kerja kursus pentaksiran

52

Upload: jesilivani

Post on 01-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pemulihan

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawamaksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah samadengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia danYseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan datadengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untukmembuat keputusan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahmaklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasilpentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukantahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolahan murid, guru memerlukan maklumat yangt dikumpul melalui pelbagai cara penguji atau kaedah lain. Apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas didefinisikan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Dalam konteks konsep pula, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dangambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Kesimpulannya pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

1.1 Kepentingan dalam melaksanakan pentaksiranDalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi. Pentaksiran ini amat penting dalam membuat penilaian terhadap murid-murid pemulihan. Antara kepentingannya adalah, untuk pengenalpastian masalah. Apabila masalah pembelajaran pelajar sudah dikenal pasti, program diagnostik boleh dijalankan ke atas pelajar tersebut. Masalah pembelajaran dapat dikesan dan tindakan segera dapat dilakukan bagi mengurangkan masalah pelajar. Dengan membuat pentaksiran guru boleh menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran. Dengan membuat pentaksiran ke atas pelajar, guru dapat mengesan sama ada pelajar dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira. Pentaksiran membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran. Selain daripada itu, pentaksiran dalam pendidikan pemulihan dapat menentukan perubahan tingkahlaku murid. Guru boleh mengenalpsti tingkah laku murid dan boleh mengambil kaedah alternatif untuk mengubah tingkah laku tersebut kearah positif. pembelajaran tertentu. Ia juga akan memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran dana juga melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat. Seseorang guru memerlukan pentaksiran tentang kesilapan pengajaran yang lepas dalam menghubungkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik.Satu perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran gurumalah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar. Selain itu, pentaksiran ini juga penting dalam mengenalpasti penempatan yang sesuai keatas murid. Dengan melaksanakan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan, guru dapat menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian. Contohnya, guru dapat mengetahui tahap pencapaian murid untuk penempatan kelas seperti ke kelas perdana, dan kelas khas pemulihan. Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat pendidikan yang khusus. Kepentingan pentaksiran seterusnya adalah dalam pemilihan strategi pemulihan. Cotohnya, seorang guru dapat menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu belajar yang menarik supaya murid lebih mudah menguasai kemahiran.Pentaksiran menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Guru boleh merancang perancangan pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengumpul maklumat mengenai pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru memerlukan pentaksiran tentang kesilapan pengajaran yang lepas dalam menghubungkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik. Guru juga dapat mengesen punca kelemahan dan kekuatan pelajar. Dengan maklumat-maklumat sebegini, tugas guru lebih mudah untuk membuat perancangan dalam menyediakan rancangan pengajaran ke atas murid tersebut. Satu perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran gurumalah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar. Selain itu, guru dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Individu lebih awal iaitu sebelum pengajaran dijalankan dan boleh menetapkan objektif pengajaran. Dengan adanya persediaan seperti ini, guru dapat menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa. Apabila mereka telah diajar sesuatu,perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang untuk mengingat kembali kemahiran yang telah dipelajari.Dengan membuat pentaksiran guru dapat merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan. Penilaian seseorang pelajar dilakukan berdasarkan kepada rekod kemajuan pembelajarannya. Rujukan norma yang melibatkan perbandingan kemajuan pelajar digunakan bersama rujukan kriteria yang tidak membandingkan perbezaan itu.Pengredanjuga dilakukan untuk membuat keputusan tentang pemilihan pelajar yang berbakat dan pelajar yang akan mengikuti pendidikan khas. Pentaksiran membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.

1.2 Sumber pengumpulan maklumat Maklumat yang dikumpul berkenaan murid dalam pentaksiran akan memberi satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang guru yang beerkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah. Guru- guru pendidikan pemulihan perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan. Kanak-kanak kategori Pendidikan pemulihan terutamanya kategori masalah pembelajaran kelihatan seperti kanak-kanak normal dari segi fizikalnya. Maka antara cara untuk mengesan masalah pembelajaran mereka adalah melalui beberapa kaedah iaitu sama ada melalui pemerhatian, rekod atau laporan, sampel kerja, ujian, temu bual, atau pun analisis.1.2.1 PemerhatianPemerhatian merupakan kaedah yang paling digemari dan mudah dipraktikkan. Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Kaedah ini boleh dilakukan secara langsung mahu pun tidak langsung. Menurut Haidi (2009) terdapat tiga teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Teknik pertama iaitu pemerhatian dengan senarai semak, diikuti dengan pemerhatian di luar bilik darjah dan yang ketiga adalah pemerhatian tingkah laku. Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksankan dalam situasi spesifik, pelbagai seting, serta berbeza sepanjang hari. Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan sepanjang satu masa yang tertentu misalnya seperti semasa waktu rehat. Manakala bagi pemerhatian dalam pelbagai seting pula boleh dilakukan pada persekitaran atau tempat yang berbeza. Begitu juga dengan pemerhatian yang berbeza sepanjang hari yang boleh dilaksanakan pada waktu pagi, petang dan malam. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.1.1.2 Rekod atau laporanBagi kaedah dengan menggunakan rekod atau laporan pula dapat dilihat melalui rekod profil murid, rekod anekdot atau pun buku laporan prestasi murid. Melalui rekod yang berkaitan dengan murid tersebut secara tidak langsung dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran. Selain itu, guru juga dapat mengetahui tahap kesihatan dan minat murid. Laporan-laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru. Guru merujuk kepada laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid. Dilihat melalui rekod profil murid, rekod anekdot atau pun buku laporan prestasi murid. Membantu guru menilai secara jangka panjang dan memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran. 1.1.3 Sampel kerjaSalah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Sampel kerja ini kebiasaannya boleh dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memerlukan guru untuk membuat analisis sampel kerja. Hal demikian kerana untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.Selain itu, kaedah menemu bual juga merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan untuk menaksir masalah seseorang individu. Bagi mendapatkan maklumat, perbincangan atau temu bual boleh dilakukan sama ada dengan guru darjah, ibu bapa, rakan sebaya atau individu yang mengenalinya dengan baik. 1.1.3 PengujianManakala bagi kaedah dengan menggunakan bentuk ujian, terdapat beberapa jenis ujian yang boleh digunakan. Antaranya adalah ujian rujukan kriteria atau ujian rujukan norma, inventori tidak formal, kuiz, probe dan analisis tugasan. Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya. Ujian rujukan kriteria merupakan ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid. Seterusnya ujian rujukan norma adalah ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama. Bagi kuiz pula ia merupakan ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah memahami apa yang telah diajar. Dalam jenis pengujian probe Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh menjalankan sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan. Guru sebenarnya telah menjalankan probe. Seterusnya adalah melalui analisis. Terdapat dua analisis iaitu analisis tugasan dan analisis ralat. Kedua-dua analisis ini adalah berbeza kerana analisis tugasan melibatkan satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan oleh murid dengan jayanya. Analisis ralat pula merupakan petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya apabila murid kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang belum dikuasainya.1.1.4 Soal selidik Soal selidik bertujuan untuk mengenalpasti sesuatu masalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka, memahami sesuatu . Dengan menggunakan soal selidik, guru dapat mengumpul fenomena dengan lebih jelas, serta mengumpul maklumat tentang isu tersebut. Soal selidik boleh dijalankan terhadap ibu bapa murid pemulihan, guru pemulihan, guru kelas ataupun pihak pihak yang terlibat. Cara soal selidik(self-administered) berkesan jika responden boleh atau bersedia memberikan pendapatnya dengan jelas.

2.0 Instrumen pentaksiran Secara khusus, dalam kontek spembelajaran di kelas, Instrumen Pentaksiran dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnostik kesulitan belajar, memberikan umpan balik/perbalikan proses mengajar, dan penentukan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaran pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan pesrta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikulum itu sendiri.

2.1 Instrumen Kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran sosial dan tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan dengan umur dan kumpulan kebudayaan. Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari.Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa.Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah laku negatif.Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat dan diperhatikan dalam bilik darjah.Antara tingkah laku positif ialah seperti menghormati arahan dan akur dengan perintah guru.Manakala bagi tingkah laku negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas. Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan, pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat dikekalkan.2.1.1 Instrumen Kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.INSTRUMENT PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKUMURID PEMULIHAN KHAS

NAMA:KELAS:

1. FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA.BILPERKARA YANG DINILAIYATIDAK

1.Kurang perhatian dan kasih sayang keluarga

2.Mengalami masalah dengan ibu atau bapa

3.Mengalami masalah kewangan

4.Hubungan antara ahli keluarga dan adik beradik tidak baik

5.Kurang komunikasi antara ahli keluarga

6.Ada kehilangan ahli keluarga terdekat

2. FAKTOR DIRI MURID SENDIRI.BILPERKARA YANG DINILAIYATIDAK

1.Suka mengasingkan diri/ pasif

2.Mempunyai pergerakan yang lambat

3.Tidak yakin dengan diri sendiri

4.Memencil diri dan suka berkhayal

5.Terlalu malu dan kurang bergaul

6.Takut pada situasi baru

7.Tidak memahami dan mematuhi arahan

8Tidak boleh menyesuaikan diri dengan orang lain

9Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri

10.Sukar memberikan kerjasama

3. FAKTOR PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAHBILPERKARA YANG DINILAIYATIDAK

1.Guru kurang arif mengendalikan murid

2.Aktiviti pengajaran guru tidak menarik

3.Bilik darjah dan persekitaran yang kurang kondusif

4.Strategi dan teknik pengajaran tidak fleksible

5.Kepimpinan dan sikap guru

6.Bahan dan alat mengajar tidak sesuai

7.Kurang perihatin dan empati

8.Pengurusan kelas tidak menarik

9.Persekitaran yang tidak mesra pelajar

10.Sokongan dan kerjasama daripada guru lain kurang

4.FAKTOR MASYARAKATBILPERKARA YANG DINILAIYATIDAK

1.Memandang rendah pada golongan kurang upaya

2.Tidak menunjukkan rasa simpati dan bertanggungjawab

3.Kurang membantu dan memberi sokongan

4.Kurang memberi sokongan moral

5.Sikap mementingkan diri sendiri

6.Kurang rasa keperihatinan dan empati

5. FAKTOR TEMPAT TINGGAL DAN BUDAYABILPERKARA YANG DINILAIYATIDAK

1.Jarang bergaul dengan jiran tetangga

2.Kawasan perumahan yang kurang kondusif

3.Kawasan untuk kanak-kanak bermain terhad

4.Budaya persekitaran yang tidak sesuai dengan kanak-kanak

5.Pengaruh tingkah laku negative yang sangat ketara

INSTRUMENT PENILAIAN KENDIRI KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKUMURID PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

NAMA MURID:KELAS:A. TINGKAH LAKUSkala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

BILJenis Tingkah Laku123

A. Agresif

1.Hiperaktif

2.Suka memukul

3.Suka mencubit

4.Cepat marah

5.Suka berkelahi

6.Suka bertumbuk

7.Suka mencederakan diri sendiri

8.Suka mencederakan orang lain

9.Suka merosakkan harta sendiri

10.Suka merosakkan harta orang lain

11.Suka mengejek kawan atau orang lain

12.Suka mengganggu kawan

13.Suka menjerit-jerit

14.Membaling benda-benda kepada kawan

15.Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai

16.Menggoyang-goyangkan badan

17.Mengetuk-ngetuk di tempat duduk

18.Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian

19.Menggunakan bahasa kesat

20.Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian

Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

ILJenis Tingkah Laku123

B. Pasif

1.Hipoaktif (berdiam diri)

2.Mengasingkan diri / bersendirian

3.Suka berkhayal

4.Suka membebel / berleter seorang diri

5.Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata saya tidak boleh

6.Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna

7.Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah

8.Mempunyai pergerakan yang lambat

9.Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan

10.Lambat dalam menjalankan tugas

Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

BILJenis Tingkah Laku123

C. Masalah Emosi dan Sosial

1.Suka menghisap jari

2.Suka menggigit kuku

3.Kelihatan sugul

4.Merasa takut dan cemas

5.Takut pada situasi baru

6.Terlalu malu dan kurang bergaul

7.Suka meminta perhatian

8.Suka berbohong

9.Suka mengambil barang orang

10.Tidak suka berkawan

11.Menyalahkan orang lain

12.Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru

13.Menggangu apabila guru bercakap

14.Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah

15.Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat

16.Tidak memberi kerjasama pada orang lain

17.Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan

18.Tidak suka pada rancangan yang diatur

19.Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin

20.Tidak bertindakbalas apabila berbual

Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada

BILJenis Tingkah Laku123

D. Masalah Pembelajaran (kognitif)

1.Kurang tumpuan perhatian

2.Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja

3.Tidak boleh ikut arahan

4.Kurang daya ingatan

5.Kurang kefahaman

6.Kurang daya taakulan

7.Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan

8.Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna

9.Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu

10.Tidak peka terhadap bising

11.Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising

12.Kebersihan diri tidak memuaskan

13.Tidak boleh menulis huruf sendiri

14.Tidak tahu menulis nama sendiri

15.Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri

KemahiranSkor

1- kerap

2- kadang-kadang

3- tiada

2.2 Instumen Penilaian Bahasa Lisan murid-murid pendidikan di pemulihan khas.

Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajar mengingat dan memahami konsep kemahiran lisan bahasa.Lisan merupakan salah satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat dua aspek kemahiran asas dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Sebenarnya, kanak-kanak mula menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. Mereka akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang kali.Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan iaitu fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima aspek pentaksiran ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi individu tersebut.Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan kognitif.Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi.

2.2.1 Instumen Penilaian Bahasa Lisan murid-murid pendidikan di pemulihan khas.Kemahiran : vokal Arahan guru: Tunjuk vokal awal berdasarkan gambar yang guru sebut. Sebut vokal awal bagi gambar yang guru tunjuk.

ioa

eua

oeauie

aeuiao

/62.3 Instumen Penilaian Kemahiran membaca Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh seseorang individu. Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan, berpandukan arahan dan menggunakan maklumat.Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan.Ujian ini mengandungi beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan dilakukan di tempat kebiasaan murid.Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks.Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid.Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan.Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa.Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob, analisis kesalahan, think aloud, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga penilaian kendiri.Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan bacaan mekanis.Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat dan teks.

2.3.3 Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.Objektif : Murid membaca perkataan KV+KV.=Aras : 1Kemahiran : 5.1 Membaca kuat dengan sebutan yang betul.Arahan : Sila bacakan huruf-huruf di bawah.

loribuku1.2.

kacagigi3.4.

kopi5.

/5Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.Objektif : Murid membaca frasa KV+KV.Kemahiran : Membaca kuat dengan sebutan yang betul.Aras :2Arahan : Baca perkataan di bawah dengan kuat dan betul.

baca buku1.

Lori bapa

2.

gigi batu

3.

kaca mata4.

kopi susu5./5

Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Objektif : Murid membaca ayat KV+KV.Kemahiran:Membaca kuat perkataan dalam ayat pendek dengan sebutan yang betul. Aras : 3Arahan : Sila baca ayat dengan sebutan yang betul.

1. Busu suka baca buku.2. Lori bapa bawa kayu.3. Gigi Bibi gigi batu.4. Zaki guna kaca mata.5. Mona suka kopi susu.

/5 2.4 Instumen Penilaian Kemahiran menulis Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan kemahiran membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan untuk menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan.Definisi bagi menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan.Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang tidak konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak mampu untuk mengeja dengan baik misalnya makan menjadi (makang).Tulisan murid ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah pemadam.Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang perlu diuji. Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan. Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap murid-muird, ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.

2.4.1 Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.Kemahiran : Menyalin perkataan dengan betul.Objektif: Tulis dengan betul tanpa kesalahan.Aras : 1Arahan:Tulis semula perkataan yang diberi dengan kemas.

baju1.

topi2. .

lori3...

baca4.

kopi5..

/5Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Kemahiran : Menyalin perkataan dengan betul.Objektif: Tulis dengan betul tanpa kesalahan.Aras : 2Arahan:Tulis semula perkataan yang diberi dengan kemas.

baju biru1.

topi baru2

baca buku3.

lori bapa4. ..

kopi susu5.. Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.

Kemahiran : Menyalin perkataan dengan betul.Objektif: Tulis dengan betul tanpa kesalahan.Aras : 3Arahan:Tulis semula ayat yang diberi dengan kemas.

1. Baju saya baju biru.2. Sani beli topi baru.3. Rani suka baca buku.4. lori bapa bawa kayu.5. Mona suka kopi susu.

..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................../52.5 Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik

Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka menulis nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka terima adalah salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa, ruang, isipadu dan sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah dan mereka tidak dapat menguasai matematik dengan baik.Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum dan tatacara dalam matematik.Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid.Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial murid.

2.5.1 Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.Kemahiran : Menulis angka 1-5 berdasarkan bolangan benda.Objektif: Murid dapat menulis angka dengan betul.Aras : 1Arahan :Tulis angka berdasarkan bilangan

1.2.

3.4.

5. /5Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.Objektif: Murid dapat menulis angka dengan betul.Kemahiran : Menulis angka 1-7 berdasarkan bolangan benda.Aras : 2Arahan :Tulis angka berdasarkan bilangan

1.

2.

3.

4.

5. /5Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.Objektif: Murid dapat menulis angka dengan betul.Kemahiran : Menulis angka 1-10 berdasarkan bolangan benda.Aras : 3Arahan : Bilang dan tuliskan bilangan objek dalam angka

1.2,

3.4.

5.

/52.6 Instrumen Kebolehan pembelajaran asas.Kebolehan pembelajaran asas merupakan kesediaan individu untuk mempelajari keupayaan mental dan fizikalnya . Komponen ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu yang pertama kemahiran pengamatan pendengaran, kinestetik, taktil, haptik yang kedua kemahiran konseptualisasi dan yang ketiga kemahiran mengorganisasi dan terakhir kemahiran memproses maklumat. Selain itu dalam kemahiran pembelajaran asas juga, aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam kemahiran pembelajaran asas ini ialah merupakan aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah mentaksirkan pengamatan sebagai proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelekAntara komponen utama dalam pengamatan adalah terdiri daripada penglihatan, pendengaran dan juga sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara aspek yang diuji ialah diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat kembali, orientasi kedudukan, mengikut turutan, menyudah dan melengkapkan, menyalin, rajah latar belakang atau bertindih, koordinasi motor mata tangan, pertalian jarak atau ruang, gambar bersiri, kekalan atau keabadian bentuk , mencari jalan keluar dan mencari benda tersembunyi.

2.6.1 Instrumen Kebolehan pembelajaran asas.Kemahiran 3 : Diskriminasi SaizArahan : Warnai gambar yang kecil1.

2.

3.

4.

5.

Kemahiran 3 : Diskriminasi SaizArahan : Warnai gambar yang besar1.

2.

3.

4.

5.

3.0 Analisis Keputusan pentaksiran 3.1 Analisis Keputusan pentaksiran kemahiran membaca

Nama pelajarAras 1(Rendah)Aras 2 (Sederhana)Aras 3 (Tinggi)

Rawind Raj A/ Kandan3/52/51/5

Rathi A/P Kathiravan4/53/53/5

Jadual 3.1 Analisis keputusan pentaksiran Kemahiran membaca

Pada bulan September yang lalu, saya telah menyediakan satu set instrumen kemahiran membaca, menulis dan mengira berdasarkan panduan yang diberikan oleh tugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing saya. Saya memilih dua orang kanak-kanak yang bernama Rawind Raj A/ Kandan dan Rathi A/P Kathiravan untuk menjalankan set intrumen. Berdasarkan jadual analisa keputusan yang dapat dalam kemahiran membaca

Saya menjalankan instrumen kemairan membaca Bahasa Melayu iaitu membaca perkataan KV+KV mengikut tiga aras iaitu aras lemah, sederhana dan tinggi. Berdasarkan instrument kemahiran membaca yang dibuat, saya mendapati bahawa dua orang kanak-kanak tersebut mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Murid yang bernama Rawind Raj tidak dapat membaca perkataan KV+ KV dengan lancar. Dia mempunyai sedikit masalah untuk dalam mengenal huruf. Semasa membaca perkataan dan ayat, murid ini tidak dapat membezakan huruf b dengan d. Rawind juga kerap kali menggugurkan huruf semasa membaca. Contohnya bagi perkataan beli , dibaca bel, baru sebagai bar .Di samping itu, dia juga mengalami kesukaran membaca ayat yang panjang. Manakala murid yang bernama Rathi dapat membaca membaca perkataan KV+ KV dengan lancar. Namun, dia mempunyai sedikit masalah untuk membaca perkataan KV +KV yang mempunyai lebih dari satu suku kata. Dia juga mengalami masalah dalam membaca ayat KV+KV.

3.2 Analisis Keputusan pentaksiran Kemahiran menulis

Nama pelajarAras 1(Rendah)Aras 2 (Sederhana)Aras 3 (Tinggi)

Rawind Raj A/ Kandan3/52/51/5

Rathi A/P Kathiravan4/53/52/5

Jadual 3.2 Analisis keputusan pentaksiran Kemahiran menulis

Berdasarkan jadual analisis keputusan pentaksiran intrumen kemahiran menulis, kemahiran yang diuji adalah memilh perkataan yang betul. Dalam kemahiran ini, murid dikhendaki menulis semula perkataan dan ayat yang diberi. Murid yang bernama Rawind Raj ini mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran menulis. Semasa menulis murid ini menulis huruf secara rapat dalam baris. Selain daripada itu, dia juga menulis huruf b terbalik dengan menulis d. Saya juga mengenalpasti bahawa murid ini masih memegang pensel dengan tidak betul. Manakala murid yang bernama Rathi dapat menulis dengan betul tetapi tulisannya tidak kemas. Dia juga menulis tulisan dengan rapat dan tidak dapat menjarakkan huruf dan perkataan dengan baik.

3.3 Analisis Keputusan pentaksiran kemahiran mentaksir matematikNama pelajarAras 1(Rendah)Aras 2 (Sederhana)Aras 3 (Tinggi)

Rawind Raj A/ Kandan

Rathi A/P Kathiravan

Jadual 3.3 Analisis keputusan pentaksiran Kemahiran mentaksir matematik

Ujian instrumen mentaksir Matematik pula saya menguji dua orang murid tersebut dalam kemahiran menulis angka berdasarkan bilangan benda. Hasil instrumen mentaksir Matematik pula adalah berbeza dengan hasil intrumen kemahiran membaca dan menulis Dalam instrumen ini murid yang bernama Rawind Raj mengenal dan mampu menulis angka berdasarkan jumlah benda dengan betul. Bagi dengan murid yang bernama Rathi juga boleh menjawap soalan tetapi dia pula memerlukan dia masa yang agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. Namun, dia mampu menjawab proses penambahan yang melibatkan menulis angka berdasarkan benda.

4.0 RumusanBerdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan, saya mempunyai beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Rawind Raj dan Rathi. Pertama, merujuk hasil instrument kemahiran membaca, Rawind Raj mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu suku kata. Oleh yang demikian, guru boleh mendedahkan dia dengan lebih kerap tentang perkataan yang melibatkan lebih dari satu suku kata. Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan, kad bergambar, bercerita dan sebagainya. Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan kata dan kemahiran membacanya. Kedua, berkenaan dengan masalah saiz dan orientasi tulisannya. Di sini, guru boleh mengajar menulis saiz huruf dengan betul dengan cara menyuruh dia menulis mengikut saiz kotak atau garisan. Guru boleh melukis kotak atau garisan yang saiznya sesuai dengan huruf. Berkenaan dengan orientasi tulisannya pula, guru seharusnya memerhatikan cara kedudukannya semasa menulis. Sekiranya kedudukan badan, pensil atau kertas dalam keadaan yang salah seperti senget, guru hendaklah membetulkan kedudukannya.Dalam kemahiran menulis, murid yang bernama Rawin Raj mengalami masalah dalam menulis perkataan semula dengan betul dan kemas. Antara cadangan bagi guru untuk memulihkan murid ini ialah pemberian latihan pra menulis. Hal ini kerana murid ini masih memegang pensel dengan tidak betul dan tangan pun gigil semasa menulis. Saya mencadangkan supaya memberi latihan-latihan ko-ordinasi mata dan tangan dengan banyak supaya murid-murid dapat meniru dan menulis bentuk-bentuk yang dilihat. Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, ko-ordinasi mata dan tangan, latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak (Prof. Madya Dr.Rohani Abdullah) -2003. Seterusnya ialah mengenai hasil pentaksiran kemahiran Matematik. Kedua- dua murid ini tidak ada masalah dalam menjawap soalan kemahiran matematik. Tetapi tulisan mereka tidak kemas dan mengambil masa yang panjang untuk menjawap. Untuk membantu Murid ini dalam masalah penambahan pula, guru boleh mengajar pengiraan secara konkrit. Ini bermaksud, guru harus membekalkan mereka dengan benda maujud seperti batang aiskrim, biji getah, batu, buah-buahan dan sebagainya untuk pengiraan. Hal ini supaya mereka nampak secara jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku. Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan pemulihan khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid- murid tersebut. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang sepatutnya.

4.0 Sesi intervesi bahan bantu belajar Kemahiran membaca

Dalam menjawap soalan 4 dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya, saya dikhendaki dan menghasilkan satu bahan bantu belajar berdasarkan kemahiran yang dipilih. Saya memilih kemahiran membaca untuk menghasilkan bahan bantu belajar. Dalam kemahiran membaca, saya memilih perkataan kv+kv untuk menghasilkan bahan bantu belajar. Saya menghasilkan bahan bantu belajar ini dengan menggunakan gambar berwarna-warni serta perkataan kv+kv. Dalam bahan bantu belajar ini, sebuah gambar diberi, diikuti engan suku kata kv+kv berdasarkan gambar. Selepas itu murid akan membaca ayat penuh kv+kv berdasarkan gambar yang diberi. Objektif penghasilan bahan bantu belajar ini adalah untuk meningkatkan kelancaran bacaan bermula dengan perkataan berpola kv+kv. Bahan bantu belajar yang dihasilakan oleh saya ini akan meningkatkan kelancaran membaca rangkaikata berpola kv+kv. Ia membolehkan murid-murid ini menulis ejaan perkataan berpola kv+kv. Bahan bantu belajar ini merupakan asas dalam meningkatkan kelancaran membaca kumpulan ayat yang dibina dari perkataan-perkataan berpola kv+kv.Saya menghasilkan bahan bantu belajar kemahiran membaca perkataan kv+kv dengan menggunakan gambar yan g menarik dan berwarna-warna supaya menarik perhatian murid untuk membaca. Sya juga menggunakan tulisan yang besar dan jelas supaya mudah dibaca oleh murid. Selain itu, saya juga menggunakan warna berlainan dalam suku kata kv+kv supaya memudahkan murid untuk membaca. Bahan bantu belajar ini mudah dibawa kemana-mana sahaja. Guru boleh meletakkan bahan bantu belajar kemahiran membaca ini di sudut membaca untuk menggalakkan murid membaca pada waktu rehat. Jelas menunjukkan bahawa seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV di peringkat awal.Kemahiran yang diinginkan di sini ialah murid kenal huruf KV+KV dan tahu membunyikan huruf KV+KV tersebut. Peranan, komitmen dan usaha guru dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca murid amat penting lebih lagi kepada murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.Kemampuan membaca suku kata tidak memadai sekiranya seseorang itu tidak fahamakan maksud perkataan yang dibaca.

5.0 PenutupSewaktu saya melaksanakan intrumen untuk kemahiran membaca, menulis dan mentaksir matematik tersebut, saya telah memerhati kedua murid dengan teliti. Saya dapat tahu cara berfikir seseorang murid memang berlainan atau pun kontra walaupun kita menjelaskan mereka tentang apa yang mereka perlu melaksanakan. Ini menggambarkan saya kerjaya guru pemulihan adalah satu kerjaya yang mencabar dan perlukan kesabaran serta teknik pengajaran perlu dipertingkatkan atau diubahsuaikan selari dengan perkembangan dunia.Sejajar dengan itu, saya mendapat satu lagi kebaikan daripada tugasan ini. Saya menghasilkan a BBM bagi murid mengikut kemahiran membaca. Pendek kata, saya merasai ribuan manfaat daripada tugasan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kami sekelas akan menjadi guru pemulihan yang berkualiti akibat menghasil tugasan ini dengan baik.

6.0 Bibliografi

7.0 Lampiran