacing Vermikompos

14

mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia jugadapat menambah kuantiti dan kualiti vermikompos.Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perludiperam 2 – 3 hari sebelum digunakan.

Pelepasan CacingPelepasan cacing dalam palungBahan binca seperti jerami padi yang telah direndamperlulah diletakkan di atas lantai konkrit dalam palungselama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripadaketebalan asal 6 inch kepada 3 inch.

Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan diatas konkrit tadi ditutup dengan jaring plastik seperti tolinetsupaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan kering,penyiraman perlu dilakukan.

Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakansebagai bahan binca ia perlu disiram dengan air secukup-cukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelumcacing dilepaskan ke dalamnya.

Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjangtengah palung yang telah tersedia bahan binca tadi.Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikitvermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supayacacing yang dimasukkan akan bergerak serata kawasanpalung.

Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadidengan menarik semula binca yang dikais untuk dijadikanparit kecil tadi.

Page 15: Penternakan Cacing Vermikompos

15

Tahi lembu dimasukan ke dalampalung

Membuat parit kecil di sepanjangtengah palung

Cacing dilepaskan ke dalam paritkecil

Menutup semula parit kecildengan binca seperti jerami padiatau potongan batang jagung

Penutup BatasBinca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutupdengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapauntuk memelihara kelembapan dan mengekalkan suasanagelap yang disukai oleh cacing.

Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapatmenghalang musuh-musuh seperti tikus kasturi dan burungmemasuk ke dalam palung memakan cacing.

Page 16: Penternakan Cacing Vermikompos

16

Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tandukbertelur dan membiak dalam palung.

Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutupdengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa.

Penjagaan

MenyiramBahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untukpengeluaran vermikompos perlu disiram 1-3 kali seminggubergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan danbinca yang digunakan.

Page 17: Penternakan Cacing Vermikompos

17

Menyiram dengan paip air

Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepadapengomposan menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman

perlulah ditetapkan supaya waktu dan hari menyiram tidakberubah-ubah.

Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan bincadaripada baja kandang haruslah dikekalkan pada 30 hingga40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisaladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %.

Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidakbasah. Cara mengenalpasti kelembapan yang sesuai untukcacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut.Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulahkelembapan yang diperlukan tetapi sekiranya air perahantersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut

Page 18: Penternakan Cacing Vermikompos

18

terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulusebelum dimasukkan ke dalam plot untuk makanan cacing.

Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhati-hati supaya kelembapan yang dibekalkan tidaklahberlebihan dari yang diperlukan oleh cacing.

Memberi cacing makanPemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secaraperlahan. Haruslah dipastikan bahawa jumlah makananyang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah cacing yangada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberiterlalu berlebihan ia akan memberi mudarat kepada cacingdi mana makanan yang tidak dimakan oleh cacing ini akanmenjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlaluberlebihan juga proses permentasi akan berlaku yang akanmenaikkan suhu dalam bahan binca.

Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untukkeselamatan cacing dan tidak perlu risau tentang cacingyang kelaparan.

Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan bincadengan kadar yang nipis supaya tidak berlaku prosespermentasi.

Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan,baja kandang atau najis haiwan seperti najis kuda, kambing,arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan atas yangmelitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Iabertujuan memberi makanan tambahan kepada cacing disamping dapat menambah kandungan zat makanan dalamvermikompos berkenaan.

Page 19: Penternakan Cacing Vermikompos

19

Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanansupaya seimbang dengan jumlah yang perlu untuk cacing.Pada prinsipnya populasi cacing yang padat memerlukanpemberian makanan yang berat dan kerap

Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakantadi telah nampak banyak dimakan dan bertukar kepadavermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulusebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm.

Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanandilakukan lebih kerap sehingga masa untuk mengutip hasil.

Sukatan suhu & pHTentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung ataukotak tidak melebihi 30C. Sekiranya melebihi 30Csiramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perludisukat dan dijaga pada paras pH 6–7. Taburkan sedikitkapur sekiranya pH di bawah 6.0.

Penjagaan Dari Musoh / PerosakTempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulahdijaga dari dimasuki burung, ayam, tikus kasturi dan jugasemut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing.

Memungut hasil

Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnyaHasil boleh dipungut 3–4 bulan sekali apabila bahanmakanan yang diberikan kepada cacing tadi telah berubah

Page 20: Penternakan Cacing Vermikompos

20

menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan inijuga bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang adadalam palung.

Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungandalam palung/bekas telah menyusut agak banyaknya. Bincadalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk asallagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap.

Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yangdigunakan juga telah bertukar warna kepada coklat gelapdan kelihatan serupa tanah.

Kaedah memungut komposSebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulahdipisahkan terlebih dahulu.

Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacingsebelum memungut kompos. Langkah pertama sebelumkerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberimakanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu.

Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untukmemudahkan kerja-kerja membungkus dan menimbangkompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat sertaberada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik.

Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :-1. Kompos yang telah menjadi itu hendaklah

dihimpunkan di sebelah bahagian palung sahaja.2. Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi,

bahagian yang kosong akan dimasukkan binca baru.

Page 21: Penternakan Cacing Vermikompos

21

3. Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secaraperlahan-lahan.

4. Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu danselepas itu kompos tersebut bolehlah dipungut .

Kompos yang telah menjadidihimpunkan di sebelah bahagianpalung

Binca baru dimasukan ke bahagianpalung yang kosong

Pembungkusan

Vermikompos yang telah dipungut kemudiannyadimasukkan ke dalam beg-beg muatan 2 kilo sekiranyauntuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakandi ladang kemudiannya.