manual pentaksiran€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian ....

30
TERHAD 1 TERHAD KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM KOD : 3761/2 MANUAL PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI 2021

Upload: others

Post on 20-Apr-2020

111 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 1

TERHAD

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN

KEJURUTERAAN AWAM KOD : 3761/2

MANUAL PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI 2021

Page 2: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 2

TERHAD

Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara © Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 3

TERHAD

PENDAHULUAN

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan. Ia merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran ini juga boleh digunakan untuk membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan(PdPc).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik untuk menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. Sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) yang mana menilai pencapaian murid bukan sekadar berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi lebih kepada kemenjadian murid itu sendiri. Ini penting bagi melahirkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Sehubungan dengan itu, pentaksiran kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam telah diperkenalkan kepada murid di sekolah-sekolah menengah teknik dan sebahagian sekolah berasrama penuh aliran teknikal. Hal ini dapat membangunkan potensi diri dan keupayaan berfikir yang kreatif serta kritis murid selari dengan Pengajaran Abad ke 21(PAK21).

Page 4: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 4

TERHAD

KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

BAHAGIAN A: MAKLUMAT AM

1.0 Pengenalan 6

2.0 Objektif 6

3.0 Instrumen 7 - 8

4.0 Penghantaran 8

5.0 Jadual Pelaksanaan Tugasan Kerja Kursus 9

BAHAGIAN B: PENYEDIAAN LAPORAN DAN FORMAT

6.0 Penyediaan Laporan Kerja Kursus 11

7.0 Abstrak 12

8.0 Isi Kandungan 12 - 17

9.0 Format Penulisan Laporan 17

10.0 Pembentangan Tugasan 18

11.0 Buku Log 18

BAHAGIAN C: LAMPIRAN

Lampiran 1 20 - 21

Lampiran 2 22 - 23

Lampiran 3 24

Lampiran 4 25

Lampiran 5 26

Lampiran 6 27 - 29

Lampiran 7 30

Page 5: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

5 TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN A

MAKLUMAT AM

Page 6: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 6

TERHAD

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) terbahagi kepada dua komponen: (i) Kertas 3761/1 (Ujian bertulis)(ii) Kertas 3761/2 (Tugasan kerja kursus)

Kertas 3761/2 (Tugasan kerja kursus) adalah pentaksiran pusat yang dilaksanakan di sekolah dalam waktu PdPc dengan menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Setiap calon yang mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran ini wajib melaksanakannya kerana tugasan ini adalah sebagai satu daripada keperluan pensijilan SPM. Mana-mana calon SPM bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) yang tidak melaksanakan atau tidak menghantar tugasan ini akan dianggap sebagai tidak hadir peperiksaan SPM walaupun menduduki ujian bertulis SPM bagi kertas 3761/1.

Tugasan kerja kursus ini dijalankan sewaktu sesi pembelajaran calon di tingkatan 5 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Justeru, dokumen Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) bagi mata pelajaran PKA ini adalah satu dokumen rasmi buat rujukan mana-mana pihak sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi panduan tentang cara melaksanakan tugasan kerja kursus.

2.2 Memberi panduan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sekiranya ingin menyelaras pengurusan pelaksanaan pentaksiran tugasan kerja kursus di negeri masing - masing.

2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul.

2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras yang akan dilakukan oleh penyelaras yang dilantik.

2.5 Mendapatkan persetujuan antara penyelaras dengan pentaksir sekolah bagi menjamin keadilan murid untuk menjaga kewibawaan institusi.

Page 7: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 7

TERHAD

3.0 INSTRUMEN

3.1 Konstruk Terdapat dua konstruk yang akan diuji kepada calon: (i) Kemahiran amali (ii) Nilai

Lima elemen yang akan dinilai: (i) Pengurusan kajian (ii) Kaedah pelaksanaan tugasan (iii) Dapatan kajian (iv) Format laporan (v) Pembentangan dan soal jawab

3.2 Tugasan kerja kursus

3.2.1 Instrumen pentaksiran bagi kertas 3761/2 ini adalah berdasarkan

tugasan kerja kursus yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Tugasan ini boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan. Lihat Jadual 1.

3.2.2 Tugasan ini wajib dilakukan secara individu oleh calon di bawah

pengawasan dan bimbingan guru.

3.3 Rubrik pemarkahan Rubrik pemarkahan adalah satu penyataan bersifat holistik yang akan digunakan sebagai panduan sewaktu menilai hasil tugasan kerja kursus calon. Lihat Lampiran 1.

3.4 Pemarkahan

Markah untuk tugasan kerja kursus ini akan dibawa dalam pengiraan markah akhir peperiksaan SPM bagi mata pelajaran PKA. Wajaran markah yang telah ditetapkan untuk mata pelajaran ini adalah seperti berikut:

3.4.1 Kertas 3761/1 (Ujian bertulis)

Markah penuh: 120 markah Wajaran untuk SPM: 70%

3.4.2 Kertas 3761/2 (Tugasan kerja kursus)

Markah penuh: 100 markah Wajaran untuk SPM: 30%

Page 8: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 8

TERHAD

Semua markah untuk setiap calon bagi setiap tugasan kerja kursus yang telah ditaksir perlu direkodkan dalam Borang Penilaian Calon (BPC) dan Borang Markah Kelompok Calon (BMKC) yang telah diperbanyakkan. Lihat Lampiran 3 dan Lampiran 4.

3.5 Evidens

3.5.1 Evidens tugasan kerja kursus ini adalah evidens produk iaitu laporan

kerja kursus yang lengkap dan mengikut format yang ditetapkan.

3.5.2 Semua evidens perlu disimpan di tempat yang difikirkan selamat oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.6 Tempoh

Kerja kursus ini perlu disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Tempoh yang diberikan adalah 7 bulan bermula Februari hingga Ogos tahun semasa. Lihat Jadual 1.

3.7 Kerangka pelaksanaan

Kerangka pelaksanaan digunakan sebagai panduan untuk calon melaksanakan tugasan. Lihat Lampiran 2

4.0 PENGHANTARAN

Tugasan kerja kursus ini perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran. Tarikh akhir penyerahan adalah 14 hari sebelum tamat tarikh pelaksanaan tugasan pada 31 Ogos

Page 9: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 9 5.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN KERJA KURSUS

BAGI MATA PELAJARAN PENG. KEJURUTERAAN AWAM 3761/2 BERMULA TAHUN 2021

BULAN / PERKARA (TAHUN SEMASA)

FEB

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGOS

MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. Muat turun tugasan

2. Pelaksanaan tugasan

3. Penyelarasan markah oleh LP bersama Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Ketua Petaksir Negeri & Pentaksir Sekolah

4. Penyelarasan peringkat negeri oleh Pentaksir Negeri

5. Penyelarasan peringkat kebangsaan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan

6. Kemasukan markah online

Jadual 1

TERHAD

Page 10: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

10 TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN B PENYEDIAAN DAN FORMAT

LAPORAN

Page 11: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD

TERHAD 11

6.0 PENYEDIAAN LAPORAN KERJA KURSUS

Penyediaan laporan kerja kursus (folio) perlu dilakukan semasa murid di tingkatan 5 secara individu berdasarkan tugasan yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Laporan secara bertaip itu perlu disiapkan mengikut format dan panduan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah format yang perlu dipatuhi semasa menyediakan laporan kerja kursus.

6.1 Susunan dan kandungan laporan

Bahagian utama laporan kerja kursus hendaklah ditulis di bawah tajuk (heading) yang disusun seperti berikut:- 6.1.1 Kulit muka hadapan laporan kerja kursus (Lihat Lampiran 5) 6.1.2 Abstrak 6.1.3 Isi kandungan 6.1.4 Bab 1 : Pengurusan kajian

1.1. Pengenalan 1.1.1 Pendahuluan 1.1.2 Penyataan masalah 1.1.3 Latar belakang projek 1.1.4 Objektif

1.2. Perancangan kajian 1.2.1 Carta alir proses 1.2.2 Carta Gantt 1.2.3 Senarai semak 1.2.4 Anggaran kos

6.1.5 Bab 2 : Kaedah pelaksanaan tugasan 2.1 Kajian literatur 2.2 Metodologi 6.1.6 Bab 3 : Dapatan kajian 3.1 Dapatan dan keputusan 3.2 Kesimpulan 3.3 Rujukan 3.4 Lampiran

Page 12: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 12

TERHAD

7.0 ABSTRAK

Abstrak ialah satu penyataan ringkas, lengkap yang meliputi keseluruhan kandungan laporan kerja kursus. Panjangnya tidak melebihi 300 patah perkataan dalam satu halaman muka surat sahaja. Bilangan perenggan yang digunakan juga hanya satu. Antara kandungan penting dalam abstrak ialah:

7.1 Kenapa kajian perlu dilakukan.

7.2 Penyataan masalah: Apa masalah yang cuba hendak diselesaikan.

7.3 Metodologi atau pendekatan yang digunakan untuk selesaikan masalah.

7.4 Keputusan: Dinyatakan dalam bentuk teks yang menyatakan sesuatu yang

lebih baik dari sedia ada.

7.5 Kesimpulan: Hasil kajian atau hasil projek, cadangan tambah baik sekiranya ada dan peningkatan produktiviti.

8.0 ISI KANDUNGAN

Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta muka surat.

8.1 BAB 1: PENGURUSAN KAJIAN

Pengurusan kajian adalah tentang perancangan awal, pelaksanaan dan pengawalan aktiviti berkaitan kerja kursus yang akan dilakukan. Ia melibatkan:

8.1.1 PENGENALAN

8.1.1.1 Pendahuluan

Bahagian ini mengandungi skop dan kepentingan projek yang dijalankan dan merupakan tugasan yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak projek yang merangkumi permasalahan yang hendak diselesaikan.

8.1.1.2 Penyataan Masalah

Penyataan masalah adalah isu atau masalah sebenar yang dihadapi dan seterusnya menjadi idea atau pencetus kepada inovasi projek bagi menyelesaikan masalah itu.

Page 13: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 13

TERHAD

8.1.1.3 Latar belakang projek Bahagian ini menerangkan masalah yang ingin dikaji haruslah dinyatakan secara khusus dengan menghuraikan suasana atau keadaan(masalah) yang menyebabkan projek itu perlu dilaksanakan termasuk penerangan idea asal dan bagaimana ianya tercetus.

8.1.1.4 Objektif

Tujuan projek perlu dinyatakan dengan jelas berdasarkan penyelesaian yang ingin dicapai. Objektif haruslah spesifik, ringkas dan boleh dicapai.

8.1.2 PERANCANGAN KAJIAN

8.1.2.1 Carta alir proses

Carta alir proses adalah satu proses kerja yang berkait antara satu sama lain.

8.1.2.2 Carta Gantt

Carta Gantt adalah satu jenis carta bar yang menerangkan jadual pelaksanaan kerja sesuatu projek supaya dapat dijalankan mengikut perancangan.

8.1.2.3 Senarai semak

Senarai semak adalah jadual yang bermaklumat yang mengandungi senarai item yang disediakan untuk mengurangkan kegagalan dan membantu memastikan konsistensi dan kesempurnaan dalam menjalankan tugas.

8.1.2.4 Anggaran kos

Anggaran kos adalah kos keseluruhan kerja kursus yang melibatkan kos tetap dan kos tidak tetap. Antara kos yang terlibat adalah kos bagi setiap peralatan dan bahan dan lain-lain.

8.2 BAB 2: KAEDAH PELAKSANAAN TUGASAN

8.2.1 Kajian Literatur

Kajian literatur merupakan huraian tentang kajian-kajian lepas untuk menjelaskan kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan

Page 14: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 14

TERHAD

pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang hendak dikaji. Contohnya melalui pembacaan jurnal, buku ilmiah, tesis dan sebagainya. Penulisan nota rujukan perlu mengikut format seperti yang berikut:

(a) Sumber dari buku ilmiah

(i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang buku yang dirujuk. Contoh: “Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”.

(ii) Jika nama pengarang buku tidak perlu ditulis dalam ayat,

maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh: “Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktifaran (Brown, 2005)”.

(b) Sumber daripada Jurnal

Contoh jurnal: Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of Abnormal Psychology, 90, 575-585

Cara menulis dalam teks: Menurut, Herrington(1998)..........

(c) Sumber daripada Tesis

Contoh tesis: Fadilah Kamsah (2000). Kesedaran IT dikalangan kakitangan awam: Satu Tinjauan. Unpublished thesis. UiTM: Fakulti Pengajian Maklumat.

Cara menulis dalam teks: Fadilah Kamsah (2000), menyatakan bahawa......

(d) Sumber daripada laman sesawang

Contoh sumber: Clinton, J.E (1999 September). Malaysia justice on trial. E.Journal. 4(4):12-15. Retrieved October 21, 2000, from the World Wide Web: http://[email protected].

Page 15: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 15

TERHAD

Cara menulis dalam teks: ............(Clinton, 1999).

8.2.2 Metodologi

Bab ini menerangkan kaedah dan pelaksanaan projek bagi mendapatkan maklumat kajian. Dua perkara yang perlu dipertimbangkan:

8.2.2.1 Kaedah Mengumpul Maklumat

Terdapat beberapa kaedah menyiasat yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan penyataan masalah. Antaranya:

(i) Soal selidik

(ii) Temu bual

(iii) Lawatan

(iv) Pemerhatian

(v) Laman sesawang

(vi) Bahan bercetak

Calon perlu menyediakan analisis data berdasarkan kaedah yang dipilih dengan menggunakan jadual, graf atau carta dan lain-lain. Data sokongan merangkumi penggunaan gambar, audio dan video juga boleh disertakan.

8.2.2.2 Idea Awalan

Idea awalan adalah lakaran yang dihasilkan sebagai cadangan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan pemasalahan yang telah dikenal pasti.

Page 16: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 16

TERHAD

8.3 BAB 3: DAPATAN KAJIAN

8.3.1 Dapatan dan keputusan Hasil dapatan dan keputusan kajian dihuraikan berkaitan dengan tugasan yang dilaksanakan. Dapatan yang diperolehi hendaklah memenuhi semua objektif tugasan dan dapat membuat justifikasi.

8.3.2 Kesimpulan Merumuskan secara keseluruhan tugasan yang dilaksanakan, hasil dan pencapaian tugasan sama ada mencapai objektif atau tidak serta cadangan penambahbaikan.

8.3.3 Rujukan Rujukan perlu dilakukan daripada sumber yang sahih. Mana-mana petikan atau ayat yang diambil daripada sumber luar tanpa dinyatakan sumber rujukan akan dianggap sebagai plagiat. Rujukan perlu mengikut format seperti yang berikut:

(i) Format penulisan rujukan artikal dari internetAlbanese, J. (2001). How can we reach teenage smokers?Retrived September 13, 2001 fromht tp : / /msweb .nurs ingspect rum.com/ce/ ce229 .h tml .Nama pengarang. (tahun penerbitan). Judul artikel. Tarikh bahandiakses, dari URL

(ii) MajalahAhmad Bin Ali. (1992, Februari 23). Masjid Di Algeria Jadi MedanLatihan. Tamadun Islam, 10-12.Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul majalah,muka surat.

(iii) AkhbarMingguan Malaysia. (1992, Mac 27). Kutu Rayau Cemar KualaLumpur, 8 Judul akhbar. (Tarikh penerbitan). Judul artikel, mukasurat.

(iv) BukuBaharuddin Harmin. (1991). Statik untuk Sains dan Kejuruteraan.Unit Penerbitan Akademik UTM.Nama pengarang. Tahun. Judul Buku. Nama penerbit.

Page 17: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 17

TERHAD

8.3.4 Lampiran Bahagian ini mengandungi bahan-bahan yang dilampirkan sekiranya perlu berdasarkan kepada laporan kerja kursus yang dihasilkan.

9.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN

9.1 PENULISAN LAPORAN

Laporan Kerja Kursus hendaklah dihasilkan secara bertaip dan dalam Bahasa Melayu. Jika terdapat perkataan Bahasa Inggeris yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, perkataan itu perlu di italic.

9.2 FORMAT MUKA HADAPAN

Muka hadapan mestilah mengandungi maklumat seperti berikut: (a) Logo (b) Nama sekolah (font Arial, saiz 28) (c) Tajuk (d) Nama calon (e) No. Kad Pengenalan (f) Angka giliran (g) Tingkatan

Lihat Lampiran 5.

9.3 TEKS LAPORAN Format penulisan adalah seperti berikut:

9.3.1 Jenis font: Arial

9.3.2 Saiz font: 11

9.3.3 Selang setiap baris ayat: 1.5 spacing, kecuali bahagian-bahagian lazim

seperti jadual dibenarkan menggunakan: Single spacing

9.3.4 Text Allignment: Justify

9.3.5 Sistem nombor Cara menomborkan penulisan adalah berdasarkan topik dan subtopik. Murid perlu konsisten dalam keseluruhan penulisan laporan kerja kursus (murid mestilah menggunakan sistem yang sama dalam setiap bab). Muka surat hendaklah diletakkan di bawah sebelah kanan pada setiap helaian laporan kerja kursus. Lihat Lampiran 7.

Page 18: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 18

TERHAD

10.0 PEMBENTANGAN TUGASAN

10.1 KANDUNGAN PERSEMBAHAN Persembahan tugasan kerja kursus mestilah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

10.1.1 Tajuk kerja kursus

10.1.2 Nama calon

10.1.3 Kerangka persembahan

(a) Pengenalan (b) Penjadualan projek (c) Penyataan masalah (d) Objektif (e) Metodologi (f) Kos (g) Dapatan dan keputusan

10.1.4 Penutup / kesimpulan

10.1.5 Sesi soal jawab (jika ada)

Kandungan persembahan hendaklah ringkas, padat dan mengikut turutan. Medium penyampaian mestilah menggunakan gabungan media elektronik dengan pelbagai media lain.

11.0 BUKU LOG

Buku log adalah satu eviden aktiviti murid semasa proses melaksanakan kerja kursus. Setiap murid diwajibkan merekod segala perbincangan, aktiviti dan perkembangan tugasan di dalam buku log itu. Setiap pertemuan perlu dibuktikan melalui pengesahan daripada guru atau individu yang dirujuk. Guru mata pelajaran boleh menggunakan buku log sebagai rujukan bagi progres laporan kerja kursus serta pencapaian murid dari masa ke semasa. Guru perlu memperbanyakkan helaian buku log untuk kegunaan calon. Format Buku Log boleh dirujuk pada Lampiran 6.

Page 19: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

19 TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN C LAMPIRAN

Page 20: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 20

TERHAD

Lampiran 1

RUBRIK PEMARKAHAN

KRITERIA

MARKAH

4 3 2 1 0

Cemerlang Kepujian Baik Sederhana Lemah

Elemen 1: Pengurusan Kajian

1.0 Pengenalan

Menerangkan skop kajian, pernyataan

masalah, latar belakang dan

objektif dengan tepat dan jelas

Menerangkan skop kajian, pernyataan

masalah, latar belakang dan

objektif dengan tepat

Menerangkan skop kajian, pernyataan

masalah, latar belakang dan

objektif dengan kurang tepat

Menerangkan skop kajian, pernyataan

masalah, latar belakang dan objektif yang

tidak berkaitan

Tiada maklumat

2.0 Perancangan Kajian

Membina carta alir, carta Gantt

dan senarai semak dengan

tepat dan jelas

Membina carta alir, carta Gantt

dan senarai semak dengan

tepat

Membina carta alir, carta Gantt

dan senarai semak dengan kurang tepat

Membina carta alir, carta Gantt

dan senarai semak yang

tidak berkaitan

Tiada maklumat

Elemen 2: Kaedah Pelaksanaan Tugasan

3.0 Kajian Literatur

Menyatakan maklumat dari

kajian terdahulu dengan tepat

dan jelas

Menyatakan maklumat dari

kajian terdahulu dengan tepat

Menyatakan maklumat dari

kajian terdahulu dengan kurang

tepat

Menyatakan maklumat dari

kajian terdahulu yang tidak berkaitan

Tiada maklumat

4.0 Metodologi

Menerangkan kaedah

perlaksanaan tugasan dengan tepat dan jelas

Menerangkan kaedah

perlaksanaan tugasan dengan

tepat

Menerangkan kaedah

perlaksanaan tugasan dengan kurang tepat

Menerangkan kaedah

perlaksanaan tugasan yang

tidak berkaitan

Tiada maklumat

Elemen 3: Dapatan kajian

5.0 Dapatan dan keputusan

Dapatan yang diperolehi tepat dan jelas dengan objektif tugasan

Dapatan yang diperolehi tepat dengan objektif

tugasan

Dapatan yang diperolehi

kurang tepat dengan objektif

tugasan

Dapatan yang diperolehi

tidak berkaitan dengan objektif

tugasan

Tiada maklumat

6.0 Kesimpulan Membuat

kesimpulan dengan tepat

dan jelas

Membuat kesimpulan

dengan tepat

Membuat kesimpulan

dengan kurang tepat

Membuat kesimpulan yang tidak berkaitan

Tiada maklumat

7.0 Rujukan Menyenaraikan rujukan dengan tepat dan jelas

Menyenaraikan rujukan dengan tepat

Menyenaraikan rujukan dengan kurang tepat

Menyenaraikan rujukan yang tidak berkaitan

Tiada maklumat

8.0 Lampiran Melampirkan

dokumen yang berkaitan dengan tepat dan jelas

Melampirkan dokumen yang berkaitan dengan

tepat

Melampirkan dokumen yang berkaitan dengan kurang tepat

Melampirkan dokumen yang berkaitan yang tidak berkaitan

Tiada maklumat

Page 21: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 21

TERHAD

KRITERIA

Tahap Penilaian

4 3 2 1 0

Cemerlang Kepujian Baik Sederhana Lemah

Elemen 4: Format Laporan

9.0 Kaedah Penulisan

Menulis laporan mengikut

format dengan tepat dan jelas

Menulis laporan mengikut

format dengan tepat

Menulis laporan mengikut

format dengan kurang tepat

Menulis laporan mengikut

format yang tidak berkaitan

Tiada maklumat

10.0 Buku Log Mencatat

aktiviti dengan tepat dan jelas

Mencatat aktiviti dengan

tepat

Mencatat aktiviti dengan kurang tepat

Mencatat aktiviti yang

tidak berkaitan Tiada

maklumat

11.0 Nilai

Mempamerkan sahsiah yang baik dengan

menggunakan kemahiran

insaniah dan bekerjasama bagi setiap

aktiviti

Mempamerkan sahsiah yang baik dengan

menggunakan kemahiran

insaniah bagi setiap aktiviti

Mempamerkan sahsiah yang

baik bagi setiap aktiviti

Kurang mempamerkan sahsiah yang

baik bagi setiap aktiviti

Tidak menunjukkan sahsiah yang

baik

Elemen 5: Pembentangan dan soal jawab

12.0 Pembentangan Menyampaikan pembentangan dengan tepat

dan jelas

Menyampaikan pembentangan dengan tepat

Menyampaikan pembentangan dengan kurang

tepat

Menyampaikan pembentangan

yang tidak berkaitan

Tiada maklumat

13.0 Soal Jawab

Memberi maklum balas

semasa sesi soal jawab dengan

tepat dan jelas

Memberi maklum balas

semasa sesi soal jawab dengan

tepat

Memberi maklum balas

semasa sesi soal jawab dengan

kurang tepat

Memberi maklum balas semasa sesi soal jawab yang tidak berkaitan

Tiada maklumat

Nota: Tepat dan jelas - Memenuhi semua kriteria penilaian seperti yang diperlukan dalam

Kerangka Pelaksanaan

Tepat - Kurang satu daripada kriteria penilaian seperti yang diperlukan dalamKerangka Pelaksanaan

Kurang tepat - Hanya satu kriteria penilaian seperti yang diperlukan dalam Kerangka Pelaksanaan

Tidak berkaitan - Maklumat yang diberi tidak berkaitan seperti yang diperlukan dalam Kerangka Pelaksanaan

Page 22: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 22

TERHAD

Lampiran 2

KERANGKA PELAKSANAAN

BIL SENARAI SEMAK KRITERIA PENILAIAN 1.0 Pengenalan

1.1 Pendahuluan 1.2 Pernyataan masalah

1.3 Latar belakang kajian

1.4 Objektif

• Menerangkan skop dan kepentingan kajian yang

dijalankan • Menerangkan pernyataan masalah dengan tepat

dan jelas • Menerangkan latar belakang kajian dengan tepat

dan jelas • Menerangkan objektif dengan tepat dan jelas

2.0 Perancangan Kajian 2.1 Carta alir proses

2.2 Carta Gantt

2.3 Senarai semak

• Membina carta alir proses perlaksanaan kajian

dengan terperinci • Menghasilkan Carta Gantt berdasarkan

perancangan dan pelaksanaan kajian. Carta Gantt mengandungi bulan/minggu serta keterangan/ aktiviti yang dilakukan

• Menghasilkan senarai semak

3.0 Kajian literatur 3.1 Literatur

• Mendapatkan maklumat dari kajian terdahulu

daripada tiga sumber. Contohnya melalui pembacaan jurnal, buku ilmiah, tesis dan sebagainya

• Menerangkan dengan jelas dan berkaitan dengan penyataan masalah

4.0 Metodologi 4.1 Metodologi

• Menerangkan kaedah/teknik melaksanakan

kajian dengan betul dan memenuhi piawai • Melakukan tinjauan di lokasi • Melakukan temubual dengan pihak-pihak yang

berkaitan • Mendapatkan maklumat melalui media cetak dan

elektronik

5.0 Dapatan Kajian 5.1 Dapatan dan keputusan

• Melakar kawasan, keadaan fizikal jalan,

kelengkapan sedia ada dan sistem saliran. • Merekodkan data kemalangan dan rekod

penyelenggaraan.

Page 23: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 23

TERHAD

BIL SENARAI SEMAK KRITERIA PENILAIAN

5.2 Kesimpulan

• Menerangkan punca-punca berlakunya kemalangan dan kaedah mengatasinya secara kreatif / inovatif.

• Melakar cadangan penambahbaikan dengan jelas dan logik

• Menerangkan justifikasi hasil dapatan

Menerangkan kesimpulan yang kukuh dan jelas berdasarkan hasil dapatan

6.0 Rujukan dan Lampiran 6.1 Rujukan

6.2 Lampiran

• Membuat rujukan bersesuaian dengan kajian yang dijalankan sekurang-kurangnya dari empat sumber. Contoh: buku, jurnal, internet dan sumber-sumber lain

• Melampirkan semua maklumat kajian seperti surat-surat berkaitan, gambar foto dan perkara yang berkaitan

7.0 Format 7.1 Format Laporan

• Menulis laporan mengikut format yang betul. • Menulis laporan menggunakan laras bahasa

yang betul.

8.0 Pembentangan 8.1 Pembentangan

8.2 Soal jawab

• Membentangkan laporan dengan menggunakan

medium persembahan yang menarik • Mempamerkan personaliti pembentang yang

menarik (kemas dan yakin) • Pembentangan yang jelas, teratur dan berkesan • Mematuhi masa pembentangan yang diberikan

• Jawapan tepat dan jelas • Calon menunjukkan pengetahuan yang tinggi

dengan kajian yang dijalankan

9.0 Buku log 9.1 Buku Log

• Mencatat setiap aktiviti / perbincangan yang

dilakukan dengan terperinci. • Mengadakan perjumpaan sekurang-

kurangnya 6 kali dengan guru / pihak berkaitan dan mendapatkan pengesahan.

Page 24: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 24

Lampiran 3

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM (3761/2)

BPC

BORANG PENILAIAN CALON

Nama Calon : ....................................................................... No. Kad Pengenalan : ........................................ Angka Giliran : .................................................................... No. Pusat : ..........................................................

TUGASAN YANG DITAKSIR MARKAH PEMBERAT MARKAH PENUH

ELEMEN 1.0 : PENGURUSAN KAJIAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Perancangan Kajian 1 JUMLAH

ELEMEN 2.0 : KAEDAH PELAKSANAAN TUGASAN 2.1 Kajian Literatur 2

2.2 Metodologi 3 JUMLAH

ELEMEN 3.0 : DAPATAN KAJIAN 3.1 Dapatan dan Keputusan 3

3.2 Kesimpulan 2

3.3 Rujukan 1

3.4 Lampiran 1 JUMLAH

ELEMEN 4.0 : FORMAT LAPORAN 4.1 Kaedah Penulisan 2

4.2 Buku Log 2

4.3 Nilai 1 JUMLAH

ELEMEN 5.0 : PEMBENTANGAN DAN SOAL JAWAB 5.1 Pembentangan 3

5.2 Soal Jawab 3 JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN MARKAH / 100

PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN PENGESAHAN PENGETUA Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan calon di atas

Saya mengesahkan markah tugasan calon di atas

Tanda tangan : Tanda tangan : Tarikh : Tarikh : Nama Pentaksir : Nama Pengetua : Cap Sekolah : Cap Sekolah :

Page 25: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 25

Lampiran 3

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM (3761/2)

BORANG MARKAH KELOMPOK CALON (BMKC)

BIL NAMA ANGKA GILIRAN ELEMEN

E1.0 E2.0 E3.0 E4.0 E5.0

PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN

Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan calon di atas.

Tanda tangan: .......................................... Tarikh: .......................

Nama Pentaksir: .....................................

Cap Sekolah

PENGESAHAN PENGETUA

Saya mengesahkan markah tugasan calon di atas.

Tanda tangan: ...................................... Tarikh: ......................

Nama Pengetua: .................................

Cap Sekolah

Page 26: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 26

Lampiran 3

TERHAD

ANGKA GILIRAN :

TINGKATAN :

(Font Arial saiz 14)

:

:

NAMA

NO. KP

: TAJUK

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK XXX (Font Arial saiz 28)

LOGO SEKOLAH (6CM X 5CM)

Page 27: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 27

Lampiran 3

TERHAD

:

:

:

:

:

ANGKA GILIRAN

TINGKATAN

TAHUN

TARIKH MULA

TARIKH AKHIR

NO. KAD PENGENALAN :

:

:

TAJUK PROJEK

NAMA MURID

NAMA SEKOLAH:

BUKU LOG PELAKSANAAN TUGASAN KERJA KURSUS

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

LOGO SEKOLAH

Page 28: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 28

TERHAD

JADUAL PERLAKSANAAN TUGASAN KERJA KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

PERJUMPAAN TARIKH AKTIVITI

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Page 29: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 29

TERHAD

Tarikh: Hari: Masa:

Responden

Maklumat Responden

Ringkasan Perbincangan/ Aktiviti

Pengesahan

.................................. Tanda tangan

Cap

Page 30: MANUAL PENTAKSIRAN€¦ · terhad 1 terhad kementerian pendidikan malaysia . pengajian . kejuruteraan awam . kod : 3761/2 . manual pentaksiran . kerja kursus . kurikulum standard

TERHAD 30

TERHAD

Lampiran 7 CONTOH FORMAT SISTEM NOMBOR

Bab 1: Pengurusan kajian 1.1 Pengenalan

1.1.1 Pendahuluan 1.1.2 Penyataan masalah 1.1.3 Latar belakang projek 1.1.4 Objektif

1.2 Perancangan kajian 1.2.1 Carta alir proses 1.2.2 xxx

Bab 2: Kaedah pelaksanaan tugasan

2.1 xxx 2.2 xxx