pentaksiran kerja kursus sce8034e

Upload: zamri5009

Post on 01-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja kursus pengajaran dan pembelajaran sains

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANGPENTAKSIRAN KERJA KURSUS PROJEK(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN)

Kod/Nama KursusSCE3083EPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINSTempoh : 6 mingguTarikh Mula:29 JULAI 2015Tarikh Serahan :6 SEPTEMBER 2015

ProgramPISMPTahun/SemesterSemester 2 Tahun 2

Kumpulan AMBILAN JUN 2014

Disediakan olehENCIK A ZAMRI BIN ABDUL RAHIM

Disahkan olehPenyelaras KursusKetua Jabatan

Nama& Tandatangan

A ZAMRI BIN ABDUL RAHIM

HAPAZA BINTI AWANG

Tarikh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPISJADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEKJABATAN: SAINS DAN MATEMATIKKOD/NAMA KURSUS: SCE3083E/PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINSKUMPULAN : ..............................................................................................SEMESTER: TIGA

Tarikh Mula29 JULAI 2015Tarikh Hantar6 SEPTEMBER 2015

Hasil Pembelajaran Kursus1. Membincangkan tujuan perancangan mengajar dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan mengajar. 2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan, semester dan mingguan.3. Menulis objektif dan hasil pembelajaran untuk satu pelajaran sains tertentu.4. Melaksanakan simulasi kemahiran mengajar tertentu melalui pengajaran mikro dengan bersungguh-sungguh.5. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran harian untuk tajuk-tajuk tertentu dalam kurikulum sains sekolah rendah serta mengendalikan pengajaran makro.

Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja KursusPelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:1. Menyediakan satu rancangan pelajaran harian berbeza yang mengaplikasikan instrukstional model pengajaran inkuiri induktif dan deduktif untuk tempoh masa satu jam bagi satu tajuk yang sama.2. Melaksana dan merakam sesi pengajaran makro untuk sesi pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit.3. Menyediakan satu borang maklum balas atau penilaian pemantauan pengajaran makro tersebut untuk rakan-rakan yang lain dan juga pensyarah.4. Menulis penulisan reflektif berdasarkan dari maklum balas rakan dan refleksi diri sendiri untuk memperbaiki kemahiran pengajaran makro.5. Menilai kefahaman topik-topik pengajaran dan pembelajaran sains dengan menjawab soalan-soalan kuiz.

SPESIFIKASI TUGASANTOPIKTUGASANWAJARANCATATAN

1. Rancangan Pelajaran

2. Penulisan Objektif dan Hasil Pembelajaran

3. Merancang Rancangan Pelajaran Harian

4. Menulis Rancangan Pelajaran

5. Kemahiran Pengajaran Mikro

6. Pengajaran Makro

1. Menyediakan Satu Rancangan Mengajar Harian merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Sekolah Rendah (DSKP) Tahun 1 hingga Tahun 5, mengaplikasikan instrukstional model pengajaran inkuiri induktif dan model pengajaran inkuiri deduktif untuk tempoh masa satu jam bagi satu tajuk yang sama.

2. Melaksanakan Pengajaran makro melatih kemahiran makro tertentu untuk tempoh masa 60 minit untuk satu sesi PdP. merakamkan pengajaran makro tersebut ke dalam cakera padat. menyediakan satu borang maklum balas atau penilaian pemantauan pengajaran makro.

3. Penulisan reflektif Berdasarkan dari maklum balas dan refleksi diri sendiri ,untuk memperbaiki kemahiran pengajaran makro 500 patah perkataan.

4. Menjawab soalan Kuiz Penilaian secara individu bagi menguji pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap tajuk.

20%

30%

20%

30%Kriteria penilaian keseluruhan: Format dan kandungan yang lengkap dan terkini Perbincangan Kritikal dan Reflektif Rakaman Pengajaran Makro Bahasa

Komitmen Menunjukkan kesungguhan dan penglibatan penuh dalam tugasan

Refleksi Menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi yang bermutu

Kriteria Pentaksiran Berdasarkan Skema Pemarkahan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

PROGRAMPISMPNAMA PELAJAR

TAJUK KURSUS/KODPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS/SCE3083ESEMESTER3 (Ambilan Jun 2014)

TARIKH MULA27 Julai 2015TARIKH HANTAR6 September 2015

Hasil Pembelajaran Kursus1. Membincangkan tujuan perancangan mengajar dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan mengajar. 2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan, semester dan mingguan.3. Menulis objektif dan hasil pembelajaran untuk satu pelajaran sains tertentu.4. Melaksanakan simulasi kemahiran mengajar tertentu melalui pengajaran mikro dengan bersungguh-sungguh.5. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran harian untuk tajuk-tajuk tertentu dalam kurikulum sains sekolah rendah serta mengendalikan pengajaran makro.

Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja KursusPelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:1. Menyediakan satu rancangan pelajaran harian berbeza yang mengaplikasikan instrukstional model pengajaran inkuiri induktif dan deduktif untuk tempoh masa satu jam bagi satu tajuk yang sama.2. Melaksana dan merakam sesi pengajaran makro untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran.3. Menyediakan satu borang maklum balas atau penilaian pemantauan pengajaran makro tersebut untuk rakan-rakan yang lain dan juga pensyarah.4. Menulis penulisan reflektif berdasarkan dari maklum balas rakan dan refleksi diri sendiri untuk memperbaiki kemahiran pengajaran makro.5. Menilai kefahaman topik-topik pengajaran dan pembelajaran sains dengan menjawab soalan-soalan kuiz.

Tugasan ProjekPeranan dan tanggungjawab guru ialah memastikan pengalaman pembelajaran yang diberikan berkesan. Perkara ini akan dapat dicapai melalui perancangan yang berkualiti dan aktiviti yang bersesuaian serta bahan bantu mengajar dan alat penilaian untuk mencapai objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain guru mesti mempunyai kemahiran merancang pengajaran dan pembelajaran yang bermutu bagi memastikan proses tersebut dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain daripada itu guru juga mesti berupaya melakukan penilaian kendiri untuk memperbaiki segala kelemahan yang timbul.

Tugasan 1: Rancangan Pengajaran (20%)

Dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5, sediakan SATU rancangan mengajar harian yang mengaplikasikan model instrukstional pengajaran inkuiri induktif dan deduktif untuk tempoh masa satu jam bagi satu tajuk dalam mana-mana dokumen tersebut..

Tugasan 2: Pengajaran Makro (30%)1. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah disediakan dalam Tugasan 1, laksanakan pengajaran makro secara berpasangan untuk tempoh masa 60 minit.2. Anda perlu melaksanakan pengajaran makro itu kepada satu kumpulan pelajar unit anda.. Pengajaran tersebut hendaklah dirakam ke dalam cakera padat menggunakan format MP4.3. Sediakan satu borang penilaian untuk digunakan oleh rakan sekelas yang tidak terlibat dalam pengajaran makro untuk membuat pemerhatian dan membuat catatan maklum balas.

Tugasan 3: Pengajaran Makro (20%)1. Berdasarkan borang maklum balas itu dan juga refleksi kendiri, tulis satu penulisan esei 500 patah perkataan bagaimana kemahiran pengajaran makro tersebut dapat diperbaiki.

Tugasan 4: Menjawab Soalan Kuiz (30%)Secara individu, anda dikehendaki menjawab soalan kuiz yang mengandungi soalan aneka pilihan, subjektif dan soalan esei. Soalan-soalan tersebut akan menguji pengetahuan dan pemahaman anda tentang tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains.

Panduan Pelaksanaan Projek1. Tugasan projek ini adalah tugasan individu.2. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini2.2 Fon Arial2.3 Saiz huruf 112.4 Langkau 1.5 baris2.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)3. Amalan plagiat adalah dilarang. Jika disabitkan kesalahan, pelajar boleh digagalkan kursus dan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta 174.4. Tugasan yang telah siap haruslah dijilid dengan simple tape-binding disertakan bersama-sama dengan salinan softcopy (bersama-sama dengan rakaman video) 5. Pelajar diberi tempoh selama 6 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Penghantaran lewat akan mengakibatkan pemotongan markah dan/atau digagalkan kursus.6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan sokongan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan jika diminta oleh pensyarah.3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.4. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Tugasan disediakan oleh:Disemak oleh:

..............................................................................(A ZAMRI BIN ABDUL RAHIM)(RAFIDAH BINTI WAHAB)Penyelaras Kursus SCE3108Pakar Bidang (SME) SainsJabatan Sains dan MatematikJabatan Sains dan MatematikIPGK Tengku Ampuan Afzan IPGK Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis PahangKuala Lipis Pahang

Disahkan oleh:

............................................(HAPAZA BINTI AWANG)Ketua Jabatan Sains dan MatematikJabatan Sains dan MatematikIPGK Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis Pahang